Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

SI CAMAR YANG BERJASA Di suatu kawasan di dalam lautan kelihatan 2 ekor ikan sedang berenangrenang mencari makanan. Mereka ialah Cik Kembung dan Cik Tamban. Makanan mereka berbeza dengan makanan kita, kawan-kawan. Di celah-celah batu, Cik Kembung dan Cik Tamban memperolehi makanan yang berupa alga dan organisma kecil. Sedang Cik Kembung dan Cik Tamban leka menikmati keenakan alga dan organisma makanan mereka, Cik Tamban terlihat seekor burung camar berlegar-legar di ruang angkasa. Kelihatan Si Camar sedang mencari sesuatu. Cik kembung dan Cik Tamban yakin tentu Si Camar sedang meninjau-ninjau mangsanya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Cik Kembung dan Cik Tamban segera beredar sebelum disambar oleh Si Camar. Demi keselamatan, Cik Kembung dan Cik Tamban terpaksa berenang-renang ke suatu kawasan yang agak jauh untuk mendapatkan makanan. Sambil makan, mereka berbual-bual. Cik Kembung dan Cik Tamban merasakan kehadiran Si Camar mengancam kehidupan mereka. Setiap hari, ada saja dalam kalangan masyarakat laut yang menjadi mangsa Si Camar. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Di mana terdapat banyaknya alga, di situ jugalah Si Camar berada. Setiap hari mereka terpaksa menahan lapar agar keselamatan terjamin. Untuk mengelakkannya, Cik Tamban mencadangkan, Racun semua Si Camar! Pasti Aman! Ancaman terhindar!. Cik Kembung amat bersetuju dengan cadangan Cik Tamban. Keranadengan cara itu sahajalah bahaya dapat dihindar. Tanpa disedari, perbualan mereka terdengar oleh Sang Penyu. Selaku ahli masyarakat yang prihatin, Sang Penyu mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Cik Kembung dan Cik Tamban. Sang Penyu seekor binatang yang bijak. Dia sering menjadi rujukan bagi sebarang permasalahan dalam kalangan masyarakat di laut.

Menurut Sang Penyu, Jika camar dah tak wujud, racun itu akan mengalir ke dalam ekosistem laut. Akibatnya, semua rumpai laut akan tercemar. Dan memusnahkan semua hidupan laut, jelas Sang Penyu. Cik Kembung dan Cik Tamban terdiam mendengar kata-kata Sang Penyu. Setiap yang dikatakan oleh Sang Penyu adalah benar. Menurut Sang Penyu lagi, Si Camar merupakan penyumbang kepada sumber makanan terutamanya alga. Sekali lagi, Cik Kembung dan Cik Tamban terpana! Apa pula kaitannya dengan alga? fikir mereka. Burung Camar tinggal di kawasan batu di pinggir laut. Mereka akan makan dan membuang najis di kawasan tersebut. Najis burung camarlah yang menjadi sumber penggalak kepada alga-alga itu menbiak dan hidup subur, jelas Sang Penyu kepada Cik kembung dan Cik Tamban. Ini bermakna tiada burung camar, tiadalah alga. Tiada alga, tiadalah sumber makanan bagi spesis laut. Sungguh mengerikan! fikir mereka lagi. Bijak sungguh Sang Penyu. Kalau tidak, segalanya akan musnah dalam sekelip mata. Barulah mereka sedar bahawa mereka hidup dalam ekosistem yang sama. Danmempunyai kaitan dalam rantaian makanan. Kepupusan salah satu rantaian makanan akan menyebabkan organisma laut turut terjejas. Demikianlah kawan-kawan, setiap organisma yang dijadikan Tuhan mempunyai peranan masing-masing. Kita sama sekali tidak boleh mementingkan diri sendiri. Fakir sebelum bertindak. Itulah orang yang bijak. Dunia milik kita, Pelihara bersama, Seia sekata, Sehati dan sejiwa. Sekian, terima kasih.