Anda di halaman 1dari 26

LAPORAN TUGASAN LAPANGAN

AGAMA DAN MASYARAKAT KEMATIAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, yang memberikan hidayah dan petunjukNya kepada saya sehingga berjaya menyempurnakan tugasan ini. Melalui tugasan ini diharap dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pengurusan Islam dan seterusnya mengembangkan lagi ruang lingkup sains sosial. Ucapan penghargaan dan terima kasih dikalungkan kepada Sektor Antropologi dan Sosiologi khususnya dan Universiti Sains Malaysia amnya kerana memberi saya peluang membuat kajian ini. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada pensyarah dan rakan-rakan di atas sokongan dan bantuan kalian bagi saya menjayakan tugasan ini. Untuk ahli keluarga, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan semoga Allah membalasnya di akhirat kelak. Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung, khidmat anda tidak saya lupakan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan dan buah fikiran yang baik kepada saya. Semoga dengan sedikit ilmu yang dipaparkan ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita tentang keagungan dan ketinggian Allah S.W.T serta dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya segala kejayaan dan kebaikan tugasan ini dating dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan kelemahan yang wujud hasil daripada sifat saya, insan yang hina lagi lemah.

Wassalam

ii

JADUAL KANDUNGAN

HALAMAN PENGHARGAAN ii

JADUAL KANDUNGAN

iii

PENDAHULUAN

DEFINISI DAN ISTILAH

RITUAL TERPERINCI

AGAMA MENYUSUN ORDER MASYARAKAT DAN INDIVIDU

11

ELEMEN-ELEMEN LAIN YANG WUJUD

19

KESIMPULAN

22

BIBLIOGRAFI

23

iii

Firman Allah yang bermaksud; Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh. (Surah al-Nisa: 78) Kematian adalah suatu lumrah kehidupan setiap makluk yang bernyawa. Apabila sampai masa dan ketikanya, maut pasti akan menjadi suatu kepastian yang perlu dirasai dan ditempuhi oleh makhluk yang ada di muka bumi ini yang antaranya ialah manusia. Ianya datang menjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin, tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhan yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samada yang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yang Maha Esa. Yang pergi tidak akan kembali buat selama-lamanya. Bagi insan yang beriman, kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupan baru iaitu kehidupan akhirat. Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya dan ikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitu sahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untuk mengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah ke peringkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amal perbuatannya semasa hidup. Banyak faktor menyebabkan orang takut kepada kematian. Ada orang takut mati kerana tidak mengetahui apa yang dihadapinya selepas kematian. Mungkin juga kerana mereka berasa apa yang dimiliki sekarang lebih baik daripada yang akan dihadapi nanti. Ada juga kerana membayangkan betapa sulit dan pedihnya pengalaman mati dan sesudah mati. Mungkin juga kerana khuatir memikirkan atau prihatin terhadap keluarga yang ditinggalkan atau kerana tidak mengetahui makna hidup dan mati hingga mereka berasa cemas menghadapi kematian. Dari sini lahirlah pandangan optimis dan pesimis terhadap kematian dan kehidupan. 1

Mati menurut Islam adalah keluarnya roh dari jasad. Menurut istilah perubatan pula, kematian bermula apabila roh dikeluarkan dari jasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darah akan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul di situ akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darah kelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap. Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkan dirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasa kita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kita ditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahi kanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapa hari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungi banyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti Menurut (Kalish 1987), kematian adalah berhenti dengan apa yang dialami, meninggalkan yang dikasihi, untuk meninggalkan urusan yang belum selesai dan masuk ke alam yang tidak dikenali Kematian sememangnya boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, tidak mengira umur, pangkat, keturunan dan ini semuanya telah ditetapkan olehNya. Amalan atau perbuatan merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan secara individu ataupun kolektif sehingga ianya diterima menjadi satu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat di dalam pengendalian jenazah. Pengurusan jenazah pula merujuk kepada urusan untuk menyelenggarakan mayat bermula daripada saat kematian sehingga ke tanah perkuburkan. Semuanya yang ada didunia ini diciptakan berpasang-pasangan oleh yang Esa. Lelaki dan perempuan, malam dan siang begitu jugalah adanya kehidupan maka adanya kematian. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, samada dari penyebab seperti penyakit atau dari penyebab lain seperti kecelakaan. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia, di mana saja dan bila-bila saja. Setiap hari kita mendapat maklumat mengenai kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan sebab berbeza. 2

RITUAL TERPERINCI KEMATIAN DAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Terdapat empat perkara yang wajib dilaksanakan terhadap jenazah menurut Islam iaitu memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, hendaklah kita ucapkan :

Keluarga si mati perlu memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Jenazah tersebut ditukarkan pakaian dan dibersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya seterusnya keseluruh tubuh jenazah ditutup dengan sehelai kain . Jenazah kemudiannya diletakkan di ruang tengah rumah dalam keadaan tempat jenazah dibaringkan itu ditinggikan sedikit. Kaki dihadapkan ke arah kiblat. Kedua belah mata jenazah dipejamkan ataupun dirapatkan. Kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri di letakkan diantara pusat dan dada, seperti orang sedang bersolat. Mulutnya dirapatkan dan dagunya diikat dengan ikatan yang lebar agar mulutnya tidak terbuka atau ternganga dan simpul di atas ubun. Kaki diluruskan kedua ibu jari kaki diikat. Penindih yang sewajarnya di letakkan di atas perut agar tidak mengembung. Sendi-sendi tubuh diperbetulkan secara perlahan-lahan. Situasi seperti ini hanya dilakukan jika didapati perlu. Seterusnya beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh waris si mati ialah melaporkan kematian di balai polis yang terdekat. Waris juga perlu membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat, urusan menggali kubur, menentukan Imam untuk sembahyang mayat dan menguruskan kenderaan 3

untuk jenazah. Semasa jenazah masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Sebelum dikebumikan, jenazah akan dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Namun begitu orang yang berhak dan lebih afdal memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Sebelum memandikan jenazah, waris akan memastikan bahawa kubur telah digali dan peralatan untuk mengkafan jenazah telah disediakan. Perkara pertama ialah memandikan jenazah. Maksud memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan najis & kekotoran serta mengangkat hadas. Untuk memandikan jenazah beberapa buah bekas air seperti baldi/ besen atau sebagainya perlu disediakan untuk memuatkan 2 atau 3 gelen air. Bekas pertama diisi dengan air mutlak. Bekas kedua diisi dengan air bidara atau air inai manakala bekas ketiga diisi dengan air kapur barus. Sarung tangan 2 atau 3 helai kain untuk bersugi turut diperlukan. Ketika dimandikan kain batik lepas digunakan untuk menutup jenazah. Ini bertujuan agar aurat jenazah tidak terbuka dan terlihat oleh orang lain.

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki : "Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

Jenazah diletakkan dia di atas tempat yang disediakan. Apa saja perkara yang mencegah sampainya air ke seluruh badannya dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian kepala jenazah diangkat dan disandarkan ke lutut atau paha. Tangan kanan diletakkan ditengkuk jenazah dan tangan kiri mengurut perut jenazah serta 4

ditekankan sedikit dengan perlahan-lahan dan diulang-ulang supaya najis-najis yang patut keluar dari duburnya dapat dikeluarkan. Perbuatan demikian diistilahkan sebagai nguam. Seterusya, jenazah dibaringkan semula dan mulutnya disugikan dengan benda-benda lembut seperti kain putih yg disediakan khas, kemudian dibersih matanya, lubang hidung dan telinganya dengan kain-kain gulung kecil yang disediakan termasuk dicelah-celah kukunya. Setelah itu jenazah itu diwudukkan dengan niat: "Sahaja aku wudukkan mayat ini kerana Allah Taala," dan dimandikan mayat dengan niat:

