Anda di halaman 1dari 12

Mukadimah

Hampir 50 tahun telah berlalu sejak penubuhan Negara Malaysia pada 1963. Rakyat Sabah masih belum mencapai hasrat yang diharap-harapkan selama ini. Suara rakyat Malaysia di Sabah seolah-olah tidak diberi perhatian yang positif oleh pucuk pimpinan kerajaan persekutuan. Rakyat Sabah, khususnya masyarakat rumpun Pasokmomogun (Natives atau Orang Asal) Sabah, merasa terpinggir dalam arus perdana pembangunan negara ini dalam hampir semua bidang. Pelbagai jenis resolusi dan memorandum berhubung dengan menjaga hak dan kepentingan masyarakat rumpun Pasaokmomogun Sabah telah disampaikan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional melalui parti-parti yang mewakili mereka masih menunggu jawapan yang konkrit hingga ke hari ini. Rakyat Sabah ingin mengharapkan semoga Putrajaya dapat diambil alih oleh kerajaan baru melalui Pakatan Rakyat. Justeru, rakyat Sabah ingin mengemukakan isu-isu utama kepada Putrajaya untuk ditangani oleh pucuk pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat. Selain daripada seruan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyelesaikan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan membersihkan Daftar Pemilih Pilihanraya Umum daripada pemegang-pemegang kad pengenalan yang diragui, rakyat Sabah ingin teruskan perjuangan asas melalui satu agenda nasional untuk Sabah dan harapan baru yang lebih positif.
11 TERAS PEMBANGUNAN UNTUK SABAH 1. Pembangunan Politik 2. Pembangunan Pentadbiran 3. Pembangunan Ekonomi 4. Pembangunan Pendidikan 5. Pembangunan Sosial 6. Pembangunan Perindustrian 7. Pembangunan Pertanian 8. Pembangunan Industri Pelancongan 9. Pembangunan Infrastruktur 10. Pembangunan Kesihatan 11. Pembangunan Sumber Manusia 1. PEMBANGUNAN POLITIK a) Autonomi Sabah Mengikut 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 - Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak semula perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 untuk mempastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta. Suruhanjaya Siasatan DirajaTentang PATI - Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry (RCI)) bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

b)

c)

Kependudukan, Kewarganegaraan dan Kad Pengenalan Palsu - Mengkaji semula dan menyelesaikan masalah peningkatan jumlah penduduk dan warganegara Sabah yang mendedak dalam tempoh 1970 - 2010 dan seterusnya dan menghapuskan kad pengenalan palsu. Kedaulatan Negeri Sabah - Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan ke atas Sabah. Program Borneonisasi - Melancarkan Program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk mempastikan jawatan-jawatan utama termasuklah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dipegang oleh rakyat Sabah. Perjanjian Baru dan Kenaikan Royalti Minyak dan Gas - Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan keseluruhan dari hasil petroleum yang diperolehi dari wilayah Sabah. Hak Ke Atas Hasil Minyak Petroleum di Blok L dan Blok M - Mengkaji semula dan membawa usul ke Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menuntut hak ke atas hasil minyak petroleum di kawasan Blok L dan Blok M di perairan Sabah yang diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuk mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan Blok M tanpa izin dari rakyat Sabah. Polisi Kabotaj - Mengurangkan bebanan rakyat Sabah dengan mengkaji semula Polisi Kabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal. Mengimbangkan Agihan Bilangan Kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum - Melaksanakan formula untuk mengimbangkan agihan bilangan kerusi keseluruhan bagi kerusi Dewan Rakyat atau Parlimen pada setiap pilihanraya umum diadakan berdasarkan nisbah 65:35 sejajar dengan persetujuan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 di mana: * 65% - Jumlah kerusi parlimen keseluruhan untuk Semenanjung Malaysia * 35% - Jumlah kerusi parlimen keseluruhan untuk Sabah dan Sarawak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Sabah - Mewujudkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Sabah untuk mempastikan hasil asli negeri dapat diurus dengan cekap dan amanah. Kementerian ini akan bertangungjawab kepada penggubalan dasar, pembangunan dan kemajuan sumber-sumber asli Sabah termasuklah explorasi, perlombongan dan perdagangan hasil galian mineral, batu-batan dan pasir; pengurusan dan pembahagian tanah-tanah perladangan; pengurusan hidupan liar, taman-taman Sabah, perhutanan dan alam sekitar serta sumber-sumber asli lain di Sabah secara mapan. Tanggungjawab ke atas explorasi, perlombongan dan perdagangan hasil minyak dan gas akan dikendalikan di bawah Jabatan Ketua Menteri. Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kesihatan Sabah - Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan, adil dan saksama. Tuntutan Hak Ke Atas Pulau-pulau Sabah - Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas di perairannya.

