Anda di halaman 1dari 13

2012 2013

Disediakan oleh: KAMALUDDIN BIN YUSOF JURULATIH SAMBILAN PUSAT SUKAN NEGERI

PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN PASUKAN HOKI (2012-2012) SMK PUTERA / MSSM KELANTAN / JPJS, KPM.
1.0 PENGENALAN Program Pembangunan Hoki bagi perancangan jangka panjang (20122014) adalah untuk mengemukakan satu cadangan pembangunan sukan hoki yang lebih teratur dan sistematik serta praktikal dilaksanakan. Program ini adalah bertumpukan kepada pembangunan atlet hoki, sistem kejurulatihan, dan kepengadilan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kelantan (MSSMK) khasnya. Adalah menjadi harapan supaya program seumpama ini dapat melahirkan atlet-atlet hoki yang berpotensi dan cemerlang serta guru-guru yang berminat dalam permainan ini agar dapat bertukar-tukar idea dalam meningkatkan mutu sukan hoki di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Perancangan ini juga secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang atletatlet dengan aktiviti yang berfaedah dan melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, ia dapat menyediakan Pasukan Hoki MSSM Kelantan yang lebih mantap bagi persediaan menghadapi Kejohanan kejohanan Hoki yang lebih mencabar seperti Kejohanan Hoki MSSM peringkat Kebangsaan mahupun kejohanan kejohanan peringkat umur yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Kebangsaan malah dapat membentuk tahap disiplin para atlet yang lebih mantap.

2.0 2.1 2.2 2.3

OBJEKTIF Mewujudkan struktur organisasi yang mantap di semua peringkat dalam perlaksanaan program pembangunan sukan hoki. Menambah bilangan jurulatih dan pengadil hoki yang berkelayakan dan mempunyai minat yang mendalam dalam sukan hoki di sekolah. Membentuk dan melatih pemain yang berbakat untuk mewakili pasukan MSSM Kelantan dalam satu program latihan yang lebih sistematik dan tersusun.
2

2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

Menyediakan pasukan yang mempunyai kecergasan dan kekuatan mental yang tinggi untuk menghadapi perlawanan. Melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi dan memahami teknikal dan taktikal permainan hoki yang terkini. Membentuk pasukan yang berdisiplin serta semangat juang yang tinggi. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan. Membentuk pengurusan pasukan yang berkesan. Mencungkil bakat-bakat di kalangan murid-murid sekolah rendah untuk diberi bimbingan yang lebih komited apabila di peringkat menengah kelak.

3.0

VISI SMK Putera sebagai Pusat Sukan Negeri berhasrat untuk menjadikan sukan

hoki sebagai satu sukan yang diminati serta berpotensi tinggi untuk melahirkan atlet yang berkualiti seterusnya dapat menaikkan nama sekolah, negeri dan negara di peringkat lebih tinggi.

4.0

LATARBELAKANG

4.1 Tentatif kerja Bil 1. Latihan 2. 3. 4. Kecergasan, Aktiviti Asas Permainan Hoki dan Bulan Fasa Pertama Fasa Kedua Fasa Ketiga Fasa Keempat

permainan kecil Latihan Kecergasan, Kemahiran, Teknikal, dan permainan kecil Latihan Kecergasan, Kemahiran, Teknikal, Taktikal, dan dan

Permainan kecil / Perlawanan Persahabatn Latihan Fizikal, Kemahiran, Teknikal, Taktikal permainan pertandingan kecil/ perlawanan persahabatan

5.0

PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN DAN HUBUNGAN PROSES PLAN

5.1

Peningkatan Pengurusan Teknikal Melibatkan pengurusan pertandingan secara langsung di peringkat

sekolah, zon, negeri dan kebangsaan sebagai pegawai dan pembantu teknikal.