{ }
"Sahaja aku memandikan mayat ini fardhu kifayah kerana Allah Taala. Kepala serta muka kemudian dibasuh dengan air daun bidara yang telah disediakan. Rambutnya disikatkan dengan perlahan-lahan. Bagi rambut yang gugur, rambut tersebut akan dimasukkan bersama-sama ke dalam kafan atau kuburnya. Jenazah dimandikan bermula dengan bahagian kanan di sebelah hadapannya,dimulai dari tengkuk hinggalah hujung kaki, kumudian barulah di sebelah kiri. Kemudian badannya dibalikkan supaya sebelah kiri keatas dan dicucuri air supaya meratai keseluruh tubuhnya. Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki : "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

Semuanya dilakukan dengan menggunakan air sabun, air biasa, air bidara, diikutidenganair biasa, air sintuk serta diikuti dengan air biasa dan akhir sekali dengan air kapur barus dengan tidak diikuti dengan air bersih lagi. Setelah selesai dimandikan, duburnya disumbat dengan kapas. Setelah itu diperlembutkan sendisendinya sekali lagi kemudian barulah dilapkan badannya dengan kain yang bersih lagi kering seterusnya diangkat untuk dikafankan. 5

Perkara kedua pula ialah mengkafankan jenazah. Maksud mengkafankan jenazah ialah menutup seluruh tubuh jenazah yang bertujuan untuk menjaga maruah dan kehormatan jenazah. Alatan yang diperlukan ialah tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangiwangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol. Kemudian disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Seterusnya disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup beberapa bahagian badan seperti kemaluan, muka, telinga, siku dan tumit. Jenazah diletakkan di atas kain kapan yang telah disediakan tadi. Ditutupkan pada anggota sujudnya dengan kapas dan dipakaikan baju (jika mayat perempuan, dipakaikan telekung). Kedua tangan diletakkan keatas badannya seperti orang sedang solat. Jenazah dikafankan dengan dimulakan dari sebelah kiri dan yang sebelah kanan menindihnya dengan cara selapis demi selapis. Kemudian keluarga jenazah dipanggil untuk melihat buat kali terakhir sebelum muka jenazah ditutup. Jenazah kemudiannya diikat dengan tali yang telah disediakan sebanyak lima ikatan iaitu di bahu, di punggung, di betis, di hujung kepala dan di hujung kaki. Ikatan itu akan dibuka setelah dimasukkan ke dalam kubur. Sebelum disembahyangkan, kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" dituliska di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Perkara ketiga ialah mensolatkan jenazah. Maksud mensolatkan jenazah

ialah sembahyang ke atas mayat setelah dikafan. Tempat untuk bersolat dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang jenis najis. Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah dan meminta makmum membentuk tiga saf dan meluruskannya. 6

Imam memastikan setiap saf terdiri daripada dua orang sekurang-kurangnya. Sembahyang dimulakan dengan berniat didalam hati untuk mensolatkan jenazah. Niat


"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala

Kemudian makmum akan mengikuti pergerakan imam mengikut rukun yang ditetapkan dalam Islam iaitu berdiri betul, membaca takbir empat kali temasuk takbiratul ihram. Membaca Al Fatihah

Selepas takbiratul ihram (takbir petama). Membaca selawat ke atas Nabi

selepas takbir kedua

Membaca doa ke atas mayat selepas takbir ketiga. "Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

8 Dan membaca doa khusus selepas takbir keempat. Doanya ialah

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.". Solat diakhiri dengan memberi salam. Setelah selesai solat, jenazah diusung ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Perkara jenazah. keempat ialah mengkebumikan jenazah ialah

Mengkebumikan

mengembalikan jenazah kepada tempat asal dimana manusia itu dicipta iaitu dimasukkan ke dalam tanah. Jenazah sebaik-baiknya ditanam dalam sebuah lubang yang kira-kira dalamnya sedalam (lebih kurang 6 kaki bagi lelaki atau 7 kaki bagi perempuan).. Jenazah diusung dan dimasukkan pengusung mengikut sebelah kaki kubur dimana kepalanya disebelah kaki kubur, kemudian diturunkan jenazah itu didahulukan kepalanya. Ketika memasukkan mayat kedalam kubur dialkukan dengan cermat dan berlemah lembut serta membaca zikir. Jenazah diletakkan di dalam liang lahad dan dihadapkan ke arah kiblat dengan dibaringkan ke atas lambungnya. Kepalanya diangkat dan dibantalkan dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan diazankan ke telinganya. Dibukakan kain kapan pada pipinya yang kanan supaya bersentuh dengan tanah. Belakangnya pula disendal dengan tanah kuat-kuat supaya mayat itu tidak terbalik atau terlentang. Liang lahad ditutup dengan papan. Kemudian barulah ditimbus dengan tanah.

Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air disiram di atas kubur jenazah dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur. Setelah selesai, semua orang yang hadir pun kembali pulang ke rumah masing-masing dengan harapan si mati mendapat ketenangan di alam barzakh.

10

BERDASARKAN RITUAL, JELASKAN BAGAIMANA SESUATU AGAMA MENYUSUN ORDER MASYARAKAT DAN INDIVIDU.

Berdasarkan ritual pengurusan jenazah ini, dapat kita kenalpasti bahawa agama Islam sebenarnya berperanan menyusun kehidupan manusia baik di peringkat individu mahupun masyarakat. Di dalam AlQuran ada menyebut bahawa semua amalan umat Islam di dunia walaupun sebesar zarah akan dihitung pada hari akhirat. Individu dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bukan sahaja semasa menguruskan jenazah tetapi turut berperanan selepas jenazah selamat dikebumikan. Pertamanya ahli keluarga ataupun waris merupakan individu yang paling penting dalam situasi ini. Ini kerana sebaik sahaja seseorang itu telah disahkan matinya, waris perlu memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Seterusnya waris perlu menguruskan semua hal yang berkaitan tentang memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah. Bagi urusan memandikan jenazah, waris perlu menghubungi bilal ataupun orang yang mempunyai kepakaran untuk memandikan jenazah sekiranya waris tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Walaubagaimanapun, Islam amat menggalakkan sekiranya waris sendiri yang menguruskan jenazah. Waris perlu memnyediakan kelengkapan untuk memandikan jenazah seperti tiga buah bekas air seperti baldi/ besen atau sebagainya yang boleh memuatkan dua atau tiga gelen air. Bekas pertama diisi dengan air mutlak. Bekas kedua diisi dengan air bidara atau air inai.Bekas ketiga diisi dengan air kapur barus.Sediakan sarung tangan dua atau tiga helai dan juga kain sugi untuk penggosok pada badan mayat serta gigi dan kuku. Selain itu, waris turut perlu menyediakan kain untuk menutup mayat semasa mandi berukuran sekadar menutup aurat mayat, seelok-eloknya berwarna gelap atau kain batik lepas.

