Buletin Pergigian Wilayah Persekutuan KL & P Januari-Mac 2012 (Jld. 14; Bil. 1)
*TEKA-TEKI*
Soalan 1: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Soalan 2: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Soalan 3: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. JAWAPAN dikeluaran akan dating...
MUKASURAT 16
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anggota Bahagian Pergigian JKWPKL&P, saya mendoakan semua sentiasa sejahtera dan ceria dalam satu keluarga besar ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana berpeluang menulis dalam Buletin KORONA ini. Buletin ini sangat istimewa bagi diri saya. Saya berani mengatakan KORONA sangat istimewa malah membanggakan kerana, ia telah terbit terus menerus selama 14 tahun tanpa putus, kerana dari realitinya sangat sukar sesuatu Buletin Jabatan dapat bertahan sebegitu lama. Ini adalah satu contoh kegigihan dan komitmen yang perlu kita semua dicontohi! Semasa saya menulis dalam ruangan keramat ini, saya baru sahaja dua minggu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) JKWPKL&P. Justeru itu sekali lagi dipanjatkan syukur saya kehadrat Allah swt kerana diberi peluang berada disini, tapi saya tahu ini adalah amanah yang bukan saya banggakan! Sebenarnya perkara penting yang ingin saya coretkan di sini ialah ucapan rasa hormat saya kepada mantan TPKN(G) yang selalu kita kenang tiadak lain dan tidak bukan Dr Hj Ahmad bin Hj Abang. Sukar saya coretkan di sini tapi inti patinya ialah beliau adalah seorang nahoda yang sangat cemerlang sehinggakan kita berada pada tahap ini. Kerana beliaulah, saya berkeyakinan untuk berada disini. Segala bimbingan dan tunjuk ajarnya, saya yakin saya dapat membawa jabatan kita terus cemerlang. Kepada beliau kami dan saya khususnya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala budi yang beliau taburkan untuk jabatan. Disini saya mendoakan semoga Allah memberikan berkah dunia dan akhirat kepada beliau. Sekian Dr Misliah Ahmad
K O R O N A
Menarik di dalam
Perutusan ...Sifuu.. .Info sihat Peristiwa ..Nasihat.. Dapur KORONA 4 7 12 15
BICARA
PENGARANG
Diam tidak diam, usia KORONO telah pun mencapai 15 tahun. Jika dikira mengikut tahun sudah tentu bayi yang baru lahir yang sebaya dengan KORONA pertama kali diterbitkan telahpun mencapai usia remaja pada ketika ini. Pastinya generasi hari ini lebih ke arah maya tidak lagi pada tatapan fizikal kertas dalam mencari maklumat. Kami dalam KORONA sedar jika Korona tidak menukar cara persembahannya pasti ia akan dilupakan. Bermula dari keluaran ini saudara saudari boleh menatapi KORONA di maya sama ada melalui fb (https://www.facebook.com/pages/ Pergigian-JKWPKL/206138959508460? ref=hl) atau melalui Blog Pergigian JKWPKL Selamat tahun baru 2012.
RENUNGAN
Dr Misliah Ahmad
Pengarang
sedap!
pencuci mulut yang mudah disediakan, terutama jika nak cepat. .. bahan-bahan 1 can fruit cocktail 1 can lychee 1 can buah kelapa laut 1 can evaporated milk caranya campurkan semua buah-buahan tin dalam mangkok besar. Campurkan satu tin besar susu cair (evaporated milk) dan juga campurkan juga satu mangkok kuib ais. nota: Pilihan buah-buahan adalah mengikut selera anda. Anda boleh tambahkan jelly, sagu biji yang telah di rendam/masak sehingga kembang, buah segar dan sebagainya. Masukkan kedalam peti sejuk sehingga sedia untuk di hidang.
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian. Nabi Muhammad SAW
Sinki Tersubat
Untuk membersihkan paip sinki yang tersumbat, campurkan 1/2 cawan sodium bikarbonat dalam cawan satu cawan cuka makan , kemudian tunagkan kandungan tersebut bersama satu cawan air ke dalam lubang sinki. Selepas itu dalam satu jam paip tersebut boleh digunakan
KORONA diterbitkan empat kali setahun oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan WPKL
Untuk edaran dalaman sahaja.
adenan@wp.moh.gov.my
Sharol
UNGKAPAN BISTARI "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius
MUKASURAT 2
Confucius (551 479 BC) was a Chinese teacher, editor, politician, and philosopher of the Spring and Autumn Period of Chinese history.
K O R O N A
POYO!
MUKASURAT 15
AKI
NUKILAN UNTUK MAMA
Kala malam menjelma... Hati ku dirundung gelisah... Memendam hati yang resah Air mata menitis hiba
ANGAN!
