Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2008


PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
29 OKTOBER 2008

TINDAKAN TEKS
Muzik dimainkan
Setelah mendapat isyarat, muzik dihentikan untuk pengumuman.

Para hadirin sekalian.

MASURI Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin
mengambil tempat masing-masing.

Terima kasih.
Para tetamu mengambil tempat
Para graduan sedia beratur

Para hadirin yang dihormati.

Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin memaklumkan
kepada para hadirin sekalian bahawa pengambilan gambar semasa upacara
penyampaian diploma adalah tidak dibenarkan sama sekali. Para hadirin juga
diminta untuk mematikan telefon bimbit masing-masing. Ingin diingatkan sekali
lagi bahawa kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk
ke dalam dewan.
SHAHRUL
AZLAN
Untuk perhatian hadirin dan hadirat sekalian, sekiranya berlaku sebarang
kebarakaran atau kecemasan, diharapkan agar jangan panik. Sila berjalan
dengan tenang dan teratur ke pintu keluar kecemasan yang terdapat di kiri,
kanan dan belakang dewan.

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

VIP & PARA GRADUAN BERSEDIA UNTUK MASUK KE DEWAN


SETELAH DIBERIKAN ISYARAT

Mengumumkan PERARAKAN MASUK KE DEWAN didahului oleh PARA


GRADUAN, PARA PENSYARAH, dan seterusnya PEMBAWA MOHOR
MASURI
RASMI KONVOKESYEN DAN TETAMU KEHORMAT dengan diringi oleh
AHLI-AHLI SENAT KOLEJ.
Hadirin diminta berdiri.
Muzik gamelan dimainkan

Perarakan masuk para graduan, pensyarah, pembawa mohor konvokesyen, ahli senat &
tetamu kehormat
Muzik gamelan diperlahankan

Setelah tetamu kehormat dan semua hadirin duduk muzik gamelan dihentikan

Pengacara Majlis bacakan skrip Mohor Rasmi selepas VIP Duduk

Cokmar Kolej Profesional MARA adalah sebuah cokmar yang melambangkan


mahasiswa yang memburu pengetahuan secara sistematikdan tekun untuk
MASURI
kebaikan sejagat. Ianya merupakan simbol sebuah masyarakat yang dihormati
dan disegani. Bentuk cokmar ini melambangkan sebuah institusi pengajian
tinggi yang dapat membentuk graduan berdisiplin dan dihormati kerana
penguasaan ilmunya.

LAGU NEGARAKU BERSEDIA

SHAHRUL
Hadirin di minta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
AZLAN

SETELAH LAGU NEGARAKU DINYANYIKAN


SHAHRUL
AZLAN Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahhirraahmaannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

• YANG BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR


Menteri Kementerian Penbangunan Usahawan dan Koperasi

• Yang Berbahagia, Dato’ Seri Idris Bin Jusoh


Pengerusi MARA

• Puan Hanisah Binti Omar


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA

• Encik Mohd Azemi Bin Yusoff


Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

• Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA

• Yang Dihormati, En. Aw Yong Soon Kok


Edexel Regional Director
Yang berbahagia datuk-datuk, datin-datin, dif-dif jemputan, ahli-ahli Senat, para
pensyarah dan kakitangan, graduan-graduan yang diraikan serta sidang
hadirin sekalian.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran Yang


Berbahagia, YANG BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR kerana sudi
bersama-sama memeriahkan upacara Majlis Konvokesyen Kolej Profesional
MARA 2008.

Syukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
maka upacara pada pagi ini dapat dilangsungkan.

Ustaz bersedia untuk bacaan doa

Para hadirin sekalian.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan. Majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Imran


MASURI
Ramzi Haji Ibrahim untuk menyempurnakan bacaan doa.

Dipersilakan.

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Imran Ramzi diatas
MASURI bacaan doa tadi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia
dan rahmat Allah SWT.

TKP MARA bersedia untuk ke rostrum

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hanisah


Binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk menyampaikan
MASURI ucapan alu-aluan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

TKP MARA memberikan ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanisah Binti Omar, Timbalan Ketua
MASURI Pengarah Pendidikan MARA di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Menteri KPUDK bersedia untuk ke rostrum

Para hadirin sekalian.


