Anda di halaman 1dari 1

Laporan Lawatan Ke Muzium Negara Pada 23 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Sri Delima telah mengadakan lawatan ke Muzium

Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Lawatan tersebut disertai oleh 38 orang murid tahun 4 Delima dan dua orang guru pengiring. Sebelum bertolak ke Muzium Negara, kami berkumpul di perkarangan sekolah seawal jam 7.30 pagi untuk mendengar taklimat daripada guru pengiring iaitu Cikgu Salmah dan Cikgu Sufian. Selepas itu, kami mula bertolak ke Muzium Negara pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas persiaran. Kami tiba di Muzium Negara pada jam 9.00 pagi setelah sejam perjalanan daripada sekolah. Kami dapat melihat bangunan Muzium Negara yang besar dan tersergam indah. Kami berasa tidak sabar untuk masuk ke muzium tersebut. Kemudian, kami masuk ke dalam muzium tersebut. Kami dapat melihat

pelbagai barangan lama seperti senjata, tembikar, pakaian lama dan kenderaan lama. Kami melihat barangan yang dipamerkan sambil mendengar penerangan yang diberikan oleh pihak muzium. Setelah beberapa jam di Muzium Negara, kami bertolak pulang ke sekolah pada jam 12.30 tengahari. Kami semua berasa gembira dapat melihat pelbagai barangan lama walaupun penat. Disediakan oleh, _________________ (ALEYA NATASHA BINTI HALIM) Setiausaha, Kelas 4 Delima, Sekolah kebangsaan Jitra. 31 mei 2012

Anda mungkin juga menyukai