Oleh: SiFuu
Kenanganmu demi kenangan Menjelma di sanubari... Ku tatapi setiap wajahmu... Semakin kau dekat di hati c/o Ku simpan segalanya tentang mu Ku simpul mati di hatiku... Takkan sekali aku lepaskan Setiap doaku sebut namamu Kasih sayangmu tiada pengganti.. Wajahmu sentiasa di hati... Pergimu jauh dari diri ini... Langkahmu akan ku jejaki. Ku harapkan keampunanmu Syurgaku di telapak kakimu Semoga engkau di rahmati Akan ku temui dirimu Oh ibuku Lirik : Nor Ilyanah binti Othman
langkah untuk mencipta budaya inovasi iaitu, penuh ghairah, merayakan sebuah ide, meberikan otonomi, mendorong keberanian, berfikiran kecil, memaksimakan perbedaan dan
gagal lebih dahulu; dalam banyak pekerjaan, orang-orang begitu takut untuk membuat kesalahan sehingga mereka lupa untuk mengejar mimpi mereka. Mereka hanya mengikuti peraturan yang ada dan terus begitu hingga tidak ada hal luar biasa yang boleh dicapai oleh organisasinya. Faktanya seorang inovator yang hebat tidak dilahirkan pintar atau lebih baik dari orang lain. Mereka hanya mampu melepaskan rasa takut mereka untuk berbuat kesalahan dan terus mencuba. Mereka tidak membiarkan cemohan orang lain menghapuskan mimpi mereka. Gagal lebih dulu diertikan keberanian untuk mengambil resiko dan meningkatkan percubaan. Beberapa taruhan akan dimenangkan,dan beberapa dari taruhan tersebut akan gagal. Kuncinya adalah untuk cepat gagal, dan mengetahui kegagalan tersebut. Organisasi akan berkembang dengan cepat. Salah satu cara untuk menanggulangi hal tersebut adalah dengan mencuba banyak ide dan cepat mengidentifikasi kegagalan serta menemukan jalan keluarnya.
Lebuhraya Kota Bersegi, Tempat Berasmara Dara Teruna, Hodoh Ketawa Orang Tak Bergigi Ibarat Kota Tiada Kubunya. Padi Huma Di Bukit Tinggi, Tiba Musim Ia Dibajak, Melihat Sang Bangau Sakit Gigi, Gelak Terbahak Penghulu Katak.
Ceduk Iar Didalam Perigi, Timbanya Bertangkai Suasa, Jikalau Kucing Tak Bergigi, Alamat Tikus Berjoget Berdansar. Anak Dara Datuk Tinggi, Buat Gulai Ikan Tilan, Datuk Tua Tak Ada Gigi, Bila Makan Kunyah Telan
MUKASURAT 14
K O R O N A
KELUARAN 53
MUKASURAT 3
Tooth Toothbrush Relationship Tooth and toothbrush relationship get prediction of lasting six months.
Washington's Wooden Teeth Fire Martha celebrates George Washington's birthday, but the cake candles set his wooden teeth on fire.
KELUARAN 53
MUKASURAT 13
SABAR
SABAR bermakna menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
PETUA-PETUA
Sayur & buah Berwarna MERAH Sayuran dan buah berwarna merah mengandung banyak pigmen melawan penyakit. Juga diketahui mengandung likopen, zat yang berperanan menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangi risiko kanser. Contohnya tomato, strawberry, tembikai, epal, cranberry, cheri, anggur merah, dan paprika merah. Sedangkan yang mengandung oksidan paling tinggi adalah strawberry, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah.
MEMILIH IKAN SEGAR 1. Mata jernih. Jika mata ikan sudah tidak jernih, masih boleh dimakan, tetapi bukan lagi segar. 2. Insang berwarna merah jambu dan lembap. 3. Isi pejal. 4. Tidak berbau dan hanya berbau laut. 5. Sisik dan badan bersinar. Sisiknya tidak tertanggal. 6. Perut ikan tidak kembung atau kecut.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut: 1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wataala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana. 2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah. 3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
GRED
U44 U41 U41 U41 N17 N17 N17 R6 U17
DARI
NEGERI SEMBILN SERAWAK SERAWAK SABAH KEDAH IPK BANGSAR HKL HKL MELAKA
PENEMPATAN
KP DATOKERAMAT KP KG PANDAN KP KG PANDAN KBM HOSPITAL PUTRAJAYA KP BANGSAR KP BANGSAR KP CAHAYA SURIA KP PETALING BAHAGIA KP BANDAR TUNRAZAK
TARIKH
16.01.2012 16.01.2012 30.01.2012 06.02.2012 15.02.2012 15.02.2012 15.02.2012 27.02.2012 15.03.2012
Sifat sabar itu dipuji pada syara kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
GRED
U48 U41
PENEMPATAN
KP PUTRAJAYA KP KG PANDAN
TARIKH
31.01.2012 01.03.2012
Pengarang
Jika ingin, sila hantarkan sumbangan anda ke Meja Editor KORONA Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan JKWPKL Pengarang
K O R O N A
iklaneka
GRED U54
TARIKH 12.03.2012
MUKASURAT 5
MUKASURAT 12
Adohhhhh Sakitnya.