Melibatkan diri secara profesional dalam kejohanan-kejohanan yang

dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia dan Kelantan, Persatuan Hoki Kelantan (PHK) dan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) serta NGO. Bersedia menerima teguran secara positif dan bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

5.2

Peningkatan Kejurulatihan

Mengikuti kursus kejurulatihan peringkat awalan (Level 0) untuk guru-guru Mengikuti Kursus Kejurulatihan Tahap satu (Level 1) bagi jurulatih sedia Mengikuti Kursus Kejurulatihan Tahap 2 (Level 2) untuk jurulatih di Mengikuti kursus dan seminar sains sukan serta lain-lain kursus yang

sekolah rendah dan menengah.

ada.

peringkat MSSMK ke MSSM.

berkaitan seperti psikologi sukan, pemakanan dan sport massage untuk meningkatkan pengetahuan hasil dapatan terkini.

Lawatan sambil belajar ke pusat-pusat kecemerlangan sukan baik di Bekerjasama dengan jurulatih dalam persatuan negeri dan kebangsaan Menjemput jurulatih Kebangsaan baik di dalam mahupun di luar negeri Menjadikan jurulatih yang boleh merancang dan menyediakan program

dalam mahupun di luar negeri. untuk meningkatkan profesionalisme kejurulatihan. untuk menganjurkan Klinik Kejurulatihan. latihan jangka pendek dan jangka panjang serta mempunyai pasukan untuk dinilai tahap keberkesanannya. 5.3 Mengenalpasti Bakat

Mengadakan klinik atau program pembangunan atlet di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun negeri. Bakat-bakat yang telah dikenalpasti dan berpotensi perlu dipantau secara berterusan untuk diserapkan ke dalam program pembangunan di Pusat Sukan Negeri.

Pemain-pemain yang berpotensi dapat dikenal pasti melalui pencapaian mereka dalam kejohanan-kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah, zon, negeri dan Kebangsaan serta kejohanan-kejohanan terbuka yang disertai.

Pelajar-pelajar yang berbakat, mempunyai saiz yang sesuai serta minat yang tinggi dapat dikenal pasti melalui ujian-ujian yang dijalankan di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri.

Kemahiran biomotor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sukan hoki adalah seperti koordinasi. ketangkasan, kuasa, kepantasan, kelembutan, masa tindak balas, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan

Ujian-ujian yang dapat meramalkan keupayaan biomotor tersebut adalah seperti berikut: Biomotor Ketangkasan kuasa Kepantasan Daya tahan otot Kekuatan otot Koordinasi 5.4 LATIHAN a. Latihan 3 5 kali seminggu. b. Kem Bakat / Klinik Hoki. Aktiviti Lompat Quardrant Lompat jauh berdiri / lompat sarjan Pecut 10 m (sekolah rendah) Pecut 30 m ( sekolah menengah) Harvard step Leg press Memukul bola dari pelbagai sudut

c. Latihan masa cuti sekolah / Latihan Pusat. d. Perlawanan persahabatan dengan pasukan dalam dan luar negeri.
e.

Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, Kebangsaan, ataupun NGO.

f. Analisis permainan melalui video.

6.0

STRATEGI PERLAKSANAAN a. Teknikal (Pengurusan Pertandingan). b. Kejurulatihan. c. Mengenal pasti bakat. d. Latihan dan pertandingan.
e.

Kebajikan jurulatih / guru dan atlet.

6.1

Kebajikan Jurulatih / Guru Guru / jurulatih hoki hendaklah diberi jadual waktu anjal dan bilangan waktu mengajar dikurangkan (18 waktu seminggu). Semua guru / jurulatih / pengadil hendaklah dikecualikan daripada aktiviti kokurikulum sekolah kecuali menjadi jurulatih hoki untuk pasukan sekolah. Mereka juga perlu dikecualikan daripada tugas-tugas khas seperti guru kelas dan peperiksaan.

Jurulatih akan diberi keutamaan untuk menghadiri kursus-kursus kejurulatihan / kepengadilan di dalam dan di luar negeri. Semua jurulatih atau guru berkaitan diberi pelepasan tugas di sekolah untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan permainan hoki seperti kem latihan, mengenalpasti bakat dan menghadiri kejohanan / pertandingan.

6.2

Kebajikan Atlet Semua pemain hoki yang berada dan mengikuti latihan dengan jayanya akan dibekalkan dengan pakaian dan peralatan untuk menjalani latihan dan pertandingan.