11

Sesudah selesai urusan memandikan jenazah, waris perlu menyediakan kelengkapan untuk mengkafankan jenazah seperti Kain putih yang mempunyai panjang 18-21 meter dan lebar 45 atau 60 inci, kapas dua gulung, air mawar satu botol, cendana dua buku, kapur barus, minyak atar sebotol (tanpa alkohol), dua piring /dulang dan gunting. Manakala untuk urusan menyembahyangkan jenazah, waris perlu terlebih dahulu menghubungi imam untuk mengetuai solat jenazah. Sebaik-baiknya adalah waris yang mengimamkan solat tersebut, jika tidak berkebolehan amatlah digalakkan untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah dengan menjadi makmum. Selepas disolatkan waris dengan kerjasama ajk pengurusan masjid serta penggali kubur menguruskan tentang pengkebumian jenazah. Beberapa bahan/alatan yang diperlukan untuk pengkebumian jenazah. Waris perlu mengukur panjang mayat dengan tali dan berikan kepada penggali kubur. Dalam kubur enam kaki, panjang mengikut panjang jenazah dan lebamya tiga hingga empat kaki. Papan penutup liang lahad yang sama panjang jenazah. Selain itu, van dan keranda turut diperlukan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan. Selepas jenazah dikebumikan, waris turut serta mendengar bacaan talkin daripada Imam. Bacaan talkin ini adalah bukan semata-mata diperdengarkan kepada jenazah tetapi untuk dijadikan iktibar buat mereka yang masih hidup yang sedang mendengar. Sesudah jenazah selamat dikebumikan, bukan bermaksud tugas waris terhenti setakat itu sahaja. Terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan oleh waris selepas itu seperti melunaskan hutang jenazah, melaksanakan rancangan atau janji jenazah semasa hidupnya, melakukan kebaikan yang disyariatkan, meneruskan / mengambil teladan apa yang baik dan menghentikan / menghindarkan apa yang buruk yang pernah dilakukan oleh jenazah semasa hayatnya dan mendoakan kesejahteraan jenazah di alam barzakh dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Apabila seseorang meninggal dunia, waris hendaklah mengenalpasti sama ada jenazah memiliki hutang yang belum dilunaskan. Hutang tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu hutang harta benda dan hutang ibadah.

12

Bagi hutang harta benda jika waris tidak mampu membayar hutang tersebut, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Jika negara enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka hendaklah umat Islam saling membantu untuk melunasinya. Pilihan lain ialah berjumpa dengan pihak yang dihutang dan berbincang dengan mereka, mudah-mudahan mereka memansuhkan hutang tersebut atau memberi jalan lain yang lebih mudah. Jika jenazah semasa hayatnya memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. Abd Allah ibn Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan: Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya? Rasulullah menjawab: Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi. Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Justeru apa jua kebaikan yang selari dengan syariat yang dilakukan oleh kita sebagai waris, seperti beribadah, bersedekah, amar maruf dan nahi mungkar dan selainnya, jenazah akan memperoleh ganjaran. Ganjaran tersebut akan diperolehi oleh jenazah sama ada kita meniatkan atau tidak, kebaikan yang dilakukan itu kepada mereka. Berkabung bagi isteri yag kematian suami. Berkabung atau beriddah bermasud meninggalkan atau tidak berdandan seperti memakai minyak wangi dan mengenakan sesuatu yang boleh menarik perhatian lelaki. Tarikan ini dalam bentuk pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Dalam Islam, berkabung adalah wajib bagi isteri yang kematian suami. Bagi perempuan yang beriddah kerana kematian suami, yang iddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari (kecuali bagi perempuan yang hamil, tempoh bagi iddah mereka ialah sehingga melahirkan) maka jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum ihdad atau berkabung di dalam tempoh iddah bagi wanita ini adalah wajib. 13

Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut: Maksudnya: Tidak halal (haram) bagi wanita yang beriman dengan Allah s.w.t. dan rasulNya untuk berkabung ke atas jenazah selama lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya. (Hadis riwayat Muslim) Imam pada hakikatnya adalah jawatan yang amat penting di dalam sesebuah masyarakat Islam. Imam adalah mewarisi peranan yang dimainkan oleh Rasullullah S.A.W. sepanjang hidup baginda. Imam tidak hanya sebagai pemimpin dalam solat berjemaah semata-mata, malah kepimpinan imam adalah merata dalam keseluruhan urusan hidup seharian. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui peranan imam dalam urusan kematian. Imam adalah orang penting yang perlu dimaklumkan tentang kematian seseorang. Imam mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu berita tersebut kepada masyarakat setempat. Imam diperlukan untuk menyembahyangkan jenazah. Untuk melaksanakan solat jenazah, imam perlu memastikan jika jenazah lelaki, kepala jenazah perlu berada di sebelah kiri imam. Imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat. Imam perlu memastikan seboleh-bolehnya hendaklah mengadakan 3 saf atau lebih dan makmum berada di dalam saf dengan keadaan yang lurus dan rapat. Sebagai Imam sebaiknya menerangkan terlebih dahulu secara ringkas bagaimana solat jenazah dilakukan keranan berkemungkinan ada diantara makmum tidak mahir / mengetahui cara melakukan solat ini. Imam turut berperanan memaklumkan kepada bilal tugasnya untuk memandikan jenazah. Seterusnya, peranan imam adalah membacakan talkin sesudah jenazah dikebumikan. Bacaan talkin adalah seperti berikut, Bismillahhirrahmannirrahim. Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

14

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarbenarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopohgapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah.

15

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Amin.. Bilal dan penggali kubur turut memainkan peranan dalam proses pengurusan jenazah. Bilal bertanggungjawab memandikan jenazah. Bilal perlu melakukan proses memandikan jenazah dengan penuh berhati-hati sebagai menghormati jenazah. Selain itu, sebagai bilal iaitu seseorang yang dianggap alim di kalangan masyarakat Islam, bilal mempunyai tanggungjawab supaya tidak menghebahkan dan merahsiakan kekurangan jenazah yang didapati ketika memandikan jenazah.

16

Manakala, tugas penggali kubur juga dianggap tugas yang penting. Penggali perlu memastikan ruang tanah yang digali boleh dimasukkan jenazah. Kepakaran amat diperlukan untuk melakukan tugas ini. Sekiranya berlaku kesilapan, jenazah tidak dapat dikebumikan dan terpaksa menunggu masa yang lebih lama kerana penggali kubur perlu menggali tanah semula. Bilal atau tukang mandi jenazah dan penggali kubur bukan dilihat hanya sebagai individu tertentu dalam urusan jenazah tetapi merupakan sebahagian dari masyarakat kerana terdapat petunjuk dalam Islam bahawa menguruskan jenazah adalah fardu kifayah iaitu wajib dilaksanakan. Jika seorang daripada masyarakat setempat dapat melaksanakannya maka ia dikira selesi tetapi jika tiada seorang pun melakukannya, maka seluruh masyarakat dikira berdosa. Peranan terakhir adalah melibatkan peranan masyarakat setempat

merangkumi jiran, rakan dan penduduk kampung. Peranan masyarakat bermula apabila berlaku kematian ialah menjadi makmul dalam menyembahyangkan jenazah, membantu mengusung keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan, mengkebumikan jenazah, dan sama-sama mendengar bacaan talkin sesudah mayat dikebumikan. Seterusnya menyedekahkan al-fatihah dan surah yasin kepada jenazah. Masyarakat masa kini menambah kenduri arwah sebagai salah satu peranan dalam membantu waris jenazah. Jiran dan rakan serta penduduk kampong berperanan untuk memberikan kata-kata nasihat dan perangsang kepada keluarga atau waris jenazah agar tidak terlalu bersedih dengan pemergian jenazah. Dalam Fikah al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq menyebut: Sunat menyediakan makanan bagi keluarga yang meninggal seperti hadis daripada Abdullah Jaafar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Buatlah makanan buat keluarga Jaafar kerana mereka sedang ditimpa musibah. Perbuatan itu disunatkan Allah SWT kerana ia kewajipan dan merapatkan hubungan keluarga si mati dengan jiran tetangga.

17

Imam Syafie berkata: Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga jenazah itu, cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari dan satu malam, kerana ia adalah sunat dan adalah perbuatan orang berbudi. Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada seseorang yang telah mati daripada waris-warisnnya, jiran, rakan dan masyarakat adalah digalakkan dalam Islam.

Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

18

KESAN DAN ELEMEN-ELEMEN LAIN YANG WUJUD DALAM AKTIVITI KEAGAMAAN TERSEBUT SEPERTI GENDER, POLITIK, BUDAYA, ETNIK DAN LAIN-LAIN. Kesan kematian dapat dilihat daripada pelbagai aspek kehidupan.

Perlangsungan sesebuah kematian melibatkan elemen-elemen seperti perbezaan gender, kaitan agama dan budaya sesebuah masyarakat atau etnik, pengaruh terhadap politik dan psikologi masyarakat atau individu dan sebagainya. Ketika menguruskan jenazah, perbezaan gender dapat dilihat dengan jelas iaitu ketika memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan megkebumikan jenazah. Apabila memandikan jenazah, jika jenazah itu peremuan, hendaklah perempuan jugalah yang memandikanya dan begitulah sebaliknya. Untuk mengkafankan jenazah, kain kafan yang diperlukan adalah berbeza. Bagi jenazah lelaki tiga lapis kain dan lima lapis kain bagi jenazah perempuan. Bagi jenazah lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban bagi jenazah. Sementara bagi jenazah perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit). Manakala ketika hendak menyembahyangkan jenazah, jika jenazah lelaki, kepala jenazah di sebelah kiri imam. Imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada jenazah. Jika jenazah perempuan, kepala jenazah berada di sebelah kanan imam dan imam pula berdiri di punggung jenazah. Perbezaan antara lelaki dan perempuan turut melibatkan lafaz niat untuk menyembahyangkan jenazah. Sembahyang jenazah dilakukan oleh orang lelaki, manakala jika orang perempuan ingin menyembahyangkan jenazah, mereka hendaklah menunggu orang lelaki selesai menyembahyangkan jenazah terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam menguruskan jenazah bayi. Jika berlaku keguguran dan bayi meninggal berumur 120 hari (empat bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa mengikut syariat Islam iaitu memandikannya, mengkafankan, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengkafankan, solat dan menguburkan saja. Sementara doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal bukan untuk bayi itu. 19

Peranan lelaki sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat dapat dilihat apabila Imam yang mengetuai solat jenazah, waris lelaki yang mengetuai pengurusan jenazah kerana sifat dan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga. Lelaki diperlukan untuk mengusung jenazah ke tanah perkuburan dan sama-sama membantu mengkebumikan jenazah serta mendengar bacaan talkin. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Garis panduan perbezaan antara lelaki dengan perempuan bukan hanya semasa masih hidup, malah walaupun telah meninggal dunia. Oleh itu jelas disini bahawa agama Islam amat menekankan perbezaan jantina tetapi tidak membezakan taraf lelaki dan perempuan untuk dinilai amalannya. Seterusnya ialah perkaitan antara agama dan masyarakat. Oleh kerana orang yang beragama Islam adalah digalakkan hidup bermasyarakat, pelbagai perkara yang telah terlibat ketika menguruskan jenazah sesuai dengan keadaan manusia didunia ini yang hidup bermasyarakat. Contohnya, untuk menyembahyangkan jenazah, boleh dilakukan seorang diri tetapi amatlah digalakkan masyarakat setempat turut serta menyembahyangkannya, mengusung jenazah ke tanah perkuburan dan mengambil iktibar dari talkin yang dibaca setelah jenazah selamat dikebumikan. Begitu juga disarakan agar membantu keluarga jenazah untuk meringankan kesedihan dengan memberikan kata-kata nasihat, mendoakan kesejahteraan jenazah dan ahli keluarganya, membantu mengadakan kenduri arwah dan sebagainya. Justeru itu, masyarakat dapat mempelajari cara-cara menguruskan jenazah secara tidak langsung, mengambil iktibar atas sesuatu Qada dan Qadar tuhan dan menginsafi diri sendiri bahawa hidup didunia ini hanyalah sementara. Dalam menguruskan jenazah, kesannya dapat juga dilihat dari sudut mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat.

20

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (Al-Hujurat: 13) Masyarakat terdiri daripada pelbagai taraf dan status yang berbeza. Susun atur dan heirarki dalam sesebuah negara sedikit sebanyak mempengaruhi dan memberi kesak kepada ritual pengkebumian antara satu golongan dan golongan yang lain. Elemen politik dalam dapat dilihat apabila terdapat perbezaan ketika menguruskan jenazah orang kenamaan yang mengambil masa lebih dan penuh adat istiadat. Jenazah orang kenamaan juga ditempatkan ditempat yang tertentu dan istimewa berbanding golongan lain. Walaubagaimanapun, Islam sebenarnya tidak membeza-bezakan individu mengikut pangkat dan tahap kedudukannya semasa hidup. Situasi ini terjadi kerana pengaruh budaya masyarakat setempat sebagai contoh jika berlaku kematian bagi orang kenamaan, rakyat arahkan berkabung selama beberapa hari yang ditetapkan dan menurunkan bendera kebangsaan separuh tiang. Allah telah memberikan kepada manusia sebuah kemampuan dan kebebasan untuk menciptakan suatu kebudayaan. Di sini, Islam mengakui bahwa budaya merupakan hasil karya manusia. Sedang agama adalah pemberian Allah untuk panduan dan pedoman manusia itu sendiri, iaitu suatu pemberian Allah kepada manusia untuk mengarahkan dan membimbing manusia agar memanfaatkan, memajukan, dan mempunyai nilai positif dalam hidup berpolitik dan berbudaya. Islam mengajarkan kepada umatnya untuk selalu beramal, untuk selalu menggunakan fikiran yang diberikan Allah untuk mengolah alam dunia ini menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi kepentingan manusia. Dengan demikian, Islam telah berperanan sebagai pendorong manusia untuk berbudaya dan hidup bermasyarakat.

21

Kesimpulannya, agama dan masyarakat adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Islam adalah agama yang diturunkan kepada manusia sebagai rahmat bagi alam semesta. Ajaranajarannya selalu memberi petunjuk bagi kehidupan manusia di dunia ini, dan tentunya mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Tidak ada satu pun bentuk kegiatan yang dilakukan manusia, kecuali Allah telah meletakkan aturan-aturannya dalam ajaran Islam ini. Allah swt sendiri telah menyatakan hal ini, sebagaimana yang tersebut dalam Surah Toha, Ayat 2 yang bermaksud Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah . Sistem ideologi sesuatu agama membentuk falsafah hidup sebuah

masyarakat ataupun kelompok social. Sistem moral mengandungi prinsip-prinsip peraturan hidup yang menghuraikan dan menjelaskan sikap, perangai dan tingkah laku yang di terima oleh kaum ataupun puak yang mempraktikkan agama itu. Dalam agama Islam, sistem ideologi dan falsafahnya menimbulkan sistem moral pula, dibentuk dari haids-hadis dan kitab-kitab yang memberi panduan hidup kepada umat manusia. Upacara pengurusan jenazah menunjukkan cara bagaimana individuindividu dan kelompok masyarakat mengamalkan sistem ideologi dan sistem moral yang terkandung dalam agama. Agama akan sentiasa memainkan peranan penting dalam penghidupan kita, secara psikologi dan sosial. Di peringkat sosial, oleh kerana isu-isu keagamaan tidak boleh diasingkan daripada isu politik dan ekonomi, maka sebahagian besar daripada kegiatan dan tindakan kita akan dipengaruhi oleh agama. Perhubungan di antara faktor-faktor psikologi dan sosial membayangkan perhubungan di antara individu yang mempraktikkan agama dengan masyarakat yang mengamalkan norma-norma hidup dan system moral ahli-ahli masyarakat.

22

BIBLIOGRAFI

Agama dan Masyarakat ( Wazir Jahan Karim 2010 )

Panduan Ibadah ( Mohamed bin Jusuh 1990 )

Pedoman Hidup Muslim ( Abu Bakr Jabir 2003 )

http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm

http://abu-izzah-attualanji.blogspot.com/2009/05/peranan-institusi-imam.html

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/104/Menghadapi-kematian

http://www.islam.gov.my/portal/ejenazah.php

http://www.scribd.com/doc/8162328/KOnsep-Gender-dalam-PemahamanIslam

http://www.el.usmy.my/

23

Anda mungkin juga menyukai