Anda di halaman 1dari 39

Kumpulan 3:

Throwing & Cactching (membaling & menangkap)

Arrahmah binti anoowah

Kartini binti Japar

Norfazillah binti astan

Nurul husna binti ibrahim

Zakirah binti yaakob

Throwing (membaling)

Balingan Atas

Teknik balingan ini merupakan teknik yang banyak dilakukan oleh para pemain dalam permainan berbanding jenis teknik balingan yang lain. Balingan ini disebut balingan atas kerana sesuai dengan gerak hayunan lengan dilakukan ke atas paras bahu. Di samping itu teknik ini mampu menyebabkan bola dibaling dengan kuat, sehingga memiliki kecepatan tinggi dan lebih jauh. Hal ini disebabkan pada saat membaling bola, seluruh badan bermula dari kaki, pinggang dan tangan bergerak bersama-sama menyebabkan tenaga menjadi lebih kuat.

Selain itu, balingan atas banyak dipengaruhi oleh kekuatan otot lengan.
Balingan atas banyak digunakan oleh pemain luar (out fields) daripada pemain dalam (in fields)

Cara Pegangan Balingan Atas


Untuk melakukan satu hantaran tinggi, pegang bola dengan jari telunjuk dan jari hantu berada di atas kelim bola pada poin kelim yang paling sempit. Ibu jari dan jari-jari lain menyokong bola itu.

Langkah balingan atas


1. 2. 3. 4. Tarik tangan ke belakang bahu. Pindah berat badan pada kaki hadapan. Kilas pinggang Lontar melepasi kepala.

Contoh Balingan

Ansur Maju Balingan Sisi

Berdiri sisi, pandang ke sasaran.

Depakan sebelah tangan ke sasaran

Tarik tangan ke belakang bahu

Baling bola dari sisi bahu

Ikut lajak

Balingan Bawah

Balingan bawah adalah suatu teknik yang perlu dilakukan dengan cepat, dalam jarak dekat dengan tujuan agar dapat mematikan lawan dengan cepat. Balingannya secara meleret dari sisi. Teknik ini tidak sama dengan balingan yang dilakukan oleh pitcher. Gerakan balingan ini tidak terlalu kuat atau lambat sesuai dengan jarak kedua pemain dan tepat pada sasaran.

Cara melakukan balingan bawah: Berdiri dengan betul dengan tangan diluruskan ke bawah. Sebelah kaki sama ada kiri atau kanan melangkah hadapan. Badan direndahkan manakala sebelah lutut direndahkan lagi ke bawah. Tangan yang memegang bola dihayunkan ke belakang sambil mengunci siku dan pergelangan tangan agar balingan dapat dikawal dan bola dapat dibaling rendah. Hayunan tangan dan pergerakan badan hendaklah minimum. Semasa hayunan tangan ke hadapan, pastikan hayunan lengan tidak melepasi bahu. Apabila bola dilepaskan, hadkan pergerakan tangan menghayun ke hadapan dan lebih bergantung kepada lontaran daripada pergelangan tangan.

ii

Cara membaling bola bawah

Catching (menangkap)

o Menangkap bola merupakan satu kemahiran penting dalam permainan softball o Pemadang hendak sentiasa bersedia kerana bola yang hendak ditangkap datang daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti bola laju, perlahan, leret, tinggi dan melantun. o Pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlepas dan mendatangkan kecederaan.

Pemadang sentiasa bersedia dengan glove dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan. Untuk menangkap bola flyball, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah menjerit dengan jelas bahawa dia akan menangkap bola tersebut. Gunakan glove untuk menangkap bola. Tangan yang digunakan untuk melempar bola digunakan sebagai penyokong glove bagi menghalang bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat. Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling bola yang ditangkap dengan cepat. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.

Tangan yang memakai glove hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah glove tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, glove mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, glove mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, glove hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah

Menangkap Bola Lurus (staight-ball)

- Untuk menangkap bola yang pantas dan laju.

Posisi menangkap bola lurus

Fasa menangkap bola lurus


Menghadap ke arah bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan sedikit. Luruskan tangan ke atas hadapan badan. Pandang bola masuk ke glove.

Flyball adalah bola yang melambung tinggi melebihi paras kepala. 3 elemen penting dalam menangkap bola flyball
SPEED ( Ketangkasan )

REACTION TIME ( Gerak balas )


QUICK DECISION-MAKING ( Membuat keputusan segera )

First Step - Drop step Kenal Pasti arah bola - Mata harus sentiasa memandang bola dan pastikan di mana bola akan mendarat.

o Bergerak ke arah bola - Depan : Lari ke arah kawasan tersebut - Over head : Backpedal / pusing dan lari Backpedal hanya berkesan sekiranya bola mendarat beberapa langkah dari kedudukan asal pemadang

1). Posisi sedia (stance) - Berdiri dengan kedudukan kaki dibuka seluas bahu. - Badan dalam keadaan seimbang dan selesa untuk bergerak dalam pelbagai arah. 2). Pandangan mata - Pandangan menuju arah datangnya bola dan mengikuti pergerakan bola . 3). Posisi menangkap bola -Bola berada di depan atas kepala. -Posisi tangan lurus ke arah bola di depan atas kepala. 4) .Tangkapan - Setelah bola ditangkap, hadang glove dengan tangan sebelah agar bola tidak lepas dan jatuh.

Posisi Sedia

Bukaan Langkah

Belakang

Sisi

Menangkap Bola Leret (ground ball)

Bola leret adalah bola yang meleret atau bergolek pada tanah daripada hasil pukulan atau lemparan. Pemadang hendaklah bergerak ke arah bola bukan menunggu bola datang.

Langkah-langkah gerakan badan


1. Meletakkan salah satu lutut pada tanah, gunakan kaki yang lain dan badan untuk menahan bola. 2. Bola berada di hadapan badan antara kedua-dua belah kaki. 3. Posisi kaki kiri dalam keadaan siap untuk berlari atau berdiri. 4. Letakkan bahagian belakang glove pada tanah untuk menghadang bola yang datang. 5. Kemudian, melempar bola ke tempat sasaran.

Dalam meningkatkan teknik menangkap bola leret para pemain haruslah menguasai posisi sedia. Untuk menangkap bola leret, pemain perlu bergerak dengan cara melangkah ke hadapan, ke belakang dan ke sisi. Pemain dapat melakukan tangkapan dan memegang bola dengan menggunakan tangan yang lain agar tidak terlepas daripada pegangan.

- Melakukan latihan pergerakan ansur maju. - Pertama, balingan bola perlahan dengan jarak yang dekat. - Kedua, balingan bola pantas dengan jarak yang jauh.

Pemain berada dalam posisi sedia

Melakukan tangkapan dan memegang bola dengan menggunakan tangan yang lain.

Meletakkan salah satu lutut pada tanah, gunakan kaki yang lain dan badan untuk menahan bola.