Anda di halaman 1dari 35

1. 2.

Adab ialah tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syariat. Adab terhadap Rasulullah semasa hayatnya : a. Bergaul dengan baik- Para sahabat sentiasa beradab sopan semasa bergaul dengan Rasulullah dan menghormati serta menyayangi baginda lebih daripada perkara-perkara lain. b. Beradab ketika menghadiri majlis ilmu- Ketika bersama Rasulullah dalam majlis ilmu, para sahabat sentiasa menjaga tatasusila majlis dan mendengar pengajaran setiap pengajarannya. c. Beradab ketika bercakap Para sahabat sangat bersopan ketika bercakap di hadapan Rasulullah dan mereka bercakap hanya perkara berfaedah.

3. Adab terhadap Rasulullah selepas kewafatannya : a. Selawat dan salam- Umat Islam disunatkan memperbanyakkan selawat dan salam terhadap baginda sebagai membuktikan kasih sayang dan menghormati Rasulullah. b. Menziarahi maqam- Umat Islam digalakkan menziarahi maqam dan memberi salam kepada Rasulullah serta menjaga adab-adab ketika menziarahi baginda. 4. Hikmah beradab terhadap Rasulullah : a. Memantapkan keimanan dan ketaatan kepada Rasulullah. b. Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah. c. Menguatkan rasa kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah. d. Dapat mencontohi adab sopan dan akhlak mulia yang dilakukan oleh Rasulullah. e. Meningkatkan penghayatan syariat Allah melalui pelaksanaan ibadat fardhu dan sunnah. f. Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam. 5. Akibat tidak beradab dengan Rasulullah : a. Tidak mendapat hidayah dan bimbingan Rasulnya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. b. Timbul perasaan tidak yakin untuk mengamalkan sunnah Rasulullah. c. Menjauhkan diri daripada melaksanakan tuntutan Islam.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

127

d. e. f. g.

Menghakis nilai sensitiviti terhadap ajaran Islam. Mudah dipengaruhi anasir yang merosakkan agama. Menghakis nilai kesopanan dan kesusilaan kerana tidak lagi mengikut sunnah Rasulullah. Hilang rasa hormat dan cinta pada Rasulullah

OBJEKTIF SOALAN OBJEKTIF

1. Islam menuntut umatnya beradab terhadap Rasulullah semasa hayatnya dan selepas kewafatannya. Apakah hikmah beradab terhadap Rasulullah. A. Menghakis nilai sensitiviti terhadap ajaran Islam. B. Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam. C. Menjauhkan diri daripada melaksanakan syariat Islam yang sebenar. D. Menimbulkan perasaan tidak yakin untuk mengamalkan sunnah Rasulullah

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

128

1. 2.

Manusia adalah semulia-mulia makhluk kerana dikurniakan akal untuk berfikir mengikut keperluan semasa. Islam t elah menggariskan beberapa panduan berfikir supaya manusia dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk. a. Berfikir menurut wahyu. Untuk menghasilkan suatu keputusan atau tindakan yang baik dan berkesan, proses berfikir mestilah berpandukan wahyu kerana ianya tidak dapat dipengaruhi oleh kepentingan individu, sosio budaya, keturunan atau bangsa. Berfikir untuk mencari kebenaran. Manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan atau mencari kebenaran. Berfikir untuk pembangunan ummah. Kita perlu memikirkan strategi terbaik untuk menguasai ilmu-ilmu bagi pembangunan jasmani dan rohani ummah.

b.

c.

3. Bentuk pemikiran positif : a. Mempunyai keyakinan melakukan tindakan. b. Sabar menghadapi ujian dan kegagalan. c. Kuat keinginan mencuba idea-idea baru yang mencabar dan berisiko tinggi. d. Mempunyai jati diri, visi dan misi dalam kehidupan. e. Bersikap terbuka dan sedia menerima pendapat orang lain. f. Bersikap optimis dengan memandang masa depan yang cerah. 4. Bentuk pemikiran negatif : a. Ragu-ragu sebelum melakukan tindakan. b. Takut berhadapan dengan cabaran. c. Mudah mengalah dan kecewa apabila menghadapi ujian atau kegagalan. d. Malas mencuba idea-idea baru. e. Mudah kecewa dan tawar hati apabila gagal. f. Bersikap pasimis melihat masa depan yang gelap.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

129

5. Hikmah berfikir : a. Dapat membezakan yang hak dan yang batil. b. Menghasilkan pandangan kreatif dan kritis. c. Meningkatkan kualiti diri. d. Menghasilkan natijah yang baik. e. Mengurangkan kesilapan ketika bertindak. f. Membezakan di antara manusia dengan haiwan.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

130

1.

Konsep amar maaruf dan nahi mungkar ialah menyeru atau mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan sesuatu kejahatan atau maksiat. Setiap individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah bertanggungjawab untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Contoh-contoh perbuatan amar maaruf ialah : a) Mengajak rakan untuk melakukan solat berjemaah. b) Menggalakkan masyarakat mengamalkan sifat suka bersedekah. c) Menyeru umat islam bersatu dan berkerjasama mempertahankan tanah air. d) Membimbing masyarakat supaya sentiasa cintakan ilmu pengetahuan dan seterusnya mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Contoh-contoh perbuatan nahi munkar ialah : a) Mencegah perbuatan maksiat dalam masyarakat seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. b) Membanteras penyelewengan harta benda atau wang ringgit yang berlaku di sesebuah jabatan. c) Menghapuskan amalan-amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat.

2. 3.

4.

