Anda di halaman 1dari 13

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tugasan : Merujuk kepada salah satu unsur dalam aspek rohani, huraikan

bagaimana unsur tersebut dapat dikembangkan dalam diri pelajar serta jelaskan kepentingannya.

1.0

PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara ke arah

membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka ke arah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Menurut Wikipidea, ensiklopedia bebas (2012), kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang.

Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walau bagaimanapun, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total. Membawa maksud individiu yang mempunyai kerohanian yang tinggi pada pandangan masyarakat adalah individu yang tidak pernah melakukan kesalahan langsung pada pandangan masyarakat walaupun ironinya setiap individu pasti melakukan kesalahan. Tetapi bagi individu kerohanian tinggi ini, emosi dan kelakuan negatif diperuntukkan untuk dilakukan ketika individu berada jauh dari masyarakat ataupun tidak ditonjolkan kesalahannya dikalangan masyarakat. Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan remaja terdiri daripada pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur antara 12-15 tahun, remaja telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptual. Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohani untuk menghadapi dugaan hidup. Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun mula mempunyai pegangan yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang kewujudan Tuhan, dosa dan pahala serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifatsifat ketuhanan secara abstrak. Remaja dalam lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkara-perkara yang berkaitan kerohanian.

Terdapat 5 unsur dalam aspek rohani iaitu : 1 Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati bahawa adanya pencipta

2 3 4 5

Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta Mempunyai perasaan yang sedar dan menginsafi terhadap tanggungjawab Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri Dapat membentuk akhlak mulia

Bagi tugasan kumpulan, kami sepakat memilih hanya satu unsur dalam aspek rohani , unsur kelima iaitu dapat membentuk akhlak mulia. 2.0 KONSEP AKHLAK

Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah akhlak Islam, Miskawaih (1966) pula merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. Imam Al-Ghazali (tanpa tarikh) pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu (Mohd Sulaiman Yasin, 1992). Walau bagaimanapun, Jalaluddin dan Usman (1994) menegaskan bahawa kewujudan akhlak yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian (sikap dan tingkahlaku) seseorang hamba kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik kepada sesama manusia, mahupun terhadap alam sekitar. Dari segi perlakuan, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan keadaan luaran bagi fenomena akhlak yang wujud di dalam diri seseorang. Menurut Ahmad Amin (1975), fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Tingkahlaku atau perilaku yang baik, tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang.

Dalam konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi adab di dalam kehidupan harian, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR, 2002). Manakala di peringkat sekolah menengah pula, kandungan bidang adab dan akhlak Islamiah meliputi adab dalam kehidupan seharian, adab dalam kehidupan bersosial, adab dalam menunaikan ibadat, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan Rasul. Selain dari itu, konsep akhlak juga turut dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya bidang tilawah al-Quran, hadis dan akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002).

3.0

Elemen-elemen dalam pembentukan akhlak mulia

4.0

Perkembangan Akhlak dalam pendidikan

Usaha memupuk nilai-nilai murni telah berdekad-dekad dilaksanakan di Malaysia menerusi sistem pendidikan dengan cara yang pelbagai dan berubah-ubah. Pemupukan nilai-nilai mulia dilakukan secara langsung kepada pelajar-pelajar Islamdalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bagi pelajar bukan Islammerekamengikutimata pelajaran PendidikanMoral. Namun, kemerosotan akhlak yang berleluasa kini amat membimbangkan banyak pihak. Masing-masing menuding jari menyalahkan pihak yang lain. Keadaan ini perlu dicari jalan penyelesaian seberapa segera sekiranya kita berhasrat membangunkan modal insan yang berakhlak dan meningkatkan peradaban ummah dengan berkesan.

5.0

Kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia Pembentukan masyarakat berakhlak dan mempunyai kerohanian yang tinggi

merupakan salah satu agenda utama negara. Hasrat ini telah diuaruarkan melalui wawasan 2020 yang antara lainnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang kukuh dengan sifat-sifat kerohanian dan mempunyai moral yang progresif dan dinamik.

Aspirasi ini telah termaktub dalam sistem pendidikan negara sejak sekian lama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Kabinet Mengkaji Semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979: mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan dapat berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988 m.s 35 ).

