Anda di halaman 1dari 8

Kebaikan Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Bahasa Melayu.

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan Bahasa Melayu dewasa ini tidak disangkal lagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek kemahiran bahasa dengan baik.(Dowling,1999). Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa teknologi memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dalam penulisan, pembacaan dan penuturan selain membantu pelajar dalam memperoleh maklumat yang lebih berkesan. Ini kerana kesan daripada pemerolehan maklumat menerusi deria penglihatan adalah peratusan yang terbesar berbanding menerusi cara yang lain iaitu 83% dari jumlah semua deria yang digunakan. Hanya 11% maklumat yang diberi dapat di cerap atau diterima pelajar apabila guru hanya menggunakan teknik syarahan sahaja.Ini menunjukkan teknologi membantu merangsangkan semua deria pelajar terutamanya deria penglihatan di mana kesannya lebih tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian atau dalam bidang pendidikan. Pengendalian komputer dengan cara sistematik dan terancang akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar san sebarang masalah yang rumit akan dapat diselesaikan dengan mudah. (Heinich,1996). Dengan kata lain kehadiran komputer sebenarnya telah memperkayakan teknik pengajaran dan pembelajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah. Kehadiran teknologi ICT juga merupakan penyebab utama banyak kemajuan telah dapat dicapai dalam usaha meningkatkan mutu dan keupayaan pelajar untuk menguasai pelbagai

kemahiran bahasa. Komputer boleh digunakan untuk membantu pelajar mempercepatkan penguasaan asas dalam kemahiran membaca dan menulis, membantu guru menerapkan kemahiran membuat rujukan dan penyelidikan di kalangan pelajar bahasa. Di samping itu, banyak perisian telah dicipta untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam menguasai aspek kemahiran bahasa yang sukar dilakukan dengan menggunakan peralatan lain. Komputer telah berjaya menggantikan banyak peralatan membantu mengajar yang dahulunya perlu disediakan secara berasingan dan sekiranya dibeli setiap satu secara berasingan memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah membawa banyak perubahan dalam senario kelas yang dahulunya banyak terkongkong dengan bahan bercetak. Kebaikan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran .Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik dan seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar-pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran akan menjadi lebih menarik. Justeru itu pelajar tidak mudah terasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan memalui ICT Di samping itu, kesan penggunaan ICT dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan . Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu pada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan

kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapat maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat maklumat dapat di akses terus ke dalam sistem. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCCD, CD, pendrive, hardware, software, internet, dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai-bagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi . Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ia mudah untuk difahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan

sistem ICT ini di samping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi untuk menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya dalam bidang pendidikan yang menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid. Selain itu, manfaat yang di peroleh kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT. Contohnya melalui penggunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan . Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT. KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN. 1. Kekangan dari segi menghabiskan silibus.

Penulis mencadangkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif. Masa yang lebih digunakan untuk melengkapkan perisian menggunakan kaedah ICT tidak dapat menampung masa yang sepatutnya dihabiskan untuk menghabiskan silibus satu-satu matapelajaran itu. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru dan juga pelajar kerana peperiksaan di negara ini berasaskan kepada silibus yang telah mereka ajar serta pelajari. 2. Guru tidak bersedia melaksanakan pembaharuan. Guru-guru harus meninggalkan cara pengajaran yang lama serta berubah ke arah cara pengajaran yang moden. Menurut Steers & Black, 1994, persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan sesebuah organisasi. Ini benar kerana jika guru tidak bersedia dari segi mental dan pengetahuan diri mereka sendiri dalam ICT sudah tentu pembelajaran menggunakan ICT tidak dapat dijalankan. Jika guru buta ICT, apalah lagi pelajarnya. 3. Kekurangan prasarana dan bahan bantu sokongan. Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia dan mempertingkatkan infostruktur. Ini adalah seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur. Pihak sekolah juga perlu menyediakan sebuah bilik darjah khas untuk pengajaran menggunakan ICT ini. Bilik tersebut lengkap dengan peralatan untuk pembelajaran menggunakan kaedah itu. Kekurangan peralatan ini akan menggagalkan

proses pendidikan menggunakan ICT ini. Bagi menjamin pendidikan yang menggunakan ICT ini berjaya, sudah tentunya pihak yang berwajib memantau segala kelengkapan telah dipenuhi sebelum melakukan pemantauan tentang perjalanan ICT digunakan di dalam pembelajaran. 4. Kekurangan kemahiran penggunaan ICT Guru-guru perlu diberi kursus jangka pendek untuk mendapat ilmu dan pengetahuan berkaitan ICT. Pihak kementerian sememangnya telah pun menjalankan ataupun memberi pendedahan kepada para guru melalui kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan. Namun begitu, perisian yang diberikan di dalam kursus itu tidak cukup untuk para guru melakukannya di sekolah. Ini kerana kursus itu tidak lengkap malahan sekiranya sekolah mempunyai murid yang ramai sudah tentu berlakunya kelebihan masa untuk menyelenggarakan komputer di dalam bilik darjah. Ini akan membuatkan masa terbuang dan p&p tidak dapat dijalankan. 5. Sumber kewangan yang tidak mencukupi. Sekolah perlu menangani masalah kewangan dari masa ke semasa mengikut keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT di sekolah berjaya dan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dan juga pelajarpelajar sekolah seiring dengan kemajuan ICT dunia. Kekurangan peruntukan wang oleh kerajaan untuk penyelenggaraan perkara ini. 6. Jurang ICT dan Digital Penggunaan ICT perlu diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar. Tidak perlu ada jurang di antara bandar dan luar bandar. Ini bermaksud luar bandar dan bandar tidak perlu dipisahkan. Jalur lebar perlu ditambahbaik agar penggunaan boleh dijalankan

di semua kawasan sama ada di bandar ataupun luar bandar. 7. Guru dan pelajar menjadi malas. Dengan adanya ICT, guru-guru juga akan menjadi malas. Kaedah pengajaran akan menjadi 'stereotype' sahaja. Pelajar tidak mendapat pembaharuan dalam pembelajaraan mereka. Pelajar akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Ini secara tidak langsung, pelajar akan malas dan cepat bosan dalam pembelajaran. 8. Guru menjadi gelabah. Guru menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer yang digunakan rosak dan mempunyai masalah, guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanakkanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. 9. Guru 'COPY AND PASTE' Guru akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan untuk memikirkannya kerana mereka boleh membuat teknik 'copy and paste'. Guru tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran , pelajar akan menjadi bosan kerana guru tidak kreatif dalam pengajaran . Mereka tidak akan belajar dengan berkesan. Sebagai contoh, guru tersebut meninggalkan kelas dan menyuruh pelajar melihat visual tanpa bimbingan daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian pelajar dari segi kebolehan dan kelemahan mereka. 10. Perkembangan pelajar terbatas. Pelajar-pelajar tidak dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan

mereka tidak dapat dikembangkan kerana tidak dapat mengetahui perkara yang' realia'. Sebagai contohnya, pelajar hanya melihat epal dalam gambar tanpa merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Para pelajar akan mudah mengingati sesuatu perkara dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri

Anda mungkin juga menyukai