Anda di halaman 1dari 30

KUMPULAN MAHABBAH

1. PENGENALAN Semasa awal pengenalan orang Inggeris terhadap masyarakat orang asli, mereka menggelar masyarakat orang asli sebagai aborigines yang bererti masyarakat yang mundur, tidak membangun dan primitif. Nama masyarakat ini dikenali sebagai orang asli oleh kerajaan Malaysia bagi menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut. Bancian penduduk yang dilakukan pada tahun 1993, terdapat lebih kurang 95,529 orang masyarakat orang asli di seluruh negara. Dalam jumlah tersebut, hampir 70% tinggal di kampung berhampiran dengan masyarakat Melayu dan yang selebihnya tinggal di kawasan pendalaman (Jasman Ahmad ,1997)

Masyarakat orang asli adalah golongan masyarakat peribumi yang ketinggalan dari menikmati arus perdana dan memerlukan suatu pelan tindakan yang terancang bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum yang ada di Malaysia dari segi ekonomi dan keadaan sosial mereka. Keupayaan masyarakat orang asli berubah dan bersedia mengikuti arus utama negara dengan cara memperbaiki taraf pendidikan dan sosio-ekonomi serta meneruskan budaya mereka yang positif akan menentukan hala tuju kehidupan yang lebih baik. Tiba masanya orang asli berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan atau masyarakat yang prihatin kepada mereka dalam mengejar kehidupan yang berkualiti dari segi pendidikan, sosial, ekonomi, kesihatan dan keperluan asas (Osman Ali, 2005).

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

2. ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN Dalam penyataan isu yang dijadikan fokus untuk tugasan ini adalah untuk mengenali dan memerihalkan pengaruh kepercayaan dan agama masyarakat orang asli dalam perubahan terhadap pembentukan budaya yang diamalkan didalam kehidupan harian mereka. Permasalahan yang sering berlaku dikalangan suku kaum orang asli adalah kekeliruan terhadap pelbagai unsur kepercayaan dan agama yang telah memasuki ke penempatan orang asli. Hal ini juga telah memberikan kesan terhadap perubahan didalam budaya hidup seharian suku kaum orang asli. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan isu; 2.1. Kepentingan agama dan kepercayaan masyarakat orang asli didalam pembentukan budaya dan cara hidup masyarakat orang asli. 2.2. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peralihan dari kepercayaan asal kepada kepercayaan yang baru atau agama. 2.3. Hubungkait antara kepercayaan asal masyarakat orang asli dengan kesesuaian kepercayaan baru.

3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang hendak dicapai adalah berkaitan dengan isu dan permasalahan yang telah dibincangkan. Selain itu, ia juga adalah sebagai satu kembara pengalaman dalam pembelajaran bagi mendalami dan merasai cara hidup masyarakat orang asli. Dan objektif yang telah ditetapkan untuk kajian ini adalah; 3.1. Mengenali latarbelakang dan asal-usul masyarakat orang asli

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

3.2. Mengenalpasti kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat orang asli terdahulu dan juga kepercayaan yang diamalkan pada masa kini. 3.3. Memerihalkan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat orang asli beralih kepercayaan dan agama yang diamalkan mereka.

4. SKOP KAJIAN Skop kajian ini tertumpu kepada maklumat-maklumat yang difokuskan bagi menghuraikan jawapan terhadap persoalan yang dibincangkan mengenai latarbelakang masyarakat orang asli yang menjadi subjek kepada kajian, kepercayaan yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian dan faktor-faktor perubahan kepada kepercayaan yang baru.

Maklumat-maklumat yang diperlukan bagi kajian ini terdiri daripada sumber primer iaitu melalui temubual wakil masyarakat orang asli, pegawai jabatan kemajuan orang asli, pendakwah dan lain-lain. Selain itu sumber sekunder atau maklumat-maklumat daripada data yang sedia ada daripada rujukan-rujukan daripada bahan bacaan seperti artikel, jurnal, buku dan internet juga menjadi panduan kepada kajian ini.

5. LOKASI KAJIAN Lokasi kajian yang menjadi pilihan adalah Tanah Tinggi Lojing yang terletak di sebelah selatan negeri Kelantan dan di sebelah utara Tanah Tinggi Cameron pada ketinggian 1400 meter dari paras laut dengan keluasan sekitar 23,435 hektar. Tanah Tinggi Lojing diliputi oleh beberapa buah bukit di sekitarnya seperti Gunung Warpu, Gunung Tangga, Gunung Chall, Bukit Senjort, Bukit Pangas dan Bukit Tajam.

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Penduduk tempatan Tanah Tinggi Lojing ini majoritinya adalah terdiri daripada bumiputera Senoi dari suku Temiar. Kebanyakkan mereka adalah beragama Islam dan masih mengamalkan kepercayaan animisme dan tidak kurang juga yang beragama Kristian.

6. KAJIAN LITERATUR

6.1. Kepercayaan / Agama Agama adalah suatu fitrah dalam kehidupan manusia kerana manusia merupakan makhluk yang mempunyai kelemahan dan kedangkalan dalam memahami sesuatu, oleh itu pengetahuan yang dangkal inilah yang menyebabkan banyak sekali peristiwa yang berlaku kepada alam sekitar dan diri manusia tidak dapat difahami. Perkara-perkara yang tidak dapat difahami ini adalah persoalan berkaitan perkara-perkara ghaib. Dalam usaha memahami perkara-perkara ghaib ini telah menyebabkan manusia akan mempercayai, menyembah dan memuja unsur-unsur mistik dan dianggap mempunyai kuasa ghaib sebagai dewa-dewa.

Kepercayaan kepada dewa-dewa ini memberikan pengaruh yang kuat dalam hubungkait dalam perkara sosial, ekonomi, pentadbiran, kesenian, pekerjaan, pendidikan, perubatan dan lain-lain. Oleh kerana hubungan akrab kepercayaan dengan norma hidup manusia telah membentuk kepercayaan atau agama sebagai pegangan yang tidak dapat dipisahkan, (Hassan Salleh, 1985).

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Seperti mana manusia lain, masyarakat orang asli yang ada di Semenanjung Malaysia amnya dan khususnya di negeri Kelantan tinggal dikawasan pendalaman yang terpisah daripada arus kemajuan yang pesat. Kehidupan masyarakat ini adalah sederhana dan mundur serta ketinggalan dalam pelbagai faktor kemudahan jika dibandingkan dengan masyarakatmasyarakat lain seperti melayu, cina dan india.

Pada peringkat awal masyarakat orang asli ini, mereka mengamalkan kepercayaan animisme yang turun-temurun diwarisi oleh nenek moyang mereka terdahulu sama ada aspek agama dan lain-lain. Namun begitu, semenjak beberapa dekad kebelakangan ini masyarakat orang asli ini telah mula melangkah meninggalkan kepercayaan animisme dan menganut agama-agama lain seperti Islam, Kristian dan segelintir daripada mereka menganut agama Bahai, (Othman Hj. Ibrahim, 1995).

6.2. Perkembangan Islam Perkembangan Islam dalam masyarakat orang asli bermula pada tahun 1980an apabila gerakan dakwah mula di giatkan ke kawasan pedalaman. Kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang tadak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwahpendakwah ini adalah terdiri dari pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.

Di Kelantan situasi perkembangan Islam juga bermula di era tahun 80an di mana pihak yang memulakan kegiatan ini adalah pendakwah dari badan bukan kerajaan iaitu

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) melalui unit Islamic Outreach ABIM (IOA), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) , Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan JAKIM.

Penyebaran Islam di kalangan masyarakat ini amat mencabar pada ketika itu di mana ketika era tersebut, kedudukan sesebuah pos atau kampong amat pedalaman sekali di mana perjalanan sebagai contoh bermula dari Bandar Gua Musang ke sesebuah pos atau kampong mengambil masa satu hari perjalanan kerana terpaksa meredah hutan dan melalui jalanjalan balak. Tambahan pula, pada ketika itu masyarakat orang asli kebanyakannya berpindah randah dan ini amatlah menyukarkan.

Walaubagaimanapun kesukaran tersebut, Islam tetap berjaya di sebarkan di kalangan masyarakat pribumi ini. Kebanyakan pendakwah sama ada dari ABIM, MAIK ataupun JAKIM, mereka mengambil pendekatan memasuki kawasan pendalaman sebulan sebanyak dua atau tiga kali. Dengan kekerapan tersebut sekarang hampir 70 peratus Islam telah tersebar di dalam masyarakat ini.

6.3. Kaedah Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli Dakwah adalah satu cabang ilmu yang dominan sifatnya. Keberkesanan dan kejayaannya bergantung kepada persembahannya yang mantap dan teruji. Oleh itu method serta pendekatannya haruslah praktikal. Aspek-aspek penting yang menyentuh persoalan pokok mengenai kehidupan, pemikiran, citarasa dan lain-lain unsur yang terangkum dalam alam budaya satu-satu etnik semestinya di fahami sebelum seseorang itu menampilkan diri di

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

tengah-tengah kumpulan sasaran sebagai misi dakwah. Jika tidak sukar baginya untuk melaksanakan misi tersebut. Dalam kontek dakwah kepada orang asli, teknik dan pendekatan yang digunakan berbeza kerana suasana kehidupan, cara berfikir, persekitaran dan alam budaya mereka berbeza. Mengikut buku Method Dakwah yang di keluarkan oleh MAIK, Terdapat 5 tahap pendekatan yang digunakan iaitu;

6.3.1. Tahap pertama Mewujudkan suasana kemesraan yang erat dengan penduduk Asli. Sebagai contoh, komunikasi menerusi pergaulan, lawatan rumah ke rumah, majlis jamuan dan sebagainya. Pada tahap ini soal agama tidak di sentuh.

6.3.2. Tahap kedua Pendakwah membuat intipan ke dalam hati kumpulan sasaran (Orang Asli) secara individu untuk mengenali sama ada mereka punyai perasaan agama atau tidak. Dilakukan dalam perbualan tidak langsung dan semasa mereka kelihatan relaks. Contoh, Perbualan intipan: i. ii. Apa pandangan kamu jika dunia tidak ada Matahari? Boleh jadi suatu masa seluruh tanaman di dunia ini mogok tidak mahu mengeluarkan buah. Waktu itu apa akan jadi pada manusia dan kepada siapa mengharapkan pertolongan? (Soalan ini akan mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan mereka dan ingin dapatkan jawapan sebenar.)

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

6.3.3. Tahap Ketiga Mula menarik perbualan kepada isu agama dengan memperkenalkan apa sebenarnya agama Islam. Membuat perbandingan antara agama islam dengan agamaagama lain. Perlu menegaskan agama Islam adalah untuk semua bangsa. Nyatakan Islam itu mudah dan tidak berlawanan dengan fitrah kemanusiaan yang sedia ada dalam diri mereka. Kemudian nyatakan amalan-amalan dan pelaksanaan terhadap amalan-amalan wajib. Bagi yang baru memeluk Islam mereka belajar sedikit demi sedikit bermula dari bawah.

6.3.4. Tahap Keempat Setelah tahap ketiga disempurnakan, pendakwah harus beri masa kepada kumpulan sasaran untuk berfikir dan membuat analisa sendiri tentang agama (tempoh 3 hari atau seminggu bergantung pada keadaan dan minat seseorang). Pada pertemuan berikutnya, pendakwah meninjau pandangan & komen mereka terhadap apa yang dibincangkan. Sekiranya jawapan positif, menunjukkan bahawa pintu utk memujuk mereka kepada agama Islam mula terbuka. Pendakwah harus lebih kerap mendampingi individu berkenaan untuk memikat mereka kepada agama Islam.

6.3.5. Tahap Kelima Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan seperti Majlis Agama Islam untuk membuat lawatan dan penerangan khas kepada kumpulan sasaran yang mempunyai minat untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan berkecenderungan untuk memeluk Islam. Selain itu juga, di Kelantan, semua badan dakwah yang terlibat sepenuhnya dalam

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

dakwah kepada masyarakat orang asli akan bergabung tenaga dan sentiasa membuat mesyuarat penyelarasan bagi memantapkan lagi aktivitiaktiviti dakwah ini.

6.3.6. Program Susulan Setelah mereka diislamkan, menjadi tanggungjawab bersama untuk mendidik, membimbing dan menerapkan asas-asas penting ajaran Islam tahap demi tahap. Kebiasaannya, mereka yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam akan di bawa keluar dan akan mengikuti kursus asas secara formal. Di Kelantan terdapat Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA ) di bawah kelolaan ABIM melalui unit Islamic Outreach ABIM Kelantan yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang Islam kepada Orang Asli khususnya.

Antara program yang di laksanakan adalah seperti Kursus Asas Kefahaman Islam, Kursus Pengajian Islam dan Kursus Perguruan Fardhu Ain. Kebanyakan kursus ini berbentuk jangka panjang dan semua pengajian dibiayai penuh oleh pihak PULDOA di mana dana pembiayaan adalah merupakan hasil bantuan orang ramai. Kebanyakan lepasan kursus ini akan menyambung pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah PERKIM dengan harapan semoga mereka dapat menjadi pendakwah untuk masyarakat mereka.

Situasi ini merupakan permulaan bagi menggalakkan anakanak orang asli memilih aliran pendidikan agama sebagai pilihan di sekolah menengah. Selain itu juga, pihak MAIK juga memainkan peranan yang besar dalam menganjurkan kursuskursus

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

kefahaman Islam terhadap Orang asli. Selain daripada kursus terdapat juga program program sususlan yang lain. Antara program yang boleh diadakan : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Adakan Program Amal Libatkan Mereka Dengan Tanggungjawab Sosial Adakan Majlis Penerangan Umum Adakan Pertemuan Individu Mengadakan Kursus Agama Memberi layanan baik Membimbing ke arah memahami & menghayati Islam Memberi pertolongan kebendaan Jemput ke majlis kenduri Ziarah Baktisiswa pelajar bersama masyarakat Orang Asli.

7. METODOLOGI KAJIAN 7.1. Temubual tidak formal Teknik ini adalah yang selalu digunakan bagi mendapatkan dan mengumpul data primer. Kaedah ini tidak memerlukan borang soal selidik dan hanya memerlukan beberapa soalan tertentu sahaja yang ditanyakan ketika lawatan ke rumah responden. Persoalan yang ditanyakan adalah berdasarkan objektif yang ingin dicapai didalam kajian. Semasa beramah mesra dengan responden, perlu diberi perhatian kepada hala tuju perbualan agar tidak terpesong dan juga berhati-hati ketika menggunakan perkataan agar tidak meyinggung perasaan responden.

10

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Penggunaan bahan seperti kamera video, kamera, pita rakaman amat penting untuk merakamkan sesi temubual dijalankan kerana ingatan dan catatan pada nota ringkas adalah terlalu terhad kefahaman terhadap maklumat yang diperolehi. Responden yang dipilih mestilah seseorang yang berpengetahuan luas dan berpengalaman serta mempunyai emosi yang baik terhadap masyarakatnya.

7.2. Penyelidikan Perpustakaan Bacaan awal mengenai masyarakat orang asli adalah amat penting untuk memahami perubahan yang dialami oleh mereka. Penelitian tentang hasil kajian terdahulu dapat membantu dalam menyelesaikan kajian dan memberikan penemuan baru. Kajian perpustakaan merupakan satu kaedah yang berguna dan berkesan serta menjimatkan kos perbelanjaan. Dan sumber-sumber penulisan seperti buku, laporan, majalah, jurnal, rekodrekod jabatan, kertas-kertas seminar, akhbar dan lain-lain membantu dalam menyumbangkan maklumat serta panduan dalam memberikan hasil terbaik kepada dapatan kajian.

8. DAPATAN KAJIAN 8.1. Latar Belakang Suku Kaum Temiar 8.1.1. Suku Kaum Temiar Suku kaum Temiar atau disebut sebagai Temiaa merupakan suku kaum terbesar dalam etnik rumpun senoi. Penempatan rumpun suku Temiar adalah di sekitar daerah Gua Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak. Suku kaum Temiar juga sangat terkenal dengan sikapnya yang mesra alam, sangat harmoni dan merupakan

11

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

jenis kaum yang tidak suka kepada keganasan serta kerosakan. Makanan utama bagi suku kaum Temiar ini adalah berasaskan kepada ubi, mereka jarang sekali memakan nasi dan hanya keluar berburu sekali dalam setiap sepuluh hari.

Hasil kajian kami terhadap suku etnik suku kaum Temiar di daerah kecil Lojing, Kelantan mendapati suku kaum Temiar ini telahpun berubah dan tidak lagi berpegang seratus peratus kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Di daerah ini mempunyai sebanyak 18 buah kampung suku kaum Temiar yang berjumlah seramai 2800 orang penduduk. Kebanyakan penduduk suku kaum Temiar di sini telah memeluk agama Islam dan Cuma tinggal kira-kira 5% daripada kaumnya yang masih mengamalkan animisme dan Kristian.

