Anda di halaman 1dari 16

Sistem Sanitary

Sistem sanitary merupakan system yang merangkumi peralatan kebersihan dan system paip kebersihan didalam sesebuah bangunan. Mengikut peraturan bangunan 1985 sanitasi merupakan satu air basuhan dan bahan-bahan kotoran dan bangunan untuk tujuan penghapusan yang terdiri daripada kelengkapan seperti , paip saluran, ruang pemeriksaan dan tangki penghapus. Diantara kepentingan Sistem Sanitary adalah 1. Untuk mengumpul dan mengalirkan sisa domestik seperti pepejal dan air sisa 2. Untuk menghalang pencemaran bau dari sisa domestic 3. Untuk mengelakkan penyakit-berjangkit

Fungsi dan jenis-jenis kelengkapan sanitasi. Tandas duduk Terdapat dua jenis tandas yang biasa digunakan iaitu jamban duduk dan jamban mencangkung. Ruang diantara tandas akan diletakkan mestilah mempunyai pertukaran udara yang tetap. Sebuah tandas memerlukan pertukaran udara tetap dalam keluasan 1838 cm persegi.

Kolam mandi
Kolam mandi boleh didapati dalam berbagai bentuk dan warna. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tembikar `vitreous china`, tembikar `fireclay`, `terrazzo` dan kaca gentian. Bekalan air ke kolam mandi selalu dipasang dengan kelengkapan pancuran air hujan. Terdapat juga kolam mandi berbentuk bulat dan segi tiga.

Besin basuh Pemasangan disokong oleh pendakap (chromed plated) atau berkaki tembikar (pedestal). Saiz bergantung kepada ruang dimana ia diletakkan. Bentuk 4 segi bujur bersaiz 460-700 mm panjang dan 280-500 mm lebar.

Sinki Biasa dibuat daripada `stanless steal`, kepingan logam atau tembikar. Bekalan air ke pili sinki berukuran 12 mm diameter untuk kediaman dan 18 mm diameter untuk asrma. Air yang dibekalkan ke sinki biasanya terus dari paip penaik.

Urinal Adalah tempat membuang air bagi bilik air lelaki. Terdapat 3 jenis urinal jenis `stall`, urinal jenis `slab` dan urinal jenis mencangkung. Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk urinal adalah tembikar dan besi tidak berkarat.

SANITARY SYSTEM APPLIENCE


Jenis-Jenis Perangkap Air -Bottle Trap

Ini adalah perangkap air yang diperbuat dripada steel,ianya lebih tahan berbanding perangkap air yang diperbuat drpd plastik.

Ini adalah perangkap air berbentuk S

Ini adalah bentuk perangkap air berbentuk P.Ianya banyak digunakan di sinkisinki dalam rumah.
5

Sistem pembuangan
Sistem pembentungan merupakan satu sistem yang mempunyai tempat pengolahan, sistem pengepam, paip pembentung dan peralatan lain-lain yang digunakan untuk membawa, mengepam dan mengolah air kumbahan sebelum dialirkan ke sungai dan sebagainya.

Terdapat dua jenis sistem pembentungan iaitu :A. Sistem pembentungan air atas tanah Sumber yang dialirkan adalah dari punca air hujan, basin, sinki dan perangkap lantai. Air yang dialirkan dari basin, sinki, dan perangkap lantai tidak berbau dan terlalu kotor. Air hujan dari bumbung akan disalirkan ke gater dan ke paip turun seterusnya akan dialirkan ke longkang.

B. Sistem pembentungan air bawah tanah Daripada saluran bahan buangan seperti tandas, tempat buang air kecil bagi lelaki, dan sinki. Bahan buangan yang dialirkan melalui sistem ini adalah dari bahan buangan bersisa dan berbau. Ia akan dialirkan melalui saluran paip bawah tanah ke tangki septik untuk dicuci dan selepas itu ia akan disalurkan ke sungai dan lain-lain.

Jenis-jenis sistem saliran pembentungan


A. Sistem saliran berasingan

Pembentungan berasingan adalah saluran air buangan dialirkan secara berasingan. Air hujan dan air kawasan berturap akan dialirkan oleh saliran air permukaan ke pembentung air permukaan dan seterusnya ke sungai dan lain-lain..

Aliran air kotor dari alatan kebersihan dialirkan ke saliran air kotor menerusi saliran bawah tanah dan ke saliran pembentung air kotor. Saliran air hujan tidak memerlukan pemasangan perangkap kerana tiada bau manakala saliran air kotor memerlukan pemasangan perangkap bagi tujuan megelakkan bau.

