Anda di halaman 1dari 4

HUTAN PAYA LAUT MATANG

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan ke yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangk yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak da dilupakan. Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan D (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampun nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilaku seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya baka Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Pentas dan dewan serbaguna Ruang makan Tapak khemah Tapak semaian (Penyelidikan) Boardwalk Papan maklumat Penginapan Pengangkutan Dalaman (Air) Surau Tempat Letak Kereta Tandas dan Bilik Mandi Pemandu Pelancong

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang. Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2012/02/10-tempat-menarik-pelanconganperak.html#ixzz24vY0rSIh Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai