Anda di halaman 1dari 63

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, selesai juga akhirnya kami menyiapkan laporan penuh sebelum, semasa dan selepas program bagi Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Felcra Panchor Merah bagi PISMP Semester 4/2012 yang telah diadakan pada 6 September 2012 sehingga 8 September 2012 yang bertempat di kawasan mukim Kampung Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menyempurnakan kehendak kurikulum Bina Insan Guru Fasa 4 PISMP Semester 4/2012.

Setulus ikhlas dan sekalung apresiasi ditujukan khas buat pensyarah pembimbing kami merangkap Komanda bagi BIG pada kali ini iaitu Tuan Haji Safri Bin Aziz kerana telah banyak membantu kami sejak permulaan perancangan program tersebut sehinggalah selesai semuanya tanpa sebarang kesulitan dan masalah yang berlarutan. Disamping itu juga, sifat beliau yang tidak pernah lekang dalam menyumbang idea yang bernas serta mantap bagi melancarkan gerak kerja kami sehinggalah berjayanya program khidmat bakti siswa pada kali ini. Kami juga berbesar hati kerana usaha yang telah dilaksanakan oleh pensyarah pembimbing kami sedikit sebanyak telah mengajar kami cara pengurusan sesuatu aktiviti program dengan cekap dan teratur selain telah mendedahkan kami cara untuk hidup bermasyarakat dan berkomuniti apabila berada di luar lingkungan warga kampus.

Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing serta tutor unit yang turut sama terlibat secara aktif disepanjang program yang telah bersama-sama menyumbangkan cadangan yang bernas, masa, tenaga dan sebagainya bagi memastikan program yang berlangsung dapat dijayakan dengan berkualiti dan lancar. Ucapan penghargaan juga kepada kesemua sahabat-sahabat dari kelimalima unit yang banyak memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan dalam

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 merealisasikan objektif yang ingin dicapai dalam program ini dengan begitu efektif sekali.

Seluas ingatan seindah mahabbah juga kepada kesemua penduduk kampung Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu di atas kesudian mereka mengizinkan kami mengadakan program khidmat bakti siswa di kampung halaman mereka yang serba indah lagi permai. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menjadi peranan dan tunggak utama kepada terlaksananya program yang bermanfaat ini. Seinfiniti kalungan ucapan terima kasih juga kerana telah sudi dan sukacita sekali menerima kami sebagai anak angkat mereka dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang.

Diharapkan dengan adanya program yang berunsurkan kemasyarakatan ini dapat mendedahkan dan membantu kami semua dalam menjiwai watak dalam suatu sistem kemasyarakatan di luar serta melatih diri masing-masing dalam

mengaplikasikan interaksi sosial yang baik sebagai bakal guru kelak agar produk yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali dapat mencapai tahap kredibiliti yang sebenarnya dan mampu mempamerkan

kesungguhan dan kejituan dalam mendidik anak bangsa mendatang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

......................................... ( MUHAMMAD AYYAS ) Ketua Unit Dokumentasi, Program Bina Insan Guru Fasa 4/2012, Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4/2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL DI FELCRA PANCHOR MERAH, JERTIH, TERENGGANU

1.0

PENDAHULUAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2000, dalam Komponen Asas Dinamika Guru. Sukatan Pelajaran ini menekankan kepada unsurunsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentukan jati diri dan menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Sukatan pelajaran Bina Insan Guru ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep Dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti kemasyarakatan dan diberi pemberatan sebanyak satu kredit.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

2.0

TUJUAN PROGRAM

Tujuan program adalah untuk memberikan peluang kepada guru pelatih mengendalikan aktiviti luar serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih dalam mendidik generasi akan datang.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM

3.1

Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan yang perlu diterapkan dalam diri setiap guru pelatih.

3.2

Memberikan ruang kepada guru pelatih untuk mahir dalam pengurusan dan mengendalikan sesuatu program.

3.3

Memupuk

semangat

bekerja

dalam

pasukan,

kerjasama

dan

bertanggungjawab dalam setiap amanah yang dipikul. 3.4 Memupuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan guru pelatih. 3.5 Menghayati konsep kerja sebagia ibadah dengan beramal dan berbakti kepada komuniti sekeliling.

4.0

TARIKH & LOKASI PROGRAM

Tarikh Hari Tempat Program

: : :

6,7 & 8 September 2012 Khamis, Jumaat dan Sabtu Kampung Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu dan kampung-kampung sekitarnya.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

5.0

KAEDAH PENGANGKUTAN

5.1

Perjalanan pergi dari IPG KDRI ke Kampung Felcra Panchor Merah, Jertih. Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail Bas sewa

5.2

Perjalanan pulang dari Kampung Felcra Panchor Merah ke IPG KDRI Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail Bas sewa

6.0

PENGINAPAN

6.1 6.2

Peserta : Rumah keluarga angkat masing-masing. Pensyarah : Bilik Mesyuarat, Balai Raya Felcra Panchor Merah

7.0

KUMPULAN SASARAN

105 orang yang terdiri daripada guru pelatih dari 5 unit PISMP Semester 4 iaitu PISMP Kajian Sosial, PISMP PAI 3, PISMP BM, PISMP PSV dan PISMP Tesl 2.

8.0

PENGISIAN PROGRAM

8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7

Aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung. Kelas bimbingan dan motivasi UPSR Aktiviti kerohanian / Qiamullail Interaksi bersama penduduk kampung. Malam BBQ & tayangan telefilem Jamuan Aidilfitri Pameran & pemeriksaan kesihatan oleh COMBI KKM

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012


9.0 TENTATIF PROGRAM

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012


10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4/2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

JAWATANKUASA INDUK

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

JAWATANKUASA PELAKSANA

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

JAWATANKUASA KERJA

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

10

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

11

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

12

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

13

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

11.0

LAPORAN KRONOLOGI PROGRAM

11.1

Mesyuarat Jawatankuasa Program

Foto 1 : Mesyuarat AMT bersama Ketua AJK dijalankan pada 29 Ogos 2012 di Bilik Kuliah Utama.

Foto 2 : Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Program, saudari Rabiatul Adawiyah.

Foto 3 : Ketua AJK yang hadir sewaktu program.

Foto 4 : Bendahari program (kiri), Nurul Aida dan pengarah program, Rabiatul Adawiyah.

Sebelum program diadakan, beberapa siri mesyuarat telah diadakan bersama ahli kelima-lima unit dan turut diadakan mesyuarat bersama dengan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Felcra Panchor Merah. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan secara terperinci untuk memastikan perjalanan program sentiasa berjalan dengan lancarkan. Terdapat beberapa masalah yang timbul sewaktu perancangan program, namun dengan diadakan mesyuarat dan perbincangan, maka segala masalah yang timbul dapat diselesaikan

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

14

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 dengan jayanya. Mesyuarat telah diadakan beberapa kali dan kali terakhir sebelum program bermula ialah pada 30 Ogos 2012 (khamis). Mesyuarat telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Balai Raya Felcra Panchor Merah. 11.2 Taklimat dan Bertolak ke Lokasi Program

Foto 5 : Peserta program memuatkan bagasi ke dalam bas.

Foto 6 : Barangan program dimuatkan ke dalam bas.

Foto 7 : Kesemua peserta berhimpun di hadapan Dewan Al-Farabi untuk taklimat sebelum bertolak ke lokasi.

Foto 8 : AJK Cendaramata sedang mengagihkan cenderamata kepada peserta untuk diberikan kepada keluarga angkat.

Sebelum bertolak ke lokasi program, pada jam 11.00 pagi, taklimat diantara peserta program dan pensyarah pembimbing telah diadakan di Dewan Ungku Omar. Kesemua peserta hadir untuk mendengar amanat dari En. Zaharim Bin Tawang. Pelbagai amanat yang telah disampaikan oleh beliau terutama mengenai pengurusan program, keselamatan dan tatasusila sepanjang menjalani program.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

15

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Jawatankuasa program turut memberikan sedikit taklimat berkenaan aspek pengurusan program. Pada jam 12.15 tengahari, taklimat berakhir dan peserta dibenarkan untuk bersiap-siap untuk bertolak.

Pendaftaran peserta untuk ke program anak angkat bermula pada jam 1.15 tengahari sehingga 1.50 tengahari. Kesemua peserta terdiri dari 5 unit iaitu PISMP Kajian Sosial, PISMP PAI 3, PISMP Pendidikan Seni Visual, PISMP Tesl dan PISMP Bahasa Melayu telah berkumpul mengikut kelas masing-masing di hadapan Dewan Al-Farabi. AJK pengangkutan telah mengambil peranan membahagikan unit untuk setiap bas. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan iaitu 1 bas yang disewa khas dan 2 buah bas institut. Sebelum bertolak ke lokasi, kesemua peserta telah terlebih dahulu meletakkan bagasi peribadi ke dalam ruangan kargo bas sebelum mengangkat barangan program untuk diletakkan di dalam bas kargo IPG.