Punca-punca akhlak yang mulia tidak dapat dipisahkan daripada aspek keagamaan seperti yang dinyatakan oleh ahli falsafah barat; Hutcheon (1999):

agama ialah pembentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang paling berkesan; ...it is clear that ritualized religious faith has been a powerful shaper of individual values, attitudes and behaviour in every culture group in everytime and place ...(ms. 8) Bagaimanapun, menurut Sidek Baba (2001), sehingga ke era globalisasi ini senario amalan akhlak serta nilai yang dilaporkan dalam kalangan masyarakat Malaysia menampakkan jurang ketidaklangsungan antara harapan, peranan dan keupayaan kita dalam melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Nilai akhlak dalam kalangan masyarakat Malaysia terbentuk daripada akulturasi (penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain) nilainilai kerohanian yang mutlak dan suci yang telah termaktub dalam ajaran agama, terutamanya agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga nilai-nilai yang baik dari semua agama lain; di samping nilai-nilai tradisi yang tidak bercanggah dengan sistem nilai ini. Sistem nilai inilah yang menjadi panduan kepada kelakuan, tatatertib, maruah dan perbuatan lahiriah yang mencerminkan akal budi, keimanan, dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Oleh itu akhlak masyarakat Malaysia dapat diertikan sebagai perlakuan baik buruk mengikut suruhan dan larangan agama serta amalan tradisi masyarakat negara ini.

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah

seperti jasad yang tidak bernyawa. Akhlak merupakan satu mekanisme yang terpenting dalam melihat perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Ini memetik kata-kata yang bermaksud jika hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini. Jelas menunjukkan bahawa kualiti kehidupan masyarakat bergantung kepada kualiti generasi hari ini. Pincang remaja hari ini maka pincanglah masyarakat akan datang. Oleh itu, Pendidikan Islam dan Moral penting dalam aspek pembentukan akhlak. Perkara ini akan berkehendakkan para guru terutama guru Pendidikan Islam dan Moral untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Ini kerana, kualiti seseorang pelajar akan mencapai tahap yang terunggul apabila ilmu yang dipelajari dapat diselarikan dengan akhlak yang mulia. Justeru, para guru Pendidikan Islam dan Moral perlulah mengorak langkah yang terbaik dalam mendidik para pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga terdidik dalam soal agama, akhlak dan kemasyarakatan mempunyai peranan yang sangat utama dan

6.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA.

1) peranan ibu bapa Ibu bapa adalah pendidik yang terbaik dan paling dekat dengan hati dan jiwa anak-anak. Didiklah anak-anak berfikiran positif, terbuka dan cemerlang. Bentuklah anak-anak dengan segala budi luhur, pekerti mulia, sopan santun dan tingkah laku yang baik serta berpesanlaj kepada mereka supaya amalan yang baik itu diamalkan disekolah. Ada pendapat mengatakan, apabila orang tua tidak mampu menjaga anaknya, negara menghadapi kesulitan menjaga anak itu dijalanan. Sewaktu anak masih muda, didik dan ajar mereka dengan kebaikan dan kejayaan. Apabila besar mereka akan menjadi orang yang baik dan berjaya. Dalam hal ini, tokoh penyair inggeris, William Shakespearwe menjelaskan seorang ayah yang bijaksana mengetahui siapa anak kandungnya dari segi perangai dan tingkahlaku. Menurutnya, mempunyai anak yang tidak tahu berterima kasih lebih sakit daripada digigit ular. Justeru, pendidikan akal anak-anak mestilah menerus menjurus kearah akal yang bijaksana. Anak-anak yang dididik dengan bijaksana akan dapat berfikir mengenai tujuan kehidupan mereka didunia ini iaitu berbakti kepada Allah dan beriman kepada-Nya. Akal

yang waras dan bijaksana akan dapat membantu kearah kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. Manakala pendidikan budi pula mestilah mendidik budi kearah berbudi baik dan bersopan santun. Perlakuan melalui pertuturan dan bicara akan memacarkan budi pekerti yang baik. Begitu juga tingkah laku dan akhlak yang baik dan terpuji akan memantulkan keindahan budi seseorang. Kebijaksanaan dan budi yang baik mampu mengubah dunia kepada kedamaian. Oleh itu, sebagai ibu bapa seseorang itu wajar mengenali perangai dan tingkah laku ank-anaknya. Didikan anak-anak dengan akhlak, keimanan dan takwa apabila besar, anak itu tidak akan menjadi beban dan menyusahkan ibu bapa. Tokoh pendidik Islam, As-Sayid Sabiq menyatakan; Pentarbiahan (pendidikan) anak adalah usaha untuk membentuk mereka dari segi jasmani, akal, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya. Justeru, Allah mencipta alam dan manusia sebagai khalifah serta penghuninya. Manusia belajar dan menaung dari alam untuk pembangunan fizikal, mental dan akal budi. Islam sangat menitikberatkan mengenai kelahiran manusia dan membesarkannya. Bermula sejak dilahirkan anak diazankan ditelinga, diberikan namayang baik, mencukur rambut, melakukan belah mulut, berkhatan dan dididik dengan akhlak yang baik supaya apabila besar nanti akan menjadi insan yang berakhlak mulia dan tidak menyusahkan ibu bapa. 2) peranan guru

