Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.

T kerana dengan taufik dan hidayahNya, dapatlah kita bersama-sama pada pagi yang ceria ini untuk menjayakan Karnival kokurikulum SMK Sg. Isap Murni buat kali yang pertama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru, dan staf sekolah yang bertungkus lumus bersama-sama terlibat dalam merancang dan menjayakan Karnival Kokurikulum ini . Tidak lupa juga kepada murid yang terlibat sebagai peserta sama ada yang membuka gerai jualan atau yang akan terlibat dalam aktiviti yang dirancang. Karnival ini bertujuan untuk menerapkan kerjasama, berusaha dengan lebih gigih dan juga untuk mengasah bakat kepimpinan serta disiplin murid. Bakat dan potensi murid sebenarnya dapat digilap dan dicungkil melalui pelaksanaan kokurikulum. Karnival ini juga bertujuan untuk memberi ilmu serta pengalaman kepada para murid yang mana ianya tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah sahaja. Karnival ini diharap dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan sahsiah, bahkan dapat melahirkan murid yang sihat minda dan kreatif serta mempunyai pelbagai kemahiran. "Semoga program ini dapat menjana kesedaran para pelajar tentang betapa pentingnya aktiviti kokurikulum ini dalam mempersiapkan diri untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Karnival kokurikulum sebenarnya merupakan salah satu program tahunan yang penting di sekolah. Program ini penting kerana melaluinya segala ketrampilan akan teruji dan diuji. Kesabaran, ketabahan, daya juang dan yang paling utama semangat kerjasama untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Semangat inilah yang perlu terus dipupuk dan disemai serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan. Kepada murid-murid, selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga Karnival ini ini akan berjalan lancar dari awal hingga akhir. Sekian. Wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai