KONSEP PENDIDIKAN
ISTILAH PENDIDIKAN Perkataan pendidikan adalah terjemahan daripada perkataan education yang berasal daripada kata Latin educare yang membawa maksud -mengasuh, memelihara, serta membimbing. APA KATA BARAT TENTANG KONSEP PENDIDIKAN? a) John Dewey Mentakrif pendidikan sebagai satu proses pertumbuhan atau perkembangan. Beliau menganggap pendidikan sebagai satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu. James Mill Satu proses memberi pertolongan maksimum kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup ini penuh keselesaan serta kegembiraan. J.J. Rousseau Suatu proses yang berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Plato Suatu proses yang membentuk individu bersifat mulia. John Milton Berpendapat bahawa pendidikan yang lengkap & sempurna merupakan pendidikan yang membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dan pada setiap masa. John Park Berpendapat pendidikan ialah seni atau proses menyampaikan atau memperolehi ilmu pengetahuan & tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian.
b)
c)
d) e)
f)
g)
Niblet Matlamat akhir pendidikan bukan semata-mata mencapai kebahagiaan, tetapi sebenarnya untuk membangunkan kebolehan yang lebih besar.
a)
Muhammad Qutb
Proses untuk membina manusia yang menyeluruh, termasuk jasad. intelek & roh, kehidupan kebendaan serta rohaniah. Ia mempertimbangkan keseluruhan diri manusia itu sendiri sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan keadaan semula jadi ( fitrah ), tanpa meletakkan sesuatu yang melebihi kemampuan fitrahnya. Tambahnya, pendidikan bersifat menyeluruh & bersepadu serta cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikan, intelektual & kerohanian.
b)
c)
d)
al-Ghazali
Proses bermula sejak kecil lagi. Selain daripada aspek intelek, pendidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani & sukan supaya dapat menguatkan tubuh badan, serta menambahkan kecergasan. Selain itu, pendidikan juga merangkumi pemupukan budi pekerti yang mulia, bersifat berani, sabar serta menghormati orang lain.
TAFSIRAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pendidikan suatu usaha berterusan. Perkembangan potensi individu. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan berpadu. Insan yang seimbang dan harmonis. Unsur-unsur intelek. Unsur Rohani. Unsur-unsur Emosi. Unsur-unsur Jasmani. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Rakyat malaysia yang berketrampilan. Rakyat malaysia yang berakhlak mulia. Rakyat malaysia yang bertanggungjawab Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.