d)

e)

f)

g)

h)

i)

j)

k)

l)

m)

Persempadanan Semula dan Pertambahan Kerusi Parlimen dan Negeri - Mengkaji semula struktur persempadanan semula dan pertambahan kerusi parlimen dan negeri yang diadakan pada setiap 8-10 tahun agar dilaksanakan berpandu kepada kriteria-kriteria yang adil dan saksama termasuklah jumlah bilangan penduduk tulen setempat, saiz keluasan kawasan dan kaedah lukisan garis lurus untuk menentukan garis persempadanan dan bukan menggunakan faktor-faktor kaum dan agama. Jawatan Ketua Menteri Sabah - Perlantikan jawatan Ketua Menteri Sabah hendaklah dilaksanakan berdasarkan perlembagaan negeri tanpa campurtangan oleh pentadbiran Putrajaya. Enam (6) ADUN Dilantik - Menghormati dan melaksanakan peruntukan perlembagaan Sabah di mana peruntukan enam (6) ADUN dilantik hendaklah dilaksanakan dengan sewajarnya. Hubungan antara Negeri Sabah dan Persekutuan - Mempastikan kepentingan negeri Sabah sentiasa diutamakan dalam hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

n)

o) p)

2. PEMBANGUNAN PENTADBIRAN a) Integriti Pimpinan Politik dan Pegawai Kerajaan Mempertingkatkan integriti pimpinan politik dan pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan dan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Perkongsian Kuasa dalam Pentadbiran Kerajaan Sabah - Melaksanakan pentadbiran Kerajaan Sabah mengikut konsep perkongsian kuasa berdasarkan kaum dan merit dan bukan berdasarkan agama dengan formula nisbah 40:40:20 (atau 4:4:2) bagi struktur kabinet dan semua peringkat perkhidmatan awam negeri di mana: * 40% Bumiputra Islam * 40% Kadazandusun Murut * 20% Cina Struktur Pentadbiran Awam Sabah - Mengurangkan karena birokrasi dalam pentadbiran awam Sabah supaya sistem pentadbiran menjadi lebih telus, efisyen dan berjiwa rakyat. Perkhidmatan Awam Sabah - Melaksanakan pengurusan pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam berdasarkan merit dan formula nisbah 4:4:2. Hak Tanah Adat Sabah - Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah yang selama ini di bawa oleh Kerajaan Negeri sekiranya keskes tersebut jelas mencabul hak tanah adat di Sabah. Suruhanjaya Tribunal Tanah dan Hak Tanah Adat (NCR) - Mewujudkan Suruhanjaya Tribunal Tanah untuk memperkukuhkan tuntutan dan pemilikan tanah dan Hak Tanah Adat atau Native Customery Rights (NCR), dan menyelesaikan masalah-masalah permohonan dan pemilikan tanah, termasuklah tanah-tanah NCR dan perkampungan yang terperangkap dalam kawasan rezab perhutanan dan FMU. Dasar Tanah Baru Sabah - Melaksanakan Dasar Tanah Baru Sabah yang meliputi mewujudkan undang-undang dan sistem pentadbiran tanah dan Hak Tanah Adat atau Native Customery

b)

c) d) e)

f)

g)