5. Peringkat amar maaruf dan nahi munkar : a) Mencegah dengan tangan . b) Mencegah dengan lisan : Jika tidak mampu mencegah dengan tangan. c) Membenci dengan hati : Jika tidak mampu mencegah dengan lisan. 6. Kebaikan melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar : a) Masyarakat akan hidup dalam keadaan tenteram dan bahagia. b) Akan dikasihi oleh Allah dan juga makhluk. c) Kehidupan akan sentiasa diredhai oleh Allah. d) Mengeratkan hubungan di antara sesama individu sesebuah masyarakat. 7. Akibat meninggalkan amar maaruf dan nahi munkar : a) Masyarakat akan hidup bergelumang dengan dosa.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

131

b) Akan ditimpakan bala daripada Allah. c) Masyarakat hidup dalam keadaan tidak tenteram dan suasana huru hara. d) Hilangnya norma-norma atau batas-batas kehidupan manusia. 8. Ciri-ciri pendakwah : a) Berilmu. b) Ikhlas. c) Istiqamah. d) Iltizam. e) Tidak pilih kasih. f) Berani. g) Sabar. h) Berhikmah.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

132

1.

Konsep berhias diri menurut Islam ialah kaedah mengindahkan diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat dan berhias mengikut batas-batas syarak Adab-adab berhias diri menurut Islam: a) Menutup aurat. b) Suci daripada najis dan kemas. c) Tidak sombong , riak dan berniat untuk menunjuk-nunjuk. d) Mengikut kemampuan dan tidak membazir.

2.

3. Batas-batas berhias diri : a) Lelaki diharamkan memakai emas dan sutera. b) Lelaki diharamkan bersolek seperti perempuan. c) Lelaki diharamkan memakai pakaian perempuan dan sebaliknya. d) Ditegah memakai pakaian yang menyerupai agama lain. e) Tidak berhias dengan keterlaluan seperti memakai subang di hidung. 4. Cara berhias menurut adat : a) Tidak mementingkan penutupan aurat seperti yang dianjurkan oleh syarak. b) Mementingkan nilai-nilai budaya dan adat setempat. c) Pakaian hanya dilihat bersih dari segi lahiriah sahaja. d) Berpakaian mengikut fesyen dan arus permodenan. e) Berpakaian hanya untuk menunjuk-nunjuk dan kelihatan cantik sahaja. 5. Hikmah berhias diri menurut syarak. a) Terhindar daripada orang lain terdorong untuk melakukan maksiat. b) Dapat memelihara maruah dan dan kehormatan diri. c) Dipandang mulia oleh masyarakat dan dikasihi Allah. d) Memberikan ketenangan jiwa dan sifat syukur dengan nikmat.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

133

1. 2. 3.

Islam menggesa umatnya mengambil peranan untuk menolong orang lain yang sedang sakit dan berada dalam keadaan kesusahan. Apabila seseorang itu jatuh sakit maka adalah menjadi tanggungjawab ahli keluarga , saudara mara dan jirannya untuk menjaganya. Adab-adab menjaga orang sakit : a) Menyediakan makan dan minum kepada pesakit. b) Membawa pesakit untuk menerima rawatan. c) Memberi makan ubat mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh doktor. d) Berdoa untuk pesakit agar segera sembuh dari sakitnya. e) Menjaga hatinya supaya tidak tersinggung dan berikan kata-kata semangat agar hatinya sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. f) Mengingatkan pesakit agar tidak meninggalkan perintah Allah. g) Membantu pesakit dalam melakukan ibadah kepada Allah seperti mewudukkannya dan bangun untuk solat.

4. Perkara-perkara positif semasa menjaga pesakit : a) Menjaga tutur kata dengan bercakap perkara-perkara yang baik sahaja. b) Memelihara gerak-geri kita untuk mengelakkan perasaan kurang senang kepada pesakit dan bertanya soalan terlampau banyak. c) Sentiasa mendoakan kesejahteraan pesakit. d) Memberikan layanan yang sempurna dan terbaik kepada pesakit. SOALAN OBJEKTIF

1. Islam menggesa umatnya agar memberi perhatian dan layanan yang baik kepada orang sakit kerana : A. Menunjukkan ketinggian akhlak dan budi bahasa yang tinggi. B. Merupakan tanggungjawab seorang muslim kepada yang sakit. C. Menjadikan kita lebih dihormati oleh pesakit dan keluarganya. D. Sebagai membalas budi atas jasa-jasa pesakit kepada kita.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

134

1. 2.

Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa musibah kematian salah seorang daripada ahli keluarganya. Tujuan meziarahi jenazah : a) Untuk mengucapkan takziah kepada keluarga simati. b) Memberi pertolongan dan mengurangkan beban keluarga simati. c) Menasihati ahli waris supaya tabah dan sabar dengan ujian yang diterima. d) Mengingatkan kepada yang hidup akan kematian. e) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim.

3. Kelebihan menziarahi jenazah. a) Dapat mengurangkan beban dan kesedihan keluarga simati. b) Melahirkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam. c) Dapat menatap jenazah untuk kali terakhir. d) Dapat melahirkan keinsafan kepada yang hidup bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati. e) Dapat mendidik diri agar sentiasa melakukan amalan fardhu kifayah. 4. Adab-adab ziarah jenazah menurut Islam : a) Segera menziarahi jenazah apabila mendengar berita kematian. b) Menemui keluarga simati untuk mengucapkan takziah. c) Mengeluarkan kata-kata perihal yang baik tentang simati. d) Membaca al-Quran dan berzikir untuk disedekahkan kepada simati. e) Mendoakan simati agar rohnya dicucuri rahmah dan diampunkan Allah. f) Menyegerakan pengurusan jenazah dan mengkebumikannya. 5. Hukum menziarahi jenazah orang bukan Islam ialah harus sebagai tanda simpati dan disunatkan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga simati. 6. Perbezaan di antara menziarahi jenazah muslim dengan bukan muslim. a) Jenazah muslim : i. Menguruskan jenazah seperti mengkafankannya. ii. Menyembahyangkan jenazah. iii. Mengiringi ke tanah perkuburan dan mengkebumikannya. iv. Membaca al-Quran dan zikir untuk disedekahkan kepada simati.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

135

b) i. ii. iii.

