Anda di halaman 1dari 1

Saya merupakan seorang pelajar dan perlu menggunkan alat tulis yang agak banyak untuk membuat nota

dan tugasan- tugasan yang diberikan. Justeru itu, saya telah membeli pelbagai jenis alat tulis bagi memudahkan kerja saya. Antara alat- alat tulis yang sering saya gunakan adalah seperti pensil, krayon, warna air, gam, gunting, pensil warna, marker pen, dan sebagainya. Namun begitu, alat- alat tulis saya sering berselerakan di merata- rata tempat seperti di dalam laci meja, di atas meja, di bawah meja dan kerusi. Setiap kali hendak menggunakan alat- alat tulis ini saya perlu mencari dan mendapatkan alat tulis yang saya hendak gunakan. Keadaan ini bukan sahaja telah membuang masa saya, kadang kala keadaan ini menyebabkan saya sering membazirkan wang untuk mendapatkan alat tulis yang baharu apabila alat tulis yang sedia ada tidak dijumpai. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi ini saya bercadang untuk menyediakan satu tempat khusus yang boleh digunakan untuk menyimpan kesemua alat- alat tulis saya ini dengan lebih tersusun, cantik, kemas dan mudah untuk digunakan apabila saya memerlukan alat- alat tulis ini dengan kadar yang segera. Pada pandangan saya, saya telah mendapat idea untuk mencipta bekas pensil saya sendiri bagi memastikan masalah yang saya hadapi dapat saya tangani dengan sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai