Anda di halaman 1dari 17

GULAI KUNING Bahan-bahan ( 6 0rang makan )

1) 1 ULAS BAWANG MERAH BESAR 2) SEINCI KUNYIT HIDUP 3) 1/2INCI LENGKUAS 4) 6 BATANG CILI KERING- dipotong dan direndam dengan air panas dulu 5) 1/2 GENGGAM CILI PADI- ikut kepedasan 6) 1 SUDU BESAR KETUMBAR BIJI 7) 1 KG IKAN KEMBONG- direbus dulu dengan asam garam 8) 1 BIJI KELAPA- diambil santan yang pekat jer 9) 1 BIJI TIMUN BATANG- dipotong serong 10) CILI MERAH HIDUP- UNTUK HIASAN 11) 3 KEPING ASAM KPG 12) GARAM DAN SERBUK PERASA- Secukup rasa

Cara-cara 1. LETAKKAN SANTAN DALAM PERIUK. 2. KISARKAN BAHAN 1-6 SEHINGGA LUMAT DAN MASUKKAN BAHAN INI KEDALAM PERIUK DAN DIPANASKAN SEHINGGA MENDIDIH. 3. SETELAH MENDIDIH, LETAKKAN ASAM KEPING , TIMUN , CILI MERAH DAN IKAN YANG TELAH DIREBUS TADI 4. MASUKKAN JUGA GARAM DAN SERBUK PERASA. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN, SELAMAT MENCUBA..... 5. * TAMBAHKAN SEDIKIT SERBUK KUNYIT JIKA WARNA KUNINGNYA AGAK PUCAT... GULAI IKAN TONGKOL Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

1 kg ikan tongkol 2-3 ekor ikan kering 2-3 ulas asam keping 4 ulas bawang merah 2-3 ulas bawang putih 4-5 biji cili padi 3 cm lengkuas 2 sudu kecil serbuk kunyit 3 sudu makan cili giling 1 biji kelapa 1 batang timun

1 biji cili merah 1 biji cili hijau garam secukup rasa

Cara-cara 1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini... 2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa... 3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun... 4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau... 5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P 6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam... -----------------------------------------------------------------------------------------------------------karemal gula hangus

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur- pada suhu bilik 2 biji telur kuning-pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila [ KARaMEL ] 5 sudu besar gula 2 sudu besar air

Cara-cara
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. 3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. 4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. 5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit 6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. 7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. 8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais Resipi karemal ke 2
Untuk gula karamel: - 1 cawan gula - 1 cawan air Untuk adunan puding - 1 tin susu cair (boleh jugak nak ganti ngan fresh milk tapi iela tak suka guna yg full cream tue, it's too milky...muakss) - 4-5 biji telur (sape suka telur lebih ley tambah lagi...hee) - 1 sudu kecil esen vanilla - 3 sudu kecil gula (kalau sape suka manis ley lebihkan sket tapi jgn lebih banyak sgt coz gula karamel tue da manis..nant kena diabetes =P)

Directions
1- Mula-mula buat gula karamel tue.. Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair n jadik warna coklat. Jangan sampai gula tue over hangus or terover pucat.. nant karamel tak cantik n rasa pun tak sedap.. =) 2- Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air (prepare air tue siap2 kat tepi). take care tau masa masukkan air nie..nant gula tue melotop..=) 3- Lepas da masuk air, besarkan semula api n kacau2 sampai gula dan air tue larut sebati. 4- Kemudian masukkan gula karamel tue kat dasar acuan/loyang untuk dibakar (bekas tahan panas). Sejukkan dulu pada suhu bilik then keraskan karamel nie dalam peti beku tue.. (klu time iela malas iela tak bekukan pun..jaz sejukkan pada suhu bilik jek) sambil tunggu tue kita buat adunan puding... 1- Masukkan jek semua bahan untuk puding dalam pengisar (blender) or pengadun (mixer). 2- Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap jek.. jaz supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang... ketepikan then tunggu sekejap sampai gula sejuk sikit. 3- Sementara tue, sediakan dulang pembakar yang diletakkan air dalam oven (alamak tak tau la pe nama teknik nie.. heh) 4- Bila da ok, perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan gula karamel tadi.

5- Masukkan dalam oven yang beralas dulang pembakar yang ada air tadi dan bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit. 6- Then tunggu sambil tengok tv..=D 7- Bila da cukup 40 minit try cucuk ngan garfu tgk da masak ke tak.. hahaa.. klu dah kompem masak then sejukkan sekejap pada suhu bilik. 8- Bila da sejuk, terbalikkan puding ni pada dulang yang leper (better keluarkan dulu air gula karamel tue supaya senang nak terbalikkan) 9- Sejukkan dalam peti ais.. sila menunggu dengan sabar... 10- nyum2 yummy!! jom makan.. =D

Ketupat sotong

Bahan-bahan ( 10 ekor )

10 ekor sotong sederhana besar 1 cawan beras pulut 2 cawan santan sederhana pekat 1 keping gula melaka sedikit garam gula secukupnya sehelai daun pandan 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk. 2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya. 3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi. 4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat. 5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Resepi pudding roti


Bahan-bahan : 300 gm roti sandwic putih 100 gm mentega 800 gm susu segar 100 gm gula 5 biji telur Sos Vanila : 200 gm susu segar 50 gm gula 1 biji kuning telur 1 sudu teh tepung jagung 1 sudu teh esen vanila Cara Membuatnya : 1. Sapukan mentega pada satu lapisan roti. Buat hingga habis. 2. Susun dan potong 4 bahagian. Susunkan setiap keping dalam acuan bulat atau empat segi bersaiz 9 inci. 3. Pukul gula dan telur hingga sebati (bukan kembang). Tuangkan susu segar dan kacau sebati. 4. Tuangkan adunan ini kedalam roti yang telah disusun tadi. Biarkan roti meresap cairan itu selama 15 minit. 5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga bewarna perang. 6. Setelah masak, sejukkan. 7. Untuk membuat sosnya, didihkan susu segar . 8. Masukkan kuning telur yang telah digaul bersama gula dan tepung jagung. 9. Masukkan esen vanila dan kacau hingga adunan mendidih dan agak pekat. Angkat dan sejukkan. 10. HIdangkan puding roti bersama sosnya.

Resepi Puding Roti Berkuah 10 keping roti keping 2 tin susu cair 3 biji telur 4 sudu besar gula ( boleh tambah jika suka lebih manis) 1 sudu teh vanillla 100 g kismis 2 sudu besar mentega Cara membuatnya 1. Potong kecil-kecil roti keping dan letak di dalam mangkuk pembakar. 2. Satukan telur. gula dan essen vanilla. kacau hingga rata. Tuang susu cair kedalam adunan telur tadi dan kacau hingga gula larut. 3. Masukkan butter kedalam mangkuk pembakar yang berisi roti. Ratakan mentega tadi pada roti dengan menggunakan sudu. 4. Taburkan pula dengan kismis dan last tuangkan adunan susu dan telur ke atas roti. Rendam roti ke dalam susu hingga rata dan bolehlah di bakar atau di kukus. Bakar dalam oven 150 darjah

celcius selama 30 -40 minit. 5. Hidangkan dengan kuah/sos kastad dan puri buah-buahan. Resepi Sos Kastad 2 cawan susu cair 1 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung( di larutkan dengan sedikit air.) 2 sudu makan gula Cara membuatnya **Satukan semua bahan dalam periuk dengan api perlahan. Kacau hingga kuah dah mula pekat. Sejukkan dan boleh di hidangkan.

NASI AYAM..... Bahan-Bahan (utk 2 orang makan) A. Untuk rebusan ayam 4-5 ketul ayam 4 cawan air secubit garam B. Untuk nasi 2 pot beras panjang (Basmati) saya guna beras wangi sebab basmati mahal. Jangan lupa cuci dulu. 2 sudu besar mentega/minyak (planta lagi best) 2 ulas bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris 1/2 inci halia dihiris 2 cawan air rebusan ayam tadi kalu tak cukup, tambah air biasa 2 sudu besar stok pekat ayam (sya guna jenama maggi) 1 helai daun pandan sedikit garam.

C. Untuk perapan ayam 4-5 ketul ayam yang direbus tadi keluarkan ayam daripada air rebusan 1 inci halia 3 ulas bawang putih 3 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis secubit garam D. Untuk sambal atau sos 3 biji cili masak 2 biji tomato garam dan gula E. Untuk sup lebihan air rebusan ayam 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1/2 kiub ayam (saya guna jenama maggi) lobak merah baby corn daun sup secubit garam jika perlu F. Untuk Salad daun salad, buah tomato, timun Cara-cara membuatnya : A. Rebus ayam selama 15 minit di dalam periuk berisi air. B. Gunakan Rice cooker. Masuk mentega kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga beraroma. Masukkan air rebusan ayam bersama stok pekat ayam. Kemudian masukkan beras. Perasakan dengan sedikit garam. Gaulkan beras seketika. Jangan lupa letakkan daun pandan supaya nasi berbau harum. Tutup periuk sehingga semuanya sebati dan masak. C. Tumbuk lumat halia dan bawang putih. Gaulkan ke atas ayam yang direbus tadi. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Ratakan dan tabur sedikit garam. Perap ayam ni selama 1 jam. Kemudian goreng ke dalam minyak yang panas.

mula2 ayam direbus. kemudian diperap dengan bahan perapan. setelah itu baru digoreng D.Potong sederhana cili merah dan tomato. kemudian kisar sehingga hancur. Letakkan dalam mangkuk dan perisakan dengan sedikit garam dan gula.

E. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan lebihan air rebusan. Kemudian masukkan kiub ayam. kacau seketika dan masukkan sayur lobak dan baby corn. Agak2 sayur lembut. perisakan dengan garam dan akhir sekali tabur daun sup. F. Hiasi nasi ayam dengan daun salad, tomato dan timun. Sedia untuk dihidangkan.

ayam digoreng garing

inilah set lengkap nasi ayam versi saya. mmm..sedapnya, bau nasi harum semerbak. makan panas-panas memang meletop walaupun saya menikmatinya sorang-sorang

pst : resepi ini juga saya dah kongsikan di blog Kongsi Masakan anjuran blog hairul.com yang sekarang ligat menganjurkan contest siapa paling banyak kongsi resepi dan dihantar ke blog beliau akan dapat hadiah. pemenang bertuah akan dapat e-book masakan yang hebat. Sesiapa yang berminat, intai-intailah blog saudara hairul.com.

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras 1/4 bawang besar 2 sudu mentega sehelai daun pandan 2 kiub ayam madu kicap pekat 1/2 ekor ayam 1 sup bunjut adabi sos tiram 1/2 sudu serbuk lada putih 1/2 inci halia 3 ulas bawang putih [hiasan] daun bawang daun sup bawang goreng daun salad/timun

Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka 2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang 3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak 4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa. 5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh 6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Muffin Bahan-bahan ( 16 biji )


2 cawan self-raising flour 1/2 tsp baking soda 1/2 tsp garam (xletak pun xpe) 2/3 cawan gula (agak manis, blh kurangkan ke 1/2 cawan mcm cdgn knor) 1 biji telur gred A 1/4 cawan minyak masak 2/3 cawan jus oren peel fresh atau apa2 jus buah, air sunquick pun ok (guna lebihan air sunquick, sirap, nescafe pun ok. tp xjd jus buah la plak :-))

Cara-cara
1. Semua bahan disatukan dan dipukul hingga kembang. (Jangan pukul terlalu lama nnti muffin jadi keras) 2. Isikan adunan ke dalam cup muffin dan dibakar selama 15 minit pada suhu 200C.

Kek buah
Bahan-bahan ( 10 inchi )

1 tin butter churn (cap tong) 75gm butter 1 tin gula castor (gunakan tin butter churn untuk menyukat) 2 tin tepung gandum 10 biji telur saiz A 1/2 cawan susu cair / 2 sudu makan susu pekat 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu makan baking powder 1 paket prune (anggaran 227gm) 1 kotak mix fruit (anggaran 220gm)

Cara-cara
1. Masukkan buah prune dalam periuk. Tambahkan air anggaran tengelam buah prune. Jerangkan diatas api. Kacau sambil lenyek-lenyekkan buah prune. Masak sehingga air kering. Sejukkan. 2. Pukul butter churn, butter dan gula castor sehingga kembang. Jangan terlalu creamy sebab nanti buah-buah kering akan jatuh ke dasar kek. 3. Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan perlahan-lahan. 4. Masukkan susu, buah prune yang telah dilenyek dan esen vanilla.

5. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Ambil sedikit tepung dan gaulkan dengan buah-buahan kering. 6. Masukkan tepung dan buah-buahan kering kedalam adunan berselang seli sambil gaul perlahan. 7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit kemudian turunkan suhu 120C dan bakar lagi selama 20 minit.

Kek coklat
Bahan-bahan kek 1 cawan gula pasir 1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 3 biji telur Cara-cara
1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut. 2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. 3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan. 4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan. 5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.

Puding roti kukus

Bahan-bahan topping (coklat ganache) 150 g thickened/whipping cream 150 g coklat masakan 15 g butter Cara-cara
1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling. 2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.

3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.

Resepi asal: Resepi Coklat

Puding roti kukus


Bahan-bahan 4 keping roti dipotong kecil-kecil 1 tin susu cair (375 mL) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar butter Sedikit kismis Cara-cara 1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. 2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. 3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. 4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. 5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

Anda mungkin juga menyukai