Rights (NCR), agar pengurusan dan pentadbiran tanah serta penyelesaian masalah-masalah tanah dan NCR dapat ditangani dengan lebih efisyen dan efektif. h) Dasar Tanah Kecerunan 25 Darjah (250) - Mengkaji semula pelaksanaan dasar kecerunan tanah 25 darjah (250) supaya tidak diguna sewenang-wenangnya sebagai alasan automatik oleh pihak kerajaan menolak permohonan dan pemilikan tanah di Sabah. Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Pengeluaran Geran Tanah - Melaksanakan sistem pentadbiran tanah di bawah jabatan-jabatan baru iaitu Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur dan Pemetaan yang lebih efisyen dan efektif, termasuklah meningkatkan kapasiti kakitangan jabatan-jabatan tersebut untuk mempercepatkan kerja-kerja pengukuran, pemetaan dan pengeluaran geran tanah. Geran Tanah Komunal - Menghentikan pengeluaran geran tanah komunal (communal land title) dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengannya melalui pengeluaran Native Title (NT). Unit Pengurusan Perhutanan (FMU) - Mengkaji semula kedudukan Unit Pengurusan Perhutanan (Forest Management Unit (FMU)) dan membatalkan tawaran-tawaran yang telah dberikan kepada syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan objektif-objektif program ini. Pengurusan Syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLCs) Negeri - Mengkaji semula pengurusan semua syarikat milik kerajaan negeri (state government-linked companies (GLCs)) supaya pelaksanaan pengurusan lebih efisyen, berkesan dan menepati sasaran. Pihak Berkuasa Tempatan - Mempastikan supaya perlantikan setiap ahli Pihak Berkuasa Tempatan (Ahli-ahli Majlis Daerah) hendaklah dilaksanakan secara adil dan saksama dan mewakili semua kaum yang terdapat dalam kawasan berkenaan. Penubuhan JKKK/JKDB dan Ketua Kampung (KK) - Mempastikan supaya penubuhan JKKK/JKDB dan perlantikan Ketua Kampung hendaklah dilaksanakan secara adil dan saksama mengikut prosedur pemilihan demokratik.

i)

j)

k)

l)

m)

n)

3. PEMBANGUNAN EKONOMI a) Penubuhan Syarikat Minyak dan Gas Sabah - Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas bertaraf konglomerat antarabangsa yang dimiliki oleh rakyat Sabah dengan modal awal RM1 billion dari wang royalti hasil minyak dan gas di mana pihak pengurusannya akan dilatih oleh Petronas sehingga dapat beroperasi dan bersaing di persada dunia; sekaligus akan menjanakan peluang-peluang pekerjaan dan membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas. Polisi Satu Negara Satu Harga Melaksanakan Polisi Satu Negara Satu Harga tanpa mengira perbezaan jarak jauh kedudukan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Peruntukan Bajet Kerajaan Persekutuan Kepada Sabah - Hendaklah mengambilkira kedudukan Sabah yang keterbelakang berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Justeru, mengekalkan jumlah peruntukan bajet Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah seperti biasa dan tidak akan berkurangan walaupun kenaikan 20% royalti minyak dan gas telah dilaksanakan untuk Sabah.

b) c)

d)

30% Syer dalam Syarikat-syarikat Perladangan di Sabah - Menuntut dan mengambil alih 30% daripada jumlah syer keseluruhan dalam syarikat-syarikat perladangan yang beroperasi di negeri Sabah untuk faedah rakyat Sabah. Ini mengikut peruntukan yang sedia ada dalam geran tanah yang telah diluluskan kepada syarikat-syarikat tersebut di mana sebanyak 30% ekuiti daripadanya hendaklah untuk bumiputera Sabah.

