Anda di halaman 1dari 38

1.0 ENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Menurut Bloch dan Trager (1942), bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang bunyi vokal yang bersifat arbitari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Bahasa adalah sistem lambang bunyi ujaran yang digunakan untuk berkomunikasi oleh masyarakat pemakainya. Bahasa yang baik berkembang berdasarkan suatu sistem, iaitu seperangkat aturan yang dipatuhi oleh pemakainya. Bahasa sendiri berfungsi sebagai komunikasi serta integrasi antara kaum. Apabila disebut mengenai perpaduan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa memainkan peranan penting menyetapadukan mereka. Ini sekaligus memudahkan komunikasi di kalangan rakyat dalam usaha membentuk sebuah integrasi sosial yang mantap serta mapan. Dalam sistem hidup manusia bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketemadunan. Sesuatu bangsa tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Menurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Ini bermakna, bahasa itu mencerminkan kebudayaan penuturnya. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Keagungannya tidak dapat disanggah seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi pada ketika itu. Menurut Nik Safiah Karim (1984), pencapaian taraf keintelektualanbahasa melayu akan menjadi lebih nyata apabila Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah.

1.2 Refleksi Pengajaran Ini merupakan praktikum kali ketiga bagi diri saya dan banyak pengalaman yang telah diperoleh bagi membentuk jati diri sebagai seorang guru pemulihan yang berjaya. Setelah mengajar beberapa minggu, terdapat beberapa masalah yang saya dapat lihat pada pelajar. Pada pemerhatian saya, pelajar pemulihan di sini tidak dapat menguasai sesuatu pengajaran dengan cepat. Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai masalah tingkah laku yang serius. Selepas mengajar, saya akan melihat kekuatan dan kelemahan yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Pemerhatian ini penting bagi meningkatkan lagi akauntabiliti guru itu sendiri dalam pengajaran. Semoga pengajaran yang berlaku dalam kelas akan memberi impak yang positif dalam diri murid dan sekolah. Pada waktu yang sama, guru-guru harus mengembleng tenaga bagi memastikan visi dan misi pendidikan tercapai dengan jayanya.

Di dalam kelas, saya membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan iaitu, Ben10, Ultramen, dan Doraemon. Ben 10 merupakan kumpulan yang pandai, Ultramen ialah kumpulan yang sederhana manakala Doraemon ialah kumpulan yang paling lemah. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penglibatan mereka secara aktif. Saya tidak mahu melihat murid kelihatan tidak bermaya ketika belajar dan ini akan membantutkan perkembangan minda mereka. Bahan-bahan yang bersifat konkrit dan maujud ternyata menarik minat mereka. Selain itu, saya menekankan beberapa aspek yang menjadi objektif pengajaran di dalam kelas. Segala objektif yang dirancang harus selaras dengan visi pendidikan negara iaitu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Menurut Kamarudin Husin (1989), tugas pengajar adalah untuk memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur. Guru perlu bijak untuk mengambil peluang bagi menarik murid fokus dalam pembelajaran dengan menyediakan bahan yang mampu meningkatkan kemahiran kognitif mereka. ini secara tidak langsung akan melonjakkan lagi prestasi pelajar pada tahap yang membanggakan.

Hasil pembelajaran yang berkesan memberi kepuasan kepada murid dan pelajar. Kekuatan pertama yang ada dalam diri saya ialah keberkesanan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Saya tidak menganggap mereka sebagai orang asing di dalam kelas, sebaliknya melayan mereka seperti darah daging saya sendiri. Saya cuba mengambil berat tentang kehidupan peribadi mereka dan bertanya sekiranya terdapat masalah yang boleh mengganggu pembelajaran mereka. Murid-murid juga mudah untuk meluahkan isi hati mereka kepada saya. Kekuatan kedua ialah saya menyediakan permainan yang kreatif dan dapat meningkatkan kognitif mereka. Permainan yang saya jalankan bertujuan menerapkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan saling hormat menghormati. Nasihat dari pembimbing menjadi inti positif untuk mengembangkan bakat murid dari negatif ke positif. Guru perlu mengetahui di mana kedudukan murid tersebut. Murid yang tinggal di kawasan pedalaman mempunyai intelek yang tahapnya berbeza dengan murid di bandar. Kesesuaian pengajaran perlu berdasarkan persekitaran yang telah terbina secara semulajadi. Apabila mengajar, guru tidak perlu memberi contoh yang abstrak, tetapi sebaiknya memberi bahan-bahan yang sudah wujud di sekeliling mereka. Penekanan mengenai bahan konkrit amat penting kerana kognitif murid yang tidak boleh memikirkan sesuatu benda secara abstrak.

Di sebalik kekuatan, terdapat beberapa aspek kelemahan yang perlu saya kaji dan memikirkan cara mengatasinya. Kelemahan pertama ialah penggunaan kaedah yang sesuai untuk setiap kumpulan. Contohnya kaedah pandang dan sebut, kaedah fonetik, dan kaedah abjad. Saya seringkali menggunakan kaedah yang salah ketika proses pengajaran berlaku. Ini menyebabkan murid sukar dan lambat untuk membaca. Selain itu, saya terlalu cepat berganjak dari kemahiran yang sedia ada dan menyukarkan murid menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Kelemahan yang telah dinyatakan harus disusuli dengan tindakan yang proaktif. Guru harus melihat prospek positif yang terdapat pada diri seorang murid. Ini penting bagi seorang murid itu mengetahui perkembangan yang harus mereka titikberatkan berbekalkan semangat dan ilmu yang diberi oleh guru. Apabila saya mengetahui kelemahan yang terdapat pada seorang murid, langkah-langkah proaktif harus dilakukan seperti penjanaan semula idea yang lama ataupun pemberian insentif secara merit atau sebagainya. Cadangan dan penambahbaikkan telah dirangka supaya pembelajaran lebih sistematik dan terancang. Segala permasalahan yang timbul dibincangkan bersama guru yang lain. Guru yang cemerlang harus meneliti setiap tindakan dan bermuhasabah diri bagi memperbaiki diri. Selain itu, pencarian di internet serta buku di perpustakaan akan membantu saya mencari kaedah yang sesuai untuk dipraktikkan pada pengajaran di dalam kelas..

1.3 Refleksi sorotan literatur Teori behaviorisme merupakan salah satu bidang kajian psikologi

eksperimental. Meskipun dikemudian hari muncul berbagai aliran baru sebagai reaksi terhadap behaviorisme, namun harus diakui bahwa teori ini telah mendominasi argumentasi tentang fenomena belajar manusia hingga penghujung abad 20. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas. teori behaviorisme menekankan bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu biasaan. Ketika proses pengajaran, murid akan disuruh mengulangi perkataan yang diajar. Murid tidak boleh belajar secara statik kerana peranan main amat penting dalam perkembangan minda mereka. Menurut Brewer (2001), beliau menjelaskan main boleh dijelaskan sebagai tingkah laku dinamik, aktif dan konstuktif dalam diri kanak-kanak. Ia merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak, dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Kaedah ini saya terapkan semasa proses permainan dan ternyata murid amat menyukainya. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman

(inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru. French (1950) dalam buku Perkaedahan Mengajar Bahasa mengatakan bahawa asas pembelajaran bahasa adalah tabiat pertuturan yang betul. Pelajar harus boleh menyusun atur perkataan dalam bentuk-bentuk ayat-ayat yang betul tanpa ragu-ragu dan tanpa berfikir. Tabiat pengucapan seperti ini boleh dihidupkan melalui korus atau latih tubi secara intensif. Apabila mengajar kelas pemulihan, saya sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk memberi pandangan dan idea mereka. Di sini saya dapat melihat tahap kognitif setiap murid. Menurut Illich ( 1972 ) gaya pengajaran seperti ini membentuk guru sebagai seorang autoritarian yakni sebagai pembimbing yang serba tahu, sentiasa betul dan paling berkuasa. Guru sedemikian ini semacam mendesak pelajarnya memberikan jawapan yang hanya boleh diterimanya tanpa memberi peluang untuk pelajar menjelaskannya dengan lebih lanjut. Bagi diri saya sebagai seorang guru pemulihan, murid mempunyai keunikkan dan kelebihan tersendiri. Apabila diberi peluang sebegini, mereka akan lebih merasakan diri mereka lebih dihargai. Berdasarkan pendapat Peter Medgeyes (1986), beliau menambah bahawa guru harus mempunyai kecekapan, berkeyakinan, dan berpandangan luas. Pembelajaran berpusatkan pelajar diterapkan dalam kelas dan aktiviti yang dirancang melibatkan pelajar secara maksimum. Saya amat bersetuju dengan pendapat Guzak (1967) dalam buku Mengajar Bahasa yang mengatakan bahawa kebanyakan guru menggunakan soalan-soalan berbentuk mengingat kerana tahap mengingat merupakan tahap pemikiran yang paling tinggi sekali.

Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. . Murid pemulihan bukanlah sama seperti murid kelas biasa. Mereka lambat untuk memahami sesuatu suku kata yang telah diajar dan seterusnya sukar untuk membaca. Ini bertepatan dengan kenyataan bloomfield (1961) iaitu kandungan dalam bacaan sangat penting dan membaca bukan sahaja kemahiran untuk mendekodingkan lambang-lambang tetapi juga memahamkan keseluruhan perkataan dan seterusnya teks tersebut. Di sini, tindakan yang saya jalankan mengikut prosedur yang betul dan membantu pelajar membaca dengan lancar. Semasa mengajar Syamimi, pengukuhan diberikan bagi meningkatkan lagi penguasaan murid terhadap mengeja dan membaca. Menurut Bloomfield (1942), beliau berpendapat bahawa penguasaan bahasa bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. Bahasa dikuasai melalui latihan dan ia mesti dipelajari lebih daripada biasa. Ini bermakna, murid memerlukan pengulangan teknik latihan supaya mereka mengingat suku kata yang dipelajari. Sepertimana yang kita tahu bahawa, murid pemulihan mempunyai daya ingatan yang lemah dan sukar mengingat sesuatu perkataan. Guru harus mengulang perkataan yang dipelajari diselangi dengan permainan supaya mereka gembira belajar di dalam kelas. Azman Wan Chik (1982) mengatakan proses pembelajaran bahasa adalah merupakan satu proses mekanikal.

Jadi penguasaan bahasa bolehlah disamakan dengan proses-proses pembentukan tabiat yang lain seperti belajar memandu kereta dan berenang yang jika diulangi akan menunjukkan prestasi yang amat memuaskan. Sebagai seorang guru pemulihan, saya tidak harus cepat mengalah dengan kelemahan murid. Kaedah-kaedah baru diperkenalkan bagi membantu murid mencapai prestasi yang membanggakan. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan, terbentuk dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih. Ia adalah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya disusun dengan teliti dan rapi. Apabila dilihat pandangan tokoh yang diberikan di atas, saya mengaplikasikannya di dalam pengajaran saya di dalam kelas. Syamimi diberikan latihan membaca dan mengeja pada setiap proses pembelajaran. Suku kata dan perkataan diulang pada setiap hari supaya Syamimi membiasakan diri dengan perkataan tersebut.

2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati Syamimi, salah seorang daripada 6 orang murid tahun 5 kelas Pemulihan Khas (Bahasa Melayu) menghadapi masalah menguasai kemahiran asas bacaan. Masalah ini amat serius dan perlu dikaji supaya dapat diatasi lebih awal dan seterusnya membendung masalah ini daripada berulang kerana kemahiran membaca adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) serta kehidupan harian. Jika murid tidak dapat membaca dengan baik, ini akan memberi kesan yang negatif pada masa depan mereka. Saya melihat murid di sini tidak mempunyai masalah pertuturan yang serius, sebaliknya mereka lebih terikat pada penggunaan bahasa jawa yang kadang kala

mengganggu kosakata bahasa melayu mereka. Penguasaan kosakata bahasa melayu akan memberikan kekuatan kepada murid itu untuk berinteraksi dengan rakan mereka. Fokus kajian saya pada kali ini melibatkan : ( i ) Menyebut suku kata dan membaca perkataan dengan lancar. Kelemahan-kelemahan yang ada mencerminkan bahawa cabaran guru pada masa kini bukanlah mudah seperti yang dijangkakan. Oleh itu beberapa kaedah perlu difikirkan bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang mampu mengubah kehidupan mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar sesuatu yang mencabar kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai, unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Guru mestilah memikirkan kaedah yang betul membantu Syamimi membaca perkataan dengan betul. Syamimi juga mempunyai masalah untuk membaca dengan lancar. Menurut Kennedy (1980), beliau mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual menghubungkan bentuk itu dengan bunyi makna yang telah ketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maklumat. Ketika menyebut sesuatu perkataan, fikiran murid lambat untuk mengeja semula setiap suku kata sebelum menyebut perkataan tersebut. Segala keputusan yang dilihat diperoleh dari pemerhatian dan lembaran kerja ketika pengajaran di dalam kelas. Apabila mendapat semua rekod pemerhatian dan lembaran kerja murid, saya harus menganalisis apa yang yang menyebabkan kelemahan seseorang murid tersebut. Ini

