Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM INTENSITI DIRI (KEMAHIRAN SOSIAL) PENDIDIKAN KHAS 2012

DI BORNEO TROPICAL RAINFOREST RESORT, MIRI Tarikh / Hari :

3 November 2012 Sabtu


Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri 98000 Miri, Sarawak.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri 98000 Miri, Sarawak

KERTAS KERJA PROGRAM INTENSITI DIRI (KEMAHIRAN SOSIAL) PENDIDIKAN KHAS DI BORNEO TROPICAL RAINFOREST RESORT, MIRI Tema : Hargai Diri Sahsiah Terpuji

1.0

PENGENALAN

Dalam sistem kurikulum pendidikan khas, lazimnya para guru berfokus membantu mempertingkatkan kemahiran akademik para pelajar bermasalah pendengaran berbanding kemahiran atau kecekapan sosial mereka. Hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kejayaan anak-anak bermasalah pendengaran ini sebenarnya banyak bergantung kepada keterbukaan mereka dalam kecekapan sosial berbanding kebolehan akademik mereka. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Kebanyakan guru lebih mementingkan akademik dan hanya menjalankan proses pengajaran an pembelajaran di dalam kelas berbanding dengan berusaha membentuk jati diri dan membina jaringan interaksi sosial mereka. Para pelajar bermasalah pendengaran ini selalunya berada terkebelakang dalam pembangunan sosialnya berbanding rakan sebayanya. Para guru seharusnya mendorong dan membimbing mereka agar tidak berasa malu menjadi pelajar pendidikan khas.

Pelajar bermasalah pendengaran ini cenderung memiliki kekurangan kemahiran sosial dalam interaksi sosial dan mengalami kesukaran menjalin dan mengekalkan hubungan rakan sebaya yang baik. Mereka kerap kalinya menghadapi masalah dalam penerimaan oleh rakan sebaya dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menarik perhatian rakan-rakan sebaya mereka. Mereka juga mudah terpengaruh dan tidak akan serik untuk melakukan kesalahan yang sama kerana merasakan mereka perlu berbuat demikian bagi mengatasi rasa malu dalam diri mereka sendiri dan juga akibat kekurangan dalam diri mereka.

Kemahiran sosial yang melibatkan interaksi harian seperti perkongsian, mengambil giliran dan memberi laluan kepada orang lain untuk bertutur tanpa menyampuk adalah penting bagi setiap pelajar pendidikan khas dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Selain itu, interaksi sosial juga merangkumi cara kita menghadapi kawalan diri seperti pengurusan emosi dan pertimbangan dalam membezakan yang mana yang baik dan buruk.

2.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT 2.1 Para pelajar dapat mempelajari cara berinteraksi dengan baik dalam kehidupan seharian mereka seperti perkongsian, pengambilan giliran, bekerjasama dan memberi laluan kepada orang lain bertutur tanpa menyampuk. 2.2 Para pelajar mencintai diri mereka dan tidak berasa malu dengan diri mereka. Mereka belajar menghargai diri mereka sendiri. 2.3 Pelajar dapat mengetahui dan mempelajari adab pergaulan yang sopan antara lelaki dan perempuan serta mengetahui kesalahan yang perlu dielakkan semasa bergaul dalam konteks kehidupan bermasyarakat.

3.0

SASARAN PESERTA 3.1 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Dato Permaisuri, Miri (4 orang).

4.0

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Pegerusi Penyelaras Program Hasim@Mohammad Setiausaha Hasim@Mohammad Bendahari : Cikgu Clareena Jong Ee Fen : Cikgu Mastura Binti : Encik Piel Bin Haji Adeng : Cikgu Mastura Binti

AJK Pengangkutan Pauzi AJK Kebajikan AJK Makanan Hasim@Mohammad

: Cikgu Siti Zahidah Binti Mohd

: Pn. Rosimahwati Binti Sili : Cikgu Mastura binti

5.0

TENTATIF PROGRAM Sila rujuk LAMPIRAN A.

6.0 BIL 1. 2.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Pengangkutan Pakej Penginapan termasuk makanan. Bilik 1: Meranti Chalet (@ adults)@RM382.80 nett per room per night =RM382.80 Additional Adult@RM116.00 nett per person x 2 pax = RM232.00 nett Total = RM614.80 Bilik 2: Belian Chalet (2 adults) @ RM 556.80 nett per room per night = RM 556.80 nett Additional Adult @ RM 116.00 nett per person x 2 pax = RM 232.00 nett Total = RM 788.80 Nett TOTAL = RM 1, 403.60 -10% Government off = RM 1, 264.00 NETT JUMLAH RM1264.00 RM 1564.00 KOS RM 300.00

7.0

SUMBER KEWANGAN 7.1 7.2 Peruntukan Program Pendidikan Khas Integrasi (Sivik dan Kewarganegaraan) : RM1000 Wang Kelab Pendidikan Khas : RM 264.00

7.3

Peruntukan Sekolah (Sewaan) untuk pengangkutan pelajar : RM 300.00

10.0

PENUTUP Program Intensiti Diri (Kemahiran Sosial) ini merupakan langkah awal dalam membentuk kemahiran sosial bagi pelajar pendidikan khas SMK Dato Permaisuri, Miri dan akan diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penambahbaikan dan pengubahsuaian berdasarkan keperluan para pelajar pendidikan khas itu sendiri. Perubahan yang baik kepada pelajar tidak akan terjadi secara serta-merta namun ia perlu dibimbing dan dipupuk secara berterusan tanpa putus asa. InsyaAllah dengan adanya aktiviti begini yang akan diadakan secara berterusan, ia akan dapat membentuk keperibadian para pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran yang baik dari dalaman mahupun luaran.

Disediakan Oleh,

Diluluskan Oleh,

. ___________________________________ ___________________________ ( MASTURA BINTI HASIM@MOHAMMAD ) Setiausaha Program Lawatan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato Permaisuri 98000 Miri Sarawak ( PIEL BIN HAJI ADENG ) Pengetua SMK Dato Permaisuri 98000 Miri Sarawak