Suku kaum Temiar memanggil diri mereka dengan nama senoi serok yang bermaksud orang yang tinggal di pedalaman tetapi berhubungan dengan masyarakat luar, mereka menggunakan perkataan Temiar. Suku kaum Temiar tergolong di dalam suku kaum orang asli Senoi. Kebiasaannya mereka tinggal di lerenglereng bukit terutamanya di banjaran Titiwangsa, di negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Suku kaum Temiar adalah antara masyarakat pribumi yang terawal mendiami negara Malaysia ini. Mereka tinggal di hutanhutan terutama di kawasan lerenglereng bukit. Makanan mereka ialah hasil cucuk tanam dan hasil buruan. Suku kaum Temiar tidak membuat penempatan di kawasan berair iaitu kawasan takungan air kerana ditakuti berpenunggu begitu juga di kawasan air terjun dan sungai besar kerana ditakuti puteri sungai akan menggangu.

12

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Suku kaum Temiar amat mementingkan sistem ketuaan dan kepimpinan. Hubungan yang baik antara adik-beradik dan sanak-saudara akan membentuk satu sistem ketuaan dan kepimpinan yang berkesan. Ketua suku kaum Temiar bertindak sebagai pemimpin politik setempat yang menentukan anggota masyarakat berada dalam keadaan aman dan sejahtera tiada persengketaan dan perselisihan faham, mengekalkan peraturan sosial berlandaskan adat-resam dan sebagai kawalan sosial. Keberkesanan kepimpinan seseorang ketua bergantung kepada kewibawaan yang ada pada dirinya.

8.1.2. Kepercayaan dan Agama Dari aspek kepercayaan dan agama, suku kaum Temiar masih mengamalkan kepercayaan animisme iaitu percaya kepada makhluk supernatural dan kuasa luarbiasa. Kepercayaan suku kaum Temiar berkait rapat dengan alam semulajadi terutama kejadian kilat dan guruh. Selain itu, suku kaum Temiar percaya kepada empat kuasa luarbiasa iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh. Pada anggapan suku kaum Temiar, Engku merupakan makhluk yang paling kuat dan paling ditakuti. Kuasa Engku disimbolikan kepada bentuk guruh dan kilat (Baharon, 1966).

Salah satu upacara dalam system kepercayaan suku kaum Temiar ialah amalan perbomohan yang dikenali sebagai sewang. Upacara sewang ini dikendalikan oleh halak yang berperanan menjadi penghubung antara manusia dan alam semangat. Selain itu sewang juga dilakukan ketika perayaan dan semasa menyambut tetamu.

13

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Suku kaum Temiar juga berpegang teguh kepada pantang larang dan petua. Mereka percaya jika pantang larang dan petua ini dilanggar, mereka akan mengalami kesusahan manshik yang boleh membawa kepada kesakitan dan kematian. Antara pantang-larang yang ada di kalangan suku kaum Temiar ialah apabila isteri mula hamil, dia tidak boleh makan binatang seperti rusa kerana haiwan tersebut menpunyai tanduk yang bercabang dan menurut pandangan orang temiar, hal ini akan menyebabkan kesukaran perempuan tersebut semasa hendak bersalin dan boleh meninggalkan badi kepada anak yang dilahirkan. suku kaum Temiar juga dilarang mengambil barang-barang yang terdapat diatas perkuburan kerana mereka percaya bahawa hantu kubur akan mengamuk dan akan menganggu orang kampung. Larangan seperti ini merupakan satu bentuk kawalan sosial kepada seseorang supaya tidak mengambil hak orang lain walaupun orang tersebut telah meninggal dunia.

Terdapat juga petua seperti ketika ingin memulakan perjalanan jauh, suku kaum Temiar dikehendaki mengambil daun kayu atau rumput dan diselitkan pada telinga untuk mengelakkan hujan turun semasa dalam perjalanan. Selain itu, pantang larang menantu dalam sesebuah keluarga tidak boleh menghulur barang atau bercakap dengan mertua kerana dikatakan perbuatan tidak sopan. Ketika bayi dilahirkan adalah menjadi pantang larang bagi orang temiar memuji bayi tersebut dengan perkataan cantik atau gemuk kerana ia boleh menyebabkan bayi tersebut sakit dan berkemungkinan akan mati.

Suku kaum Temiar juga adalah dilarang berada diluar rumah ketika hari hujan atau petir kerana dibimbangi tidak selamat dan terkena panahan petir. Pantang larang

14

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

dalam bercakap juga dipraktikan oleh suku kaum Temiar, mereka dilarang menyebut binatang yang besar dan merbahaya dengan perkataan sembarangan, contohnya jika gajah datang, aku patah-patahkan gadingnya kerana dikhuatiri binatang itu akan meradang dan menyerang ketenteraman kampung orang yang bercakap perkataan tersebut. Selain itu, cermin juga tidak dibenarkan digunakan diluar rumah kerana perbuatan tersebut akan membangkitkan kemarahan kuasa luarbiasa dengan menghantar kilat dan hujan kepada keluarga mereka.

8.1.3. Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persekitaran fizikal penempatan suku kaum Temiar dan persekitaran fizikal merujuk kepada tubuh badan mereka. Kita lihat pada aspek yang pertama, oleh kerana kita tahu bahawa suku kaum Temiar gemar hidup di hutan dan suka berpindahrandah, maka struktur penempatan mereka adalah kepada yang mudah diubah. Mereka juga gemar mendirikan penempatan mereka di lerenglereng bukit agar mudah untuk bercucuk tanam.

Kampung suku kaum Temiar biasanya wujud secara tidak terancang yang mempunyai identiti tersendiri. Kebiasaanya ia jauh di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi oleh sistem pengangkutan. Lazimnya, kampung ini terletak di kawasan yang berdekatan dengan sungai-sungai dan bukit bukau.

Corak petempatan adalah berselerak mengikut suku kaum dan terdapat juga penduduk orang asli yang hidup secara berpindah randah. Ini menyebabkan petempatan

15

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

tidak statik pada sesuatu kawasan sahaja dan menyukarkan orang asli membentuk corak petempatan yang jelas. Aktiviti pekerjaan seharian adalah untuk sara diri sahaja seperti pertanian, mencari hasil hutan, memburu dan menangkap ikan.

Adalah menjadi adat kepada suku kaum Temiar untuk pemilihan penempatan mereka adalah ditentukan oleh Penghulu suku kaum Temiar. Mereka akan melakukan upacara Berhalaq iaitu jampi atau mimpi. Mimpi bermaksud jika penghulu mereka bermimpi berpindah ke kawasan lain maka mereka semuanya akan berpindah menurut firasat mimpi tersebut. Selain itu, tempat tersebut mestilah tidak di kawasan perkuburan dan bebas daripada kawasan yang mempunyai kayu merbau. Seperti yang diterangkan di atas, suku kaum Temiar tidak akan membuat penepatan di kawasan takungan air dan berpaya kerana ditakuti kawasan itu berpenunggu.

Mereka membina rumah daripada kayu secara bergotongroyong. Pada peringkat permulaan, mereka akan membina rumah panjang yang boleh didiami sebahagian kaum mereka. Setelah beberapa lama tinggal di rumah tersebut, keluarga masing masing akan keluar dan membina rumah masing masing tidak jauh dari kawasan rumah panjang tersebut.

Aspek persekitaran fizikal yang kedua ialah berkaitan dengan keadaan tubuh badan suku kaum Temiar. Umumnya tubuh bada mereka adalah sama seperti Orang Asli kaum Senoi yang lain iaitu bertubuh gelap sawo matang. Bentuk fizikal mereka adalah sama seperti keadaan fizikal orang asia.

16

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

8.1.4. Sistem Sosial Dari aspek sosial, suku kaum Temiar mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Batin. Batin ini akan dibantu oleh orang bawahannya dalam menjalankan pentadbiran. Tugas Batin ialah memastikan keadaan anak buahnya dalam keadaan baik. Kebiasaannya Batin ini terdiri daripada golongan lelaki yang tertua dan mengetahui selok-belok kehidupan masyarakatnya. Segala keputusan yang dibuat oleh Batin adalah muktamad, namun bagitu kadangkala Batin akan dipengaruhi oleh pembantupembantunya dalam membuat keputusan demi kebaikan anak buahnya. Seseorang Batin boleh ditentukan melalui pewarisan atau dilantik oleh pihak-pihak tertentu. Setelah kematian Batin tua, anak sulungnya akan dilantik menjadi Batin yang baru , tetapi jika perlantikannya tidak dipersetujui oleh ahli masyarakatnya, anak Batin yang lebih muda akan dilantik. Sekiranya semua ahli dalam masyarakat tidak setuju dengan mana-mana anak Batin tersebut, mereka boleh memilih Batin baru dari kalangan mereka yang lebih tua, berpengaruh dan berkemahiran.

Konsep kepimpinan dan ketuaan orang Temiar terbahagi kepada lima dan struktur susunan sosial masyarakat Temiar terdiri daripada; i. Ayah: mengetuai satu unit keluarga asas yang terdiri daripada isteri dan anakanak termasuk anak tiri. Peranan dan tanggungjawab bapa akan berpindah kepada anak sulung atau isteri setelah si bapa meninggal dunia. ii. Tongak: bermaksud yang tua, tongak ini bertanggungjawab menjadi ketua kepada ahli rumah panjang yang dikenali sebagai deeg rayah. Jawatan ini diberikan kepada orang yang paling tua dalam susurgalur sistem kekeluargaan. Keadaan

17

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

yang sama juga berlaku jika suku kaum Temiar yang tidak tinggal dirumah panjang dalam satu kampung. iii. Tuak: merupakan ketua yang paling tinggi dalam hirarki yang mengetuai satu kampung. Jawatan ini biasanya dipegang oleh orang yang paling awal membuka penempatan asal suku kaum Temiar. iv. v. Mentri: yang berkuasa melebihi dari satu buah kampung atau lembah. To Mikong: merupakan penghubung diantara suku kaum Temiar dengan masyarakat luar.

Kehidupan sosial suku kaum Temiar hanya tertumpu kepada kaum mereka sahaja kerana mereka lebih suka hidup di dalam kawasan mereka sahaja. Lagi pun, kawasan penempatan mereka terletak jauh ke pedalaman, ini menyukarkan untuk mereka bergaul dengan masyarakat lain. Secara umumnya, suku kaum Temiar tidak mempunyai agama atau mengamalkan fahaman animisme. Namun terdapat juga yang telah menganut agama Islam atau Kritian. Namun begitu, mereka masih lagi kuat dengan pantang larang nenek moyang mereka dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam. Masih lagi terdapat penyembahan atau semahan yang dilakukan untuk menghalau mahkluk halus.

