Anda di halaman 1dari 211

1.

0 Asal Usul Bahasa Melayu Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi, beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerahdaerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil: 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti 3. Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang moden. Bentuk bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya. Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-LoYue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. : 1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masihi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 Masihi dengan tulisan pada kaki alasnya. 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 Masihi dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. 3

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masihi) Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu telah dijumpai : 1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit. 2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab. 3. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi. Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi tidak menamatkan pengaruh bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Beberapa contoh usaha mereka ialah : 1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521 Masihi. Kamus tersebut merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya bahasa Melayu tersebar. 2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 Masihi dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur. 3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) 2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) 3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah : 1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin) 2. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin) 3. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab) 4. Hamzah Fansuri (Syair Perahu) Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masihi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi Baaluwi (1899 M) Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendekiawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. 2.0 Tempat asal usul Bahasa Melayu Terdapat dua hipotesis berkenaan tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik, iaitu dari kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara. Hipotesis pertama yang melibatkan kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Menurut hipotesis ini, mereka dikatakan telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara. Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan diperkukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali sebagai Melayu-Deutro. Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada MelayuProto. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menghasilkan keturunan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang dituturkan pada masa kini merupakan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.

Seterusnya, hipotesis kedua yang melibatkan kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Hipotesis ini adalah lebih meyakinkan kerana klarifikasi ini berasaskan bukti geografi, bahasa, artifak, perkembangan manusia dan kebudayaan. Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier. Berdasarkan bukti bahasa pula, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet. Sekiranya ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kesahihan hipotesis ini. Dari segi perkembangan manusia pula, didapati bangsa Melayu tidak berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah. Tambahan lagi, kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun manakala tengkorak manusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan bukti ini, bahasa Melayu sememangnya wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.

3.0 Perkembangan Bahasa Melayu Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden 8

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut: Tulisan Rencong. Tulisan Pallava. Tulisan Kawi. Tulisan Jawi Tulisan Rumi Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Sriwijaya, Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini perkembangan bahasa Melayu begitu pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut. Orang-orang Eropah yang datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan mereka mempunyai niat untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada mereka yang menjalankan penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan.

Dalam catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi Lingua Franca terutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.

3.1 Bahasa Melayu Kuno Istilah Melayu sangat baru dijumpai, iaitu hasil daripada kesan-kesan sejarah. Istilah Melayu paling awal dijumpai dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman dinasti T sang, yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi. Konsep Melayu sebagai bahasa masih belum timbul pada peringkat ini. Mengikut catatan Itsing sekitar tahun 644-645 Masihi, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya pada waktu itu bernama Kun-lun. BahasaKun-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan tetapi juga dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Dipercayai bahawa Kun-lun ini ialah bentuk bahasa Melayu tua yang terawal, yang dikenali juga dengan nama bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara yang mencapai Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya berasal dari Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu iaitu bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai

10

hierarki yang tinggi dan sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Bukti kewujudan Bahasa Melayu kuno terbukti pada penemuan batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India; contohnya seperti Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M), Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M). Bahasa Melayu kuno juga ditemui pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Selain itu, Bahasa Melayu kuno turut ditemui pada batu bersurat di Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M). Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah mempunyai banyak kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, iaitu susunan ayat bersifat Melayu, yang mana bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan), bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan), awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas, berbangun-marvanum, berbuat-marvuat), awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat

niparwuat, dimakan-nimakan, diminumnya-niminumna), ada bunyi konsonan yang diaspirasikan


seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) dan huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).

11

3.1.1 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India, mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit dan bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Selain itu, batu bersurat yang kedua ialah di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang masih memakai abjad India, buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Seterusnya batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (13031387) yang ditulis dalam tulisan Jawi untuk membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. 3.2 Bahasa Melayu Klasik Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi perkataan moden. Takrifan ini menjelaskan pada suatu kepada masa kita bahawa Namun, bahasa Melayu masa Klasik dan diakui zaman

kepenggunaannya

dahulu.

perubahan

menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya. Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan Johor-Riau. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah Hikayat raja-raja pasai, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Bustanus Salatin, Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu dan Tajus Salatin.

12

Ciri-ciri bahasa klasik ialah ayat yang

panjang,

berulang, berbelit-belit, banyak

menggunakan ayat pasif, menggunakan bahasa istana, menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih), menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) sebermula, alkisah, hatta, adapun, susunan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''. Selain itu, bahasa Melayu klasik juga menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonem arab adalah seperti berikut : Akhirat Syarat Zaman

Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telah menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan katakata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara. Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah Duniawi Jahaman Akhirat Mu'tabar Fakir Sultan Jumaat

13

Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan Kata Hubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yang sering digunakan berulang ialah : Itu Sana Maka

Kata Hubung : Yang Dan atau

Kata Penegas : Lah Pun

Penterjemahan karya atau kitab-kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu menyebabkan struktur atau sintaksis Arab menyerap ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan kitab banyak menggunakan Frasa Sendi Arab. Antara Frasa Sendi yang dipinjam dari bahasa Arab ialah ; daripadanya; atas dengan; dia dan lain-lain lagi. Selain dari itu ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik juga dikatakan meleret-leret, terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Pengarang sesebuah buku sering memasukkan perkataan yang sukar difahami. Begitu juga dengan pengunaan ayat-ayat pasif yang begitu meluas terutama dalam hikayat-hikayat. Dalam bahasa Melayu Klasik juga tedapat pendepanan pradikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsanan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, contohnya : a) Berjalanlah baginda berhari-hari untuk mencari permaisuri yang telah melarikan diri. b) Maka kepala budak itu digondolkan oleh tukang gunting dengan sebilah beliung. 14

Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara . Manuskrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi. Manakala manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M). Bahasa Melayu klasik juga telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

3.3 Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Pada pertengahan abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa terpenting di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal yang sama berlaku di Indonesia yang dijajah oleh Belanda.

15

Di Indonesia, pada tahun 1928 tercatatnya peristiwa penting dalam kalendar sejarah bahasa Melayu apabila diadakan Sumpah Pemuda yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa Indonesia. Peristiwa ini membawa kepada terangkatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Indonesia yang kemudiannya dikenali dengan Bahasa Indonesia pada 1945. Hal yang sama terjadi di Tanah Melayu pada tahun 1967. Manakala di Brunei Darulsalam bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi pada tahun 1959 dan di Singapura pada tahun 1965. Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila penerbitan majalah, akhbar, buku, jurnal menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuannya bukan sekadar meningkatkan kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu tetapi juga untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Anatara akhbar dan majalah yang memainkan peranan berkenaan ialah al-Imam (1906), Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan lain-lain lagi diterbitkan di sekitar separuh awal abad kedua puluh. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu serta memastikan perkembangannya tidak terbantut maka berbagai usaha telah dijalankan. Antaranya penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pa. Ba. Mim. Pa. Ba.) yang kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Pejabat Karang Mengarang SITC, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatakuasa Tetap Bahasa Melayu, serta tertubuhnya Kementerian Pelajaran. Melihat kepada perkembangan istilah dan perbendaharaan kata, pada zaman bahasa Melayu Moden ini, munculnya istilah-istilah baru sama ada pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari bahasa serumpun. Istilah-istilah asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya walaupun ada di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya kerjasama kebahasaan antara Tanah Melayu dan Indonesia pada tahun 1959. Kerjasama ini dikukuhkan lagi apabila pada tahun 1972 majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditubuhkan. Pada tahun 1985 kedudukannya semakin meningkat apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia ditubuhkan. 16

Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini digunakan dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Antara tokoh Bahasa Melayu Moden yang terkenal ialah Prof. Diraja Ungku Aziz dan Pendeta Zaba. 3.4 Bahasa Melayu dalam Kerajaan Sriwijaya Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu bersurat yang tersebut di atas dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh 633 M, 684 M dan 686 M yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana tarikh ini merupakan tarikh zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan tempatan yang kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh kepulauan Melayu. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isi kandungannya jelas menunjukkan bahawa tulisan ini dibuat atas perintah raja. Dengan demikian, ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan tersebut, yakni sebagai bahasa rasmi sebuah kerajaan yang besar dan luas jajahan takluknya yang pada saat kegemilangannya meliputi Sumatera, Jawa, Semananjung Tanah Melayu, Segenting Kera dan Sri Lanka. Hakikat kewujudan bahasa melayu disokong dengan sumber daripada tulisan pengembara-pengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini dalam pengembaraan mereka ke India. Berdasarkan sumber ini A.Teeuw (1952) telah menulis, Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa Bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa melayu yang sesungguhnya.

17

Di samping empat batu bersurat yang dibicarakan di atas, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Sriwijaya ini yang menjadi bukti kewujudan bahasa Melayu. Sebuah batu bersurat bertarikh 832 masihi telah dijumpai di Gandasuli, di daerah Jawa Tengah. Sebuah lagi bertarikh 1000 masihi, dijumpai di daerah Bengkulu. Di sekitar Padang Lawas, Tapanuli, dijumpai sebuah patung gangsa dengan tulisan pada kaki alasnya, bertarikh 1029 Masihi. Dan di Padang Roco, daerah Batanghari, dijumpai sebuah patung bertarikh 1286 dan terdapat, untuk pertama kali, perkataan Malaya atau Melayu tertulis, iaitu pada bahagian belakang patung tersebut. Tegasnya, zaman Srivijaya, iaitu kira-kira dari abad ke-7 hingga ke-13 Masihi, merupakan zaman bermulanya kegemilangan Bahasa Melayu. Kerajaan Sriwijaya, walaupun kuat dipengaruhi budaya hindu buddha, tidak menyingkirkan bahasa melayu malah sebaliknya menerimanya sebagai bahasa untuk kegiatan pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Sesuai dengan sifat kerajaan-kerajaan tua yang cenderung kepada kegiatan meluaskan kerajaannya maka, perluasan kerajaan Sriwijaya bererti penyebaran bahasa Melayu ke daerahdaerah yang ditaklukinya. Walaupun bahasa Sanskrit mendapat tempat juga di samping bahasa Melayu, namun bahasa Sanskrit hanya sesuai sebagai bahasa agama, digunakan hanya dalam kalangan cerdik pandai atau sami-sami Buddha dan Hindu sahaja, iaitu di kawasan-kawasan istana. Sebagai sebuah kerajaan yang besar, pengaruh Sriwijaya tidak hanya terikat pada daerah-daerah yang berada di bawah takluknya, bahkan meluas juga kepada negara-negara tetangganya, dan ini memungkinkan penyebaran bahasa Melayu terus berkembang seterusnya ke daerah-daerah sekitaran tersebut, sehingga bahasa Melayu terus menapak serta memperkukuhkan peranannya sebagai lingua franca di kepulauan Nusantara. Selepas Kerajaan Sriwijaya, daerah Nusantara juga mengalami kegemilangan Kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa. Pada masa ini bahasa Jawa memainkan peranan yang lebih utama, namun demikian, ini tidak bererti Bahasa Melayu menjadi malap dan pudar sama sekali, kerana dipercayai bahawa oleh sebab kesederhanaannya, Bahasa Melayu tetap berfungsi sebagai bahasa perhubungan antara penduduk-penduduk wilayah ini. Tambahan lagi di beberapa daerah pesisir Sumatera, khususnya di Jambi masih terdapat negeri Melayu (1291) yang meneruskan sistem pentadbiran kerajaan Melayu, walaupun di bawah takluk kerajaan Majapahit. Melalui pentadbiran Kerajaan Melayu ( Jambi) ini, bahasa Melayu terus memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa perhubungan, terutamanya di daerah pesisir 18

Sumatera. Keadaan ini berlaku walaupun dalam zaman keagungan kerajaan Majapahit yang mana jajahan takluknya melebihi keluasan wilayah Indonesia sekarang, sebagaimana yang diriwayatkan dalam syair Negarkertagama ( 1365 ) dan buku Pararaton ( 1480 ). Satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah pengaruh kebudayaan dan kesusasteraan Majapahit di seluruh daerah Nusantara ketika itu. Tulisan Sastera Jawa yang mengisahkan cerita-cerita panj Jawa dan mitos Majapahit tersebar luas, yang kemudian menjadi bahan cerita saduran dalam Bahasa Melayu seperti cerita Kuda Deraspati dan sebagainya. Walaupun semua teks cerita-cerita Panji ini berasal dari Pulau Jawa, namun kerana telah diterjemahkan atau disadur ke dalam bahasa Melayu, maka karya-karya itu dikenali sebagai Panji Melayu.

3.5 Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan selepasnya Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah Zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Keagungan kerajaan Melayu Melaka cukup jelas tergambar dalam Sejarah Melayu, satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi. Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya. Pada masa itu, agama Islam mula bertapak, serentak dengan kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Melaka. Pencantuman dua semangat baru ini membawa erti yang besar bagi masyarakat wilayah ini. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya. Hal ini dijalankan dengan mudahnya melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini ialah perkembangan yang berlaku pada bahasa Melayu itu sendiri, yang mana Bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu, iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan katanya bertambah dengan pesatnya, iaitu terbit daripada keperluan untuk memperkatakan idea-idea baru yang dibawa oleh peradaban Islam. Perkara yang paling penting ialah perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusateraan, iaitu dalam bidang penggunaan bahasa sebagai alat penyampaian seni. Bahasa Melayu juga menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik Melayu pada masa 19

itu. Hasil daripada faktor-faktor ini perkembangan bahasa Melayu begitu pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut. Kebenaran hakikat ini menjadi semakin jelas hasil daripada penemuan catatan dalam buku yang dihasilkan oleh Jan Huyghen Van Linschotten, seorang penulis warga Belanda yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592 sebagai seorang pegawai kepada seorang pemerintah portugis. Beliau telah menyatakan bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati di antara bahasa-bahasa negeri Timur, dan bahawa orang yang paling dihormati antara bahasabahasa negeri Timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan Bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan Bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu. 3.6 Bahasa Melayu dalam Zaman Pemerintahan Belanda dan Inggeris Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan memegang teraju

pemerintahan, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi pendudukpenduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan (istana) negara, dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat-pusat pengajian Islam, kelas-kelas agama dan institusi-institusi yang seperti itu. Perhubungan dan komunikasi antara rakyat jelata dijalankan melalui Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura yang mana sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. Demikian juga kejayaan Bahasa Melayu tergambar menerusi hasil-hasil kesusasteraan pada awal abad kelapan belas. Contohnya, Francios Valentjin, dalam karangannya yang mengandungi enam jilid telah menyenaraikan karya-karya ilmu pengetahuan yang ditulis tentang kepulauan Melayu serta yang wujud pada akhir abad ketujuh belas dan awal abad

20

kelapan belas. Karya Valentjin ini merupakan satu bukti nyata tentang keupayaan Bahasa Melayu pada masa itu. Dalam Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya pada ketika sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan dan urusan rasmi di kelima-lima buah negeri Melayu tidak bersekutu hanya selepas perang Dunia kedua, apabila negeri-negeri mereka didatangi oleh pegawai-pegawai tadbir Inggeris yang baru, yang kebanyakannnya diserap masuk daripada pegawai-pegawai tentera yang jahil terhadap bahasa Melayu, maka kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula menghadapi suatu keadaan terancam. Pengaruh pentadbiran pegawai-pegawai Inggeris yang baru segera membawa tekanan pada seluruh aspek kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baharu yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi Tuan dan segala yang bersangkut dengan cara hidup mereka diberi nilaian tinggi, termasuklah bahasa mereka. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar dalam sistem Persekolahan, yang mana melalui kelulusan yang diperoleh hasil kejayaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar ini menjadi asas untuk mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam institusi kerajaan pada masa itu. Dalam kalangan orang Melayu sendiri lahirlah satu golongan yang tidur bangun bersama-sama bahasa Inggeris. Maka, merosotlah kedudukan Bahasa Melayu, sehingga menjadi bahasa pengantar di peringkat persekolahan yang paling rendah dan bahasa perhubungan golongan bawahan. Hanya di beberapa buah negeri sahaja, iaitu negeri-negeri yang tidak termasuk dalam negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahasa Melayu digunakan dalam kedudukan yang tinggi. Di negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar pada sebahagian besar sistem pendidikan dan bahasa yang diberi kedudukan tinggi. Namun demikian, dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, ditulis bukan oleh golongan cendekiawan berpendidikan barat tetapi oleh para cerdik pandai lulusan sistem persekolahan Melayu dan Arab.

21

4.0 SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU Untuk menguasai kemahiran bercakap, seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang fonologi atau dalam kata lain disebut sistem bunyi sesuatu bahasa. Selain itu, pertuturannya keupayaan menerapkan sistem tersebut dengan lancar dan fasih dalam juga amat penting dalam menguasai kemahiran bercakap. Dalam kemahiran

bercakap, seseorang itu haruslah mengetahui jenis-jenis bunyi seperti vokal, konsonan dan diftong dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan dengn menggunakan alat-alat pertuturan yang tertentu. Seperti bahasa lain, bahasa melayu juga mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bercakap yang baik dan berkesan, seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

5.0 ALAT-ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alatalat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara. Bibir : Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir membunyikan bunyi [i], keadaannya menjadi terhampar dan apabila membunyikan bunyi [u], bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari rongga mulut. Contohnya, apabila membunyikan bunyi [m], udara akan disekat pada bahagian bibir. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.

22

Lidah : Lidah adalah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah dan belakang lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerakgerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal seperti vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif. Bahagian ini boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam proses pengeluaran bunyibunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator. Gusi ( alveolar) : gusi merupakan alat pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan. Gusi penting dalam penghasilan bunyi seperti [t], [d], [l] dan lain-lain dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit : lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras (palatal) dan lelangit lembut (velar). Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Manakala lelangit lembut pula terletak di dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Lelangit lembut amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan adalah sebaliknya.

23

Anak tekak (uvular) : anak tekak terletak pada bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Oleh itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan iaitu sama ada dinaikkan atau diturunkan. Gigi : gigi juga berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya adalah kurang aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [], [] dan [], gigi juga berperanan sebagai daerah penyebutan.

Rongga : rongga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian yang lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula dari bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang hadapan belakang lidah membawa keapada bahagian bibir (sebelah dalam). bermula dari bahagian belakang anak tekak hinggalah ke Manakala rongga hidung

hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan iaitu sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan. Pita suara : Pita suara terletak dalam ruang kerongkong dan amat penting dalam penghasilan bunyi. dan tertutup. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka Pita suara Ruang di antara kedua-dua selaput itu dipanggil glotis.

berperanan penting dalam penghasilan bunyi sama ada bersuara atau tidak. Apabila selaput disempitkan dan udara keluar dari paru-paru, maka akan berlakunya getaran. Bunyi ynag dihasilkan dipanggil bunyi bersuara. Apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka, getaran tidak akan berlaku walaupun udara keluar melaluinya dan bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara dirapatkan terus, udara akan mengalami sekatan dan jika udara itu dilepaskan secara serta-merta bunyi yang terhasil adalah bunyi batuk. Sebaliknya, apabila pita suara dibuka dengan luas, udara

24

tidak mengalami sekatan malah keluar dengan bebas dan getaran tidak berlaku langsung, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bisikan. Rahang : rahang tidak mempunyai peranan yang begitu penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang atas dan bawah adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a].

6.0 PENGHASILAN BUNYI Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata. Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui rongga kerongkong dan pita suara. Kemudian masuk ke rongga tekak dan seterusnya masuk ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alatalat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Sekiranya semasa udara lalu pada pita suara, pita suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar secara terdesak dan akan menghasilkan bunyi yang timbul iaitu bunyi batuk. Dalam Bahasa Melayu, kedua-dua jenis bunyi ini iaitu bunyi bersuara dan tidak bersuara memang terdapat terutamanya pada bunyi konsonan. Bunyi vokal pula merupakan bunyi bersuara. Kalau pita suara itu renggang sedikit dan udara dapat keluar melaluinya, pita suara itu akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Bila pita suara itu lebih

25

renggang maka udara boleh keluar dengan mudah, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk ke rongga tekak dan dari sini mungkin akan terus masuk ke rongga hidung atau rongga mulut. Rongga yang mengatur jalan udara ini sama ada rongga mulut atau rongga hidung ialah lelangit lembut dan anak tekak. Kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan akan menghasilkan bunyi tidak sengau. Pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai pefungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu.Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan. 7.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31): Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut: Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal. Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paru-paru. Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics

26

mengatakan: Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran (Arbak Othman 1983:54) Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam buku A Course In Morden Linguistic memberi definisi vocal sebagai: Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara (Arbak Othman 1983:54) Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi definisi seperti berikut: Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u ). Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Vokal adalah bunyi-bunyi bersuara yang terhasil sewaktu udara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan, dalam kata lain bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a], [e], [i], [o] dan [u]. VOKAL Hadapan sempit Hadapan separuh sempit Hadapan luas Tengah Belakang sempit Belakang separuh sempit LAMBANG HURUF I e (taling) A e (pepet) U O

27

Pembahagian vokal-vokal di atas dibuat berdasarkan bahagian lidah yang berperanan dan mengikut ketinggian lidah diangkat. Vokal hadapan misalnya, dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah pada aras yang berubah-ubah iaitu menghala ke arah lelangit keras. Vokal-vokal itu dibezakan mengikut tinggi atau rendahnya hadapan lidah diangkat. Sekiranya hadapan lidah dinaikkan tinggi, maka terhasillah vokal [i], kalau separuh tinggi atau separuh sempit terhasillah vokal [e], sekiranya separuh luas terhasil dan diangkat sedikit sahaja maka terhasillah vokal [a]. Keadaan bibir terhampar, sementara keadaan rahang pula mengikut luas atau sempitnya vokalvokal itu. Vokal belakang pula dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidaklah sampai menyentuh lelangit lembut. Sekiranya lidah belakang itu dinaikkan lebih tinggi, rongga mulut menjadi sempit dan terhasillah vokal [u]. Kalau separuh sempit, terhasil vokal [o]. Kedudukan bibir bundar dan luas buka rahang mengikut luas sempitnya vokal itu.

VOKAL [i] Dibunyikan dengan menaikkan hadapan lidah hingga hampir-hampir menyentuh lelangit keras sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan bibir berada dalam keadaan terhampar. Vokal ini hadir dalam semua lingkungan iaitu pada awal, tengah dan akhir perkataan. Contoh : ipar, ikhlas, bilik, pikul, tidur, hari, jari dan lari. VOKAL [e] Terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti membunyikan vokal [i]. kedudukan alat-alat pertuturan lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i]. Contoh : elak, elok, enak, belok, bengkok, lencong, kole, tauke dan tauge. VOKAL [a]

28

Dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya, iaitu lebih rendah daripada membunyikan vokal [e]. Kedudukan alat-alat lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i] dan vokal [e]. Contoh : alur, amat, ambil, ramal, pakai, takat, sama, tangga dan siapa. VOKAL [] Untuk membunyikan vokal ini, bahagian tengah lidah diletakkan diantara kedudukan untuk mengeluarkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit. Keadaan bibir tidak dibundarkan dan pembukaan rahang adalah sederhana. Dalam sebutan bahasa Melayu baku, vokal ini tidak lahir pada suku kata akhir terbuka. Vokal ini hadir pada awal dan tengah perkataan. Contoh : empat, empuk, tepat, gerak, enam, keras dan kenduri. VOKAL [u] Dibunyikan dengan mengangkat bahagian hadapan belakang lidah ke arah lelangit lembut. Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Keadaan bibir tidak terlalu bundar dan pembukaan rahang adalah sederhana. Contoh : ubat, ulat, pulut, pukat, turun, kutu, sepatu dan buku. VOKAL [o] Dihasilkan dengan menurunkan bahagian belakang lidah lebih rendah daripada kedudukan lidah semasa membunyikan vokal [u]. Kedudukan hujung lidah pula sama seperti ketika membunyikan vokal tersebut dan kedudukan bibir adalah bundar. Contoh : obor, orang, olah, bongkok, sombong, borang, toko, solo dan polo.

29

Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyibunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirriciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u].

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard) iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan. Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. 8.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN Konsonan terdapat peparu. bersuara. tekanan manakala udara konsonan Konsonan diguna ialah bunyi atau terdiri yang tidak tidak kepada selain daripada keluar dari oleh bunyi alat vokal. Konsonan dan yang yang dan yang terhasil konsonan terhasil pita terhasil bahasa sedia perlakuan apabila dari tidak apabila suara apabila melayu pinjaman. ada dan adaptasi

gangguan Konsonan Konsonan udara konsonan peparu terbahagi asli oleh dari

halangan

artikulasi bersuara

terhadap

udara

konsonan dari peparu pita

bersuara

bermaksud adalah

konsonan konsonan asli

menggetarkan suara.dalam

bersuara 2 iaitu

menggetarkan merupakan melayu

konsonan tanpa

konsonan

bahasa penutur

melayu bahasa

konsonan

sebarang

oleh penutur.

30

Dalam kata lain, bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi selain daripada bunyi vokal. Ketika menghasilkannya udara yang keluar daripada paru-paru mengalami sekatan atau sempitan di rongga mulut, hidung atau tekak oleh alat-alat artikulator yang tertentu. Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi-bunyi konsonan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli adalah konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa melayu. Menurut Yunus Maris (1980), terdapat sembilan belas konsonan asli bahasa melayu dan berdasarkan cara pengeluaran dan daerah-daerah artikulasi. Konsonan tersebut dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu letupan (plosive), geseran (frikatif), letusan (afrikat), getaran, sisihan (lateral), sengauan (nasal) dan separuh vokal.

Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). konsonan hentian glotis. ( ? ) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) konsonan geseran gusi tidak bersuara ( s ) konsonan geseran glotis bersuara ( h ). konsonan getaran bersuara ( r ). konsonan sisian gusi bersuara ( I ). empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) konsonan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Konsonan pinjaman pula adalah konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu daripada bahasa arab, Sanskrit dan bahasa inggeris. Konsonan-konsonan itu dipakai dalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa sumber itu sendiri.

31

KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Cara penyebutan Letupan tidak bersuara Letupan bersuara Letusan tidak bersuara Letusan bersuara Geseran tidak bersuara Getaran Sisian Sengauan Separuh vokal M W r l n Y s H B d g P t Dua bibir gusi Lelangit keras-gusi Lelangit keras Lelangit lembut k glotal

32

Letupan dua bibir ( plosive bilabial) Dihasilkan apabila udara yang keluar dari rongga mulut disekat dengan menutup kedua-dua bibir dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Apabila lapisan suara dirapatkan, bunyi yang terhasil adalah letupan dua bibir yang tidak bersuara. Contoh letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan contoh letupan dua bibir bersuara [b]. Letupan gusi (plosive alveolar) Dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan pada gusi sebelah atas bagi menyekat perjalanan udara yang keluar dari paru-paru. Sekatan itu kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Lelangit lembut pula dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi letupan gusi bersuara, lapisan suara dirapatkan dan bagi bunyi letupan, gusi tidak bersuara dan lapisan suara direnggangkan. Contoh letupan gusi tidak bersuara [t] dan contoh letupan gusi bersuara [d]. Letupan lelangit lembut (plosive velar) Dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru disekat pada bahagian lelangit lembut yang dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Sekatan itu kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Pita suara digetarkan sekiranya letupan lelangit lembut itu letupan bersuara dan lapisan suara berada dalam keadaan rapat. Sekiranya letupan lelangit lembut itu tidak bersuara, selaput suara adalah renggang dan pita suara tidak bergetar. Contoh letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan contoh letupan lelangit lembut bersuara [g]. Letupan glottis Dihasilkan apabila selaput suara dirapatkan serapt-rapatnya. Anak tekak dinaikkan dan udara dari paru-paru disekat pada glottis, kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Bunyi ini digunakan untuk menyebut bunyi yang dilambangkan oleh huruf k di akhir perkataan dan pada perkataan-perkataan yang terdiri daripada struktur KVVK. Contoh : kakak, aik, bengkak, saat, kerajaan dan keadaan. 33

Geseran gusi (frikatif alveolar) Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan uadara ke rongga hidung. Lidah dirapatkan pada gusi untuk menyempitkan ruang perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Oleh sebab bunyi ini bunyi geseran gusi tidak bersuara, pita suara tidak bergetar. Contoh: satu, sama, sukat, kesal, besar, bebas dan kemas. Geseran glottis Cara menghasilkan bunyi ini adalah sama seperti di atas, hanya sempitan dilakukan pada bahagian glottis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut akan terhasil bunyi geseran. Contoh : habis, humban, hilang, mahal, tahan, mahir, lemah dan tanah. Letusan gusi lelangit keras ( afrikat palato-alveolar) Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan cara yang sama seperti penghasilan bunyi letupan. Yang membezakannya ialah udara yang disekat dilepaskan dengan perlahan. Lelangit lembut dinaikkan dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara, pita suara digetarkan dan untuk bunyi letusan yang tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh geseran gusi lelangit keras tidak bersuara : cawan, cacat, kacau, pancing dan mac. Contoh geseran gusi lelangit keras bersuara : jalan, jalur, jambatan, kejar, kolej dan imej. Getaran gusi (getaran alveolar) Dihasilkan dengan lelangit lembut diangkat hingga terkena pada belakang rongga tekak. Hujung lidah dikenakan pada gusi dan pita suara digetarkan. Rongga hidung ditutup dengan menaikkan lelangit lembut dan anak tekak. Udara yang lalu pada rongga mulut digetarkan pada gusi. Contoh: rambut, rumput, ramai, gurau, kasar , pasar dan besar.

34

Sisian gusi (lateral alveolar) Untuk menghasilkan konsonan ini, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi. Udara yang keluar melalui rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi lidah. Contoh : lambat, lali, larut, kulat, pulau, kelam, kental dan kapal. Sengau (nasal) Terdapat empat jenis bunyi sengau atau nasal dalam bahasa melayu iaitu sengau dua bibir (nasal bilabial), sengau gusi ( nasal alveolar), sengau lelangit keras (nasal palatal) dan sengau lelangit lembut (nasal velar). Bunyi-bunyi dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar daripada paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. Semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara dan ini bermakna semasa menghasilkannya, pita suara mengalami getaran. Contoh sengau dua bibir: makan, mula, minum, kumis, jumaat, semua, talam dan kelam. Contoh sengau gusi : nasib, nanas, nobat, kena, benih, jernih, main, beban dan korban. Contoh sengau lelangit keras : nyanyi, nyaman,nyanyuk, banyak, kenyang dan kunyit. Contoh sengau lelangit lembut : nganga, ngeru, bunga, belalang, pelangi, abang dan bising. Separuh vokal Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit kemudian dengan cepat digerakkan lidah ke arah kedudukan semasa membunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghasilan bunyibunyi vokal tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Bunyi separuh vokal adalah bunyi-bunyi bersuara dan dalam bahasa melayu terdapat dua jenis konsonan ini. Contoh separuh vokal dua bibir : wujud, wajib, wajar, dawai, kawal dan bawa. Contoh separuh vokal lelangit keras : yakin, yang, yuran, bayar, bayi dan layar. 35

Selain itu, empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. Tambahan itu, fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris pula dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau bertitik di atas ( .) Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. Contoh: Rumi Visa Universiti Subversif Za'ba/Lama

9.0 KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU Cara penyebutan Geseran tidak bersuara Geseran bersuara V z y F Bibir/ gigi Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut X Glotis Rongga tekak

36

Geseran bibir-gigi (frikatif labial-dental) Terhasil apabila gigi atas pada bibir bawah dengan tekanan yang mencukupi. Udara dari paru-paru yang keluar dari rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan pada bibir. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir gigi tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan dan bagi menghasilkan geseran bersuara pula pita suara digetarkan. Contoh geseran bibir- gigi tak bersuara : fakir, fasih, fajar, afdal, hafaz dan arif. Contoh geseran bibir-gigi tidak bersuara : versi, van, virus, universiti, novel dan aktiviti.

Geseran gigi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke arah gigi atas gusi untuk menyempitkan ruang udara yang keluar dari rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk menghasilkan bunyi geseran gigi bersuara dan direnggangkan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara. Contoh geseran gigi tidak bersuara : sabit, sani, salasa, isnin, nahas, waris dan hadis. Contoh geseran gigi bersuara : dalil, darurat, darab, hadir, fardhu dan darul ridhwan.

Geseran gusi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan sehingga menyentuh sedikit bahagian gusi. Udara keluar melalui sempitan pada bahagian gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. Contoh : zabur, zakat, zaman, lazim, zamzam, mambazir, aziz, hafiz dan mahfuz.

Geseran lelangit keras gusi (frikatif palatal-dental) Hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras-gusi untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan. Untuk menghasilkan bunyi geseran 37

lelangit keras bersuara, pita suara digetarkan dan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh geseran lelangit keras- gusi tidak bersuara : syarat, syarahan, syabas dan musykil. Contoh geseran lelangit keras- gusi bersuara : zalim, zuhur, zahir, takzim,nazam dan nazir.

Geseran lelangit lembut (frikatif velar) Untuk menghasilkan bunyi ini, belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut yang juga dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempit pada bahagian lelangit lembut. Bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut bersuara, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh, Geseran lelangit lembut tak bersuara : khabar, khianat, khamis, ikhtiar dan naskah. Contoh, Geseran lelangit lembut bersuara : ghaib, ghairah, ghazal,maghrib dan baligh.

Geseran glottis Dihasilkan apabila pita suara direnggangkan dan belakang lidah diturunkan. Udara daripada paru-paru keluar dengan bebas melalui glottis yang terbuka. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Contoh : hajat, hadas, hamil, ahad, ihram, marhum, roh dan nikah.

Geseran rongga tekak (frikatif Faringal) Dihasilkan dengan menyempitkan bahagian rongga tekak iaitu dengan menurunkan bahagian belakang lidah. Lelangit lembut diturunkan untuk memberi ruang kepada udara keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Contoh : Kasar, kamil, sakat, dan kasih.

38

10.0 ARTIKULASI TAMBAHAN Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan yang mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini disebut sebagai artikulasi tambahan. Pelelangitkerasan (palatalisasi) Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal rangkap [ai], [iu], [io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh konsonan letusan. Contoh : kencang, anjing dan anjung. Glotalisasi Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya. Contoh : taat, saat, jumaat, keadaan dan suun. Penyengauan ( nasalisasi) Unsur bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian vokal-vokal sengau. Pembibiran Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar. Contoh : kuat, maut, taut, kuih, muak dan kaut.

39

11.0 DIFTONG Diftong terdiri daripada rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan dan bertindak sebagai satu fonem. Semasa menghasilkannya, tidak wujud hentian yang boleh memisahkan kedua-dua vokal itu sehingga membolehkan terbentuknya dua suku kata. Untuk menghasikannya juga, wujud geluncuran bunyi, iaitu daripada satu vokal yang mendahului, kepada satu vokal lain yang mengikutinya. Contohnya, bagi diftong [ai], lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan menghasilkan vokal [a], kemudian digeluncurkan kearah menghasilkan vokal [i]. kelantangan pada diftong adalah pada vokal yang pertama. Diftong

Gabungan

bunyi

vokal

dinamakan diftong.

Diftong terbentuk

apabila berlaku

pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong, iaitu: a. (ai): b. (au): c. (oi): Diftong merupakan kelantangan sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai. lampau, silau, garau, surau, pukau. amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot. hendaklah urutan dan dua dibezakan vokal dua daripada penuh suku vokal kata. rangkap, Contoh yakni dua vokal yang puncak rangkap

yang

mempunyai

mempunyai

terdapat pada perkataan main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan perkataan tersebut terdiri daripada dua suku kata yakni ma da in. Terdapat tiga jenis Bunyi diftong /i/ akan dalam bahasa ke Melayu bunyi yakni /a/ dan /ai/, bunyi /oi/ /i/ dan tersebut /au/. akan menggeluncur

40

hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan /i/ iaitu pada diftong /oi/ dan juga /u/ pada diftong /au/. Tanda [~] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong. Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. Dengan menggunakan alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Sebagai contoh:Rumi Petai Peti Kulai Kuli, kole Za'ba/Lama

Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -konsonan [w], vokal [u], vokal [o], dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas.

Contohnya:Rumi Lampau Lampu Kilau Kilo Za'ba/Lama

Contoh: diftong [ai] 41

Hairan ,haiwan ,kedai ,badai dan petai. Contoh: diftong [au] Aurat ,auto ,taubat ,taurat ,tauliah ,tauhu ,kerbau ,sambau dan lampau. Contoh: [oi] Boikot ,amboi ,sepoi dan boroi.

12.0 Definisi Kemahiran Bercakap atau berkomunikasi Komunikasi adalah satu proses penyampaian mesej atau maksud oleh individu kepada individu yang lain. Komunikasi berkesan berlaku secara lisan dan bukan lisan di antara dua pihak di mana apa yang diniat dan diperkatakan oleh sesuatu pihak. Pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Tiga prinsip dalam proses berkomunikasi iaitu melibatkan sekurang-kurangnya dua orang, tidak semestinya percakapan tetapi penghantaran dan penerimaan mesej dan tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya, Penghantar atau pengirim merupakan orang yang mula mencetuskan idea untuk berkomunikasi dengan orang lain dimana penghantar akan menterjemah dan memahami maksud maklumat yang dihantar kepada penerima dan penerima menyimpulkan maklumat menjadi gerakan anggota dan menerangkan idea dan konsep. Dalam mesej pula merupakan maklumat dalam bentuk lisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima Ia dihantar melalui idea atau saluran tertentu. Penerima pula merupakan orang yang menerima maklumat daripada penghantar. Empat peranan penerima ialah mempunyai rasa iaitu sedar bahawa dia menerima mesej daripada seseorang, menginterpretasikan maklumat iaitu memahami makna dan tujuan penghantaran mesej, menilai maklumat iaitu memikirkan sama ada perlu atau tidak bertindak balas kepada mesej yang diterima dan tindak balas penerima yang menjawab mesej yng diterima iaitu mendiamkan diri dan menyerahkan pada orang lain untuk bertindak.

42

Dekod atau pentafsir kod merupakan proses mentafsir dan menterjemah maklumat yang telah diterima. Maklum balas pula merupakan tindak balas yang diterima oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir maklumat yang telah diterima. Maklumbalas berbentuk arahan termasuklah suruhan, soalan, jawapan dan penjelasan. Maklumbalas yang bukan berbentuk arahan pula termasuklah mimik muka, nada suara, air muka dan simbolik. Gangguan pula merupakan perkara yang menganggu proses komunikasi sama ada di peringkat pengantar, enkod, mesej, penerima atau dekod.

13.0 Bentuk komunikasi Terdapat tiga bentuk komunikasi iaitu menegak, mendatar dan melintang. Komunikasi menegak merupakan pertukaran maklumat antara peringkat dengan peringkat dalam organisasi. Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi ialah menggalakkan penglibatan sebanyak mana organisasi dan memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumat penting daripada pekerja. Komunikasi mendatar pula merupakan pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi. Kebaikan komunikasi jenis ini ialah meningkatkan kerjasama, saling percaya dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan pekerja. Ia juga bertujuan untuk memberi tumpuan dalam perkara yang tidak disetujui dari aspek idea tetapi bukan daripada aspek peribadi seseorang. Kebanyakan tindakan dan keputusan memberikan kesan terhadap kebolehan orang lain melaksanakan kerja. Manakala bentuk melintang pula melibatkan pertukaran maklumat secara tidak formal.

13.1 Komunikasi Sehala Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan maklumbalas daripada penerima kepada penghantar. Komunikasi dari atas ke bawah merupakan pengaliran dari peringkat atasan ke satu peringkat yang lebih rendah dalam sebuah organisasi. Kegunaannya adalah untuk mendeligasikan misi, visi dan objektif, menilai pekerja, menerangkan polisi dan memberi arahan.

43

Komunikasi sehala terjadi apabila seseorang itu memberitahu orang lain mengenai sesuatu. Ia dilakukan oleh pengirim dan didengar oleh penerima dan didengar oleh penerima ( Schmuck & Runkel, 1985 ). Komunikasi sehala adalah satu pendekatan penyuntikan maklumat kepada orang lain. ( Brom and Gaumberg, 1983 ) Contoh: Arahan pengetua kepada staf Penghantar maklumat seperti pengetua menyampaikan mesej dengan mengharapkan pihak penerima atau subordinat akan memahaminya. Dalam komunikasi sehala ini penerima atau subodinat akan memahaminya. Pengirim banyak memainkan peranan penting seperti banyak bercakap tetapi penerima kurang diberi untuk mengemukakan pandangan atau jawapan. Tujuan adalah untuk menjelaskan kepada kakitangan tentang arahan atau perkara yang patut dibuat, menerangkan amalan organisasi, memberi maklum balas kepada subordinat mengenai prestasi dan juga menerangkan matlamat yang harus dicapai. Kakitangan mudah memahami peraturan sesuai dengan sikap dan keperluan mereka.( http://www.scribd.com/KOMUNIKASIBERKESAN)

Komunikasi dari bawah ke atas pula merupakan pengaliran dari peringkat bawahan ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi. Masalah yang dihadapi ialah maklumat melalui beberapa peringkat, persaingan antara maklumat juga wujud sebelum sampai kepada ketua dan kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja bawahan. Kegunaannya adalah untuk membuat laporan, menyelesaikan masalah, memberi idea atau cadangan, meluahkan masalah dan menyampaikan maklumat. Manfaat yang diperoleh adalah untuk syarikat sebagai ujian untuk pekerja bawahan dan pekerja akan dihargai kerana diberi peluang. 13.2 Komunikasi Dua hala Komunikasi dua hala merupakan maklumat yang diterima daripada penerima kepada penghantar seperti interaksi antara guru dan murid di dalam bilik darjah . Contoh lain, banyak digunakan oleh pengetua yang bersifat demokratik dalam gaya kepimpinan. Contohnya : Bertanya khabar secara tidak rasmi, membuat keputusan bersama. Objektif dan matlamat mudah dicapai.

44

(Mohd Yusop, 2008) Mendapati bahawa komunikasi dua hala adalah memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah untuk mengesan jangkaan penggunaan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran. Komunikasi dua hala memainkan peranan dalam membantu mencapai matlamat kewujudan komunikasi. Proses komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Sehubungan dengan sifat komunikasi dua hala yang memberi makluman timbal balas antara penyampai mesej dengan penerima mesej maka adalah wajar komunikasi dua hala dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui komunikasi dua hala ini guru mempunyai banyak peluang untuk menilai keberkesanan proses pengajaran mereka.(Baharom, 2008)

13.2.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta tidak mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid- murid menjadi bosan, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan

45

tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklumbalas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan muridmurid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.

Komunikasi Efektif dalam Pembelajaran Untuk menyamakan makna antara guru dan pelajar ada beberapa hal yang perlu mendapat perhatian: 1. Semua komponen dalam komunikasi pembelajaran diusahakan dalam kondisi ideal atau baik: a) Pesanan atau mesej (message) harus jelas, sesuai dengan kurikulum, tersusun secara jelas, menarik dan sesuai dengan tahap intelektual pelajar. b) Guru harus cekap menguruskan bahan pengajaran, media yang digunakan, mampu menyampaikan dengan jelas, tanpa gangguan dan menarik perhatian serta mampu membangkitkan motivasi diri dan pelajar dalam proses interaksi dan transaksi komunikasi. c) Pelajar harus dalam keadaan yang baik bagi memastikan prasyarat pembelajaran yang baik tercapai. d) Persekitaran (setting) mampu membantu proses komunikasi misalnya pencahayaan, keselesaan ruang dan sebagainya.

46

e) Bahan pengajaran dalam keadaan baik (sesuai dengan isi/mesej).

f) Alat (device) tidak rosak sehingga tidak menganggu proses. Media yang menarik (dapat dilihat dan didengar) akan memudahkan pelajar meningati mesej yang disampaikan. g) Teknik penggunaan semua komponen pembelajaran harus memiliki panduan jelas dan diprogramkan dalam pengelolaan. 2. Proses encoding dan decoding tidak mengalami pengubahan dari segi makna. 3. Penganalogian harus dilakukan untuk membantu membangkitkan pemahaman baru dengan pemahaman lama yang pernah mereka perolehi. 4. Mengurangkan tahap gangguan (barrier/noise) dalam proses komunikasi mulai dari proses penggunaan sumber (semantical), proses penyimbolan dalam software dan hardware (mechanical) dan proses penafsiran penerima (psychological). 5. Feedback dan respons harus ditingkatkan kekerapannya untuk mengukur keberkesanan dan kelancaran ketercapaian. 6. Pengulangan (repetition) harus dilakukan secara progresif. 7. Penilaian proses dan hasil harus dilakukan untuk melihat kekurangan dan pembaikan. 8. Empat aspek pendukung dalam komunikasi; fizik, psikologi, sosial dan waktu harus dibentuk dan diselaraskan dengan keadaan komunikasi yang sedang berlangsung agar tidak menghalang proses komunikasi pembelajaran.(M. Miftah, M.Pd.*)

47

13.2.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Guru-guru yang berusaha meningkat keberkesanan komunikasi mestilah bersifat intergratif dan mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti berikut sentiasa bersetuju dengan cadangan murid menerima perbezaan pendapat daripada murid, memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna, mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah bersimpati dengan masalah murid dan memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba.

48

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti sememangnya berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990 telah menyenaraikan antara tingkah laku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar, menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas, sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran, membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas. Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, 49

malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan muridmurid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua 50

pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan muridmurid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid seperti menentukan secara terperinci segala gerak geri murid enggan menerima langsung cadangan dari murid. Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah. Suka menengking dan memarahi murid. Selalu memberi amaran. Gagal menyediakan kemudahan kepada murid. Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti sentiasa bersetuju dengan cadangan murid. Menerima perbezaan pendapat dari murid. Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna. Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah. Bersimpati dengan masalah murid. Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guruguru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar. Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas. Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran. Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas.

51

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

13.2.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antara strategi yang boleh digunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Selain itu, menggunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Mereka juga menggunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar.

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama pada tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).

52

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi memastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkah laku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya ialah guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan untuk menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri iaitu memberi arahan secara lebih positif. Mereka juga menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif. Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid yang pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur . Guru juga harus sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak berasas. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran dan sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid. Pengulangan isi-isi penting perlu supaya murid akan merasa yakin dan sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran. Guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas. Halangan terhadap komunikasi yang Efektif: Halangan permindahan maklumat di antara pengirim dan penerima dianggap sebagai satu rintangan terhadap komunikasi yang berlaku. Halangan yang wujud d i dalam organisasi adalah biasa dan pelbagai bentuk yang mana m e l i b a t k a n perkara yang mudah kepada perkara yang peling rumit atau sukar. Komunikasi amat penting oleh itu,halangan patut dikenalpasti.

53

Pemahaman yang jelas dan b a i k o l e h p i h a k p e n g u r u s d a l a m m e m a h a m i j e n i s r i n t a n g a n d a p a t m e m b a n t u dalam menyelesaikan masalah. Wujud beberapa bentuk rintangan atau halangan paling umum terhadap adalah seperti yang berikut : a) Tanggapan yang berbeza Perbezaan individu merupakan salah satu punca rintangan komunikasi. Individuindividu yang memiliki tahap pengetahuan dan pengalaman yang berbezamengangap keadaan yang sama dari sudut pandangan yang berbeza. Misalnya, seorang pengurus memuji kecekapan, ketelitian dan ketekunan En. Lim dalam menjalankan tugasnya. Bagi pihak pengurus, pujian itu adalah ikhlas terhadap En. Lim dan seterusnya menggalakkan pekerja lain mencontohi sikap En. Lim. Namun, pekerja lain beanggapan En.Lim hanya mencuba untuk mendapat perhatian pengurus yang baru untuk mendapat sesuatu tujuan yang lain misalnya naik pangkat. b) Bahasa yang berbeza Bagi penyampaian sesuatu mesej atau maklumat dengan wajarnya perkataan-perkataan yang digunakan mestilah sama maknanya bagi pengirim dan penerima. Misalnya, pereka perisian yang hendak menunjukkan kebijakkan merekatidak sedar bahawa ramai orang tidak memahami istilahistilah khusus danrumit yang mereka gunakan d) Kebisingan Kebisingan merupakan satu faktor yang boleh mengganggu, mengelirukan atau menghalang komunikasi. Misalnya, apabila berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabila situasi seseorang sedang berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan penerimaan maklumat dengan jelas. d)Emosi Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan marah, sayang, benci, cemburu, malu dan sebagainya yang mana boleh mempengaruhi mesej yang diterima. Misalnya, guru yang mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akan menerima mesej dengan kurang tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, komunikasi efektif

54

makaguru

perlu

belajar

menerima

emosi

sebagai

sebahagian

daripada

proses

komunikasi dan cuba memahami masalah dan mengatasinya apabila mengalami masalah. e)Kecurigaan Sesuatu mesej itu boleh dipercayai oleh penerima sekiranya pengirim yang mengahantar mesej tersebut dipercayai. Dalam sesetangah situasi, penerima juga boleh diragukan, misalnya dalam perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan guru , sering didapati guru bersifat curiga terhadap pengetuanya. f) Mendengar Kadang-kala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat kerana pendengar tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada para guru tetapi terdapat guru yang sibuk berborak masa taklimat dan mendapat mesej yang dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.

13.3 Komunikasi Lisan Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan percakapan untuk

menyampaikan maklumat kepada penerima. Faktor peningkatan pemahaman komunikasi ialah kesedaran iaitu pemahaman tentang sesuatu konsep, pengukuran yang selaras dengan tujuan komunikasi dan maklum balas iaitu respon atau tanda-tanda penerimaan mesej serta pemahamannya. Kebaikannya ialah mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat, alat bantuan komunikasi boleh digunakan, maklum balas yang cepat, tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan dan lebih murah dan meyakinkan. Manakala, keburukannya pula ialah penghantar yang tidak mempunyai komunikasi yang baik amat sukar untuk menyampaikan mesej dan tiada rekod yang kekal kerana bentuk yang tidak nyata. Terdapat dua jenis komunikasi iatu secara lisan (verbal) dan bukan lisan (non-verbal).Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupuntidak formal. Pengurusa perlu menerima dan menghantar maklumat. Akibatnya, peranan dan status pengurus di sekolah memerlukan kiu secara lisan bagi pasukan dan rakan sekerja. Komunikasi lisan ialah satu proses komunikasi yang melibatkan suara.

55

Contoh, mesyuarat, perhimpunan, syarahan. Komunikasi jenis ini menitikberatkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan,kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan. Setiap perkataan yangdiucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pererakan anggota badan, mimik mukadan gerak mata.Contoh, Pengetua dengan ikhlasnya meminta guru guru menghadiri kursus yang dianjurkan oleh sekolah pada hari Sabtu. Walaupun, terdapat ketidakinginan dalam hati setaip guru untuk menghadiri tetapi apabila melihat keikhlasan pengetua maka semua guru menghadiri kursus terseut kerana mereka percaya bahawa pengetua sendiri mesti hadir.

13.4 Jenis Komunikasi Lain 13.4.1 Perbincangan, Ucapan, Pembentangan Perbincangan merupakan proses mencari jalan penyelesaian. Ucapan merupakan cara penyampaian secara lisan melalui ceramah, pidato dan pembacaan laporan dihadapan sekumpulan pendengar. Dalam pembentangan pula ia terbahagi kepada slaid, LCD, pita rakaman, grafik dan telekonferens. Dalam slaid, ia merupakan negatif filem yang diambil dengan kamera 35mm. Filem pula merupakan rangkaian gambar dalam pita rakaman manakala LCD pula merupakan paparan pada skrin atau hitam putih yang dicetak atas kertas telus. Pita rakaman pula merupakan kaedah merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Selain itu, grafik pula merupakan penggunaan bentuk telemudah seperti carta dalam pembentangan. Manakala telekonferens merupakan siaran langsung. 13.4.2 Mesyuarat Mesyuarat merupakan pertemuan antara dua atau lebih orang untuk membuat perancangan, berkongsi maklumat, membuat keputusan dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam jangka panjang dan pendek. Antara faedah yang diperoleh ialah ahlinya terdiri daripada latar belakang yang berbeza, pelbagai pendapat, perancangan melibatkan pekerja dapat dijalankan dan memastikan semua yang terlibat memahami sesuatu. Langkah-langkah mesyuarat pula ialah tarikh, tempat, masa dan agenda, memberi dan mendengar cadangan dan mencatat hasil mesyuarat untuk tindakan lanjut. Senarai semak mesyuarat pula dibuat untuk tujuan mesyuarat, ahli yang menghadiri, agenda mesyuarat, persediaan tempat dan setiausaha yang merekod. 56

13.4.3 Perbualan Telefon Garis panduan menggunakan telefon ialah bercakap dengan jelas, perkataan dinyatakan dengan penuh yakin, nada suara yang munasabah dan bahasa perlu diketahui umum. Butiran dalam memo telefon memperlihatkan nama pemanggil dan nama pemnerima, alamat dan tempat asal pemanggil, nombor telefon pemanggil, catatan dan mesej, tarikh dan masa.

KOMUNIKASI BERTULIS Proses komunikasi yang tidak menggunakan percakapan tetapi menggunakan menyampaikan maklumat kepada penerima. Jenis komunikasi bertulis MEMORANDUM Alat komunikasi bertulis tidak rasmi antara jabatan dalam sesebuahorganisasi & tidak digunakan untuk memberikan maklumat kepada oranglain di luar organisasi SURAT-MENYURAT Proses penulisan dengan satu tujuan tertentu sama ada secara rasmi atau tidak. Perkara yang perlu bagi penulisan surat perniagaan. - Kepala surat -Ta r i k h -Nombor fail dan nombor rujukan -Nama dan alamat penerima - Untuk perhatian - Tajuk surat - Isi surat - Penutup surat - Tandatangan tulisan untuk

57

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam penulisan surat - Nombor rujukan -Gelaran terhadap pangkat - Alamat penerima - Tandatangan LAPORAN BERTULIS Kelebihan - Sebagai rekod -Dapat menjelaskan sesuatu dengan lebih mendalam -Memudahkan penerima mesej

E-MEL Kaedah pertukaran maklumat bertulis & mel suara dengan cepat melaluipenggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan denganrangkaian komunikasi.

Kelebihan e-mel: -Maklum balas cepat -Dapat disimpan untuk dijadikan bukti -Tingkatkan produktiviti dalam komunikasi -Salinan dalam pelbagai bentuk

BAHASA BADAN Perlakuan kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan muka, pergerakan mata & bahasa isyarat Jenis bahasa badan Kaki & tangan Gaya berjalan air

58

Kaedah sentuhan Berjabat tangan Pakaian Komunikasi melalui mata: -Menjelaskan kedudukan perasaan -Mengawal perhubungan semasa komunikasi -Satu arahan yang biasa Ruang antara penghantar maklumat dengan penerima maklumat:

- ZON MESRA Jarak lebih kurang 2 kaki antara kedua-duanya & sering digunakan ketika berkomunikasi di kalangan ahli keluarga terdekat @ orang tersayang - ZON PERIBADI Jarak antara 2-4 kaki ketika berkomunikasi terutamanya ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali. - ZON SOSIAL Jarak antara 4-12 kaki. Zon in digunakan ketika melaksanakan kerja sosial & kebajikan.

- ZON AWAM Jarak yang melebihi 12 kaki. Zon ini sering digunakan ketika memberi ceramah, kuliah, syarahan, berlakon di atas pentas. (http://www.scribd.com/doc/13159719/Kemahiran-Komunikasi)

13.5 Komunikasi Berkesan Prinsip komunikasi merupakan pesanan terkawal, bahasa yang mudah difahami, tindakan yang tidak menimbulkan ketidakselesaan dan perhatian ditumpukan sepenuhnya. Petua komunikasi berkesan 1. Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanandan kehalusan budipekerti 2. Menggunakan perkataan yang tepat, ringkas serta tekanan suara yang jelas 3. Mengawal pergerakan diri daripada boleh memberi makna yang bertentangan dengan maksud 59

4. Menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberi kerjasama 5. Cuba memahami masalah dan memberi pertolongan, 6. Mengelak daripada menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain 7. Mendengar dengan baik Petua Komunikasi Berkesan 1. KEPERCAYAAN - Penyampai perlu memperolehi kepercayaan daripada pendengar dan pendengar perlu bersikap positif - Dapat menarik perhatian dan tumpuan pendengar - Dapat membantu kelancaran penyampaian maklumat - Penyampai akan lebih berkeyakinan 2. KEBENARAN - Mesej hendaklah mempunyai kebenaran atau kesahihan. 3. KEFAHAMAN - Kandungan mesej hendaklah difahami selaras dengan hasrat penyampai - Hendaklah mempunyai makna-makna akan mempengaruhi pendengar untuk bertindak 4. KEJELASAN -Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah dan tidak mengelirukan untuk mempastikan kejelasan mesej. Mesej seharusnya tidak mengelirukan. -Pemilihan kata-kata atau simbol-simbol yang digunakan ketika berkomunikasi haruslah jelas 5. KEUPAYAAN MENDENGAR -Penyampai perlu memahami keupayaan pendengar untuk memahami mesej. -Tahap keupayaan pihak pendengar akan menentukan keberkesanan berkomunikasi.

60

-Jika

tinggi

tahap

pemahaman

pendengar,

penyampai

harus

menggunakan

ayat-

yang sesuai dengan ilmu pendengar lebih difahami.

sesuai jika digunakan ayat-ayat

yang mudah

6.KAEDAH -Pemilihan wacana (medium) komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan mesej dan juga sasarannya. -Komunikasi harus melalui beberapa saluran yang dipilih. -Komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan penyampaian maklumat. -Penyampai haruslah mempertimbangkan tentang apakah kumpulan sasar dan berapakah saiznya. 7. KESINAMBUNGAN - Idea hendaklah ada kaitan dan urutan antara satu sama lain-komunikasi adalah satu proses yangberterusan -Komunikasi perlu berulangan untuk menarik perhatian pendengar -susunan ayat-ayat mesti ada hubungkait untuk melicin penerimaan -pendengar ini akan menguatkan fakta-fakta yang telah disebutkan

14.0 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan

61

proses

mendengar

merupakan

proses

paling

utama

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Kemahiran mendengar adalah juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada waktu bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Proses penerimaan maklumat secara mental untuk difahami dan diambil tindakan. Antara asas kemahiran ini ialah menulis, membaca, mendengar dan bercakap. Tujuan utama mendengar ialah mewujudkan ikatan persaudaraan dan perhubungan, hiburan, pembelajaran, membuat keputusan dan meluahkan atau menunjukkan perasaan yang dialami. Antara empati iaitu kebolehan seseorang untuk melihat pandangan orang lain ialah sahkan perasaan, memahami situasi, memberi sokongan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah. Antara proses mendengar ialah mencetuskan rasa pendengaran, menginterpretasikan makna, menilai maklumat yang diterima dan tindak balas terhadap maklumat yang diterima. Garis panduan pendengaran ialah mengelakkan menggangu orang lain ketika bercakap, jangan menyampuk ketika orang lain bercakap, berfikiran terbuka dan bertanya apabila perlu. Kemahiran mendengar melibatkan pengawalan emosi, menerima segala idea dan pandangan, berfikiran terbuka dan mendengar dengan penuh situasi. Masalah seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian pelajar dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas. Sekiranya tiada maklum balas pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan. Ketiadaan Interaksi Dua Hala menyebabkan pelajar tidak bertindak meminta ruang

untuk mengemukakan sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat kurang jelas yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang melakukan aktiviti menyoal guru semestinya berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan pelajar dari berkhayal atau fikiran yang merewang malah menguatkan lagi pendengaran mereka. 62

Selain itu, sekiranya tidak terdapat aktiviti mencatat nota, pelajar yang tidak mencatat sebarang nota boleh juga dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik sebaliknya hanya sekadar berdiam diri, pura-pura mendengar. Pelajar yang bertindak mencatat atau menulis nota mampu mengelakkan diri mereka daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan. Perbuatan mencelah atau menyampuk semasa guru sedang menyampaikan penerangan tanpa diberi ruang untuk bercakap juga merupakan seorang pendengar yang kurang baik. Purapura bertindak menyoal guru sedangkan soalan yang diajukan itu tidak berkaitan dengan topik yang sedang disampaikan. Soalan atau perkara yang disampaikan itu juga hanyalah berbentuk maklumat yang digunakan untuk mengkritik guru itu kembali. Pelajar yang sibuk bercakap sesama sendiri akan beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. Oleh itu mereka akan bertindak untuk berbual sesama sendiri dan hanya memberi tumpuan pada topik-topik tertentu sahaja. Keadaan begini kadangkala akan mengakibatkan suasana kelas menjadi bising dan boleh menjejaskan tumpuan pelajar lain terhadap maklumat yang sedang disampaikan oleh guru. Membina kemahiran mendengar secara efektif Ciri-ciri pentng untuk member kesan kepeda cara medengar adalah seperti berikut: i.Mengadakan interaksi secara berdepanan ii.Menhghindarkan daripada membuat halangan dari segi gerak badan iii.Menunjukan tanda pemahaman atau persetujuan seperti angguk kepala, raut wajah berubah dan sebagainya. iv.Menghindar daripada menyampuk kata penyampai v. Mewujudkan aliran maklumat yang lengkap agar segala yang diperkatakan tidak terganggu. vi. Mengemukakan soalan secara ikhlas. Cari masa dan lokasi yang sesuai Masa dan lokasi menyampaian mesej adalah sangat penting agar mesej yang disampaikan itu tepat dan betul daripada pengirim kepada penerima.

63

Membina kemahiran bertindak balas Tindak balas yang dimaksudkan adalah tindak balas yang positif yang mana perludilakukan dengan sempurna dengan teraturdan nbersungguh-sungguh. Terdapat 3 cadangan bagi membina kemahiran tindak balas positif iaitu: i.Menumpukan gelagat atau kelakuan tertentu dan bukannya secara umum.Misalnya, pelajar yang membuat kerja dengan baik diberikan pujian malah pelajar yang melakukan kesilapan diberi teguran. ii. Tidak secara membabi buta mengkritik seseorang akibat sesuatu kegagalan dalam tugasan kerana ianya akan memberikan kesan ke atas emosiseseorang dan pada kerjanya. iii.Menjadikan tindak balas berorientasi matlamat organisasi. Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, menguasai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut tahap tertentu. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan 64

mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek 65

pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku, secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) Memperoleh idea; (b) Mencari isi-isi penting; (c) Melakukan arahan/ tindak balas; (d) Mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) Mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) Mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) Mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan

66

(h) Mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami atau bermaksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaikbaiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) Gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) Proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) Berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) Berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) Secara pasif; (b) Secara bertelau-telau; (c) Tanpa tindak balas; (d) Secara menebuk-nebuk; (e) Dengan beremosi; (f) Secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) Secara kritikal.

67

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) Proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) Mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) Mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) Mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) Mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

15.0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid. Proses komunikasi boleh ditingkatkan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat melancarkan proses penyampaian maklumat terhadap pelajar untuk satu maksud pemahaman yang sempurna. Menurut Sutton,C(1975) beliau menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid. Beliau menyatakan bahawa ianya berlaku melalui percakapan (talking for meaning), menulis (writing for meaning), mendengar (active listening) dan pembacaan (reading for meaning). Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran literasi yang utama, di samping kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Interaksi lisan amat penting dalam menjamin

68

kelancaran proses kehidupan. Antara lain, ia dapat membina dan mengekalkan hubungan, mempengaruhi dan memujuk, menceritakan sesuatu, bertanyakan soalan, memberikan maklumat dan menganalisis dan menelaah pelbagai peristiwa yang berlaku. Bagi pelajar khususnya, interaksi lisan diperlukan untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan peperiksaan kerana kemahiran berinteraksi lisan membolehkan pelajar mencapai potensi kejayaan dalam persekolahan (Corson,1984). Dalam konteks persekolahan, interaksi lisan menjadi salah satu kemahiran dalam mata pelajaran bahasa Melayu yang diajar melalui kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran kemahiran literasi yang lain, seperti membaca, menulis dan berfikir juga memerlukan interaksi lisan. Malah interaksi lisan menjadi asas utama dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai matapelajaran yang lain seperti matematik, geografi, sejarah, kajian tempatan, sains dan kesusteraan. Interaksi lisan tidak kurang pentingnya apabila pelajar memulakan kerjaya masingmasing. Dalam apa jua bidang kerjaya, baik perundangan, pendidikan, kejuruteraan, perubatan, perbankan mahupun perniagaan, mereka melakukan pelbagai bentuk interaksi lisan untuk pelbagai tujuan, sesuai dengan tuntutan jawatan masing-masing. Dalam kehidupan sehari-harian, kemahiran berinteraksi lisan turut memainkan peranan yang utama. Masyarakat yang mempunyai latar belakang sosiosejarah dan sosiobudaya mengkehendaki ahli yang mahir berinteraksi lisan bagi membolehkan interaksi lisan berlaku dengan lancar. 15.1 Kemahiran Berunding Berunding merupakan proses yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk bertukar-tukar barangan atau perkhidmatan dan berusaha untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul agar dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Prinsip berunding yang perlu ada adalah dengan bersifat responsif iaitu rasional semasa berunding, bersopan iaitu beradab, prosedur dan mengikut tatacara dan saling membantu iaitu faham memahami.

69

16.0 FONOLOGI Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), fonologi bermaksud sistem bunyi. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bunyi yang tersendiri begitu juga bahasa Melayu. Misalnya, fonologi bahasa Melayu, berbeza dengan sistem bunyi bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Jepun, Tamil, Cina dan sebagainya. Aspek fonologi amat penting dalam bahasa lisan, sama ada dalam pertuturan atau pendengaran.Aspek fonologi adalah seperti sebutan, intonasi, tekanan dan juga aliran ucapan. Unsur-unsur yang terdapat dalam fonologi ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu sama ada dalam situasi yang formal ataupun tidak formal. Sekiranya seseorang itu bukan penutur jati sesuatu bahasa, dia akan mendapati bahawa aspek bahasa seperti sebutan dan intonasi itu adalah aspek yang lebih sukar dikuasai jika dibandingkan denagn aspek bahasa yang lain seperti perbendaharaan kata dan tatabahasa. Antara sebutan dan intonasi pula, aspek intonasi merupakan aspek yang paling sukar dikuasai. Ini kerana gangguan fonologi daripada bahasa pertamanya yang mungkin mengganggu aspek sebutan dan intonasi salam bahasa kedua atau apa-apa bahasa lain selain bahasa ibunda. Misalnya, seseorang dari negara Itali yang berbahasa ibunda Itali mungkin memakan masa yang agak pendek bagi menguasai perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Melayu yang cukup untuk bertutur dengan penutur jati Melayu. Namun demikian, besar kemungkinannya sebutan orang itu mempunyai telor Itali dan juga intonasi bahasa Itali. Cuma selepas beberapa lama dia bergaul dan bercakp dengan orang Melayu, mungkin ia boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi Melayu jati. Sebaliknya, masalah yang serupa akan timbul pula sekiranya seseorang Melayu ingin memepelajari bahasa Itali. Sebutan dan intonasi bahasa Melayunya akan mengganggu atau mempengaruhi sebutan dan intonasinya dalam bahasa Itali.

16.1 ASPEK SEBUTAN Dalam sistem bunyi ataupun fonologi terdapatnya aspek sebutan. Sebutan adalah cara bagaimana kita menyebut ataupun membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatau bahasa. Terdapat dua cara penuturnya menyebut sesuatu perkataan, iaitu sebutan secara standard dan juga sebutan secara dialek. Sesuatu perkataan itu disebut mengikut kepada dialek sesebuah daerah itu. Contohnya di Malaysia sendiri terdapat pelbagai dialek mengikut kepada negerinegeri yang terdapat di Malaysia seperti dialek Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Negeri

70

Sembilan, Melaka, Terengganu dan banyak lagi. Namun seringkali terdapat masalah yang sukar dielakkan dalam kalangan sebutan bahasa Melayu oleh sesetengah pihak kerana dipengaruhi oleh dialek dan bahasa daerah. Bahasa ibunda juga akan mempengaruhi sebutan dalam bahasa Melayu. Pemasalahan ini dapat kita lihat apabila murid-murid yang berasal dari negeri-negeri atau daerah yang mempunyai dialek mereka sendiri sukar untuk menyebut sesuatu perkatan dalam Bahasa Melayu baku itu, contohnya pelajar yang berasal daripada Kelantan akan menyebut ikan sebagai ike dan bagi pelajar dari Terengganu pula menyebutnya sebagai ikang. Perkataan murah akan disebut sebagai muroh oleh pelajar Kelantan, bagi perkataan besar pula pelajar dari Negeri Sembilan akan menyebutnya sebagai bosa, Utara pula besak dan Melaka menyebutnya sebagai besau. Permasalahan dan perbezaan dalam sebutan ini dipengaruhi oleh dialek negeri mereka masing-masing. Selain itu pengaruh bahasa ibunda juga memainkan peranan dalam sebutan bahasa Melayu baku, contohnya pelajar yang berbangsa Cina akan menyebut durian itu sebagai lulian, zaitun sebagai jaitun dan berlari sebagai berlali. Apakah ciri-ciri penting yang berkaitan dengan sebutan pada peringkat perkataan? Ciri itu adalah : (1) Penyebutan sesuatu perkataan menurut satu sistem bunyi yang dianggap seragam. Misalnya menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku (2) Kemahiran menggabung bunyi, membatang dan menggabung suku kata menjadi perkataan. Namun menurut Abd Aziz Abd Talib (2000) , terdapat pelbagai cara atau strategi yang dapat dilakukan untuk memperbaiki aspek sebutan dalam kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu baku. Mengadakan latih tubi sebutan dengan kerap. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memperbetulkan sebutan murid-murid terhadap perkataan yang sukar disebut oleh mereka disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dan juga dialek sesebuah daerah. Sebutan haruslah dibuat secara berulang-ulang sehinggalah pelajar dapat menyebutnya dengan betul. Teknik latih tubi sebutan ini didapati sangat berkesan untuk

71

melatih para pelajar menyebut perkataan dengan betul, terutama pelajar yang datangnya daripada daerah-daerah yang menggunakan bahasa dialek yang sukar dikikis.

Mengadakan latihan mendengar dengan kerap. Latihan ini dibuat bagi membolehkan pelajar mendengar sebutan yang betul menurut sebutan bahasa Melayu baku. Bahan-bahan yang diperdengarkan itu boleh saja terdiri daripada perbualan, cerita, ucapan, nyanyian, sajak dan sebagainya. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, pita, video ataupun guru boleh menyampaikan sendiri bahan tersebut. Mengadakan latihan berkomunikasi secara lisan. Latihan berkomunikasi lisan ini adalah seperti latihan bercakap atau membaca secara nyaring. Tujuan latihan ini adalah untuk membentuk dan melatih murid-murid bercakap dan menyebut sesuatu kata dengan betul. Latihan bercakap ini boleh merangkumi aktiviti bercerita, membaca, dialog, perbahasan, pidato, mendeklamasikan sajak dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan pelajar untuk mengeluarkan suara mereka. Menggunakan kemudahan teknologi. Bagi sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan makmal bahasa, guru hendaklah menggunakan kemudahan teknologi tersebut untuk melatih murid-murid dalam aspek sebutan dan pertuturan.

16.2 ASPEK INTONASI Aspek intonasi ini penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), intonasi merupakan alunan suara antara nada tinggi dan nada rendah serta ia merupakan bahasa di peringkat ayat. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai intonasi yang berbeza-beza. Contonya, intonasi bahasa Melayu adalah berbeza dengan intonasi bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Malahan kita juga dapat melihat perbezaan intonasi dalam sesuatu dialek kawasan itu. Di negara kita sendiri, dialek Kelantan mempunyai sebutan dan intonasi yang berbeza apabila dibandingkan dengan dialek utara dan dialek Negeri

72

Sembilan. Perbezaan dalam intonasi ini dilihat menggangu dan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu dalam bahasa Melayu. Manakala menurut Ismail Bin Dahaman (1994) dalam bukunya yang bertajuk Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, beliau mendifinisikan intonasi sebagai nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, atau ayat pasif dan seumpamanya. Menurut Brita Haycraft (1984:1-2):

The tune of a sentence is comparable with the rise and fall of the tune in a piece of music. Intonation is the movement of the voice, between high and low pitch.
Dalam pertuturan, setiap bahasa mempunyai ciri intonasinya yang tersendiri. Bagi seseorang yang pernah melancong di benua Eropah akan menyedari bahawa intonasi dalam percakapan orang Perancis sangat berbeza dengan intonasi dalam percakapan orang Itali atau orang Sepanyol. Begitu juga halnya dalam kalangan bahasa di Asia, intonasi dalam pertuturan bahasa Tamil berbeza dengan intonasi pertuturan bahasa Cina, Jepun, Thai atau bahasa Melayu. Menurut pendapat D.A. Wilkins (1980:41-42) :

Intonation patterns in a language is a conventional system shared by a particular speech community. When we compare languages, we may see that similar stress and pitch sequence function differetly in each language and that one language may contain patterns of intonation that do not occur at all in the other.
Dalam wacana lisan bahasa Melayu, kita tahu bahawa bukan sahaja perkataan atau ayat yang membawa makna, tetapi juga pola-pola intonasi dengan makna kata-kata itu disampaikan. Dalam pertuturan bahasa Melayu, intonasi memainkan beberapa fungsi : (1) Ia menunjukkan struktur tatabahasa dalam sesuatu ujaran. Ini dilakukan dengan menggunakan inonasi (naik-turun atau turun-naik suara dan jeda) dan membahagikan ujaran itu kepada kumpulan perkataan menurut struktur tatabahasa dan makna yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, cuba bandingkan dua ayat yang berikut: (i) Cikgu kata/murid-murid itu/bodoh. 73

(ii)

Cikgu/kata murid itu/bodoh.

Dalam bentuk penulisan, peranan intonasi dan jeda diambil alih oleh tanda bacaan seperti koma, tanda seruan, pengikat kata dan sebagainya. (i) Kadangkala dalam sesuatu ujurun lisan, intonasi sahaja yang boleh menandakan struktur tatabahasa yang berkaitan dengan ujaran tersebut dan maksud yang hendak disampaikan oleh penuturnya. Misalnya, ujaran, Dia belum berkahwin dengan nada menurun menunjukkan satu pernyataan. Akan tetapi ujaran, Dia belum berkahwin? dengan nada meninggi menunjukkan satu pernyataan. (ii) Pola-pola intonasi boleh menunjukkan sikap penuturnya, iaitu sama ada dia terperanjat, marah, kasihan, gembira, sedih, benci, takut, perli, sombong dan sebagainya. Pengusaan intonasi adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu kerana ia akan mempengaruhi cara seseorang penutur itu bercakap. Menurut Ismail Bin Dahaman, intonasi ini dapat digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa yang ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Setiap angka ini mempunyai aspekaspek yang tersendiri. Bagi angka 1 untuk menggambarkan nada yang paling rendah, angka 2 untuk menunjukkan ujaran, angka 3 pula merupakan nada tekanan dan bagi angka 4 pula menunjukan nada yang paling tinggi. Intonasi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Bagi menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu, penutur harus mengetahui beberapa fungsi intonasi agar memudahkan lagi penguasaan penutur dalam menguasai intonasi. Antara fungsi intonasi ialah fungsi emosional, fungsi gramatis, fungsi struktur informasi, fungsi tekstual, fungsi psikologis dan fungsi indexical. Setiap fungsi intonasi ini memainkan peranan yang berbeza antara satu sama lain.

74

Fungsi emosional Fungsi emosional ini adalah bertujuan untuk menyatakan pelbagai makna sikap, iaitu seperti gembira, bosan, marah, akrab, takut dan pelbagai jenis sikap yang lain. Setiap sikap ini dapat ditunjukkan sekiranya seorang itu mampu menggunakan intonasi yang betul bagi menyatakan perasaan sebenarnya. Selain itu, ia akan dapat mempengaruhi pendengarnya melalui intonasi yang digunakan.

Fungsi gramatis Fungsi gramatis pula adalah untuk menandai kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran sama ada sesebuah ayat atau klausa itu berbentuk pertanyaan atau penyataan, berbentuk positif atau negatif, dan seumpamanya. Sekiranya penutur tidak dapat menguasai fungsi gramatis ini maka penutur tidak akan dapat membezakan sesuatu ayat tersebut dan mengalami kesukaran dalam membina ayat.

Fungsi struktur informasi Manakala fungsi struktur informasi pula bertujuan untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dirangkumi dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Fungsi ini membolehkan penutur menekan sesuatu perkara yang penting dalam setiap apa yang diucapkan dan dapat menyampaikan makna sebenar yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Fungsi tekstual Seterusnya fungsi tekstual pula adalah untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Nada dan gaya suara yang berbeza-beza juga bukan sahaja membezakan sesuatu teks tersebut tetapi turut mengambarkan suasana sebenar situasi itu sama ada situasi formal ataupun tidak formal.

75

Fungsi psikologis Bagi fungsi psikologis pula ialah untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Fungsi ini membantu seseorang untuk menguasai sesuatu ayat itu dengan lebih senang dan mengingatnya dengan lebih mudah dengan hanya berpandukan kepada intonasi ayat tersebut.

Fungsi indexical Akhir sekali ialah fungsi indexical pula adalah untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenal seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza seperti guru, doktor, peguam, penjual ubat dan sarjan tentera. Hal ini kerana, setiap perkerjaan itu akan menggunakan bahasa yang berbeza-beza dan cara penyampaian yang tidak sama, iaitu sama ada menggunakan bahasa formal atau bahasa tidak formal.

16.3 ASPEK TEKANAN Selain dari aspek sebutan dan intonasi dalam fonologi, terdapat juga aspek tekanan. Tekanan merupakan tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menurut kepada suku kata dalam sesuatu perkataan. Tekanan itu boleh berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain. Dalam bahasa Melayu, aspek tekanan bagi peringkat perkataan iaitu antara suku katanya kurang ketara jikalau dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris. Namun begitu, tekanan sangat penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu memandangkan tekanan memainkan peranan dalam menguatkan makna perkataan itu dalam konteks ayat.

76

16.4 ASPEK KELANCARAN Dalam menguasai kemahiran bercakap ataupun kemahiran bertutur, aspek kelancaran adalah sangat penting untuk dikuasai oleh penutur. Dalam bahasa Melayu, setiap perkataan haruslah disebut menggunakan sebutan, intonasi, tekanan yang betul dan diikuti dengan aliran yang lancar tanpa tersekat-sekat. Untuk bertutur dalam bahasa Melayu, seseorang itu harus melatih diri mereka dengan bercakap menggunakan intonasi, tekanan dan sebutan yang betul. Dalam menguasai aspek kelancaran ini, seorang pelajar mestilah membaca dengan penuh yakin dan bermakna seolah-olah dia memahami apa yang sedang dibaca, serta pelajar harus membaca menggunakan tanda baca yang betul dan berkesan. Seseorang pelajar itu haruslah membaca mengikut jeda ataupun frasa yang sesuai dan juga mengikut unit makna yang betul. Kelancaran seseorang pelajar dalam mempersembahkan bacaannya dapat dinilai melalui cara pengunaan intonasi, tanda bacaan, tekanan, sebutan dan pembacaan yang tidak tersekat-sekat.

16.5 ASPEK ALIRAN UCAPAN Dalam wacana lisan seperti pertuturan, ujaran hendaklah dihasilkan dalam aliran ucapan yang sempurna, bermakna dan sedap didengar. Misalnya, ayat hendaklah disampaikan sebagai unit yang bermakna, menurut frasa, atau klausa yang sesuai dan tidak menurut bunyi atau perkataan yang berasingan dan tersekat-sekat. Aliran pertuturan yang betul dan bermakna memerlukan penggunaan tekanan, intonasi dan penggabungan bunyi secara betul. Misalnya, seseorang itu mungkin berkata:

Semenjak kecil hingga dewasa, saya tidak pernah pergi ke Singapura.


Sebaliknya, ujaran ini tidak bermakna sekiranya disampaikan seperti yang berikut:

Semenjak. Kecil. Hingga. Dewasa. Saya. Tidak. Pernah. Pergi. Ke. Singapura.

77

17.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU PERTUTURAN Menurut Abd Aziz Abd Talin (1993) dalam bukunya yang bertajuk Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh, beliau mengatakan terdapat beberapa subkemahiran yang harus diterapkan di dalam diri pelajar sebagai langkah untuk menigkatkan kemahiran bertutur. Antaranya adalah bercakap dengan berani dan yakin dengan suara yang jelas supaya dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya. Seterusnya, bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan. Selain itu, bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu

standard. Selain daripada itu, bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik
dan tidak membosankan. Akhir sekali, bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan yang berkesan iaitu logik, teratur, semula jadi, spontan, lancar, jelas, dengan penuh tenaga dan minat. Dalam setiap aktiviti yang melibatkan pertuturan, guru haruslah mengajar dan melatih murid supaya sifat tersebut dapat dibina apabila mereka bercakap. Untuk menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu bukanlah perkara yang mudah dilakukan. Perkara ini seharusnya dimulakan dari peringkat yang asas iaitu bermula di peringkat sekolah lagi. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini, guru harus mempertingkatkan latihan dan memberikan tunjuk ajar secara berterusan bagi membimbing pelajar-pelajarnya agar mampu menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu ini. Untuk menguasai kemahiran bertutur atau bercakap dalam bahasa Melayu ini, beberapa aspek harus diambil penekanan iaitu aspek suara, aspek sebutan dan intonasi, aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata, aspek gaya penyampaian dan akhir sekali aspek tatatertib bercakap. Kesemua aspek ini harus ditekankan dan diambil berat dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu.

17.1 ASPEK SUARA Dalam pertuturan, suara merupakan satu aspek yang sangat penting sama ada dalam situasi yang tidak formal seperti berbual-bual dengan kawan-kawan ataupun situasi yang formal seperti memberikan ucapan. Dalam kedua-dua situasi ini, kekuatan suara perlu dikawal dan disesuaikan. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi tahap ketersampaian sesuatu maklumat itu. Kekuatan suara harus diambil berat bagi memudahkan maklumat yang ingin disampaikan 78

kepada pendengar dapat didengar dengan jelas. Misalnya, nada suara penutur akan mempengaruhi hubungan penutur dengan orang lain. Apabila penutur tidak menghiraukan orang lain di sekitarnya atau berasa bosan, nada suara penutur akan menunjukan perasaannya ketika itu dan ini akan merenggangkan hubungan penutur dengan pendengar ketika itu, tetapi apabila nada suara yang lembut dilontarkan oleh penutur maka ia akan memberikan imej yang baik kepada pendengar. Ia boleh menjadi penawar dan racun. Oleh yang demikian, lontaran suara itu akan dapat mempengaruhi tindak balas dan pandangan seseorang terhadap penutur tersebut. Selain daripada kekuatan suara, kualiti suara, intonasi atau nada yang sesuai, padat dan sebutan yang jelas dan betul hendaklah juga dititikberatkan. Satu kelemahan pertuturan yang agak serius ialah bercakap atau membaca dengan nada yang mendatar. Suara adalah satu anugerah. Ada oarang dilahirkan dengan suara yang terlalu tinggi dan ada pula yang mempunyai suara yang rendah dan garau. Ramai orang menyangka bahawa sifat dan mutu suara seseorang ini kurang tepat. Sebenarnya ada latihanlatihan suara yang boleh diusahakan untuk sedikit sebanyak memperbaiki suara kita. Contohnya, suara yang tinggi boleh diperendahkan dengan bercakap perlahan sedikit. Juga bagi sesiapa yang mempunyai suara yang tinggi perlu mengawal emosinya kerana perasaan gemuruh atau ghairah, iaitu sama ada terlalu marah atau terlalu gembira boleh meninggikan suara kita. Masalah penyebutan seperti tidak boleh menyebut bunyi s tidak dapat menyebut dengan spontan bunyi-bunyi r dan l. Masalah ketidaklancaran dan kegagapan boleh diatasi dengan latihan-latihan tertentu. Menurut Zulkifli Yusof (2000), beliau mengatakan bahawa suara merupakan satu aspek penting dalam pertuturan. Seorang penutur harus memastikan suara mereka menjadi alat yang berkesan bukannya sebagai penghalang. Suara merupakan alat utama untuk menyampaikan mesej. Suara juga menggambarkan tenaga, keseronokan dan kesungguhan. Nada suara yang baik akan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu. Semasa anda bersuara, terdapat empat komponen utama yang terlibat iaitu ketenangan, pernafasan, projeksi dan resona. Keempat-empat ini bertindak memberi keunggulan kepada suara penutur. Bagi meningkatkan kemahiran bertutur, seorang penutur haruslah mempelbagaikan nada suara mereka apabila bercakap. Suara haruslah dinaikan sedikit demi sedikit dan kemudian menurunkanya secara perlahan-lahan.

79

Dalam aspek pertuturan ini, beberapa perkara perlu diberikan penekanan dan beberapa persoalan haruslah dijawab sebelum memastikan bahawa sesorang pelajar itu mampu menguasai aspek suara. Misalnya, adakah bacaan murid dapat didengar dengan jelas, ataupun adakah murid tersebut mempunyai kualiti suara yang menarik. Persoalan seperti ini harus dinilai bagi mengenal pasti sama ada aspek suara ini dapat dikuasai dengan baik. Bagi meningkatkan mutu suara, beberapa latihan boleh dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada kaedah penafasan yang baik, memperbaiki bunyi yang dikeluarkan semasa bernafas, belajar menguatkan dan menenangkan otot kepala dan leher, menguat dan menenangkan bahu, menguat dan menenangkan muka dan bibir, melemparkan suara dan cuba untuk mempelbagaikan nada suara serta latihan rentak ucapan. Apabila tumpuan diberikan dalam kesemua aspek-aspek ini, maka usaha untuk mengawal pengeluaran suara akan menjadi mudah dan kemahiran bercakap akan dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit.

17.2 ASPEK SEBUTAN DAN INTONASI Aspek sebutan dan intonasi juga merupakan aspek penting dalam menguasai dan meningkatkan tahap kemahiran bercakap sesorang itu. Sebutan merupakan cara sesorang itu menyebut perkataan, manakala intonasi pula perlu dilakukan dengan betul pada peringkat ayat. Dalam bahasa Melayu itu sendiri, setiap perkataan perlu disebutkan dengan betul, iaitu menurut sebutan baku, dan bukannya mengikut sebutan dialek tempatan dan dipengaruhi oleh bahasa ibunda masing-masing. Dalam menguasai aspek sebutan dan intonasi ini, beberapa persoalan juga harus diambil kira antaranya Adakah sebutan perkataan betul menurut bahasa Melayu baku?, ataupun Adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul?. Kesemua persoalan ini harus dinilai oleh seorang guru bagi memastikan aspek sebutan dan intonasi ini dapat dikuasai dengan baik.

80

17.3 ASPEK BENTUK BAHASA LISAN DAN PEMILIHAN KATA Dalam bahasa Melayu terdapat perbezaan yang ketara sekali antara bahasa lisan dengan bahasa bertulis. Seorang guru harus sentiasa mengingatkan dan mengajarkan para pelajar supaya tidak bercakap seperti gaya bahasa bertulis, begitu juga dengan penggunaan kata. Hal ini kerana, bahasa yang biasa kita gunakan dalam bahasa lisan mungkin tidak sesuai digunakan dalam bahasa bertulis. Contonya, bahasa pasar ataupun perkataan ringkas seperti gi mana, tak maulah dan sebagainya. Perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Sebaliknya terdapat beberapa perkataan yang kita sering gunakan dalam penulisan namun jarang sekali digunakan dalam pertuturan seperti bahawasanya, sesungguhnya dan sebagainya. Guru harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang perbezaan antara gaya dan penggunaan bahasa dalam perbualan biasa dengan yang formal seperti ucapan atau syarahan dalam majlis-majlis. Perbezaan situasi ini amat mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Seorang penutur tidak boleh menggunakan bahasa tidak formal dalam sesuatu keadaan yang formal. Gaya bahasa haruslah disesuaikan dengan tempat dan keadaan pada ketika itu. Para guru hendaklah mempunyai pengetahuan terhadap bahasa Melayu, bahasa yang hendak diajarkan. Dalam hal ini, dilahirkan sebagai orang Melayu belum mencukupi kerana untuk menjadi guru yang berkesan, seseorang itu harus mengetahui segala selok-belok bahasa itu. Dia haruslah berupaya menggunakan bahasa tersebut dengan betul, dalam erti kata lain menguasai segala aspek tatabahasa, sistem bunyi, perbezaaan-perbezaan makna yang terbit daripada pilihan perkataan dan ungkapan tertentu, serta susunan bunga-bunga bahasa yang menimbulkan unsur keindahan. Dia juga harus berupaya mengenali bentuk-bentuk yang menyalahi peraturan-peraturan bahasa supaya dia dapat membezakan yang salah daripada yang betul sama ada dari segi sebutan , ejaan mahupun dalam konteks penggunaan yang lebih luas. Aspek kebolehan berbahasa bahasa Melayu ini seringkali dipandang ringan oleh umum. Banyak orang menganggap penggunaan bahasa Melayu sudah baik apabila apa yang dilafazkan itu difahami. Tetapi terdapat perbezaan besar antara menyampaikan maksud dengan meggunakan bahasa, seperti ternyata dalam contoh-contoh berikut :

81

(a) Ikut suka luka Ikut hati mati Ikut rasa binasa (b) Dalam dunia ini hendaklah kita sentiasa berjaga-jaga, kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh perasaan semata-mata. (c) Kalau lu punya hati lu ikut tiap-tiap hari, nanti lu punya hidup tadak senang. (d) I ingatkan you, kata orang tua-tua, kalau ikut hati gerenti mati, kalau ikut rasa, sure binasa. Keempat-empat contoh penggunaan bahasa telah menyampaikan maksudnya yang lebih kurang sama, tetpi yang amat berbeza dari segi bentuk dan keindahannya, dalam konteks pengajaran bahasa, bukan sebarang bentuk bahasa boleh diajarkan. Bahasa yang baik atau betul dan bahasa yang berkesan adalah aspek-aspek yag perlu diutamakan. Dari itu, untuk mengajarkan bahasa Melayu yang lebih baik dan berkesan maka wajarlah gurunya mengetahui dan menggunakan bentuk-bentuk tersebut. Di samping itu, guru juga hendaklah mengenali bentuk-bentuk yang salah apabila digunakan. Janganlah, misalnya membiarkan penggunaanpenggunaan seperti berikut berleluasa: (a) Kasi bungkus itu biskut 2 kati, ya? (b) Cikgu, awak sudah makankah? Dunia ilmu pengajaran bahasa penuh dengan pelbagai teori yang bertujuan membantu guru dan tugasnya. Walaupun berbeza-beza kebanyakan teori yang dikemukan mempunyai matlamat yang sama iaitu bagaimana mengajarkan bahasa Melayu dengan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru mengetahui beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam berbagai situasi dan untuk berbagai jenis murid. Seperti kata Allen dan Corder (1975): Guru bahasa yang baik mempunyai satu senarai prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam pekerjaan mereka, iaitu beberapa pegangan umum mengenai apa yang berlaku bila seseorang itu mempelajari buku, dalam kata lain, sebuah teori mengenai bagaimana bahasa diajarkan atau dipelajari.

82

17.4 ASPEK GAYA PENYAMPAIAN Dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu, aspek penyampaian merupakan salah satu aspek yang juga harus diambil kira. Aspek gaya penyampaian ini bukan sahaja penting dalam pertuturan tetapi juga penting dalam penulisan, walaupun pertuturan dan penulisan ini merupakan dua aspek yang berbeza. Gaya penyampaian ini boleh dilihat dari aspek bahasa dan juga fizikal. Aspek fizikal disini adalah seperti gerak badan penutur tersebut. Misalnya, dalam situasi yang formal iaitu ucapan rasmi seperti pidato ataupun perbahasan, gaya bahasa dan juga cara penyampaian itu hendaklah disesuaikan. Gerak tangan dan kepala juga haruslah dikawal supaya tidak berlebihan atau keterlaluan sehingga menyebabkan para penonton terasa terganggu dengan perlakuan tersebut.

17.5 ASPEK TATATERTIB BERCAKAP Percakapan boleh berlaku sama ada dalam keadaan formal ataupun tidak formal. Apabila berada di sekolah murid-murid perlu diajar dan diingatkan supaya bercakap menurut tatatertib yang baik sama ada semasa berbual secara tidak formal atau sebaliknya. Contohnya, bercakap menurut giliran dan tidak bercakap apabila seseorang yang lain itu sedang bercakap dan cara-cara bagaimana hendak mencelah dalam sesuatu dialog atau perbincangan sosial atau situasi formal seperti dalam mesyuarat atau forum. Aspek tatatertib ketika bercakap ini bukan sahaja mengajar pelajar tentang tatatertib semasa bercakap, tetapi aspek ini juga mengajar pelajar menjadi seorang yang mempunyai budi bahasa dan adab sopan yang baik. Ini akan memberikan gambaran yang positif kepada pelajar tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak mempelajari aspek tatatertib ketika bercakap ini. Oleh yang demikian, aspek ini sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan pelajar kerana ia bukan sahaja mengajar murid-murid tentang cara bercakap tetapi juga membina kesopanan diri seorang pelajar itu.

83

18.0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran bertutur, terdapat beberapa strategi yang dapat dilakukan oleh seorang guru kepada para pelajarnya. Pertama, dengan mengadakan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang sangat bermakna dan dapat menarik minat atau perhatian pelajar untuk mengikutinya. Misalnya, mengadakan pengajaran yang berkaitan dengan dengan cerita bergambar, kemudian meminta pelajar-pelajar untuk menerangkan satu siri daripada gambar tersebut. Apabila seorang pelajar itu cuba untuk menerangkan apa yang dilihatnya di dalam gambar itu, ia secara tidak sengaja akan melatih pelajar itu untuk cuba bercakap dalam keadaan yang formal. Disini dapat dilihat secara tidak langsung akan melatih kemahiran bercakap seseorang murid itu. Selain itu, guru harus mempelbagaikan isi dan juga bentuk pelajaran yang hendak diajarkan kepada murid. Ini merupakan salah satu strategi bagi melatih kemahiran para pelajar. Kepelbagaian isi dan bentuk sesuatu pelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru akan dapat menarik minat para pelajarnya dan tidak akan membuatkan mereka berasa jemu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Seorang guru haruslah kreatif dalam merancang pengajarannya pada masa itu. Hal ini kerana pelajar akan tertarik kepada sesuatu yang luar biasa dan akan terus mengikutinya sehinggalah masa terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru haruslah memfokuskan kepada sesuatu pelajaran yang hendak diajarkan kepada sesuatu kemahiran atau isi yang tertentu. Contohnya, dari segi jenis teks yang akan digunakan, struktur, perbendaharaan kata mahupun bahan rangsangan atau alat bantu mengajar yang hendak digunakan. Pemilihan kemahiran dan isi ini sangat penting bagi membolehkan matlamat pengajaran pada ketika itu dapat dicapai oleh para pelajar. Akhir sekali adalah dengan mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang

memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Ini bermaksud pelajar sendiri yang perlu berusaha dengan bimbingan guru mereka dan bukanya semata-mata mengharapkan kepada bantuan guru sahaja dan mengharapkan guru mereka akan memberikan semuanya kepada mereka. Sehubungan dengan itu, setiap aktiviti yang hendak diadakan haruslah mempunyai hubungan dengan minat dan kegemaran pelajar, hal ini supaya ia dapat menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti tersebut terutamanya aktiviti bertutur secara aktif dan penuh minat.

84

19.0 AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU Kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur atau bercakap adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Seseorang itu boleh dianggap sebagai pandai berbahasa Cina, Tamil, Jepun atau Jawa tanpa tahu membaca atau menulis dalam bahasa tersebut. Dalam kalangan penutur jati sesuatu bahasa itu pun memang terdapat ramai orang yang petah bercakap tanpa kebolehan menulis dan membaca dalam bahasa itu. Dalam hal ini, kemahiran bahasa itu telah dikuasai melalui pendengaran dan pertuturan semata-mata. Aspek bahasa seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa telah diserap dan dipelajari melalui mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bercakap sebagai proses menghasilkan bahasa. Dalam kalangan penutur jati yang tidak boleh menulis dan membaca, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa telah berlaku semata-mata secara lisan dan dalam keadaan yang tidak formal. Dalam sesuatu keluarga, yang menjadi guru bahasa pada peringkat awal ialah datuk, nenek, emak, ayah, abang dan kakak bagi seorang anak. Latihan dan pembelajaran bahasa selanjutnya, diperoleh melalui mendengar dan bercakap dengan penutur lain yang menggunakan bahasa yang sama. Hanya jikalau seseorang itu bersekolah, barulah dia mempelajari bahasanya secara formal dan belajar membaca dan menulis dalam bahasa tersebut. Biasanya dalam proses komunikasi lisan, sama ada di sekolah mahu pun di luar sekolah, bahasa lisan biasanya wujud sebagai satu pasangan kemahiran yang jarang terpisah, misalnya apabila dua orang berbual atau berbincang. Namun begitu, terdapat juga situasi lisan yang seseorang itu diperlukan bercakap dan tidak mendengar atau diperlukan mendengar dan tidak bercakap menurut peranan dalam situasi-situasi lisan yang berlainan. Sebagai contoh, dalam perbualan, perbincangan, mesyuarat, drama, forum, kuiz, temuramah dan seminar, orang yang terlibat diperlukan untuk bercakap dan mendengar menurut giliran dan peraturan komunikasi lisan. Sekiranya dalam aktiviti tersebut terdapat penonton atau pemerhati, tugasnya adalah sebagai pendengar. Begitu juga halnya, jikalau kita menonton wayang, televisyen, mendengar radio, mendengar ucapan, syarahan, pengunguman, ulasan, ceramah atau orang menyampaikan puisi dan peranan kita sebagai penonton dan pendengar semata-mata. Sebaliknya, dalam situasi yang agak formal seperti itu, tugas dan peranan kita lebih sebagai penutur sekiranya kita menjadi orang yang berucap, bersyarah, 85

menyampai

berita,

membuat

pengumuman

atau

ulasan,

melafazkan

puisi,

menjadi

penceramah,berkempen atau menyampaikan kertas kerja dalam seminar. Jadi selain mendengar dan bercakap dalam masa yang sama, seperti dalam interaksi bercakap dan berbual yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995) dalam bukunya yang bertajuk pengkaedahan mengajar bahasa, mengatakan beberapa aktiviti perlu dilakukan bagi meningkatkan pengajaran kemahiran bercakap dikalangan para pelajar. Antara aktivitinya adalah mengadakan perbualan, dialog atau soal jawab, perbahasan, lakonan, perbincangan, membuat laporan, kuiz, dan membuat arahan. Aktiviti-aktivi seperti ini dilihat akan dapat memberi peluang kepada pelajarpelajar untuk membina kemahiran lisan mereka agar lebih cekap. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini akan membolehkan para pelajar mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling hampir dengan situasi kehidupan seharian mereka. Hal ini akan meningkatkan tahap kemahiran bertutur setiap pelajar.

19.1 Mengadakan perbualan, dialog atau soal jawab Aktiviti seperti ini sangat berkesan bagi meningkatkan kemahiran bercakap di dalam kalagan pelajar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung, contohnya seorang guru bersoal jawab dengan pelajarnya mengenai pelajaran yang lepas, ataupun mewujudkan perbualan yang tidak formal mengenai keadaan persekitaran mereka ataupun mengenai hal-ehwal semasa. Perbualan-perbualan seperti ini secara tidak langsung akan memberikan peluang kepada pelajar untuk cuba bercakap tanpa ada perasaan malu dan takut. Selain itu, aktiviti ini akan membantu guru untuk mengenalpasti akan kelemahan para pelajarnya dalam cara mereka bercakap dan akan cuba untuk membaikinya.

19.2 Perbahasan Perbahasan ialah aktiviti perdebatan antara dua pihak yang bertentangan pendapat tentang sesuatu isu. Perbahasan merupakan satu pengucapan yang berbentuk kumpulan, iaitu setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang pembahas yang bekerjasama untuk menjelaskan pendirian dengan menyampaikan hujah dan bukti sama ada menyokong 86

ataupun membangkang sesuatu tajuk yang dikemukan. Pada masa yang sama, pembahaspembahas juga memainkan peranan untuk meyakinkan para penonton dan pihak hakim dengan menolak dan membidas hujah-hujah pihak lawan. Setiap pembahas, baik pencadang mahupun pembangkang, diberi masa yang ditetapkan untuk mengemukan hujah-hujah. Kecekapan berbahas bukan sahaja dinilai dari segi pembentangan hujah-hujah yang bernas dan bidasan-bidasan yang tajam, tetapi penyampaian yang menarik dari segi nada, intonasi, gaya dan penggunaan bahasa juga dititikberatkan. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), perbahasan atau perdebatan ini merupakan antara aktiviti bertutur yang boleh melatih dan mengalakkan murid bercakap. Terutamanya pada peringkat sekolah menengah, perbahasan ini biasanya menarik minat dan menyeronokan murid kerana adanya unsur pertandingan serta isu-isu semasa yang menarik untuk diperdebatkan. Hal ini kerana pelajar-pelajar di sekolah menengah ini sukakan cabaran dalam usaha mempertahankan pendirian dan pendapat mereka. Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin pula, aktiviti perbahasan ini boleh dijalankan di dalam kelas dan akan mengalakkan kepada peningkatan tahap kemahiran bercakap pelajar. Dalam aktiviti seperti ini, pelajar akan diberikan beberapa tajuk yang sesuai untuk mereka membahaskannya. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pencadang dan kumpulan pembangkang. Dalam perbahasan, pelajar akan diminta untuk memberikan pandagan dan cadangan mereka berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Aktiviti seperti ini akan melatih pelajar untuk menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang betul. Ini secara tidak langsung akan membantu dalam kemahiran bercakap mereka. Terdapat banyak kebaikan yang akan diperolehi dalam melakukan aktiviti perdebatan ini. Hal ini kerana, debat merupakan satu aktiviti lisan yang baik kerana pertama, debat bercorak interaktif, iaitu yang melibatkan kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar. Kedua, debat bercorak sosial iaitu melibatkan kumpulan pencadang, pembangkang, hakim, dan pendengar yang ramai. Ketiga, debat bercorak pragmatis, dan kemahiran tersebut diperlukan oleh alam luar persekolahan seperti dalam parlimen dan mahkamah. Keempat, debat membina keyakinan diri, semangat berani dan bercakap menurut logik, serta berhujah secara sistematik. Kelima, debat membina pemikiran dan kemahiran mendengar secara kritis. Keenam, debat

87

membina semangat kerjasama dalam kumpulan, dan yang akhir sekali debat menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Melayu baku. Selain daripada perbahasan, guru juga boleh mengadakan aktiviti pertandingan pidato, iaitu murid diminta untuk berucap tentang sesuatu topik atau tema di khalayak ramai. Latihan berucap seperti ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merangka dan menyusun bahan ucapan, menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa dan gaya yang sesuai, belajar untuk mempengaruhi pendengar dengan pandangan atau idea yang baik. Selain itu, latihan ini juga dapat membina keyakinan diri dan kecekapan berucap di hadapan orang ramai. 19.3 Lakonan Dalam aktiviti lakonan, pelbagai cara boleh dilakukan sama ada melakukan lakonan menggunakan skrip atau lakonan spontan tanpa menggunakan skrip. Dalam lakonan spontan, pelajar berpeluang menggunakan dialog mereka sendiri, yang lahir secara spontan dari fikiran mereka sendiri pada masa itu. Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk menyusun ayat-ayat mereka dan menyebutnya dengan gaya yang betul.

19.4 Perbincangan Aktiviti perbincangan ini boleh dilakukan secara kumpulan atau secara bebas. Apabila setiap pelajar mempunyai kumpulan masing-masing, guru akan memberikan beberapa tajuk yang sesuai dengan pelajar dan meminta mereka mengemukakan pendapat. Dalam aktiviti ini, guru harus memastikan setiap pelajar yang berada dalam kumpulan akan mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan mereka. Perbincangan akan mampu mendorong setiap pelajar untuk menyatakan pendapat dan pendirian mereka dan melatih mereka untuk bercakap di samping dapat melatih mereka menjadi pendengar yang baik. Perbincangan ini bukan sahaja mampu melatih pelajar untuk bercakap tetapi akan membantu mewujudkan sifat berkerjasama dalam satu kumpulan serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Hal ini kerana, apabila berada dalam satu kumpulan, setiap ahli harus berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan satu hasil kerja yang baik. Ini secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat kepada setiap ahli dalam kumpulan tersebut selain mepertingkatkan kemahiran bercakap mereka. 88

19.5 Membuat laporan Membuat laporan juga merupakan aktiviti yang baik yang dapat dilakukan untuk meningkatkan lagi kemahiran bertutur di samping kemahiran mendengar. Dalam aktiviti ini, pelajar diminta melaporkan apa sahaja yang mereka lihat dan dengar. Misalnya, laporan tentang berita yang mereka dengar di radio dan televisyen. Guru boleh meminta pelajar untuk menyampaikan laporan itu dalam bentuk lisan dan menggunakan bahasa yang formal. Dengan itu ia akan melatih pelajar itu mengenai cara bercakap dengan betul

19.6 Kuiz Dalam menjalankan aktiviti kuiz ini, guru akan membahagikan kelas kepada beberapa bahagian, kemudian guru akan memberikan panduan bagaimana kuiz itu akan dijalankan. Soalansoalan akan diberikan kepada setiap individu yang terlibat secara spontan dan markah diberikan bagi setiap jawapan yang betul. Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan kemahiran mendengar kerana pelajar perlu mendengar setiap soalan yang dikemukakan kepada mereka dengan teliti dan menjawab dengan jawapan yang tepat. Aktiviti seperti ini akan menggalakkan pelajar untuk bercakap bagi memperolehi markah untuk kumpulan mereka. Mereka harus bercakap sama ada mahu atau tidak kerana setiap ahli dalam kumpulan akan ditanya dan harus memberikan jawapan yang betul.

19.7 Membuat arahan Aktiviti membuat arahan ini dijalankan dengan mengarahkan pelajar membuat arahan-arahan tertentu untuk diikuti atau dilakukan oleh pelajar yang lain. Contoh arahan-arahan itu seperti cara untuk mencari sesuatu benda yang tersembunyi, cara untuk mencantumkan sesuatu benda, atau cara untuk sampai ke sesuatu tempat. Aktiviti-aktiviti membuat arahan ini memerlukan pelajar mempunyai kemahiran mendengar dan bercakap yang baik, kerana jika tidak, mereka akan gagal menyampaikan arahan itu dengan baik. Secara tidak langsung aktiviti ini akan melatih pelajar untuk bercakap dengan gaya yang betul.

89

Keberkesanan aktiviti-aktiviti ini dalam membina pertuturan sebahagian besarnya bergantung kepda tiga faktor utama iaitu, pertama, mutu atau kualiti pengajaran dan bimbingan daripda guru. Kedua, kekerapan aktiviti atau latihan yang diberikan dan yang akhir sekali adalah kekerapan peluang bagi setiap pelajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Seperti yang kita ketahui, sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, murid sekolah adalah datangnya daripada pelbagai-bagai latar belakang, bahasa ibunda dan bahasa daerah ataupun dialek. Dalam pengajaran kemahiran bertutur ini, aspek sebutan dan intonasi menurut bahasa Melayu baku adalah dianggap sebagai salah satu daripada aspek terpenting yang seharusnya diberikan penekanan oleh seorang guru. Contohnya, sesuatu bahasa ibunda atau bahasa daerah adalah satu-satunya aspek dalam penyebutan dan intonasi yang sangat sukar untuk dikikis tanpa latihan pengucapan yang kerap. Dalam mengatasi masalah ini, latihan bacaan nyaring atau bacaan lisan boleh memainkan peranan penting sebagai salah satu daripada latihan pengucapan yang akan dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar. Bacaan nyaring ini amat penting dan berguna dalam meningkatkan kemahiran bertutur. Bacaan nyaring mempunyai peranan sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi secara lisan dan aktiviti bacaan nyaring ini dapat melatih para pelajar mengenai ciri-ciri prosodi atau penyebutan yang betul dan baik, termasuklah aspek intonasi dan tekanan yang sesuai dengan sesuatu teks yang dibacakan. Dalam pengajaran dan latihan yang dilakukan di bilik darjah, sesuatu keratan bacaan nyaring merupakan teks atau bahan yang standard dan dengan demikian dia merupakan rujukan yang sama bagi guru memperbetulkan kesalahan murid sewaktu membacanya. 19.8 Pidato/Syarahan Pidato atau syarahan ialah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyamapaikan dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

90

Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset kepadanya. Ini kerana ia dapat menyampaikan isi hati dan pendapatnya dengan jelas dan tepat untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempengaruhi pendengarnya. Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan dalam kalangan pelajar. Kemahiran berpidato pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Justeru itu, aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru. 19.9 Forum Forum ialah sesuatu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk. Majlis forum biasanya dijalankan di hadapan penonton atau disiarkan melalui televisyen dan radio. Forum dijalankan secara formal. ahli-ahli panel terdiri daripada tiga hingga lima orang dan diketahui oleh seorang pengerusi. Format forum dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama, pengerusi akan dapat mengemukakan soalan untuk memudahkan ahli-ahli panel supaya dapat membentangkan pendapat mereka mengikut aspek-aspek tajuk yang ditentukan secara bergilir. Bahagian kedua sesi forum biasanya dibuka untuk para penonton untuk berinteraksi dengan ahli-ahli panel. Para penonton boleh mengemukakan soalan atau menyampaikan pandangan mereka.