SHAHRUL
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERHORMAT DATO'
AZLAN
NOH BIN OMAR Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ybhg. Menteri KPUDK memberikan ucapan

Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada YANG BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR diatas ucapan itu tadi.
SHAHRUL
Buat santapan mata para hadirin sekalian, sebentar lagi montaj Kolej
AZLAN
Profesional MARA akan ditayangkan. Di dalam montaj ini, akan
dipersembahkan maklumat-maklumat terkini mengenai Kolej Profesional
MARA. Dipersilakan.

AJK Sijil bersedia


Pengurus Graduan bersedia untuk mengarahkan pelajar-pelajar beratur:
1- Diploma in Accountancy (DIA)
2- Diploma in Business Studies (DBS)

GRADUAN DIA BERATUR UNTUK MENERIMA DIPLOMA

PENGARAH BPT BERSEDIA UNTUK PENGISYTIHARAN PEMBUKAAN MAJLIS


KONVOKESYEN 2008

Seterusnya pula majlis mempersilakan Encik Mohd Azemi Bin Yusoff,


Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA untuk mengisytiharkan
Pembukaan Majlis Konvokesyen Bersama Kolej Profesional MARA, Kali
MASURI
Ke-1.

Dengan hormatnya, dipersilakan.

PENGISYTIHARAN OLEH PENGARAH BPT

GRADUAN DIA SIAP SEDIA BERATUR


SHAHRUL
AZLAN Untuk menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya menjemput YANG
BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR, Menteri Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, dengan diiringi oleh Encik Azemi Bin Yusoff,
Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, untuk menyampaikan diploma
kepada para graduan. Acara penyampaian diploma ini adalah untuk kursus-
kursus diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA dengan mengikut
turutan didahului oleh Kolej Profesional MARA Beranang, Kolej Profesional
MARA Melaka dan diakhiri dengan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota.

MENTERI KPUDK DAN PENGARAH BPT MENGAMBIL TEMPAT DI PENTAS

Muzik gamelan mula dimainkan

SHAHRUL Mengumumkan nama-nama graduan bagi program Diploma in Accountancy


AZLAN (DIA).

SHAHRUL
AZLAN
Nama-nama graduan DIA diumumkan satu persatu
MASURI
GRADUAN DBS SEDIA BERATUR

SHAHRUL Seterusnya mengumumkan nama-nama graduan bagi program Diploma in


AZLAN Business Studies (DBS).

SHAHRUL
Nama-nama graduan DBS diumumkan satu persatu
AZLAN
MASURI

GRADUAN DEC SEDIA BERATUR

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian diploma bagi program Diploma in


MASURI
English Communication (DEC).

SHAHRUL
AZLAN Nama-nama graduan DEC diumumkan satu persatu

MASURI
GRADUAN DEN SEDIA BERATUR

SHAHRUL Seterusnya mengumumkan nama-nama graduan bagi program Diploma in


AZLAN Entrepreneurship (DEN).

SHAHRUL
AZLAN Nama-nama graduan DEN diumumkan satu persatu

MASURI
GRADUAN DAB SEDIA BERATUR

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian diploma bagi program Diploma in


MASURI
Agro Business (DAB).

SHAHRUL
AZLAN Nama-nama graduan DAB diumumkan satu persatu

MASURI

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG BERHORMAT


SHAHRUL DATO' NOH BIN OMAR di atas kesudiannya untuk menyampaikan diploma
AZLAN sebentar tadi.

MENTERI KPUDK DAN PENGARAH BPT KEMBALI KE TEMPAT DUDUK

Muzik gamelan dihentikan

PEMBACA PUISI PERTAMA BERSEDIA

Setelah diberikan isyarat, PEMBACA PUISI bergerak ke rostrum

Hadirin sekalian.

Majlis berehat seketika. Untuk memeriahkan lagi majlis, marilah sama-sama


kita menghayati sebuah puisi berjudul Warkah Seorang Graduan, Puisi ini
MASURI adalah hasil nukilan _____________________ dan akan disampaikan oleh
Cik Dayang ___________________ .

Dipersilakan.

PUISI DIBACAKAN
MASURI
Terima kasih diucapkan kepada Saudari ________________________ di atas
bacaan puisi sebentar tadi.

Dengan ini, majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput YANG
BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR, Menteri Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, dengan diiringi oleh Encik Azemi Bin Yusoff,
Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, untuk menyampaikan diploma
kepada para graduan program Higher National Diploma. Acara penyampaian
diploma ini adalah untuk kursus-kursus Higher National Diploma yang
ditawarkan di Kolej Profesional MARA dengan mengikut turutan didahului oleh
Kolej Profesional MARA Beranang, Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
dan diakhiri dengan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.

