Anda di halaman 1dari 7

Pandangan Dadah Dari Agama Berlainan PERSPEKTIF ISLAM Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran

atau Hadis Rasulullah (S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka laranganlarangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syariiyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali. Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim) Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram" Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.

Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat. Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya." Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya." Dan sabdanya lagi:"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:a. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram; b. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan c. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:"Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu". FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya". Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak". Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

PERSPEKTIF BUDDHA "Drunkness and drug addiction become the cause of their own downfall". (Kemabukan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka). Parabhava Sutra

"Drunkards and drug addicts lose their human dignity, sense of reasoning and ruin themselves physically and mentally". (Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani). Anenttava Nikaya

"Those who are used to drugs lose their moral shame and their fear and are persuaded to violate the peace and happiness of others". (Mereka yang biasa dengan dadah hilang maruah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dan kebahagiaan orang lain). Samyutta Nikaya Pendapat Buddha tentang dadah boleh dilihat dari kata-kata Mahaguru Buddha dalam "Manggala Sutta": "To cease and abstain from evil forbearance with respect to intoxicants, and steadfastness in virtue. This is the highest blessing". (Memberhenti dan menjauhkan diri daripada kejahatan berhubung dengan dadah dan sesuatu yang memabukkan, dan berpegang kepada kebaikan. Ini adalah satu restu yang peling tinggi). Dalam Parabhava Sutta, Buddha berkata: "He who is addicted to women, to liquor/drugs, to gambling, and sqwuanders whatever he earns. This is the cvause of downfall. " (Seseorang yang ketagih perempuan, arak, dadah dan judi, membazirkan pendapatannya. Inilah punca keruntuhan). "There are six channels for dissipating wealth which a lay Buddhist must avoid. There are:a. b. c. d. indulgence in intoxication and drugs loitering in the streets at unseemly hours frequenting theatrical shows association with evil companions

e. addiction to idle companions" Daripada kata-kata Buddha ini menunjukkan pendirian agama Buddha terhadap dadah itu, satu daripada enam cara yang menghabiskan kekayaan ialah ketagihan dadah. PERSPEKTIF KRISTIAN Penggunaan dadah boleh memisahkan kita dari dunia yang sebenar. Ia boleh membawa kita bercanggah dengan undang-undang. Ia boleh memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaraan yang kurang baik. (Drug abuse can cut us off from the world of rality. They can bring us inti conflict with laws. They can aggravate personality defects and prevent us from confronting the less pleasant aspects of ourselves our environments).

"Or do you not know your body is the temple of the Holy Spirit within you who is in you since you received Him from God". ( I Cor. 6:19) (Badan kamu adalah Roh Kudus yang telah berada dalm diri kamu sejak kamu menerimanya daripada Tuhan) . "We must realise that our former selves have been crucified with Him to destroy this sinful body and to free us from the slavery of sin". ( Rom. 6:6) (Kita mesti sedar bahawa kita dahulu telah disalibkan bersama-Nya untuk membinasakan badan yang berdosa dan untuk membebaskan kita dari pengabdian kepada dosa).

"Do you not know people who do wrong will not inherit the Kingdom of God: People of immoral lives, idolaters, adulterers, catamites, sodomites, thieves, usurers, drunkards, slanderers and swindlers, will never inherit the Kingdom of God". (I Cor. 6:3)

(Adakah anda tidak tahu bahawa mereka yang membuat salah tidak akan mewarisi dunia Tuhan: Merekan yang tidak bermoral, penyembah berhala, menduakan suami, "catamites", "sodomites", "usurers", pemabuk, "slanderers", dan penipu, tidak akan mewarisi dunia Tuhan).

"God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can, Choose life then, so that you and your descendants may live". (Deut. 30:19) (Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mungkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. "Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup".) PERSPEKTIF HINDU i. Dari sebuah Buku Tamil (Kural) menyebutkan bahawa:"Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati". (Devoid of their sense, are those who drug themselves, no different are they from the sleeping and the dead). ii. Manusia adalah makhluk yang berfikiran diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak-tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya diganggu atau menyeleweng dari sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan dahaja akan memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikalnya. Dharma Hindu mengatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkahlaku yang salah, berbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira "adharmic" di mana balasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu penggunaan dadah juga dianggap sebagai "adharmic". Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.

iii.

iv.

PERSPEKTIF SIKH

i.

"Kabir ganja, Meat, Opium, Marijuana, whosoever consumes them, (their) pilgramages, fasts, other strict religious acts, (are of no avail) and they will go to hell". Guru Granth Sahib, pg 1377 (Sesiapa yang makan ganja, daging, candu atau marijuana, penziarahan tempat suci, puasa dan perlakuan agama yang lain mereka (tidak berfaedah) dan mereka akan masuk neraka).

ii.

"By the consumption of which you forget the Lord, and at HIS Court are punished, NEVER USE the false intoxicants, avoid them with all your ability. Nanak says through His Grace the True intoxicant is received when one meets the True Guru. Remain imbued with His teachings and Enter His Palace Majestically". ( Makanan yang tidak mengingati Tuhan, diambil dan hukuman dimahkamahnya, jangan gunakan arak yang palsu, hindarkanlah ia seboleh-bolehnya. Guru Nanak menyatakan arak yang sebenarnya diterima bila seseorang itu menemui Guru yang jati. Selalulah ikuti ajarannya dan masuk istananya dengan kemegahan).

iii.

"Meat, use of tobacco, hashish, tobacco (other ways), (smoking) ganja, opium, toddy, candu (using its smoke). In their direction do not even look. This shall be a Sikhs Discipline". Prinsip kehidupan Bhai Desa Singh (tahun 1970):(Daging, penggunaan tembakau, hashish, tembakau (cara lain),

(merokok) ganja, candu, todi (menggunakan asapnya). Jangan pandang ke arah ini. Inilah disiplin Sikh).