20.0 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih

91

haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. (sumber : http://bobezani.tripod.com/teknik.htm ) Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,

Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

Kemahiran bertutur dan mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi ataupun berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana 92

atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas atau respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran bertutur turut memainkan peranan penting melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut. Seseorang penutur dapat menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul. Pelajar dapat bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial. Selain itu, pelajar mampu berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul. Pelajar juga dapat menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan sopan serta dapat menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan bertutur.html) Selain daripada itu, kemahiran bertutur juga merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi iaitu intonasi, tekanan sebutan dan jeda, serta para linguistik bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan. Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental iaitu mendengar dan membaca secara berkesan. terhadapnya.(sumber : http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/kemahiran-

93

Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,

Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian
dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

94

(f) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (g) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (h) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul (i) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar adalah seperti mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Selain itu, guru boleh mengadakan perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan. Malahan, guru juga mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh pelajar sendiri serta mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah, syarahan, dan sebagainya. Tambahan, guru boleh melakukan aktiviti perbincangan tentang berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan. Semua

95

perkara

di

atas

telah

dijelaskan

dengan

lebih

lanjut

sebelum

ini.

(sumber

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/kemahiran-bertutur.html)

Rajah : Aktiviti di dalam kelas yang melibatkan komunikasi pertuturan (sumber : http://3.bp.blogspot.com/_XZthmqtd2Ow/SwzFYv1CaJI/AAAAAAAAFWg/GuWzb0YWB9s/s1600/ 184.jpg)

Teknik pengajaran kemahiran bertutur Terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang dapat digunakan oleh seorang guru untuk melatih muridnya meningkatkan tahap kemahiran bertutur mereka. Antaranya, teknik tunjuk cara atau demontrasi, teknik soal jawab, latihan korus, teknik berteriak, dan teknik tugasan. Kesemua jenis teknik ini jika diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran dan juga pembelajaran akan mendatangkan manfaat kepada pelajar dan juga guru tersebut. Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.Sebagaimana teknik, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa proses mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. 96

20.1 Teknik tunjuk cara atau demonstrasi Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji. Kaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan juga pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi 1. Melihat kemahiran Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar.

2. Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Di samping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini.

3. Peluang untuk mendengar atau melihat Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil.

97

4. Kaitan antara teori dan praktikal Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajar tersalah faham dengan apa yang dipelajari. (sumber : 1. Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd. 2. Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3. Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur. )

Dalam teknik pengajaran ini, pemusatan adalah kepada pelajar. Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilakukan dengan menggunakan teknik tunjuk cara ini. Di sini, pelajar dikehendaki menunjukkan atau mendemonstrasikan sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, pelajar boleh diminta menggunakan bahasa yang baik untuk menunjukkan kaedah tentang sesuatu perkara, sambil menggunakan aksi-aksi yang tertentu. Pelajar haruslah menggunakan bahasa formal ketika melakukan demonstrasi tersebut. Hal ini kerana, para pelajar dapat membiasakan diri menggunakan bahasa formal agar mereka tidak mengalami kejutan bahasa apabila berada di dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Teknik ini juga membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka kerana untuk mendemonstrasikan sesuatu perkara bukanlah suatu perkara yang mudah, cara pertuturan mereka haruslah seiring dengan demonstrasi yang mereka lakukan.

98

Jenis- jenis tunjuk cara 1. Model hidup Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan. 2. Model simbolik Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru. 3. Model persepsi Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan. (sumber : http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/17/5-kaedah-tunjuk-cara )

99

20.2 Teknik soal jawab Teknik soal jawab ini kerap digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka, termasuk juga dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Selain ianya mudah dilaksanakan, teknik soal jawab adalah satu teknik yang secara langsung dapat menimbulkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Selain daripada itu, teknik ini juga dapat digunakan untuk menanamkan konsep-konsep, keupayaan memberikan pendapat, pandangan, komen dan sebagainya dengan menggunakan bahasa yang baik. Penglibatan pelajar juga boleh membina rasa percaya dan yakin pada diri sendiri. Selain ianya membina rasa percaya dalam diri pelajar, ia juga akan menambahkan pengetahuan pelajar melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru mereka. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalansoalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Salah satu daripada tujuan utama teknik soal jawab ini ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid. Guru dapat melihat bahasa yang digunakan oleh murid- murid dan dapat memperbetulkan kesilapan bahasa mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Malahan, teknik ini juga mendorong pelajar untuk menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan. Para pelajar lebih mudah untuk memahami isi kandungan sesuatu pelajaran atau topik dengan melaksanakan teknik ini. Selain daripada itu juga, soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. (sumber :

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm)

100

20.3 Latihan korus Teknik ini dilaksanakan dengan cara pelajar mengucapkan sesuatu secara serentak. Semua pelajar yang berada di dalam kelas perlu menyebut atau berlatih bersama atau sebahagian daripadanya boleh membuat latihan dahulu dan yang lainnya kemudian. Teknik ini memberikan latihan pertuturan secara ajukan. Dengan cara ini, pelajar yang kurang yakin akan dapat menambahkan keyakinan mereka melalui pengulangan bentuk-bentuk ujaran secara kumpulan sebelum menyebutnya secara individu. Selain itu, teknik ini juga dapat membantu para pelajar untuk lebih mudah mengingati isi kandungan pelajran yang diajar. Teknik ini juga berkesan untuk menarik minta pelajar untuk menyertai aktivit di dalam kelas. Dalam kata lain, suasana di dalam kelas lebih ceria dan para pelajar lebih akan member tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.

Rajah : Guru bersama-sama membaca teks pelajaran bersama pelajar (sumber : Google image)

101

20.4 Teknik Bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Dalam teknik bercerita ini latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Walaubagaimanapun, perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Selain daripada itu, suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Antara langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru haruslah memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dalam pada itu, guru haruslah mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa supaya ia menjadi lebih menarik dan lebih informasi. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting sahaja supaya teknik ini tidak begitu berat untuk para pelajar ikuti. Selain itu juga, latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Keselesaaan juga amatlah penting. Ini kerana, guru haruslah berasa selesa dan yakin ketika menyampaikan sesuatu cerita kepada murid- murid. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lainlain BBM. Ini dapat membantu teknik ini untuk menjadi lebih menarik. Seperti yang kita tahu, unsur gambar, video mahupun audio lebih menarik minta para pelajar untuk mengikutinya. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

102

Rajah : Guru menggunakan buku dalam menyampaikan teknik bercerita (sumber : google image)

20.5 Teknik berteriak Melalui teknik ini guru dapat mengesan pelajar yang membuat kesilapan dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur. Ini dimulai dengan guru memilih seorang pelajar menyebut dan membunyikan perkataan atau bunyi-bunyi yang diberikan, kemudian guru mengarahkan kepada seorang pelajar yang lain menyebut perkataan yang sama, dan kemudian kepada pelajar yang lain lagi, sehingga lima atau enam orang menyebut perkataan yang sama. Apabila mendengar perbezaan penyebutan perkataan di antara lima atau enam orang pelajar itu guru akan dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang timbul. Apabila guru mampu mengesan kelemahan-kelemahan pelajar ini maka guru tersebut harus memberikan lebih tumpuan kepada pelajar yang bermasalah ini agar pelajar-pelajar ini tidak akan ketinggalan dengan rakan-rakan mereka yang lebih baik lagi.

103

Selain daripada teknik-teknik sebelum ini, terdapat juga teknik-teknik lain yang sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Antaranya seperti kaedah ajuk-hafaz, kaedah oral-aural, kaedah semula jadi dan kaedah lingustik. Kesemua kaedah ini mempunyai cara pengajaran yang tersendiri dan mampu membantu memperbaiki kemahiran bercakap. a) Kaedah ajuk-hafaz Kaedah Ajuk Hafaz juga disebut Kaedah Informat-Drill. Dalam kaedah ajuk-hafaz ini, teknik demonstrasi dan latih-tubi digunakan. Pengajaran secara demonstrasi yang dilakukan oleh guru bahasa atau penutur jati bahasa itu menekankan tatabahasa, pertuturan dan kosa kata. Ayat akan dibacakan dan para pelajar harus mengajukannya sehinggalah ayat-ayat yang telah diajukkan itu tidak akan dilupakan lagi. Kaedah ini amatlah berkesan jika dipraktikkan di dalam subjek yang memerlukan pelajar untuk menghafaz isi kandungan pelajaran seperti sejarah, sains dan lain lain lagi. Kaedah dapat membantu guru untuk mengesan pelajar yang lemah dalam sesuatu topik. Tatabahasa pula diajar dengan cara mengemukakan ayat-ayat contoh. Murid tidak perlu menterjemah perkataan.Kelebihan kaedah ini ialah jika tiada penutur jati, rakaman boleh digunakan. Latihan-latihan yang disediakan oleh guru hendaklah dalam bentuk pertuturan sahaja, seperti latihan bercakap, karangan lisan, dan latihan cara menyebut. Penyebutan yang betul bagi setiap bunyi dalam bahasa membolehkan pelajar menggunakan bahasa tersebut dalam bentuk-bentuk ayat yang betul. Oleh yang demikian, kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah amat penting. Sebutan yang jelas dan nyata membolehkan murid-murid membuat tanggapan yang betul. Tanggapan yang betul ini pula akan menghasilkan penguasaan kebiasaan bahasa yang baik dan sempurna. b) Kaedah oral-aural (dengar-tutur) Dalam kaedah oral-aural ini penyebutan lisan adalah didahulukan. Dialog yang dikira realistik akan digunakan dalam latih tubi secara berulang-ulang, yakni dialog itu akan diajukkan berulang kali. Latih-tubi dan dialog yang dilaksanakan secara realistik akan menekankan kepada aspek intonasi yang betul. Tujuan kaedah oral-aural ini dibuat adalah untuk mencapai kemahiran sehingga menyamai sebutan penutur jati bahasa yang dipelajari itu.

104

Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Pada awal kaedah ini, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Dalam kaedah ini, latihan penyebutan dan latih tubi yang dikawal oleh bahan haruslah disusun rapi. Situasi pembelajaran yang realistik dengan penggunaan alat pandang dengar yang lengkap turut dilaksanakan dalam latih tubi tersebut. Objektif pengajaran oral-aural ini adalah untuk memperkembangkan keempat-empat kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. Namun begitu, keutamaan lebih diberikan kepada kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar. Kemahiran dalam kedua-dua aspek asas bahasa itu kemudianya dijadikan landasan untuk pembelajaran kemahiran berbahasa yang selanjutnya. Selain itu, tujuan lain kaedah ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

c) Kaedah semula jadi


Kaedah ini mengandaikan bahawa seseorang itu dapat berkomunikasi dalam sesuatu bahasa tanpa disedarinya, sebagaimana seorang kanak-kanak penutur jati sesuatu bahasa mempelajari bahasa ibundanya. Pemerhatian dan kajian ke atas pembelajaran bahasa kedua dalam sesuatu situasi semula jadi menjadi asas kepada pembentukan kaedah semula jadi ini. Seterusnya, kemahiran tatabahasa juga turut dikuasai tanpa disedari melalui

pengalaman-pengalaman sebenar seseorang itu berkomunikasi dalam bahasa sasaran tadi. Bahasa yang biasanya amat mudah dan mengandungi kesalahan-kesalahan itu akan secara beransur-ansur menjadi betul setelah penggunaanya dilakukan berulang kali. Ini bermakna 105

seseorang itu akan belajar dalam situasi dan konteks sebenar bahasa itu. Bahan-bahan yang lazimnya wujud dalam kehidupan seharian digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk mendapatkan kemahiran bertutur dan mendengar. Selain daripada itu, kaedah semula jadi ini merupakan salah satu kaedah yang dicadangkan dalam pendekatan komunikatif. Hal ini ternyata daripada pembelajaran bahasa yang dilakukan secara semula jadi yang akan membuat pelajar-pelajar menjalani suatu pembelajaran yang lebih bermakna. Ini selaras dengan pendekatan komunikatif yang mengutamakan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran. d) Kaedah linguistik Kaedah linguistik ini merupakan kaedah yang akan membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang hendak dipelajari dan bahasa yang sudah diketahui oleh pelajar, tidak kiralah bahasa itu adalah bahasa yang sudah dikuasai atau bahasa ibundanya ataupun bahasa lain. Pengetahuan pelajar-pelajar tentang bahasa yang telah dikuasainya itu perlulah menekankan kepada fungsi bahasa itu disamping perkara lain seperti bunyi, struktur ayat, maksud dan sebagainya. Kaedah linguistik ini amat mementingkan pertuturan. Guru perlu melakukan latih tubi terhadap sebutan bunyi dan perkataan yang hampir menyamai bunyi dan perkataan dalam bahasa yang telah dikuasai oleh pelajar. Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa (khusus bahasa kedua) seperti ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, ia juga dapat tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. Selain itu,

dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Di samping itu, ia mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi muridmurid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat ayat pecahan digunakan dan huraian unsurunsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaanperbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus 106

bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa. (sumber :http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatan-kaedah_16.html) Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsipprinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit biskut
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Selain itu, guru bolehlah merancang pengajarannya seperti guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran dan murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. Di samping itu, guru juga boleh memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa serta murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

107

Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahasa sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. Selain daripada teknik-teknik yang telah disebutkan seperti di atas, terdapat juga teknikteknik lain yang boleh digunakan sebagai rangsangan bagi melatih atau menguji murid bercakap. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), antara teknik tersebut adalah bercakap berdasarkan tajuk, bercakap berdasarkan tema dan topik, bercakap berdasarkan cerita dalam gambar bersiri dan bercakap berdasarkan cerita dalam gambar komposisi iaitu gambar karangan.

108

Teknik bercakap berdasarkan cerita dalam gambar bersiri dan teknik bercakap berdasarkan cerita dalam gambar karangan sering digunakan pada peringkat sekolah rendah. Sungguhpun teknik ini dapat merangsang murid-murid untuk bercakap dan bercerita, mengeluarkan idea atau fikiran dan membuat ayat secara lisan, tetapi teknik ini kurang menggambarkan keperluan penggunaanya. Hal ini kerana dalam kehidupan seharian teknik ini tidak dapat diaplikasi, maka penggunaanya hanya terhad di bilik darjah sahaja. Oleh itu, peningkatan kemahiran adalah lambat. Sekiranya seorang guru itu menggunakan tajuk atau tema untuk merangsang dan melatih murid bercakap, tentukan bahawa tajuk atau tema itu sesuai dengan umur, minat, dan pengalaman murid. Tujuan utama guru adalah bukan untuk menilai sejauhmana pengetahuan pelajar tersebut mengenai topik dan tajuk berkenaan tetapi adalah untuk merangsang murid bercakap dan melatih mereka mengeluarkan pendapat dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Antara topik yang dianggap sesuai bagi pelajar adalah seperti fesyen pakaian, majalah, penyanyi, rancangan televisyen, filem, cita-cita dan lain-lain lagi. Manakala bagi murid-murid sekolah rendah pula, tajuk-tajuk yang biasanya mampu menarik minat mereka untuk bercakap adalah seperti diri sendiri, keluarga, hobi, binatang kesayangan, rancangan kanak-kanak di televisyen, rancangan kartun dan sebagainya. Bagi melatih pelajar untuk bertutur dengan baik, guru perlu menggunakan satu atau dua masa pengajaran berkembar. Sebahagian besar masa tersebut digunakan oleh murid bagi latihan bertutur sahaja. Murid-murid digalakkan untuk banyak bercakap. Manakala guru pula memainkan peranan sebagai pengawas dan penyelia aktiviti lisan tersebut dan bertutur hanya apabila perlu sahaja. Dengan itu, pelajar akan mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki cara pertuturan mereka dan apabila menghadapi masalah dalam sesetengah perkara mereka boleh merujuk kepada guru mereka. Contoh: Teliti gambar di sebelah dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid murid Tahun 4.

109

Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

21.0 Kemahiran bertutur sebagai satu kemahiran sosial Sebelum manusia mencipta tulisan, komunikasi antara mereka berlaku hanya melalui lisan. Menurut Abdul Aziz Abd. Talib (2000), kemahiran bertutur merupakan kemahiran lisan yang amat penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Selain dalam bidang sosial dan kehidupan seharian manusia, kemahiran bertutur amat diperlukan dalam pelbagai lapangan pekerjaan, misalnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan politik. Manakala tugas seorang guru bahasa pula adalah mengajar kemahiran bertutur di kalangan pelajar agar mereka boleh bertutur dengan baik dalam situasi yang lebih formal seperti mesyuarat, perbincangan 110

kumpulan, perbahasan dan seminar. Pendek kata guru membina kemahiran bertutur dikalangan pelajar bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pendidikan tetapi juga sebagai persediaan kepada pelajar apabila mereka menceburi dunia pekerjaan kelak.

Mengapa manusia bertutur Bertutur atau bercakap merupakan satu kemahiran bahasa. Menurut Sharope (1979), manusia bercakap kerana tujuan-tujuan yang berikut: 1) Bercakap mengikut keseronokan Di mana-mana saja kita berada dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau berbual dengan orang lain. Pada kebiasaannya, bercakap atau bersembang dengan orang lain memang menyeronokkan kita, terutamanya apabila kita berhimpun atau berjumpa dalam sesuatu majlis keramaian seperti majilis perkahwinan atau majlis kenduri. Dalam keadaan seperti di atas, yang banyak berlaku ialah perbualan sosial. Kadangkala, kita juga diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis. Dan jelas sekali bahawa kita bertutur adalah untuk mengejar keseronokan. 2) Bercakap untuk tujuan mempengaruhi Bercakap untuk mempengaruhi orang lain merupakan asam garam dalam

perhubungan harian sama ada dalam aspek sosial, politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa pilihanraya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat. Apabila seseorang ahli politik pandai bercakap di depan rakyat dengan hujah-hujah yang dibahaskan, maka rakyat tidak akan teragak-agak untuk memilih ahli politik tersebut sebagai pemimpin mereka. Ini disebabkan kepandaian ahli politik tersebut bertutur telah mempengaruhi minda rakyat. Keadaan yang sama juga dapat dilihat oleh penyebar agama yang berdakwah untuk mempengaruhi masyarakat supaya sentiasa beramal ke jalan yang baik dan benar. Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri, atau untuk kebaikan kedua-duanya. 111

3) Bercakap untuk tujuan memaklumkan Bercakap untuk tujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuk ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang tugasnya memberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu perkara. Misalnya tugas sebagai seorang guru atau pengajar adalah untuk memaklumkan kepada anak muridnya tentang ilmu-ilmu pelajaran yang diajar di sekolah seperti bahasa Malaysia, matematik, sains dan sebagainya. Manakala tugas jurujual pula ialah memaklumkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan kepada masyarakat sekeliling.

4) Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah Menurut Abdul Aziz Abd. Talib (2000), Tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari daripada sebarang masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul sesuatu masalah, perkara itu perlu diatasi atau diselesaikan. Sesebuah masalah yang berlaku boleh berlaku pada peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat , negeri atau Negara. Walau pada peringkat apapun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah melalui, mesyuarat, perbincangan, perundingan, forum, debat dan perbicaraan. Contohnya dalam perbicaraan di makhamah, percakapan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. Walau bagaimanapun, semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-saksi). Matlamatnya ialah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui perbicaraan makhamah yang melibatkan peguam.

112

22.0 Masalah sebutan penutur yang lemah Menurut Yahya Othman (2005), mengatakan bahawa kebanyakan daripada penutur selalunya tidak dapat memahami apa yang dipertuturkan. Mereka yang mempelajari sesuatu bahasa lebih cenderung mengekalkan bunyi sebutan bahasa asal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara dilakukan oleh penutur bagi meningkatkan penyebutan sesuatu perkataan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh diambil oleh penutur yang mungkin salah satu daripadanya sesuai untuk mereka praktikkan sewaktu bercakap. Tidak ramai orang dianugerahkan kepetahan bercakap, berpidato atau berdebat. Ia satu anugerah Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang terpilih. Bagi orang yang petah bercakap, kita kagum dengan bakat mereka dalam menyusun ayat ketika berucap seolah-olah bait-bait perkataan terlalu mudah keluar daripada mulut mereka tanpa perlu berfikir. Bagi orang yang tidak mempunya bakat itu pula, terkial-kial mencari perkataan sesuai, sehingga ucapan yang sepatutnya tidak sampai 1 minit menjadi 10 minit. Sebab itulah ucapan orang petah bercakap mampu menarik perhatian hadirin berbanding ucapan orang gugup yang akan membosankan mereka yang mendengarnya.

22.1 Membandingkan sebutan Penutur akan dapat membandingkan sebutan pembaca dengan model yang dirakamkan dalam perakam kaset. Kaedah ini begitu sesuai bagi penutur menuturkan sebutan dengan lebih jelas. Apabila seseorang penutur mempunyai kelemahan dalam menyebut sesuatu perkataan, ia akan mendatangkan masalah secara terus kepada pendengar. Keadaan ini telah mewujudkan keadaan komunikasi yang tidak mesra dan selesa. Oleh itu, apabila penutur menggunakan sebutan daripada perakam kaset, pastikan penutur merekodkan sebutan dan melakukan perbandingan. Selepas daripada itu, dengar dengan cermat dan ulang secara kuat selepas guru atau penutur natif menyebutnya. Kemudian minta mereka memberi komen terhadap sebutan penutur.

113

22.2 Menyenaraikan perkataan Untuk memastikan penutur tidak mengulangi kesilapan menyebut, mereka perlu menyenaraikan perkataan yang sering memberi masalah ketika hendak menyebut. Penutur kemudian perlu lakukan latihan dengan membiasakan diri menyebut perkataan-perkataan yang agak susah disebut. Contoh perkataan yang mungkin sukar disebut oleh penutur ialah seperti komprehensif, paradigma, Australasia dan banyak lagi. Dengan melakukan latihan tersebut, masalah membuat kesilapan yang sama berulang kali dalam pertuturan perlu diselesaikan dengan mempertingkatkan lagi usaha penguasaan perkataan yang agak baru digunakan dan sukar disebut. Oleh sebab itu, penutur perlu belajar daripada kesilapan dalam bertutur yang boleh mengakibatkan kesukaran berkomunikasi. Kekecewaan ini juga akan menimbulkan kebosanan dalam mempelajari sesuatu bahasa. Sesuai dengan sifat bahasa yang memerlukan penuturnya menggunakan semaksimum mungkin bahasa yang dipelajari, aktiviti latih tubi dikendalikan dengan bantuan guru. Disamping itu juga, penggunaan perakam kaset ataupun perisian komputer juga didapati dapat membantu mengatasi masalah ini. Walaupun penutur melakukan kesilapan kadangkala ianya berkesan bagi tujuan memberi peneguhan kepada penutur. Kekecewaan menguasai bahasa perlu disedari sebagai proses pembelajaran bukannya bahasa serta berfungsi sebagai satu cara penyaringan yang berkesan. Ini adalah kerana penguasaan bahasa dilakukan dengan tergesa-gesa. Pembaca perlu berterusan menguasai maklumat supaya serasi dengan sistem dan peraturan yang pembaca sudah dipelajari ataupun yang pembaca bina sendiri.

22.3 : Menyebut perkataan yang mudah Menurut Yahya Othman (2005), apabila bertutur, seseorang penutur perlulah menyebut perkataan yang lebih mudah dan ringkas. Contohnya penutur menggunakan perkataan dua suku kata yang mempunyai suku kata yang terbuka dan tertutup secara silih ganti. Penutur juga perlu membuat latihan sebutan bunyi berasingan terlebih dahulu, kemudian guna secara progresif dalam perkataan dan ayat. Penutur juga digalakkan untuk mencuba kaedah latih tubi pemintal lidah yang mengandungi bunyi tersebut. Lakukan pengulangan secara sesuai dalam penguasaan pertuturan. Dalam komunikasi seharian, terdapat pelbagai interaksi antara 114

seseorang untuk menyampaikan mesej masing-masing. Ada yang mengatakan bahawa bercakap memerlukan isi yang baik, ada yang menyatakan bercakap memerlukan tempoh yang baik, ada juga yang menyatakan perlunya gaya tubuh badan dan ada juga yang menyatakan komunikasi perlukan banyak latihan. Jika dilihat terdapat dua jenis atau golongan perkataan yang kita gunakan dalam sebarang komunikasi. Perkataan mudah difahami dan perkataan sukar difahami. Perkataan mudah difahami adalah bahasa yang menggunakan ayat-ayat mudah dan tidak terlalu kompleks untuk diproses oleh pendengar. Orang yang berada di sekolah rendah menggunakan bahasa yang berbeza dibandingkan dengan orang yang berada di universiti. Apabila komunikasi terjadi, penyesuaian amatlah diperlukan. Manakala perkataan yang sukar difahami ialah menggunakan perkataan-perkataan teknikal yang mana hanya kita sahaja yang memahaminya. Ada dikalangan masyarakat apabila mereka berkomunikasi mereka menggunakan ayat-ayat teknikal dan sukar difahami. Oleh itu, apabila kita berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling kita, cubalah menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami dan ringkas ayatnya. Apabila kita melakukan demikian, maka masyarakat akan menghormati kita. Kadangkala ada sesetengah orang yang gemar menggunakan ayat panjang dan berbelit-belit ketika berkomunikasi. Walau bagaimanapun, pendengar yang mendengar hanya sedikit sahaja dapat menangkap maklumat apa yang cuba disampaikan oleh penutur tersebut. Oleh yang demikian penutur perlu sesuaikan, amati dan praktis perkataan mudah untuk mendapatkan komunikasi yang efektif, iaitu pembicara berpuas hati dan pendengar memahami 100% apa yang diucapkan.

22.4 : Membezakan kesilapan Penutur perlu membezakan antara kesilapan biasa dan kesilapan berulang-ulang. Kesilapan biasanya adalah tidak serius bahkan penutur natif kadang kala melakukan kesilapan dalam pertuturan dan pembaca tidak perlu bimbang. Walau bagaimanapun, kesilapan yang berterusan menunjukkan pembaca pembaca tidak menguasai beberapa aspek berkaitan bahasa. Ia memerlukan kerja-kerja tambahan seperti merujuk bahan sumber tatabahasa yang dapat membantu penutur.

115

Guru juga memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar menguasai kemahiran bertutur. Bimbingan yang diberikan dapat membantu pelajar menyebut suku kata dan perkataan dengan betul. Walau bagaimanapun, kadang kala pelajar berasa kurang selesa dengan cara guru membuat teguran ataupun ulasan pencapaian mereka. Keadaaan ini menyebabkan pelajar berasa kaedah ini tidak sesuai bagi membentuk pertuturan yang baik. Begitu juga halnya dengan penguasaan ayat. Menegur kesalahan pelajar dipertengahan ayat yang dilakukan oleh guru boleh

mengganggu pelajar dalam meneruskan pembacaannya. Ini juga membuatkan pelajar hilang rentak dan lupa pada apa yang cuba dikatakan. Kadangkala dengan tujuan yang baik, guru sering mengganggu pelajar yang mahu membetulkan kesilapan semasa mereka cuba menyatakan sesuatu. Apabila ini berlaku, pelajar menjadi takut dan seterusnya hilang minat hendak bercakap dan gagal belajar berkomunikasi. Oleh sebab itu juga, guru perlu mengambil kira kesesuaian daripada segi masa dan kaedah semasa menegur kesalahan pelajar semasa bertutur. Pada masa yang sama, guru perlu memikirkan kenapa semua pembetulan yang dibuat tidak mungkin dapat meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Ini disebabkan pelajar sebaik-baiknya tidak diganggu semasa mereka sedang bercakap. Ulasan pencapaian pertuturan pelajar sebaik-baiknya dibuat selepas mereka menamatkan wacananya. Hanya kesalahan yang serius sahaja yang perlu diperbetulkan. Kesalahan yang serius adalah perkara yang boleh menyebabkan salah paham atau pendengar tidak memahami perkara yang dipertuturkan. Sekiranya keadaan ini berlaku, perkembangan penguasaan bahasa terbantut dan kemungkinan tidak menguasai kemahiran dengan baik. Guru juga perlu meneliti masa yang paling sesuai untuk membetulkan bacaan pembaca sewaktu pelajar membaca ataupun bertutur secara kuat. Guru mahu kesalahan pembaca dibetulkan. Ini adalah satu kaedah yang amat baik bagi menyatakan perasaan pembaca perlu diambil kira apabila kesalahan bacaan diperbetulkan semasa pembaca sedang bertutur.

116

22.5 : Meniru irama dan intonasi Irama dan intonasi penting dalam memberikan kesan maksud ayat ataupun perkataan yang dituturkan. Ketepatan penggunaannya dapat membantu penutur menyatakan mesej secara jelas dan memudahkan pemahaman. Sekirannya penutur dapat menghasilkan semula bunyi dan intonasi dengan tepat, kesilapan sebutan yang lain tidak begitu dapat dikesan dan penuturnya mudah difahami.

23.0 Cara menguasai pengusaaan bertutur 23.1 : Lakukan semua aktiviti bahasa di dalam bilik darjah Menurut Yahya Othman (2005), seseorang pelajar perlu menguasai bahasa dengan

tekun. Pelajar perlu membut semua tugasan walaupun guru tidak menyuruh membuatnya. Contohnya apabila guru bertanya kepada seseorang berkenaan dengan satu soalan, pelajar boleh menjawab secara bersendirian sama ada dengan menuliskannya atau merangka jawapan dalam fikirannya. Pelajar boleh menyimpan jawapan dalam kotak fikirannya semasa giliran pelajar lain menjawab dan semak jawapan pembaca dengan membandingkan jawapan mereka. Dengan jawapan pelajar lain dan perhatikan tindak balas guru pada jawapan pelajar tadi. Dengan cara ini, pelajar dapat bertutur dengan lebih baik dan jelas.

23.2 : Berinteraksi dengan rakan sekelas ataupun pelajar lain Bercakap dengan rakan sekelas ataupun pelajar lain yang mempelajari bahasa yang sama dapat memudahkan penguasaan bahasa. Komunikasi secara tidak formal diantara pelajar dapat memberikan keseronokan dan ianya dilakukan tanpa sebarang tekanan pelajar itu sendiri. Pelajar juga mungkin berasa kurang gangguan semasa bertutur sesuatu tajuk yang baru dan rakan sekelas pula dapat membantunya. Cara terbaik adalah berkawan dengan orang yang bercakap dalam bahasa yang pelajar sedang pelajari. Tali persahabatan memberikan motivasi kepada pelajar supaya berkomunikasi dan menghapuskan kebimbangan yang wujud semasa bertutur dengan orang lain. Rakan juga tahu tahap bahasa pelajar dan cuba menyesuaikan pertuturan mereka dengan kemampuan pembaca.

117

Dalam pertuturan, kadang kala pelajar menghadapi masalah dalam menuturkan percakapannya disebabkan sifat peribadinya yang tidak banyak bercakap atau lebih dikenali sebagai sifat pendiam. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak pasti perkara yang dituturkannya. Dalam masalah ini dua perkara yang pelajar boleh lakukan. Pertama ialah menyediakan diri dengan pelbagai situasi komunikasi yang pelajar dijangka terlibat. Kedua adalah dengan menerima had kemampuan pelajar dalam melakukan aktiviti bertutur serta melakukan yang terbaik dengan apa yang diketahui.

23.3 : Berlatih secara senyap Latihan secara senyap dapat menghasilkan ke arah penguasaan bahasa melalui pertuturan. Cara ini amat mudah dan tidak memerlukan masa, tempat, alatan ataupun rakan tertentu. Sebagai contoh, pelajar menyatakan objek yang dilihat secara senyap dan cuba menamakannya menggunakan bahasa kedua. Disamping itu juga, pelajar boleh cuba menggambarkan benda atau peristiwa yang dilihat secara terperinci. Pelajar juga boleh bersedia bagi situasi berkomunikasi yang akan dilalui seperti membuat temujanji doktor ataupun membuat panggilan telefon. Pelajar boleh bersedia dengan melihat buku panduan perbendaharaan kata ataupun belajar daripada penutur natif cara perkara dituturkan. Pembaca juga boleh berlatih melalui situasi harian. Sebagai contoh, selepas pembaca menjalankan urusan jurujual, kerani ataupun pelayan dalam bahasa kedua, pelajar terpaksa melakukannya dalam bahasa yang dipelajari. Selepas itu, apabila pelajar perlu menyatakan perkara-perkara ini dalam kehidupan yang sebenar, pelajar perlu bersedia berbuat demikian.

118

23.4 : Bersedia hendak berkomunikasi Seseorang pelajar perlu bersedia dalam kebanyakan keadaan bagi melakukan berkomunikasi. Kebanyakan orang yang berlatih secara senyap selalu mendapati ia menjadikannya satu tabiat. Yang menariknya, kanak-kanak kerap berlatih belajar bahasa pertama mereka dengan rakan secara imaginasi, berbual secara bersendirian dan bercakap dengan objek dan permainan. Mereka secara berterusan mengulangi perkataan dan ayat serta menyebut frasa dan perkataan yang kadang kala tidak ada makna. Oleh itu, aktiviti seperti ini adalah satu aktiviti yang perlu dalam pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak. Di samping itu, tidak ada sebab cara ini tidak dapat membantu orang dewasa bagi menguasai pertuturan dengan lebih baik.

23.5 : Belajar menerima ketidakpastian Ketidakpastian sama ada sesuatu yang dipertuturkan dapat difahami ataupun tidak sering mengganggu pelajar sewaktu bertutur. Apabila bercakap, pelajar mungkin tidak berasa yakin dengan kemampuan hendak menyampaikan mesej. Walau bagaimanapun, situasi ini tidak seharusnya menghalang pertuturan. Sesetengah orang tidak berkata apa-apa apabila mereka menjangkakan perkataan yang mereka sebut adalah sukar untuk dituturkan dan mereka hanya akan bertutur melainkan perkataan itu adalah betul dan tepat. Pandangan ini sebenarnya tidak tepat bagi tujuan permulaan bertutur yang tidak boleh menjangka hendak menyebut sesuatu dengan sempurna. Apabila tujuan pertuturan adalah berkomunikasi, pelajar perlu menumpukan hanya kepada penghasilan pertuturan yang biasa diujarkan. Pelajar tidak perlu bimbang berkaitan penguasaan bahasa orang lain. Mesej yang disampaikan pada masa yang diperlukan tanpa mengira kekurangan atau kelemahan yang dimiliki oleh penutur. Keadaan ini adakah lebih baik jika dibandingkan dengan penutur yang tidak berusaha hendak bertutur dan menyampaikan mesej disebabkan terlalu memikirkan kesempurnaan penyampaiannya. Dalam situasi berkomunikasi adalah lebih baik menyatakan sesuatu dengan segera berbanding dengan tidak berkata apa-apa ataupun mengambil masa yang panjang untuk membina dan menyampaikan mesej. Ini menjadikan pendengar tidak sabar dan boleh melunturkan minat hendak terus berkomunikasi. 119

23.6 : Tidak takut membuat kesilapan Terdapat juga pelajar bertutur kerana takut melakukan kesilapan. Dalam konteks kemahiran bertutur, orang yang tidak berkata apa-apa kerana bimbang membuat kesilapan boleh terjerumus ke dalam lingkaran ganas ini. Lingkaran ini boleh membelenggu pelajar daripada mencuba seterusnya melakukan kerana tidak cukup latihan sehingga pada masa yang sama mereka menghalang peluang diri mereka berlatih disebabkan takut membuat kesilapan. Oleh sebab itu, pelajar perlu menggunakan masa yang sesuai bagi memulakan pertuturan berdasarkan idea yang terhimpun dalam minda mereka.

24.0 Cara meningkatkan perbualan tidak lancar. Bagaimana pula kita meningkatkan perbualan yang tidak lancar? Kadang-kadang pelajar kurang merasa selesa apabila percakapan mereka terhenti di pertengahan semasa perbualan sedang berlangsung. Situasi ini juga kadang-kala menjadikan pelajar berasa tidak selesa dan berfikir seakan-akan dipinggirkan oleh rakan. Kegagalan menyambung perbualan secara berkesan boleh mengakibatkan gangguan dalam berkomunikasi. Oleh itu, sekirannya perbualan mereka terhenti, pelajar jangan bersikap lemah semangat. Ada beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi masalah seperti ini.

24.1 : Minta pertolongan Cara ini dapat memudahkan pelajar bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Kekuatan dalaman pelajar mengemukakan permintaan bagi mengatasi masalah ini dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan yang dimiliki. Pelajar perlu memikirkan bahawa pelajar tidak selalunya dapat menguasai bahasa dengan cara belajar bersendirian. Oleh itu, pelajar perlu meminta pertolongan daripada rakan-rakan yang difikirkan dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun, pastikan rakan tersebut mampu untuk membantu kita.

120

24.1.1 : Gunakan perkataan yang sinonim Menurut Yahya Othman (2005), bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk mengingati maksud sesuatu perkataan dengan tepat, pelajar boleh menggunakan perkataan yang lebih umum. Contohnya apabila pelajar lupa maksud perkataan biola maka pelajar boleh menyebut alat muzik bertali. Ini bermakna, pendengar lebih memahami maksud perkataan yang disebut oleh penutur.

24.1.2 : Menggunakan sumber pembaca sendiri Seseorang pelajar perlu menggunakan apa sahaja kaedah yang membolehkan mesej yang disampaikan oleh beliau mudah difahami walaupun pelajar mungkin menjangkakan ada cara lain untuk menyampaikannya. Mencuba untuk berkata sesuatu adalah lebih baik daripada tidak berkata apa-apa. Dalam proses ini, pelajar mungkin juga belajar cara yang betul bagi berkata apa yang terdapat dalam fikiran.

24.1.3 : Hindari masalah Antara cara lain yang boleh mengekalkan perbualan ialah dengan menghidari kawasankawasan yang menimbulkan masalah. Sebagai contoh, apabila terdapat beberapa perkataan yang sukar disebut, hindarinya dengan menggunakan perkataan seerti. Sekiranya penutur tidak pasti bagaimana hendak menggunakan perkataan yang dianggap sukar, penutur boleh mengelakkannya. 25.0 Pentingkan Pertuturan berkesan kepada seseorang guru Walaupun kita boleh katakan bahawa speech is essential but not vital for life in human

society. Namun kita perlu menerima hakikat bahawa hidup akan menjadi lebih sempurna jika
pertuturan kita berkesan. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pertuturan yang berkesan? Menurut Painter dalam bukunya Educators guide to persuasive speaking, mengatakan unsurunsur pertuturan termasuklah worthwhile ideas expressed with sincery, instant intelligibility,

an interesting topic, courtesy and concern for listeners point of view, pleasing voice and physical characteristic.

121

Satu unsur yang amat penting dalam menghasilkan pertuturan yang berkesan yang tidak disebutkan dalam definisi Painter ialah penguasaan bahasa yang agak tinggi (sebutan perbendaharaan kata,tatabahasa, tekanan dan nada). Sebenarnya penguasaan bahasa amat penting bukan saja kepada seorang guru tetapi juga kepada manusia umumnya. Apatah lagi kepada seorang guru bahasa.

25 1 : Keadaan sedia ada di sekolah-sekolah negara kita Menurut Azman Wan Chik ( 1985), pada masa kini kebanyakan daripada guru-guru bahasa Malaysia kurang penguasaan dari aspek komunikasi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Faktor yang dibincangkan di sini ialah sistem peperiksaan untuk Bahasa Malaysia, latihan guru-guru bahasa Malaysia dan akhir sekali sikap guru-guru bahasa Malaysia 25.1.1 : Sistem peperiksaan Bahasa Malaysia Sistem pembelajaran bahasa Malaysia terlalu menitikberatkan kelulusan dalam peperiksaan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Oleh sebab itu, segala usaha mengajar dan mempelajari Bahasa Malaysia lebih ditumpukan kepada peperiksaan bertulis. Walaupun diadakan peperiksaan lisan, ianya tidak dianggap sebagai penting. Dengan hal yang sedemikian, dalam usaha mempelajari Bahasa Malaysia, aspek pertuturan telah diabaikan. Seperti kajian yang telah dijalankan sebelum ini di sebuah institusi latihan guru, sungguhpun kesemuanya calon guru disini mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (atau lebih daripada itu), mereka (terutamanya calon-calon bukan Melayu) amat lemah dalam kemahiran lisan. Ini mungkin disebabkan mereka kurang dilatih dalam aspek ini semasa mereka berada di bangku sekolah lagi. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sistem peperiksaan yang dibincangkan tadi, dan juga mungkin disebabkan oleh mereka diajar oleh guru-guru yang tidak terlatih serta yang mahu menyeimbangkan aspek lisan dengan aspek tulisan dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

122

25.1.2 : Latihan Guru Bahasa Malaysia Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, calon-calon ini mempunyai penguasaan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia. Dengan itu, rancangan latihan guru Bahasa Malaysia tidak meliputi kursus Bahasa Malaysia khas untuk mempertingkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Malaysia. Walaupun institusi-institusi perguruan yang lain menggariskan kursus Bahasa Malaysia untuk calon-calon guru Bahasa Malaysia namun penguasaan terhadap bahasa tersebut masih tidak kukuh.

25.1.3 : Sikap Guru Bahasa Melayu Di kalangan guru Bahasa Melayu yang tidak menyedari bahasa penguasaan bahasa Malaysia mereka secara bertutur tidak begitu baik sekali, khususnya di kalangan guru-guru Malaysia. Mereka yakin bahawa oleh kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa ibunda mereka, maka tentu tidak apa-apa kecatatan dalam pertuturan mereka. Tambahan pula mereka telah mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih tinggi. Menurut Azman Wan Chik ( 1985), satu lagi sifat sesetengah guru-guru Malaysia ialah kecuaian mereka dalam menggunakan Bahasa Malaysia. Guru-guru golongan ini berpendirian bahawa mereka tidak perlu berhati-hati dalam bertutur asalkan murid-murid dapat memahami pertuturannya secara keseluruhan atau secara lebih kurang. Ketepatan mesej tidak penting bagi mereka. Bagi mereka juga, adalah tidak penting bagaimana mereka menyampaikan sesuatu (walaupun secara berbelit-belit) asalkan murid-murid dapat memahami pelajaran. Kita perlu sedia maklum bahawa cara penyampaian begini adalah amat mengelirukan dan amat membazirkan masa serta tenaga murid dan guru.

123

26.0: Masalah pertuturan di kalangan guru-guru bahasa Malaysia Oleh kerana tidak ada kajian yang telah di usahakan untuk menentukan masalah guruguru bahasa Malaysia di sekolah-sekolah kita. Masalah-masalah pertuturan yang dihuraikan ini khususnya kesukaran-kesukaran yang didapati dikalangan guru-guru pelatih Bahasa Malaysia yang mungkin juga dialami oleh guru-guru bahasa Malaysia yang lain. Apabila diperkatakan masalah pertuturan, dua perkara yang terlintas pada fikiran kita. Pertama ialah satu andaian bahawa masalah membawa implikasi terhadap kesalahan yang dilakukan dan kesalahan ini diukur daripada sesuatu yang betul. Kedua, yang betul dalam soal bahasa ialah yang standard dan soal bahasa standard adalah perkara yang bukan saja masih samar-samar ertinya di negara ini.

124

Terdapat beberapa masalah pertuturan guru-guru bahasa Malaysia iaitu: 26.1: Kelancaran Kelancaran bermaksud kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Individu tidak menghadapi masalah dan tiada gangguan semasa sesuatu perbualan berlangsung. Ada di kalangan guru tidak dapat bertutur dengan lancarnya apabila mereka cuba menerangkan sesuatu dalam bilik darjah. Pertuturan mereka sering didapati terhenti-henti dan diselang-selikan dengan bunyi aah dan eh dan banyak lagi. Ada pula yang selalu meninggalkan ayat-ayat mereka tanpa melengkapkannya apabila menghadapi kesukaran mencari perkataan yang sesuai semasa bertutur. Biasanya masalah ini disebabkan oleh rasa gugup atau disebabkan oleh kurang persediaan. Sesetengah guru lain pula tidak dapat mengawal kelajuan pertuturan mereka. Ada yang bercakap terlalu cepat, ada pula yang terlalu lambat malah gagap. Masalah inilah yang akan membawa kerugian dalam komunikasi kerana

haste makes waste in speech, dan sebaliknya jika pertuturan seseorang guru itu terlalu
lambat, murid-murid akan terus hilang kesabaran dan minat. Kelancaran antara faktor penting dalam menarik minat pelajar untuk terus mendengar apa yang disampaikan oleh guru mereka.

26.2: Penerangan yang berbelit-belit Seperti yang telah dikatakan tadi, perkara ini ada hubungan dengan sikap guru itu sendiri. Sekiranya guru merasakan amat peting untuk memudahkan kefahaman murid, maka dia akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dan menjelaskan sesuatu dengan tepat dan jitu. Pembaziran pertuturan boleh juga disebabkan guru kurang membuat persediaan. Kadangkadang, secara serta merta kita tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dan tepat untuk membawa maksud yang kita ingin sampaikan. Kurangnya persedian guru sebelum memasuki kelas juga boleh menyumbang kepada perkara ini. Keadaan kesihatan guru itu juga boleh menjadi faktor kepada prestasinya didalam kelas. Seterusnya dia tidak dapat memberi persembahan yang terbaik dalam penerangannya ketika proses pengajaran didalam kelas. Yang akhirnya menyebabkan penerangan yang dilakukannya tidak dapat disampaikan serta berbelit. Langkah yang dapat diambil adalah membuat dari segi fizikal serta mental serta memastikan tahap kesihatan dalam keadaan terbaik. Oleh yang demikian, proses pengajaran serta pembelajaran berjaya dilakukan. Ini kerana jika seorang guru memastikan dirinya pada tahap 125

yang terbaik tahap keyakinan dirinya akan meningkat dan pada akhirnya menyumbang kepada penyampaian ilmu dengan lebih berkesan serta tidak berbelit-belit.

26.3: Loghat dan sebutan Loghat ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (la) yang bermaksud bahasa. Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari terutamanya bahasa setempat, khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan. Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan. Bilangan penutur dan liputan geografi loghat itu agak sukar ditentukan, lebih-lebih lagi loghat itu boleh terbahagi lagi kepada loghat-loghat kecil. Loghat itu adalah sistem perhubungan penuh baik lisan mahupun berisyarat, tetapi tidak semestinya bertulis yang dilengkapkan lagi perbendaharaan kata dan tatabahasa sendiri. Loghat yang dikaitkan dengan darjat sosial tertentu dipanggil sosiolek. Kelainan-kelainan bahasa yang lain termasuk bahasa baku yang diselaraskan untuk tujuan perhubungan umum contohnya, tulisan piawai, jargon yang dicirikan melalui perbezaan dalam leksikon ataupun perbendaharaan kata, slanga, patois, pijin ataupun bahasa sulit. Corak pertuturan tertentu yang dipakai oleh seseorang individu sahaja dipanggil idiolek. Sesuatu loghat itu boleh dibezakan melalui kosa kata, tatabahasa, dan sebutannya Jika hanya terdapat perbezaan pada sebutannya, maka harus digunakan istilah pelat atau telor, bukan dialek atau bahasa daerah tetapi istilah loghat adalah tepat bagi kedua-dua erti ini. Ahliahli linguistik antropologi mentakrifkan loghat sebagai suatu bentuk bahasa tertentu yang dipakai oleh suatu komuniti perbualan. Dalam erti kata lain, perbezaan antara bahasa dan dialek ialah perbezaan antara yang abstrak atau umum dan yang maujud dan khusus. Dari perspektif ini, tiada sesiapa pun yang bertutur dalam bahasa sebaliknya, semuanya bertutur

126

dalam loghat. Sesiapa yang menentukan loghat tertentu sebagai bentuk yang baku atau tepat sebenarnya sedang menggunakan kata-kata tersebut untuk meluahkan pembezaan sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan daripada guru-guru yang yang ditugaskan ke sekolah tertentu mengajar menggunakan loghat daerah. Loghat daerah disini bukan saja bermaksud telor dan sebutan khusus untuk sesuatu daerah atau negeri, tetapi juga merangkumi ciri-ciri bahasa yang lain seperti tatabahasa dan perbendaharaan kata. Sebenarnya masalah perbezaan loghat dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata tidaklah seberat soal loghat dan sebutan. Misalnya perbezaan diantara perkataan besarkan(Johor) dan perkataan perbesar (Kedah) yang masing-masing bermakna menjadikan besar perbezaan antara sepatu (Johor) dan kasut boleh dianggap sebagai soal gaya sahaja. Namun begitu kekeliruan boleh timbul disebabkan oleh perbezaan perkataan dan makna antara daerah. Contohnya ialah perkataan selalu yang bermakna di Kelantan bermakna sekarang juga. Setiap negeri didalam negara kita pasti ada banyak perkataan yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza bagi negeri yang berlainan. Jesteru itu ia merupakan satu keunikan yang dimiliki dinegara kita ini. Yang benar-benar mendatangkan kerumitan ialah soal telor dan sebutan setengahsetengah loghat yang begitu jauh berbeza daripada yang dikenali umum sehingga mengganggu kefahaman. Kita cuba mempertahankan bentuk yang dikenali umum semata-mata hanya kepentingan kefahaman. Sesuatu loghat itu tidak patut di nilai dari segi mudah difahami umum atau tidak. Umpamanya perkataan pinggan tidak patut disebut pinggang bukan kerana tidak sedap didengar, tetapi kerana ia boleh mengelirukan pendengar sebab ia mempunyai makna yang lain. Mengajar bahasa Malaysia atau mengajar dalam bahasa Malaysia mengikut loghat tertentu boleh mendatangkan kerugian kepada murid-murid. Maksudnya, pertama murid-murid yang tidak biasa dengan loghat itu tidak akan dapat mengikuti pelajaran, dan kedua muridmurid yang biasa dengan loghat itu pula kurang berpeluang mendengar variasi bahasa Malaysia standard. Seperti kata Burniston dalam bukunya Speech for life, dalam soal perututuran kita perlu memberi pertimbangan kepada pendengar kita. Menurutnya, dalam soal peruturan, the first

essential courtesy is that no-one must strain to hear what you say or be confused by your pronunciation. Sebutan-sebutan yang tidak standard seperti masaelah, erat (e pepet), sarat

127

(untuk syarat) serta kesilapan-kesilapan menyebut bunyi r dan I dalam perkataan-perkataan yang mengandungi bunyi-bunyi ini juga kadang-kadang boleh mengelirukan pendengar. Untuk mengatasi masalah ini, Dr Siti Hasmah telah membuat saranan begini:

Memandangkan kepada kepelbagaian dialek yang mencirikan bahasa Malaysia maka sewajarlah bahasa yang dijadikan bahan pengajaran di sekolah adalah bahasa tulisan ataupun bahasa yang digunakan keadaan formal seperti bahasa yang digunakan dalam rencana pengarang surat-surat khabar ataupun bahasa yang digunakan oleh Radio dan Televisyen Malaysia dalam siaran beritanya. Untuk mencapai standarisasi sebaiknya bahasa basahan dihindari. Ini seharusnya merupakan pegangan semua para guru.
Tiadanya syarat-syarat yang diterima umum bagi membezakan bahasa dan loghat, namun adanya beberapa paradigma yang memberikan hasil-hasil yang adakalanya bercanggahan. Justeru, pembezaan yang tepat pun tetap subjektif, iaitu terpulang pada rangka rujukan seseorang. Kelainan bahasa selalu dipanggil loghat berbanding bahasa atas satu atau lebih sebab-sebab yang berikut:

semata-mata bukan bahasa bertulis (ataupun tidak diiktiraf sedemikian) penutur kelainan bahasa itu tidak bernegara sendiri langsung tidak atau jarang sekali digunakan dalam cetakan atau sastera kelainan bahasa itu ketandusan prestij. Ahli-ahli linguistik antropologi mentakrifkan loghat sebagai suatu bentuk bahasa tertentu

yang dipakai oleh suatu komuniti perbualan. Dalam erti kata lain, perbezaan antara bahasa dan dialek ialah perbezaan antara "yang abstrak atau umum" dan "yang maujud dan khusus". Dari perspektif ini, tiada sesiapa pun yang bertutur dalam "bahasa"; sebaliknya, semuanya bertutur dalam loghat. Sesiapa yang menentukan loghat tertentu sebagai bentuk yang "baku" atau "tepat" sebenarnya sedang menggunakan kata-kata tersebut untuk meluahkan pembezaan sosial. Selalunya, bahasa baku itu lebih menyerupai sosiolek golongan elit. Dalam kelompok-kelompok yang mana prestij itu kurang memainkan peranan, istilah "loghat" boleh digunakan cuma untuk memaksudkan kelainan setempat yang tidak ketara dalam amalan linguistik yang dianggap saling mudah difahami, memainkan peranan penting 128

dalam mengenali seseorang serta membayangkan asal-usulnya (kawasan bandar yang mana, kampung yang mana, atau daerah yang mana); maka nampaknya terdapat banyak "loghat keabdian". Ertinya, terdapat banyak kelainan yang tidak ketara di antara penutur yang saling memahami bahasa dan menerima bahawa diri mereka bertutur "secara sama" secara amnya. Ahli bahasa moden tahu bahawa taraf sesuatu bahasa itu bukan sahaja ditentukan oleh kriteria linguistik, malah juga merupakan hasil perkembangan sejarah dan politik. Bahasa Romansh ada bahasa bertulisnya, maka diiktiraf sebagai bahasa, biarpun agak serupa bunyinya dengan loghat-loghat Alp Lombard. Lain pula dengan bahasa Cina, yang bentuk-bentuk kelainannya termasuk bahasa Mandarin dan Kantonis sering dianggap sebagai dialek dan bukan bahasa sungguhpun saling tidak boleh difahami semata-mata kerana semuanya berkongsi piawaian penulisan dan badan kesusasteraan.

iv)Suara dan nada Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina. Menurut Azman Wan Chik ( 1985), masalah yang biasa di kalangan guru-guru bahasa Malaysia dalam hubungan ini iaitu kederasan pengucapan, suara yang perlahan dan nada yang mendatar. Seseorang guru yang bercakap dengan cepat tidak dapat membentuk bunyi-bunyi pengucapannya dengan baik dan sering kali tersasul. Disamping itu juga, murid-murid tidak sempat untuk menyambut segala butir-butir yang datang secara bertalu-talu. Suara yang perlahan menjadikan murid sukar menangkap isi pertuturan guru. Oleh itu, banyak masa yang terbuang kerana murid-murid tidak dengar dan guru perlu mengulangi percakapannya. Satu kelemahan pertuturan yang agak serius di kalangan guru-guru bahasa Malaysia ialah bercakap atau membaca dengan nada yang mendatar. Guru-guru ini tidak dapat mempelbagaikan suara dan nadanya untuk menjadikan pembacaan atau pertuturannya lebih

129

ekspresif dan lebih hidup. Oleh itu pertuturannya lebih bersifat kaku dan kering, dan ini menyebabkan isi pelajarannya tidak dapat menarik minat murid. Manakala suara pula adalah satu penganugerahan. Ada orang yang dilahirkan dengan nada yang suara yang terlalu tinggi dan ada pula yang mempunyai suara rendah dan garau. Ramai yang menyangka bahawa sifat dan mutu suara seseorang ini kurang tepat. Sebenarnya ada latihan-latihan suara yang boleh diusahakan untuk sedikit sebanyaknya dapat memperbaiki suara kita. Contohnya suara yang tinggi sedikit. Juga lagi suara kita. Masalah penyebutan seperti tidak boleh menyebut bunyi s tidak dapat menyebut dengan spontan bunyi-bunyi r dan l, dan juga masalah ketidaklancaran dan kegagapan boleh diatasi dengan latihan-latihan tertentu. Sebenarnya, sebahagian besar daripada masalahmasalah pertuturan boleh dielakkan dengan membuat persediaan yang teliti sebelum guru masuk mengajar. Rasa gugup boleh dikurangkan jika guru bersedia dan berasa yakin. Ini akan menjadikan pengucapan yang lebih lancar dan tepat. 26.4: Percampuran bahasa Melayu dengan bahasa lain. Sikap kebanyakan pengguna bahasa Malaysia, baik orang Melayu atau bukan Melayu memang banyak menyulitkan keadaan bahasa Malaysia hari ini. Ramai yang menganggap bahasa Malaysia itu satu bahasa yang mudah; mudah disebut, dieja atau dipakai tanpa pertimbangan yang serius. Pandangan yang menganggap bahasa Malaysia itu mudah, memang sukar diatasi. Apabila bahasa Malaysia itu dirasai sukar maka ia dianggap pula sebagai bahasa yang berubah-ubah, tidak baku dan sebagainya. Ramai pula di antara yang berkata demikian itu, tidak dapat memberi sebarang penjelasan mengenai perkara yang berubah-ubah itu. boleh diperendahkan dengan bercakap perlahan guru-guru yang bersuara tinggi perlu mengawal emosinya kerana perasan

gemuruh atau ghairah, iaitu samada terlalu marah atau terlalu gembira , boleh meninggikan

130

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, Mementingkan aspek-aspek sebutan intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa. tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkaliwarning you banyak kali, tapi you masih kali memberi amaran supaya jangan pergi ke hendak ke tempat tu. tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ini adalah contoh-contoh pencampuran bahasa melayu dengan bahasa lain. Memang sebab yang paling merosakkan ialah kekurangan kemahiran di dalam bahasa Malaysia itu sendiri. Satu contoh mudah di dalam hal ini ialah yang digambarkan oleh iklan-iklan yang salah. Misalnya sebuah buku persendirian di Pulau Pinang diberi nama Utara-Timur. Ini jelas menunjukkan pengaruh dari perkataan bahasa

Inggeris

north

east, padahal

terjemahannya yang wajar ialah: Timur Laut. Nama kedai makan Boston Ais-cream Restoran menganggap bahawa rentetan kata dalam bahasa Inggeris itu serupa dengan bahasa Malaysia dan pengubahsuaian ejaan sudah mencukupi. Sebuah contoh lain telah ditemui di belakang sebuah bas Majlis Perbandaran Pulau Pinang: Merokok mujarab untuk kanser. Mujarab itu bermakna sangat sesuai untuk menyembuhkan penyakit; jadi iklan itu bermakna merokok itu paling baik untuk menyembuhkan kanser!. Kebanyakan firma hanya menyerahkan nasib bahasa Malaysia dalam iklan kepada tukang cat papan iklan itu saja. Ramai pula tidak tahu iklannya itu salah, songsang, lucu, malah ada yang tidak bermakna. Guru-guru bahasa Malaysia juga masih berkurangan. Banyak sekolah yang merungut tidak mempunyai guru bahasa Malaysia. Kalaupun ada diberi guru bahasa Malaysia, selalunya terdapat pula guru yang tidak terlatih secara khusus, dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengajar bahasa Malaysia. Guru mata pelajaran lain kerap kali diarahkan mengajar bahasa Malaysia. Keseluruhan faktor ini menimbulkan satu keadaan bahawa bahasa Malaysia itu banyak mengandungi unsur-unsur yang berkacau pada hari ini. 131

Sering juga terdapat kekacauan yang disebabkan oleh pengaruh bahasa-bahasa lain seperti Inggeris, Cina, India dan Arab. Unsur-unsur dari bahasa lain yang sering dipindahkan ke dalam bahasa Malaysia itu biasanya ialah sebutan, ejaan, tatabahasa, dan fahaman budaya. Misalnya sebutan pembaca berita di televisyen; umumnya pembaca berita bahasa Malaysia yang terdiri daripada orang bukan Melayu, memang cukup baik, tetapi ada seorang dua yang membawa masalah seperti seorang pembaca berita daripada kaum India, yang didapati tidak dapat membunyikan k dan h di akhir kata seperti dalam tida(k), dan tenga(h). Dari segi ejaan-ejaan nama tempat seperti Teluk Datoh, Air Itam, jelas menunjukkan kekacauan dari bahasa Inggeris. Begitu juga banyak gerabak barang Keretapi Tanah Melayu yang mempunyai tulisan pungut, punggut, pengget dan penggah (pungut dan punggah?). Demikian juga kesalahan di dalam memakai ganti nama seperti kita untuk kami; adalah terlalu ketara kekeliruannya sehingga ada orang yang tidak lagi mengenali penggunaan yang betul bagi kedua-dua ganti nama tersebut. 27.0: Langkah Mengatasi masalah pertuturan di kalangan guru 27.1: Melakukan latihan Seperti mana yang disebutkan tadi, pertuturan berkesan mengandaikan penguasaan bahasa yang tinggi (terutamanya dari aspek sebutan dan tatabahasa). Untuk menentukan para guru bahasa Malaysia mempunyai kecekapan bahasa yang tinggi, semua rancangan latihan guru bahasa Malaysia perlu merangkumi kursus bahasa Malaysia yang diatur khas untuk caloncalon guru yang masih lemah dalam bahasa itu. Tujuan utama kursus ini ialah meninggikan penguasaan bahasa Malaysia calon-calon ini dan latihan bertutur patutlah dititikberatkan. Di samping itu juga, semua guru bahasa Malaysia perlu menjalani kursus-kursus mengenai komunikasi dan pertuturan yang berkesan supaya menimbulkan kesedaran tentang betapa perlunya mereka menajamkan kemahiran-kemahiran lisan mereka. . Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya 132

soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Hanya dengan latihan berdasarkan teori-teori yang sedia ada boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para guru. Tajuk-tajuk seperti cara-cara untuk menarik perhatian murid, cara-cara mencapai artikulasi yang baik, bahasa yang tepat dan jitu, peri mustahaknya membuat persediaan yang teliti serta cara menerapkan tabiat atau kebiasaan-kebiasaan yang distracing haruslah dimasukkan ke dalam kursus-kursus tersebut. Disamping itu, petua-petua untuk memperbaiki sahsiah secara keseluruhannya juga perlu dititikberatkan dalam kursus-kursus tersebut untuk menghasilkan pertuturan yang berkesan.

27.2: Sukatan pelajaran Dalam pengajaran bahasa Malaysia, kini masih lagi terdapat penekanan dan pembahagian masa yang agak berat sebelah diantara dua aspek bahasa, iaitu aspek lisan dan tulisan. Ini mungkin disebabkan oleh keperluan peperiksaan. Oleh itu, langkah pertama ialah menyeimbangkan dua aspek ini dalam bentuk format peperiksaan bahasa Malaysia. Disamping itu, sukatan pelajaran dan buku-buku teks perlu disusun semula supaya lebih banyak bahanbahan untuk kegiatan lisan. Untuk merombak semula rancangan Malaysia di peringkat sekolah (peperiksaan, sukatan pelajaan, buku teks dan lain-lain) tentu akan dapat membina satu kemahiran yang

133

amat berguna kepada murid-murid, iaitu berkomuniksi dengan berkesan. Perubahan seperti ini tidak akan menjejaskan prestasi murid-murid dalam kemahiran tulisan kerana sesungguhnya seorang yang bertutur dengan fasih, lancar dan berkesan akan dapat mengarang dengan amat baik sekali. Sebaliknya seseorang yang mengarang dengan amat baik sekalipun belum tentu boleh bertutur dengan cekap. 27.3: Kegiatan-kegiatan lisan Tumpukan pelajaran lisan dalam pengajaran bahasa Malaysia perlu diubah. Sekarang ini dapat didapati tajuk-tajuk pelajaran lisan lebih tertumpu kepada pendengar dan membincangkan tentang tajuk-tajuk tertentu, membuat penguguman serta sedikit lakonan dan sekali sekala saja bertutur. Disamping tajuk-tajuk ini adalah lebih baik jika pelajaran-pelajaran lisan digunakan untuk membina kemahiran lisan yang benar-benar berguna kepada muridmurid seperti kemahiran-kemahiran untuk kegunaan sehari-hari, kemahiran atau tajuk yang dimaksudkan ialah seperti mengemukakan soalan( dengan tepat dan sopan), memberi arahan atau keterangan, perbualan telefon (tatatertib dan percakapan ringkas dan tepat). Kemahiran-kemahiran berbahas, berlakon, berbincang , dan lain-lain itu perlu terus dipupuk di dalam bilik darjah malah perlu diperluaskan ke luar bilik darjah. Satu perubahan yang amat tegas perlu diusahakan disini iaitu dalam mengendalikan kegiatan-kegiatan ini . Guru perlu menggalakkan murid bercakap atau berlakon dengan penuh perasaan dari segi suara, nada dan mimik muka. Ini bermakna guru sendiri perlu memperlihatkan minat dan tidak merasa malu atau canggung apabila memberi contoh pertuturan dan pembacaan yang bermakna. Kaedah-kaedah mementaskan drama pendek, berbahas, bersyarah, berkuiz dan lainlainnya akan melibatkan murid-murid dari semua kelas patut digalakkan dan diadakan dengan lebih kerap. Kegiatan kegiatan ini juga boleh diselenggarakan di institusi institusi latihan guru oleh calon-calon guru bahasa Malaysia sendiri. Sebagai seorang guru, dia seharusnya tahu cara untuk berkomunikasi dengan baik. Komunikasi diantara seorang guru dengan pelajarnya harus berlaku secara efektif. Ini kerana untuk menyampaikan ilmu proses komunikasi perlulah dilakukan dengan efektif. Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi 134

yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik dan menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dengan erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar atau tidak. 27.4: Gunakan Bahasa Baku Apabila bercakap tentang bahasa baku, banyak orang yang barangkali tidak memahami apakah maksudnya dan apakah pentingnya bahasa baku itu dalam konteks negara seperti Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai dialek atau loghat bahasa Melayu. Salah satu tujuan penting kita membina dan mengembangkan bahasa Melayu ialah untuk menjadikannya sebagai bahasa pentadbiran negara, bahasa pendidikan negara, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan sosial dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa, dan juga dikalangan rakyat yang mempunyai berbagai-bagai dialek atau loghat bahasa Melayu. Contoh loghat Melayu adalah seperti loghat bahasa Melayu Kelantan, loghat bahasa Melayu Kedah, loghat bahasa Melayu Johor, dan sebagainya. Ini bererti kita mesti membina dan mengembangkan sesuatu bahasa yang baku yakni satu bahasa bersama, bahasa standard yang dapat digunakan oleh semua rakyat Malaysia, baik dalam hubungan formal, ataupun dalam perhubungan masyarakat luas yang tidak formal. Bahasa baku juga dapat menghapuskan segala bentuk dan unsur bahasa Melayu rojak dan bahasa Melayu kacukan dan bahasa baku yang dapat mengatasi segala macam loghat bahasa Melayu yang boleh menyebabkan orang Melayu sendiri tidak dapat saling memahami diantara satu dengan lain oleh sebab adanya perbezaan loghat-loghat itu. Bahasa inilah yang dikatakan sebagai bahasa baku. Bahasa ini juga dikatakan sebagai bahasa kebangsaan.

135

Menurut Anwar Ibrahim (1989), pembakuan bahasa berlaku pada tiga aspek bahasa, iaitu tatabahasa atau nahunya, ejaannya, dan sebutannya. Beberapa aspek bahasa Malaysia yang masih belum baku sedang dibakukan, baik melalui proses sosiologi penggunaannya ataupun melalui proses perancangan bahasa, atau melalui peraturan tatabahasa yang digubal oleh ahli-ahli bahasa. Kebiasaan menyebut kata-kata Melayu menurut sebagaimana yang dieja harus diajarkan kepada murid-murid supaya jelas kepada mereka adanya hubungan erat diantara ejaan dengan sebutan. Dengan mengetahui sebutan baku menurut sebagaimana yang dieja, maka murid-murid tidak akan bingung hingga mengeja *olih untuk oleh, atau *kuncu untuk

konco, atau * pelancung untuk * pelancong. Dengan menwujudkan sebuatn baku seperti yang
telah ditunjukkan, maka dialek-dialek kedaerahan harus dihapuskan. Menurut Anwar Ibrahim (1989), sebutan baku yang dianjurkan sebagai sebutan yang sesuai dengan sifat bahasa Melayu sekarang, iaitu bahasa yang telah mengalami perubahan dari aspek pertuturannya dan menjadi bahasa ilmu dan bahasa estetik dan dapat diketengahkan sebagai bahasa internasional atau sekurang-kurangnya bahasa perantaraan serantau Nusantara di Asia Tenggara. Sebutan baku yang seperti ini sudah lama diamalkan dalam nyanyian lagu-lagu Melayu dan deklamasi sajaksajak baru yang bersifat estetik. Sebutan baku seperti inilah juga yang layak untuk pengucapan bahasa Melayu baku dalam bidang ilmu seperti yang seharusnya diamalkan dalam bidang pendidikan di sekolah, di maktab, dan universiti. Sebutan baku juga layak bagi amalan bahasa Melayu tinggi dalam pidato umum di dalam dan luar parlimen, dalam majlis ceramah dan usrah, dan dalam segala ucapan rasmi. Sebutan baku seperti inilah juga seharusnya dikumandangkan oleh para penyiar radio dan juga television untuk memberikan contoh kewibawaan bahasa Melayu baku sebagai bahasa orang-orang terpelajar. Bahasa Melayu yang dituturkan dimana-mana masih dipengaruhi oleh pelbagai dialek. Hal ini memanglah lumrah kerana setiap penutur mempunyai dialeknya masing-masing untuk berinteraksi dengan orang-orang lain, terutamnya orang-orang yang sama inteleknya. Dalam pertuturan yang tidak formal tidak dapat kita harapkan wujudnya sebutan baku. Tetapi bagaimanakah bahasa Melayu dalam ucapan-ucapan yang bersifat formal seperti ucapan dalam mesyuarat, kuliah, perdebatan dan sebagainya? Nampaknya sebutan baku bahasa Melayu

136

memang wujud secara rasmi. Dalam beberapa hal yang kita katakana bahawa loghat RiauJohorseolah-olah masih ada pengaruhnya pada sebutan dalam ucapan-ucapan formal, terutama dalam siaran radio dan TV. Menurut Anwar Ibrahim (1989), sebutan baku mestilah sebutan yang tidak memperlihatkan ciri-ciri sebutan menurut loghat daerah manapun. Dengan adanya sistem ejaan secara fomenik sebagai ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang baku, maka sekaligus tidak seharusnyaada lagi masalah ejaan, dan tidak seharusnya ada lagi masalah sebutan juga. Jika dalam ucapan secara formal kita semua mengamalkan sebutan menurut ejaan, maka akan wujudlah sebutan baku yang tidak memperlihatkan ciri-ciri kedaerahan. Sebutan baku yang dicita-citakan in sebenarnya sudah lama diamalkan dalam pengucapan bahasa yang bersifat estetik seperti yang ada dalam nyayian lagu-lagu Melayu. Contohnya, sebutan untuk lagu

Bahasa Jiwa Bangsa dan malah lagu Negaraku bukan sebutan menurut loghat daerah RiauJohor tetapi sebutan baku, yakni bagaimana dieja begitulah diucapkan. Sebutan baku yang seperti ini yakni yang didasarkan pada ejaan fonemik, dapat dianggap sesuai bukan saja untuk nyayian dan deklamasi sajak tetapi juga untuk pidato,ceramah, syarahan, dan apa saja yang bersifat formal.