MENTERI KPUDK DAN PENGARAH BPT MENGAMBIL TEMPAT DI PENTAS

GRADUAN HND-BIT SEDIA BERATUR

SHAHRUL Majlis diteruskan dengan penyampaian diploma bagi program Higher National
AZLAN Diploma in Computing (Business Information Technology) (HND-BIT))

SHAHRUL
Nama-nama graduan HND-BIT diumumkan satu persatu
AZLAN
MASURI
GRADUAN HND COMPUTING SEDIA BERATUR

Seterusnya mengumumkan nama-nama graduan bagi program Higher


MASURI
National Diploma in Computing (HND COMPUTING).

SHAHRUL
Nama-nama graduan HND COMPUTING diumumkan satu persatu
AZLAN
MASURI
GRADUAN HND e-COMMERCE SEDIA BERATUR

SHAHRUL Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian diploma bagi program Higher
AZLAN National Diploma in E-Commerce (HND E-Commerce).

SHAHRUL
AZLAN Nama-nama graduan HND E-Commerce diumumkan satu persatu

MASURI
GRADUAN HND MARKETING SEDIA BERATUR

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian diploma bagi program Higher


MASURI
National Diploma in Marketing (HND MARKETING).

SHAHRUL
Nama-nama graduan HND E-Commerce diumumkan satu persatu
AZLAN
MASURI

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG BERHORMAT


MASURI DATO' NOH BIN OMAR di atas kesudiannya untuk menyampaikan diploma
sebentar tadi.
PEMBACA PUISI KEDUA BERSEDIA

Setelah diberikan isyarat, PEMBACA PUISI bergerak ke rostrum

Hadirin sekalian.

Majlis berehat seketika. Untuk memeriahkan lagi majlis, marilah sama-sama


kita menghayati sebuah lagi puisi berjudul Kasihmu Kejayaanku, Puisi ini
SHAHRUL
adalah hasil nukilan _____________________ dan akan disampaikan oleh
AZLAN
Encik Noorhisyam Bin _________ dan Saudara Mohd. Hafiz Bin
__________ .

Dipersilakan.

PUISI DIBACAKAN

SHAHRUL Terima kasih diucapkan kepada Encik Noorhisyam dan Saudara Mohd. Hafiz di
AZLAN atas bacaan puisi sebentar tadi.

PENERIMA-PENERIIMA ANUGERAH MOPA SEDIA BERATUR

Para hadirin sekalian.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan


MARA atau dikenali sebagai “MARA Outstanding Performance Award”
(MOPA).

Untuk makluman hadirin, Anugerah Kecemerlangan MARA ataupun MARA


Outstanding Performance Awards (MOPA) di berikan kepada graduan yang
berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat CGPA melebihi 3.75 bagi
MASURI
program DIA, DBS, DEC, DEN dan DAB manakala 3.5 bagi program HND BIT.

Untuk menyempurnakan majlis dengan segala hormatnya dipersilakan Dato’


Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA dengan diiringi oleh Encik Azemi Bin
Yusoff, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA untuk menyampaikan
anugerah-anugerah kepada graduan yang berjaya.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

SHAHRUL
Nama-nama penerima anugerah diumumkan satu persatu
AZLAN
MASURI
Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berbahagia, Dato’ Seri.
PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG HND SIAP BERADA DI TEMPAT
DISEDIAKAN

Hadirin dan hadirat sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian Anugerah Pelajar


Cemerlang bagi program Higher National Diploma (HND).

Untuk makluman hadirin sekalian, selain menerima cenderamata daripada


SHAHRUL
MARA, graduan terbaik bagi program Higner National Diploma ini juga akan
AZLAN
menerima penghargaan daripada pihak EDEXCEL berupa wang tunai
berjumlah RM1000.00.

Dengan ini, majlis menjemput Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,


En. Azemi Bin Yusoff untuk mengiringi _______________________, wakil dari
Edexcel untuk menyampaikan anugerah.

PENGARAH BPT DAN WAKIL EDEXCEL BERSEDIA MENYAMPAIKAN ANUGERAH

SHAHRUL Majlis dengan ini menjemput _____________________________ untuk


AZLAN menerima Anugerah Pelajar Cemerlang program HND.

PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG HND NAIK KE PENTAS

PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KESELURUHAN SEDIA DI TEPI PENTAS

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik ______________ dari


Edexcel di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

Kita telah tiba ke acara kemuncak majlis kita pada hari ini iaitu penyampaian
Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan.

Untuk makluman hadirin sekalian, pemilihan penerima anugerah ini adalah


berdasarkan kepada __________________
_______________________________________________________________
MASURI
________________________________

Penerima anugerah ini akan menerima hadia penghargaan daripada MARA


berupa wang tunai berjumlah RM500.00.

Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput YANG BERHORMAT DATO' NOH
BIN OMAR, Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
dengan diiringi En. Azemi Bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi
MARA untuk menyampaikan anugerah.
MENTERI KPUDK DAN PENGARAH BPT BERSEDIA UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH

BIODATA PELAJAR.

MASURI
Majlis dengan ini menjemput _____________________________ untuk
menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan.

PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KESELURUHAN MENERIMA ANUGERAH


BELIAU

Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berbahagia, Dato’ Seri dan Dato’.
SHAHRUL
AZLAN
Majlis ingin menjemput ___________________________ untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Muzik dihentikan
PENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KESELURUHAN MENYAMPAIKAN
UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada _________________________ di atas ucapan


itu tadi.

SHAHRUL Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Dato’ Seri
AZLAN idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA untuk menyampaikan cenderamata kepada
YANG BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

CENDERAHATI DIBERIKAN

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri dan Dato’.

Para hadirin yang dihormati sekalian.


MASURI
Seterusnya PENGISYTIHARAN PENUTUP MAJLIS KONVOKESYEN
BERSAMA, KOLEJ PROFESIONAL MARA 2008 oleh En. Azemi Bin Yusoff,
Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

Pengisytiharaan PENUTUP MAJLIS KONVOKESYEN


SHAHRUL
AZLAN Hadirin yang dihormati sekalian.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita pada hari ini.


Sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

YANG BERHORMAT DATO' NOH BIN OMAR, Menteri Kementerian


Pembangunan Usahawan dan Koperasi,

Dato’ Seri idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA,

Datuk Nam Marthinin, Ketua Pengarah MARA,

serta DIF-DIF JEMPUTAN di atas kesudian bersama-sama menyempurnakan


majlis pada hari ini

Dan tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
hadirin yang sudi hadir meraikan majlis kami pada kali ini.

Kepada graduan, sekalung TAHNIAH diucapkan dan selamat maju jaya dalam
apa jua bidang yang diceburi.

LAGU MARA SEDIA

Hadirin dan hadirat sekelian diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan


MASURI
Lagu MARA

Lagu MARA dimainkan & dinyanyikan beramai-ramai

Kesemua VIP di atas pentas bersedia untuk PERARAKAN KELUAR DEWAN

Pembawa Mohor Rasmi Konvokesyen bersedia untuk keluar

Diumumkan PERARAKAN KELUAR PEMBAWA MOHOR KONVOKESYEN,


SHAHRUL
TETAMU KEHORMAT, AHLI-AHLI SENAT KOLEJ, PARA PENSYARAH DAN
AZLAN
PARA GRADUAN.

Muzik gamelan dimainkan


PERARAKAN KELUAR bermula
Setelah tamat PERARAKAN KELUAR, muzik gamelan dihentikan

Penyambut tetamu bersedia untuk mengiringi tetamu-tetamu ke bilik VIP yang disediakan
MASURI
Sekianlah sahaja majlis kita pada hari yang berbahagia ini.

Sebelum mengundur diri, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan, kerjasama dan
sokongan, secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis
pada petang ini.
Pihak majlis menjemput tetamu-tetamu khas dan jemputan serta para
pensyarah dan kakitangan untuk menikmati jamuan di Foyer Tingkat 2,
manakala kepada para ibubapa, dijemput untuk menikmati jamuan di luar
dewan.

Perhatian kepada hadirin sekalian, sebentar lagi satu sesi fotografi bagi
semua graduan dan pensyarah akan diadakan bersama-sama dengan Ketua
Pengarah MARA. Para graduan diminta untuk mengambil tempat bagi sesi
fotografi ini.

Sekian. Wabillahit taufiq walhidayah wassalaamualaikum wmt wbt.

Minta perhatian.

Kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, bas


telah disediakan untuk ke stesen bas dan LRT yang berdekatan. Bas akan
SHAHRUL menuju ke ____________________ dan akan bertolak pada jam
AZLAN _________________. Sila tunggu di tempat yang telah ditetapkan.

Kepada para graduan, diingatkan sekali lagi bahawa masa pemulangan jubah
adalah dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Concourse Level.
Sekian, terima kasih.