Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENGUNAAN MODEM WIFI DI SK LIDONG Polisi internet di pejabat Pengguna yang menggunakan aplikasi web adalah bertanggungjawab

ab sepenuhnya keatas maklumat yang dikunci masuk. Pengguna tidak dibenar menyumbangkan perkara-perkara bertentangan dengan Perintah Am Kerajaan kepada mana-mana laman web tanpa kebenaran Ketua Jabatan. Pengguna tidak dibenarkan membuat capaian kepada bahan-bahan terlarang dan menggunakan sebarang perisian judi atau seumpamanya dengan menggunakan kemudahan pejabat. Permainan komputer adalah tidak dibenarkan semasa waktu pejabat. Pengguna tidak dibenarkan melanggan kepada mana-mana mailing list yang tidak berkaitan dengan tugas. Aktiviti chatting adalah tidak dibenarkan ketika waktu pejabat atau waktu-waktu yang memerlukan kelajuan rangkaian. Aktiviti muat turun (download) atau muat naik (upload) sebarang perisian cetak rompak adalah dilarang. Pengguna tidak dibenarkan melayari laman-laman yang tidak berkaitan dengan tugas di waktu pejabat. Pentadbir rangkaian ICT di Perbendaharaan adalah diberi kuasa untuk menjana laporan capaian rangkaian dan internet setiap pengguna kepada pihak pengurusan. Etika penggunaan internet SK Lidong telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat.

Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan: Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kerajaan (Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000)

Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (Pekeliling

Am Bil 1/2001 bertarikh 4 April 2001);


Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam

(MyMIS) Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan (PKPA Bil 1 Tahun 2003)
Beberapa polisi keselamatan ICT dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut: Kemudahan Chatting melalui internet dihentikan dan sekatan secara automatik akan dilaksanakan bagi sebarang cubaan akses Kemudahan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan seperti laman web porno, chat forum, P2P (termasuk KAZAA, Napster) dan sebagainya turut disekat secara automatik. Kemudahan memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan gambar yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan turut disekat secara automatik. Penggunaan internet di luar waktu pejabat tidak terhad kepadA urusan rasmi sahaja. Ini bertujuan untuk membantu kakitangan memahirkan diri dalam penggunaan internet disampaing mempertingkatkan lagi profesionalisme mereka dengan kos yang minima kepada kerajaan.

Aktiviti yang ditegah semasa melayari internet ketika waktu pejabat dan luar waktu pejabat: Aktiviti perniagaan persendirian atau urusan yang mampu mendatangkan keuntungan kewangan persendirian. Perkara-perkara yang bertujuan kemenangan dan kejatuhan mana-mana parti politik. Berkelakuan deskriminasi seperti memfitnah, menghasut dan menghantar berita palsu. Melayari , memperolehi atau mengedar bahan-bahan berunsurkan porno. Segala tingkah laku pegawai yang telah melaggar etika penggunaan internet SK Lidong akan diambil tindakan oleh pihak pentadbir atau majikan dengan serta merta.

Anda mungkin juga menyukai