bermakna, setiap perangkaan harus diwajibkan bagi memastikan segala proses pengajarn dapat dijalankan dengan lebih teratur. Marohaini Yusuff (1989) merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan, cuma dua komponen kemahiran utama yang wujud iaitu kemahiran mengenal dan kemahiran memahami. Di dalam kelas, saya akan meletakkan beberapa sasaran awal kepada murid. Mereka akan diajar suku kata mudah dahulu sebelum bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Apabila dilakukan berulang kali, mereka secara tidak langsung akan membaisakan diri dengan suku kata tersebut. 2.1.1 Kebolehtadbiran Sebagai seorang pengkaji, saya harus melihat keseluruhan masalah yang dihadapi oleh sekolah dan murid. Ini kerana, prestasi murid kadangkala menurun disebabkan faktorfaktor seperti persekitaran, kesihatan, dan rakan-rakan. Oleh itu, beberapa ujian dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pengkaji mengambil responden dari kelas pemulihan khas sekolah. Sebagai seorang guru pemulihan khas, murid pemulihan harus dilihat dari aspek yang cukup mendalam. Beberapa segi perlu disemak semula bagi merangka sistem pengajaran yang sedia ada.

2.1.2 Kepentingan Membaca merupakan kemahiran yang harus dikuasai setiap manusia di dunia untuk memperoleh ilmu atau sebagainya. Proses membaca dilihat bermula dari peringkat kanakkanak lagi. Kanak-kanak diajar untuk mengeja dan mengecam setiap lambang-lambang perkataan yang diajar guru. Jika guru tidak dapat membantu murid-murid, ini merupakan satu kegagalan yang perlu diselesaikan dengan segera. Ini kerana, kanak-kanak merupakan perintis terhadap kemajuan negara pada masa hadapan. Menurut kajian Rohaty (2003)

mengatakan bahawa penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Mengikut pandagan tokoh di atas megnatakan bahawa guru tidak seharusnya mengutamakan keputusan peperiksaan sahaja sebaliknya melihat dari keseluruhan kehidupan pelajar tersebut. Pengkaji melihat muridmurid pemulihan di sini kurang pendedahan mengenai persekitaran luar, oleh itu mereka tidak dapat mengolah sesuatu dalam bentuk abstrak. Apabila membuat sebarang ujian, ujian tersebut tersebut mestilah meliputi kesemua prospek yang ada bangi mencungkil bakat-bakat terpendam setiap murid. Potensi murid harus dicungkil bukan sahaja melalui peperiksan secara formatif tetapi dari segi kokuruikum dan aktiviti luar.

2.1.3 Kebolehgunaan Proses membaca suku kata asas seperti KV dan KV+KV, dibentuk menerusi konsonan dan vokal. Setiap perkataan memerlukan kedua-dua ini bagi membentuk perkataan yang bermakna. Ini disusuli dengan membaca ayat mudah yang akan membantu murid membiasakan diri dengan perkataan yang telah dipelajari seterunya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pengkaji meletakkan beberapa sasaran awal kepada murid. Tahap-tahap diletakkan sebagai penanda aras bahan yang telah diujikan. Dalam pada masa yang sama, proses mempraktikkan pembelajaran diajar seperti murid menerangkan apa yang mereka faham mengenai perkataan yang telah dipelajari. Secara amnya, kognitif murid akan bercambah secara automatik serta memudahkan guru mengajar pada pengajaran masa hadapan.

2.1.4 Kawalan Pengkaji mengambil beberapa insiatif awal bagi melonjakkan prestasi murid. Media pengajaran yang kreatif disediakan. Dalam kajian kes ini, hanya seorang murid diambil sebagai responden. Pengkaji akan membuat kesemua prosedur yang sepatutnya seperti pemerhatian, ujian diagnostik, dan temubual. Ketiga-tiga proses ini akan memudahkan pengkaji untuk memilih bahan dan kaedah sesuai untuk mengajar pada masa hadapan. Pengkaji sentiasa mengutamakan apa yang hendak diajar dan tidak menukarkan objektif yang telah disediakan. Persoalan kajian dilihat bagi memastikan terdapat kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

2.1.5 Kolaborasi Setiap penyelidikan yang dilakukan perlu diselangi dengan komunikasi dua hala dengan pihak sekolah, staf akademik, dan seluruh warga sekolah. Di sini, saya hadir sebagai seorang cikgu praktikal yang diakui kurang dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Saya menguatkan azam diri untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama guru-guru sekolah, pihak pentadbir, dan staf-staf yang lain. Apabila proses kolaborasi berjalan dengan lancar, ini akan memudahkan saya mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah dengan pantas. Nasihat serta semangat membakar diri saya untuk membantu murid-murid sekolah ini dengan harapan membawa kegemilangan kepada sekolah. Pengalaman guru pemulihan sekolah akan memberi input yang amat berguna ketika saya

dilantik sebagai pendidik anak bangsa pada suatu hari nanti. Harapan ini bukanlah kecil, tapi sebesar lautan yang tiada penghujungnya. 2.1.6 Kerelevenan Kajian ini dibentuk kerana pengkaji melihat murid tidak dapat mengeja dan membaca dengan betul. Mereka gagap ketika menyebut suku kata dan membaca ayat mudah. Kajian dibuat berdasarkan asas-asas kukuh yang telah dititikberatkan semasa mengumpul maklumat. Apabila setiap masuk mengajar, pengkaji akan meminta murid menyebut suku kata asas seperti, sa, ka, ku, gu, li. Di sini, saya membuat proses latih tubi pada setiap hari. Penggunaan gambar dan aktiviti permainan yang akan menggerakkan otak pelajar menajdi lebih kreatif dan inovatif.

2.2 Tinjauan Masalah

Cara Langkah penilaian Murid sasaran Tujuan

Langkah 1 17 Feb 2012

Pemerhatian

Syamimi

Melihat secara umum masalah yang dihadapi murid.

Langkah 2 21 Feb 2012

Ujian Diagnostik Individu

Syamimi

Mengesan daerah kelemahan yang dihadapi murid.