e) Agensi-agensi Pemaju Tanah Milik Kerajaan Persekutuan di Sabah - Mengkaji semula peranan dan status semua agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang sedang beroperasi di Sabah termasuklah FELDA, FELCRA, RISDA, dan LIGM agar menepati sasaran untuk faedah rakyat Sabah. f) Sistem Penerbangan Borneo Airways - Mewujudkanan sistem penerbangan Borneo Airways untuk memenuhi keperluan pengangkutan penerbangan di kawasan Brunei, Indonesia (Kalimantan), Malaysia (Sabah & Sarawak) and Philippine (Mindanao) - East Asia Growth Area (BIMP-EAGA) khasnya dan antarabangsa amnya. Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah (SAFODA) - Menyemak semula tanah-tanah yang dimiliki oleh Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah (SAFODA) untuk dikembalikan kepada rakyat. Lembaga Padi Sabah - Mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah dan mengambil alih tugas dan tangungjawab Lembaga Beras Malaysia di negeri Sabah serta memajukan lagi sumber beras negeri. Saham Amanah Sabah (SAS) - Mengkaji semula status Saham Amanah Sabah (SAS) untuk faedah rakyat Sabah.

g)

h)

i)

4. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN a) Pengambilan dan Insentif Guru-guru Warganegara Sabah - Mengutamakan pengambilan guruguru warganegara Sabah yang mencukupi mengikut keperluan negeri semasa dan peruntukan elaun kewangan yang munasabah hendaklah diberikan sebagai insentif untuk bertugas bersungguh-sungguh di kawasan luar bandar dan tempat terpencil di Sabah. Anugerah Biasiswa Kerajaan Persekutuan - Mempastikan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah peruntukan biasiswa Kerajaan Persekutuan hendaklah diberikan kepada pelajarpelajar warganegara Sabah dan Sarawak. Anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah - Mempastikan Anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah diberikan kepada pelajar-pelajar yang warganegara Negeri Sabah tulen dan dilaksanakan secara telus berdasarkan merit dan formula nisbah 4:4:2. Pinjaman Pengajian Daripada PTPTN - Menyerapkan kepada biasiswa semua pinjaman pengajian yang telah diperolehi daripada Perbadanan Dana Pendidikan PTPTN oleh pelajarpelajar di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Bantuan Pelajar-pelajar Sekolah - Meneruskan bantuan pelajar-pelajar sekolah termasuklah buku teks, makanan dan pakaian seragam sekolah kepada yang memerlukan. Sekolah Teknikal dan Vokasional Tambahan - Membina sekolah-sekolah teknikal dan vokasional tambahan kepada yang sedia ada selaras dengan keperluan semasa negeri.

b)

c)

d)

e) f)

g)

Pengambilan Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Mempastikan 40% tempat daripada kursus-kursus professional seperti perakaunan, kejuruteraan dan perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah diperuntukkan kepada pelajarpelajar warganegara Sabah dan Sarawak. Membina Universiti Kinabalu Malaysia (UKiM) - Membina sebuah universiti pengkhususan atau dedicated university yang dinamakan Universiti Kinabalu Malaysia (UKiM) yang dimiliki oleh Kerajaan Sabah. Kursus-kursus yang ditawarkan berteraskan kepelbagaian bio-diversiti budaya termasuklah eko-pelancongan, konservasi dan pengetahuan orang asal. Subjek Alkitab/Scriptures untuk Peperiksaan SPM - Mempastikan pengajaran dan pembelajaran subjek Alkitab (Scriptures) untuk peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar Kristian di sekolah-sekolah hendaklah ditawarkan secara biasa dan berterusan.

h)

i)

5. PEMBANGUNAN SOSIAL a) Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia - Mengiktiraf dan menghormati agama Islam adalah agama rasmi Negara tetapi agama -agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Hak-Hak Masyarakat Peribumi Sabah - Mempastikan hak-hak Masyarakat Peribumi Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati dan dipertahankan. Institusikan Status Huguan Siou - Menginstitusikan dan memartabatkan status Huguan Siou (Pemimpin Agung) dan ditabalkan sebagai lambang kesejahteraan, perpaduan, martabat dan kemajuan rumpun Pasokmomogun (orang asal) Sabah.

b)

c)

d)

Status Mahkamah Anak Negeri Sabah - Meningkatkan martabat dan status Mahkamah Anak Negeri Sabah dengan memasukkan pengajian anak negeri dalam pengajian tinggi di Malaysia dan seterusnya menubuhkan Mahkamah Anak Negeri setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Anugerah Status Anak Negeri Sabah - Melaksana dan mempastikan anugerah Status Anak Negeri Sabah yang rasmi hendaklah diberikan kepada seseorang pemohon oleh Mahkamah Anak Negeri sahaja. Status Bangsa Sino-Kadazan, Sino-Dusun dan Sino-Murut - Mengiktiraf dan menerima secara rasmi bahawa keturunan peranakan Sino-Kadazan, Sino-Dusun dan Sino-Murut masingmasing adalah bangsa dengan status Bumiputera dan istilah-istilah ini hendaklah diterimapakai dalam pendaftaran sijil kelahiran anak masing-masing oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Pendidikan Bahasa Ibunda - Mempastikan bahasa-bahasa ibunda diberi kedudukan sewajarnya dalam sistem pendidikan di Malaysia supaya bahasa ibunda diajar dan dipelajari di sekolahsekolah.

e)

f)

g)

h)

Peruntukan Kewangan Kerajaan Kepada Badan-badan Agama Bukan Islam - Mempastikan Kerajaan memberi peruntukan kewangan kerajaan kepada badan-badan bukan Islam secara saksama seperti yang diberikan kepada badan-badan agama Islam. Peruntukan Kewangan Kerajaan Kepada Perayaan-perayaan Utama Sabah - Memperluaskan peruntukan kewangan perayaan-perayaan di Sabah kepada persatuan-persatuan kebudayaan yang berdaftar di samping mempastikan peruntukan kewangan tahunan Kerajaan yang diberi untuk perayaan-perayaan Hari Raya Idilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan Pesta Kaamatan. Peruntukan Kewangan Kerajaan Kepada Sekolah-sekolah Bukan Kerajaan Mempastikan peruntukan tahunan kerajaan hendaklah diberi kepada sekolah-sekolah mubalig (mission), sekolah-sekolah bantuan kerajaan, sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah swasta/persendirian lain yang berdaftar dan layak menerima bantuan. Bantuan Kebajikan Rakyat - Menaikkan bantuan kewangan untuk Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal dan golongan miskin. Bantuan kepada Bekas Tentera dan Polis - Memberi bantuan kepada ahli-ahli Persatuan Bekas Tentera dan Polis untuk mendapatkan lesen pengawal keselamatan bagi mereka yang memerlukannya dan grant kewangan tahunan kepada persatuan tersebut. Latihan Industri dan Keusahawanan - Mewujudkan Modal Insan termasuklah Tabung Keusahawanan Wanita dan Tabung Keusahawanan Belia untuk mendidik dan membangunkan kaum wanita dan belia-belia menjadi usahawan-usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Pembangunan Wanita - Memberi peruntukan tahunan kepada persatuan-persatuan wanita yang berdaftar untuk mempastikan wanita terlibat dalam program-program pembangunan secara aktif dan berdaya saing, terutamanya dalam bidang keusahawanan. Pembangunan Belia - Memberi peruntukan tahunan kepada persatuan-persatuan belia yang berdaftar untuk mempastikan belia terlibat dalam program-program pembangunan secara aktif dan berdaya saing, terutamanya dalam bidang keusahawanan.

i)

j)

k)

l)

m)

n)

o)

p) q)