Jenazah bukan islam: Hadir ke rumah si mati sebagai tanda simpati. Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan sebagai tanda Mengucapkan takziah untuk keluarga simati.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

136

1.

Pengertian tempat rekreasi ialah tempat untuk melakukan kegiatan yang menyeronokkan bagi mengembalikan kesihatan badan serta melapangkan fikiran . Pelbagai kegunaan tempat rekreasi untuk manfaat bersama bagi tujuan berikut : a) Tempat rehat / Perhentian rehat / Taman. i. Tempat untuk memberikan ketenangan jiwa. ii. Merehatkan badan setelah penat berkerja atau memandu bagi perjalanan yang jauh. iii. Menikmati udara segar dan suasana yang aman damai. b) Tempat riadah . i. Memberi kemudahan untuk orang ramai bersenam atau beriadah. ii. Memberi peluang kepada masyarakat untuk merehatkan badan pada waktu petang atau hari minggu. iii. Mengadakan hari keluarga, sukan tahunan dan karnival. c) Kawasan kajian / sudut ilmu. i. Menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk membuat kajian. ii. Memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk mengenali hutan atau tumbuhan dengan lebih dekat.

2.

3. Adab-adab yang perlu dipatuhi semasa berada di tempat rekreasi ialah : a) Memastikan tempat rekreasi sentiasa bersih dan terhindar dari kerosakan. b) Tidak membuang sampah merata-rata dan membuat pembakaran terbuka. c) Mengelakkan dari merosakan harta awam dan khazanah tumbuhtumbuhan yang hidup di sekelilingnya. d) Mengingatkan orang ramai yang membuang sampah merata-rata. e) Menggunakan kemudahan yang disediakan ditempat rekreasi dengan baik dan dengan rasa tanggung jawab.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

137

4. Akibat tidak mematuhi adab tempat rekreasi. a) Sampah sarap bersepah di merata tempat. b) Kemudahan yang disediakan mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan. c) Keselamatan pengguna tidak terjamin akibat kerosakan yang berlaku. d) Merugikan semua pihak samada orang rami, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan. 5. Faedah yang boleh didapati daripada tempat rekreasi : a) Menyihatkan tubuh badan dan menghilangkan rasa lesu serta malas. b) Melihat keagungan Allah dan kebesaran pencipta. c) Memupuk hubungan silaturrahim di antara pengunjung-pengunjung. d) Melahirkan keluarga yang bahagia dan diredai Allah.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

138

1.

Alam ialah segala yang ada di langit dan di bumi. Sebagai makhluk yang dilantik oleh Allah menjadi khalifah di muka bumi ini, manusia bertanggung jawab memelihara dan menjaga alam. Adab-adab menjaga alam : a. Memelihara alam sekitar- Tanggung jawab muslim menjaga alam sekitar samada di darat, laut dan udara daripada sebarang kerosakan, pencemaran dan kemusnahan. b. Menjaga kebersihan Larangan membuang sampah sarap, najis dan sisa-sisa bahan kimia di merata tempat. c. Larangan melakukan kerosakan - Pembakaran terbuka, pengeluaran asap kenderaan dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan. d. Bersyukur dengan kejadian Allah Sewajarnya kita bersyukur dengan nikmat alam sekitar yang dianugerahkan Allah.

5.

3. Contoh Rasulullah menjaga alam : a. Rasullullah telah menyatakan bahawa memelihara kebersihan samada diri atau alam sekitar merupakan sebahagian daripada iman. b. Apabila mengutuskan tentera Islam untuk berjihad, baginda akan berpesan supaya tidak memotong dan memusnahkan pokok-pokok yang berbuah dan juga membunuh haiwan ternakan pihak musuh. c. Rasulullah menyatakan tiga perkara yang menyebabkan seseorang akan dilaknat oleh Allah ialah membuang air di tempat sumber air, di laluan awam dan tempat berteduh. d. Rasulullah mengingatkan para sahabat supaya bersyukur dengan semua kejadian yang ada di alam ini dan menegah para sahabat membunuh binatang tanpa tujuan. Cara-cara penjagaan alam . 1. Sekolah dan persekitarannya : a. Memastikan bersih daripada sampah sarap dan kotoran. b. Tidak merosakkan kemudahan dan peralatan sekolah. c. Mengekalkan dan mencantikkan keindahan lanskap dengan tidak merosakkan pokok-pokok bunga. d. Menjimatkan penggunaan air dan elektrik. e. Menjaga kebersihan tandas.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

139

2. Sungai dan laut : a. Membersihkan dan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya. b. Memelihara batu karang, organisma, tumbuh tumbuhan dan hidupan dengan tidak memusnahkannya. c. Tidak mencemarkan kedua-dua sumber air tersebut dengan membuang bahan kimia dan sisa toksik ke dalamnya. 3. Hutan dan pokok : a. Memelihara dan menjaga kawasan hutan simpan dan taman negara yang diwarta dan dilindungi oleh kerajaan. b. Tidak menceroboh kawasan hutan simpan dan taman negara yang telah diwarta oleh kerajaan dengan aktiviti pembalakan dan pembangunan. c. Tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan penebangan hutan tanpa kawalan. d. Memperbanyakkan penanaman semula pokok untuk menghijaukan alam sekitar. 4. Udara : a. Memperbanyakkan penanaman pokok. b. Tidak melakukan pembakaran terbuka. c. Tidak mencemarkan udara dengan asap kenderaan dan kilang. d. Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian sebaliknya menggunakan pengangkutan awam. 5. Tanah : a. Menjaga tanah daripada berlaku hakisan. b. Tidak melakukan aktiviti pembangunan di kawasan bukit. c. Mengurangkan penggunaan racun rumpai untuk menjaga ekologi tanah. 6. Binatang : a. Tidak menyeksa binatang. b. Memelihara binatang terbiar. c. Tidak membiarkan binatang berkeliaran tanpa pengawasan. d. Memelihara dan menyayangi binatang. e. Mematuhi undang-undang berkaitan penjagaan binatang. 7. Hubungan manusia dengan alam : a. Sumber makanan dan minuman. b. Sumber rezeki. c. Sumber perhubungan. d. Sumber tenaga.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

140

Pencemaran 1. Punca berlakunya pencemaran : a. Kurang sikap tanggung jawab masyarakat dalam menjaga alam. b. Sikap negatif anggota masyarakat yang tidak mahu memelihara alam sekitar sekalipun menyedari kepentingan menjaga alam. c. Sikap pengilang dalam sektor industri yang tidak mahu membina loji pelupusan bahan buangan. d. Kurangnya pengawasan dan penguatkuasaan ke atas mereka yang melakukan pencemaran. e. Terdapat segelintir masyarakat yang melakukan pembakaran terbuka. 2. Cara mengatasi pencemaran alam : a. Mendidik masyarakat tentang perlunya menjaga alam sekitar. b. Meningkatkan kempen berbentuk kesedaran seperti ceramah dan iklan tentang perlunya menjaga alam sekitar. c. Mendidik masyarakat untuk menjaga lapisan ozon daripada nipis dengan menggunakan barangan bergas yang mesra alam. d. Kitar semula barang buangan. 3. Akibat tidak beradab dengan alam : a. Menyebabkan kerosakan pada alam seperi hakisan tanah, suhu meningkat, kepupusan haiwan dan tumbuhan. b. Mengancam sumber sumber rezeki dan pendapatan manusia. c. Membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa manusia serta kehidupan lain.

SOALAN OBJEKTIF
1. Manusia bertanggungjawab memelihara dan menjaga alam. Bagaimanakah cara untuk kita memulihara alam sekitar ? A. Memperbanyakkan penggunaan racun rumpai untuk menjaga ekologi tanah. B. Aktiviti pembangunan di kawasan bukit perlu bagi mengindahkan alam. C. Mengurangkan penanaman pokok kerana risiko tumbang dan membahayakan keselamatan. D. Mematuhi undang-undang penjagaan hutan simpan dan alam sekitar.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

141

1. 2. 3.

Sedekah ialah pemberian atau derma secara sukarela untuk membantu individu dan masyarakat di samping mendapat ganjaran daripada Allah. Hadiah ialah pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang bertujuan memuliakan atau memberi penghormatan kepada penerima. Hukum memberi hadiah ialah sunat dan tidak terikat dengan masa-masa tertentu dan hukum menerima hadiah dan sedekah hukumnya harus manakala makruh menolak pemberian seseorang tanpa sebab munasabah. Hukum memberi sedekah : a. Sunat - Sepanjang masa. b. Haram - Sekiranya diketahui akan digunakan untuk tujuan maksiat. c. Wajib Sekiranya terdapat di kalangan anggota masyarakat yang kelaparan sedangkan seseorang itu mempunyai lebihan makanan yang diperlukan.

4.

5. Rukun sedekah dan hadiah : a. Pemberi Syarat : Baligh dan berakal. b. Penerima Syarat : Layak memiliki. c. Barangan Syarat : i. Wujud dan boleh diserahkan ketika pemberian. ii. Bernilai. iii. Dimiliki oleh pemberi. 6. Rasulullah dan para sahabat telah menjadikan pemberian dan hadiah sebagai suatu bentuk amal soleh yang amat dituntut oleh Islam. Rasulullah sendiri menerima hadiah yang dikirimkan oleh sebilangan pembesar negara dan orang yang bukan Islam. 7. Adab memberi dan menerima sedekah atau hadiah : a. Ikhlas Dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan untuk riya. b. Merahsiakan pemberian Bertujuan mengelakkan rasa riya dalam diri. c. Memberi barang yang disayangi Untuk menggembirakan penerima dan mengelakkan pemberian barang yang sudah rosak. d. Mengutamakan kaum kerabat dan jiran mendahulukan kaum kerabat dan jiran berbanding orang lain.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

142

8. Kelebihan sedekah dan hadiah : a. Masyarakat dapat menikmati kemudahan dan Perasaran. b. Meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik. c. Mengeratkan silaturrahim. d. Mendapat keampunan daripada Allah. e. Pahala yang berlipat ganda daripada Allah. f. Allah menggantikan harta dan rezeki yang lebih baik. 9. Amalan yang merosakkan pahala sedekah dan hadiah : a. Bersedekah tanpa keikhlasan seperti menunjuk-nunjuk dan bermegahmegah. b. Mengungkit-ungkit sedekah atau hadiah yang diberikan. c. Menyakiti hati dan perasaan penerima sedekah atau hadiah. 10. Kaedah sedekah boleh dibahagikan kepada tiga : a. Perbuatan Setiap individu samada pelajar, guru, peguam, pegawai kerajaan dan swasta menyumbang dalam bentuk tenaga dan kebolehan yang ada pada mereka. b. Percakapan Sedekah yang paling murah ialah memberi senyuman dan bercakap dengan kata-kata yang baik. c. Material Mereka yang berkemampuan boleh bersedekah dalam bentuk sumbangan kewangan dan harta benda. 11. Langkah-langkah untuk meningkatkan amalan sedekah dan hadiah : a. Pendidikan Ibu bapa dan guru-guru seharusnya mendidik dan membiasakan anak-anak dan pelajar-pelajar supaya bersifat pemurah. b. Contoh yang baik Pemimpin, ibu bapa, guru dan anggota masyarakat hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada anggota masyarakat dan anak-anak. c. Kempen kesedaran Anggota masyarakat perlu dijelaskan tentang kepentingan dan kelebihan memberi sedekah dan hadiah. 12. Anjakan paradigma Setiap individu muslim perlu mengubah sikap dengan menganggap bersedekah dan melakukan aktiviti kemasyarakatan sebagai satu kewajipan.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

