Anda di halaman 1dari 1

PERKEMBANGAN BIDANG PERTANIAN

PERKEMBANGAN PERTANIAN SEBELUM REVOLUSI PERTANIAN


Pengeluaran makanan dikendalikan secara kecil-kecilan. Dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam. Tanah persendirian adalah milik orang kaya. Tanah awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya rakyat boleh bercucuk tanam kecil-kecilan, menternak, memburu atau memancing, amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.

PERTANIAN KOMERSIAL KETIKA REVOLUSI PERTANIAN


Kuantiti hasil dipertingkatkan dengan perubahan cara menanam dan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah. Lebihan hasil pertanian adalah untuk tujuan perdagangan

PENGENALAN AKTA PEMAGARAN TANAH


Pemagaran penting untuk tujuan pengeluaran makanan secara besarbesaran kerana pertambahan penduduk. Tuan tanah ingin menjalankan pertanian secara besarbesaran termasuk menggunakan tanah awam. Harga gandum yang meningkat juga mempengaruhi usaha tuan tanah memagari tanah awam. Pengenalan akta pemagaran menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang. Kesan pemagaran: rakyat biasa terpaksa menjadi buruh ladang dan

KAEDAH DAN CIPTAAN BARU DALAM PERTANIAN


Penanaman bergilir peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun. Ini bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman menggunakan nutrien tanah berbeza. Maka tidak ada tanah yang dibiarkan kosong. Tanaman baru seperti turnip dan ubi kentang. Peralatan baru seperti Jethro Tull mencipta alat menggali dan menugal untuk mempercepatkan penanaman benih.