Semua pemain yang mewakili MSSM Kelantan dan MSS Malaysia akan diberi keutamaan untuk memasuki sekolah-sekolah sukan, tingkatan enam dan Institut Perguruan mahupun Pusat Pengajian Tinggi Awam.

Pemain-pemain yang terpilih untuk menjalani latihan berkala dan berpusat akan diberi imbuhan makan dan tambang. Berusaha mendapatkan biasiswa kepada semua pelatih sebagai menghargai komitmen dan sumbangan kepada sekolah, daerah, negeri mahupun negara.

7. PROGRAM LATIHAN a. Fasa Latihan Fasa I JANUARI ( 3 5 kali latihan seminggu ) Mesyuarat Penyelarasan I. Pemilihan pemain / Kenal pasti sekolah. Merancang corak latihan. Latihan berterusan untuk pemain elit dan pelapis. Fasa II FEBRUARI / MAC ( 4 5 kali latihan seminggu ) Latihan berterusan bagi menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan negeri dan kebangsaan. Pertandingan MSSMK - pemilihan pemain mewakili MSSMK. * Fasa III Bergantung kepada takwim MSSM APRIL / MEI ( 3 5 kali latihan seminggu ) Latihan berterusan untuk pemain elit dan pelapis. Mesyuarat Penyelarasan II - mengemaskini perancangan.

Fasa IV

JUN / JULAI ( 3 5 kali latihan seminggu ) Kem Bakat ( menghimpunkan pemain elit dan pelapis ). Klinik hoki untuk mengenalpasti bakat-bakat baru. Latihan kemahiran dan fizikal. Latihan berterusan bagi menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan negeri dan kebangsaan. Latihan pusat.

Fasa V

OGOS / SEPTEMBER ( 3 5 kali latihan seminggu ) Latihan berterusan untuk pemain elit dan pelapis. Latihan kemahiran dan fizikal. Kejohanan Hoki MSSMK.

Fasa VI

OKTOBER / NOVEMBER ( 3 5 kali seminggu ) Mesyuarat penyelarasan III. - mengemaskini perancangan - mengenal pasti pemain dan menentukan TOV

Latihan berterusan terutamanya pemain-pemain elit bagi mengekalkan prestasi. Latihan pasukan pelapis. Menyertai pertandingan anjuran PHM dan PHK dan lain - lain.

8.0 8.1

ANGGARAN KOS KE ARAH KEJAYAAN Diharap aktiviti yang dirancang ini dapat melahirkan pemain hoki yang lebih baik dan menyumbang ke arah peningkatan potensi mutu permainan Hoki MSSM Kelantan.

8.2

Memenuhi hasrat

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

untuk melahirkan

masyarakat sihat dan berkebolehan dalam bidang sukan.

9.0

KEKANGAN
8

9.1

Penggunaan padang astroturf yang terhad disebabkan tempahan dan penggunaan untuk pertandingan pertandingan peringkat cawangan, antara cawangan, antara daerah yang berterusan anjuran MSSM Kelantan dan Persatuan Hoki Kelantan pada awal hingga pertengahan tahun.

9.2

Memiliki pemain yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah memerlukan latihan progresif terbantut disebabkan penggunaan padang tiruan (Astroturf) yang terhad.

9.3

Masalah pengangkutan untuk menjalani latihan di luar sekolah (padang astroturf) memaksa guru menggunakan kenderaan sendiri dan perlu berulang alik memunggah para pemain menyebabkan masa banyak terbuang di jalanraya dan mengganggu sesi latihan yang terhad.

9.4

Perlawanan persahabatan terhad disebabkan ketiadaan pasukan di sekitar Kota Bahru atau daerah berdekatan yang boleh dijadikan sparring untuk membetulkan kesilapan atau pendedahan kepada situasi perlawanan sebenar untuk pemain.

10.0 10.1

ATASI MASALAH Membina sekurang kurangnya separuh padang di atas gelanggang serbaguna sedia ada di kawasan sekolah untuk menampung keperluan latihan yang berterusan di padang astroturf di samping menggunakan padang sebenar bila berpeluang menggunakannya.