Langkah 3 27dan 29 Feb 2012

Temubual

i) Syamimi ii) Guru pemulihan

Apakah kelemahan sebenar serta minat murid terhadap pengajaran dan persekitaran.

2.4 Analisis Tinjauan Masalah Beberapa pemerhatian dibuat bagi memastikan kajian menjadi lebih teratur dan tepat. Langkah diatur dengan mengambil beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh pengkaji. Pemerhatian dibuat dari awal Februari hingga penghujung bulan tersebut. Ini memberi ruang masa yang lebih panjang kepada saya untuk mencari serta menyelidik perkara yang penting dalam usaha mencari masalah sebenar. Murid ini tidak menunjukkan masalah pada awal pemerhatian. Perwatakkannya yang pendiam serta malu sukat untuk guru mengesan masalah sebenar. Ini sudah menjadi tugas guru untuk bersikap empati kepada murid tersebut. Profesion sebagai guru merupakan tugas yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh islam. Guru harus menjadi model yang mampu mengubah persepsi orang terhadap guru itu sendiri. Dalam islam itu sendiri, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang baik ketika hendak menyebarkan islam. Rasulullah menjadikan dirinya sebagai contoh utama kepada umat yang dibimbingnya. Kenyataan ini bertepatan dalam Al-quran dan diabadikan dalam surah Al-Ahzab; 21 seperti berikut : Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat, dan dia banyak menyebut nama Allah (Q.S. al-Ahzab;21) Pada awalnya saya melihat secara umum masalah yang dihadapi oleh syamimi. Syamimi merupakan seorang pelajar yang baik dan tidak mengundang permasalahan

sosial lain. Hakikatnya, pelajar ini sering mendiamkan diri apabila tidak dapat memahami pengajaran guru di dalam kelas. Ini memberikan cabaran baru kepada saya, bagaimana mengenal murid dengan pelbagai latar belakang serta kognitif yang berbeza. Guru bukanlah berfungsi sebagai pendidik tetapi berfikir bagaimana menyelami kehidupan murid-murid. Menurut Corey, Corey & Callahan (1997), menyatakan seseorang yang menunjukkan sifat empati lebih mudah berinteraksi dengan orang lain, terutama dalam proses membantu seseorang. Seterusnya saya melakukan gerakan kedua iaitu menjalankan ujian diagnostik terhadap Nur Syamimi. Ujian diagnostik ini ialah bertujuan untuk mengenalpasti daerah kelemahan yang terdapat pada murid tersebut. Contohnya murid ini tidak dapat mengeja suku kata dengan baik. Oleh itu, peranan saya seterusnya ialah mencari serta membina bahan yang sesuai dengan kelemahan yang telah dikenalpasti ketika ujian diagnostik. Ini akan memudahkan guru membuat rangka serta perancangan yang mampu melonjakkan prestasi murid ini pada tahap yang membanggakan. Pada peringkat seterusnya, saya melakukan aktiviti tembual dengan murid dan guru pemulihan. Aktiviti temu bual ini penting kerana saya sebagai guru harus berinteraksi secara dua hala dengan murid. Sepertimana yang telah dinyatakan, Syamimi seorang murid yang pendiam. Oleh itu, saya harus mencungkil kekuatan dan kelemahan murid ini dengan lebih mendalam. Proses ini sangat membantu guru kerana pada persekitaran yang biasa, murid ini kurang bercakap dan bersosial dengan murid lain. Temu bual dijalankan bersama guru pemulihan sekolah kerana beliau lebih mengenali murid bernama Syamimi. Proses perkenalan saya sebagai seorang guru baru kepada Syamimi mungkin memberi nafas baru dalam pendidikan di sekolah ini.

Apabila bertentangan mata dengan guru pemulihan sekolah ini, ternyata beliau mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas. Harapan yang diletakkan beliau kepada murid-murid menunjukkan beliau seorang guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi. Beliau memberi informasi berkaitan murid dengan penuh ketilitian. Beliau mengatakan bahawa semua murid di sini mempunyai potensi masing-masing. Bakat serta kemahiran yang dimiliki oleh guru sahaja yang mampu mencungkil potensi murid-murid ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Segala permasalahan yang timbul menjadi satu titik tolak untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kajian ini diharapakan dapat membantu secara

keseluruhannnya masalah yang terdapat pada Syamimi. Beberapa kaedah telah dapat dikenalpasti untuk digunakan membantu Syamimi dalam pembelajarannya di dalam kelas. Oleh itu, guru telah melihat beberapa objektif sesuai yang dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3.2 Objektif Khusus Kajian ini bertujuan untuk : i) ii) Memastikan murid boleh menyebut suku kata dengan pantas. Membantu murid membaca perkataan dengan betul.

3.3 Soalan kajian Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut : i) Apakah yang menyebabkan pelajar tidak dapat menyebut suku kata yang diajar oleh guru ? ii) Bagaimanakah membantu murid membaca perkataan pada bahan bantu belajar?

4.0 KUMPULAN SASARAN Kelas pemulihan khas tahun 5 Ikhlas mempunyai seramai 6 orang murid. Saya mengambil seorang murid sebagai sampel untuk kajian tindakan kali ini. Murid itu bernama Syamimi dan mempunyai perwatakan yang malu dan tidak yakin pada diri. Di dalam kelas ini, saya membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Ben10, Ultramen, dan Doraemon. Kumpulan Doraemon merupakan kumpulan yang amat lemah dan memerlukan pemerhatian yang tinggi dari guru kelas. Syamimi merupakan pelajar yang berada dalam

kumpulan yang lemah dan memerlukan penilitian dari guru. Penelitian yang mensasarkan seorang murid ini dapat membantu guru mengesan permasalahan dengan lebih lanjut mengenai seseorang pelajar itu. Kelemahan murid ini ialah sukar untuk membaca sesuatu perkataan dengan lancar. Apabila diberi ayat mudah, murid ini senyap dan melihat ke bawah. Syamimi lemah dalam membaca suku kata yang mudah seperti Kv dan Kv+Kv. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah tingkah laku yang serius. Syamimi juga tidak mengalami masalah kehadiran dan menunjukkan kesungguhan untuk belajar di dalam kelas. NAMA KELAS GURU KELAS MASALAH Nur Syamimi bt Jabir 5 Ikhlas Muhammad Zufar bin Abdul Razak Tidak dapat membaca suku kata dengan lancar. Lambat membaca perkataan KV+KV

PERWATAKAN

Malu Kurang keyakinan dalam diri Kurang berinteraksi

Rajah 1.0 Latar belakang murid.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Prosedur Tindakan Kajian ini dijalankan kepada seorang murid sahaja dengan menggunakan media pengajaran yang telah saya bina seterusnya membuat beberapa pemerhatian. Secara amnya, kajian saya ini memilih model asas kajian tindakan Stephen Kemmis. Terdapat beberapa sebab saya memilih model yang

diperkenalkan beliau mengenai kajian tindakan. Model yang diperkenalkan beliau akan membantu murid belajar dengan cara yang betul. Saya telah mengubahsuai model ini agar kebih bersesuaian dengan fokus dan matlamat kajian saya. Model ini berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin yang seterusnya diubahsuai dan digunakan dalam kajian pendidikan. Model ini melibatkan perancangan (plan), tindakan (act), pemerhatian (observe), dan refleksi (reflect). Kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan

penambahbaikan terhadap perancangan asal. Stephen Kemmis (1988) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan tentang : Proses dan mutu pengajaran Pemahaman dan penguasaan pengajaran Situasi di aman proses pengajaran berlaku Kajian tindakan merupakan satu tindakan yang diambil oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajarannnya sendiri ataupun mutu pengajaran guruguru lain, menguji andaian daripada teori-teori pendidikan atau salah cara menilai dan melaksanakan keutamaan di sekolah.

Rajah 1.1 :Model Asal Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988)

Tindakan 1 : Terdapat empat langkah yang telah saya ambil untuk membantu Syamimi menyebut dan membaca perkataan dengan lancar. Pertama sekali ialah saya membuat pemerhatian awal bagi mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi Syamimi. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Oleh itu, pendekatan yang sesuai harus berdasarkan kelemahan yang dihadapi murid. Jika pendekatan yang diberikan salah, maka masalah tidak dapat diselesaikan dengan sistematik. Seterusnya ialah menggunakan ujian pra sebagai kaedah kedua yang dapat membantu saya mengenalpasti masalah Syamimi. Ujian pra dilakukan ke atas Syamimi secara berperingkat. Di sini, guru dapat mengetahui dengan lebih terperinci kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh Syamimi. Apabila kemahiran ini dikenalpasti dengan baik, guru akan mudah mencari kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar Syamimi. Kaedah terakhir ialah kaedah temubual di antara guru dan pelajar. Temubual ini sangat penting kerana di sini kita dapat melihat minat serta masalah lain yang dihadapi Ismail sehingga dapat menghalang dia untuk belajar. Halangan yang dimaksudkan mungkin seperti keluarga, rakan-rakan, ataupun persekitaran sekolah yang tidak menyeronokkan. Beberapa tindakan alternatif lain ialah saya menyediakan media pengajaran yang menyeronokkan untuk Syamimi. Media pengajaran ini hasil daripada teknik mengeja dan bacaan pantas yang saya aplikasikan dalam pengajaran.

Tindakan 2 : Merancang Tindakan Perancangan amat penting sebelum melaksanakan sesuatu kajian. Ini berupaya melancarkan lagi proses pengajaran pada tindakan ketiga nanti. Sebelum itu, saya perlu memikirkan tajuk yang sesuai untuk kajian ini. Selepas melakukan ujian

diagnostik serta pemerhatian awal, kaedah dan teknik mengajar difikirkan agar pengajaran yang dilakukan terdapat peningkatan. Media pengajaran dibina mengikut kesesuaian murid tersebut. Saya melihat, murid ini lambat

mengenalpasti suku kata yang ditunjukkan. Jika murid ini tidak dapat mengenalpasti suku kata, maka menjadi kesukaran untuknya untuk membaca ayat mudah. Seterusnya, saya akan melakukan sesi latih tubi pada setiap hari bagi membiasakan diri pelajar dengan suku kata yang ditunjukkan. Latih tubi ini melibatkan suku kata, KV, KV+KV.

Tindakan 3 : Cerdik Baca Pantas Ini merupakan kaedah pengajaran yang akan memastikan Syamimi boleh mambaca ayat mudah dengan lancar. Aktiviti pertama selepas mendapat sampel kajian ialah latih tubi suku kata dan bacaan. Latih tubi suku kata dimulakan dengan menyebut KV. Murid akan menyebut suku kata yang ditunjukkan oleh gurudan mengingat suku kata yang telah diajar. Ini merupakan proses yang penting kerana di sinilah bermula bagi Syamimi untuk membaca ayat mudah. Selain itu, murid akan menyebut suku kata KV dari pelbagai arah dan ini membuatkan murid peka dengan bahan yang diberi. Minda pelajar juga diasah menjadi lebih tajam. Murid akan menyebut suku kata sambil memetik jari di kedua-dua belah tangan. Jika murid memetik jari di sebelah tangan kanan, maka pergerakan badan juga bergerak ke arah sana begitu juga sebaliknya. Ujian akan diberikan apabila proses pengajaran dilakukan untuk proses pemantapan akademik.

Ba Ca Da Ka Ma Di Ta Ke

bi ci di ki mi ti sa ra Rajah 1.3 : Suku kata KV

bu cu du ku mo to su ru

Selepas murid dapat menguasai suku kata KV, Proses seterusnya ialah latih tubi menyebut suku kata KV+KV sehingga membentuk perkataan. Guru pada masa itu juga membuat pergerakan yang sama bagi mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.

Bubu Kuku Rusa Satu

buku kaku rasa saka Rajah 1.4 : Suku kata KV+KV

Bulu kura rima suka

Proses latih tubi ini penting untuk murid mengingat perkataan yang diajar pada masa hadapan. Mengikut Teori Mekanis belajar membaca lebih menitikberatkan proses latih tubi. Murid akan dapat menguasai kemahiran seandainya guru dapat menyusunatur satu proses latihan yang berterusan. Apa yang terjadi, latih tubi yang tidak dirancang dengan teliti akan menyebabkan murid jemu dan ia berbentuk stereotaip. Oleh itu rangsangan yang sesuai perlulah difikirkan oleh guru untuk menghidupkan proses pengajaran dan pembelajaran. Rangsangan yang telah dilakukan pada suku kata KV diteruskan pada suku kata KV+KV. Pada kali ini saya menambah satu lagi pergerakan iaitu berlari pada satu tempat. Murid memerlukan sesuatu yang dapat menarik minat agar dapat mengekalkan mereka

berada dalam proses tersebut. Murid mengulagi kaedah tersebut sebagai latih tubi kepada murid. Setiap latih tubi dijalankan selama 5 hingga 10 minit setiap aktiviti dan p&p dalam kelas pemulihan. Latihan pengukuhan juga diberikan kepada Syamimi supaya suku kata yang telah dibaca dapat diingat dengan baik.

Murid disuruh berulang kali membuat pergerakan badan dan memetik jari semasa menyebut perkataan. Media pengajaran yang saya namakan Cerdik Baca Pantas membuatkan Syamimi teruja untuk belajar dengan lebih cemerlang. Ganjaran juga saya berikan sebagai pemangkin kepada murid tersebut untuk belajar. Ujian diberikan dari semasa ke semasa untuk proses membanding beza dan peningkatan prestasi murid tersebut.

lori pili guli

gula besi kaca

Gambar serta bahan maujud juga disediakan supaya murid itu nampak keadaan yang sebenar. Pengalaman sedia ada murid harus dicungkil oleh guru supaya murid dapat menceritakan sesuatu pengalaman secara abstrak. Contohnya, guru membawa guli atau lori permainan sebagai bahan maujud seterusnya mengembangkan pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa terdapat rangsangan semulajadi yang berlaku dalam diri murid. Proses komunikasi terbentuk antara guru dan murid dengan baik.

Tindakan 4 : Pada akhir kajian, saya membanding beza markah ujian yang pertama dan kedua untuk melihat perbezaan. Refleksi ini penting untuk guru dan murid itu sendiri. Menurut Dewey (1933), refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Sebagai seorang bakal guru, saya harus sentiasa membuat refleksi pada setiap pengajaran di dalam kelas. Ini akan membantu saya meningkatkan lagi akauntabiliti diri sebagai seorang guru yang inovatif dan cemerlang. Sekiranya ujian yang dijalankan gagal dan menemui jalan buntu, model lain akan digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Jika refleksi tidak dilakukan, maka pengajaran guru tidak mengalami sebarang peningkatan demi kemajuan pendidikan di Malaysia.

LANGKAH Langkah 1

AKTIVITI Menyatakan masalah, membuat ujian

diagnostik, dan membuat pemerhatian awal. Langkah 2 Merancang pengajaran dan memilih kaedah yang sesuai. Langkah 3 Melaksanakan proses refleksi. Langkah 4 Proses refleksi pengajaran. Melihat sejauh mana peningkatan berdasarkan ujian yang telah dijalankan. pengajaran dan ujian untuk

5.2 Prosedur cara pengumpulan data a) Pemerhatian tidak berstruktur Pemerhatian dan kutipan data dijalankan di dalam kelas pemulihan khas. Di dalam kelas, saya melihat kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri Syamimi. Pemerhatian berstruktur meliputi item yang telah dipilih berdasarkan tingkah laku murid tersebut di dalam kelas. Pemerhatian tidak bestruktur melibatkan jawapan yang berkemungkinan serta tidak merujuk pada item. Selepas itu, beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan pemerhatian itu. .Jika terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki saya akan mencatatnya dan kemudian mencari kaedah terbaik menyelesaikannya. Kelemahan utama Syamimi, dia tidak dapat mengeja suku kata yang diberi oleh guru. Selain itu, dia teragak-agak untuk mengeja dan membaca sesuatu perkataan. Segala permasalahan yang dihadapi Syamimi diberi perhatian oleh guru sebagai usaha untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

b) Ujian pra dan pasca Ujian diagnostik atau ujian pra yang dijalankan harus memberi keputusan yang positif. Ujian yang dihasilkan merangkumi semua kemahiran yang ada antaranya lisan dan menulis. Ini merupakan langkah awal bagi guru mencari titik awal yang menjadi permasalahan yang timbul. Murid akan disuruh mengeja perkataan yang mudah serta mengenal huruf vokal dan konsonan.

Ujian pasca akhir ini akan menentukan keberkesanan proses pengajaran menggunakan teknik yang telah diajar. Jika pencapaian memuaskan, maka kajian ini telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya.

c) Temu bual Temu bual yang berlangsung di antara guru dan pelajar dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin sekian lama. Ini dibuktikan apabila murid akan lebih selesa jika dapat berhadapan secara individu dengan guru. Di sini, guru dapat mengenal dengan lebih rapat dan mengetahui masalah sebenar pelajar tersebut. Masalah yang mungkin ada dalam diri seorang murid itu ialah masalah keluarga, persekitaran, dan rakan-rakan. Temu bual dengan guru pemulihan sendiri akan membawa ruang baru dalam teknik pengajran kita. Cikgu Rahim memberi kerjasama dan nafas baru untuk murid pemulihan. Ini kerana saya belum mengenali sepenuhnya murid bernama Syamimi kerana baru berjumpa dengannya, oleh itu, guru pemulihan itu sendiri mepunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berbanding saya. Kelemahan dalam aspek pengajaran juga tidak dilupakan sama sekali, guru akan bertanyakan adakah pengajaran guru membosankannya atau sebaliknya. Jawapan yang diberikan oleh pelajar harus ikhlas dari hatinya sendiri dan bukan paksaan. Guru akan bertanyakan faktor sebenar murid ini tidak boleh mengeja dan membaca dengan baik. Guru seharusnya melihat kelemahan murid secara keseluruhan, supaya ruang yang kecil dapat diselesaikan dengan pantas.

6.0 ANALISIS Analisis merupakan prosedur penting untuk guru membuat refleksi berdasarkan pengajaran yang telah dijalankan. Hasil dapatan maklumat daripada pengumpulan data melalui ujian pra dan ujian pasca diterjemahkan dalam bentuk peratusan. Selain itu, instrumen lain yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian. Secara amnya, kejayaan ujian pra dan ujian pasca akan ditentukan melalui markah ujian manakala analisis temu bual dan pemerhatian dibuat melibatkan sebab dan akibat kajian ini dijalankan. Sebelum menjalankan analisis ini, guru telah membuat pengumpulan data secara terperinci. Pengumpulan data akan memudahkan guru membuat analisis atau mengumpul data-data yang telah menghalang kejayaan seseorang murid. Tugas guru pemulihan seperti saya memerlukan penilitian yang cukup mendalam kerana murid pemulihan tidak mempunyai persamaan dengan murid lain. Jika terlepas elemen penting, ini akan membantutkan segala usaha yang telah dijalankan oleh guru tersebut. Saya telah menyediakan dua borang temu bual iaitu temu bual bersama guru dan murid. Penyediaan dua temu bual akan memperlihatkan apa yang diingini oleh pelajar dan menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen seterusnya ialah menggunakan borang pemerhatian tidak berstruktur untuk melihat perkembangan murid. Di sini guru dapat melihat keberkesanan dan kualiti pengajaran seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.