143

SOALAN OBJEKTIF

1. Di antara berikut yang manakah tidak benar tentang rukun sedekah dan hadiah. A. Pemberi mestilah baligh dan berakal. B. Benilai dan tidak dimiliki pemberi. C. Penerima mestilah layak memiliki D. Wujud dan boleh diserahkan ketika pemberian 2. Maksud sedekah dari sudut istilah ialah : A. Pemberian hadiah B. Pemberian secara sukarela C. Pemberian tanpa mengharapkan balasan D. Pemberian tanpa paksaan kerana Allah

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

144

1. 2. 3.

Pidato adalah ucapan yang membicarakan sesuatu perkara yang disampaikan kepada khalayak ramai. Rasulullah telah menggunakan pidato untuk tujuan mengajar, memberi nasihat dan berdakwah. Allah telah memperingatkan kaum muslimin supaya beradab ketika berpidato, lebih-lebih lagi ketika berdakwah.

4. Jenis-jenis pidato : I. Ceramah dan syarahan. a. Digunakan untuk memperkatakan isu-isu tertentu. b. Menggunakan nas sebagai hujjah dan mentafsirkan nas sesuai dengan tajuk. c. Pemidato akan membuat teguran, nasihat dan cadangan. Khutbah. a. Disampaikan sempena ibadat tertentu seperti solat jumaat , solat sunat dua hari raya dan sebagainya. b. Mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.

II.

III. Debat. a. Debat melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pandangan berbeza. b. Setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan, mematahkan dan menyokong hujjah. IV. Kuliah agama. a. Merujuk pengajian agama di surau, masjid dan di mana-mana sahaja. b. Pengajian berdasarkan kitab-kitab atau tajuk-tajuk tertentu. Forum. a. Melibatkan dua orang atau lebih ahli panel dan seorang pengerusi. Ahli panel diberi peluang untuk mengemukakan hujjah. b. Para penonton atau pendengar diberi peluang untuk menyoal ahli panel.

V.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

145

6. Adab-adab berpidato : a. Mendahului dengan ucapan salam. b. Pujian kepada Allah dan disusuli selawat ke atas nabi. c. Menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. d. Menggunakan bahasa yang tidak menyinggung mana-mana pihak . e. Mempelbagaikan nada suara untuk menarik minat pendengar dan mengelakkan mereka berasa bosan. f. Menggunakan metodologi yang berbeza dan ditentukan oleh beberapa faktor seperti bentuk pidato, tajuk dan pendengar. g. Isi pidato yang menepati sasaran dan mengambil kira latar belakang pendengar seperti latar belakang pendidikan, persekitaran dan sebagainya. h. Memastikan penampilan diri yang bersesuaian dengan majlis. i. Mengakhiri pidato dengan memohon maaf kepada pendengar dan memohon ampun kepada Allah. 7. Adab pendengar : a. b. c. 9. Memberi perhatian sepenuhnya terhadap ucapan pemidato dan membuat cacatan. Tidak menggangu konsentrasi pemidato misalnya membuat bising, tidur dan sebagainya. Bersopan ketika mendengar pidato dari segi pakaian dan tingkah laku.

Pemidato mestilah membuat persediaan bagi keberkesanan dakwah : a. b. c. Berilmu pengetahuan. Mempunyai bahan yang mencukupi. Ikhlas.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

146

SOALAN OBJEKTIF

1. Senarai di bawah tidak termasuk dalam jenis-jenis pidato. A. Khutbah B. Debat C. Kuliah agama D. Deklamasi sajak 2. Kepentingan menjaga adab ketika mendengar pidato ialah : A. Dapat menghayati dengan baik B. Dapat memberi tumpuan seadanya C. Dapat memahami sebahagian pidato D. Untuk menghayati pidato 3. Faktor kepelbagaian nada suara penting dalam keberkesanan berdakwah. Oleh yang demikian : A. Nada suara mestilah yang sederhana apabila bilangan pendengar yang ramai B. Nada suara mestilah yang sederhana apabila berkaitan neraka dan azab C. Nada suara mestilah yang tinggi dan keras apabila khabar gembira kepada orang mukmin D. Nada suara mestilah yang tinggi dan tegas bila berupa peringatan kepada mukmin

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

147

1. 2.

Negara islam bermaksud negara yang didiami dan diperintah oleh umat Islam serta dilaksanakan syariat Islam. Kepentingan bernegara : a. Dapat melaksanakan syariat Islam. b. Menjamin keadilan dan kebajikan umat. c. Melindungi umat daripada ancaman musuh. d. Mengtur kehidupan umat menurut lunas-lunas perundangan. e. Mewujudkan keamanan dan keharmonian. f. Membina tamadun Islam.