Seperti juga dengan suku kaum Temiar, kehidupan sosial mereka hanya tertumpu di dalam lingkungan masyarakat mereka sahaja. Dari segi fahaman agama dan cara berpakaian, masih lagi mengikut turunan nenek moyang mereka. Dari segi perkahwinan pula, mereka hanya berkahwin sesama kaum mereka sahaja. Begitu juga dari aspek pendidikan, suku kaum Temiar kurang mendapat pendidikan yang secukupnya.

18

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Namun kini, Jabatan Kemajuan Orang Asli telah melakukan berbagai kebajikan untuk memberikan kehidupan sosial yang lebih baik kepada kaum Orang Asli. Program Penempatan Semula dan Program Penyusunan Semula Kampung (PSK) telah diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia ke-7 telah digariskan bagi bertujuan menyusun semula kampung kampung orang Asli yang sedia ada agar dapat disalurkan segala kemudahan asas untuk mempertingkatkan kualiti hidup mereka.

Kementerian Pendidikan juga telah memainkan peranan di dalam memberikan pendidikan kepada kaum Orang Asli. Terdapat 5 buah asrama telah dibina dan diserahkan kepada JKOA untuk digunakan oleh anakanak orang asli bersekolah. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan segala peralatan pendidikan dengan secara percuma.

8.1.5. Sistem Ekonomi Secara umumnya sumber pendapatan suku kaum Temiar adalah berlandaskan kepada persekitaran sekeliling mereka iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Sehingga kini ada diantara suku kaum Temiar yang masih mengamalkan sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang namun jumlahnya hanya sedikit. Kini suku kaum Temiar telah juga tahu untuk menggunakan wang untuk membeli barang barang.

Suku kaum Temiar terkenal dengan hasil cucuk tanam dan hasil hutan. Mereka menanam padi huma atau padi bukit di kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu mereka

19

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

juga terkenal dengan kepandaian mencari hasil hasil hutan contohnya seperti rotan, buluh, kayu cendana, damar dan akar kayu. Hasil hasil makanan hutan seperti petai, kerdas, jering dan madu juga adalah antara punca pendapatan mereka.

Namun kini, oleh kerana pembalakan secara haram yang berleluasa di hutan hutan, maka hasil sumber hutan dan punca ekonomi suku kaum Temiar sudah terancam. Hasil buruan jua semakin berkurangan dan pokok pokok kayu yang boelh dijadikan herba ubat ubatan banyak yang telah di tebang. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan mereka.

8.1.6. Adat Resam dan Budaya Sesungguhnya adat dan budaya suku kaum Temiar masih lagi menebal di kalangan mereka. Contohnya upacara sewang. Sewang merupakan satu jenis tarian tradisional yang dilakukan apabila menyambut tetamu, perubatan dan kesyukuran. Terdapat banyak adapt resam dan budaya suku kaum Temiar kalau hendak dibincangkan satu persatu.

Di sini biarlah kita melihat contoh adat dan budaya menyambut kelahiran anak suku kaum Temiar. Sewaktu mengandung, mereka telah menempah seorang bidan. Bidan tersebut akan melakukan adat melenggang perut. Kemudian, bidan tersebut akan menjampi ibu hamil tersebut untuk menghalau semangat jahat. Semasa mengandung juga, ibu tidak dibenarkan mentertawakan haiwan seperti monyet, dilarang memakan ikan

20

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

berwarna merah, dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib dan mengetuk paku pada kayu pada waktu sebelah petang.

Selepas bayi dilahirkan pula, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam. Uri bayi tersebut mestilah ditanam dengan sempurna kerana mereka menganggap ia sebagai abang atau kakak kepada bayi tersebut. Lampu akan dipasang pada tempat uri ditanam selama tujuh hari.

Selepas itu pula, adat memberi nama. Biasanya mereka akan memberi nama mengikut nama pokok, ikan, tumbuhan dan sebagainya. Adakalanya nama tersebut tidak sesuai di mana bayi tersebut akan jatu sakit. Ibubapanya akan menjual anak mereka kepada ibubapa lain di mana mereka akan menukarkan nama bayi tersebut, kemudian ibubapa baru itu akan menyerahkan semula bayi itu kepada ibubapa sebenarnya. Jamuan kecil kecilan akan diadakan sempena penukaran nama bayi itu.

8.2. Perbezaan Kepercayaan Antara Dahulu & Kini 8.2.1. Kepercayaan Animisme Menurut Tok Batin dahulu suku kaum Temiar mengamalkan kepercayaan animisme iaitu mereka percaya setiap ciptaan ataupun benda yang berada di dalam hutan itu mempunyai semangat. Misalannya, Matahari dan Bulan dipercayai mempunyai semangat yang paling utama selain daripada pokok, batu dan sungai. Suku kaum Temiar juga percaya kepada makhluk supernatural dan kuasa luarbiasa. Kepercayaan suku kaum Temiar berkait rapat dengan alam semulajadi terutama kejadian kilat dan guruh. Selain

21

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

itu, suku kaum Temiar percaya kepada empat kuasa luarbiasa iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh. Pada anggapan suku kaum Temiar, Engku merupakan makhluk yang paling kuat dan paling ditakuti. Kuasa Engku disimbolikan kepada bentuk guruh dan kilat (Baharon, 1966). Selain daripada itu, suku kaum Temiar juga mempercayai wujudnya Karei di mana Karei dikatakan sebagai makhluk yang sangat besar dan sangat berkuasa yang tinggal di angkasa. Menurut Tok Batin ini lagi, makhluk yang bernama Karei ini akan menurunkan bala kepada kaum mereka sekiranya mereka melanggar pantang dan melakukan perkara yang keji. Suku kaum Temiar juga percaya, tempat-tempat seperti gua, bukit, gunung, lubuk dan lata mempunyai penunggu maka tempat-tempat tersebut haruslah dijauhi atau tidak harus didekati sekiranya tidak mahu diganggu oleh penunggu tersebut. Suku kaum Temiar juga dilarang daripada menegur atau berkata sesuatu yang tidak baik kerana bimbang akan disampuk oleh penunggu terutama bagi mereka yang lemah semangat.

