Anda di halaman 1dari 5

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tugasan : Merujuk kepada salah satu unsur dalam aspek rohani, huraikan

bagaimana perkembangan potensi pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu dapat dikembangkan.

1.0

PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara ke arah membentuk

satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka ke arah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,nilai, unsure kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Menurut Wikipidea, ensiklopedia bebas (2012), kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walau bagaimanapun, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total. Membawa maksud individiu yang mempunyai kerohanian yang tinggi pada pandangan masyarakat adalah individu yang tidak pernah melakukan kesalahan langsung pada pandangan masyarakat walaupun ironinya setiap individu pasti melakukan kesalahan. Tetapi bagi individu kerohanian tinggi ini, emosi dan kelakuan negatif diperuntukkan untuk dilakukan ketika individu berada jauh dari masyarakat ataupun tidak ditonjolkan kesalahannya di kalangan masyarakat. Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan remaja terdiri daripada pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur antara 12-15 tahun, remaja telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptual. Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohani untuk menghadapi dugaan hidup. Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun mula mempunyai pegangan yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang kewujudan Tuhan, dosa dan pahala serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak. Remaja dalam lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

Terdapat 5 unsur dalam aspek rohani iaitu : 1. Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati bahawa adanya pencipta 2. Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta 3. Mempunyai perasaan yang sedar dan menginsafi terhadap tanggungjawab 4. Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri 5. Dapat membentuk akhlak mulia Bagi tugasan kumpulan, kami sepakat memilih hanya dua unsur dalam aspek rohani . Pertama, unsur keempat iaitu dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dan unsur kelima iaitu dapat membentuk akhlak mulia. 2.0 Kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.

Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama. Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan

sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya."

Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak." Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut. Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

KESIMPULAN

Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia (Insan) dengan Allah (Pencipta). Ini tentulah menyentuh persoalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkara ini dihayati di dalam pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.

Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan dan rohani dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan sekiranya tanpa kasih sayang dan sikap menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu sendiri.

Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta alam semesta dan bend-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap akan diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.