Dalam aspek pendidikan, adalah menjadi hakikat bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk menyemai nilai- nilai hidup yang baik. Akan tetapi sistem pendidikan mampu menyediakan orang-orang yang lebih terlatih, bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga dalam proses menyemai dan menerap nilai- nilai murni dan pembentukan akhlak mulia. Oleh kerana itu Kerajaan telah lama memperkenalkan konsep kepimpinan melalui tauladan. Penuntut memerlukan contoh atau role model untuk mereka ikuti. Justeru, sistem pendidikan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menyediakan tenaga pendidik yang mampu membentuk generasi baru, yang bukan sahaja lebih berpengetahuan tetapi juga mempunyai peribadi yang unggul sebagai contoh ikutan masyarakat yang rata-rata memandang tinggi terhadap golongan pelajar. Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada murid dan penuntut. Pendidik bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang mulia yang memberi penekanan kepada soal nilai hidup yang mulia dan mencorakkan budaya yang berteraskan kecemerlangan. Dengan perkataan lain pendidik bertanggungjawab

menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, atau sesuatu tamadun.

Justeru, amat penting sekali pendidik sendiri dilatih dalam bidang pembentukan nilai dan budaya kepada pelajar di bawah mereka. Tetapi bagaimanakah nilai dan budaya ini akan diketahui oleh pendidik? Untuk itu, pensyarah perlulah dilengkapi dengan pengetahuan berkenaan peranan budaya dan nilai hidup dalam menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa Peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik dalam pembentukan peribadi yang mulia dan budaya yang boleh membawa kejayaan tidak kurang pentingnya berbanding dengan penyampaian pelbagai ilmu kepada murid dan penuntut. Ini adalah kerana ilmu yang diperolehi boleh disalahgunakan. Orang yang berpengetahuan dan cerdik boleh menjadi penjenayah yang lebih cekap. Kesan perbuatan mereka tentu lebih buruk kerana mereka berilmu.

Kerjaya pendidik masakini adalah semakin mencabar dalam membentuk pelajar yang mampu mendepani cabaran semasa. Harapan ini adalah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, gagasan negara Wawasan 2020. Matlamat pendidikan telah digariskan seperti berikut:

- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. - Melahirkan insan berilmu, beriman, berakhlak mulia, dan berketrampilan. - Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara. - Memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Pendidik masa kini mestilah mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pendidik juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. (Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang)

7.0

MASALAH YANG DIHADAPI

Setiap sekolah pastinya tidak terlepas daripada berlakunya permasalahan sosial. Antara masalah sosial yang sering di kaitkan dengan sekolah ialah gejala buli di kalangan para pelajar, ponteng sekolah, samseng, gaduh dan lain-lain. Akhlak pelajar yang rosak akan menjadi barah kepada kehidupan bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan

kaedah pengajaran Pendidikan Islam dan Moral dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar. Aliran liberalisme dan sekularisme yang masih menjiwai dasar pendidikan di Malaysia didapati masih tidak mampu untuk menyepadu dan mengharmonikan antara ilmu, budi pekerti, jiwa yang luhur dan amal yang mulia dalam diri manusia (Faisal Hj.Othman, 1988). Pendidikan moral yang tidak berpaksikan kepada agama tidak membawa apa-apa makna pembatinan dan moral kepada guru dan pelajar. Malahan mewujudkan suasana yang bercorak relatif, tidak pasti, ragu-ragu (syak) dan meneka-neka (zann) yang mengakibatkan ilmu yang dipelajari tidak mantap dan hilang makna. Sifatrelativisme ini akhirnya membawa para pelajar kepada hala tuju yang salah dan merosakkan pelajar (Ghazali Othman & Yusfarina Mohd Yusof, 2001). Kajian Azizah Ahmad (1995) melaporkan bahawa bentuk pemikiran moral pelajar Islam berdasarkan ketauhidan kepada Allah. Beliau mendapati terdapat hubungan terus antara agama dan tahap kemoralan pelajar apabila cuba menyelesaikan masalah moral. Dapatan Azizah Ahmad (1995) melaporkan pula bahawa subjek berpendidikan agama meletakkan panduan syariat sebagai pilihan teratas dalam penyelesaian masalah mereka (misalnya mencuri dan membunuh tidak dibenarkan oleh syariat) Pengesahan pemilihan ini seterusnya membawa kepada pilihan-pilihan tertentu berlandaskan syariat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

8.0

DAPATAN KAJIA

Analisis deskriptif terhadap dua puluh sembilan item penghayatan akhlak peribadi menunjukkan secara keseluruhan, tahap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis skor min secara terperinci pula menunjukkan, dari jumlah dua puluh sembilan jenis akhlak peribadi yang dianalisis, hanya enam jenis akhlak peribadi sahaja yang mencapai tahap penghayatan yang tinggi (skor min antara 4.01 hingga 5.0). Manakala analisis deskriptif bagi dua puluh tiga jenis akhlak peribadi yang lain menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi (skor min antara 3.01 hingga 4.0).

Analisis deskriptif ini juga telah memberi gambaran tentang pola penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah dimana tahap penghayatan akhlak yang tinggi didapati daripada jenis-jenis tingkahlaku berakhlak yang terkandung dalam ertikata menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang keras dalam ajaran Islam (dosa besar) seperti larangan meminum minuman keras (beralkohol), larangan melakukan hubungan seks dan larangan agar tidak menunjuk-nunjuk dalam amalan (riya). Begitu juga, tahap penghayatan akhlak yang tinggi juga didapati dalam perkara-perkara yang sering ditekankan dalam budaya kehidupan masyarakat Islam di negara ini seperti amalan memelihara kebersihan pada diri, pakaian dan tempat serta memastikan makanan yang dimakan adalah halal selain dari penekanan kepada ikhlas dalam melakukan ibadat.

Jadual 1.1: Skor min dan Sisihan Piawai Penghayatan Akhlak Peribadi

JenisAkhlak Peribadi Minum keras (-) Melakukan hubungan seks (-) Memelihara kebersihan kesucian diri Makan halal Riya amalan (-) Ikhlas beribadat Teguh pendirian Bersangka dan

Min

Sisihan Piawai

Interpretasi

minuman 4.8

.58

Tinggi

4.8

.65

4.6

.83

makanan 4.5 dalam 4.4

.88

.84

dalam 4.1

.98

3.9

.98 .87

Sederhana Tinggi

baik 3.9

terhadap lain

orang

Tidak putus asa Menutup aurat Bergaul bebas (-) Menghormati pandangan lain Menipu (-) Bercakap kasar (-) Mengumpat (-) Berkata benar Berlumba-lumba melakukan kebaikan orang

3.9 3.9 3.8 3.8

1.1 1.3 1.1 1.2

3.8 dengan 3.8

.93 .97

3.8 3.8 3.8

1.0 .84 1.1

Membazir makanan 3.8 (-) Taat peraturan Berlapang dada 3.7 kepada 3.7

1.1

1.1

1.2

kepada kebenaran Tidak berhemat 3.7 .98

dalam pergaulan (-) Bertaubat kesalahan Bersederhana Menolong lain 3.6 1.2 .94 dari 3.7 1.2

orang 3.4

melakukan

kebaikan Berhemat membuat keputusan 3.3 .92

Menunaikan lima waktu Memenuhi

solat 3.3

1.1

waktu 3.3

1.2

dengan sia-sia (-) Marah apabila 3.2 1.1

disebut kelemahan (-) Menutup pandangan 3.1 1.2

9.0

CADANGAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan tahap penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Manakala analisis terperinci dari segi peratus kekerapa penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain. Dapatan kajian kecil ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran tentang status penghayatan akhlak yang menjadi antara objektif utama pendidikan di negara ini. Sekaligus, dapatan tentang pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi ini mungkin dapat menjelaskan punca kepada masalah gejala sosial di kalangan remaja yang sedang dihadapi dalam masyarakat kita pada masa kini.

10.0

KESIMPULAN

Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia (Insan) dengan Allah (Pencipta). Ini tentulah menyentuh persoalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkara ini dihayati di dalam pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.

Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan dan rohani dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan sekiranya tanpa kasih sayang dan sikap menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu sendiri.

Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta alam semesta dan bend-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap akan diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.