Anda di halaman 1dari 3

Beberapa bentuk muraqabah: 1- Muraqabah Ahadiyyah. Muraqabah ahadiyyah ialah berzikir kepada Allah S.W.T.

bertujuan untuk mentawhidkan dan mengesakan Allah S.W.T.. Dengan melatih matahati (al-bashirah) agar mengakui dengan sepenuhnya bahawa Allah S.W.T. itu tunggal iaitu Esa.Tidak beranak dan diperanakkan.Tidak ada sebarang persamaan dengan apa sahaja yang terdapat di alam maya ini atau makhluk.Disebut dengan lidah di samping memperkukuh di dalam hati bahawa hanya Allah S.W.T. yang Maha Besar, Maha Mengetahui,Maha Pengasih dan Pemurah yang tidak ada tandingannya di dalam alam maya ini.Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:" Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Surah Ikhlas:4. ) 2-Muraqabah Ma'Iyyah. Muraqabah ini membawa maksud ingatan dan perasaan di samping merasa-rasakan bahawa Allah S.W.T. itu sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang beriman,yang soleh dan hambanya yang sentiasa ingat kepadaNya.Seperti mana firman-Nya yang bermaksud:Dan Allah bersama kamu di mana saja kamu berada. 3- Muraqabah Aqrabiyyah . Merasakan bahawa Allah S.w.T itu sangat hampir dengan mereka yang soleh dan mereka yang sentiasa ingat yakni zikir kepada-Nya.Hampirnya lebih dekat dari anggota jasadnya sendiri Justeru segala gerak laku manusia zahir dan batin sentiasa dalam pengetahuan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami lebih dekat kepada manusia itu dari urat lehernya. "(surah Qaf : 16) 4- Muraqabah Mahabbah Dairat al-Ula. Muraqabah ini adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia supaya sentiasa ingat dan berhusn al-zan billah (sentiasa bersangka baik kepada Allah S.W.T.)Kesedaran untuk bersangka baik kepada Allah S.W.T. ini adalah selaras dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah S.W.T. yang Maha Agong,Maha Pengasih dan Maha Adil sesuai dengan nama-nama Allah di dalam asma al-Husna. Allah S.W.T sentiasa mengurniakan apa sahaja yang terbaik kepada hamba-Nya yang sentiasa ingat kepadaNya.Setiap sesuatu yang berlaku kepada hamba-Nya mempunyai hakikat yang tersendiri yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya.Oleh yang demikian sebagai seorang hamba hendaklah sentiasa mensyukuri segala pemberian yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ke atasnya. Atau dengan kata lain hendaklah sentiasa rida dengan apa yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, bahagi atau pun derita. 5-Muraqabah Mahabbah Dairat al-thaniyah. Iaitu dengan cara mengingati Allah S.W.T. yang Maha Kuasa lagi Maha Memelihara dan Melindungi manusia yang sentiasa ikhlas dan berserah hanya kepada-Nya. Meyakini hanya Allah S.W.T. yang berkuasa dan hamba hanyalah sekadar berusaha dan berikhtiar sedang yang menentukan segala-galanya hanyalah Allah S.W.T.Untu lebih jelas pelajarilah sifat-sifat ma'ani dan ma'nawiyyah agar lebih jelas muraqabah di peringkat ini.