Suku kaum Temiar juga turut dikatakan mempunyai sistem ketuhanan, sistem ini merupakan sistem yang rumit tetapi ianya adalah mirip dengan tuhan nenek moyang bagi kaum atau etnik orang asli yang lain. Mereka percaya pada prinsip ketuhanan yang mempunyai kuasa dan mereka amat takut kepada kuasa itu.

Pada masa kini, kebanyakan suku kaum Temiar telah pun beragama islam dan sedikit sebanyak kepercayaan yang mereka amalkan semasa menganuti animisme telah ditinggalkan. Namun begitu, didapati pantang-larang yang diamalkan nenek moyang mereka sebelum ini masih mereka amalkan dan sudah menjadi sebati dengan kehidupan

22

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

mereka seperti kepercayaan mereka terhadap semangat yang berada di tempat-tempat seperti sungai, gua dan sebagainya.

8.2.2. Agama Bahai Menurut Tok Batin lagi, sebelum agama Islam dan Kristian memasuki perkampungan suku kaum Temiar ini. Pendakwah-pendakwah agama Bahai telah dahulu datang dan menyebarkan fahaman agama Bahai, namum pengaruh Agama Bahai ini tidak dapat bertahan lama kerana terdapat aspek-aspek tertentu yang bertentangan dengan norma hidup suku kaum Temiar telah menyebabkan agama Bahai ini ditolak.

Konsep penyebaran agama Bahai ini juga sama seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam dan mubaligh-mubaligh Kristian iaitu gerakan ini datang dalam kumpulan yang kecil dan tinggal bersama-sama masyarakat suku kaum Temiar dengan membawa barangan dan makanan serta melakukan pelbagai aktiviti bagi menarik minat masyarakat suku kaum Temiar untuk menerima agama Bahai ini.

8.2.3. Agama Kristian Agama Kristian adalah 5% agama yang menjadi pegangan suku kaum Temiar di Lojing ini. Walaupun tidak ramai pengikut agama Kristian ini, namun ia banyak mempengaruhi masyarakat suku kaum Temiar dalam memberi bantuan dari segi makanan, kelengkapan, kemudahan dan lain-lain untuk menjalankan kehidupan yang lebih selesa. Mubaligh Kristian datang melawat perkampungan suku kaum Temiar pada setiap bulan bagi menjalankan aktiviti dakwah mereka.

23

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Walaubagaimanapun, pengaruh agama Kristian ini tidak terlalu kuat kerana hanya sebilangan kecil penduduk suku kaum Temiar ini menerima Kristian. Golongan kecil yang menerima Kristian ini adalah golongan yang kuat pegangan terhadap agama animisme yang diwarisi oleh turun-temurun kerana bagi golongan ini, agama adalah bukan suatu perkara yang penting dan utama pada mereka. Justeru, golongan ini tidak tetap dalam mengamalkan ajaran agama Kristian dan lain-lain agama.

8.2.4. Agama Islam Agama Islam adalah agama yang dianuti oleh 95% masyarakat suku kaum Temiar di Lojing, Kelantan. Kemasukan agama Islam ini telah bermula daripada awal penempatan tetap atau perkampungan suku kaum Temiar ini dibuka. Penyebaran Islam adalah satu usaha bersepadu yang dijalankan oleh pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan badan-badan sukarelawan serta bukan kerajaan yang berpaksikan Islam.

Agama Islam ini diterima oleh majoriti suku kaum Temiar disebabkan ajaran Islam ini tidak bercanggah dengan budaya dan cara hidup yang dipegang kuat oleh suku kaum Temiar. Setelah menerima Islam, cara hidup masyarakat mula dipengaruhi sistem yang dianjurkan oleh Islam, seperti solat berjemaah, majlis perkahwinan, majlis, sambutan hari kebesaran Islam dan lain-lain. Namun begitu, upacara sewang masih lagi dilakukan dalam meraikan hari-hari kebesaran tertentu, tetapi kaedah perlaksanaannya telah diubahsuai kepada yang ditetapkan oleh syariat Islam.

24

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Terdapat pelbagai penulisan yang telah diterbitkan menyatakan bahawa masyarakat suku kaum Temiar memeluk agama Islam kerana tertarik dan kagum dengan nilai akhlak, kebaikan dan keadilan yang terkandung dalam intipati pengajaran Islam. Selain contoh dan pembawakan yang ditunjukkan oleh para pendakwah melalui pergaulan, percakapan, penampilan dan lain-lain juga memberi kesan kepada penerimaan agama Islam ini.

8.3. Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Peralihan Kepercayaan 8.3.1. Faktor Kemajuan dan Kemodenan Arus kemodenan antara faktor yang mempengaruhi berlakunya peralihan kepercayaan kepada amalan dan kehidupan masyarakat suku kaum Temiar. Sebagaimana pesatnya pembangunan teknologi dan perubahan kepada gaya hidup masa kini, sedikit sebanyak ianya turut memberi kesan positif kepada masyarakat suku kaum Temiar. Hal ini berikutan, pelbagai kemudahan kampung dilengkapi dengan bekalan air paip dan janakuasa elektrik. Dari segi ekonomi pula, dilihat masayarakat suku kaum Temiar di Kampung Lojing ini bekerja di kebun-kebun sayur di kawasan berhampiran Cameron Highland dan ada di antara anak-anak mereka yang merantau ke kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Oleh kerana perubahan dan penerimaan kemajuan ini telah membukakan minda masyarakat suku kaum Temiar untuk beralih kepercayaan yang terlalu menyusahkan kepada yang lebih terbuka dan selesa.

