Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

JENIS-JENIS PAPAN PENGAJARAN

Terdapat beberapa jenis papan unjuran: 1. Papan Tulis 2. Papan putih 3. Papan Flip 4. Papan Gulung 5. Papan Slip

Papan Tulis
Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu. Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan

PAPAN TULIS

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. Tidak ada habuk Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz. Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. Boleh dihasilkan sendiri

PAPAN PUTIH

Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan
Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

PAPAN FLIP

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsipperinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

PAPAN GULUNG

PAPAN SLIP
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain. Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. Kelebihan : Boleh dibuat sendiri Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat. Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

PAPAN SLIP