Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN KAEDAH KW-TABLE MEMBANTU MURID LEMAH TAHUN 5 DALAM MENYELESAIKAN SOALAN MATEMATIK BERAYAT BAGI OPERASI BERCAMPUR.

Oleh : Nik Noor Waheda Bt. Tuan Abdul Wahab1 & Sapiah Bt. Yusof2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu 8 orang murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot menyelesaikan soalan matematik berayat menggunakan kaedah KWTable. Soalan matematik berayat adalah antara penyumbang terbesar untuk mendapat markah yang tinggi dan cemerlang dalam ujian. Seramai 8 orang responden terdiri daripada 6 orang perempuan dan 2 orang lelaki telah dipilih. Tinjauan awal dilakukan melalui analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan ujian. Hasil tinjauan menunjukkan murid amat lemah dalam memahami kehendak soalan matematik berayat. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kebolehan menentukan operasi yang diperlukan dalam soalan matematik berayat ini. Sesi bimbingan dijalankan pada waktu Matematik setiap hari Isnin dan Selasa selama empat minggu selama sejam bagi setiap sesi. Keputusan ujian Pos menunjukkan peningkatan yang berlaku terhadap setiap responden. Secara keseluruhannya, setiap responden mengalami peningkatan yang positif dan hasil kerja yang terhasil adalah lebih bermakna dan sistematik. (Kata kunci : KW-Table, PDP, soalan Matematik berayat, analisis Newman) PENGENALAN Semasa mengajar topik operasi bercampur, murid dapat menjawab dengan betul apabila soalan yang diberikan adalah berbentuk soalan ayat matematik. Namun begitu apabila soalan yang diberikan adalah dalam bentuk penyataan masalah, murid tidak dapat memahami kehendak soalan dengan betul seterusnya menjawab dengan sesuka hati mereka sahaja. Jika mengikut analisis Newman, murid-murid ini mengalami masalah bermula dari tahap pemahaman soalan lagi. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila melihat markah dari hasli ujain TOV dan OTI 1 yang dijalankan pada awal bulan Mac lalu. Bagi Matematik Kertas 1, seramai 27 daripada 34 orang murid tahun 5 Bestari telah memperoleh 15 daripada 40 soalan yang betul. Seramai 20 orang mendapat 20 soalan betul dan ke atas. Bagi saya pencapaian ini adalah cukup baik bagi murid yang berada pada tahap sederhana. Namun begitu, saya terkejut kerana apabila dicampurkan kedua-dua markah dari Matematik Kertas 1 dan 2, seramai 14
vi

