Anda di halaman 1dari 5

Doa Buat Anak Yg Bakal Lahir...

Ya Allah, Peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku,dan sihatkanlah dia.Engkau yang maha menyembuhkan,tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, Rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. AMIN YARABAL ALAMIN ..

Mahukan Anak yang Cantik, Cergas dan Pintar?


Andaikan anda seorang ibu yang tengah sarat mengandung. Dalam hati kecil ni, tentu berharap agar anak yang bakal lahir kelak cukup sifatnya. Cantik, sihat dan kalau boleh biarlah cerdik macam ibunya gaks. Pendek kata, sempurna sifatnya. Sebagai seorang ibu yang berimpian sedemikian, anda haruslah berusaha sejak awal bagi merealisasikannya. Iaitu dengan mengamalkan beberapa petua berkaitan. Sesetengahnya memerlukan komitmen anda sejak bayi masih dalam awal kandungan lagi. Ada juga yang boleh dimulai selepas kandungan anda berusia 6 bulan ke atas.

Amalan yang boleh anda buat untuk melahirkan bayi yang berkulit cantik adalah; ~ Memakan 3 hingga 5 biji epal merah setiap hari. ~ Mula amalkan sejak bayi masih di awal kandungan. Katakanlah kandungan anda dah berusia 6 bulan atau lebih. Apakah yang boleh anda amalkan? Hahh! Usah bimbang. Masih ada petua untuk anda. Ini dia; ~ Minumlah air kelapa muda seminggu sekali. ~ Namun, elakkan daripada terlalu kerap meminumnya. Ia bertujuan mengelakkan bayi lemah. Kemudian, jika para ibu turut mahukan anaknya cergas dan pintar, bolehlah; ~ Memakan ikan laut setiap hari. ~ Contoh ikan laut yang baik ialah ikan salmon, tenggiri dan tuna. Begitulah petua yang dapat saya coretkan buat para ibu sekalian. Jangan lupa amalkannya tau.

P.S: Khusus buat ibu yang mahukan maklumat tambahan supaya anak yang dilahirkan nanti pandai, boleh dapatkan panduan menjana kepintaran anak di sini.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/10/mahukan-anak-yang-cantik-cergasdan.html#ixzz26K4mozZq

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak


Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printShare on google_plusone20

Oleh: EDITORIAL PAMA Tarikh: 13 Februari 2012

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif. Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.

Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan. Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat. Banyakkan Ibadat Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya. Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), alAaraf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh. Amalan Bacaan Al-Quran Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah alFatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya. Sentuhan Kasih Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik. Emosi Terkawal Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas. Muzik Klasik Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara. Pengetahuan Asas Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya. Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya. Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak. Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya. Latihan Matematik Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * * * * * * * * * Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 ) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) Surah Surah Surah Surah Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan) Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin) Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak) Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan

godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) * Surat Toha (Semoga bayi lembut hati) * Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin) * Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhatihati) * Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat) Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya: 1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat 2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama. 3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir. 4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas. Aminn