Anda di halaman 1dari 36

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth

Kajian Geografi Tempatan 2012

Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.

Nama

: Farid Danial b. Mohd Zaini

Tingkatan

: 3 Gamma

Nama guru Penilai : En. Zainol bin Ibrahim

Tandatangan Pelajar

Tandatangan Guru

2. Senarai Kandungan

2.0 Senarai Kandungan


Bil Perkara / Butiran Halaman

1.0

Tajuk Kajian

2.0

Senarai Kandungan

3.0

Penghargaan

4.0

Pendahuluan

5.0

Objektif Kajian

6.0

Kawasan Kajian

7.0

Kaedah Kajian

8.0

Dapatan Kajian 8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian 8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian 8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian 8.4 Kesan-kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

Bil

Perkara / Butiran

Halaman

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian 8.6 Bahan Grafik

9.0

Rumusan

10.0

Lampiran

11.0

Rujukan

3. Penghargaan

3.0 Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth, Puan Hajah Calsom bt. Ibrahim kerana memberi sokongan dan galakan kepada saya sepanjang melakukan kerja kursus ini. Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada kepada guru Geografi saya iaitu Encik Zainol bin Ibrahim kerana beliau memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa membuat kerja kursus ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa yang saya hormati iaitu Encik Mohd Zaini b. Jaafar dan Puan Faridah bt. Mohd. Mereka sentiasa memberi dorongan, sokongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai. Tidak lupa juga, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan iaitu Syahmi, Syamim dan Azim yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus. Seterusnya, penghargaan juga diberikan kepada responden-responden kerana sudi menjawab soalan-soalan saya dan memberi banyak maklumat untuk menyelesaikan kerja kursus ini.

4. Pendahuluan

4.0 Pendahuluan
Saya telah memilih tugasan dua iaitu menjalankan kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan perniagaan pasar minggu di kawasan tempat tinggal saya. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui konsep, kepentingan, faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit dan kesannya terhadap penduduk setempat. Perniagaan runcit pasar minggu beroperasi di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang pada setiap hari Rabu bermula jam 6 petang hingga 11 malam. Tajuk ini dipilih kerana lokasi pasar minggu ini berdekatan dengan kediaman saya iaitu jaraknya kira-kira 500 meter. Jarak yang dekat telah memudahkan saya untuk memperoleh dan mengumpul maklumat-maklumat yang dikehendaki dalam Kerja Khusus Geografi ini. Tempoh masa kajian yang diberikan untuk saya menjalankan kerja khusus ini ialah bermula dari bulan Februari hingga bulan Julai tahun 2012.

5. Objektif Kajian

5.0 Objektif Kajian


1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. 2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. 3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. 4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Pulau Pinang. 5) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Butterworth, Pulau Pinang. 6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Butterworth, Pulau Pinang.

6. Kawasan Kajian

6.0 Kawasan Kajian


Kajian ini telah dijalankan di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Kampung Bagan Jermal terletak di daerah Seberang Perai Utara. Kawasan kajian ini terletak terletak kira-kira 5 Kilometer ke utara bandar Butterworth. Ia juga terletak kira-kira 500 meter dari Mahkamah Butterworth. Di Kampung Bagan Jermal terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor perindustrian, sektor perkhidmatan awam dan sektor perniagaan runcit. Lokasi pasar minggu ini terletak di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Perniagaan runcit ini diadakan di sepanjang jalan tersebut dan juga merupakan lokasi strategik oleh kerana permukaan tanahnya yang rata dan berada di tengah-tengah kawasan perumahan. Kawasan penempatan penduduk Kampung Bagan Jermal terdiri dari berbagai-bagai jenis perumahan seperti rumah pangsa, rumah teres dan rumah kampung. Perniagaan runcit pasar minggu ini diadakan pada setiap hari Rabu bermula dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Pelbagai barangan dijual seperti makanan, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging, pakaian, peralatan/ permainan elektronik dan lain-lain. Kawasan perniagaan runcit tersebut terletak kira-kira 500 meter dari tempat tinggal saya.

Peta Kawasan
Peta Daerah Seberang Perai Utara

Peta Kawasan Kajian

7. Kaedah Kajian

7.0 Kaedah Kajian


Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat dalam kajian ini. Antaranya, saya telah membuat pemerhatian. Saya telah meninjau tapak perniagaan runcit pasar minggu pada sebelah petang sebelum pasar minggu tersebut dimulakan. Kemudian, saya juga mengambil peluang untuk meninjau keadaan sebenar pasar minggu pada sebelah malam. Selain itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menemubual beberapa orang penduduk setempat untuk memperoleh maklumat tentang perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Di samping itu, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Untuk kajian ini, saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh peniaga runcit pasar minggu tersebut. Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah rujukan dengan melayari internet dan buku teks untuk mendapatkan maklumat tambahan.

8. Dapatan kajian

8.0 Dapatan kajian


8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian Perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil. Peluang pekerjaan ini akan mengurangkan masalah pengangguran di negara ini. Penyertaan peniaga-peniaga dalam perniagaaan runcit ini juga dapat memberikan pendapatan tambahan dan membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Apabila taraf hidup meningkat maka mereka dapat memperkembangkan lagi perniagaan. Dengan berkembangnya perniagaan, mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. Secara tak langsung perniagaan runcit ini akan meningkatkan taraf sosio-ekonomi peniaga dan pendapatan negara turut meningkat. Di samping itu, perniagaan runcit ini juga dapat memberikan kemudahan kepada penduduk tempatan untuk membeli barangan keperluan. Lokasi perniagaan ini

yang berada di kawasan perumahan akan menjimatkan kos dan masa kerana pasar minggu ini mampu menyediakan pelbagai jenis barangan seperti makanan, minuman, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya dengan harga yang berpatutan kepada penduduk. Oleh itu, penduduk tidak perlu bersusah payah ke bandar Butterworth untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang sama. Seterusnya, perniagaan runcit pasar minggu ini adalah tempat tumpuan dan sering mendapat sambutan di kalangan pengguna. Perniagaan runcit ini membolehkan penduduk tempatan mempromosikan produk buatan tempatan dengan tujuan mengenengahkan hasil produk mereka. Sebagai contoh barangan berasaskan makanan seperti kerepek dan hasil kraf tangan seperti anyaman bakul, penutup saji, pasu dan lain-lain.
Selain daripada itu, perniagaan runcit ini juga turut menyediakan pelbagai jualan barangan segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan. Terdapat beberapa peniaga mendapatkan barang niaga terus daripada petani dan nelayan dan seterusnya dapat membantu para petani dan nelayan untuk memasarkan hasil mereka. Ada juga petani dan nelayan memasarkan hasil mereka terus kepada pengguna tanpa perlu berhadapan dengan orang tengah. Kadang-kadang pengguna dapat membeli sayur dan ikan yang segar dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Oleh yang demikian, perniagaan runcit ini turut dapat merealisasikan dasar kerajaan seperti Dasar Pertanian Negara. Kesimpulannya, melalui kepentingan perniagaan runcit pasar minggu, kadar pengangguran dapat dikurangkan dengan penyertaan lebih ramai peniaga. Semua pihak juga harus bekerjasana dengan pihak kerajaan dalam merealisasikan dasar kerajaan agar segala usaha dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara dan meningkatkan pendapatan negara.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian iaitu polisi kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan runcit pasar minggu untuk kemudahan peniaga di kawasan-kawasan lapang sekitar bandar Butterworth. Selain itu, para peniaga runcit pasar minggu tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Kebanyakan peniaga hanya perlu mengeluarkan modal yang kecil iaitu antara RM 200 hingga RM 300 untuk berniaga runcit di pasar minggu ini. Di samping itu, faktor pertambahan penduduk telah menjadikan perniagaan runcit pasar minggu ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah barangan keperluan harian mereka. Seterusnya, perniagaan runcit pasar minggu ini dapat meningkatkan kadar ketersampaian. Lokasi perniagaan runcit pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Bagan Jermal dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa. Akhir sekali, perniagaan runcit pasar minggu ini beroperasi bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Jangkamasa ini sangat sesuai untuk penduduk membeli-belah selepas pulang dari bekerja. Kesimpulannya, menurut faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian, perniagaan runcit pasar minggu memberi impak yang positif terhadap penduduk setempat.

8.4 Kesan-Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian Walaupun perniagaan runcit pasar minggu ini dapat memberi banyak kepentingan kepada penduduk, tetapi masih terdapat beberapa kesan negatif yang berlaku seperti masalah sosial, terutamanya di kalangan remaja. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini kurang memberi tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka kerana kesibukan bekerja. Mereka tidak mempunyai masa untuk anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang merupakan aset berharga kepada negara. Keadaan ini ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat dalam mempengaruhi mereka ke arah perkara-perkara yang negatif seperti terlibat dalam gejala sosial. Perbuatan seperti merokok, jenayah juvana dan melepak di sekitar kawasan perniagaan runcit pasar minggu adalah berleluasa. Hal ini boleh menjejaskan masa depan mereka Perniagaan runcit pasar minggu biasanya akan bertumpu di kawasan perumahan sebagai lokasi perniagaan mereka. Masalah pencemaran bunyi bising boleh menyebabkan ketidakselesaan dan tekanan kepada penghuni perumahan yang berdekatan dan seterusnya akan menjejaskan kesihatan mereka Hal ini akan memberikan impak negatif terhadap prestasi kerja dan tahap kesihatan penghuni akibat paras bunyi yang tinggi. Selain itu, terdapat persaingan di antara peniaga runcit pasar minggu dan peniaga kedai runcit tempatan. Pengguna lebih cenderung memilih perniagaan runcit pasar minggu yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Tambahan pula, pengguna tidak perlu menggunakan kenderaan tetapi hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar minggu. Mereka tidak perlu membazirkan masa dan kos kerana pasar minggu

dapat menyediakan pelbagai pilihan barangan yang diperlukan. Persaingan ini menjejaskan pendapatan peniaga kedai runcit tempatan dengan ketara. Di samping itu, sebilangan peniaga bersikap tidak bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik yang masih rendah. Mereka tidak menguruskan sampah sarap dan membuang sisa makanan merata-rata. Hal ini telah menyebabkan longkang tersumbat dan menjadi punca bau busuk dan pembiakan nyamuk seperti nyamuk Aedes. Keadaan ini boleh mendatangkan wabak penyakit berbahaya seperti demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Seterusnya, perniagaan runcit ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana perniagaan ini dijalankan di sepanjang jalan kawasan perumahan itu. Sikap pemandu-pemandu menempatkan kenderaan mereka di bahu jalan telah menghalang laluan kenderaan lain. Orang ramai yang berkunjung ke perniagaan runcit pasar minggu juga turut menyebabkan masalah ini berlaku kerana mereka menghalang lalu lintas di sepanjang jalan itu. Tambahan pula, parkir kenderaan yang ada tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang banyak semasa perniagaan runcit pasar minggu itu beroperasi. Masalah ini turut dirasai penduduk-penduduk perumahan itu sendiri yang terpaksa mengorbankan parkir kenderaan mereka kerana telah diambil oleh peniaga-peniaga runcit sebagai lokasi perniagaan. Akhir sekali, terdapat beberapa barangan tiruan yang berkualiti rendah turut diniagakan secara runcit di pasar minggu. Setelah pengguna membuat pembelian, mereka tidak mendapat pulangan yang sama dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Tambahan pula, kebanyakan barangan tiruan tersebut tidak melalui sebarang ujian piawaian keselamatan seperti ujian SIRIM. Terdapat juga barangan makanan yang dijual menggunakan bahan pengawet, bahan pewarna dan perasa tiruan secara berlebihan.. Antaranya, makanan ringan untuk

kanak-kanak dan orang dewasa, makanan dalam tin, buah-buahan yang dijeruk dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa makanan tiruan tidak berkhasiat dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Kesimpulannya, kita sebagai pengguna mestilah peka dan bijak memilih barangan yang di tawarkan dalam perniagaan runcit pasar minggu tersebut supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga. Kita juga patut dapat membezakan antara barangan tiruan dan barangan asli. Belilah barangan yang asli atau yang kualitinya terjamin supaya kegiatan menjual barangan tiruan yang berkualiti rendah dapat dibanteras. Dengan itu, hak kepenggunaan para pengguna akan terjamin.

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian Cadangan pertama untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian ialah secara penguat-kuasaan undang-undang. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga yang didapati bersalah seperti menjual barangan tiruan, mengotori kawasan perniagaan dan menaikkan harga secara berlebih-lebihan. Kerajaan perlulah sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual semasa beroperasinya perniagaan runcit pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga. Tindakan ini adalah selaras dengan Akta Kawalan Harga 2011. Di samping itu, kerajaan juga patut memantau tahap kebersihan kawasan dan melakukan pemeriksaan kesihatan keatas para peniaga. Langkah-langkah ini dapat mencegah penularan penyakit berjangkit. Pihak berkuasa juga perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan runcit pasar minggu bagi memudahkan

para peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut. Di samping itu, kerajaan hendaklah bertindak tegas dalam menguat-kuasakan hukuman. Sebagai contoh, kerajaan patut menarik balik lesen perniagaan sekiranya ada di antara peniaga tidak mematuhi peraturan yang telah dikenakan. Sebagai langkah jangka panjang pula, pihak berkuasa perlu mewujudkan kawasan khas untuk perniagaan runcit pasar minggu. Kawasan ini hendaklah lengkap dengan kemudahan awam seperti tandas untuk keselesaan para peniaga dan pengunjung. Penduduk setempat juga haruslah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga runcit pasar minggu. Contoh inisiatif yang boleh mereka ambil ialah seperti mengedar risalah, menampal poster dan memasang banner mempromosikan cara hidup sihat. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama dalam menangani masalahmasalah yang terdapat di kawasan perniagaan runcit pasar minggu supaya dapat melahirkan warganegara Malaysia yang sihat dan berhemah tinggi dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni.