orang murid gagal dan paling tinggi markah adalah 70 markah. Terdapat murid yang mendapat 28 betul pada kertas satu tetapi kertas 2 hanya mendapat 9 markah sahaja. Hal ini disebabkan soalan dari Kertas 2 adalah meliputi soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Apabila saya menemubual murid kenapa mereka mendapat markah yang rendah dalam kertas 2, jawapannya adalah mereka tidak dapat memahami kehendak soalan yang diberikan. Hasil daripada pemerhatian inilah timbulnya idea untuk saya mengkaji cara atau kaedah untuk meningkat kefahaman murid terhadap soalan yang diberikan seterusnya mengurangkan kesalahan dalam kalangan murid semasa menjawab soalan operasi bercampur dalam soalan matematik pernyataan masalah. Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam komponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2001, yang terdiri daripada 70% soalan berbentuk masalah berayat (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [LPKPM], 2001). Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan operasi secara prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Penyelesaian masalah matematik berayat bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks seperti memahami maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi, menjalankan operasi yang telah dikenalpasti dan mendapatkan penyelesaian yang dikehendaki. Pandangan ini selaras dengan penjelasan Mayer (1985, 1987) yang mengusulkan empat peringkat yang harus dilalui oleh seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1) menterjemahkan masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari strategi, dan (4) melaksanakan penyelesaian. Masalah yang berkaitan dengan kurikulum sekolah rendah biasanya adalah masalah rutin dalam bentuk simbol dan kata (Ong dan Yong, 2003). Menurut Musa, (2009); Mohd Uzair (1999); Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JSPN) (2000), murid mengingati prosedur dan operasi matematik mengikut kata kunci pada soalan itu. Ini kerana, sebilangan besar murid akan menyelsaikan masalah tanpa memahami kehendak sesuatu soalan itu dengan lebih mendalam. Pengkaji berpendapat bahawa teknik penghafalan sebegitu hanya sesuai untuk masalah rutin sahaja, manakala masalah berbentuk tidak atau bukan rutin meminta murid untuk menggunakan strategi yang tepat bagi menyelesaikan masalah sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman sedia ada mereka. Menurut Radetz dan Yap (1982), kesilapan dalam pembelajaran matematik tidak hanya dapat dilihat dengan jawapan yang betul, tetapi ianya akan lahir dari proses tertentu yang mana kemahiran perlu dikuasai terlebih dahulu. Ini kerana, kegagalan dalam memahami bahan atau pernyataan yang dibaca secara tidak langsungnya akan menjadi halangan kepada pelajar melangkah ke strategi penyelesaian yang berikutnya yang mana lebih tinggi dan memperolehi kemahiran lain. Ini kerana penyelesaian dalam masalah matematik adalah
vii

berbentuk hierarki. Pengkaji berpendapat bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ini agar murid tidak menghadapi masalah dengan menyelesaikan masalah berayat. METODOLOGI Pengkaji telah melaksanakan Kajian Tindakan berdasarkan Model Kajian Kemmis & McTaggard (1988). Kajian ini dimulakan dengan membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah dijalankan pada masa lalu. Menerusi refleksi ini, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Setelah membuat refleksi terhadap masalah yang dihadapi oleh murid, pengkaji telah merancang strategi yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut. Perancangan yang dibuat merangkumi tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pengkaji seperti menjalankan pemerhatian, Ujian Pra, Ujian Pos dan temubual kepada murid. Selain itu, strategi yang dirancang juga melibatkan pelaksanaan rawatan ke atas murid menggunakan kaedah KW-Table. Sejurus merangka strategi, pengkaji telah memulakan tidakan seperti yang dirancang. Pengkaji telah bertindak mengikut aturan strategi yang telah dirangka supaya pelaksanaan tindakan berjalan lancar.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggard (1988)

viii

DAPATAN KAJIAN

JADUAL 6.1.1 : Analisis Bagi Ujian Pra

Item

Ujian pra
Aiman Amani Dalila Fatin Sofhia

Razwin X X X X 0

Zara X X X 1

Danny X X X X 0

Jumlah betul 0 0 0 1 0 0

1 2 3 4

X X X X

X X X X 0

X X X X 0

X X X X 0

X X X X 0

Jumlah 0 a/4 Min

JADUAL 6.1.2 : Analisis Bagi Ujian Pos Item Ujian Pos


Aiman 1 2 3 4 Amani Dalila Fatin Sofhia

Jumlah betul Razwin 4 Zara 4 Danny X 3 3 8 7 8 0

X 3

X 3

X X 2

Jumlah 3 a/4

Min

ix

Rajah 1 di bawah menunjukkan graf perbandingan markah semasa Ujian Pra dan Pos bagi kelapan-lapan responden.