Setelah kesemua urusan memunggah bagasi ke dalam bas selesai. Jawatankuasa Cenderahati telah mengarahkan kesemua peserta untuk berada di dalam barisan mengikut kelas masing-masing untuk mengagihkan cenderahati kepada setiap ketua rumah keluarga angkat untuk diberikan kepada keluarga angkat nanti. Peserta program turut mendengar ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh pengarah program iaitu saudari Rabiatul Adawiah. Setelah selesai taklimat dan peringatan diberikan, kesemua peserta menaiki bas masing-masing. Tepat jam 2.00 petang, bas mula bertolak ke destinasi iaitu Kampung Felcra Panchor Merah.

11.3

Tiba ke Lokasi & Majlis Perasmian

Foto 9 : Peserta mengeluarkan bagasi peribadi dari ruangan kargo bas.

Foto 10 : Peserta disambut oleh para penduduk kampung Felcra Panchor Merah. HALAMAN

IPG Kampus Dato Razali Ismail

16

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Setelah menempuh perjalanan sekitar 45 minit dari IPG KDRI ke Felcra Panchor Merah, ketiga-tiga bas yang membawa peserta selamat tiba di Felcra Panchor merah sekitar jam 3.00 petang. Bas yang membawa peserta telah diletakkan berdekatan dengan Balai Raya Felcra Panchor Merah dan kesemua peserta terus menuju ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah dan disambut oleh penduduk kampung yang datang ke majlis perasmian tersebut. Kesemua peserta telah mengambil tempat di dalam dewan sekolah berkenaan dan tepat jam 3.30 petang, majlis perasmian bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK Felcra Panchor Merah dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Yahaya Bin Osman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KDRI yang mewakili Tuan Pengarah IPG KDRI, Encik Gulam Sarver Bin Mobarak Ali yang tidak dapat menghadirkan diri akibat tugasan luar.

Setelah selesai ucapan alu-aluan dan juga perasmian, majlis penyerahan anak angkat dilangsungkan dengan setiap keluarga angkat akan diserahkan anak angkat masing-masing. Majlis penyerahan anak angkat tamat sekitar jam 6.00 petang dan keluarga angkat bersama anak angkat masing-masing pulang ke rumah keluarga angkat untuk urusan kendiri.

Foto 11 : Majlis perasmian program bermula.

Foto 12 : Antara tetamu jemputan. Tuan Haji Yahaya, KJ HEP selaku perasmi majlis mewakili Tuan Pengarah.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

17

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 13 : Encik Abu Bakar, Pengerusi JKKK Felcra Panchor Merah sedang memberikan ucapan.

Foto 14 : Majlis penyerahan anak angkat.

11.4

Solat Berjemaah, Bacaan Yasin/Tahlil Serta Solat Hajat

Pada jam 7.00 malam, kesemua peserta bersama-sama keluarga angkat masing-masing telah hadir ke Masjid mukim Panchor Merah untuk sama-sama bersolat maghrib berjemaah serta membaca Yasin dan tahlil. Setelah selesai solat maghrib berjemaah, anak angkat, keluarga angkat dan penduduk kampung yang lain bersama-sama menunaikan solat sunat dan membaca surah Yasin serta tahlil. Setelah itu, para jemaah kembali bersolat isyak secara berjemaah dan bersalamsalaman disamping mengeratkan silaturrahim antara jemaah. Ada yang bertanyakan khabar antara satu sama lain sebelum pulang ke rumah masing-masing. Setelah selesai solat isyak, kesemua peserta bebas untuk bersama keluarga angkat masingmasing untuk berehat dan beramah mesra. Terdapat juga anak angkat yang mengambil kesempatan untuk bermain pingpong bersama pemuda-pemuda kampung disamping beramah mesra dan mengenali pemuda kampung tersebut.

Foto 15 : Majlis bacaan Yasin dan tahlil di Majis Mukim Panchor Merah.

Foto 16 : Majlis bacaan Yasin dan tahlil di Majis Mukim Panchor Merah. HALAMAN

IPG Kampus Dato Razali Ismail

18

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 11.5 Qiamullail Bersama Penduduk Kampung

Pada pagi jumaat sekitar jam 3.30 pagi, Pengerusi JKKK, Encik Abu Bakar telah mengejutkan kesemua peserta untuk bersama-sama berqiamullail di Masjid mukim Panchor Merah. Beliau telah menaiki kenderaannya mengelilingi kampung sambil membunyikan hon untuk memberikan isyarat kepada semua anak angkat dan keluarga angkat untuk bersiap ke masjid untuk berqiamullail. Pada jam 4.00 pagi, anak angkat bersama-sama dengan keluarga angkat telah memenuhi masjid untuk bersama-sama menunaikan solat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Setelah selesai berqiamullail, kesemua jemaah mengambil kesempatan untuk berehat seketika sementara menanti masuknya waktu solat subuh. Ada yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata buat seketika dan ada juga sempat berbual dan beramah mesra untuk mengeratkan lagi silaturrahim terutama antara keluarga angkat dan anak angkat dari keluarga angkat yang lain.

Setelah azan subuh berkumandang, kesemua jemaah bersama-sama menunaikan solat subuh dan berwirid. Setelah selesai para jemaah kembali pulang ke kediaman masing-masing.

11.6

Gotong-Royong Kampung & Solat Jumaat

Foto 17 : Peserta mendengar taklimat mengenai lokasi untuk gotong-royong mengikut unit.

Foto 18 : Gotong-royong mengutip sampah di sekeliling kampung.

Setelah selesai bersarapan di rumah keluarga angkat masing-masing, pada jam 8.30 pagi, kesemua anak angkat telah hadir ke hadapan Balai Raya Felcra Panchor Merah untuk sama-sama menjalani aktiviti gotong-royong membersihkan

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

19

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 sekitar kawasan kampung. Lokasi gotong royong dipecahkan kepada 3 lokasi iaitu unit Kajian Sosial dan Pendidikan Agama Islam 3 akan bertugas untuk memungut sampah di sekitar kampung. Manakala unit Bahasa Melayu pula membersihkan kawasan perkarangan Masjid Mukim Panchor Merah. Unit Tesl pula membersihkan mercu tanda ke Felcra Panchor Merah dan unit Pendidikan Seni Visual pula bertugas untuk membuat mural di Tabika Perpaduan Felcra Panchor Merah.

Program gotong-royong ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Setelah itu kesemua anak angkat dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat sementara anak angkat lelaki akan bersiapsiap untuk bersolat jumaat bersama keluarga angkat di Majis Mukim Panchor Merah. Terdapat juga sesetengah anak angkat terlibat dalam penyediaan ayam untuk aktiviti BBQ pada sebelah malam. Namun begitu, pada jam 12.30 tengahari, anak angkat yang lelaki dibenarkan untuk bersiap ke masjid untuk solat jumaat dan tugas penyediaan ayam diteruskan oleh anak angkat perempuan. Tugasan penyediaan ayam BBQ selesai sebaik sahaja solat jumaat selesai di Masjid Mukim Panchor Merah.

Foto 19 : Gotong-royong membersihkan mercu tanda kampung Felcra Panchor Merah.

Foto 20 : Belia kampung turut serta dalam gotong-royong.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

20

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 21 : Peserta sedang melukis mural di Tabika KEMAS Felcra Panchor Merah.

Foto 22 : Peserta sedang melukis mural di Tabika KEMAS Felcra Panchor Merah.

11.7

Slot Motivasi Tahun 6 & Persediaan BBQ

Foto 23 : Peserta sedang menyediakan ayam BBQ untuk dipanggang pada sebelah malam.

Foto 24 : Ayam BBQ sedang disediakan.

Setelah selesai solat jumaat sekitar jam 2.15 petang, kesemua anak angkat pulang ke kediaman keluarga angkat masing-masing untuk menjamu juadah makan tengahari. Setelah selesai, AJK yang terlibat dengan slot motivasi untuk Tahun 6 di Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah telah bergegas ke sana untuk persediaan aktiviti. Pada jam 3.00 petang, aktiviti motivasi bermula dengan penglibatan bukan sahaja murid tahun 6 malah murid tahun 4 dan 5. Kesemua murid ini adalah murid dari kampung Panchor Merah dan kampung sekitarnya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Panchor Merah yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung Panchor Merah. Slot berjalan lancar dengan kerjasama kesemua yang terlibat termasuk JKKK Felcra Panchor Merah.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

21

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Diwaktu yang sama, terdapat juga AJK Peralatan dan AJK lain yang terlibat untuk penyediaan tempat untuk majlis BBQ dan tayangan filem pada sebelah malam selepas solat isyak. Terdapat anak angkat yang terlibat dalam penyediaan khemah dan juga aktiviti memanggang ayam BBQ. Majlis pada malam itu akan diadakan di Dewan Felcra yang terletak berhadapan pejabat Felcra Panchor Merah. Tugasan untuk menguruskan ayam BBQ telah dibahagikan kepada unit-unit yang terlibat. Namun demikiran, anak angkat tetap berganding bahu memastikan program berjalan dengan lancar walaupun diluar skop tugasan mereka. Aktiviti pemasangan khemah turut dibantu belia-belia felcra yang turut serta menolong. Tambahan pula mereka lebih arif mengenai pelbagai perkara terutama dari aspek teknikal.

Foto 25 : Sesi suaikenal sewaktu slot motivasi murid tahun 6.

Foto 26 : Murid tahun 6 sedang mengikuti aktiviti yang diadakan.

11.8

Sukaneka

Setelah selesai menjalani slot motivasi dan penyediaan BBQ untuk malam tersebut, anak angkat dibenarkan untuk pulang ke kediaman keluarga angkat masing-masing untuk bersiap-siap menghadiri aktiviti sukaneka yang akan dilaksanakan pada jam 5.00 petang di padang bola Felcra Panchor Merah. AJK sukaneka telah bertungkus-lumus menyiapkan tempat untuk perlaksanaan sukaneka tersebut dan sekitar jam 5.00 petang, sukaneka telah bermula. Sukaneka ini telah dihadiri oleh seluruh penduduk kampung Felcra Panchor Merah, kampung Ulu Kekabu dan kampung-kampung sekitar.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

22

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 27 : Sukaneka sedang berjalan dengan pelbagai jenis bentuk sukaneka.

Foto 28 : Permainan meniup dan memecahkan belon.

Aktiviti sukaneka ini melibatkan kesemua hadirin iaitu penduduk kampung dan juga anak angkat. Ianya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak dan juga dewasa. Bagi kategori kanak-kanak terdapat acara mencari gula-gula dalam tepung, mengisi air dalam botol, meniup belon sehingga pecah dan sebagainya. Manakala acara bagi dewasa pula ialah boling kelapa, tarik tali dan sebagainya. Ahamdulillah, sukaneka yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerja keras dari jawatankuasa sukaneka dan dengan kerjasama penduduk kampung yang begitu gembira pada waktu itu. sukaneka tamat sekitar jam 6.30 petang dengan majlis penyampaian hadiah secara ringkas di padang tersebut. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Safri yang mewakili kesemua pensyarah dan tutor yang terlibat.

Foto 29 : Acara tarik tali antara belia kampung dan anak angkat.

Foto 30 : Acara boling kelapa.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

23

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 31 : Belia kampung yang hadir menyaksikan sukaneka yang diadakan.

Foto 32 : Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka.

11.9

Malam BBQ & Tayangan Telefilem

Pada sebelah malam setelah solat isyak secara berjemaah di Majis Mukim Panchor Merah, kesemua keluarga angkat telah dijemput melalui anak angkat masing-masing untuk ke Dewan Felcra Panchor Merah untuk menghadiri majlis malam BBQ dan tayangan telefilem. Majlis bermula sekitar 9.00 malam dengan kelihatan pengunjung berbondong-bondong memenuhi dewan tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis dan seterusnya ucapan wakil JKKK dan pensyarah penasihat sebelum para hadirin menjamah juadah yang disediakan. Menu pada malam tersebut ialah ayam BBQ yang disediakan oleh anak angkat, mee hun dan minuman. Menurut jawatankuasa yang terlibat dengan BBQ, terdapat 3 guni besar ayam tersedia untuk dipanggang dan dihidangkan kepada hadirin. Alhamdulillah para hadirin kelihatan sungguh bergembira sambil menjamu selera. Mereka sempat beramah mesra dan bertegur sapa antara satu sama lain.

Foto 33 : Juadah malam BBQ sedang disediakan.

Foto 34 : Ayam BBQ sedang dipanggang oleh anak angkat.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

24

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 35 : Dewan Felcra, lokasi malam BBQ diadakan.

Foto 36 : Hadirin sedang beratur untuk mendapatkan ayam BBQ.

Disamping menjamu selera, hadirin turut dihidangkan dengan tayangan telefilem yang mengisahkan kegigihan seorang guru muda yang dihantar mengajar di kawasan kampung pedalaman. Telefilem tersebut mempunyai 1001 pengajaran kepada kesemua anak angkat dari kalangan guru pelatih untuk diambil pengajaran. Seusai menonton telefilem tersebut, hadirin juga dihiburkan dengan persembahan karaoke lagu lebaran dan lagu-lagu terkenal oleh belia Felcra dan juga oleh peserta anak angkat. Suasana cukup meriah seakan-akan para peserta program dan juga penduduk kampung sudah lama mengenali antara satu-sama lain dan akrab sekali. Program pada malam tersebut tamat sekitar jam 11.30 malam dan hadirin beransuransur pulang ke kediaman untuk berehat. Walaupun bagaimanapun, AJK yang terlibat dalam persiapan tempat masih berada di lokasi aktiviti untuk mengemas kawasan aktiviti kerana pada keesokan harinya di tempat sama akan diadakan majlis perasmian penutup program.

11.10 Sesi Refleksi & Lawatan Tuan Pengarah ke Rumah Keluarga Angkat

Foto 37 : Peserta anak angkat sedang berbincang mengenai analisis SWOT.

Foto 38 : Tuan Haji Hamdan sedang mempengerusikan refleksi. HALAMAN

IPG Kampus Dato Razali Ismail

25

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Pada pagi sabtu 8 September 2012, para peserta telah bersama-sama bersolat subuh berjemaah di Majis Mukim Panchor Merah dan bersarapan pagi bersama keluarga angkat. Setelah selesai, kesemua anak angkat telah hadir ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah untuk sama-sama menghadiri sesi refleksi program bersama Tuan Haji Hamdan. Kesemua peserta sudah siap sedia memakai pakaian hari raya untuk sesi refleksi ini kerana setelah usai sesi refleksi, peserta akan menghadiri majlis penutup program yang diadakan di Dewan Felcra iaitu lokasi sama majlis BBQ semalam. Sesi dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Haji Hamdan dan seterusnya sesi refleksi berdasarkan analisis SWOT mengenai program yang telah berjalan. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan besar dan setiap kumpulan akan mengambil satu aspek SWOT iaitu Special, Weakness, Opportunity dan Threat.

Foto 39 : Salah seorang peserta membentangkan analisis SWOT program.

Foto 40 : Ketibaan Tuan Pengarah ke majlis.

Foto 41 : Tuan Pengarah sedang berbincang dengan pengarah program, saudari Rabiatul Adawiyah.

Foto 42 : Tuan Pengarah turut serta sewaktu sesi refleksi aktiviti program.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

26

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Foto 43 : Tuan Pengarah mengunjungi rumah keluarga angkat.

Foto 44 : Perasaan terharu salah seorang penduduk kampung setelah menerima bantuan dan kunjungan dari Tuan Pengarah.

Masa diberikan selama 10 minit untuk memikirkan kesemua aspek SWOT yang wujud di dalam aktiviti yang telah dijalankan dan wakil kumpulan akan membentangkan analisis tersebut. Setelah selesai setiap wakil kumpulan

membentangkan hasil analisis, Tuan Haji Hamdan telah merumuskan keempatempat aspek SWOT tersebut untuk dijadikan panduan kepada peserta program. Beliau memberikan pendapat dan buah fikiran untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul di sepanjang program berlangsung. Di samping itu, beliau turut berterima kasih kepada kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat dengan aktif di sepanjang program berlangsung.

Pada jam 9.10 pagi, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG KDRI tiba ke lokasi aktiviti untuk bersama-sama peserta mendengar sesi refleksi yang sedang berjalan. Beliau juga datang untuk bersama-sama mengikuti majlis perasmian penutup yang akan diadakan pada jam 10.00 pagi sekejap lagi. Pada jam 9.30 pagi, kesemua peserta dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masingmasing dan Tuan Haji Hamdan sempat berpesan agar peserta yang rumah keluarga angkatnya jauh dari Dewan Felcra, bolehlah terus mengemas barang peribadi dan dibawa terus ke Dewan Felcra. Manakala tuan pengarah berbesar hati untuk melawat rumah keluarga angkat yang terpilih untuk bertanya khabar dan meninjau kawasan persekitaran kampung.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

27

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 11.11 Jamuan Hari Raya & Pemeriksaan Kesihatan

Foto 45 : Keluarga angkat sedang menikmati juadah jamuan hari raya.

Foto 46 : Laksa, antara juadah yang disediakan sewaktu jamuan hari raya.

Foto 47 : Penduduk kampung sedang menjamu selera jamuan.

Foto 48 : Pemeriksaan kesihatan oleh pihak COMBI KKM.

Pada jam 10.00 pagi, kesemua peserta program dan juga keluarga angkat masing-masing serta penduduk kampung telah hadir ke Dewan Felcra untuk samasama memeriahkan majlis jamuan hari raya dan pemeriksaan kesihatan oleh skuad COMBI dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Kesemua hadirin hadir dengan memakai pakaian hari raya untuk meraikan majlis sambutan Aidilfitri peringkat Felcra Panchor Merah. Pelbagai juadah disediakan oleh penduduk kampung untuk jamuan tersebut, antaranya laksa, nasi minyak, kueh-mueh, pelbagai jenis minuman serta buah-buahan dan sebagainya.

Penduduk-penduduk kampung Ulu Kekabu dan kampung-kampung sekitar turut hadir demi memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut. Suasana yang

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

28

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 berlangsung cukup meriah kerana disamping menikmati juadah Aidilfitri, penduduk kampung turut sama dapat berbual mesra, bertegur sapa dan mengenali anak-anak angkat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Dapat disimpulkan pada majlis tersebut, matlamat mewujudkan keharmonian dalam kalangan peserta dan penduduk kampung dapat direalisasikan. Ada juga berkesempatan untuk bergambar bersama keluarga angkat dan juga penduduk kampung di situ. Sungguh meriah. Disamping itu, penduduk hadirin yang hadir turut dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang diberikan oleh skuad COMBI dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.

11.12 Majlis Penutup & Bertolak Pulang ke IPG KDRI

Foto 49 : Majlis perasmian penutup sedang berlangsung.

Foto 50 : Ucapan perasmian penutup oleh Dr. Rohayaty, Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Jertih.

Foto 51 : Tuan Pengarah, Encik Ghulam Sarver menyampaikan cenderamata kenangan kepada Encik Abu Bakar, Pengerusi JKKK Panchor Merah.

Foto 52 : Majlis penyerahan kembali anak angkat kepada pihak IPG KDRI.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

29

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Pada jam 11.00 pagi, majlis penutup program khidmat bakti siswa Felcra Panchor Merah telah dilangsungkan. Antara tetamu jemputan pada majlis tersebut ialah Dr. Rohayaty, pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu selaku perasmi, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG KDRI, Encik Abu Bakar, Pengerusi JKKK Felcra Panchor Merah dan wakil pegawai Felcra Panchor Merah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG KDRI dan dirasmikan oleh Dr. Rohayaty, pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Selain itu, sesi penyerahan kembali anak angkat turut diadakan sebagia simbolik kepada penyerahan kembali peserta program dari keluarga angkat kepada IPG KDRI.

Foto 53 : Peserta beratur untuk bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat.

Foto 54 : Peserta bersalaman dengan penduduk kampung dan keluarga angkat.

Setelah selesai sesi majlis perasmian penutup dan penyerahan kembali anak angkat, kesemua keluarga angkat dan juga peserta bersama-sama berselawat keatas Rasullullah S.A.W sambil bersalam-salaman perpisahan sebelum bertolak pulang ke IPG KDRI. Peserta sempat juga bergambar bersama keluarga angkat masing-masing sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat. Peserta dilepaskan dengan perasaan yang berat hati oleh keluarga angkat kerana setelah 3 hari 2 malam bersama, perasaan kekeluargaan telah utuh di hati. Terdapat juga sesetengah keluarga angkat seakan-akan tidak mahu melepaskan anak angkat mereka pulang, tetapi apakan daya perpisahan itu adalah lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kesemua peserta memasukkan bagasi ke dalam 3 buah bas institut yang sudah tersedia menanti. Pada jam 2 petang, ketiga-tiga bas yang membawa peserta program bertolak pulang ke IPG KDRI. Keluarga angkat

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

30

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 setia melihat ketiga-tiga bas berlalu meninggalkan kampung Felcra Panchor Merah dengan 1001 kenangan yang sungguh indah.

11.13 Mesyuarat Post-Mortem

Setelah selesai apa-apa program, mesyuarat susulan harus dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang wujud sepanjang program

dilangsungkan. Untuk program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 2: Program Khidmat Bakti Siswa Felcra Panchor Merah, mesyuarat post-mortem telah diadakan pada 11 September 2012 (selasa) di Dewan Ungku Omar. Mesyuarat ini bermula sekitar jam 7.30 pagi bersamaan dengan perhimpunan unit beruniform PISMP Semester 4. Mesyuarat tersebut turut melibatkan peserta program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 1 yang diadakan di Kampung Minda baru-baru ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zaharim Bin Tawang selaku Ketua Unit Ko-Kurikulum IPG KDRI. Beliau telah memberikan pandangan mengenai kelemahan dan kekuatan yang wujud dan turut membandingkan antara kedua program BIG iaitu siri 1 dan 2. Menurut beliau kedua-dua program tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dan dapat dipelajari untuk diperbaiki pada masa hadapan kelak.

Foto 55 : Encik Zaharim sedang mempengerusikan mesyuarat postmortem program.

Foto 56 : Antara peserta yang hadir sewaktu sesi post-mortem.

Selain Encik Zaharim Bin Tawang, Tuan Haji Hamdan Bin Abdul Manaf serta Tuan Haji Safri turut sama melontarkan pandangan dan panduan kepada kesemua peserta program BIG untuk siri 1 dan 2. Mereka turut memberikan tips pengurusan untuk memastikan program BIG bagi siri 3 kelak berjalan dengan jayanya

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

31

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 sepertimana BIG siri 1 dan 2. Mesyuarat post-mortem tersebut selesai sekitar jam 9.30 pagi dan peserta dibenarkan bersurai. Tuan Haji Safri turut sempat mengingatkan AJK Dokumentasi untuk segera menyiapkan laporan program bertujuan untuk diberikan kepada Tuan Pengarah IPG KDRI, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

32

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

12.0

LAPORAN KESELURUHAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini bahawa program bina insan guru ini amat bermanfaat kepada setiap peserta yang terlibat. Dengan program ini, kesemua peserta dapat menimba ialah para pelbagai peserta pengalaman dapat yang sungguh

menakjubkan.

Antaranya

menimba

pengalaman

mengendalikan program kemasyarakatan yang melibatkan banyak pihak seperti pihak JKKK Felcra Panchor Merah, pihak Felcra Panchor Merah dan juga pelbagai lagi pihak yang menyumbangkan dana untuk program ini. Setiap pengalaman yang dikutip tentunya amat berharga kepada kesemua peserta BIG kerana pengalaman tersebut sudah pastinya akan berguna sewaktu mengendalikan program

kemasyarakatan di masa hadapan di sekolah kelak. Ini kerana guru merupakan antara individu yang mempunyai pengaruh penting dalam struktur masyarakat dan kerjaya sebagai seorang guru amat dipandang tinggi terutama oleh para ibubapa dan masyarakat. Disebabkan oleh itulah segala pengalaman yang ada harus ditimba untuk dijadikan bekalan kelak sebagai seorang guru.

Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 4/2012 siri 2 ini telah memberikan 1001 pengalaman dan kemahiran baru yang amat berharga kepada setiap guru pelatih. Antara pengalaman dan kemahiran baru yang dapat ditimba oleh setiap guru pelatih yang terlibat ialah kemahiran berkomunikasi interpersonal dengan masyarakat luar dan pihak-pihak yang terlibat. Sebagai contoh, pihak pengurusan BIG pada kali ini terlibat dengan urusan menentukan aturcara program dan lokasi dengan kerjasama antara JKKK Felcra Panchor Merah dan juga pihak Felcra sendiri. Segala urusan adalah secara formal. Justeru segala aspek yang berkaitan dengan format penulisan rasmi seperti surat menyurat, kertas kerja hendaklah dilaksana dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang kecil yang mungkin dapat membuatkan perjalanan program kurang lancar dan boleh menjejaskan imej IPG di mata masyarakat. Tambahan pula pihak JKKK Felcra Panchor Merah telah beberapa kali menerima pelawaan program anak angkat seperti ini. Mungkin mereka boleh membandingkan program ini dengan program yang pernah mereka jalani sebelum ini. Itulah pentingnya program ini dijalankan dengan amat baik sekali.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

33

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Selain itu, antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk menghayati kehidupan bermasyarakat di kampung terutama kampung yang jauh dari pekan atau bandar. Objektif ini dapat dicapai kerana perkampungan Felcra Panchur Merah ini sedikit jauh dengan pekan atau bandar kerana pekan yang paling dekat ialah pekan Permaisuri yang terletak kira-kira 15 kilometer dari perkampungan ini. Manakala bandar yang paling dekat ialah bandar Jertih iaitu kira-kira 30 kilometer. Guru pelatih dapat merasai suasana hidup di perkampungan seperti mandi air sungai, berkebun, mengangkut sawit dan sebagainya. Ini kerana segala pengalaman ini amat penting apabila ditugaskan di kawasan perkampungan kelak. Berkemungkinan mereka akan bertugas di kawasan kampung pedalaman selama bertahun-tahun. Justeru, inilah pentingnya pengalaman hidup di kampung diadaptasi dalam diri agar kelak tidak berasa terlalu janggal dengan kehidupan di kampung.