Bahan Grafik
Graf bar

Jumlah gerai bagi setiap jenis barangan yang dijual di Pasar Minggu Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang.
40

35

30

25

20

15

10

0 Makanan dan minuman Barang basah Buahbuahan Sayursayuran Pakaian Barangan Barang am elektronik Lain-lain

Jadual

Barang Niaga Runcit Yang Dijual Di Pasar Malam Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang

Bil. 1 2 3 4 5 6 6 7

Jenis Barang Niaga Runcit Makanan dan minuman Barang basah Buah-buahan Sayur-sayuran Pakaian Barangan elektronik Barang am Lain-lain Jumlah

Bilangan Gerai 37 10 10 8 28 5
3

Peratus (%) 32 9 9 7 24 4 3
12 100

14 115

Sumber: Hitungan Semasa Lawatan Tapak

9. Rumusan

9.0 Rumusan
Kajian yang telah dijalankan tentang Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti konsep dan jenis perniagaan runcit pasar minggu di kawasan kajian. Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian. Akhir sekali, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa fungsi dan cadangan untuk menangani kesan negatif perniagaan runcit pasar minggu di Mohd Saad, Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang yang banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. Selain dapat menambah pendapatan peniaga, pembeli juga dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting adalah minat para peniaga yang berterusan. Sebagai seorang pelajar, saya menyokong perniagaan runcit pasar minggu di Jalan Mohd Saad supaya diteruskan demi kepentingan dan manfaat kepada semua pihak seterusnya dapat merealisasikan Rancangan Malaysia yang ke-9 untuk membasmi kemiskinan.

10 Lampiran

10.0 Lampiran
Surat Pengenalan Diri Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth, 13000 Butterworth, Pulau Pinang. Tel: 019-6200492

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Tuan / Puan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Pembawa surat ini, Farid Danial Mohd Zaini, No. Kad Pengenalan 970707-11-

5045 adalah seorang murid Tingkatan Tiga Gamma di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth, 13000, Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi KBSM. 3. Kerjasama dan bantuan tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(HAJAH CALSOM BT. IBRAHIM) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth,

13000 Butterworth, Pulau Pinang. Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga

Faridah bt. Mohd, 4913, Perumahan TNB, Jalan Kampung Kastam, 12300 Butterworth, Pulau Pinang. 019-2724857

_____________________________________________________________________ Pengetua, Sekolah Kebangsaan Dato Onn Butterworth, 13000 Butterworth, Pulau Pinang. Tuan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Merujuk perkara di atas, saya Faridah bt. Mohd membenarkan anak saya Farid Danial b. Mohd Zaini murid dari Tingkatan Tiga Gamma untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Faridah bt. Mohd)

Peta

Peta Kawasan Kajian (Dipetik Dan Diubahsuai Dari Google Maps)

Gambar-Gambar di Kawasan Kajian

Gambar Menunjukkan Tapak Perniagaan Runcit Pasar Minggu Sebelum Beroperasi

Gambar-Gambar Menunjukkan Para Remaja Berkeliaran di Kawasan Perniagaan Runcit Pasar Minggu

Gambar-Gambar Menunjukkan Suasana di Kawasan Perniagaan Runcit Pasar Minggu

11. Rujukan

11.0 Rujukan
Buku Teks Tingkatan 3 Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2007. Buku Teks Tingkatan 3. Pahang. Percetakan Chee Leong Press Sdn. Bhd.

Buku rujukan Mohammad Ismail, Nur Amalia Zakaria, 2005. Siri Revisi Lengkap Fajar Bakti Sukses PMR. Selangor. Percetakan Printpack Sdn. Bhd.

Internet maps.google.com.my http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2012/02/19/contoh-panduan-kerja-kursusgeografi-pmr-2012/ http://geografiperak.blogspot.com/2012/03/bahan-ini-di-ambil-dari.html http://matahari-lenggong.blogspot.com/2010/02/strategi-membasmi-kemiskinanoleh.html?zx=e23c77ca84945789

Anda mungkin juga menyukai