6.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Kaedah ujian pra dan pasca dilakukan dalam dua bentuk berbeza. Peringkat pertama ialah sebelum kaedah dilaksanakan dan peringkat kedua ialah selepas kaedah diperkenalkan. Kedua-dua ujian ini memberi keputusan yang nyata berbeza dan menemui kejayaan. Dalam ujian pra, saya menyediakan soalan membabitkan suku kata KV dan KV+KV. Pada setiap soalan yang diberikan, murid menjawab secara lisan. Oleh itu, soalan yang disediakan harus meliputi kemahiran yang telah dipilih. Saya labelkan murid sebagai responden A. Di dalam instrumen ujian pra, setiap kemahiran yang dipilih mempunyai 10 soalan. Jadual di bawah menunjukkan keputusan yang telah diperoleh semasa ujian pra dijalankan ke atas murid : Bil 1 2 Kemahiran Menyebut suku kata KV Membaca suku kata KV+KV Keputusan 5/10 2/10

Jadual : Keputusan ujian pra responden A

Keputusan ujian pra yang dijalankan menunjukkan responden A tidak menguasai sepenuhnya kemahiran membaca. Jika kemahiran ini tidak dikuasai oleh murid, maka membaca ayat mudah menjadi mustahil sama sekali. Responden A hanya mampu membaca

lima suku kata daripada sepuluh suku kata pada lembaran soalan. Seterusnya responden A diarahkan menyebut suku kata KV+KV sehingga membentuk perkataan. Keputusan ujian pra membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengajar murid ini dengan teknik yang betul. Teknik ini menggunakaan latih tubi dan menyebut secara pantas setiap suku kata. Berdasarkan keputusan ujian pra, jelas bahawa responden A memerlukan satu latihan secara konsisten dan teknik yang betul. Murid bukan sekadar membaca perkataan, tetapi melakukan pergerakan yang memantapkan perkembangan akademik. Berdasarkan keputusan ujian pra, murid sukar mengeja sesuatu suku kata sehingga membentuk perkataan. Kekeliruan dan proses mengingat semula menjadi perlahan apabila melihat perkataan yang panjang. Teknik yang diperkenalkan ini mampu memberi impak yang memberangsangkan. Saya akan menyuruh responden A untuk menyebut sesuatu suku kata yang sama berulang kali dan pantas. Murid akan membiasakan diri dengan suku kata yang telah disebut dan meingkatkan lagi keyakinan dalam diri. Selain itu, pengajaran altih tubi ini harus diselangi dengan pergerakan yang menarik. Guru akan memberi penekanan dalam menyebut perkataan mudah seperti buku kuda, paku dan baju. Perkataan ini membuatkan murid melihat semula kehidupannya yang dikelilingi benda-benda tersebut. Selain itu, lembaran kerja diberikan selepas pengajaran dilakukan di dalam kelas. Lembaran yang diberikan dibina berdasarkan suku kata yang telah diajar. Teknik membaca suku kata kata dengan pantas menjadi agenda utama saya. Contohnya, responden A akan disuruh menyebut suku kata da di du dengan cepat sambil membuat pergerakan badan. . Apabila murid sudah merekod suku kata yang di ajar di dalam minda, maka tidak sukar bagi mereka untuk membaca ayat mudah seperti Saya ada baju. Ujian pasca dilakukan untuk melihat keberkesanan pengajaran menggunakan teknik ini. Ternyata, ia tidak

menghampakan dan membuatkan responden A berasa amat teruja. Keterujaan ini memberi gambaran awal bahawa teknik yang diajar telah mencapai tahap yang amat memuaskan. Ini secara tidak langsung meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti pergerakan yang menyeronokkan. Jadual dibawah menunjukkan keputusan bagi ujian pasca untuk responden A : Bil 1 2 Kemahiran Menyebut suku kata KV Menyebut suku kata KV+KV Jadual : Keputusan ujian pasca responden A Keputusan 10/10 8/10

6.2 Perbezaan Apabila melihat keputusan ujian pasca dan ujian pra, saya membuat perbezaan keduadua ujian ini dan mencari gred yang tepat. Kedua-dua ujian ini dibuat perbezaan bagi melihat perkembangan tahap murid. Standard pemarkahan dibina berdasarkan peratus yang diperoleh ketika ujian. Bil 1 2 Peratus (%) markah 0-29 30-39 Gred E D

3 4 5

40-59 60-79 80-100

C B A

Jadual : Standard pemarkahan gred Teknik yang telah saya jalankan berjaya memberi anjakan paradigma yang cukup ketara dalam diri murid tersebut. Latih tubi memberikan keyakinan kepada murid untuk menyebut sesuatu perkataan dengan lancar. Jika dilihat semula latihan yang diberikan, kelemahan murid seperti gagap telah dapat diatasi dengan jayanya. Sebelum membina graf, jadual keputusan ujian pra dan pasca diletakkan untuk melihat peratusan markah yang telah diperoleh murid.

bil 1 2

Kemahiran Kemahiran KV Kemahiran KV+KV

Ujian A 5/10 2./10

Ujian B 10/10 8/10

Jadual : Perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca

120%

100%

80%

60%

40%

20% kv 0%

kv+kv

Graf : Keputusan ujian membaca KV dan KV+KV

6.3 Analisis pemerhatian Selain menggunakan ujian pra dan pasca sebagai cara pegumpulan data, saya juga turut menggunakan instrumen pemerhatian. Pemerhatian dilakukan ketika sesi pengajaran dan ketika murid sedang menyiapkan lembaran kerja. Pemerhatian dilakukan sebanyak dua kali bagi melihat keputusan sebenar. Instrumen ini melibatkan keseluruhan kemahiran yang telah

dsediakan oleh guru. Oleh itu, murid dapat melihat apakah gred yang diperoleh semasa ujian pasca. Berdasarkan kemahiran yang telah diberikan, responden A telah berjaya mempertingkatkan markah sebanyak 55%. Markah yang diperoleh pada ujian pra ialah 35% dan berada pada gred D. Tetapi selepas ujian pasca markah murid ini telah meningkat kepada 90%. Ini bermakna Syamimi memperoleh gred A pada ujian pasca.

