Anda di halaman 1dari 1

Forum 3 Pentafsiran kurikulum ataupun penterjemahan kurikulum merupakan salah satu elemen penting yang perlu dilakukan oleh

para guru sebelum melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pentafsiran kurikulum yang perlu dilakukan oleh guru adalah merangkumi falsafah, rasional, objektif dan isi kandungan yakni sukatan pelajaran. Ini bagi memastikan guru tersebut benar-benar memahami dan menghayati matlamat, falsafah dan sukatan kurikulum tersebut seterusnya objektif kurikulum dapat dicapai melalui penyampaian isi kandungan mata pelajaran. Jika guru tidak dapat mentafsirkan kurikulum persoalan yang akan timbul bagaimanakah seseorang guru tersebut ingin menjadikan pengajaran dan pembelajarannya di bilik darjah menarik dan dapat mencapai objektifnya?. Pentafsiran kurikulum juga penting kepada guru supaya guru dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Selain daripada itu guru tersebut juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang matapelajarannya agar pentafsiran kurikulum terhadap matapelajaran tersebut adalah tepat dan bersesuaian.Hal ini disebabkan apabila guru dapat membuat tafsiran dan terjemahan yang tepat maka guru dapat menyampaikan isi kandungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan melalui strategi pengajaran dan kaedah pengajaran yang sistematik, efektif dan menarik contohnya dengan menggunakan alat bantu mengajar yang canggih dan kreatif . Pentafsiran kurikulum juga bertujuan supaya guru dapat menghayati falsafah pendidikan dan visi pendidikan yang diwar-warkan oleh kementerian. Maka matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi yang berketrampilan, masyarakat yang berilmu pengetahuan, masyarakat yang penyayang dapat dicapai selaras dengan kehendak kerajaan yang menginginkan

warganegara yang dapat memberi sumbangan terhadap kejayaan negara di mata dunia.