Sistem ini mahal kerana kos untuk membeli paip yang banyak, tetapi dapat mengurangkan beban paip yang ditanggung oleh pembentungan.

B. Sistem saliran gabungan

Sistem gabungan adalah sumber air kotor dari alatan kebersihan dan air permukaan iaitu air hujan dialirkan oleh satu saliran air kotor ke pembentung gabungan.

Dari segi pembinaan sistem ini mudah dipasang dan kos untuk pembelian paip dapat dijimatkan. Air hujan yang dialirkan dapat membantu membersihkan saluran pembentungan. Keburukan sistem ini ialah kos untuk pelupusan adalah tinggi, ini kerana air permukaan yang dialirkan bersama menyebabkan beban di tangki kumbahan meningkat.

Perlimpahan akan berlaku pada tangki kumbahan yang kecil pada waktu hujan.

C. Sistem separa bergabung

Sistem separa bergabung bertujuan untuk menjimatkan kos pembentungan atau pengaliran kumbahan. Biasanya satu saliran air hujan yang berada dibelakang rumah akan digabungkan atau dialirkan ke saliran air kotor. Sistem ini lebih jimat berbanding dengan sistem yang lain. Air hujan yang dialirkan dapat membantu membersihkan saluran.

Lurang (manhole)
Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24".

10

Tangki septik
Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut. Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber). Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe. Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

11

Tangki septik

Syarat jarak komponen sistem tangki septik


12

Drainage System
System drainage merupakan saliran untuk air hujan dan lumpur biasanya terbuka dan di bina disepanjang sisi kiri dan kanan jalan raya dan dikeliling bangunan

Kepentingan System Drainage 1. Untuk mengelakkan banjir atau pencemaran 2. Elak bumbung menanggung beban berlebihan dari takungan air atas bumbung 3. Mengelakkan air bertakung sekeliling rumah dan memasuki bangunan. (Risiko Kelembapan ) melindungi tanah dari kerosakan hakisan, ketidakstabilan permukaan dan struktur tanah Ciri-ciri longkang yang dibina mestilah: 1. Pembinaan mestilah tidak bocor 2. Air buangan dan najis tidak memberi kesan kepada longkang.( Permukaan Dalam Licin) 3. Mampu menerima tekanan tanah serta building settlement 4. Boleh menahan haba dan cecair 5. Boleh menjana kelajuan cuci sendiri walaupun pada aliran perlahan 6. Pembinaan mestilah ada ruang kosong walaupun pada aliran maksimum selain itu juga supaya mudah di cuci 7. Mestilah mempunyai struktur yang stabil, kukuh dan selamat

13

Diantara contoh system drainage adalah pembemtung diantara conto-contoh pembentug adalah seperti berikut

Pipe Culvert
Pembentung paip adalah yang biasa di gunakan dimana susunan strukturnya sangat sesuai walaupun dibawah beban yang besar. Ia diperbuat dari bahan logam seperti corrugated atau dari bahan konkrit

Pembentung Kekotak( Box Culvert) Pembentung kotak boleh direka dengan baik untuk banjir besar dan boleh diletakkan pada sebarang keadaan. Ia akan lebih flexible jika ukurannya boleh diubahsuaikan dengan keadaan turus hidraulik. Rentang span samapi 3-4 meter(10-12 kaki)

14

Pembentung Gerbang( Archel Culvert) Boleh di gunakan dalam keadaan di mana kurang sekatan atau halaju kepada keperluan jalan air masa depan. Rentang boleh sampai 1.8metera dan ia diperbuat dari konkrit. Bonjol (hump) mungkin terjadi di permukaan jalan. Kos pembinaan adalah mahal Untuk aliran air yang kurang sekatan atau halaju tidak terbatas.

Pembentung Balak Biasanya diperbuat daripada konkrit bertetulang dan susunan strukturnya menyerupai satu jambatan kecil Sistem ini juga diperkukuhkan dengan asas konkrit bagi menanggung beban Sistem ini juga diperbuat daripada dinding bata

15

Monsoon Drain
Longkang besar yang dibina untuk elak banjir dan hakisan tanah Dibina daripada bata 225 mm tebal dan benching diturap dengan simen perintang sulfat setebal 19 mm dan berkecerunan nisbah 1:6 Terdapat longkang konkrit tuang dahulu separa bulat 225 mm

16