10.2

Mendapatkan pemain yang lebih berkualiti dari sekolah rendah yang akan ke tingkatan satu melalui pemantauan dan program TID yang dijalankan sepanjang kejohanan peringkat negeri dilaksanakan.

10.3

Membuat permohonan mendapatkan sebuah bas yang boleh menggangkut para pemain ke padang astroturf untuk latihan yang lebih progresif dan mengadakan perlawanan perlawanan dengan pasukan di luar Kelantan.

10.4

Mengadakan perlawanan perlawanan dengan pasukan di luar Kelantan sebagai cara memperbanyakkan pendedahan perlawanan kepada pemain serta menyertai pertandingan pertandingan terbuka yang diadakan di luar Kelantan sebagai peyertaan tahunan seperti terbuka Pulau Pinang, Kejohanan Terbuka Kilat Kuala Lumpur, Kejohanan Terbuka DBI, Ipoh dan lain lainnya.

11.0

UNJURAN

11.1 BILANGAN PELATIH


TAHUN JANTINA Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Jumlah 2007 L P 10 6 10 6 8 3 5 1 34 15 2008 L P 10 8 10 6 10 6 8 3 5 43 23 2009 L P 10 8 10 8 10 6 10 6 8 3 48 31 2010 L P 10 8 10 8 10 8 10 6 10 6 50 36 2011 L P 10 8 10 8 10 8 10 8 10 6 50 38

11.2 PENCAPAIAN PASUKAN


TAHUN JANTINA
Peringkat Cawangan Peringkat Daerah Peringkat Negeri Peringkat Kbgsaan Akhir Akhir S/akhir S/akhir S/akhir S/akhir Johan Johan Akhir Akhir Akhir Akhir Johan Johan Akhir Johan Johan Akhir Johan Johan Johan Pyertaan Johan Johan Johan Pyertaan Johan Johan Johan Suku Akhir Johan Johan Johan Suku Akhir

2007 L P L

2008 P L

2009 P L

2010 P L

2011 P

11.3 PENCAPAIAN INDIVIDU


TAHUN Mewakili Cawangan Daerah Negeri Kebangsan 2007 L P 10 5 7 5 3 2 2008 L P 11 7 8 6 4 3 2009 L P 11 8 9 7 5 4 1 2010 L P 12 9 10 8 6 5 2 1 2011 L P 13 10 11 9 7 6 3 2

Disediakan oleh;

. (S. SHAM B. YAHYA) Jurulatih Pasukan Lelaki (WAN ADZLEAN SHAH B. WAN ABDULLAH) Jurulatih Pasukan Perempuan Pusat Sukan Negeri Kelantan
10

SMK Putera, Kota Bharu

Disemak oleh;

. (EN. NIK AR AZMIN B. NIK YUSOFF) PEN. KANAN KO-KURIKULUM SMK Putera, Kota Bharu Disahkan oleh;

. (TN. HJ. WAHAB B. MAMAT) PENGETUA SMK Putera, Kota Bharu

11

AKTIVITI Mesyuarat Pengurusan Mesyuarat Pembangunan Mesyuarat Peringkat Negeri Menengah Mesyuarat Peringkat Negeri Rendah Mesyuarat Peringkat Zon Menengah Mesyuarat Peringat Zon Rendah Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Hoki Zon Bangsar (Rendah) Pertandingan Hoki Zon Keramat (Rendah) Pertandingan Hoki Zon Pudu (Rendah) Pertandingan Hoki Zon Sentul (Rendah) Pertandingan Hoki MSSM Kursus Asas Kepengadilan Kursus Lanjutan Kepengadilan Kursus Kejurulatihan Hoki Pertandingan Persahabatan antara Negeri Latihan Pusat Latihan di Sekolah Projek Kem Bakat Karnival Hoki Bengkel Kepengadilan dan Teknikal TID Sirkit Luar Musim Sukan Mini

JAN

FEB

MAC APRIL

MEI

JUN

JULAI OGOS SEPT. OKT.

NOV.

DIS.

Anda mungkin juga menyukai