GRED
N17 N17 N17 R3 U40 U40 U17 U17 U17 U17 U17
DARI
KP BANGSAR KP BANGSAR KP CAHAY SURIA KP PETALING BAHAGIA KP CAHAYA SURIA PEJABAT TPK (G) KP PUTRAJAYA KP CAHAYA SURIA KP PETALING BAHAGIA KP SETAPAK KP SENTUL
PENEMPATAN
IBU PEJABAT KKM IBU PEJABAT KKM HKL HOSPITAL PUTRAJAYA BKM KKM BKM KKM KEDAH SELANGOR SELANGOR SELANGOR KELANTAN
TARIKH
15.02.2012 15.02.2012 15.02.2012 15.02.2012 20.02.2012 20.02.2012 15.03.2012 15.03.2012 15.03.2012 15.03.2012 15.03.2012
Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari mana datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangny Kopi sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein. Komputer berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda. Silau keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda. Makan dan minum jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya. Stres sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Ubat sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doktor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
BAJU KURUNG
NAMA
ROZITAR BINITI HASAN NURUL IZZAI BINTI ARIFFIN WAN SAIFAA BINTI WAN OSMAN FARADILA BINTI PISARA SAFUAH BINTI MASIR BAVANI A/P MUNIANDY CHANDRAKALA A/P MUNINDY RANDY TAN YAZID SYUKRY BIN MASAI NOOR FIRDAUS BIN AHMAD TAJUDIN MUHAMAD SAUBAN BIN MOHD FUAD MUKASURAT 6
GRED
U17 U17 U17 U17 U17 U17 U17 U17 U17 U17 U17
PENEMPATAN
KP TANGLING KP DATOKERAMAT KP DATOKERAMAT KP KG PANDAN KP KG PANDAN KP SETAPAK KP SENTUL KP PETALING BAHAGIA KP PETALING BAHAGIA KP PETALING BAHAGIA KP PUTRAJAYA
TARIKH
20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012 20.03.2012
Sebelum kurun ke-20, wanita melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Setelah ketibaan islam mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh,kadang kala hingga lutut dan dipadankan dengan kain yang berlipat tepi. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan BAJU MELAYU. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya digandingkan dengan kain pelikat yang diikat di bahagian pinggang.
K O R O N A
KELUARAN 53
MUKASURAT 11
Perhimpunan bulanan bagi tahun 2012 telah diadakan pada 06 JAN 2012 ( Jumaat ) bersamaan 12 Safar 1433h. Sempena perjumpaan awal tahun banyak nasihat dan amanat yang telah disampaikan oleh Tuan Pengerah kita bagi menghadapi masa-masa akan datang. Pada bulan Februari perhimpunan bulanan telah diadakan pada 03 FEB 2012 ( Jumaat ) bersamaan 10 Rabiul Awal 1433h. Pada bulan ini juga telah berlangsung hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 01 Feb 2012 lalu. Bengkel HMIS Berkomputer sesi I dan sesi II telah di adakan di KP Cahaya Suria selama dua hari iaitu pada 15.02.2012-16.02.2012 yang melibatkan Jururawat Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian sertamai 30 orang peserta. Pada 23.02.2012 lalu telah berlangsung Seminar Pemantapan Program Kesihatan Pergigian Toddlers. Program ini diadakan di Auditorium PKD Putrajaya melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada Jururawat Pergigian. Pada hujung bulan Februari satu majlis sambutan hari lahir bagi bulan Januari hingga Mac untuk kakitangan pejabat TPK(G ). Perhimpunan bulan bagi bulan Mac telah diadakan pada 02 Mac 2012 ( Jumaat ) bersamaan 9 Rabiul Akhir 1433h. Bengkel Scaling Techniques Revisited anjuran Unit Perio KP Cahaya Suria telah diadakan pada 07.03.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat KPCS.seramai 12 orang peserta yang melibatkan Jururawat Pergigian. Datin Dr Fouziah selaku penyelaras bagi Seminar Pemantapan Program Kesihatan Pergigian Prasekolah yang telah diadakan di bilik seminar Klinik Kesihatan Jinjang pada 08.03.2012 lalu yang melibatkan Jururawat Pergigian seramai 35 orang peserta. Tanggal 09.03.2012 berlangsungnya peralihan kuasa diantara TPK( G ) baru dan lama dimana Dr Ahmad Abang menyerahkan tugas beliau kepada Dr Misliah Ahmad selaku TPK ( G ) yang baru. Pada 21.03.2012 Bengkel Scaling Techniques Revisited telah di adakan di KP cahaya Suria anjuran Unit Periodontik KP cahaya Suria yang melibatkan Pegawai Pergigian. 20.03.2012 satu Bengkel Penghasilan Prostesis Tanpa Bunsen telan diadakan yang melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada Juruteknologi Pergigian bertempat di Bilik Mesyuarat KP Cahaya Suria.
KELUARAN 53
MUKASURAT 7
MUKASURAT 8
K O R O N A
KELUARAN 52
MUKASURAT 9
Lebih dari sekadar dokumen.
Temukan segala yang ditawarkan Scribd, termasuk buku dan buku audio dari penerbit-penerbit terkemuka.
Batalkan kapan saja.