Dengan perlaksanaan program ini membuatkan para peserta menjadi lebih berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai aspek berkaitan dengan proses perlaksanaan program. Dengan ini, kesemua peserta dapat mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman tersebut untuk dijadikan panduan sewaktu melaksana program di sekolah setelah menjawat jawatan sebagai seorang guru kelak.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

34

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

13.0

LAPORAN JAWATANKUASA

13.1

Laporan Bendahari

LAPORAN KEWANGAN BIG SEMESTER 4 PEROLEHAN Individu (104x RM100) LO 10400 5560 PERBELANJAAN Cukai Pembekal Banner Hamper Sukaneka (25xRM30) Barang Bantuan (4xRM50) Wang Bantuan (4xRM50) Bahan Mentah Malam BBQ Bayaran Keluarga Claim minyak Hamper dan cenderahati VVIP Claim fotostat dan alat tulis Mural Claim AJK Makanan Jumlah 15960 Jumlah 560 170 750 200 200 2550 5200 185 365 39 87 10 10316

PEROLEHAN PERBELANJAAN BAKI

15960 10316 5644

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

35

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.2 AJK Makanan

Ahli Jawatankuasa : 1. Zainab Asilah bt Abdullah 2. Adilah bt Che Ismail 3. Asma bt Zainul Mukhtar 4. Emma Nazlin bt Ismail 5. Saidatul Atikah bt Zabidi

Perancangan Awal : Agihan bidang tugas jawatankuasa dan merancang menu bersesuaian untuk malam BBQ.

Peringkat proses perjalanan aktiviti : A. Sebelum Aktiviti 1. Menyenaraikan menu untuk malam BBQ 2. Membuat jadual bertugas mengikut unit 3. Menyenaraikan peralatan yang bakal digunakan 4. Menghadiri mesyuarat dengan penduduk Kampung Panchur Merah 5. Perjumpaan dan rundingan dengan pembekal menyenaraikan bahan kering dan bahan basahyang bakal digunakan

B. Semasa Aktiviti 1. Memantau dan membantu unit yang bertugas 2. Memastikan barangan yang ditempah dengan pembekal mencukupi 3. Memastikan persediaan tempat BBQ berjalan lancar 4. Memastikan jumlah makanan yang disediakan mencukupi

C. Selepas Aktiviti 1. Memastikan program malam BBQ berjalan lancar 2. Memastikan peralatan yang digunakan dicuci 3. Penulisan laporan ahli jawatankuasa 4. Penyerahan laporan kepada ahli jawatankuasa dokumentasi

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

36

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 REFLEKSI

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, jawatankuasa telah sedaya upaya menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh peserta program. Sebelum program Bina Insan Guru Fasa Empat bermula, kami telah berbincang untuk pembahagian tugasan serta merancang menu yang bersesuaian pada malam BBQ. Selain itu, rundingan dengan pembekal dan menghadiri mesyuarat dengan penduduk kampung adalah antara bidang tugas AJK Makanan.

Antara kekuatan yang dapat dilihat melalui kaca mata sebagai AJK Makanan ialah kerjasama dan penglibatan semua peserta bagi menjayakan program Malam BBQ. Bermula dari tugasan membasuh ayam, memerap ayam, penyediaan bahan , membakar ayam sehinggalah tugas menyediakan makanan semua unit memberikan kerjasama yang baik sekaligus memudahkan kerja pihak jawatankuasa. Di samping itu, barangan yang ditempah dengan pembekal juga mencukupi sekaligus urusan untuk penyediaan bahan dan memasak berjalan lancar.

Namun demikian, berlaku sedikit masalah apabila waktu dan tempat bertugas yang telah dirancang terpaksa diubah pada saat terakhir. Walaupun perubahan tersebut berlaku, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh peserta program untuk melaksanakan tugas berada pada tahap yang baik dan amatlah dihargai. Di kesempatan ini juga, ahli jawatankuasa makanan juga sangat bersyukur kerana program Malam BBQ berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan yang menyertai BIG Fasa Empat 2012. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada penduduk Kampung Panchur Merah kerana menerima kehadiran pihak kami dengan tangan yang terbuka. Malah kerjasama yang baik diberikan oleh penduduk kampung telah membantu menjayakan program BIG kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

37

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 dalam memberikan sumbangan bagi merealisasikan program Bina Insan Guru Fasa Empat 2012.

Sesungguhnya pengalaman sepanjang menjadi AJK Makanan amatlah berharga. Segala yang baik akan dikenang manakala kekurangan yang ada akan diperbaiki pada masa akan datang. Akhir kata, segala pengalaman yang diperoleh semasa aktiviti ini dijalankan dapat memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai realiti kehidupan serta dijadikan pengalaman berharga dalam usaha menjadi guru yang berkaliber.

Laporan disediakan oleh :

(ZAINAB ASILAH BT ABDULLAH) Ketua Jawatankuasa Makanan, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

38

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.3 AJK Kebajikan, Keselamatan & Majlis

Ahli Jawatankuasa: Atiekah Hidayah binti Siti Nor Aishah binti Mukhtar Noriezati Bt Mansor Sharifah Farhana Binti Syed Mahizan Nurul Nadiah Binti Zulkifli

Perancangan Awal : Mengadakan persiapan simbolik dan sambutan supaya program Bina Insan Guru di Kampung Pancur Merah berlangsung dengan lancar.

Peringkat proses perjalanan aktiviti : D. Sebelum Aktiviti 1. Memilih pelajar yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang bertindak sebagai simbolik untuk majlis perasmian dan majlis penutup program. 2. Mengadakan perbincangan antara ahli jawatankuasa dan bersama orang kampung. 3. Mengenal pasti tetamu kehormat yang hadir bagi majlis perasmian dan majlis penutup. 4. Mengadakan senarai semak untuk tujuan kelancaran aktiviti.

E. Semasa Aktiviti 1. Memastikan pelajar yang bertindak sebagai simbolik bersedia sebelum simbolik diadakan. 2. Memastikan pelajar yang ditugaskan untuk menyambut tetamu kehormat yang hadir melakukan tugas yang ditetapkan.

F. Selepas Aktiviti 1. Kerjasama yang baik diberikan oleh semua ahli. 2. Mengadakan post mortem dalam kalangan ahli jawatankuasa.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

39

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 REFLEKSI

Berdasarkan kepada tugasan yang telah diberikan, ahli jawatankuasa telah melakukan perbincangan awal berkenaan dengan persiapan simbolik dan sambutan untuk tetamu kehormat yang akan hadir ke majlis perasmian dan juga majlis penutup Program BIG tersebut. Perbincangan dengan ahli jawatankuasa kampung juga turut diadakan bagi melancarkan lagi majlis tersebut.

Sepanjang program ini berlangsung, segala perkara yang dirancangan sebelum ini dapat dijalankan dengan sempurna. Kerjasama yang diberikan oleh peserta program kepada ahli jawatankuasa majlis juga turut menjadikan majlis berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan sistematik.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada para pensyarah, mentor dan ahli-ahli kelas yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir kata, segala pengalaman yang dikutip semasa aktiviti ini dijalankan memberi seribu satu pengertian kepada kami semua.

Laporan disediakan oleh :

(SITI NOR AISHAH BINTI MUKHTAR) Ketua Jawatankuasa Kebajikan, Keselamatan dan Majlis, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

40

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.4 AJK Peralatan

Senarai Ahli Jawatankuasa : Mohammad Asran Bin Arifin Sayed Muhammad Saufi Bin Syed Ahmad Zain Pusparajan a/l Thiagarajan Chua Sow Ann Nur Evarina Idayu Bt Ismail

Sebelum Sebelum melaksanakan BIG, beberapa mensyuarat telah diadakan bagi melicinkan program yang bakal dijalankan tidak kira sama ada orang kampung ataupun AJK program ini. Dalam mesyuarat tersebut senarai alatan yang diperlukan telah ditetapkan. Peralatan yang akan digunakan perlu dipinjam Jabatan Pendidikan Jasmani, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Audio IPG Kampus Dato Razali Ismail dan segalan urusan peminjaman dilakukan dengan lancar tanpa mengalamai sebarang masalah.

Semasa - 6/7/8 September 2012 Ketika berada ditempat program, alatan disimpan di satu tempat khas untuk menjamin keselamatannya. Dan setiap aktiviti yang memerlukan alatan yang dibawa perlu mendapat kebenaran daripad salah seorang AJK Peralatan. Hal ini untuk memastikan segala peralatan yang digunakan berada dalam pemantauan.

Selepas - 9 september 2012 Peralatan yang telah dipinjam selamat dikembalikan semula tanpa mengalami sebarang masalah.

Sepanjang menjalankan Program BIG ini bermula sebelum, semasa dan selepas AJK peralatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan

semua peralatan yang dipinjam berada dala keadaan selamat. Pihak kami telah membuat satu senarai semak, senarai ini disemak oleh AJK kami dan disahkan oleh

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

41

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 ketua. Senarai ini ditanda mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu sebelum bertolak, setelah sampai disana, selepas aktiviti dan sebelum bertolak balik. Senarai peralatan yang digunakan ialah : Jabatan Pendidikan Jasmani Bil. 1 2 3 4 6 7 Peralatan Head cone Tali tarik tali Botol Air Mineral 0.5L Pundi kacang Bakul Bakul Rotan Kuantiti 50 1 40 50 6 2

Unit HEP Bil 1 Hailer Peralatan Kuantiti 1

Unit Audio Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Peralatan Extension panjang Extension Pendek Mikrofon Kabel mikrofon LCD projektor Portable speaker Speaker Kecil untuk laptop Speaker Besar untuk laptop Kabel speaker Kuantiti 2 1 1 1 1 1 2 1 1 1

10 Kabel projektor

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

42

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Jabatan Pendidikan Jasmani Bil. 1 2 3 4 6 7 Peralatan Head cone Tali tarik tali Botol Air Mineral 0.5L Pundi kacang Bakul Bakul Rotan Kuantiti 50 1 40 50 6 2 Semakan (/) Catatan

Unit HEP Bil 1 Peralatan Kuantiti Semakan (/) Catatan

Hailer

Unit Audio Bil 1 2 3 Peralatan Extension Portable speaker Mic Kuantiti 1 1 1 Semakan (/) Catatan

Unit Audio (TELTTraC) Bil 1 2 3 4 5 Peralatan LCD projektor Extension Pendek Speaker Kecil Speaker Besar Extension panjang UA/2 Kuantiti 1 1 2 1 1 Semakan (/) Catatan

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

43

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 TESL 2 Bil 1 Peralatan Kuantiti Semakan (/) Catatan

LCD skrin

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD ASRAN BIN ARIFIN) Ketua Jawatankuasa Peralatan, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

44

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.5 AJK Kebersihan

Ahli Jawatankuasa Kebersihan : Siti Nur Athirah binti Mazlan Nur Saidatul Akmam Bt Razak Nurfatin Binti Abdul Aziz Thiyya a/p M. Kalai Chelvam Umi Hidayah Bt Abd Aziz

Jenis Aktiviti yang diadakan : Gotong-royong Kampung Panchor Merah Majlis Jamuan Raya & BBQ Perancangan Awal : Perbincangan bersama AJK aktiviti yang lain untuk aktiviti gotong royong Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Panchor Merah. Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.

A. Sebelum program Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang diperlukan untuk aktiviti gotong royong dan membuat mural. Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Panchor Merah untuk mendapat persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan. B. Semasa program Aktiviti gotong-royong dan membuat mural berjalan lancar dengan kerjasama guru pelatih bersama-sama keluarga angkat. C. Selepas program Aktiviti khidmat bakti ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk Kampung Panchor Merah.

REFLEKSI

Selaku AJK Kebersihan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah diadakan di

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

45

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Kampung Panchor Merah dengan kerjasama JKK pada 6 September 2012 sehingga 8 September 2012. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti.

Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kami telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tiga hari berada di sana.

Aktiviti gotong-royang dan membuat mural pada hari jumaat berjalan dengan lancar di mana semua guru pelatih dan penduduk kampung bekerjasama melakukan aktiviti tersebut. Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di antara guru pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan dengan lancar. Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan penduduk kampung kawasan kampung. di situ juga dapat dibina melalui kerjasama membersihkan

Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung dan pihak Jabatan Kesihatan juga telah mendorong kami lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail terutama sekali guru penasihat kokurikulum dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

46

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang pertama kali kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada penduduk Kampung Panchor Merah kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat menggalakkan terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami

menyelami dan merasai suasana berada di kampung.

Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan panduan dan bekalan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

(SITI NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN) Ketua Jawatankuasa Kebersihan, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

47

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.6 AJK Hadiah

Ahli Jawatankuasa Hadiah :


Azreen Azyanny Syazana binti Aziz Shazuwani binti Mohamad Nor Siti Amirah binti Latip Nurul Jannah binti Husin Nur Atiyah Binti Muni

Jenis Aktiviti yang diadakan :


Penyampaian hadiah untuk Majlis Penyerahan Anak Angkat Cenderahati VIP untuk Majlis Perasmian Cenderahati VIP untuk Majlis Penutup

Perancangan Awal :

Perbincangan bersama AJK Hadiah untuk cadangan hadiah yang ingin diberikan kepada keluarga angkat dan juga tetamu kehormat.

Perbincangan bersama AJK sponsor untuk hadiah yang diberikan oleh orang yang memberikan sumbangan.

Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.

A. Sebelum program

Perbincangan dengan AJK hadiah yang lain untuk menyediakan hadiah kepada peserta BIG kepada keluarga angkat, hamper untuk setiap aktiviti yang dijalankan, dan juga cenderahati untuk tetamu kehormat.

Perbincangan bersama AJK sponsor untuk mengetahui berapa kuantiti yang ingin disumbangkan.

Keluar membeli barang-barang untuk penyediaan hadiah bersama AJK hadiah yang lain.

Proses membalut dan menyiapkan hadiah bersama AJK hadiah yang lain dan juga beberapa peserta BIG yang membantu.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

48

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 B. Semasa program


Membawa hadiah-hadiah dan cenderahati tersebut ke tempat perasmian. Penyerahan hadiah dibantu oleh AJK hadiah yang lain. Penyerahan cenderahati kepada tetamu kehormat semasa majlis penutup.

C. Selepas program

Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa.

REFLEKSI

Sebagai AJK hadiah, kami berasa bersyukur dan berbangga kerana pelbagai ilmu yang kami perolehi sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa Bina Insan Guru Fasa Empat kali ini. Program ini telah dijalankan pada 6 September 2012 sehingga 9 September 2012 iaitu pada hari Khamis sehingga hari Sabtu di Kampung Panchor Merah, Setiu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada kami sebagai guru pelatih yang mana pengalaman bermakna ini dapat digunakan pada masa akan datang.

Dalam memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, kami telah mengadakan beberapa perbincangan bersama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada lima unit iaitu unit TESL 2, PAI 3, Kajian Sosial, Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan kata sepakat dan beberapa keputusan bagi setiap aktiviti yang dijalankan nanti. Selain itu, kami juga telah menghadiri mesyuarat bersama dengan jawatankuasa kampung tersebut (JKKK) bagi mendapatkan beberapa kepastian dan persetujuan mengenai segala hal yang berkaitan dengan program tersebut.

Selepas itu, kami berbincang pula mengenai hadiah dan cenderahati yang sesuai untuk diberikan kepada keluarga angkat di sana dan juga orang-orang penting yang bakal hadir di majlis perasmian dan majlis penutup. Setelah mendapat kata sepakat bersama dengan pengerusi program, kami membuat keputusan untuk memberi hamper berserta sumbangan kepada keluarga angkat. Manakala, bagi tetamu kehormat bagi kedua-dua majlis, cenderahati berupa plag akan diberikan.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

49

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

Pada hari majlis perasmian dan penyerahan anak angkat tersebut, kami telah mengendalikan penyerahan hadiah-hadiah tersebut dengan baik. Sebelum

memulakan majlis tersebut, penyerahan secara simbolik diadakan bermula dengan tiga orang peserta india, dua orang peserta cina dan 2 orang peserta melayu. Anak angkat akan diberikan hamper dan sumbangan yang akan diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Pada majlis penutup program, kami hanya perlu menyediakan cenderahati kepada tetamu berhormat. Namun, kedua-dua majlis perlu diberi perhatian agar perjalanan penyerahan hadiah tersebut berjalan dengan lancar.

Secara umumnya, program ini telah berjalan dengan lancar hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih. Syukur, semua peserta dapat memberi komitmen yang begitu baik terhadap program ini. Sikap ringan tulang dalam membantu antara satu sama lain dengan harapan agar program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada bersama. Di samping itu, bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung juga telah mendorong untuk lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail terutama sekali penasihat kokurikulum kerana telah menaruh kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang kami kendalikan.Selain itu, jutaan terima kasih juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan program yang diadakan berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Kampung Panchor Merah kerana memberi kerjasama dan sokongan yang amat menggalakkan kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami menghayati kehidupan sebenar di kampung. Pengalaman yang kami perolehi akan tersemat di hati kami dan bermanfaat pada masa akan datang.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

50

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Akhir sekali, pihak kami berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar dapat memberi manfaat kepada semua. Segala pengalaman dan ilmu yang ditimba diharapkan dapat digunakan dan diaplikasikan dalam masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

(AZREEN AZYANNY SYAZANA BINTI AZIZ) Ketua Jawatankuasa Hadiah, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

51

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.7 AJK Aktiviti

Ahli Jawatankuasa : Nur Fatin Safiqa binti Masrial Fadhilah Atikah bt Ahmad Nurfatihah bt Mohd Nazir Zahratul Jannah bt Basheer Ahmad Nur Fatin Fatihah bt Abdul Ropal

Pada 6, 7 dan 8 September 2012, satu program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV telah diadakan gabungan guru pelatih unit Tesl 2, Bahasa Melayu, Pengajian Agama Islam 3, Kajian Sosial dan Pendidikan Seni Visual. Program ini merupakan tugasan wajib bagi semua guru pelatih PISMP Semester 4. Tugasan kali ini, melibatkan khidmat masyarakat iaitu perkhemahan dan gotong royong

membersihkan kawasan kampung. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih Kampung Panchor Merah, Terengganu sebagai tempat program diadakan. Atas permintaan Ketua kampung lantaran kawasan tapak perkhemahan yang tidak mencukupi akhirnya program ini bertukar kepada program anak angkat.

Bagi menjayakan program ini, saya dan empat orang rakan telah dilantik menjadi ajk aktiviti. Kami perlu memastikan aktiviti yang bakal diadakan berjalan dengan lancar dan teratur. Setelah perbincangan diadakan dengan semua peserta program serta JKK kampung, akhirnya kata sepakat telah dicapai. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong royong kawasan kampung meliputi, kawasan masjid, kawasan kampung, membuat murail di tadika serta mengecat penanda nama jalan di kawasan kampung. Gotong royong ini melibatkan kesemua guru pelatih seramai 105 orang. Kelima-lima unit telah dipecahkan kepada kawasan masing-masing dan mereka perlu berkerjasama menyiapkan tugasan. Unit Bahasa Melayu

membersihkan kawasan masjid, unit Kajian Sosial dan Pengajian Agama Islam gotong royong di sekitar kampung, unit Pendidikan Seni Visual membuat murail di tadika sementara unit Tesl mengecat papan tanda sekitar Kampung.

Kekuatan gotong royong ini, semua guru pelatih memberikan kerjasama bagi memastikan kebersihan kampung terpelihara. Selain itu, kami tidak perlu

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

52

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 menyediakan plastik sampah kerana pihak kesihatan iaitu Combi telah

membekalkan plastik sampah sempena gotong royong ini. Pihak Combi juga telah menyediakan minuman pagi iaitu air kotak dan sedikit makanan ringan. Perancangan asalnya, pihak Combi ingin mengadakan pertandingan antara keluarga angkat sempena menghapuskan nyamuk aedes namun atas beberapa kesulitan akhirnya program gotong- royong ini ditukar saat akhir. Alhamdulillah walaupun begitu, namun aktiviti gotong royong tetap dapat dijalankan dengan lancar.

Pada sebelah petang, iaitu pada pukul 3, kami telah mengadakan slot motivasi bersama murid Sekolah Panchor Merah. Aktiviti ini telah dikelolai oleh Cik Zahratul Jannah binti Basheer Ahmad. Beberapa aktiviti telah disediakan bagi murid tahun 6 seperti tounge twistwer, teka perbuatan, spelling b, dan bina ayat. Objektifnya adalah supaya dapat menjadi wadah murid-murid ini belajar secara santai kerana peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Namun secara tiba-tiba, slot motivasi ini telah ditukar kepada murid tahun 4 dan lima kerana murid tahun 6 sedang berkhemah. Alhamdulillah walaupun sasaran peserta telah ditukar saat akhir namun penyertaannya tetap memberangsangkan. Ramai kanak-kanak yang datang bagi menyertai aktiviti yang dijalankan.

Sedikit kelemahan yang kami hadapi ialah, tahap permainan yang diadakan tidak bersesuaian dengan murid tahun 4 dan 5. Pertukaran peserta slot motivasi pada saat akhir sekaligus menyebabkan beberapa permainan terpaksa ditukar supaya bersesuaian dengan tahap peserta. Kelemahan ini sebenarnya mencungkil bakat dan kekreatifan setiap guru pelatih yang terlibat dalam slot ini. Setiap guru pelatih menjadi perlu bertindak segera memikirkan alternatif lain supaya program tetap berjalan seperti yang dirancang. Setelah permainan berakhir pada pukul 4.30, semua peserta dan fasilitator menjamu sedikit hidangan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka pada pukul 5 petang di Padang antara Kampung Panchor Merah dan Kampung Ulu Kekabu. Acara ini

diketuai oleh ajk aktiviti iaitu Nur Fatin Fatihah bt Abdul Ropal. Antara kategori yang diadakan ialah kategori 1 iaitu permainan bawa bola dalam sudu, cari gula-gula dlam tepung dan musical chair. Permainan bagi kategori kedua ialah lempar pundi kacang, tiup belon dan isi air dalam botol. Permainan bagi kategori ketiga ialah

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

53

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 boling kelapa antara ayah dan anak angkat , tarik tali (L), sambutan kasih antara ibu dan anak angkat. Permainan sukaneka berakhir pada pukul 7 setelah penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang. Acara sukaneka berjalan dengan lancar dengan bantuan semua ajk yang dilantik. Kekuatan yang dapat kami lihat ialah semua peserta terlibat dalam sukaneka ini. Kelihatan semua keluarga angkat dan peserta gembira bermain bersama. Permainan ini sekaligus membentuk ikatan kekeluargaan yang erat antara peserta dan keluarga angkat. Sedikit kelemahan dalam aktiviti ini ialah penyediaan hadiah tidak merangkumi semua penyertaan iaitu daripada tempat pertama hingga kelima. InsyaAllah akan datang permasalahan ini akan kami atasi.

Pada sebelah malamnya, ajk aktiviti perlu memastikan aktiviti yang akan diadakan ketika BBQ berlangsung. Setelah kata putus dibuat, akhirnya kami memilih untuk menayangkan tayangan Cerita Cikgu Timah Tukar Sekolah dan karaoke. Semua peserta seronok menikmati juadah sambil menonton tayangan bersama keluarga angkat. Tidak dilupakan sesi karaoke bagi peserta dan keluarga angkat. Kekuatannya, aktiviti yang disediakan menarik dan sesuai untuk semua golongan. Tayangan cerita melayu juga bersesuaian dengan tema iaitu mengenai hubungan antara guru dan penduduk kampung.

Pada 8 september 2012 iaitu pada hari terakhir program, sesi refleksi telah diadakan dengan Pensyarah Penasihat BIG iaitu Encik Hamdan. Semua peserta dikehendaki berbincang tentang kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang 3 hari dua malam program dijalankan. Encik Hamdan juga telah memberikan beberapa nasihat kepada semua peserta. Selepas itu, semua peserta dikehendaki pergi bersama-sama keluarga angkat ke jamuan raya dan majlis penutup. Alhamdulillah, aktiviti jamuan raya kali ini dikelolakan oleh orang kampung. Kami berasa sangat beruntung atas kerjasama yang diberikan oleh pihak kampung. Selain itu pihak kesihatan iaitu Combi juga turut serta memeriahkan program dengan mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Ramai peserta yang membawa ibu dan ayah angkat mereka memeriksa kesihatan.

Alhamdulillah, kesimpulannya, semua aktiviti berjaya diadakan dengan lancar dan sistematik. Terima kasih diucapkan kepada semua ajk aktiviti yang bersama-

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

54

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 sama berganding bahu memastikan kelancaran aktiviti. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, namun ianya berjaya diatasi dengan kerjasama semua ajk dan peserta yang terlibat. Semoga ukhuwah yang terjalin sempena program ini akan terus berkekalan. Insyallah aktiviti sebegini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sesungguhnya, program ini tidak akan dapat dijalankan dengan baik tanpa bantuan semua pihak terutama orang Kampung panchor Merah.

Sekian terima kasih.

(NUR FATIN SYAFIQAH BINTI MASRIAL) Ketua Jawatankuasa Aktiviti, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

55

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.8 AJK Pengangkutan

Ahli Jawatankuasa Alatan : Najwa Nadhirah bt Ibarahim Nur Shamimi Binti Bat Latif Nur Ramadhilfitri Bin Ishak@Zakaria Nur Liyana Binti Ishak Muhammad Firdaus Bin Omar Baki Abdul Halim Bin Mat Isa@Daud

Perancangan Awal : Menempah bas pada tarikh Program Bina Insan Guru ke Panchor Merah,Setiu. Peringkat proses perjalanan aktiviti :

Sebelum Aktiviti Membuat permohonan untuk menggunakan bas pada 6 dan 8 September 2012. Mengesahkan pemandu bas dan bilangan bas agar urusan pada hari lawatan menjadi lebih mudah dan lancar.

Semasa Aktiviti Menetapkan bas mengikut kelas supaya urusan menjadi lancar. Memastikan bilangan ahli di dalam bas sentiasa mencukupi. Memaklumkan kepada pemandu bas akan tentatif program agar beliau dapat menguruskan masa dengan teratur.

Selepas Aktiviti Memastikan tidak ada barang pelajar yang tertinggal di dalam bas. Memastikan kebersihan bas agar tidak ada sampah yang dibuang ketika menggunakan bas

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

56

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 REFLEKSI

Berdasarkan kepada tugasan yang telah diberikan, ahli jawatankuasa telah berusaha untuk memohon menggunakan bas pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pihak kami juga dikehendaki mengesahkan pemandu bas agar tidak berlaku kesulitan pada hari lawatan tersebut diadakan.

