Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan algoritma piramid dapat meningkatkan prestasi murid menyelesaikan masalah bahagi dalam sukatan Tahun 4 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Seramai 10 orang murid iaitu 5 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki telah dipilih sebagai responden. Algoritma piramid dipilih sebagai inervensi untuk menggantikan algoritma tradisonal yang rumit dan untuk meningkatkan prestasi murid. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, soal selidik diambil kira daripada pelajar untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap topik pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ujian pra yang mengandungi sepuluh soalan diberikan sebelum kajian dijalankan. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum intervensi dijalankan manakala ujian pasca pula digunakan untuk mendapat keputusan setelah intervensi dilaksanakan beberapa sesi pengajaran. Ujian pasca juga mengandungi sepuluh soalan yang sama dan diberikan pada akhir kajian. Soal selidik pula bertujuan untuk mengetahui maklum balas daripada murid mengenai kecenderungan murid untuk melilih algoritma piramid dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan topik bahagi. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian algoritma piramid berjaya meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam topik bahagi malah meransang minda dan motivasi murid untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan topik bahagi.

ABSTRACT

This research was designed to determine whether of the application of pyramid algorithm can improve the performance of students in solving division problem in the Year 4 syllabus. The respondents consist of 10 pupils from Year 4 in a school in Penang. 5 of them are females and 5 of them are males. The instruments that have been used in this research are pre-test and post-test. Apart from that, the questionnaire also has been carried out to the Year 4 pupils in order to identify the responses and to get the feedback from the pupils about the topic and the activities that have been done. The pre-test is a preliminary testing which consists of ten questions. It was designed to identify the level of performance among the pupils and post-test is meant to measure their level of understanding after the alternative method has been carried out. Meanwhile, the questionnaire is designed to acquire the feedback from the pupils about the tendency of students to choose the pyramid algorithms in answering questions related to the division topic. The result from this research indicates that this technique has managed to increase the level of performance and understanding among the pupils for this particular topic which was division and at the same time, it help to stimulate their mind and motivate students to answer questions related to the topic of division.