Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah

negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.

2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. 1 Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu identiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.