28.0: Pertuturan dalam Bahasa Melayu Formal Penggunaan bahasa Melayu formal ini memenuhi peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan dan setiap ayat yang diucapakan adalah menggunakan intonasi yang betul. Penutur yang menggunakan bahasa formal ini menggunakan bahasa baku sebagai bahasa pertuturan, dan menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk sapaan dan gelaran yang formal. Penutur juga tidak akan menggunakan nama sendiri, nama ringkas atau nama timbangan dalam setiap pertuturan. Selain itu, dalam bahasa formal juga tidak terdapat unsur kependekan kata dan percampuran kod, menggunakan kosa kata yang betul, binaan dan susunan ayat yang betul, serta mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah dan persuratan. Ia juga merupakan ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Ciri-ciri bahasa ini adalah teratur, lengkap, patuhi peraturan sebutan, tatabahasa, imbuhan, binaan serta susunan ayat dan perkataan, tidak mengandung kesalahan bahasa dan disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan, sama ada menerusi tulisan mahupun lisan 137

Bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa formal adalah seperti bahasa baku, bahasa diraja dan bahasa istana. 28.1 : Bahasa baku Bahasa baku ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek. Ia berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.Bahasa baku ini sering digunakan untuk tujuan rasmi. Tidak terdapat penutur asli dalam bahasa baku ini. Bahasa baku ini mematuhi peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan dan mempunyai pelbagai laras bahasa. Ia sering digunakan dalam konteks formal dan bersifat fonemik, bahasa ini juga mengalami perancangan yang sistematik dalam setiap pengucapan, menggunakan perkataan yang lengkap dan tepat, tidak mempunyai kependekan perkataan, tersusun, dan menekankan ketepatan dan kejelasan makna. Selalunya, bahasa baku itu lebih menyerupai sosiolek golongan elit. Baku Tujuan rasmi Formal Pelbagai aras Fonemik Alami perancangan Perkataan lengkap, tepat Tiada singkatan Bahasa tersusun Penekanan tentang ketepatan Kejelasan makna Tiada penutur asli Patuhi peraturan tatabahasa Dialek Tujuan tidak rasmi Ada penutur asli Tidak patuh peraturan tatabahasa Tidak mementingkan tatabahasa Banyak guna istilah daerah Sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan Guna unsur kependekan kata Dalam lisan Sistem sapaan berbeza

138

28.2: Bahasa diraja Bahasa diraja ini sering digunakan dalam gelaran-gelaran bagi golongan diraja. Golongan diraja ini mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kepada negeri-negeri mereka. Selain itu, ia juga digunakan bagi rujukan kehormat bagi menunjukkan pangkat atau status mereka. Contoh: I. Gelaran diraja : 1) raja bagi negeri Perak dan Selangor 2) tunku atau ungku bagi negeri Johor, Kedah dan Negeri Sembilan 3) tengku bagi negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu II. Rujukan kehormat berdasarkan pangkat Status Balu raja Kerabat diraja Rujukan kehormat Yang Maha Mulia Yang Amat Mulia

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia seri Permaisuri Agong paduka

28.3: Bahasa istana Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah. Digunakan didalam istana bagi menghormati golongan diraja. Bahasa istana ini tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa dan juga pertuturan harian. Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit seperti bahasa istana, atau bahsa Arab yang menjadi bahsa istana di Parsi apabila Negara tersebut ditakluki oleh orang arab.

139

Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dikalangan bahasa Melayu, Nyb kotoba bagi bahasa Jepun, Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris. Contoh: I. II. Kata ganti nama diri : Patik, Beta, Tuanku, Baginda, Hamba Perkataan atau ungkapan khusus: Bahasa biasa Makan Marah Sakit Pulih Mandi Meninggal Sudi; Suka akan Berkata Beri; Hadiah Bahasa istana Santap Murka Gering Betah Bersiram Mangkat Berkenan Bertitah Kurnia

29.0: Pertuturan Dalam Bahasa Melayu Tidak Formal Bahasa tidak formal ialah bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa, selain terdapat percampuran kod, sebagai contoh Sorrylah sayang, I tak nampak u semalam. Pertuturan dalam bahasa tidak formal ini sering digunakan dalam kehidupan seharian, iaitu ketika bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Penutur yang menggunakan bahasa tidak formal dalam percakapan mereka tidak terikat dengan penggunaan tatabahasa, binaan ayat tidak perlu tersusun, intonasi tidak sempurna, sering menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri, menggunakan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim, terdapatnya unsur percampuran kod dan kependekan kata dalam pertuturan, dan 140

pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi oleh dialek daerah dan tidak terlalu mementingkan kehalusan bahasa. Antara bahasa yang sering digunakan dalam pertuturan tidak formal ini adalah seperti bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dialek dan sebagainya 29.1: Bahasa mesra Secara umumnya, penggunaan bahasa mesra ini digunakan secara lisan. Ia sering digunakan dengan orang yang mempunyai hubungan rapat atau mesra antara satu sama lain. Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Contoh: Siti nak ikut Milah tadi tapi ibu tak bagi, Kak Cik nak ke mana?

29.2: Bahasa slanga Bahasa slanga ini merupakan bahasa yang rendah tarafnya berbanding dengan bahasa standard. Bahasa ini sering dituturkan oleh remaja pada masa kini dalam pertuturan seharian mereka. Kosa kata bahasa slanga ini mempunyai makna yang tersendiri dan difahami oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja Ciri-ciri: tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami golongan tertentu.

141

Contoh perkataan: brader, pakwe, makwe, boring, poyo, cun, tangkap relaks, sempoi, bro, Contoh ayat: tangkap relaks lah brader, gua tak main cintan sama lu punya awek lah. Pengunaan bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan bahasa. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanakkanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik berbahasa slanga di pasaran. Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan. Hal ini menyebabkan generasigenarasi muda yang akan datang akan terpengaruh dengan budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. Jika direnungkan sejenak apakah kesan jaka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan oleh generasi kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi bahasa melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru. Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit demi sedikit. Hal ini juga akan menyebabkan bahasa asal sesuatu bahasa juga akan hilang serinya. Penggunaan bahasa slanga tidak akan terhenti setakat semasa remaja sahaja, akan tetapi penggunaannya akan tetap digunakan oleh seseorang selapas melangkah kea lam pekerjaan. Sebagai contoh penggunaan bahasa slanga juga digunakan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah. Hal ini menyebabkan penyebaran bahasa slanga akan berterusan

142

sehinggakan menyebabkan bahasa melayu terus dicemari. Jika hal ini berterusan, tidak dapat tidak bahasa asal sesuatu bahasa akan megalami perubahan ketara pada masa depan. Slanga merupakan kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka, bukan fenomena baru yang melanda bahasa Melayu saja. Bahasa slanga boleh jadi perkataan baru yang dicipta atau perkataan lama yang diperbaharui dengan penambahan huruf tertentu bagi memberi satu dimensi baru kepada bahasa itu. Malah, slanga turut merebak dalam bahasa lain dan ini dapat dilihat daripada perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas(SMS). Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut menggunakan bahasa pelik itu. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik berbahasa slanga di pasaran. Sesetengah daripada mereka melahirkan pendapat penggunaan kata-kata slanga dalam bentuk percakapan masih boleh diterima tetapi apabila yang dibuat dalam bentuk tulisan yang diterbitkan, penggunaannya boleh menjejaskan kedaulatan bahasa. Jika disingkap laman e-mel, perasaan takjub akan timbul tatkala terlihat beberapa pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi itu. Menurut mereka, kesan penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil bagi kemudahan ekspresi. Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata mungkin dengan tujuan memeriahkan suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan, misalnya caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon). Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Tindakan para pengguna e-mel khususnya remaja pasti akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan atau penulisan di luar alam siber iaitu alam realiti. Sesuatu yang amat dibimbangi ialah penyelewengan bahasa semakin berleluasa apabila penggunaan istilah ini digunakan dalam perbualan sesama teman atau guru. Sekiranya kita menerima kebiasaan ini bagi

143

penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya, pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan saja dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal keasliannya.

29.3: Bahasa basahan Bahasa bahasan merupakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian dan juga dikenali sebagai bahasa kolokial. Bahasa ini juga tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana bahasa basahan ini hanya mementingkan kefahaman antara penutur dan juga pendengar. Bahasa ini tidak sesuai digunakan dalam ucapan rasmi dan tulisan. Bahasa basahan

juga adalah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa
pertuturan sehari-hari. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Oleh itu ia hanya digunakan dalam bahasa pengucapan seharian. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Selain merupakan bahasa pertuturan harian ia digunakan dalam konteks tidak rasmi. Ciri-ciri bahasa basahan:

Cara penyampaian

Bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus antara 2 penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

Mewujudkan kemesraan

Penggunaan bahasa kolokial dalam kalangan pengguna boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan penanda-penanda mesra. Antara penggunaan penanda mesra ini ialah penggunaan singkatan pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan dan dah.

Penggunaan dialek

Dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek apabila penutur dan pendengar datang dari tempat yang sama.

144

Penggunaan tatabahasa

Penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak begitu dipentingkan dalam bahasa kolokial. Bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.

Percampuran kod

Dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Bahan yang diperkatakan

Biasanya tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan serta mudah difahami. Keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana Sedang Bahasa Basahan kenapa macam mana tengah

145

(b) Bentuk kependekan Bahasa Baku Hendak Tidak Sudah Bahasa Basahan nak tak dah

(c) Perubahan bunyi Bahasa Baku Ambil Kecil Pula Bahasa Basahan ambik kecik pulak

Contoh perkataan : nak, tak, dah, ambik, kecik, pulak, Contoh ayat: aku tak nak makan

29.4: Bahasa pasar Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait dengan bahasa pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi. Bahasa pasar ini merupakan bahasa yang terhasil daripada kacukan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa bukan melayu. Pelat penyebutan bahasa ini banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda penutur tersebut. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Penggunaan bahasa pasar ini biasanya digunakan didalam sebuah keluarga. Ia juga boleh digunakan diantara rakan sebaya serta rakan sekampung. Dimana mempunyai beberapa perkataan baru yang dicipta sendiri mengikut dialek mahupun slanga dan juga mengikut arus serta era kemodenan. Kebanyakan remaja gemar menggunakan bahasa ini tanpa mereka sendiri menyedarinya.

146

Contoh perkataan: I. II. III. IV. Penggunaan gua untuk mengantikan saya Penggunaan lu untuk menggantikan kamu Menggunakan perkataan banyak sebagai kata penguat , contoh: banyak cantik Kerap menggunakan perkataan punya, contoh: dia punya barang, aku punya anak

Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu. Contohnya awek (gadis), balak (jejaka), usha(perhati), skodeng (intai), cun (cantik), po

yo/slenge (buruk). Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan
kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami), korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang), diorang atau derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka). Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat

ni (Baguslah tempat ni); kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini
melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

29.5: Bahasa halus Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk melunak dan memaniskan percakapan. Bahasa halus ini wujud akibat daripada pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Ia sering dituturkan dengan nada yang lembut dan sopan. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban antara penutur dan juga pendengar amat mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan semasa bercakap. Selain itu, bahasa ini juga ada kalanya digunakan dalam penulisan surat menyurat

147

apabila kata-kata yang sopan digunakan. Selain daripada itu, ia juga menggunakan peribahasa dan kiasan bagi menggantikan sesetengah ayat. Secara umumnya bahasa mesra berbenuk lisan. Atas alasan digunakan orang yang ada hubungan rapat yang mesra antara satu sama lain

Ciri-ciri: a. Penggunaan kata ganti nama:

Siti nak ikut Milah tadi tapi ibu tak bagi. b.


Penggunaan kata gelaran tidak lengkap:

Kak cik nak ke mana? c.


Penggunaan unsur kependekan dan percampuran kod:

Kau tak pergi sekolah, Din? Dah siang ni. d.


Penggunaan unsur partikel lah

Dahlah tu. Janganlah ingatkan orang yang dah tak nak kat
Contoh perkataan : anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda, nenda

awak

Contoh bahasa halus yang menggantikan bahasa basahan: Bahasa basahan Kencing Berak Mengandung Kubur Bahasa halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua Makam

148

Contoh penggunaan bahasa kiasan : I. II. III. bisa seperti racun cepat bagai kilat bersinar seperti permata

Bahasa Halus atau Eufemisme dalam Bahasa Melayu a) Bahasa halus ialah sistem bahasa yg beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi.

Digunakan utk menghormati orang yang dilawan bercakap, menjaga perasaan orang yang dilawan berckap, mewujudkan kemesraan dan menghormati peraturan adat istiadat b) Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan kekakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Bahasa haus menggunakan nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan. c) Bahasa halus menggunakan bahasa kiasan dan peribahasa untuk menyatakan sesuatu yang kurang manis. d) Bahasa halus dikaitkan dengan unsur eufemisme, iaitu ungkapan lembut, sopan dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar seperti mayat ->jenazah. e) Winstedt (1941) berpendapat bahasa halus dapat dicirikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. Penggunaan kata ganti tertentu Penggunan kata-kata terpilih bagi peristiwa tertentu Penggunaan imbuhan yang lebih teratur daripada penggunaan orang biasa Perbendaharan kata dengan kata daripada bahasa Arab f) Dalam kajian Ismail Hashim (1991) digariskan beberapa ciri bahasa halus. a. bahasa diraja dalam konteks hubungan dan penggunaan b. kata ganti nama diraja dan orang kebanyakan c. ungkapan yang menerima kata daripada bahasa Arab yang lebih besar dengan kata-kata yang banyak

149

d. pemilihan diksi oleh masyarakat Melayu terutama dalam pertuturan seharian

g) Ralph Linton (1965) achieved status diertikan sebagai pangkat, iaitu yang dimiliki bukan melalui pelajaran, tetapi merujuk keluarga diraja. Bahasa diraja sering juga disebut sebagai bahasa istana. Bahasa diraja merupakan sejenis kelainan sosial di antara berbagai-bagai kelainan sosial bahasa Melayu. Bahasa diraja menjurus kepada bahasa yang digunakan dalam perhubungan kebahasaan apabila sekurang-kurangnya salah satu pihak itu sendiri terdiri daripada keluarga atau kerabat diraja. Ragam bahasa diraja dibahagikan oleh Asmah Haji Omar (1988) kepada dua bentuk. Pertama, ungkapan rutin bahasa, iaitu ungkapan yang dari segi bentuk dan pengwujudannya sudah jumud, bersifat tekal dan dari segi penggunaannya hanya dalam konteks tertentu sahaja seperti majlis penghormatan dan menjunjung kasih (misalnya Daulat Tuanku!, Ampun Tuanku!, Menjunjung Duli Tuanku!). Kedua, ungkapan perbendaharaan kata leksis yang mempunyai makna konotasi dan denotasi seperti

bersemayam, bertitah, mencemar duli, berkirim sembah, limpah perkenan, datanglah peredaran dunia. Bahasa diraja digunakan dalam komunikasi yang tak bersahaja, yakni dalam situasi
formal baik dalam upacara rasmi mahupun dalam hubungan sosial sahaja. h) Penggunaan kata ganti nama adalah bentuk kata ganti diri dalam bidang sosiolinguistik. Penggunaannya bergantung pada taraf sosial, darjah rapatnya hubungan, suasana persekitaran dan judul yang diperkatakan (Nik Safiah Karim 1981). Dalam konteks ini, raja akan disanjung tinggi, manakala orang orang yg berkomunikasi dengannya berada pada tahap serendahrendahnya. Seperti patik atau pacal yang hina. Ke bawah Duli atau Duli yang DiPertuan. Dalam bahasa diraja, beta dan patik digunakan. Atau hamba ke bawah duli tuan patik atau hamba

tuanku merupakan ganti nama diri apabila berkomunikasi.


Penggunaan patik, duli, beta, santap, beradu memberi taraf yang tinggi kepada golongan diraja. Kata ini masih digunakan sehingga sekarang bagi menunjukkan lambang taat setia dan kehalusan budi berbahasa antara rakyat dengan raja.

150

i)Ungkapan lain antara raja dan rakyat

Bil 1

Ungkapan rakyat Memohon ampun

Ungkapan raja

Selamat pagi, salam sejahtera


2 Ucapan terima kasih

Ampun

Tuanku

beribu-ribu

ampun,

sembah patik harap diampun Terima kasih daun keladi


3. Permintaan atau permohonan

Patik menjunjung kurnia Duli Tuanku kepada patik

Minta maaf, saya minta diri dulu

Patik mohon ampun dan kurnia ke bawah Duli Tuanku, patik bermohon diri hendak berundur dahulu

4 5.

Menjemput

Jemput makan
Taat setia

Patik memohon Tuanku santap Ampun junjung Tuanku, titah Tuanku patik

Ya, perintah saya jalankan

j) Penggunaan kata-kata Arab. Kosa kata Arab banyak terserap dalam bahasa Melayu. Menurut Syed Hussein Ali

(1962) banyak kosa kata bahasa Melayu datangnya daripada bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Farsi, Hindustan dan Tamil. Memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran, dengan sendirinya kehalusan makna terpancar di dalamnya. Timbul ungkapan

ahlan wa sahlan

(selamat datang), khair (baik) dan faddal (silakan). Begitu juga kata sapaan seperti ana, anta,

ummi, dan akhuya. Dalam surat-menyurat digunakan perkataan ke hadrat al mukaram. Kata
ini digunakan utk menunjukkan rasa hormat orang muda kepada yang lebih tua. Bahasa halus merupakan bahasa pertuturan yang digunakan oleh penutur yang berpendidikan. Michael West (1969: 298) melihat bahasa halus sebagai sesuatu yang bersopan 151

santun ataupun having a nice mind. Asmah Haji Omar (1988: 1) pula berpendapat bahawa bahasa halus ialah bahasa yang digunakan dengan penuh sopan dan tertib walau dalam keadaan apa sekalipun. Penerapan bahasa halus digunakan dalam media surat menyurat apabila kat-kta

bersopan digunakan. Pola ini lebih terserlah dalam penggunaan kata ganti nama diri seperti anakanda, adinda, kekanda, bonda, ayahanda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa juga digunakan untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Terdapat dua jenis bahasa halus. Pertama, penggunaan bahasa halus yang dianggap sudah mantap. Misalnya, pulang ke rahmatullah atau menyambut

panggilan ilahi untuk perkataan mati. Kedua, penggunaan yang belum menjadi kebiasaan
dan dianggap masih baru. Misalnya, ditamatkan perkhidmatan secara sukarela yang merujuk kepada Skim Saraan Sukarela (Voluntary Separation Scheme ) yang konotasinya lebih lembut untuk mereka yang dibuang kerja atau diberhentikan. Di samping itu terdapat beberapa kosa kata lain yang menggambarkan bahasa halus atau eufemisme.

Kurang manis Berak Bunting/mengandung Kencing Kubur Lama hidup Sesak nafas Pandai berkata-kata Upacara mandi semasa hamil 7 bulan Pusat pengajian tinggi Musim hujan selalu turun hamil

Kiasan pemanis Buang air besar Berbadan dua Buang air kecil makam Panjang umur Pendek nafas Manis mulut Melenggang perut Menara gading Musim tengkujuh

Orang yang mengahwini perempun yang pak sanggup

152

Perangai yang gila-gila Mengandung selepas berkahwin Haid raja Pelayan diraja Hamba perempuan raja Hubungan jenis yang halal antara suami isteri isteri Penyakit cacar atau ketumbuhan Badan sedang membesar

Buang tabiat Bunting pelamin Datang bulan

Menerangkan sesuatu dengan hormat kepada Berdatang sembah bida Beti-beti Nafkah batin Orang rumah Penyakit orang baik Badan tengah naik

Bahasa halus memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Banyak aspek yang diketengahkan dalam tulisan ini mencerminkan disiplin dalam kalangan masyarakat terutama apabila berkomunikasi antara rakyat biasa. Tambahan pula bahasa halus memainkan peranan penting dalam wacana bahasa diraja. Apa yang signifikan, bahasa halus dituntut penggunaannya untuk mengelakkan seseorang itu tersinggung kerana kata-kata yang kurang enak didengar.

29.6: Bahasa kasar Bahasa ini sering digunakan apabila seseorang itu dipengaruhi dengan perasan marah dan geram. Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan dan kurang beradab dalam pertuturan Penggunaan bahasa kasar ini mempunyai gambaran yang berbeza-beza mengikut kawasan yang berlainan. Penggunaan bahasa yang kasar akan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan bahasa lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya, khususnya kanak-kanak. Selain itu, penggunaan bahasa ini tidak menyenangkan bagi sesetengah pendengar, sering menggunakan kata ganti nama yang tidak sopan, tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap, dan sering menggunakan kata yang berbentuk sindiran. Adakalanya bahasa yang 153

dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan di kawasan yang lain. Misalnya, perkataan celaka di anggap perkataan yang kesat di selangor, tetapi dianggap biasa di melaka. Bahasa kasar juga dihamburkan dengan mengikut perasaan. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. KASAR kencing berak mengandung menguburkan mati suami isteri KIASAN PEMANIS ke sungai kecil ke sungai besar berbadan dua mengebumikan menghembuskan nafas terakhir bapa budak ni orang rumah

Contoh perkataan : celaka, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

154

29.7: Dialek Istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani, dialektos yang bermaksud bahasa atau perbualan. Dialek merupakan satu variasi bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan masyarakat di kawasan tertentu. Dialek ini ditentukan oleh faktor geografi dan juga sosial masyarakat tersebut. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Perbezaan penggunaan dialek ini dapat dilihat melalui sebutan, gaya lagu bahasa, tatabahasa, kosa kata dan kata ganti diri. Berdasarkan pemakaian bahasa, dialek dibedakan menjadi berikut:

Dialek regional: varian bahasa yang dipakai di daerah tertentu. Misalnya, bahasa Melayu dialek Ambon, dialek Jakarta, atau dialek Medan. Dialek sosial: dialek yang dipakai oleh kelompok sosial tertentu atau yang menandai strata sosial tertentu. Misalnya, dialek remaja.

Dialek temporal, yaitu dialek yang dipakai pada kurun waktu tertentu. Misalnya, dialek Melayu zaman Sriwijaya dan dialek Melayu zaman Abdullah.

Idiolek, keseluruhan ciri bahasa seseorang yang khas pribadi dalam lafal, tata bahasa, atau pilihan dan kekayaan kata.

Dialek Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara Dialek Perak Perak Tengah Dialek Kelantan Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan Terengganu Dialek Terengganu di negeri Terengganu Pahang di negeri Pahang Dialek Selatan Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor Dialek Negeri Sembilan di negeri Sembilan Dialek Sabah tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort Dialek Sarawak Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan Pantai Utara serta kawasan Miri, Bintulu dan Sibu.

155

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh Dialek pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan Dialek kawasan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut Dialek sosial kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

156

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

157

Contoh perkataan: a) Sebutan Contoh: perkataan air disebut dalam pelbagai dielek sebagai ayaq, ayo b) Gaya lagu bahasa Contoh: dialek negeri perak biasanya disebut dengan lebih laju berbanding dengan negeri sembilan c) Tatabahasa Contoh: penggunaan imbuhan per- dan -kan perbesar (dialek kedah) dan besarkan (dialek johor) d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek kelantan bermaksud kenduri) e) Kata ganti diri Contoh : ambo (dialek kelantan bermaksud saya) Hang ( dialek utara bermaksud kamu) Teman (dialek perak tengah bermaksud saya)

30.0 : Komunikasi A. Asal usul perkataan komunikasi Kata komunikasi berasal daripada bahasa Latin, comunis, yang memberi maksud membuat kebersamaan atau membangun kebersamaan antara dua orang atau lebih. Secara asalnya, katanya communis adalah communico yang bermaksud berbagi (Stuart,1983, dalam Vardiansyah, 2004 : 3). Dalam teori yang lain disebutkan komunikasi juga berasal daripada perkataan communication atau communicare yang bermaksud " membuat sama"

(to make common). Istilah communis adalah istilah yang paling sering di sebut sebagai asal
usul kata komunikasi, yang merupakan kata akar daripada perkataan Latin yang mirip. Komuniksi menyarankan maksud seperti suatu pikiran, suatu makna, atau suatu pesan diambil secara sama. Dalam hal ini, yang dibagi adalah pemahaman bersama melalui pertukaran pesan. Komunikasi sebagai kata kerja (verb) dalam bahasa Inggris, communicate, bererti untuk bertukar-tukar buah fikiran, perasaan dan informasi; untuk mengambil tahu; untuk membuat 158

bersama-sama; dan untuk mempunyai sebuah hubungan yang bersepakat. Sedangkan dalam kata benda (noun), communication, bermaksud : sama; pertukaran simbol, pesan-pesan yang sama, dan informasi; proses pertukaran diantara individu-individu lain melalui simbol yang seni untuk mengekspresikan gagasan-gagasan, dan ilmu pengetahuan tentang pengiriman informasi (Stuart, 1983, dalam Vardiansyah, 2004). Daripada huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa komunikasi berasal daripada kata dasar yang maknanya selalu melibatkan pertukaran simbol atau tanda samada verbal mahupun nonverbal dan selain itu terbangunnya relasi kebersamaan antara komunikator dengan komunikan. Simbol atau tanda verbal seperti bahasa lisan dan bahasa tulisan. Sementara simbol atau tanda nonverbal seperti mimic, gerak-gerik serta suara. Hubungan ini bangkit apabila relasi kebersamaan ini bukan selalu sebagai hubungan yang positif seperti keakraban atau keintiman melainkan terbentuknya hubungan antara pengirim pesan dengan penerima pesan melalui simbol atau tanda-tanda tertentu yang bersifat verbal atau nonverbal. Aplikasi sentuhan simbol ini baik dilakukan dengan diri sendiri (intrapersonal) mahupun dengan pihak lain (antarpersonal).

B. Definisi Komunikasi Kehidupan manusia di muka bumi ini tidak dapat dilepaskan daripada aktiviti komunikasi kerana komunikasi merupakan sebahagian daripada sistem dan tuntutan kehidupan sosial manusia dan masyarakat. Aktiviti komunikasi dapat dilihat pada setiap aspek kehidupan seharian manusia iaitu sejak dari bangun tidur sampai manusia beranjak tidur pada malam hari. Ini dapat dipastikan sebagian besar dari kegiatan kehidupan kita menggunakan komunikasi secara komunikasi verbal mahupun nonverbal. Namun, apa yang dimaksud dengan komunikasi itu sendiri ? Pawito dan C Sardjono (1994 : 12) mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses dengan dimana suatu pesanan dipindahkan atau dioperasikan (melalui suatu saluran) daripada suatu sumber kepada penerima dengan maksud mengubah perilaku, perubahan dalam pengetahuan, sikap dan atau perilaku orang lainnya. Sekurang-kurangnya didapati empat unsur utama dalam model komunikasi iaitu sumber, pesan ,saluran dan penerima.

159

Wilbur Schramm menyatakan komunikasi sebagai suatu perkongsian proses. Schramm menguraikannya sebagai berikut : Komunikasi berasal dari kata-kata (bahasa) Latin communis yang bererti umum atau bersama. Apabila kita berkomunikasi, sebenarnya kita sedang berusaha menumbuhkan suatu kebersamaan dengan seseorang. Iaitu kita berusaha berkongsi informasi, idea atau sikap. Seperti dalam huraian ini, misalnya saya sedang berusaha berkomunikasi dengan para pembaca untuk menyampaikan idea bahawa hakikat sebuah komunikasi sebenarnya adalah usaha membuat penerima atau pemberi komunikasi memiliki pengertian (pemahaman) yang sama terhadap pesan tertentu (Suprapto, 2006 : 2-3).

Daripada huraian tersebut, definisi komunikasi menurut Schramm lebih cenderung mengarah pada sejauh mana sesuatu proses perkongsian diantara pelaku komunikasi. Schramm melihat sebuah komunikasi yang efektif adalah komunikasi yang berhasil melahirkan kebersamaan, kesepahaman antara sumber dengan penerimanya. Menurutnya, sebuah komunikasi akan benar-benar efektif apabila penonton menerima pesan, pengertian dan lainlain sama seperti apa yang dikehendaki oleh penyampai. Pakar komunikasi lain, Joseph A Devito mengemukakan bahawa komunikasi adalah sebagai proses transaksi. Transaksi yang dimaksudkannya adalah komunikasi merupakan suatu proses dimana komponen-komponennya saling terkait dan para komunikatornya beraksi dan bereaksi sebagai suatu kesatuan dan keseluruhan. Dalam setiap proses transaksi, setiap elemen berkaitan secara integral dengan elemen lain (Suprapto, 2006 : 5). Sebagai proses, kata Smith, komunikasi sekaligus bersifat khas dan umum, sempit dan luas dalam ruang lingkupnya. Dirinya menguraikan : Komunikasi antara manusia merupakan suatu rangkaian proses yang halus dan sederhana. Selalu dipenuhi dengan berbagai unsur, sendi, erti tidak peduli bagaimana sederhananya sebuah pesan atau kegiatan itu. Komunikasi antara manusia juga merupakan rangkaian proses yang beraneka ragam. Ia dapat menggunakan beratusratus alat yang berbeza, baik kata mahupun isyarat percakapan peribadi mahupun melalui media massa dengan pendengar di seluruh dunia. Ketika manusia berinteraksi

160

saat itulah mereka berkomunikasi, saat orang mengawasi orang lain, mereka melakukannya melalui komunikasi (Blake dan Haroldsen, 2003 : 2-3).

Sedangkan, Larry A Samovar, Richard E Porter dan Nemi C Janin dalam bukunya

Understanding Intercultural Communication mendefinisikan komunikasi sebagai berikut :


Communication is defined as a two way on going, berhaviour affecting process in which

one person (a source) intentionally encodes and transmits a message throught a channel to an intended audience (receiver) in order to induce a particular attitude or behaviour (Purwasito, 2003 : 198).
Dance dan Larson (dalam Vardiansyah, 2004 : 9) setidaknya beliau telah mengumpulkan 126 definisi komunikasi yang berlainan. Namun, Dance dan Larson mengidentifikasi hanya ada tiga dimensi konseptual penting yang mendasari perbezaan daripada ke-126 definisi temuannya itu, antara lain : 1. Tingkat observasi atau drajat keabstrakannya. (a) Definisi bersifat umum, misalnya definisi yang menyatakan komunikasi adalah proses yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lainnya dalam kehidupan. (b) Definisi bersifat khusus, misalnya definisi yang menyatakan bahawa komunikasi adalah alat untuk mengirimkan pesan militer, perintah dan sebagainya melalui telepon, telegraf, radio, kurier dan sebagainya. 2. Tingkat kesengajaan. (a) Definisi yang mensyaratkan kesengajaan, misalnya definisi yang menyatakan bahawa komunikasi adalah situasi-situasi yang memungkinkan suatu sumber menghantar suatu pesan kepada seorang penerima dengan disandari untuk mempengaruhi perilaku penerima. (b) Definisi yang mengabaikan kesengajaan, misalnya daripada Gode (1959) yang menyatakan bahawa komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu daripada yang semula dimiliki oleh seseorang atau monopoli seseorang menjadi dimiliki dua orang atau lebih. 3. Tingkat keberhasilan dan menerima pesanan. (a) Definisi yang menekankan keberhasilan dan menerima pesanan, misalnya definisi yang menyatakan bahawa komunikasi adalah proses pertukaran informasi untuk saling mendapatkan pengertian. (b) Definisi yang tidak menekankan keberhasilan dan tidak menerima pesanan, misalnya definisi yang menyatakan komunikasi adalah proses menyampaikan informasi.

161

Dari berbagai definisi komunikasi yang ada, Sasa Djuarsa Sendjaja dalam bukunya

Pengantar Ilmu Komunikasi

cuba menjelaskan tujuh definisi yang dapat mewakili sudut

pandang dan konteks pengertian komunikasi. Definisi-definisi tersebut antaranya ialah : 1. Komunikasi adalah suatu proses melalui dimana seseorang (komunikator) menyampaikan stimulasi (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang-orang lainnya (khalayak). Definisi ini dikemukakan oleh Hovland, Janis & Kelley (1953). 2. Komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian dan lain-lain. Melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar-gambar, angka-angka dan lain-lain. Komunikasi ini dikemukakan oleh Berelson dan Stainer (1964). 3. Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan siapa, mengatakan apa, dengan saluran apa, kepada siapa? Dengan akibat apa atau hasil apa? Definisi dikemukakan oleh Lasswell (1960). 4. Komunikasi adalah suatu proses yang membuat semula sesuatu yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi milik oleh dua orang atau lebih. Definisi ini dikemukakan oleh Gode (1959). 5. Komunikasi timbul apabila didorong oleh keinginan untuk mengurangi rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego. Definisi ini dikemukakan oleh Barnlund (1964). 6. Komunikasi adalah suatu proses yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lainnya dalam kehidupan. Definisi ini disampaikan oleh Ruesch (1957). 7. Komunikasi adalah seluruh prosedur melalui mana pikiran seseorang dapat mempengaruhi pikiran orang lainnya. Definisi ini dikemukakan oleh Weaver (1949) (Zubair, 2006).

Sementara Riswandi menyimpulkan beberapa ciri-ciri komunikasi berdasarkan berbagai definisi yang dikemukakan oleh para ahli, antaranya ialah : 1. Komunikasi adalah suatu proses, bermaksud komunikasi merupakan rangkaian tindakan atau peristiwa yang terjadi secara berurutan (ada tahap) serta berkaitan satu sama lainnya dalam kurun waktu tertentu.

162

2. Komunikasi adalah suatu upaya yang disengaja serta mempunyai tujuan. Komunikasi adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara sedar, disengaja, serta sesuai dengan tujuan atau keinginan daripada pelakunya. 3. Komunikasi menuntut adalah turut sama dan kerjasama daripada para pelaku yang terlibat kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yang berkomunikasi (dua orang atau lebih) sama-sama ikut terlibat dan sama-sama mempunyai perhatian yang sama terhadap topik pesan yang disampaikan. 4. Komunikasi bersifat simbolis kerana dilakukan dengan menggunakan lambang-lambang. Lambang yang paling umum digunakan dalam komunikasi antara manusia adalah bahasa verbal dalam bentuk kata-kata, kalimat, angka-angka atau tanda-tanda yang lain. 5. Komunikasi bersifat transaksional. Komunikasi pada dasarnya menuntut dua tindakan, iaitu memberi dan menerima. Dua tindakan tersebut tentunya perlu dilakukan secara seimbang atau sekata. 6. Komunikasi menembusi faktor ruang dan waktu. Maksudnya bahawa para pelaku yang terlibat dalam komunikasi tidak harus hadir pada waktu serta tempat yang sama. Dengan adanya berbagai produk teknologi komunikasi seperti telepon, internet, faximili, dan lain-lain, faktor ruang dan waktu tidak lagi menjadi masalah dalam berkomunikasi. (Riswandi, 2006).

Jika dilihat sekilas dari ulasan di atas, kiranya dapat ditarik benang merah bahawa tiap ahli mampu memiliki pandangan beragam dalam mendefinisikan komunikasi. Komunikasi terlihat sebagai kata yang abstrak sehingga memiliki pelbagai maksud. Kenyataannya untuk menetapkan satu definisi tunggal terbukti sulit dan tidak mungkin terutamanya jika melihat pada berbagai idea yang dibawa dalam istilah itu. Ilmu komunikasi merupakan ilmu pengetahuan sosial yang bersifat multidisipliner sehingga definisi komunikasi pun menjadi banyak dan beragam. Masing-masing mempunyai penekanan erti, cakupan, konteks yang berbeza antara satu sama lain, tetapi pada dasarnya berbagai definisi komunikasi yang ada sesungguhnya saling melengkapi dan menyempurnakan sejalan dengan perkembangan ilmu komunikasi itu sendiri.