Walaupun, pada mulanya pihak kami mengalami sedikit kekangan ekoran kerana ahli jawatankuasa pengangkutan terdiri daripada unit yang berlainan. Namun masalah tersebut dapat diatasi hasil kerjasama yang jitu antara pihak kami.

Sebagai

ahli

jawatankuasa

pengangkutan,

kami

harus

memastikan

kebersihan bas berada di tahap yang memuaskan. Sekiranya ada pelajar yang membuang sampah sepanjang kami menggunakan bas, AJK pengangkutan harus bertanggungjawab membersihkan sampah tersebut.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada guru pembimbing dan rakan-rakan yang menyertai BIG Fasa 4/2012. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Panchur Merah kerana menerima kehadiran pihak kami dengan tangan yang terbuka. Kerjasama yang diberikan telah menjayakan program BIG ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir kata, segala pengalaman yang dikutip semasa program ini dijalankan memberi seribu satu pengertian kepada kami semua.

Sekian terima kasih.

(NAJWA NADHIRAH BINTI IBARAHIM) Ketua Jawatankuasa Pengangkutan, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

57

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.9 AJK Sponsor

Jawatankuasa Program : Mohamad Syafiq bin Che Ahmad Wan Mohd Zulfaqar b Wan Yahya Nur Zawani bt Rashid Muhamad Fahmi b Ab Rasib Nur Hanisah bt Mohd Azhar

Selepas diadakan mesyuarat dan pembahagian tugasan bagi AJK Sponsor, kami pun mula melaksanakan tugasan kami walaupun kami mendapat kertas kerja agak lewat.

Kami telah bekerjasama bersama AJK Perhubungan Luar untuk mencari sponsor. Hasil daripada perbincangan kami, kami telah memutuskan tujuh tempat iaitu Pasaraya Giant, Pasaraya Mydin, Pasaraya Sabasun, Koperasi Maktab, Dato Nasir Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ir Engineerin. Kami telah pergi ke tempat yang telah dibincangkan namun kami hanya mampu meninggalkan kertas kerja dan menunggu jawapan daripada mereka. Sehingga ke hari majlis berlangsung kami tidak mendapat sebarang keputusan kecuali dari Koperasi Maktab

Ucapan Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana setelah berhempas pulas, akhirnya majlis ini telah berjalan lancar dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan w. Akhir kalam, kami sebagai Ahli Jawatankuasa ini mengucapkan jutaan terima kasih dengan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan daripada pihak kami.

Sekian terima kasih.

(MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD) Ketua Jawatankuasa Sponsor, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

58

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 13.10 AJK Dokumentasi

Ahli jawatankuasa dokumentasi : Mohamad Aiyad Bin Ramli Muhamad Syarizwan Bin Mohd Sukeri Norsyuhada Binti Suhaime Faizah Binti Khalid Mardiah Binti Idris

Perancangan Sebelum Program : Mendapatkan maklumat dan tentatif perjalanan program dari pihak jawatankuasa tertinggi. Memberitahu jumlah peralatan dokumentasi dan rakaman yang diperlukan AJK Dokumentasi sewaktu program kepada AJK Peralatan. Perancangan Semasa Program : Menjalinkan kolaborasi tugas bersama AJK lain untuk catatan perjalanan program. Mendapatkan suasana dan gambaran secara realiti program. Perancangan Selepas Program : Mendapatkan laporan tugasan sepanjang program dari semua AJK program yang berkaitan. Mengadakan kolaboratif dengan Tuan Haji Safri dan saudari Rabiatul Adawiya berkenaan dengan pelaporan dokumentasi program. Menyiapkan dan menghantar laporan dokumentasi program kepada pensyarah.

REFLEKSI

Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 3 hari 2 malam menjalankan program yang agak besar ini, kami semua dapat menjalaninya dengan penuh dedikasi walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ketara dan tidak ketara. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa yang punya silap dan salah dalam bertindak menjalankan tugasan. Antara tugas jawatankuasa dokumentasi ialah menyediakan laporan dokumentasi program setelah program selesai dilaksanakan.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

59

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Sebenarnya tugasan kami banyak dilakukan setelah program tersebut selesai. Tidak seperti sesetengah jawatankuasa, ada diantara mereka mempunyai tugas penting sebelum, semasa dan selepas. Kami kurang mempunyai tugas sebelum dan sewaktu program. Kami hanya membantu AJK lain dalam melaksanakan tugasan mereka.

Oleh kerana jawatankuasa kami memerlukan perhatian lebih di dalam perjalanan program dan mengumpul data serta gambar untuk didokumentasikan, kami telah menjalinkan kolaborasi tugas bersama dengan AJK lain terutama jawatankuasa tertinggi. Ini semua agar dapat memudahkan kami untuk mencatat segala perjalanan program dan sekaligus melicinkan tugasan kami untuk melaporkan perjalanan program. Antara kelemahan yang ketara jawatankuasa dokumentasi ialah kerana kekurangan ahli jawatankuasa. Ahli yang kami miliki hanya lima individu sahaja untuk mencatatkan segala perjalanan program disamping merakam foto dan video program. Kami terpaksa meminta tolong dari AJK lain seperti AJK Hubungan Luar dan AJK Buku Program untuk merakamkan detik-detik perjalanan program terutama sekali sewaktu gotong-royong. Ini kerana

pembahagian kawasan gotong-royong yang banyak sedangkan AJK yang bertugas untuk melaporkan perjalanan program tidak mencukupi. Dan kami jawatankuasa dokumentasi dan jawatankuasa bantuan lain terpaksa berpecah ke pelbagai lokasi berbeza.

Disebalik kelemahan yang wujud, terdapat juga kekuatan yang dimiliki kami dalam menjalankan program. Pertamanya ialah wujudnya kolaboratif tugas diantara kami dan jawatakuasa bantuan yang lain. Kedua ialah kami mempunyai peralatan dan kepakaran yang khusus berkenaan dengan dokumentasi dan rakaman. Kami pernah terlibat dengan dokumentasi untuk beberapa program sebelum ini seperti program Khidmat Bakti Siswa Anak Angkat di Lubuk Lesung, Kemaman, justeru tugas ini tidaklah terlalu asing bagi kami dan kami mampu menghasilkannya dengan amat baik sekali. Ketiga ialah kerjasama dari pihak jawatakuasa induk dan pihak pensyarah. Tanpa kerjasama dan bantuan dari mereka, nescaya kami tidak mungkin dapat melaksanakan tugasan selengkap dan kemas seperti ini. Tuan Haji Safri dan saudari Rabiatul Adawiya banyak membantu kami.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

60

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Secara tuntasnya kami dapat simpulkan di sini bahawa kami telah berjaya melakukan tugasan ini dengan baik sekali walaupun ada serba sedikit kesilapan. Itu merupakan lumrah sebagai seorang manusia, kami tidak mungkin dapat melarikan diri darinya. Semoga tugasan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat berharga kepada kami dalam meniti kehidupan sebagai seorang bakal guru. Insyallah.

Sekian terima kasih.

(MUHAMMAD AYYAS) Ketua Jawatankuasa Dokumentasi, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

61

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012

14.0

PENUTUP

Alhamdulillah secara keseluruhannya program bina insan guru fasa keempat siri 2 ini amat bermanfaat kepada kesemua yang terlibat. Kesemua yang terlibat dapat memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berguna untuk dijadikan bekalan seandainya selamat ditauliahkan sebagai seorang guru dan pendidik anak bangsa. Untuk mendidik suatu generasi, kita memerlukan ilmu yang melangkaui generasi tersebut dan itulah yang dapat diperolehi dari program ini.

Program bina insan guru ini diharapkan dapat meningkatkan jati diri dan memberikan ilmu pengurusan yang secukupnya kepada guru pelatih. Pengukuhan jati diri dan pengalaman hidup di kampung dilihat mampu menyumbang kearah melahirkan guru-guru yang berkeyakinan tinggi, berkemahiran, cekal, tabah, dan berpengetahuan luas bagi melahirkan generasi yang berilmu dan dapat

menyumbang kepada pembangunan dan keharmonian negara.

Peserta juga dapat belajar cara untuk mengendalikan program ini kerana peserta bertindak sebagai ahli jawatankuasa perlaksana dengan pengawasan dan nasihat dari pensyarah yang terlibat. Dengan ini, ilmu bidang pengurusan dapat para peserta aplikasikan sewaktu menjalankan aktiviti dan program di masa hadapan. Semoga segala ilmu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti dengan izin-Nya.

Sokongan daripada pihak urusetia, jurulatih dan semua tutor amat dihargai sewaktu memberikan tunjuk ajar dan seterusnya dapat mencapai objektif utama program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

62

LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012 Disediakan oleh :

( MUHAMMAD AYYAS ) Ketua Unit Dokumentasi, Program Bina Insan Guru Fasa 4/2012, Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu.

IPG Kampus Dato Razali Ismail

HALAMAN

63

Anda mungkin juga menyukai