Anda di halaman 1dari 15

BMM3103 Pentaksiran BM SR

AKTIVITI YANG SESUAI DIJALANKAN UNTUK MENILAI KEMAHIRAN BACAAN MENTALIS


DISEDIAKAN OLEH; MUHAMMAD ZAKWAN FIKRI, MOHAMAD ZAIRUL IQRAM

BACAAN MENTALIS
Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis

TUJUAN
Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya. Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

AKTIVITI UNTUK MENILAI


Guru meminta murid membaca karangan pendek secara senyap.

Guru meminta murid membaca dan mencari isi penting dalam karangan. Guru mengarahkan murid membaca cerita dan berbincang dengan rakan plot cerita. Guru meminta murid membaca potongan ayat secara diam dan menulis semula ayat yang dibaca

Guru mengarahkan murid membaca dan soal mengenai kefahaman mereka Guru mengemukakan soalan soalan kepada murid dan bincangkan rangkai kata yang susah

Guru mempelbagaikan bahan bacaan murid

Guru memberikan bahan kepada murid secara berperingkat

Guru meminta murid memberi ulasan dan rumusan mengenai apa yang telah mereka baca.

Guru meminta murid membaca karangan pendek secara senyap


Guru meminta murid membacakan karangan pendek secara senyap Guru memerhatikan reaksi murid sama ada mereka boleh membaca atau tidak. Murid yang tidak pandai membaca tidak akan memberikan perhatian kepada petikan tersebut sebaliknya membuat kerja yang lain. Contohnya aktiviti membaca petikan cereka, naratif, dialog, laporan, dan sebagainya.

Guru meminta murid membaca dan mencari isi penting dalam karangan
Guru meminta murid membacakan petikan yang telah diberikan oleh guru. Setelah murid selesai membaca, guru akan meminta murid mencari isi penting dalam karangan. Kemudiannya, guru mengarahkan murid menulis ataupun membacakan isi penting yang mereka peroleh berdasarkan petikan tersebut. Contoh aktiviti ialah Guru memberikan petikan karangan berformat atau tidak berformat yang mempunyai fakta.

Guru mengarahkan murid membaca petikan dan berbincang dengan rakan plot cerita
Guru mengarahkan murid membaca petikan yang telah diberikan kepada murid. Setelah murid selesai membaca, guru akan mengarahkan murid rakan mereka mengenai plot cerita berdasarkan petikan. Guru juga boleh memberikan petikan yang tidak lengkap dan mengarahkan murid berbincang dengan rakan mereka untuk melengkapkan plot cerita tersebut. Contoh aktiviti yang sesuai ialah karangan jenis dialog, naratif, situasi dan wawancara.

Guru meminta murid membaca potongan ayat secara diam dan membaca semula ayat yang dibaca
Guru memberikan beberapa potongan ayat kepada murid dan mengarahkan mereka membaca secara mentalis. Potongan ayat yang diberikan tersebut disimpan selepas murid selesai membaca Kemudiaanya, guru mengarahkan mereka membaca semula ayat yang telah dibaca Contoh aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah potongan ayat daripada karangan cereka, autobiografi, fakta dan sebagainya.

Guru mengarahkan murid membaca dan soal mengenai kefahaman mereka


Guru memberikan masa kepada murid untuk membaca keseluruhan teks ataupun petikan yang telah guru berikan. Guru kemudiannya menyoal murid mengenai kefahaman murid berdasarkan pembacaannya. Murid menyatakan kefahaman mereka mengenai apa yang telah mereka baca. Contoh aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah perbincangan dan soal jawab

Guru mengemukakan soalan soalan kepada murid dan bincangkan rangkai kata yang susah
Guru memberi masa kepada murid membaca secara senyap keseluruhan teks. Guru kemudiaanya memilih murid secara rawak untuk menyoalkan soalan yang berkaitan dengan teks. Murid yang boleh menjawab persoalan guru merupakan murid yang memahami teks yang telah diberikan. Guru dan murid membincangkan mengenai rangkai kata yang sukar yang terdapat dalam teks seperti perkataan baru dan istilah saintifik. Contoh aktiviti ialah guru memberikan petikan yang mengandungi pelbagai kosa kata tinggi.

Guru mempelbagaikan bahan bacaan murid


Guru hendaklah mempelbagaikan bahan bacaan murid yang tidak terhad kepada petikan cereka sahaja, malah guru boleh menggunakan petikan berita, laporan, dialog dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat menguji kemahiran membaca murid dalam pelbagai jenis teks ataupun petikan. Guru juga dapat mendedahkan kepada murid mengenai format menulis laporan, berita, dialog dan sebagainya. Contohnya ialah guru memberikan karangan yang pelbagai sama ada berformat atau tidak berformat.

Guru memberikan bahan kepada murid secara berperingkat


Guru hendaklah memberikan bahan kepada murid secara berperingkat beringkat. Bahan tersebut sama ada daripada bahan sedikit kepada banyak atau daripada aras rendah kepada arah tinggi dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan bahan tersebut lebih menarik serta mencabar kepada murid. Contohnya, guru memberikan pelbagai petikan yang mempunyai pelbagai aras misalnya petikan yang mempunyai pelbagai kosa kata tinggi, berformat dan sebagainya.

Guru meminta murid memberi ulasan dan rumusan mengenai apa yang telah mereka baca
Guru memberikan masa untuk murid membaca teks dan menghadkan masa membaca dan memahami isi bacaan. Kemudiaanya, guru akan memanggil murid secara rawak untuk ke hadapan dan memberikan ulasan ataupun rumusan mengenai apa yang telah murid tersebut baca. Guru membimbing murid dengan memperbetulkan pemahaman murid jikalau mereka memberikan rumusan atau ulasan yang salah. Contoh format karangan yang sesuai ialah karangan jenis fakta, autobiografi, cereka, berita dan sebagainya.

TAMAT