6.4 Analisis temu bual Selepas mengajar murid, temu bual bersama guru pemulihan dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan yang ada pada teknik yang telah saya perkenalkan kepada murid. Guru pemulihan sekolah telah memberikan respon yang positif terhadap perkembangan Syamimi dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk lebih maju ke hadapan. Jika dilihat semula jawapan yang diberikan, kemahiran menyebut dan membaca perkataan diberi

penekanan yang menyeluruh oleh guru. Ini kerana kedua-dua kemahiran asas ini membantu murid membaca ayat pada buku pelajaran. Antara jawapan yang diberikan oleh guru ialah : Sebelum : i. Syamimi sangat lemah memberi tumpuan ketika belajar. Murid ini juga kurang berminat dengan pelajaran di dalam kelas. ii. iii. Murid ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sukar dan lambat untuk mengeja sesuatu perkataan.

iv.

Tidak lancar ketika menyebut sesuatu perkataan mudah.

Selepas : i. Teknik lancar baca ini telah membantu Syamimi menguasai sesuatu perkataan dengan cepat. ii. iii. Syamimi sudah dapat menyebut perkataan paku, baju, lori dengan pantas. Murid ini kelihatan ceria dan melibatkan diri melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan lain

7.0 DAPATAN KAJIAN Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa kaedah cerdik baca pantas yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran KV dan KV+KV. Segala perancangan telah dibuat mengikut

kesesuaian agar objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sebelum melakukan sebarang tindakan, kajian dilakukan dari masa ke masa melihat perkembangan murid di dalam kelas. Murid-murid pemulihan mempunyai kekurangan yang perlu difahami oleh guru. Teknik dan kaedah yang dipilih harus mempunyai ketekalannya dalam mengajar sesuatu kemahiran. Kajian kes saya hanya melibatkan seorang murid tetapi dirangka perancangannya supaya murid ini meningkat dalam pembelajarannya. Syamimi merupakan seorang murid yang baik dan pemalu. Secara amnya, sifat yang ditonjolkan memberi kesan terhadap kemahiran bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Pada awal pemerhatian, murid ini tidak dapat membaca suku kata mudah KV dan KV+KV apatah

lagi membaca ayat mudah. Menyebut diberi penekanan kerana dengan menguasai kemahiran membaca murid akan dapat menimba ilmu dengan membaca bahan ilmiah. Ilmu yang saya pelajari di institut pendidikan guru dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan memperkenalkan kaedah yang betul merawat masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah. Kaedah ini lebih mengutamakan latih tubi murid menyebut suku kata dan perkataan mudah yang biasa dilihat oleh murid. Variasi rangsangan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pelbagai deria untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Apabila diselitkan kemahiran pergerakan, ia dapat memotivasikan serta membangkitkan naluri ingin tahu murid melalui pelbagai aktiviti. Pengajaran berdasarkan pengalaman murid dapat membantunya meneroka sesuatu perkataan dengan lebih mendalam. Ini kerana melalui pengalaman, murid-murid dapat menyimpan maklumat tersebut dalam stor ingatan jangka panjang mereka. Saya dapati murid lebih suka perkataan itu wujud di hadapan mereka dan sukar sekali untuk mereka berfikir secara abstrak. Sebelum mengajar Syamimi, pengumpulan data melalui pemerhatian dan temubual membantu saya meningkatkan lagi tahap pengajaran di dalam kelas. Kajian yang saya lakukan mendapati Syamimi kurang mendapat pendedahan mengenai cara membaca pantas. Murid seharusnya membiasakan diri mereka dengan setiap perkataan supaya perkataan yang telah belajar sentiasa bermain dalam kotak fikiran murid. Syamimi dilihat menyukai komunikasi dua hala dengan guru. Sifat malu sudah tiada lagi dan murid ini dapat bersosial dengan baik dengan rakan-rakannya. Latih tubi setiap pengajaran direkodkan bagi membuktikan Syamimi mempunyai peningkatan yang menakjubkan. Syamimi juga sekarang lebih berani memberi pendapatnya mengenai sesuatu kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Di dalam ujian pasca yang dilakukan, murid ini berjaya memperoleh 90% daripada keselurahan kemahiran yang diuji. Kemahiran membaca ditingkatkan setelah murid dapat

menggunakan kaedah ini. Apabila diadakan temubual dengan guru

pemulihan sekolah, beliau ternyata amat terkejut dengan perubahan mendadak Syamimi. Syamimi sekarang sudah boleh membaca ayat mudah yang ditunjukka oleh guru. Setiap gambar yang ditunjukkan dapat ditafsirkan dengan mudah oleh murid. Saya amat yakin sekali kaedah ini dapat membantu murid lain menguasai sesuatu perkataan dengan cepat.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Keberkesanan kaedah Cerdik Baca Pantas ini telah meningkatkan keyakinan saya untuk mempeloporinya di peringkat nasional. Segala kekuatan dan kelemahan diteliti agar tiada kepincangan dalam setiap tindakan. Berdasarkan kajian ini, langkah-langkah harus disemak semula untuk mempertingkatkan kualiti kajian ini pada masa depan. Kaedah ini sebenarnya amat bersesuaian dengan persekitan murid pemulihan di semua sekolah. Guru boleh mempraktikannya dengan menyediakan bahan bantu belajar sendiri yang lebih kreatif mengikut acuan masing-masing. Unsur inovatif diterapkan supaya guru dapat memikirkan kaedah yang boleh digabungjalinkan dalam pengajaran kemahiran membaca. Idea-idea baru yang tercetus boleh dikongsi dan penambahbaikkan dalam kajian kes ini amat dialu-alukan. Guru sebenarnya perlu lebih bijak menggunakan persekitaran yang ada bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri setiap murid.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, saya mencadangkan murid-murid perlu lebih berani memberi pendapatnya kepada guru. Melalui cara ini, dimensi ilmu dapat dikembangkan dalam pemikiran murid-murid. Murid-murid harus digalakkan berfikir secara abstrak oleh guru-guru. Tugas guru pemulihan tidak sama dengan guru kelas biasa. Guru perlu menekankan pendekatan individu dengan murid. Sifat pelajar pemulihan yang kurang berinteraksi serta malu memberi kesukaran kepada guru untuk mengetahui masalah sebenar murid. Apabila diberi peluang untuk memberi pendapat mengenai bidang pemulihan, saya amat menitikberatkan hubungan guru dengan murid. Guru perlu dekat dengan murid dan menyelami kehidupan murid.