163

Pengertian komunikasi: Istilah Komunikasi boleh disama ertikan sebagai kata benda (noun), communnication, bermaksud pertukaran simbol, pesan-pesan yang sama dan informasi. Proses pertukaran antara individu melalui sistem simbol-simbol yang sama. Seni untuk mengekspresikan gagasan. Ilmu pengetahuan tentang pengiriman informasi (Stuart, 1983). Komunikasi merupakan keterampilan yang sangat penting dalam kehidupan manusia dimana kita dapat melihat komunikasi dapat terjadi pada setiap gerak langkah manusia.Manusia adalah makhluk sosial yang bergantung antara satu sama lain dan mandiri serta saling berkait dengan orang lain disekelilingnya. Satu-satunya alat untuk dapat berhubung dengan orang lain disekelilingnnya adalah komunikasi baik secara verbal mahupun non verbal (bahasa tubuh dan isyarat yang banyak difahami oleh semua bangsa). Istilah komunikasi berasal dari kata Latin yang bererti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berert ikita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Beberapa definisi komunikasi adalah: Komunikasi adalah kegiatan mengoperasikan lambang yang mengandung erti/makna

yang perlu difahami bersama olehpihak yang terlibat dalam kegiatan komunikasi (Astrid). Komunikasi adalah kegiatan perilaku atau kegiatan penyampaian pesanan atau

informasi tentang fikiran atau perasaan (Roben.J.G). Komunikasi adalah sebagai pemindahan informasi dan pengertian dari satu

orang kepada orang lain (Davis, 1981). Komunikasi adalah berusaha untuk mengadakan persamaan dengan orang lain

(Schram,W) Komunikasi adalah penyampaian dan memahami pesan dari satu orang kepada

orang lain, komunikasi merupakan proses social.

164

Pengertian komunikasi menurut beberapa pakar, komunikasi boleh diertikan : I)William Albig: komunikasi adalah proses penukaran lambang-lambang yang bermaksud diantara individu. (Communication is the prosses of transmitting meoninfull

symbols between individuals buku public opinion).


II)Wilbur Schram: dalam huraiannya How Communication Work mengatakan bahawa komunikasi berasal daripada bahasa Latin, iaitu kata communio atau common. Apabila kita mengadakan komunikasi itu bermaksud menyampaikan informasi, agar penerima atau pun pengirim memahami pesanan tertentu. (Communication comes from

latin, communio = common when we communication are the sender tuned together for a particular message). Jadi, sesi komunikasi ini melibatkan penerima dan pengirim.
III)Onong Uchyana Effendy: dalam buku komunikasi, teori dan praktik mengatakan, komunikasi hakikatnya adalah proses penyimpanan fikiran atau perasaan oleh komunikator kepada komunikan. IV)Bennard Berelson dan Gary A. Steinner (1964:527) mendefinisikan komunikasi:

Communication: the transmission of information, ideas, emotions, skills, etc. by the uses of symbol (komunikasi adalah perubahan informasi, gagasan, emosi,
keterampilan dan sebagainya. Tindakan atau proses transformasi itulah yang biasanya disebut komunikasi). Daripada beberapa pengertian di atas ada dua nilai: 1. Informasi, berupa lambang, gambaran - jadi stimulans. 2. Persuasy, adalah proses pemindahan untuk mencapai satu sasaran. Secara ontologisnya kebenaran yang mutlak, komunikasi adalah perhubungan atau proses pemindahan maksud, nilai, pesan melalui media atau lambang-lambang melalui bahasa lisan, tulisan ataupun isyarat. Secara aksiologisnya, komunikasi adalah proses pemindahan pesan dari komunikator kepada komunikan.

165

Komunikator (stimulus), memberikan rangsangan kepada komunikan. Sikap, idea, pemahaman, suatu pesan dapat difahami melalui komunikator dan komunikan. Secara epictomologisnya, komunikasi bertujuan mengubah tingkah laku, mengubah tahap pemikiran, atau sikap orang lain. Kerjasama amat penting mencapai idea yang sama demi satu tujuan yang sama. Paradigma Lasswell (Haroid D. Laswell) Komunikasi boleh difahami dengan menjawab pertanyaan:

Who says what in which channel you whom with what effect ?

Siapa (mengatakan? komunikator, pengirim atau sumber). Apa (message: pesanan, idea, gagasan). Dengan saluran mana? (media massa dan saranan). Kepada siapa (komunikan, penerima, alamat). Dengan hasil/impak apa? (kesan daripada hasil komunikasi).

Komunikasi merupakan seni penyampaian informasi (peranan, message, idea,sikap atau gagasan) dari komunikator untuk merubah serta permohonan yang dikehendaki komunikator. Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi Komunikasi sering mengalami beberapa gangguan sehingga proses komunikasi tidak seperti yang diharapkan. Banyak hal yang dapat mempengaruhi komunikasi diantaranya ialah latar belakang budaya, ikatan kelompok atau kumpulan, harapan, pendidikan dan situasi.

i)Latar Belakang Budaya Menginterpretasikan suatu pesan akan terbentuk daripada tahap pemikiran seseorang melalui kebiasaannya, sehingga semakin sama latar belakang budaya antara komunikator dengan komunikan maka komunikasi semakin efektif dan cekap.

166

ii)Ikatan Kelompok atau Group Nilai-nilai yang dianuti oleh suatu kelompok atau kumpulan amat mempengaruhi cara menerima pesanan. iii)Harapan Harapan mempengaruhi penerimaan pesanan sehingga dapat menerima mesej sesuai dengan yang diharapkan. iv)Pendidikan Semakin tinggi pendidikan, semakin kompleks sudut pandangan dalam memahami isi pesanan yang disampaikan. v)Situasi Perilaku manusia dipengaruhi oleh sekeliling ataupun situasi. Faktor situasi ini adalah faktor ekologi (iklim atau kondisi alam), faktor rancangan dan arsitektural (penggunaan ruang), seperti keadaan emosi, suasana perilaku, contohnya cara berpakaian dan cara berbicara, teknologi, faktor sosial, mencakupi sistem peran, struktur sosial dan karakteristik sosial individu, lingkungan psikososial iaitu persepsi seseorang terhadap sekelilingnya dan stimulasi yang mendorong dan memperteguhkan perilaku seseorang.

31.0 : Proses komunikasi Proses komunikasi adalah bagaimana komunikator menyampaikan pesanan kepada

komunikannya, sehingga dapat menciptakan suatu persamaan makna antara komunikan dengan komunikatornya. Proses komunikasi ini bertujuan untuk menciptakan komunikasi yang efektif (sesuai dengan tujuan komunikasi pada umumnya). Proses komunikasi, banyak melalui perkembangan. Proses komunikasi dapat diwujudkan atau terjadi apabila ada interaksi antara manusia dan penyampaian pesanan untuk mewujudkan objektif komunikasi. 167

Tahap proses komunikasi adalah seperti penginterpretasian, penghantaran, pengiriman, perjalanan, penerimaan, penghantaran balik dan penginterpretasian. i)Penginterprestasian Hal yang diinterpretasikan adalah motif komunikasi, terjadi dalam diri komunikator. Bermaksud proses komunikasi tahap pertama bermula sejak motif komunikasi muncul hingga pemikiran komunikator berhasil menginterpretasikan apa yang difikirkannya dan dirasakan ke dalam pesan (masih abstrak). Proses penterjemahan objektif komunikasi ke dalam pesan disebut (interpreting). ii)Penghantaran Tahap ini masih ada dalam komunikator daripada pesan yang bersifat abstrak berhasil diwujudkan oleh akal budi manusia ke dalam lambang komunikasi. Tahap ini disebut encoding, akal budi manusia berfungsi sebagai encorder, alat penyendi: merubah pesan abstrak menjadi konkrit. iii)Pengiriman Proses ini terjadi ketika komunikator melakukan tindakan komunikasi, mengirim lambang komunikasi dengan peralatan tertentu yang disebut transmitter, alat pengirim pesan.

iv)Perjalanan Tahapan ini terjadi antara komunikator dan komunikan, sejak daripada pesanan dikirim hinggalah pesanan diterima oleh komunikan. v)Penerimaan Tahap ini diperoleh dengan menerima lambang komunikasi melalui peralatan jasmani komunikan.

168

vi)Penghantaran Balik Tahap ini terjadi pada diri komunikan sejak lambang komunikasi diterima melalui peralatan yang berfungsi sebagai penerima (receiver) hingga akal fikirannya berhasil menguraikannya

(decoding).
vii)Penginterpretasian Tahap ini terjadi pada komunikan, dimana lambang komunikasi yang terhasil dan dihuraikan ke dalam bentuk pesanan. Proses komunikasi dapat dilihat pada skema di bawah ini:

Proses komunikasi dapat dilihat dari beberapa perspektif antaranya ialah :

169

1. Perspektif psikologi. 2. Perspektif mekanikal. Perspektif Psikologi Perspektif ini merupakan tahap komunikator melalui proses encoding, kemudian hasil encoding diubah kepada komunikan sehingga terjadi komunikasi interpersonal. Perspektif Mekanikal Perspektif ini merupakan bahagian dimana komunikator mengubah pesanan kepada bahasa verbal atau non verbal. Model Komunikasi Aristoteles Aristoteles menerangkan tentang model komunikasi dalam bukunya Rhetorica, bahawa setiap komunikasi akan berjalan atau terjadi jika terdapat 3 unsur utama : 1. Pembicara, iaitu orang yang menyampaikan pesan 2. Apa yang akan dibicarakan (topik yang dibicarakan) 3. Penerima, orang yang menerima pesan tersebut. Model Komunikasi David K.Berlo Dalam model komunikasi David K.Berlo, diketahui bahawa komunikasi terdiri daripada 4 Proses Utama iaitu SMRC (Source, Message, Channel, dan Receiver) kemudian ditambah 3 Proses sekunder, iaitu Feedback, Efek, dan Lingkungan. 1. Source (Sumber), Sumber adalah seseorang yang memberikan pesan atau dalam komunikasi dapat disebut sebagai komunikator. Walaupun sumber biasanya melibatkan individu, namun dalam hal ini sumber juga melibatkan banyak individu. Misalnya, dalam organisasi,parti, atau lembaga tertentu. Sumber juga sering dikatakan sebagai source,

sender, atau encoder.


2. Message (Pesan), pesan adalah isi atau intipati daripada komunikasi yang memiliki nilai dan disampaikan oleh seseorang (komunikator). Pesanan yang bersifat menghibur, informatif, edukatif, persuasif, dan juga bersifat propaganda. Pesanan disampaikan melalui 170

2 cara, iaitu Verbal dan Nonverbal. Selain itu, melalui tatap muka atau melalui sebuah media komunikasi. Pesanan boleh dikatakan sebagai Message, Content, atau Information 3. Channel (Media dan saluran komunikasi), Sebuah saluran komunikasi terdiri atas 3 bagian. Lisan, Tertulis, dan Elektronik. Media disini adalah sebuah alat untuk mengirimkan pesanan tersebut. Misal secara personal (komunikasi interpersonal), maka media komunikasi yang digunakan adalah pancaindra atau boleh digunakn melalui media telefon, telegram, telefon bimbit yang bersifat peribadi. Sedangkan komunikasi yang bersifat massa (media massa), dapat menggunakan media cetak (suratkabar, majalah, dan lain-lain) , dan media elektornik (TV, Radio). Untuk Internet, termasuk media yang fleksibel, kerana bersifat peribadi dan boleh bersifat massa. Kerana, internet menrangkupi segalanya. Jika anda membuka www.kuliahkomunikasi.com < maka media ini bersifat massal, namun jika anda chat melalui yahoo messenger, maka media ini bersifat interpersonal, dan jika anda menuliskan Blog (blogging atau menulis diari), media ini boleh berubah menjadi media yang bersifat Intrapersonal (kepada diri sendiri). 4. Receiver (Penerima Pesan), Penerima adalah orang yang mendapatkan pesanan dari komunikator melalui media. Penerima adalah elemen yang penting dalam menjalankan sebuah proses komunikasi. Kerana, penerima menjadi sasaran daripada komunikasi tersebut. Penerima dapat juga disebut sebagai orang ramai, khalayak, masyarakat, dan sebagainya. Komunikasi ini terbahagi kepada beberapa proses, iaitu terdiri daripada : 1. Proses komunikasi primer. 2. Proses komunikasi sekunder. 3. Proses komunikasi linear. 4. Proses komunikasi sekular.

171

i)Proses Komunikasi Primer Proses komunikasi primer adalah penyampaian buah fikiran oleh komunikator kepada komunikan dengan menggunakan lambang sebagai media. Proses komunikasi secara primer adalah proses penyampaian fikiran dan atau perasaan seseorang kepada orang lain dengan menggunakan lambang (symbol) sebagai media. Lambang sebagai media primer dalam proses komunikasi adalah pesan verbal (bahasa), dan pesan nonverbal (kial/gesture, isyarat, gambar, warna, dan lain sebagainya) yang secara langsung dapat atau mampu menterjemahkan fikiran dan atau perasaan komunikator kepada komunikan. Dalam hal ini, komunikasi berlangsung apabila terjadi kesamaan makna dalam pesan yang diterima oleh komunikan. Dengan kata lain, komunikasi adalah proses membuat pesan yang sehala bagi komunikator dan komunikan. Prosesnya, sebagai berikut pertama komunikator menyampai pesan yang akan disampaikan kepada komunikan. Ini bererti komunikator menformulasikan fikiran dan atau perasaanya ke dalam lambang (bahasa) yang akan difahami oleh komunikan. Kemudian giliran komunikan untuk menterjemahkan (decode) pesan dari komunikator. Ini bererti mentafsirkan lambang yang mengadungi fikiran atau perasaan komunikator tadi dalam konteks pengertian. Yang penting dalam proses penyandian ( coding) adalah komunikator dapat menyandi dan komunikan dapat menterjemahkan sandi tersebut (terdapat kesamaaan makna). ii)Proses Komunikasi Sekunder Proses komunikan secara sekunder adalah proses penyampaian pesan leh komunikator kepada komunikan dengan menggunakan alat sebagai bahan media kedua setelah memakai lambang sebagai media pertama. Seorang komunikator menggunakan media ke dua dalam menyampaikan komunikasi kerana komunikasi sebagai sasaran berada di tempat yang relatif jauh atau jumlahnya banyak. Surat, telefon, surat akhbar, majalah, radio, televisyen, dan sebagainya adalah media kedua yang sering digunakan dalam komunikasi. Proses komunikasi secara sekunder itu menggunakan media yang dapat diklasifikasikan sebagai media massa ( surat akhbar, televisyen, radio dan sebagainya).

172

iii)Proses Komunikasi Linear Penyampaian pesan dari komunikator kepada komunikan sebagai titik terminal. Istilah linear mengandung makna lurus. Jadi poses linear bererti perjalanan dari satu titik ke titik lain secara lurus. Dalam konteks komunikasi, proses linear adalah proses penyampaian pesan oleh komunikator kepada komunikan sebagai titik terminal. Komunikasi linear ini berlangsung baik dalam situasi komunikasi tatap muka (face to face communication) mahupun dalam situasi komunikasi bermedia (mediated communication). Proses komunikasi secara linear umumnya berlangsung pada komunikasi bermedia, kecuali komunikasi melalui telefon. Komunikasi melalui telefon hampir tidak pernah berlangsung secara linear, melainkan dialognya, tanya jawab dalam bentuk percakapan. Linear bermaksud lurus, dengan itu proses linear dalam konteks komunikasi adalah proses secara linear adalah proses penyampaian pesan oleh komunikator kepada komunikan sebagai titik terminal. Komunikasi linear berlangsung baik dalam situasi menatap muka mahupun dalam situasi bermedia, namun komunikasi secara linear umumnya berlangsung pada komunikasi melalui media komunikasi kecuali melalui telefon kerana telefon hanya tanya jawab dalam bentuk pertanyaan. iv)Proses Komunikasi Sekular Terjadinya feedback atau kesan/impak balik daripada komunikan ke komunikator. Komunikasi bersifat dinamik, proses komunikasi bermanfaat untuk analisis, proses

komunikasi dapat terhenti setiap saat, pesan komunikasi tidak harus diterima dan tindak komunikasi merupakan indikator komunikasi. Secara harfiahnya, sirkular bemaksud bulat atau lingkaran. Dalam konteks komunikasi yang dimaksudkan dengan proses secara sirkular itu adalah terjadinya kesan langsung atau umpan balik yang terjadi diantara komunikan ke komunikator. Oleh sebab itu, adakalanya kesan tersebut adalah respon atau anggapan komunikan terhadap pesan yang ia terima dari komunikator.

173

Konsep umpan balik ini dalam proses komunikasi amat penting karena dengan terjadinya umpan balik komunikator mengetahui apakah komunikasinya itu berhasil atau gagal, nilai positif ia patut gembira, sebaliknya jika negatif menjadi permasalahan, sehingga ia harus mengulang lagi dengan perbaikan gaya komunikasinya lagi sampai menimbulkan umpan balik postif. Kesimpulan adanya proses komunikasi: 1. Komunikasi bersifat dinamis. 2. Tahapan proses komunikasi bermanfaat untuk analisis. 3. Proses komunikasi dapat terhenti setiap saat. 4. Pesan komunikasi tidak harus diterima. 5. Tindak komunikasi merupakan indikasi komunikasi.

32.0 Komponen komunikasi Komponen komunikasi massa pada dasarnya sama dengan komponen komunikasi secara umum. Komponen komunikasi secara umum diungkapkan oleh Harold D. Lasswell dalam definisi yang diungkapkannya; who-says

what in which channel-to whom-with what

effect. Komponen komunikasi massa pun secara tersurat diungkapkan oleh De Vito ketika
mendefinisikan komunikasi komunikasi massa dapat didefinisikan dengan menumpukan perhatian pada lima variable yang terkandung dalam setiap tindak komunikasi dan memperlihatkan bagaimana komponen-komponen ini bekerja pada media massa. Sumber atau komunikator massa adalah suatu organisasi kompleks yang mengeluarkan biaya besar untuk menyusun dan mengirimkan pesan. Audiens adalah khalayak dalam jumlah yang tidak terduga atau sangat banyak. Pesan merupakan milik umum yang disampaikan secara cepat. Proses antara dua arah (melalui seleksi) dan satu arah. Konteks iaitu bahawa komunikasi massa berlangsung dalam suatu konteks sosial, terjadi hubungan antara komunikasi. Merujuk pada beberapa definisi di atas setidaknya terdapat beberapa komponen untuk komunikasi massa iaitu; komunikator, isi, khalayak (audience), umpan balik, gangguan, (saluran dan semantik), pengatur, tapis, dan efek. Komponen komunikasi massa yang diungkapkan oleh

174

para ilmuwan komunikasi secara substantif memiliki kesamaan, hanya terdapat komponen tambahan yang tidak terlalu signifikan dalam proses komunikasi massa. Di samping itu untuk menghindari kebingungan istilah, komponen komunikasi kadang diistilahkan secara berbeza misalnya untuk komunikator diistilahkan juga sebagai sumber (source), encoder. Beberapa istilah untuk komunikator tersebut kadang penggunaannya dapat secara terpisah atau untuk menyebutkan hal yang sama iaitu komunikator. Istilah penerima pesan diistilahkan juga sebagai audience, komunikan, pendengar, penonton atau pembaca. Sementara saluran dapat berupa televisyen, radio, surat kabar, buku, film, kaset/ CD, atau internet. Isi merupakan pesan transaksional antara media dan masyarakat. Komponen komunikasi hampir sama dengan unsur-unsur komunikasi iaitu: 1. Komponen komunikan. 2. Komponen komunikator. 3. Komponen pesan. 4. Komponen timbal balik. i)Komponen Komunikan Seseorang dapat menerima pesanan apabila pesanan berada dalam keadaan dimana

komunikasi benar-benar difahami oleh penerima pesan, pengambilan keputusan dilakukan secara sedar untuk mencapai tujuan, pengambilan keputusan dilakukan secara sedar untuk kepentingan peribadinya dan mampu memikirkan kebaikan secara mental atau fizik. ii)Komponen Komunikator Komunikasi dapat berjalan dengan lebih efektif apabila wujudnya kepercayaaan dalam diri komunikator (self credibility) dan kepercayaan kepada komunikator mencerminkan pesan yang diterima komunikan dianggap benar serta sesuai kenyataan dan daya tarik komunikator (source

attractiviness).
Komunikator dalam komunikasi massa meliputi jaringan yang terdiri dari berbagai komponen di dalamnya; Pimpinan redaksi, editor, penulis, pembaca berita, copywriter. Komunikator dalam hal ini tergantung dari institusi media apakah elektronik atau cetak. Dengan demikian

175

komunikator dalam komunikasi massa bukan individu tetapi sekumpulan orang yang bekerja sama satu sama lain. Kumpulan individu tersebut dapat berupa organisasi, lembaga, institusi atau jaringan media. Apa yang dilakukan oleh komunikator dalam komunikasi massa diatas nama lembaga bukan atas nama individu. iii)Komponen Pesan Pesanan adalah nasihat, bimbingan, dorongan, informasi dan lain-lain. Pesanan dapat

disampaikan secara lisan atau non verbal. Setiap institusi media memiliki hak khas masing-masing dalam mengelola isi medianya. Isi media yang disajikan menyangkut individu dan kelompok sosial. Bagi Hiebert, isi media setidak-tidaknya bisa dibagi ke dalam lima kategori; a. berita dan informasi; b. analisis dan interpretasi; c. pendidikan dan sosialisasi; d. hubungan masyarakat dan persuasi; e. iklan dan bentuk penjualan lain dan f. hiburan. Sementara kod berkaitan dengan simbol yang digunakan untuk menyampaikan isi media tersebut (pesan komunikasi). Kod dapat berupa tulisan, kata-kata lisan, foto, muzik, filem, gambar karikatur. iv) Respon Merupakan respon yang diberikan oleh komunikan terhadap pesanan yang diterimanya.Timbal balik dapat digunakan untuk mengukur kebesaran informasi yang diterima dibandingkan dengan yang diterima.

Unsur komunikasi Komunikasi merupakan aspek yang tidak boeh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Komunikasi yang baik tentunya akan menciptakan hubungan yang harmonis antara sesama. Keberhasilan komunikasi ini bila ditinjau dari segi keilmuan, maka dapat ditelaah berdasarkan unrsur-unsur yang ada di dalamnya, iaitu komunikator, pesan, media, komunikan, dan umpan balik. Kelima unsur yang merupakan hasil kajian Harold Laswell ini saling berkaitan dan mempengaruhi. Unsur komunikasi tersebut antara lain ialah :

176

A. Source (sumber) dan receiver Sumber biasa disebut dengan pengirim ataupun komunikator ini mempunyai peranan sebagai subjek atau pelaku utama bagi adanya jalinan komunikasi. Seorang komunikator yang baik tentunya harus mempunyai sifat yang mampu menunjang jalannya komunikasi. Sifat tersebut antara lain : Pengenalan diri sendiri Kepercayaan (credibility) Daya tarik (attractive) Kekuatan (power)

Sedangkan hal yang diinginkan oleh sumber dan penerima agar tercipta komunikasi yang baik diantara keduanya adalah : Keterampilan berkomunikasi Keterampilan ini termasuk didalamnya adalah keterampilan berbicara, menulis, mendengar, membaca dan bernalar. Perwatakan Sikap sangat berperanan penting dalam proses komunikasi kerana sikap ini mampu menghantarkan informasi sesuai dengan yang diinginkan. Apabila sikap terhadap diri sendiri terhadap orang lain buruk (misalnya sombong) maka yang terjadi adalah pesan penting yang seharusnya diterima oleh penerima tidak sepenuhnya diterima kerana pergeseran nilai kepentingan ataupun yang lainnya. Dalam hubungannya dengan kegiatan komunikasi yang melibatkan manusia-manusia sebagai sasarannya pada diri komunikator harus ada 3 sikap iaitu : 1. Reseptif Iaitu bersedia menerima gagasan orang lain baik dari pimpinan mahupun bawahan. Selektif iaitu dalam menerima pesan dari orang lain ia harus bersikap selektif. Digestif Iaitu kemampuan komunikator dalam merencanakan gagasan atau informasi dari orang lain sebagai bahan pesan yang akan ia komunikasikan. Komunikator harus bersikap asimilatif Iaitu kemampuan komunikator dalam merealisasikan gagasan atau informasi

177

secara sistematik dan mengembangkannya hingga menjadi suatu konsep sebagai bahan untuk dikomunikasikan kembali. 2. Tahap pengetahuan Tingkat pendidikan diantara keduanya (antara source dan receiver) juga sangat penting. Semakin jauh keserasian pendidikan antara sumber dan penerima maka semakin sukar untuk melakukan proses komunikasi. 3. Kedudukan sistem sosial Perbezaan tingkat sosial dalam masyarakat antara penerima dan sumber juga sering menjadi penyebab dalam proses komunikasi. Dalam bermasyarakat biasa terjadi komunikasi yang lebih intens antara perseorangan yang memiliki tingkat sosial yang sama. Jikapun sudah berbeza maka boleh menyebabkan komunikasi kurang selesa berjalan dengan lancar.

B. Mesej(pesan) 1. Kod pesan Membicarakan pesan (message) dalam proses komunikasi, kita tidak boleh melepaskan diri dari apa yang disebut kod pesan. Manusia mampu menciptakan simbol-simbol dan memberi maksud pada gejala-gejala alam yang ada di sekitarnya, sementara haiwan hanya mampu mengendalikan bunyi dan bau secara terbatas. Kemampuan manusia menciptakan simbol dari yang sederhana seperti bunyi dan isyarat sampai kepada simbol yang dimodifikasi dalam bentuk silau dan cahaya sehingga tercipta televisyen, radio membuktikan bahawa manusia memiliki kebudayaan yang tinggi.

2. Isi pesan Isi pesan yang baik harus sesuai dengan tujuan komunikator. Berdasarkan tujuan komunikasi isi pesan terdiri dari informatif iaitu komunikasi ditujukan pada perluasan wawasan dan kesedaran khalayak, sedangkan prosesnya lebih banyak bersifat penerapan atau penyebaran, sederhana dan jelas. Sedangkan tujuan komunikasi yang bersifat persuasif adalah mengubah persepsi, sikap dan pendapat orang lain. Komunikasi juga ada yang tujuannya adalah 178

menghibur, ertinya bahawa komunikator mencuba menghibur komunikan. Isi pesan yang baik adalah memiliki kejelasan maksud sehingga tidak membingungkan penerima pesan. 3. Perlakuan pesan Pesan juga membolehkan perlakuan untuk lebih menekankan nilai dari informasi yang diberikan sehingga penerima juga mempunyai kefahaman yang sama atas pentingnya pesan. Perlakuan pesan boleh dengan menggunakan data pendukung berupa gambar-gambar dan angkaangka.Pesan yang disampaikan harus tepat, pesan yang mengena harus memenuhi syaratsyarat sebagai berikut: 1. Umum Berisikan hal-hal umum difahami oleh khalayak atau komunikasi bukan terkait masalah-masalah yang hanya difahami oleh seseorang atau kelompok tertentu.

2. Jelas dan terang Pesan harus jelas dan tidak boleh samar-samar agar tidak terjadi kesalahfahaman atau penyimpangan maksud dari komunikasi. 3. Bahasa yang jelas Seboleh mungkin menghindari penggunaan istilah yang tidak difahami oleh penonton. Sebaiknya menggunakan bahasa asli setempat untuk mempermudah proses komunikasi. 4. Positif Secara azalinya manusia selalu tidak ingin mendengar dan melihat hal-hal yang tidak menyenangkan dirinya. Oleh sebab itu setiap pesan agar diusahakan atau diutarakan dalam bentuk positif. 5. Seimbang Pesan yang disampaikan hendaklah tidak ekstrem dan selalu menentang baik dan buruk kerana hal ini cenderung ditlak atau tidak diterima oleh komunikan. Sebaiknya pesan ini dirumuskan

179

seimbang, iaitu dengan tidak meletakkan kelemahan yang ada, disamping menonjolkan keberhasilan. 6. Penyesuaian dengan keinginan komunikasi Orang-orang yang menjadi sasaran atau komunikasi yang kita lancarkan selalu mempunyai keinginan atau kepentingan tertentu. Dengan hal ini komunikator dapat menyesuaikan dengan keadaan waktu dan tempat. C. Channel (media) Media adalah saluran penyampaian pesan, biasanya juga disebut dengan media adalah alat atau saranan yang digunakan untuk menyampaikan pesan dari komunikator kepada khalayak. Menurut para pakar psikologi, media yang paling dominan dalam berkomunikasi adalah mata dan telinga. Sedangkan pertimbangan yang harus dilakukan untuk pemilihan media adalah Media yang tersedia adalah media yang paling banyak digunakan oleh komunikan. Media yang paling banyak digunakan kemungkinan besar diakses oleh komunikan yang banyak sehingga media yang banyak digunakan tersebut Media yang paling banyak memberikan pengaruh. Media yang paling sesuai dengan isi pesan. Media yang paling sesuai dengan dana yang dimiliki

D. Efek Efek adalah hasil akhir suatu komunikasi yaitu sikap dan tingkah laku orang, sesuai atau tidak sesuai dengan yang kita inginkan. Apabila sikap dan tingkah laku orang lain itu sesuai maka itu bererti komunikasi berhasil, demikian pula sebaliknya. Efek ini sesungguhnya dapat dilihat dari pendapat sendiri, pendapat orang ramai dan pendapat majoriti. 1. Pendapat persendirian Pendapat peribadi, hal ini dapat merupakan akibat atau hasil yang diperoleh dari komunikasi. Pendapat persendirian adalah sikap dan pendapat seseorang terhadap suatu masalah tertentu.

180

2. Pendapat orang ramai Sering kita ertikan sebagai pendapat umum. Pengertiannya adalah penilaian sosial mengenai sesuatu hal yang sedar dan rasional. 3. Pendapat majoriti Pendapat bahagian terbesar dari publik atau masyarakat. Jika kita berbicara tentang pendapat maka kita sering mendengar pendapat ketua. Pendapat ketua adalah orang yang secara informal membimbing dan mengarahkan suatu pendapat tertentu kepada masyarakat. Pendapat ketua merupakan tempat bertanya. Efek inilah yang memicu adanya umpan balik dari komunikan. Komunikan yang sedianya menjadi receiver berubah status menjadi komunikator sehingga terjalin komunikasi dua arah. Jadi, umpan balik (feedback) merupakan satu-satunya elemen yang dapat menilai apakah komunikasi yang telah berlangsung berhasil atau gagal. Keberlangsungan komunikasi yang dibangun sebelumnya ditentukan oleh umpan balik sebagai bentuk penilaian . Komunikasi telah didefinisikan sebagai usaha penyampaian pesanan antara manusia, sehingga terjadinya proses komunikasi minima yang terdiri daripada 3 unsur iaitu pengirim pesanan (komunikator), penerima pesann (komunikan) dan pesanan itu sendiri. Awal tahun 1960-an, David K. Berlo membuat formula komunikasi yang lebih sederhana yang dikenal dengan SMCR, yaitu: Source (pengirim), Message (pesan), Channel (saluran-media) dan Receiver (penerima). i)Komunikator Pengirim pesan merupakan tokoh utama yang memiliki peran terpenting dalam proses komunikasi. Komunikator dapat berupa perseorangan, kelompok, ataupun massa. Dialah yang mempunyai suatu pesan untuk disampaikan pada komunikan. Dalam penyampaiannya, seorang komunikator haruslah percaya diri dan mempunyai attitude yang baik dimana sikap ini mampu menghantarkan informasi sesuai keinginan. Karena apabila dalam penyampaian pesan sikap kita tidak baik, katakanlah sombong, maka pesan penting yang seharusnya sampai pada komunikan malah tidak sepenuhnya sampai akibat sikap kita tersebut. Komunikator juga harus 181 dan berarti atas dasar pertukaran pikiran yang dilakukan individu secara

memiliki sikap reseptif yang disampaikannya.

bersedia menerima gagasan terhadap pesan yang telah

Pengirim pesan (komunikator) adalah manusia yang berinisiatif menyampaikan pesanan untuk mewujudkan objektif komunikasinya. Komunikator dapat dilihat dari jumlahnya yang terdiri dari seorang, banyak orang dan massa.

Unsur komunikasi komunikator

182

ii)Komunikan Komunikan merupakan seseorang yang mendapatkan suatu pesan. Komunikan juga dapat berupa perorangan, kelompok, ataupun massa. Dapat dikatakan bahawa komunikator dapat menjadi komunikan, dan sebaliknya komunikan dapat menjadi komunikator. Komunikan (penerima pesan) adalah manusia yang berakal budi, kepada siapa pesan komunikator ditujukan. Peranan antara komunikator dan komunikan bersifat dinamik, dan saling bekerjasama. Jika dilihat dari jumlah komunikator dan komunikan, proses komunikasi dapat menghasilkan sembilan kemungkinan. Proses komunikasi

183

iii)Pesanan Pesan adalah apa yang disampaikan oleh komunikator kepada komunikan. Suatu pesan biasanya dikupas secara panjang lebar dalam pelbagai segi. Penyampaian pesan dapat berupa lisan, face to face, atau melalui media. Bentuk pesan terdiri dari 3 macam, iaitu :

a. Informatif Pesan yang seperti ini berisi informasi, fakta-fakta, kemudian komunikan mengambil keputusan. Biasanya pesan yang seperti ini lebih bisa diterima oleh para komunikan.

b. Persuatif Pesan ini berisi bujukan. Misalkan saja sebuah iklan sabun di televisyen yang mengajak para penonton untuk menggunakan sabun tersebut.

c. Koersif Jika pesan yang satu ini berisi pesan yang bersifat memaksa dengan saksi bila tidak melaksanakan. Contohnya iaitu peraturan seorang bos terhadap bawahannya.

Pesanan bersifat abstrak. Pesanan bersifat konkrit dan dapat berupa suara, mimik, gerak-gerik, bahasa lisan, dan bahasa tulisan. Pesanan bersifat verbal (verbal communication) antara lain ialah oral (komunikasi yang dijalin secara verbal (lisan) dan written (komunikasi yang dijalin secara tulisan).

184

Pesanan bersifat non verbal (non verbal communication) iaitu: 1. Gestural communication (menggunakan sendi-sendi - bidang kerahsiaan)

iii)Saluran Komunikasi dan Media Komunikasi Media merupakan alat untuk menyampaikan pesan dari komunikator ke komunikan baik secara langsung ataupun tidak langsung. Menurut para pakar psikologi, media yang paling dominan dalam berkomunikasi adalah mata dan telinga. Saluran komunikasi merupakan alat yang digunakan untuk memindahkan pesan daripada sumber kepada penerima. Terdapat dua cara iaitu Non mediated communication (face to face), secara langsung dan dengan media.

185

186

iv) Kesan Komunikasi Kesan adalah hasil akhir suatu komunikasi iaitu sikap dan tingkah laku orang, sesuai atau tidak dengan yang kita inginkan. Apabila sikap dan tingkah orang lain itu sesuai, maka komunikasi itu berhasil, demikian pula sebaliknya. Kesan ini dapat dilihat dari pendapat peribadi, pendapat orang ramai, dan pendapat masyarakat. Dari kesan inilah yang nantinya akan memicu adanya umpan balik dari komunikan. Dan umpan balik inilah yang dapat menentukan bahwasanya suatu komunikasi dapat berhasil atau tidak. Kesan komunikasi boleh diertikan sebagai pengaruh yang ditimbulkan pesan komunikator dalam diri komunikannya. Terdapat tiga pengaruh dalam diri komunikan iaitu Kognitif (seseorang menjadi tahu sesuatu), efektif (sikap seseorang terbentuk) dan Kognitif (tingkah laku, hal yang membuat seseorang bertindak melakukan sesuatu). Kesan dari pengirim, misalnya mesej yang akan disampaikan belum jelas bagi dirinya atau pengirim, hal ini dipengaruhi oleh perasaan atau situasi emosi.Kesan dalam simbol, Hal ini dapat terjadi kerana bahasa yang digunakan tidak jelas sehingga mempunyai makna lebih dari satu, simbol yang digunakan antara si pengirim dan penerima tidak sama atau bahasa yang digunakan terlalu sulit. Impak dari media, adalah kesan yang terjadi dalam penggunaan mediakomunikasi, misalnya gangguan suara radio dan aliran listrik sehingga tidak dapat mendengar mesej yang ingin disampaikan. Kesan dari penerima pesanan, misalnya kurangnya perhatian pada saat menerima / mendengar pesanan, sikap salah faham yang keliru dan tidakmendapatkan informasi lebih lanjut. Kesan dalam tepat waktu atau tidak jelas dan sebagainya. Kesan fizikal dapat mengganggu komunikasi yang efektif, keadaan gangguan alat komunikasi, dan lain-lain, misalnya: gangguan kesihatan, gangguan alat komunikasi dan sebagainya. v) Timbal Balik Timbal balik merupakan tanggapan penerima terhadap kesan yang diterima dari pengirim. Timbal balik dapat berupa tanggapan verbal atau nonverbal. Dipandang dan efektivatis komunikasi dan akibat komunikasi pada penerima, timbal balik dapat negatif dan 187 memberikan respon. Respon yang diberikan tidak menggambarkan apa yang sebenarnya tetapi memberikan interpretatif, tidak

positif. Timbal balik negatif adalah umpan batik yang menunjukkan bahawa penerima pesan tidak dapat menerima dengan baik pesan yang diterimanya. Timbal balik negatif dapat benar, Respon bermakna peranan. jawapan komunikan atas pesanan komunikator yang disampaikan saling bertukar

kepadanya. Pada komunikasi yang dinamik, komunikator dan komunikan

188

33.0 : Definisi KAP Komunikasi antarpribadi (interpersonal communication) adalah komunikasi antara individuindividu (Littlejohn, 1999). KAP dapat didefinisikan menurut dua jenis perspektif iaitu komponen dan proses

perkembangan. a) Komponen: Menurut model komunikasi Harold Lasswell , komponen-komponen yang terlibat dalam KAP adalah seperti berikut: 1. Pengirim-Penerima KAP melibatkan minima dua orang dalam sesuatu situasi. Istilah pengirim-penerima digunakan bagi menekankan bahawa fungsi pengirim dan penerima ini adalah dilakukan oleh orang yang terlibat dalam komunikasi tersebut. Hal ini sedemikian bagi menegaskan bahawa proses KAP tidak berlaku pada diri sendiri (intrapersonal), komunikasi ini berlaku dalam kalangan manusia, bukan haiwan, mesin, gambar atau sebagainya dan komunikasi ini terjadi antara dua orang atau sekelompok manusia. 2. Encoding-Decoding

Encoding adalah tindakan meninggalkan sesuatu mesej, di mana mesej tersebut disampaikan
dalam bentuk kod atau diformulasikan terlebih dahulu dengan menggunakan simbol, kata-kata dan sebagainya.

Decoding adalah tindakan menginterpretasikan dan memahami mesej yang diterima.


Dalam komunikasi antarpribadi, pengirim juga berperanan sebagai penerima secara tidak langsung maka encoding dilakukan oleh setiap orang yang terlibat dalam situasi tersebut. 3. Mesej Mesej terbahagi kepada verbal dan non-verbal atau gabungan verbal dan non-verbal. 189

4. Saluran Pada kebiasaannya, para pelaku bertemu secara tatap muka. 5. Gangguan (noise) Dalam KAP, gangguan mencakupi tiga aspek iaitu: i) Gangguan fizikal seperti pergaduhan dan interupsi. ii) Gangguan psikologi seperti emosi, sikap, nilai atau status pelaku. iii) Gangguan semantik iaitu penerima gagal memahami mesej pengirim disebabkan oleh katakata atau simbol yang digunakan mempunyai makna berganda. 6. Maklum balas atau respon Komponen ini memainkan peranan penting kerana dalam proses KAP, pengirim dan penerima bersilih ganti memberi respon sama ada secara verbal (pertanyaan atau jawapan) atau nonverbal (senyuman, anggukan, gelengan kepala). 7. Konteks Konteks terbahagi kepada tiga jenis dimensi iaitu: i)Dimensi fizikal iaitu tempat komunikasi berlangsung. ii)Dimensi psikologi iaitu status hubungan pelaku-pelaku yang terlibat dalam komunikasi tersebut, seperti keakraban, norma, nilai budaya, dan formaliti. iii)Dimensi temporal iaitu terdapat sesutau mesej khusus yang sesuai dengan rangkaian peristiwa komunikasi. Ketiga-tiga jenis dimensi konteks ini adalah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Misalnya, suhu di sesebuah tempat semakin panas (perubahan dimensi fizikal) membuat pelaku di tempat tersebut menjadi gelisah dan tidak selesa (dimensi psikologi).

190

8. Bidang pengalaman (field of experience) Bidang pengalaman merupakan faktor penting dalam komunikasi. Komunikasi berlaku dengan efektif apabila para pelaku mempunyai bidang pengalaman yang sama. Sebaliknya komunikasi akan menjadi sukar sekiranya para pelaku mempunyai bidang pengalaman yang berbeza. 9. Kesan Proses komunikasi selalu mempunyai berbagai kesan sama ada positif atau negative atau kedua-duanya sekali.

b) Proses perkembangan Komunikasi adalah suatu proses yang berkembang, iaitu daripada bersifat impersonal menjadi interpersonal. Ini bermaksud terdapat perkembangan antara para pelaku yang terlibat dalam komunikasi. Seringkali KAP dimulakan dengan perbualan berkenaan isu- isu umum seperti usia, pekerjaan, hobi, tempat tinggal, asal, dan sebagainya. Di samping itu, interaksi yang terjadi ditentukan oleh norma-norma sosial yang berlaku dalam masyarakat. Keadaan seperti ini masih bersifat impersonal. Seterusnya, perbualan tersebut berkembang kepada masalah-masalah yang lebih spesifik dan bersifat peribadi seperti kebiasaan, kesukaan, seks, dan sebagainya, maka situasi tersebut telah menunjukkan berlakunya komunikasi interpersonal. c) Hubungan Menurut pandangan ini, KAP didefinisikan sebagai komunikasi yang terjadi di antara dua orang yang mempunyai hubungan yang terlihat jelas di antara mereka. Tujuan KAP 1. Mengenal diri sendiri dan orang lain KAP memberikan kesempatan kepada kita untuk membincangkan tentang diri kita

sendiri.

Melalui perbincangan dengan orang lain, kita berupaya untuk mengenali dan

memahami diri kita sendiri di samping memahami sikap dan perilaku kita. Selain itu, kita akan mendapat perspektif baru tentang diri sendiri. Secara tidak langsung, sebahagian besar 191

persepsi kita merupakan hasil daripada apa yang telah kita pelajari tentang diri sendiri dan dari pada orang lain melalui KAP. 2. Mengetahui dunia luar KAP memungkinkan kita memahami persekitaran kita dengan baik seperti objek dan peristiwaperistiwa. Banyak informasi yang kita miliki berasal daripada hasil interaksi dengan orang lain. Meskipun ada yang mengatakan bahawa sebahagian besar informasi dapat diperolehi daripada media massa, tetapi sesungguhnya informasi tersebut diperkayakan melalui interkasi antarpribadi. Bahan perbualan bersama rakan, jiran, atau dengan keluarga kita sendiri seringkali dipetik daripada berita-berita media massa. Nilai, kepercayaan, dan harapan-harapan kita sebagai individu pula banyak dipengaruhi oleh KAP dibandingkan dengan yang diperoleh daripada media massa.

3. Mencipta dan memelihara hubungan agar menjadi lebih bermakna Manusia cenderung untuk mencari dan berhubung dengan orang lain di mana ia mengadu, berkeluh kesah, menyampaikan isi hati, dan sebagainya.

4. Mengubah sikap dan perilaku Dalam KAP, kita sering berusaha mengubah sikap dan perilaku orang lain. Misalnya kita ingin orang lain : mencuba makanan tertentu, membaca buku tertentu, mendengar muzik tertentu, dan sebagainya. Ringkasnya, kita banyak menggunakan waktu untuk memujuk orang lain melakukan perkara baru melalui KAP. 5. Sebagai suatu hiburan Kita melakukan KAP dengan tujuan untuk menghilangkan keletihan dan ketegangan. Misalnya bercerita dengan rakan, membicarakan sesuatu pengalaman, dan sebagainya.

192

6. Membantu Melalui KAP, seseorang membantu dan memberikan saranan kepada orang lain. Misalnya doktor, pakar psikiatri, pakar psikologi, akauntan, dan sebagainya adalah pekerjaan yang mengaplikasikan KAP.

Berdasarkan tujuan di atas, KAP boleh diringkaskan kepada dua jenis perspektif seperti berikut: Perspektif pertama; tujuan tersebut dapat dilihat sebagai faktor-faktor motivasi atau alasanalasan mengapa kita terlibat dalam KAP. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kita terlibat dalam KAP untuk memprolehi kesenangan, untuk membantu orang lain, dan untuk mengubah sikap dan perilaku orang lain. Perspektif kedua; tujuan tersebut dapat diambil kira sebagai hasil atau akibat daripada KAP. Rentetan daripada itu, hasil daripada KAP, kita dapat mengenal diri sendiri, membuat sesuatu hubungan menjadi lebih bermakna, dan memperoleh pengetahuan tentang dunia luar. Keberkesanan KAP KAP merupakan komunikasi paling efektif untuk mengubah sikap, pendapat atau perilaku seseorang. Menurut Kumar (2000: 121-122), lima ciri efektifitas KAP sebagai keterbukaan (openess),empati

(empathy), dukungan (supportiveness) dan rasa positif (positiveness).


Kesetaraan (equality). Maklum balas yang diperoleh dalam KAP berupa positif, negatif dan neutral. David Berlo (1997:172) mengembangkan konsep empati menjadi teori komunikasi. Empat tingkat kebergantungan komunikasi adalah peserta komunikasi memilih pasangan sesuai dengan dirinya, tanggapan yang diharapkan berupa timbal balik, individu mempunyai kemampuan untuk mendapatkan, menginteprestasikan bagaimana respon informasi, serta mengembangkan harapan-harapan tingkah laku komunikasi dan terjadi penggantian peranan untuk mencapai kesamaan pengalaman dalam perilaku empati. 193

Berlo membahagikan teori empati kepada dua iaitu Teori Penyimpulan (inference

theory), orang dapat mengamati atau mendefinisikan perilakunya sendiri dan Teori
Pengambilan Peranan (role taking theory), seseorang harus terlebih dahulu mengenali dan memahami perilaku orang lain. Tahap proses empati adalah seperti Kelayakan (decentering), Pengambilan peranan

(role taking) dan Empati komunikasi (empathic communication).


i)Kelayakan (decentering) Bagaimana individu memusatkan perhatian kepada orang lain dan mempertimbangkan apa yang difikirkan dan diperkatakan orang tersebut. ii)Pengambilan peranan (role taking) Mendefinisikan orang lain ke dalam dirinya, menyentuh kesedaran diri melalui orang lain. Tahap dalam pengambilan peranan sebagai Tahap budaya (cultural level), berasaskan keseluruhan karakter daripada norma dan nilai masyarakat, Tahap sosiologi (sociological level), berasaskan kepada tanggapan sebahagian kelompok budaya dan Tahap psikologi (psycological

level), berasaskan kepada apa yang dialami oleh individu.


iii)Empati komunikasi (empathic communication) Empati komunikasi meliputi penyampaian perasaan, kejadian, persepsi atau proses yang menyatakan secara tidak langsung perubahan sikap atau perilaku penerima. Blumer mengembangkan pemikiran Mead melalui pemikiran interaksionisme simbolik iaitu Manusia bertindak (act) terhadap sesuatu (thing) atas dasar makna (meaning) yang mempunyai objek tersebut bagi dirinya. Kemampuan komunikasi tidak terlepas daripada tingkah laku yang melibatkan aktiviti fizikal, mental dan dipengaruhi oleh latar belakang sosial, pengalaman, usia, pendidikan dan tujuan.

194

34.0 : Pengertian Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik adalah komunikasi yang direncanakan secara sedar, bertujuan dan dipusatkan untuk individu. Komunikasi terapeutik mengarah pada bentuk komunikasi interpersonal. Northouse (1998: 12), komunikasi terapeutik adalah kemampuan atau keterampilan bidang untuk membantu individu beradaptasi terhadap stress, mengatasi gangguan psikologi, dan belajar bagaimana berhubungan dengan orang lain. Stuart G.W. (1998), komunikasi terapeutik merupakan hubungan interpesonal antara bidan dengan individu, dalam hubungan ini bidang dan individu memperoleh pengalaman belajar bersama dalam rangka memperbaiki pengalaman emosi individu. Komunikasi terapeutik adalah komunikasi yang mendorong proses penyembuhan klien (Depkes RI, 1997). Komunikasi terapeutik termasuk komunikasi interpersonal dengan titik tolak saling memberikan pengertian antara perawat dengan klien. Persoalan yang berasaskan daripada komunikasi ini adalah adanya kebergantungan antara perawat dan klien iaitu perawat membantu dan klien menerima bantuan.

34.1 : Tujuan Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik berupaya membantu individu memperjelaskan fikiran dan mengurangkan beban perasaan. Komunikasi ini turut membantu seseorang mengambil tindakan yang efektif. Selain itu, seseorang boleh mempengaruhi orang lain, persekitaran dan diri sendiri. Menurut Stuart, tujuan terapeutik berpusat kepada pertumbuhan klien seperti realisasi diri, penerimaan diri dan rasa hormat kepada diri sendiri. Komunikasi ini membantu memberikan individu identiti diri yang jelas dan integriti diri yang tinggi. Seterusnya, seseorang mampu membina hubungan interpersonal yang intim dan saling kebergantungan. Komunikasi ini turut memberi peningkatan kemampuan yang memuaskan serta mencapai tujuan peribadi.

34.2 : Manfaat Komunikasi Terapeutik Mendorong dan menganjurkan kerjasama antara bidang individu adalah salah satu manfaat komunikasi terapeutik. Di samping itu, seseorang berupaya untuk memastikan, 195

mengungkap perasaan dan mengkaji masalah serta mengevolusi tindakan yang dilakukan. Selain itu, komunikasi ini membantu dalam memberikan pengertian tingkah laku individu dan membantu individu mengatasi masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, terapeutik boleh mencegah tindakan yang negatif terhadap pertahanan diri individu.

34.3 : Ciri Komunikasi Terapeutik Terdapat tiga hal asas yang memberikan ciri-ciri komunikasi terapeutik iaitu: (Arwani, 2003 : 54). 1. Ikhlas (Genuiness) Semua perasaan negatif yang dimiliki oleh seseorang harus boleh diterima dan pendekatan individu dengan verbal mahupun non-verbal akan berupaya untuk membantu ia untuk menerangkan keadaannya secara tepat. 2. Empati (Empathy) Merupakan sikap jujur dalam menerima keadaan seseorang. Bersikap objektif dalam memberikan penilaian terhadap keadaan individu tersebut. 3. Hangat (Warmth) Kehangatan dan sikap permisif yang diberikan agar individu tersebut dapat memberikan pendapat tanpa rasa takut, sehingga ia berupaya untuk mengekspresikan perasaannya dengan lebih mendalam.

196

34.4 : Unsur Komunikasi Terapeutik Model struktural dari komunikasi mengidentifikasi lima unsur atau komponen berikut (Hamid,1998): 1. Pengirim Individu yang menjadi penyampai mesej. 2. Mesej Suatu unit informasi yang dipindahkan daripada pengirim kepada penerima. 3. Penerima Individu yang menginterpretasikan mesej di mana perilakunya dipengaruhi oleh mesej yang disampaikan. 4. Respon Maklum balas atau respon daripada penerima mesej kepada pengirim mesej. 5. Konteks Susunan di mana komunikasi berlaku. Unsur-unsur komunikasi terapeutik ini secara amnya merupakan unsur-unsur dalam komunikasi yang dibincangkan secara terperinci sebelum ini.

34.5 : Prinsip Komunikasi Terapeutik (Menurut Carl Rogers) a) Pelaku harus mengenali dirinya sendiri dengan memahami dirinya sendiri serta nilai yang diamalkan.

b) Komunikasi harus berasaskan sikap saling menerima, saling percaya dan saling menghargai.

197

c) Pelaku harus memahami, menghayati nilai yang diamalkan oleh individu.

d) Pelaku harus menyedari kepentingan keperluan individu sama ada dari segi fizikal mahupun mental.

e) Pelaku harus mencipta suasana yang memungkinkan individu memiliki motivasi untuk mengubah dirinya dari segi sikap, tingkah laku agar dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

f) Pelaku harus mampu menguasai perasaan sendiri secara berperingkat untuk mengetahui dan mengatasi perasaan gembira, sedih, marah, dan kecewa.

g) Mampu menentukan batas waktu yang sesuai dan dapat mempertahankan konsistensi.

h) Memahami maksud empati sebagai tindakan yang terapeutik dan sebaliknya, simpati bukan tindakan yang terapeutik.

i) Kejujuran dan komunikasi terbuka merupakan dasar daripada hubungan terapeutik.

j)

Altruisme,

iaitu

mendapatkan

kepuasan

dengan

menolong

orang

lain

secara

berperikemanusiaan. k) Disarankan untuk mengekspresikan perasaan bila dianggap mengganggu.

l) Mampu berperanan sebagai role model agar dapat menunjukkan dan meyakinkan orang lain tentang kesihatan. Maka, pelaku perlu memperlihatkan suatu keadaan sihat dari aspek fizikal, mental, spiritual dan gaya hidup. 198

m) Berpegang kepada etika dengan cara berusaha sebaik mungkin dalam mengambil keputusan berdasarkan prinsip kesejahteraan manusia.

n) Bertanggungjawab dalam dua dimensi iaitu tanggungjawab terhadap diri sendiri atas tindakan yang dilakukan dan tanggungjawab terhadap orang lain.

34.6 : Teknik Menjalin Hubungan dengan individu

Terdapat dua dasar untuk komunikasi yang efektif (Stuart dan Sundeen, 1998) iaitu :

A. Semua komunikasi harus ditujukan untuk menjaga harga diri pemberi mahupun penerima mesej.

B. Komunikasi yang membina persefahaman harus dilakukan lebih dahulu sebelum memberikan saranan, informasi mahupun input. Stuart dan Sundeen, (1998) mengidentifikasi teknik komunikasi terapeutik sebagai berikut : 1.Mendengar dengan penuh perhatian. Dalam hal ini perawat berusaha memahami klien dengan cara mendengar apa yang ingin disampaikan oleh klien. Mendengar merupakan dasar utama dalam komunikasi agar dapat mengetahui perasaan klien. Beri kesempatan lebih banyak pada klien untuk bercakap. Pelaku harus menjadi pendengar yang aktif.

2. Menunjukkan penerimaan. Menerima tidak bermaksud menyetujui, menerima bermaksud bersedia untuk mendengar orang lain tanpa menunjukkan keraguan atau ketidaksetujuan.

199

3. Menanyakan pertanyaan yang berkaitan. Tujuan perawat bertanya adalah untuk mendapatkan informasi yang spesifik mengenai apa yang disampaikan oleh klien. 4. Mengulangi ucapan klien dengan menggunakan kata-kata sendiri. Melalui pengulangan kembali kata-kata klien, perawat memberikan respon bahawa ia mengerti mesej klien dan berharap komunikasi dilanjutkan. 5. Mengklasifikasi. Klasifikasi dilakukan apabila perawat berusaha untuk menjelaskan pendapat atau fikiran yang tidak jelas diperkatakan oleh klien. 6. Memfokuskan. Cara ini bertujuan untuk membatasi bahan perbicaraan sehingga percakapan menjadi lebih spesifik dan difahami. 7. Menyatakan hasil pemerhatian. Dalam hal ini perawat menghuraikan kesan yang ditimbulkan oleh isyarat non-verbal klien. 8. Menawarkan informasi. Memberikan tambahan informasi merupakan tindakan yang bertujuan membantu klien untuk mengambil keputusan. 9. Diam. Diam akan memberikan kesempatan kepada perawat dan klien untuk menganalisis keadaan. Diam memungkinkan klien untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri, menenangkan fikiran dan memproses informasi. 10. Meringkas. Meringkas pengulangan idea utama yang telah dikomunikasikan secara singkat. 11. Memberi penghargaan. Penghargaan tidak harus menjadi beban untuk klien mendapatkan pujian dan persetujuan atas perbuatannya.

200

12. Memberi kesempatan kepada klien untuk memulai pembicaraan. Memberi kesempatan kepada klien untuk berinisiatif dalam memilih topik pembicaraan. 13. Menganjurkan untuk meneruskan pembicaraan. Teknik ini memberikan kesempatan kepada klien untuk mengarahkan hampir seluruh perbincangan. 14.Menempatkan permasalahan secara berurutan. Menyusun permasalahan secara teratur akan membantu perawat dan klien untuk melihatnya dalam suatu perspektif. 15.Memberikan kesempatan kepada klien untuk menguraikan persepsinya Apabila perawat ingin memahami klien, maka perawat harus melihat segala sesuatunya daripada perspektif klien. 16.Refleksi. Refleksi memberikan kesempatan kepada klien untuk mengemukakan dan menerima perasaannya sebagai sebahagian daripada dirinya sendiri.

34.7 : Jenis Komunikasi Terapeutik Fasa Hubungan Komunikasi Terapeutik. Struktur dalam komunikasi terapeutik, menurut Stuart,G.W.,1998, terdiri dari empat fasa yaitu: a) Fasa preinteraksi Tahap ini adalah masa persiapan sebelum memulakan perbincangan dengan klien. Tugas perawat pada fasa ini adalah: 1. Mengeksplorasi perasaan,harapan dan masalah; 2. Menganalisa kekuatan dan kelemahan diri, dengan analisa diri ia akan terlatih untuk memaksimakan dirinya agar bernilai terapeutik bagi klien; 201

3. Mengumpulkan data tentang klien, sebagai dasar dalam membuat rencana interaksi; 4. Membuat rencana pertemuan secara tertulis, yang akan diimplementasikan ketika bertemu dengan klien. b)Fasa orientasi Fasa ini dimulakan pada masa pertemuan kali pertama dengan klien untuk berkenalan dengan klien dan merupakan langkah awal dalam membina hubungan saling mempercayai. Tugas utama perawat pada tahap ini adalah memberikan situasi persekitaran yang peka dan menunjukkan penerimaan, serta membantu klien dalam mengekspresikan perasaan dan fikirannya. Tugas-tugas perawat pada tahap ini antara lain :

1. Membina hubungan saling percaya, menunjukkan sikap penerimaan dan komunikasi terbuka. Untuk membina hubungan saling percaya perawat harus bersikap terbuka, jujur, ihklas, menerima klien seadanya, menepati janji, dan menghargai klien. 2. Merumuskan kontrak bersama klien. Kontrak penting untuk menjaga kelangsungan sesuatu interaksi. Kontrak yang harus dipersetujui bersama dengan klien iaitu, tempat, waktu dan topik pertemuan. 3. Menggali perasaan dan fikiran serta mengidentifikasi masalah klien. Bagi mendorong klien mengekspresikan perasaannya, maka teknik yang digunakan adalah pertanyaan terbuka. 4. Merumuskan tujuan dengan klien. Tujuan dirumuskan setelah masalah klien diketahui. Sekiranya tahap ini gagal dicapai, ini akan menimbulkan kegagalan pada keseluruhan interaksi (Stuart,G.W,1998 dikutip dari Suryani,2005). Hal yang perlu diperhatikan pada fasa ini adalah : 1. Memberikan salam terapeutik disertai jabatan tangan. 2. Memperkenalkan diri perawat.

202

3. Menyepakati kontrak. Kesepakatan berkaitan dengan kesanggupan klien untuk berkomunikasi, topik, tempat, dan lamanya pertemuan.

4. Melengkapi kontrak. Pada pertemuan pertama perawa perlu melengkapi penjelasan tentang identiti serta tujuan interaksi agar klien percaya kepada perawat.

5. Penilaian dan pengesahan. Berisikan pengkajian keluhan utama, alasan atau kejadian yang membuat klien ingin meminta bantuan. Penilaian ini juga digunakan untuk mendapatkan fokus pengkajian lebih lanjut, kemudian dilanjutkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan keluhan utama. Pada pertemuan lanjutan, penilaian digunakan untuk mengetahui keadaan dan kemajuan klien hasil interaksi sebelumnya. 6. Menyepakati masalah. Dengan teknik memfokuskan perawat bersama klien mengidentifikasi masalah klien. Selanjutnya setiap awal pertemuan lanjutan dengan klien perawat harus melakukan orientasi. Tujuan orientasi adalah memastikan ketepatan data, laporan yang telah dibuat dengan keadaan klien pada masa ini dan menilai tindakan pertemuan sebelumnya. c) Fasa kerja. Tahap ini merupakan inti bagi keseluruhan proses komunikasi terapeutik. Tahap ini memerlukan perawat bersama klien mengatasi masalah yang dihadapi klien.Perawat dan klien mengeksplorasi pengurangan tekanan dan mendorong perkembangan kesedaran diri dengan menghubungkan persepsi, perasaan dan perilaku klien. Tahap ini berkaitan dengan pelaksanaan laporan rawatan yang telah ditetapkan.Tekhnik komunikasi terapeutik yang sering digunakan perawat adalah mengeksplorasi, mendengar dengan aktif, refleksi, kepelbagaian persepsi, memfokuskan dan menyimpulkan (Geldard,D,1996, dikutip dari Suryani, 2005). d) Fasa terminasi Fasa ini merupakan fasa yang sulit dan penting, kerana hubungan saling percaya sudah terbina dan berada pada tingkat optima. Terminasi terjadi apabila perawat mengakhiri tugas pada unit tertentu atau apabila klien selesai menerima rawatan. Perawat dan klien bersama-sama meninjau kembali proses yang telah dilalui dan pencapaian objektif. Bagi melalui fasa ini dengan jaya dan bernilai terapeutik, perawat menggunakan konsep kehilangan. Terminasi 203

merupakan titik tamat pertemuan perawat, yang terbahagi kepada dua iaitu: 1. Terminasi sementara, berarti masih ada pertemuan lanjutan; 2. Terminasi akhir, terjadi jika perawat telah menyelesaikan proses rawatan secara menyeluruh. Tugas perawat pada fasa ini adalah : i) Menilai pencapaian tujuan interaksi yang telah dilakukan, penilaian ini disebut evaluasi objektif. Brammer & Mc Donald (1996) menyatakan bahawa meminta klien menyimpulkan tentang apa yang telah dibincangkan atau respon objektif setelah tindakan dilakukan sangat berguna pada tahap terminasi (Suryani,2005). ii) Melakukan evaluasi subjektif, dilakukan dengan bertanyakan perasaan klien setelah berinteraksi atau setelah melakukan tindakan tertentu. iii) Menyepakati tindakan lanjut terhadap interaksi yang telah dilakukan. Tindakan lanjut yang diberikan harus relevan dengan interaksi yang baru dilakukan atau yang akan dilakukan pada pertemuan berikutnya. iv) Membuat kontrak untuk pertemuan berikutnya, kontrak yang perlu disepakati adalah topik, waktu dan tempat pertemuan. Perbezaan antara terminasi sementara dan terminasi akhir, adalah terminasi akhir mencakupi keseluruhan hasil yang telah dicapai selama interaksi.

34.8 : Faktor Halangan Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik dapat mengalami halangan seperti : 1) Pemahaman berbeza; 2) Penafsiran berbeza; 3) Komunikasi yang terjadi satu arah; 4) Kepentingan berbeza; 5) Pemberian jaminan yang tidak mungkin; 6) Bicara hal-hal yang pribadi; 7) Menuntut bukti, penjelasan dan tantangan; 8 ) Mengalihkan topik pembicaran; 9) Memberikan kritik mengenai perasaan pasien; 10) Terlalu banyak bicara; 11) Memperlihatkan sifat jemu dan pesimis. Halangan komunikasi terapeutik dalam hal kemajuan hubungan perawat-klien terdiri dari tiga jenis utama: resistens, transferens, dan kontertransferens (Hamid, 1998). Hal ini timbul daripada berbagai alasan dan mungkin terjadi dalam bentuk yang berbeza, tetapi semuanya

204

menghalang komunikasi terapeutik. Perawat harus segera mengatasinya. Oleh karana itu, halangan ini menimbulkan perasaan tegang bagi perawat mahupun klien. 1.Resisten(Bertahan) Resisten adalah keadaan di mana klien tetap tidak menyedari aspek penyebab permasalahan yang dialaminya. Resisten merupakan keengganan atau penghindaran verbalisasi yang dipelajari atau mengalami peristiwa yang menimbulkan masalah aspek diri seseorang. Resisten sering diakibatkan oleh ketidaksediaan klien untuk berubah ketika keperluan untuk berubah telah dirasakan. Perilaku resistens biasanya diperlihatkan oleh klien semasa fasa kerja kerana fase ini banyak melibatkan proses penyelesaian masalah. 2.Transferens. Transferens adalah respon tidak sedar di mana klien mengalami perasaan dan sikap terhadap perawat yang pada dasarnya terkait dengan tokoh dalam kehidupannya di masa lalu. Sifat yang paling menonjol adalah ketidaktepatan respon klien dalam penggunaan mekanisme pertahanan pengisaran (displacement). 3.Kontertransferens. Ini merupakan kebuntuan terapeutik yang dibuat oleh perawat bukan oleh klien. Konterrtransferens merujuk pada respon emosional spesifik oleh perawat terhadap klien yang tidak tepat dalam isi mahupun konteks hubungan terapeutik atau ketidaktepatan dalam aspek emosi. Reaksi ini biasanya berbentuk salah satu dari tiga jenis reaksi sangat mencintai, reaksi sangat bermusuhan atau membenci dan reaksi sangat cemas sering kali digunakan sebagai respon terhadap resisten klien.

Untuk mengatasi halangan komunikasi terapeutik, perawat harus bersiap sedia untuk meluahkan perasaan emosional yang sangat kuat dalam konteks hubungan perawat-klien (Hamid, 1998). Pada peringkat awal, perawat harus mempunyai pengetahuan tentang halangan komunikasi terapeutik dan mengenali perilaku yang menunjukkan adanya hambatan tersebut.

205

Komunikasi Terapeutik dalam Kebidanan Komunikasi terapeutik dalam kebidanan meliputi :

Pengkajian
Menentukan kemampuan dalam proses informasi; menilai data tentang status mental klien; mengevaluasi kemampuan individu dalam berkomunikasi; memerhati kejadian yang terjadi; mengidentifikasi perkembangan individu; menentukan sikap individu; mengkaji tahap kecemasan individu.

Tujuan Rencana
Membantu individu memenuhi keperluan sendiri; membantu menerima pengalaman;

meningkatkan harga diri individu; memberi sokongan, kesihatan dan individu sepakat untuk berkomunikasi secara terbuka.

Implementasi
Memperkenalkan diri dan memulakan interaksi dengan individu, membantu untuk meningkatkan harga diri individu. individu mendapatkan gambaran pengalamannya, mengungkapkan perasaan, menggunakan komunikasi

Evolusi
Individu dapat menperkembangkan kemampuan dalam mengkaji dan memenuhi keperluan komunikasi menjadi lebih jelas, terbuka, dan memfokuskan kepada masalah, membantu menciptakan persekitaran yang dapat mengurangkan perasaan cemas.

206

33.0 PENILAIAN Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat, bahasa Melayu adalah sangat penting dalam menguasai kemahiran bercakap. Jika dilihat pada masa kini, bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh orang Melayu malah ianya juga digunakan oleh masyarakat lain. Buktinya setiap tahun negara Malaysia telah membuat pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri yang disertai oleh beberapa negara asing seperti China, Australia, Rusia, Jerman, Bosnia dan sebagainya. Dalam pertandingan ini, gaya pertuturan adalah sangat diambil kira dari segi sebutan, intonasi, fonologi dan lain-lain. Jelas sekali bahawa, bahasa Melayu bukan sahaja terkongkong di negara Malaysia tetapi ianya juga telah tersebar luas di seluruh dunia. Satu lagi bukti yang menunjukkan bahasa Melayu digunakan di peringkat antarabangsa ialah penggunaanya di universiti-universiti luar negara, contohnya, di Universiti Beijing Foreign Studies (BFSU) telah mewujudkan Jabatan Bahasa Melayu yang diketuai Prof. Madya Zhao Yuezhen. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu telah digunakan di seluruh dunia. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, untuk menguasai kemahiran ini memerlukan strategi dan juga teknik yang berkesan. Untuk menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa melayu ini haruslah dimulakan di peringat sekolah lagi, bak kata perpatah melayu kita melentur buluh biarlah dari rebungnya, peringkat sekolah merupakan peringkat yang paling sesuai sekali dalam menerapkan kemahiran bertutur ini, kerana pelajar lebih mudah diajar dan mereka lebih mudah memahami. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang guru dalam membantu pelajarnya menguasai kemahiran bercakap ini antaranya seperti perbahasan, pidato, lakonan, bercerita dan sebagainya. Melalui hasil kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah, amat diharapkan agar komuniti sekolah dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat. Ini adalah sebagai salah satu faktor yang dapat merangsang pelajar supaya senantiasa bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan mengaplikasi kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu modul binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan efektif. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan objektif pengajaran yang hendak dicapai oleh guru.

207

Usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kontemporari ini memang wajar diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik bahasa Melayu perlu mempunyai komitmen serta konsisten dalam melaksanakan modus operandi yang berkesan di samping menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran bahasa Melayu dengan sebaiknya. 34.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, untuk menguasai kemahiran bercakap ini dalam bahasa Melayu ini memerlukan perancangan strategi dan juga teknik yang berkesan. Melalui pembacaan dan kajian yang telah di buat, pembentukan bahasa Melayu ini telah melalui pelbagai peringkat sebelum terbentuknya bahasa Melayu pada masa kini. Usaha-usaha daripada pemimpin masa lalu telah berjaya mengangkat bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia. Sebagai masyarakat Malaysia, menguasai Bahasa Melayu itu adalah sangat penting, pelbagai kemahiran harus dikuasai seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran bercakap dan sebagainya. Kemahiran bercakap merupakan salah satu kemahiran yang harus diambil berat dalam menguasai bahasa Melayu ini. Untuk menguasai kemahiran bercakap ini, seseorang itu haruslah terlebih dahulu menguasai dan memahami sistem bunyi yang terdiri daripada vokal, fonologi dan sebagainya. Penutur juga harus mempelajari bahasa melayu baku dengan baik bagi membolehkan beliau bercakap dengan baik. Seterusnya, kemahiran menulis juga harus dititikberatkan. Kemahiran menulis

merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan kemahiran menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di Malaysia, khususnya dalam bahasa Melayu. Sebuah kajian khusus tentang literasi kemahiran menulis diperlukan bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya yang lebih tertumpu pada kemahiran membaca, serta dapat dibuat bandingan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis yang telah dijalankan di luar Negara (Purve, 1992). Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja

untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian.
208

Di

samping

itu,

kemahiran

membaca

membolehkan

individu

menimba

ilme

pengetahuan tidak kira dalam subjek bahasa Melayu, mahupun subjek-subjek lain termasuk isuisu am yang berlaku di persekitaran dan dunia luar. Membaca merupakan satu aktiviti yang sering digalakkan tanpa mengambil kira aspek umur dan jantina seseorang bagi tujuan-tujuan yang memberi manfaat.

209

BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abd Talip. 2000. Padagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah & Teknik. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abd Aziz Abd Talib. 1993. Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa. Anwar Ibrahim. 1989. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azwan Wan Chik. 1985. Mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ismail Bin Dahaman, M.A. 1994. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin. 1995. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Raminah Hj. Sabran. 1989. Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Yahya Othman. 2005. Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional. Zulkifli Yusof. 2000. Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. M. Miftah, M.Pd . Komunikasi Efektif dalam Pembelajaran. BPM Semarang. Pustekkom Depdiknas. Mohd Yusop Ab. Hadi ,Baharom Mohamad ,Jamaludin Hashim ,Abdul Rashid Razzaq. 2008.

Analisis Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru Pelatih.
Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob .1990. Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur, DBP. Mohd Amir Sharifudin Hashim .1986. Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik

darjah. Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam. KPM: Bahagian Agama Islam.

210

Edward, A.D. and Westergate .1987. Investigating Classroom Talk. London and Philadepia: The Falmer Press. Ee Ah Meng .1996. Pendidikan Di Malaysia 1. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

211