Skim Perumahan Sabah - Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah. Tabung Warisan Sabah - Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM1 billion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah di bawah paras kemiskinan. Tabung Permodalan Sabah dan Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS) - Menubuhkan Tabung Permodalan Sabah dengan modal awal dari wang royalti minyak dan gas dan seterusnya badan ini akan mengendalikan pewujudan semula Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS) bagi tujuan pembasmian kemiskinan rakyat Sabah. Yayasan Orang Asal Sabah - Mewujudkan Yayasan Orang Asal Sabah dengan dana RM1 billion bagi merangsang sosio-ekonomi Orang Asal Sabah.

r)

s)

t)

Yayasan Sabah - Mengkaji semula polisi, pentadbiran dan pengurusan Yayasan Sabah secara menyeluruh dan mempastikan peranan Yayasan Sabah adalah konsisten dengan tujuan asal penubuhannya.

6. PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN a) b) Sektor Perindustrian - Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan pelbagai sektor perindustrian yang akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perkhidmatan. Zon Estet Perindustrian - Menambahkan zon estet perindustrian di kawasan-kawasan strategik di seluruh negeri Sabah untuk industri-industri berasaskan sumber. Industri Berasaskan Sumber dan Bukan Berasaskan Sumber - Meningkatkan industri-industri berasaskan sumber khususnya dalam sektor maritim dan perhutanan dan bukan berasaskan sumber seperti seramik dan kaca. Industri Kecil dan Sederhana - Membantu meningkatkan pembangunan dan kemajuan perusahaan industri kecil dan sederhana. Prasarana dan kemudahan sokongan - Menyediakan prasarana dan kemudahan yang sesuai untuk menyokong pembangunan dan kemajuan industri-industri tempatan. Produk Hasilan Bioteknologi - Memperluaskan pengeluaran produk-produk hasilan bioteknologi yang berkualiti dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi termasuklah produk herba dan farmaseutikal. Kemudahan Kewangan untuk SMEs - Menubuhkan kemudahan kewangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (Small and Medium Enterprises (SMEs)) dengan entiti di Sabah untuk memberi Fasiliti Jaminan Korporat (Corporate Guarantee Facilitiy) kepada peminjam-peminjam yang layak.

c)

d) e) f)

g)

7. PEMBANGUNAN PERTANIAN a) b) Sektor Pertanian - Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor pertanian yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan. Pusat Industri Tani dan Pemakanan - Membangunkan Sabah sebagai hub atau pusat pembangunan dan kemajuan industri tani dan pemakanan, khususnya dalam bidang Pertanian, Penternakan dan Perikanan di rantau ini. Sumber Makanan - Memajukan sektor pertanian sebagai sumber makanan untuk membekal keperluan domestik dan mengurangkan import makanan, terutamanya pengeluaran padi dan beras. Kemudahan Sektor Pertanian - Meningkatkan pembangunan dan pemasaran hasil tani. keupayaan perkhidmatan pinjaman,

c)

d)

e)

Perusahaan Perladangan dan Pekebun Kecil - Meningkatkan aktiviti-aktiviti perusahaan perladangan bagi pekebun-pekebun kecil di luar bandar termasuklah perusahaan ladang perhutanan seperti penanaman pokok gaharu, kelapa sawit, getah, koko, lada hitam dan tanaman komersil lain yang sesuai ke arah pencapaian pembasmian kemiskinan di Sabah.

8. PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN a) b) Dasar Pembangunan Pelancongan - Menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti industri pelancongan. Sektor Pelancongan - Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan. Pusat Tarikan Pelancong - Membangunkan prasarana dan aktiviti-aktiviti pelancongan yang menarik di pusat-pusat tarikan pelancong termasuklah di kawasan hidupan liar, pesisir pantai dan laut dan pulau-pulau di sekitar perairan Sabah. Perkhidmatan Sektor Pelancongan - Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemasaran produk pelancongan kepada pengusaha-pengusaha dalam sektor pelancongan. Industri Kraftangan - Meningkatkan perusahaan industri kraftangan sebagai sebahagian daripada pakej produk pelancongan. Alam Sekitar dan Semulajadi - Meningkatkan aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan unsur-unsur semulajadi lain untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi dan menjadikannya sebagai pakej pelancongan. Penyertaan Kumpulan Muda dan Graduan - Meningkatkan penyertaan kumpulan muda dan para graduan, khususnya dari kawasan pedalaman, menceburi dalam bidang pembangunan pelancongan termasuklah aktiviti-aktiviti berasaskan e-pelancongan dan perhutanan mesra alam, dan progam homestay di desa dan luar bandar. Pelabur Asing dalam Sektor Pelancongan - Meningkatkan insentif untuk pelabur-pelabur asing melabur terus (direct foreign investment (DFI)) dalam industri pelancongan di Sabah.

c)

d) e) f)

g)

h)

9. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR a) b) c) d) Permbangunan Infrastruktur - Melaksanakan pembangunan infrastruktur di Sabah supaya setara dengan Semenanjung Malaysia. Jalan Raya dan Jambatan - Meningkatkan pembinaan dan menaik taraf jalan raya dan jambatan di seluruh negeri termasuklah di kawasan bandar dan luar bandar. Pengangkutan Udara pengangkutan udara. - Meningkatkan prasarana yang lebih baik dan sesuai untuk

Pengangkutan Air - Meningkatkan kemudahan pelabuhan-pelabuhan Sabah terutamanya untuk menampung keperluan aktiviti-aktiviti perdagangan dan perniagaan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan juga di wilayah BIMP-EAGA.

e)

Sistem Perparitan - Menyediakan sistem perparitan yang lebih berkesan untuk menyelesai masalah saliran air dan banjir.

10. PEMBANGUNAN KESIHATAN a) Perubatan Percuma - Meningkatkan perkhidmatan percuma kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Perkhidmatan Doktor Pakar di Setiap Hospital Daerah - Meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan kepada rakyat dengan menyediakan perkhidmatan doktor pakar di setiap hospital daerah. Hospital Komuniti - Membina Hospital Komuniti di kawasan-kawasan yang memerlukan di Sabah. Dispenseri - Meningkatkan perkhidmatan dispenseri di Sabah. Klinik Desa - Meningkatkan perkhidmatan kesihatan klinik desa di Sabah. Asrama Pesakit Luar dan Penjaga Pesakit - Membina bangunan-bangunan asrama untuk menampung keperluan penginapan kepada pesakit-pesakit luar dan penjaga-penjaga pesakit yang dimasukkan ke hospital di sekitar lokasi hospital-hospital daerah. Kemudahan Biasiswa Kedoktoran - Meningkatkan bilangan tajaan biasiswa kerajaan untuk mendorong pelajar-pelajar mengikuti kursus-kursus dalam bidang kedoktoran dan kesihatan.

b)

c) d) e) f)

g)

11. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA a) Kemudahan Latihan Sumber Tenaga Manusia - Meningkatkan pembinaan sekolah, pusat latihan kemahiran dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang mahir dan separa mahir di Sabah. Peranan Institusi-institusi Pengajian Tinggi - Menggalakkan institusi-institusi pengajian tinggi yang beroperasi di Sabah untuk menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kemahiran praktikal dan pengkhususan untuk memenuhi keperluan tenaga buruh mahir dalam pelbagai bidang di Sabah.

b)

c) Membangunkan Pekerja dan Usahawan yang Berdaya Saing - Meningkatkan peranan kerajaan untuk membangunkan golongan pekerja dan usahawan yang berpotensi dan berdaya saing melalui usahasama dan gabungan kemahiran dan keupayaan di antara institusi-institusi pengajian tertiari dan sektor-sektor perindustrian dan perdagangan di Sabah.

Anda mungkin juga menyukai