25

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

8.3.2. Faktor Usaha Pendakwah Faktor penghijrahan agama pula merupakan faktor yang begitu penting terhadap berlakunya peralihan kepercayaan masyarakat Temiar di Kg Lojing ini. Setelah mereka memeluk Islam, perubahan dari segi kepercayaan terhadap benda-benda karut sedikit demi sedikit juga turut hilang. Hal ini adalah kerana, kemasukan pendakwah dan mubaligh untuk agama-agama tertentu secara berkala serta usaha-usaha yang tidak putusputus yang dilakukan oleh sukarelawan bagi memastikan masyarakat suku kaum Temiar ini mempunyai akidah yang sebenar. Dan perkara ini telah terbukti memberi kesan kepada perubahan daripada kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi sejak sekian lama, kepada kehidupan beragama yang mempunyai sistem yang lebih teratur.

8.3.3. Faktor Perubahan Penempatan Setelah suku kaum Temiar di Kampung Lojing ini tidak lagi tinggal di rumah asal mereka malah telah menetap di rumah yang telah disediakan oleh Kerajaan Kelantan, suku kaum Temiar di Kampung Lojing ini tidak lagi berpindah randah seperti dahulu dan mereka kelihatan selesa menetap di kediaman mereka sendiri yang mempunyai peralatan dan perabot yang lengkap seperti rumah penduduk luar yang lain dan menjalani kehidupan selesa seperti masyarakat bandar.

8.4. Amalan Perubatan Tradisional Suku Kaum Temiar 8.4.1. Amalan Perubatan Herba Suku Kaum Temiar masih mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan akar dan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan perubatan kerana pengetahuan

26

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

mereka dan kepakaran mereka yang diwarisi turun-temurun. Dan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk tujuan perubatan adalah seperti berikut; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Akar Tongkat Ali Kacip Fatimah Tunjuk Langit Bunga Pakma Pokok Dukung Anak Pokok Gajah Beranak Rempah Pisang Hutan Kulat Susu Harimau Akar Sempelas

8.4.2. Perubatan Sewang 8.4.2.1. Sewang Kelahiran Upacara Sewang Kelahiran dilakukan dengan memuja bayi dengan harapan bayi tersebut mendapat kebaikan apabila dewasa kelak. Bayi dijamu dengan bertih padi/jagung dan diletakan bau-bauan supaya kehidupan bayi sentiasa harmoni dan aman damai.

8.4.2.2.

Sewang Berubat Tok Halaq akan bersewang sebagai usaha menyembuhkan penyakit. Pesakit

terpaksa mematuhi beberapa pantang-larang yang telah ditetapkan oleh Tok Halaq.

27

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

Dalam sewang ini terdapat pantang-larang yang perlu dipatuhi sama ada pihak Tok Halaq atau pun pesakit serta keluarga mereka.

9. KESIMPULAN Setelah membincangkan segala yang berkaitan dengan objektif kajian, perlaksanaan kajian dan dapatan kajian, maka disini dirumuskan bahawa masyarakat suku kaum Temiar, Lojing, Kelantan sudah mengalami perubahan dan beralih kepada kehidupan dan budaya yang lebih baik dan teratur kerana faktor dan pengaruh agama yang dianuti memberikan kesan terhadap cara hidup dan pegangan mereka. Walaupun begitu, terdapat amalan-amalan dan pantang-larang serta petua yang masih diamalkan dan disesuaikan mengikut kehendak agama yang mereka anuti. Selain itu, masih terdapat aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan kelangsungan dalam memahami sesuatu agama agar agama yang dianuti itu dapat membudayakan corak hidup dan budaya masyarakat suku kaum Temiar kerana setiap kali kemasukan pendakwah dan mubaligh yang membawakan ajaran baru, pasti masyarakat ini akan meraikan dan menerima dengan terbuka sekiranya kedatangan itu memberikan menafaat dari segi makanan, pakaian dan kelengkapan serta lain-lain. Oleh itu, pemantauan daripada pihak yang berwajib perlu diadakan bagi memastikan masyarakat suku kaum Temiar ini tidak dimanipulasi.

28

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

10. RUJUKAN Pak Kassim, Tok Batin Kg. Lojing Ustaz Ahmad Nordin, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab. Latif, Dr. Nur Azuki bin Yusuff dan Marwan bin Ismail. Perniagaan usahasama dengan masyarakat Temiar di Lojing, Gua Musang; Tatabudaya penerimaan dan prospek perniagaan muslim: Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan The Temiars, diperolehi pada 06 Mei 2012, http://www.temiar.com/temiar.html Anonimous. 2002. Kehidupan, Budaya dan Pantang Larang Orang Asli. Kuala Lumpur. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Hasan Mat Nor. 1996. Tanah Dan Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes Di Empat Buah Kampung Orang Asli Di Daerah Batang Padang Perak. Terbitan FSKK, UKM Hasan Mat Nor. 1996. Masyarakat Orang Asli dan Agama Kristian: Satu Kajian Terhadap Sejarah Perkembangan Agama Kristian Kepada Kehidupan Masyarakat Semi di Perak. Final Report, Project 22/93. Bangi. Universiti Kebangsaan Malysia. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 2003. Hak Asasi Orang Asal. Kuala Lumpur. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

29

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN MAHABBAH

11. LAMPIRAN Koleksi gambar-gambar lawatan ke perkampungan suku kaum Temiar, Lojing, Kelantan.

30

ZZZT1043-HUBUNGAN ETNIK

Anda mungkin juga menyukai