3. Sebab-sebab perlu mencintai negara : a. Tempat mencari rezeki. b. Menjamin perlindungan terhadap diri dan harta menurut undangundang. c. Teampat kelahiran dan tempat meneruskan kehidupan. d. Menyediakan pelbagai kemudahan bagi kehidupan yang baik dan selesa. 4. Adab-adab bernegara : a. Menjaga imej negara. b. Menyumbang bakti untuk negara. c. Menanam semangat patriotisme. d. Sanggup berjuang mempertahankan negara. e. Memperingati hari kemerdekaan. 5. Kesan adab bernegara : a. Meningkatkan rasa cinta kepada negara. b. Sentiasa bertanggungjawab terhadap negara. c. Bangga menjadi rakyat Malaysia. d. Berusaha mengharumkan nama negara. e. Mempunyai jati diri yang kukuh. f. Menangkis setiap tohmahan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

148

6. Kesan buruk tidak mencintai negara : I. Politik . a. Pandangan pemimpin negara tidak dipedulikan oleh masyarakat antarabangsa. b. Negara dikuasai dan dipermainkan musuh. c. Nama baik negara terjejas di seluruh alam. II. Ekonomi. a. Pertumbuhan ekonomi negara terjejas. b. Pelabur asing tidak mahu melabur. c. Peluang pekerjaan terhad. d. Pelancong berkurangan. III. Sosial. a. Penyediaan kemudahan infrastruktur akan tergendala. b. Kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat. c. Kadar jenayah dan salah laku akhlak meningkat. d. Terbentuk mentality sabsidi di kalangan masyarakat. e. Taraf pendidikan lemah

SOALAN OBJEKTIF

1. Di antara adab bernegara ialah : A. Semangat Idealisme B. Sekularisme C. Patriotisme D. Individualisme 2. Mengapakah kita perlu mencintai negara. I. Tempat meneruskan kehidupan II. Tempat kebahagian hidup III. Tempat mencari kekayaan IV. Tempat untuk beribadat dan beramal A. B. C. D. I , II dan III II , III dan IV I , III dan IV I , II dan IV

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

149

1. 2.

Tarif musafir dari segi bahasa ialah orang yang sedang dalam perjalanan atau pengembaraan. Dari segi istilah ialah mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang baik.

3. Hukum musafir ialah : a. Harus Mengeratkan silaturrahim atau melihat keindahan alam ciptaan Allah. b. Wajib Menunaikan kewajipan seperti menunaikan haji, menuntut ilmu dan mencari nafkah. c. Haram Tujuan melakukan maksiat . 4. Hikmah bermusafir : a. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. b. Merapatkan silaturrahim sesama manusia. c. Meningkatkan keimanan dan rasa bersyukur kepada Allah. d. Melihat kejayaan yang dicapai oleh negara lain dalam pelbagai bidang kehidupan. e. Menyebarkan Islam kepada manusia. f. Meningkatkan perhubungan dan aktiviti ekonomi sesebuah negara. g. Mengambil iktibar dan pengajaran sejarah umat terdahulu. 5. Adab bermusafir : a. Menyelesaikan hutang dan menyediakan perbelanjaan tanggungan. b. Ditemani oleh mahram atau rakan-rakan bagi wanita. c. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, jiran dan rakanrakan. d. Mengerjakan solat sunat musafir dua rakaat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. e. Membaca doa bermusafir. f. Memastikan perjalanan selamat daripada sebarang gangguan dan bencana. g. Tidak mengabaikan kewajipan kepada Allah. h. Cukup perbelanjaan dalam perjalanan pergi dan balik. i. Bersyukur apabila selamat kembali.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

150

6. Tanggung jawab ketika bermusafir : a. Menjaga kebersihan tempat persinggahan seperti masjid dan surau. b. Memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi kesulitan dan memerlukan bantuan. c. Menjaga alam sekitar daripada dirosakkan. d. Menjaga kemudahan awan yang disediakan.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

151

1.

Jual beli dari segi bahasa ialah menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain manakala dari segi istilah bermaksud akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selama-lamanya. Hukum jual beli : a. wajib Ketika seseorang memerlukan suatu barang seperti makanan. b. Haram Jual beli yang diharamkan seperti arak. c. Sunat - Melebihkan timbangan kepada pembeli untuk tujuan bersedekah. d. Makruh Jual beli sewaktu azan jumaat pertama. e. Harus Jual beli yang menepati syarat-syarat jual beli.

2.

3. Faktor Islam menggalakkan jual beli : a. Sumber rezeki yang halal. b. Memberi peluang meningkatkan pendapatan. c. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah. d. Mengeratkan silaturrahim. e. Menjaga ekonomi umat dan negara. 4. Adab berjual beli kepada penjual: a. Memberi layanan mesra kepada pelanggan. b. Mengutamakan pelanggan. c. Tiada unsur-unsur penipuan. d. Sabar dengan karenah pelanggan. e. Menggunakan bahasa yang baik dengan pelanggan. f. Memberi layanan yang sama kepada pelanggan. g. Mengutamakan kebersihan dan keceriaan. h. Mengutamakan kualiti. i. Meletakkan harga berpatutan. 5. Adab jual beli kepada pembeli: a. Mengelakkan daripada menimbulkan banyak karenah. b. Berkomunikasi dengan bahasa yang baik. c. Berpatutan dalam tawar menawar. d. Menjaga nama baik penjual.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

152

1. 2.

Maksud berjuang ialah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan menurut syariat Islam. .Perjuangan memerlukan kesungguhan dan kemampuan yang maksimum bagi mencapai sesuatu matlamat.

