Anda di halaman 1dari 4

TONGGAK DUA BELAS

ELEMEN TONGGAK DUA BELAS

(i) Menghargai Masa (ii) Ketekunan Membawa Kejayaan (iii) Keseronokan Bekerja (iv) Kemuliaan Kesederhanaan (v) Ketinggian Peribadi (vi) Kekuatan Sifat Baik Hati (vii) Pengaruh Teladan (viii) Kewajipan Menjalankan Tugas (ix) Kebijaksanaan Berhemat (x) Keutamaan Kesabaran (xi) Peningkatan Bakat (xii) Nikmat Mencipta ANALISIS DAN TAFSIRAN 1 MENGHARGAI MASA Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.Maksudnya, apabila hilang , tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masayang berIalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap. Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. al-Quran(al-Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya jugaterdapat kata-kata hik mah yang menyentuh keperihalan mahalnya masa,contohnya 'time and tide wail for no man ". Peribahasa kita sendiri mengatakan masa itu emas"! Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.Misalnya, apabila me mbuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supayatidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjami nkerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yangdiutamakan dal am menghargai masa ialah: Segerakan tindakan; Tepati masa; Rancang masa dan tugas; dan Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan). Amalanamalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnyamencuri tulang semasa bertu gas atau berbual-bual kosong.

2 KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekuntidak menerima k ekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua.Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan merekayang sabar (al-Baqarah 2:153). Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,bekerja apabila dip erlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pulatidak bekerja atau curi tulang semas a mereka sepatutnya bekerja. Ketabahandiperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar at

au kecil. Setiaphalangan adalah cabaran dan bukannya pematah semangat. Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikaphangal-hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohisemangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan danberkesinamb ungan),seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secararingkasnya, nilainilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranyaialah:(i)Bersemangat gigih dan tekun;(ii)Berdisiplin,(iii)Dedikasi,(iv)Cekal,(v)Berpandangan jauh,(vi)Inovatif dan kreatif. 3 KESERONOKAN BEKERJA Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban danmembosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan ke rja, dansemangat untuk terusmenerus menjalankan tugas. Manusia yang seronokbekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 6644). Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepadausaha-usaha pekerjany a akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yangperlu dititik beratkan dalam. mewujudkan k eseronokan bekerja ialah: (i) Kerja adalah ibadah(i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah;(iii) Komitmenterhadap kerja(iv) Sedia bekerjasama. 4 KEMULIAAN KESEDERHANAAN Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkanbahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kes ederhanaan akan menjamintidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah: (i)Sederhana dalam semua aspek kehidupan;(ii)Tidak membazir,(iii)Adil dalamtindakan;(iv) Bersik ap terbuka(v) Berjimat cermat. Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuknunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang sukaberpura-pura. 5 KETINGGIAN PERIBADI Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalahtutur-kata yang so pan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang.Keikhlasannya juga nyata, bukan dib uat-buat. Sekalipun dia menduduki tempatsebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angk uh; boleh menegur danditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifa tketinggian peribadi seseorang ialah: (i)Bersopan santun(ii)Amanah(iii) Saling hormat-menghormati(iv)Sediamembantu.sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, ant ara lainnya, daripadaperbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah, menyalahgunakankedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak-tanduknya. 6 KEKUATAN SIFAT BAIK HATI Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagaiketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orangbawahannya, sedia memberi tunjukajar dan adil dalam keputusannya.Salahuddin AI-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikutpengikutnya dan dikagumioleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebua h kubuorang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacaraperkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkanialah: (i) Adil(i i)Sedia menerima teguran(iii) Bertimbang rasa(iv) Prihatin terhadapkebajikan. 7 PENGARUH TELADAN

Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buatseperti apa yang aku k ata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama sajaseperli ketam menyuruh anaknya berjalan be tul. Dalam banyak kes pula, teladanburuk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi! Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-mata memberiarahan. Oleh iti sifat-si fat yang perlu diamalkan ialah:(i) Berkelakuanbaik(ii)Amanah(iii) Telus dalam prosedur(iv)Bermor al tinggi. 8 KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginyamenyempurnakan tugas t ersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yangtepat ialah beriltizam menyempurnakannya den gan penuh tanggungjawab,bukansekadar memenuhi syarat saja. Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripadatanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang "mencuri " waktu pejabat,berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek danpinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan yang mengguna kan waklu"curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan keprofesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikianantara sifal ya ng perlu diamalkan ialah: (i) Bertanggungjawab(ii) Tekun dan sabar(iii) Mengutamakan kerja(iv)Peningkatan kualiti 9 KEBIJAKSANAAN BERHEMAT Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalahdikutuk, dikatakan s ahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentangmereka yang mantap kedudukan kew angannya, satu faklor yang sentiasaterdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbe lanjaan mereka,yakni tidak penah melebihi pendapatan. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasiMisalnya dalam pengg unaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakaipada sebelah halaman boleh digunakan seb agai scratch paper; lampu bilik airditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa wakturehat. Oleh yang d emikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakanusaha berhemat ialah: (i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan(iii)Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan. 10 KEUTAMAAN KESABARAN Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapatmenerima kegagalan se bagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenanganatau kejaya an tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W.,penentangan daripada pembesa r-pembesar Quraisy tidak mematahkan semangatperjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang.Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Bairddan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dandinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-altematif.Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalammenghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatupekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifat-sifatberikut: i)Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang(ii)Tidak mudah putus asa(iii)Sediamenyabut cabaran . 11 PENINGKATAN BAKAT Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhipleinleffigences. Orang yang

berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapatmenghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga kehari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya. Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jikadipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima.faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turutmendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-indivi du; kejayaansektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat sertamenggalakkan bakat t ersebut dipertingkatkan. Idea-idea baru janganlah disekat,lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikem bangkan. Dalamucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks JabatanPerkhidmatan Awam, beliau menegaskan tenta ng perlunya "menajarnkan bakatyang sedia ada pada seseorang". 12 NIKMAT MENCIPTA Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateralseperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatanjabatan kerajaanbanyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisipe gawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikanurusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkanpegawainya untuk mendapalkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang. Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.