Anda di halaman 1dari 2

Laporan Aktiviti Perkhemahan Persatuan Pengakap Persatuan pengakap sekolah Kebangsaan Jitra 2 telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Hutan

Lipur Bukit Wang.Aktiviti perkhemahan ini telah diadakan selama tiga hari dua malam iaitu dari 1 Jun hingga 3 Jun 2012.Perkhemahan pengakap ini telah disertai oleh 40 orang ahli persatuan dan empat orang guru pengiring. Peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan.Setiap kumpulan diwakili oleh sepuluh orang peserta. Setiap peserta bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Semua peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing . Selain itu, peserta perkhemahan juga bergotong-royong mencari kayu api,memasak makanan dan membersihkan kawasan persekitaran khemah. Antara aktiviti pertandingan yang telah diadakan dalam perkhemahan itu adalah pertandingan kawad kaki,pertandingan memasak dan pertandingan khemah paling bersih.Pertandingan kawad kaki telah diadili oleh kem komanden iaitu Encik Mohd Noor bin Ahmad. Manakala pertandingan memasak dan khemah paling bersih telah diadili oleh guru-guru pengiring. Acara persembahan malam kebudayaan juga turut diadakan pada malam terakhir perkhemahan. Antara persembahan yang dipersembahkan seperti lakonan,nyanyian dan deklamasi sajak.Acara ini amat menarik minat para peserta perkhemahan kerana dapat menghiburkan hati setelah penat melakukan aktiviti pada siang hari. Keseluruhannya,aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan lancer.Semua peserta dapat menimba pengalaman baharu hasil daripada pengalaman aktiviti perkhemahan ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Laporan disediakan oleh, 5 Jun 2012.

(MUHAMMAD HAZIQ ZIKRI BIN ROSLAN) Setiausaha Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Jitra 2