3. Jenis-jenis perjuangan : a. Agama Perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam dalam semua bidang kehidupan manusia. b. Ekonomi Perjuangan untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh dunia. c. Pendidikan Perjuangan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, maju, dan berdaya saing. d. Siasah Perjuangan untuk menjamin kedaulatan pemerintahan Islam. e. Sosial Perjuangan menegakkan keadilan sosial melalui amar maruf dan nahi mungkar . f. Melawan hawa nafsu Perjuangan melawan hawa nafsu adalah pra syarat kepada perjuangan yang lain. 4. Adab-adab berjuang : a. Niat kerana Allah. b. Sanggup berkorban. c. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. d. Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam perjuangan. e. Mematuhi arahan f. Mempunyai semangat berpasukan. g. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. 5. Cara melahirkan semangat juang : a. Mengadakan program motivasi secara terancang supaya semangat juang terus menebal dalam diri. b. Menjelaskan ganjaran yang diperolehi bagi mereka yang berjuang samada di dunia dan akhirat. c. Menceritakan kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan para pejuang Islam dari zaman Islam hingga kini serta pejuang kemerdekaan negara.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

153

d. e.

Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti persatuan sebagai latihan dalam menghadapi perjuangan sebenar. Mewajibkan lepasan sekolah menyertai Kem Latihan Khidmat Negara yang dianjurkan oleh kerajaan.

SOALAN OBJEKTIF

1. Adab berjuang dalam islam ialah : A. Sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang disegani B. Mahir memberikan hujjah-hujjah dalam konsep perjuangan sebenar C. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan D. Memperingati perjuangan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

154

1.

Pemimpin ialah orang yang mengetuai dan mengendalikan orang yang di bawah pimpinannya dalam sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat, pertubuhan dan negara berasaskan syariat Islam. Adab-adab dengan pemimpin : a. Mentaati setiap arahan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. b. Menghormati dan menyayangi pemimpin. c. Menjaga maruah pemimpin kerana mereka telah diamanahkan untuk memimpin. d. Memberi kerjasama kepada pemimpin kerana mereka tidak boleh bersendirian dalam menjalankan tugas. e. Memberi teguran kepada pemimpin yang melakukan kesilapan secara berhikmah. f. Menziarahi pemimpin sebagai tanda sokongan dan hormat. g. Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga dalam membangunkan negara. h. Mendoakan kesejahteraan pemimpin supaya memperolehi pentunjuk dalam menjalankan tugas.

2.

3. Kelebihan dalam mentaati pemimpin : a. Memenuhi tuntutan agama. b. Pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar. c. Negara akan aman dan selamat daripada ancaman musuh. d. Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. 4. Kesan tidak beradab dengan pemimpin : a. Mendapat kemurkaan Allah. b. Memburukkan imej negara di seluruh dunia. c. Melemahkan semangat pemimpin untuk menjalankan tugas dengan cemerlang. d. Menggagalkan perancangan yang dibuat oleh pemimpin untuk kebaikan rakyat. 5. Peranan pemimpin terhadap rakyat : a. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. b. Menjaga kebajikan merangkumi semua keperluan asasi.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

155

c. d. e.

Menjadi contoh kepada orang yang dipimpin. Melaksanakan dakwah dan berlaku adil dalam kepimpinan. Mengutamakan kepimpinan orang yang dipimpin melebihi dirinya.

6. Adab para sahabat terhadap kepimpinan Rasulullah. 1. Dari segi sikap. a. Mengutamakan Rasulullah berbanding kepentingan keluarga dan diri sendiri. b. Taat sepenuhnya terhadap kepimpinan Rasulullah sebagai ibadah. c. Bersangka baik dan tidak mempersoalkan tindakan dan arahan Rasulullah. d. Mengelakkan daripada melukakan hati Rasulullah samada perkataan atau perbuatan. 2. Dari segi tindakan. a. Menyempurnakan tugas yang diberikan oleh Rasullullah denagn sebaik-baiknya. b. Memberi kerjasama sepenuhnya terhadap pandangan dan perancangan Rasullullah. c. Berlumba-lumba untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Rasulullah. d. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Rasulullah.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

156

SOALAN OBJEKTIF

1. Berikut adalah bentuk pemikiran positif menurut islam kecuali : A. Bersikap optimis dengan melihat masa depan yang cerah. B. Bersikap terbuka dan sedia menerima pendapat orang lain. C. Bersikap berani menghadapi cabaran dan risiko yang mendatang. D. Bersikap pasimis melihat masa depan yang gelap. 2. Mengapakah Allah mengurniakan kemahiran berfikir kepada manusia ? A. Dapat membezakan antara tingkah laku manusia dan haiwan. B. Menentukan tindakan seseorang. C. Dapat meneroka bidang-bidang ilmu yang praktikal. D. Menyamai keistimewaan makhluk Allah yang lain. 3. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai cara berfikir ? A. Mengetahui risiko yang akan berlaku. B. Mengetahui cara mencapai matlamat. C. Mengetahui tindakan yang dilakukan . D. Mengetahui tujuan berfikir. 4. Antara berikut yang manakah merupakan sumber berfikir yang betul ? I. Wahyu dan syariat Islam. II. Akal fikiran. III. Matlamat yang jelas. IV. Berdasarkan bukti yang tidak jelas. A. I, II,dan III B. I, II dan IV C. I, II dan IV D II, III dan IV 5. Pernyataan yang manakh yang benar mengenai cara berfikir yang beradab ? A. Berfikir untuk menyesatkan seseorang daripada kebenaran. B. Berfikir tentang perkara yang membawa kemudaratan. C. Berfikir tentang perkara-perkara yang membawa maksiat. D. Berfikir tentang sesuatu perkara yang mengikut ajaran Islam. 6. Antara berikut yang manakah merupakan hikmah berfikir menurut Islam ? I. Menginsafi kekuasaan dan kekuasaan Allah melalui ciptaanNya. II. Melahirkan individu yang proaktif dan berdaya maju. III. Berasa bangga kerana dapat menandingi orang ramai. IV. Menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur khurafat.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

157

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 7. Di antara berikut yang manakah tidak benar mengenai teknik amar maaruf nahi mungkar. A. Penjelasan dan pendekatan yang bijaksana agar dapat menarik mereka untuk berubah dan insaf. B. Memberi amaran dengan tegas serta menerangkan akibat-akibat buruk yang akan diterima bila mereka melakukan kemungkaran. C. Mengambil tindakan undang-undang dan dilaksanakan oleh sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran berlaku. D. Memberi amaran keras bahawa orang yang melakukan maksiat akan dihukum dengan seberat-beratnya dan dilaknat oleh Allah.