4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 aiman amani dalila fatin sofhia razwin zara danny ujian pra ujian pos

Rajah 1 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos

Soalan kajian membincangkan bagaimana kaedah KW-Table dapat membantu responden dalam menyelesaikan soalan matematik berayat. Jawapan bagi soalan ini terbukti dengan hasil pencapaian responden dalam Pos yang telah dijalankan.Dapatan kajian dihuraikan dengan lebih terperinci mengikut responden dan perbandingan setiap item bagi ujian pra dan pos secara teratur. Sebanyak 4 item soalan telah digunakan dalam kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos. Semasa Ujian Pra, hanya seorang sahaja responden yang mendapat 1 jawapan betul dalam 4 item yang disoal manakala yang lain mendapat 0 markah bagi semua item soalan. Peningkatan yang amat memberangsangkan dapat dilihat pada Ujian Pros dimana setiap responden mendapat peningkatan sekurang-kurangnya 2 item yang Berjaya dijawab dengan betul. Seramai 4 orang responden mendapat markah penuh, 3 oarang mendapat betul dan hanya seorang mendapat 2/4. Keseluruhannya, setiap responden mendapat peningkatan 50% markah dalam Ujian Pos berbanding dalam Ujian Pra yang telah pengkaji jalankan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah KW-Table ini sebagai satu bentuk bantuan memahami kehendak soalan adalah berjaya. Pengkaji memfokuskan bagaimana cara responden mengeluarkan maklumat daripada soalan Matematik berayat yang diberi dan bukannya hanya jawapan akhir semata-mata. Pengkaji telah menetapkan pengiraan markah adalah jika responden melakukan jalan pengiraan dan mendapat jawapan yeng betul, maka 1item dikira betul. Responden adalah terdiri daripada murid yang berpencapaian rendah. Maka, dengan ini pengkaji x

memfokuskan bagaimana responden dapat memahami kehendak soalan berbanding dengan konsep penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dapatan kajian juga menunjukkan Responden 5 mendapat peningkatan sebanyak 50% iaitu peningkatan yang terendah. Manakala peningkatan yang tertinggi iaitu 100% berjaya dicapai oleh Responden 4, 6 dan 8. Namun begitu, kaedah KW-Table ini memberi kesan terhadap peningkatan markah responden. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kaedah KW-Table dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian 8 orang responden dari tahun 5 Bestari dalam penyelesaian soalan matematik berayat bagi operasi bercampur. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil daripada persoalan kajian yang telah dikemukakan, jawapan yang diperoleh dengan jelasnya bahawa kaedah yang telah pengkaji perkenalkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pencapaian murid lemah tahun 5 Bestari dalam soalan matematik berayat bagi operasi bercampur. Soalan matematik berayat adalah soalan yang menyumbang markah tertinggi dalam ujian Matematik. Maka, adalah penting bagi murid-murid untuk menguasai kemahiran cara menjawab soalan matematik berayat dan seterusnya dapat melakukan jalan kerja yang betul dan sistematik. Bagi murid tahun 5 pula, isi kandungan pelajaran matematik telah sampai ke kemuncaknya. Dengan ini, murid harus tahu akan kepentingan menjawab semua soalan dan berusaha sedaya mungkin untuk menulis jalan pengiraan bagi setiap soalan. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kaedah KW-Table ini dapat dilaksanakan dalam PdP dan kaedah ini sesuai bagi melatih murid dalam melakukan jalan kerja bagi soalan matematik berayat dengan lebih sistematik. Sepertimana yang kita tahu, bagi soalan dalam kertas 2, jalan kira yang ditunjukkan juga akan mendapat markah yang tertentu walaupun jawapan akhir yang diberikan adalah salah mungkin disebabkan oleh kecuaian yang tidakdisengajakan oleh murid. Kaedah KW-Table ini adalah sesuai untuk diaplikasikan dalam semua tajuk matematik. Pengkaji juga mencadangkan agar kaedah ini dapat dilakukan atau dilaksanakan dengan kerap. Maka dengan ini secara tidak langsung, murid akan menghafal langkah-langkah yang betul untuk mendapatkan jawapan yang betul. Seterusnya, cadangan berikutnya adalah pengkaji juga boleh mengubahsuai kaedah KW-Table ini supaya menjadi lebih flesibel dan mudah penggunaannya ataupun menjadi lebih konkrit. Sebagai contohnya, jadual yang digunakan dalam kaedah KW-Table boleh ditukar kepada kaedah lipatan kertas kepada 4 bahagian seolah-olah sepertimana garisan yang terdapat dalam jadual. Dengan ini, murid juga akan berasa lebih seronok semasa aktiviti lipatan kertas dilakukan. Pengkaji juga mungkin boleh menambah warna pada empat bahagian yang telah wujud tersebut. Sepertimana yang kita tahu, kanak-kanak juga amat menyukai warna. Dengan ini murid akan menjadi lebih bersemangat dalam PdP yang dilaksanakan oleh guru. SENARAI RUJUKAN 1. Azlina Binti Mohd Kosnin , Siti Hajjar Binti Mohd Khalid. (2007). Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1. Akses dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=meyer+1985+penyelesaian+masalah+matemat ik,&source=web&cd=1&ved=0CCYQFjAA&url=http://eprints.utm.my/10885/1/StrategiStrategi_Pemahaman_Dalam_Penyelesaian_Masalah_Matematik.pdf&ei=tuiOT6meIdHrrQea n4DQCQ&usg=AFQjCNHlt_RCFuXM6EllMvh4sPsuM32IQ&sig2=4_Gm76ywq4IKRhE4Fhdx3w 2. Bintu Nahel (2012). Metode Analisis Kesalahan Newman. Akses dari http://id.shvoong.com/social-sciences/education/2253245-metode-analisis-kesalahannewman/