6-Muraqabah Mahabbah fi dairat al-Qaus. Muraqabah ini merangkumi maksud mempercayai bahawa Allah S.W.T. sangat mengasihi hamba-Nya yang saleh yang sentiasa berusaha di samping berserah kepada-Nya. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam semua situasi mahupun perkara dunia lebih-lebih lagi untuk bekalan di hari akhirat. Sentiasa menjaga hati dan jasad dari tersasar dengan arahan Allah.Hendaklah yakin bahawa Allah akan membalas apa sahaja yang dilakukannya .Allah berfirman bermaksud:Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarrah nescaya akan diberikan balasannya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarrah akan juga diberikan balasannya. (Zilzalah :7-8. ) Muraqabah nombor Satu hingga muraqabah nombor enam adalah menjadi asas serta tonggak hubungan manusia dengan Allah S.W.T. Iaitu usaha manusia mengenali Allah S.W.T sebagai Pencinta-Nya. Asas dan pokok muraqabah ini ialah mentauhidkan Allah S.W.T. seperti firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad Bahawa Allah itu Esa."( Surah ikhlas:1. ) 7- Muraqabah Wilayat al-'Ulya. Muraqabah ini merenung hakikat kejadian Para Malaikat yang dikurniakan dengan sifat-sifat yang luhur.Seperti sifat menerima,ikhlas, menurut dan patuh terhadap segala perintah Allah S.W.T.Tidak pernah sesekali menentang perintah Allah ke atasnya. Sentiasa tunduk, sujud dan beribadah dengan penuh ketaqwaan kepada Nya.Jauh dari takabbur,riya', hasad dengki,malah seluruh hidupnya terarah kepada pengabdian kepada-Nya. Semua hal tersebut hendaklah dirasa-rasakan , dihayati dan dijadikan pengajaran dan iktibar kepada diri manusia agar bersungguh-sungguh untukmencuba menerapkan sifatsifat tersebut ke dalam diri manusia. 8- Muraqabah Kamalat al-Nubuwwah. Muraqabah di peringkat ini adalah merujuk kepada hakikat kemuliaan kejadian Para Nabi Allah.Muraqabah ini adalah untuk meyakinkan diri bahawa Allah S.W.T. telah menciptakan sekumpulan manusia yang telah diberikan dengan tugas-tugas kenabian untuk sampaikan kepada masing-masing. 9- Muraqabah Kamalat-al-Risalah. (Hakikat kejadian dan Kesempurnaan Para Utusan-Rasul-) Muraqabah di peringkat ini pada hakikatnya ialah dengan cara merenung dan merasakan betapa Allah telah mencipta dan melantk serta memberikan pangkat kemuliaan sebagai seorang Rasul daripada Allah S.W.T.Pangkat yang lebih tinggi dari kedudukan seorang Nabi. Sebagai Rasul Allah mereka dipertanggungjawabkan untuk menegakkan segala hukum-hakam dari Allah S.W.T.Hubungan Rasul dengan manusia adalah sebagai memberi rahmat keseluruh alam. Allah berfirman yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutuskan kamu melainkan untuk memberikan rahmat kepada sekelian alam. alAnbiya':107.Maka sebagi seorang mukmin wajib mentati arahan Rasul s.a.w. untuk menjadi seorang mukmin yang soleh. Janganlah menjadi seorang yang ingkar kepada Rasul_Nya. Kerana perutusan Muhammad itu adalah umat yang terbaik di atas muka bumi ini.

10- Muraqabah Kamalat Ulu al-'Azmi. Hakikat Allah S.W.T. menciptakan sifat-sifat mulia kepada Para Rasul di samping mereka dibekalkan dengan sifat-sifat kesempurnaan yang lain seperti yakin, sabar,tawakkal dan sebagainya.Sebagai mewarisi sifat-sifat kerasulan mereka akan beramal ibadat dan hidup dalam keadaan sabar dan ikhlas di samping menjadikan unsur-unsur yang baik sebagai prinsip kehidupan demi mencari keredaan Allah S.W.T. Oleh yang demikian jadikanlah kehidupan Para Rasul dengan sifat-sifat ulu al-'azmi sebagai contoh dan ikutan bukan dikalangan mereka yang dimurkai oleh Allah S.W.T.Rasa-rasakanlah betapa indah dan luhurnya sifat-sfat mereka untuk dicontoho. 11- Muraqabah al-Ka'bah.(Hakikat kejadian Ka'bah) Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah tempat suci untuk manusia berhimpun dan beribadah sujud kepada Allah S.W.T.Manusia di seluruh pelusuk alam akan datang menziarahi Ka'bah. Manusia sewajarnya berfikir untuk berkorban dan berusaha untukmenjadi seorang yang saleh dengan datang untuk bersujud di hadapan Ka'bah dengan penuh ketakwaan dan keinsafan.