8. Susunan yang paling tepat mengenai peringatan-peringatan amar maaruf dan nahi mungkar. A. Hati , tangan dan lisan. B. Tangan , lisan dan hati. C. Lisan , hati dan tangan. D. Lisan , tangan dan hati. 9. Apakah hukum menjaga orang sakit ? A. Sunat muakkad. B. Harus. C. Fardhu Ain. D. Fardhu Kifayah. 10. Tujuan Allah menurunkan penyakit kepada seseorang adalah A. Untuk mengetahui tahap kesabaran seseorang. B. Untuk menguji tahap keimanan hambaNya. C. Supaya setiap orang merasa ujianNya. D. Supaya seseorang itu redha dengan ketentuanNya. 11. Antara yang berikut yang manakah tidak benar tentang tanggungjawab seorang muslim ke atas muslim yang lain ? A. Memberi salam dan menjawabnya. B. Menziarahi pesakit dan mengumpatnya di belakang. C. Membantu menjaga pesakit dan mendoakannnya. D. Membantu menyediakan keperluan pesakit dari segi rohani, emosi dan fizikal.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

158

12. Berikut adalah adab-adab semasa menziarahi jenazah bukan Islam kecuali : A. Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati. B. Mengiringi jenazah ke perkuburan dan mengkebumikannya. C. Hadir di rumah keluarga si mati sebagai tanda simpati. D. Berdiri ketika jenazah lalu sebagai tanda hormat. 13. Apakah akibat tidak mematuhi adab-adab di tempat rekreasi ? A. Sampah sarap yang dibuang akan menjadi baja pokok. B. Surau yang diconteng tidak boleh digunakan untuk solat. C. Gejala sosial dan maksiat semakin berleluasa di tempat rekreasi. D. Kawasan akan menjadi lapang dan bersih bila tumbuhan dimusnahkan. 14. Langkah penjagaan yang paling berkesan terhadap gejala vandalisme ialah : A. Membentuk Jawatankuasa Vandalisme yang dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan sukarela dan sekolah. B. Kerajaan perlu merobohkan kembali tempat-tempat dan kemudahan yang dikenal pasti akan menjadi sasaran vandalisme. C. Semua pihak perlu berkerjasama membanteras gejala vandalisme seperti keluarga, media cetak dan sebagainya. D. Menerangkan kepada rakyat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja beribu ringgit untuk mewujudkan kemudahan tersebut. 15. Antara berikut yang manakah tergolong dalam jenis-jenis sedekah i. menunjuk jalan orang yang sesat ii. menyelesaikan masalah orang lain iii. memberikan senyuman kepada orang lain iv. mengeluarkan zakat kepada fakir miskin A. B. C. D. i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv i, iii dan iv

16. Kelebihan utama aktiviti bertukar-tukar hadiah adalah A. Memupuk semangat tolong menolong B. Mengeratkan kasih sayang C. Menjimatkan perbelanjaan D. Menimbulkan perasaan tawadhuk

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

159

17. Di antara hikmah bermusafir ialah A. Merapatkan silaturrahim B. Menjimatkan kewangan keluarga C. Melawat negara-negara lain D. Meningkatkan ekonomi negara lain Mencari nafkah Menuntut ilmu Menunaikan haji

18. Pernyataan di atas merujuk kepada hukum bermusafir.hukum tersebut ialah. A. Sunat B. Harus C. Wajib D. Haram 19. Berikut adalah tidak benar mengenai hukum-hukum yang berkaitan jual beli kecuali : A. Wajib jual beli yang menepati syarat-syarat jual beli B. Harus melebihkan timbangan kepada pembeli un tuk tujuan sedekah C. Makruh diadakan jual beli selepas azan pertama D. Sunat ketika memerlukan sesuatu barangan 20. Pernyataan yang paling sesuai menjelaskan tentang kelebihan berniaga. A. Masyarakat akan hidup dengan lebih sihat B. Pengguna akan mendapat barang keperluan C. menjadi peniaga yang kaya raya D. Masyarakat lebih seronok membeli belah Tiada unsur penipuan Mengutamakan kebersihan dan keceriaan Mengutamakan kualiti

21. Pernyataan di atas merupakan adab-adab yang seharusnya dimiliki oleh : A. Pembeli B. Penjual C. Pemborong D. Pembeli dan penjual

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

160

22. Apakah yang tindakan yang wajar sekiranya berlaku tawar menawar antar penjual dengan pembeli? A. B. C. D. Bersikap toleransi Bertegas dengan keputusan Menurunkan harga yang dikehendaki Menghambur dengan kata-kata yang kesat

23. Faedah yang diperolehi daripada perniagasan yang mengikut syarak ialah A. B. C. D. Kedai dikunjungi ramai Mendapat keuntungan duania Mendapat keberkatan Allah Mendapat keberkatan dan keuntungan

24. Berikut adalah adab-adab berniaga kecuali A. Amanah B. Ihsan C. D. Kerjasama Tawadhuk

25. Sifat-sifat peniaga yang baik ialah A. B. C. D. Melindungi bayaran yang belum dibayar cukai Melindungi hak penjual dan pembeli Menurunkan harga barangan tertentu Mengadakan jualan murah

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Akhlak

161

Anda mungkin juga menyukai