xi

1. Fatimah Saleh (1999). Visualisasi sebagai satu teknik pengajaran matematik. Journal of The Association for Science and Mathematics Education, Penang (ASMEP), Volume 7, 1999, 3642. 2. Hassan Pardi (1998). Pola kesilapan murid tahun tiga menyelesaikan masalah bercerita dalam matematik: satu kajian kes. Laporan kajian yang diserahkan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan bagi Ijazah Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. 3. Hegarty, M., Mayer, R. E. & Monk, C. A. (1995). Comprehension of Arithmetic Word Problems: A Comparison of Successful and Unsuccessful Problems Solvers. Journal of Educational Psychology, 87(1), 18-32. 4. Kelly, J. A. (1999). Improving Problem Solving through Drawings. Teaching Children Mathematics, 6(1), 48-51. 5. Mohd. Uzi Dollah (1999). Penyelesaian Masalah Matematik: Satu kajian kes pelajar tingkatan dua. Tesis yang tidak diterbitkan: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 6. Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997 7. Samsudin Deraman, Fatimah Saleh. 2001. Visualisasi : Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR. Akses dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=cara+menjawab+soalan+matematik+berayat& source=web&cd=1&ved=0CC4QFjAA&url=http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/semin arpapers/2003/samsudinSMKBarukk.pdf&ei=2X9tT86INoTirAfNoaSgDg&usg=AFQjCNHw hPoFz2SIoPvQijyefU7aRrz4Fg&sig2=ECR3JK5g7B5XD7yBrhP2WQ 8. T. Margaret. Mathematics Through Problem Solving. Akses dari http://www.mathgoodies.com/articles/problem_solving.html 9. Tengku Zawawi b Tengku Zainal. KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARI. Akses dari http://mujahid.tripod.com/kurimath_bestari.html 10. Zetty Zaiton. Perkembangan Kanak-kanak Dalam Pergerakan (0-6 Tahun). Akses dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=teori+perkembangan+kognitif+piaget+1952& source=web&cd=7&ved=0CF8QFjAG&url=http://tree.com.my/%40api/deki/files/998/%3D2 _Teori_Kanak-kanak.pdf&ei=DuOT9DkKITyrQfJsrmyCQ&usg=AFQjCNEF6Zx0guhw355fdh5JAiSFyJdAA&sig2=SpYuS8OXigUjKUnKJiK9vw

xii

Anda mungkin juga menyukai