Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN 2: Contoh Papan Cerita Penggunaan EDUWEBTV secara Kreatif

Visual

Naratif (Audio)

Set Induksi

Sebagai induksi set pengajaran, guru bersoal-jawab secara lisan dengan murid tentang tayangan media yang dipertontonkan oleh kepada mereka. Induksi set ini amat penting sebagai permulaan pengajaran bagi tujuan mendapatkan perhatian dan mengarahkan perhatian murid kepada perkara yang hendak dipelajari serta untuk mengekalkan motivasi mereka.

Interaksi guru dengan murid

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan interaksi guru-murid di dalam bilik darjah.

Permulaan Pengajaran

Untuk langkah pertama pengajaran, guru menjelaskan kepada muridmurid bahawa guru akan menayangkan sedutan akhir sebuah peristiwa daripada bahan sumber EDUWEBTV. Peristiwa yang akan ditayangkan adalah selama satu minit.

Langkah 1: (Sebelum tayangan) Guru membuat penstrukturan dan memberi penjelasan

Sewaktu menonton, para muridmurid dikehendaki memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku. Muridmurid juga diingatkan supaya meneliti watak-watak yang terdapat dalam peristiwa tersebut.

Langkah 2: (Semasa tayangan) Guru memberi arahan tentang perkara yang harus dilakukan sewaktu menonton.

Muridmurid menonton tayangan bahan sumber EDUWEBTV dengan memerhatikan perkara yang ditegaskan oleh guru.

Pelajar menonton petikan bahan sumber EDUWEBTV

Guru menayangkan petikan bahan sumber tersebut.

Langkah 3: Perkembangan Pengajaran

Setelah selesai menonton, mengemukakan soalan.

guru

Interaksi guru-murid

Guru kemudiannya meminta maklum balas daripada murid tentang apa yang telah ditonton.

Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

Guru bertanya kepada murid-murid tentang: - Apakah yang telah berlaku?, - Siapakah yang terlibat?, - Di manakah peristiwa itu berlaku?, - Bagaimanakah suasana pada ketika itu?

Interkasi guru-murid Guru memberi arahan

Apabila guru berpuas hati dengan maklum-balas daripada murid-murid, guru memberi arahan selanjutnya iaitu meminta murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.

Muird-murid membentuk kumpulan

Tiap-tiap kumpulan mempunyai ahli seramai enam orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Pergerakan muirdmurid membentuk kumpulan

Setelah kumpulan dibentuk, ahli-ahli dikehendaki duduk dalam kumpulan masing-masing dalam bentuk bulatan.

Muird-murid berbincang dan menjalankan aktiviti serta menyelesaikan tugasan yang diberikan

Untuk tugasan kumpulan pula, guru mengarahkan semua ahli kumpulan berbincang dan membina sebuah cerita. Cerita yang akan direka itu mestilah diakhiri dengan adegan atau peristiwa yang telah tontoni daripada awal pengajaran tadi. Muird-murid diberi tempoh selama tujuh minit untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan itu.

Langkah 4: Wakil murid membacakan hasil kerja mereka

Seterusnya guru meminta setiap kumpulan memilih wakil kumpulan masing-masing dan membacakan cerita yang telah direka secara bergilirgilir.

Guru memerhati dan menilai

Semasa wakil-wakil kumpulan membacakan cerita yang telah direka oleh mereka, guru menilai mutu cerita yang telah terhasil untuk memilih kumpulan yang terbaik.

Langkah 5: Guru mengumumkan kumpulan terbaik

Setelah tiap-tiap wakil kumpulan membacakan cerita rekaan mereka, guru mengumumkan kumpulan yang berjaya menghasilkan cerita yang terbaik.

Murid melakonkan cerita yang telah mereka reka

Seterusnya guru mengarahkan kumpulan yang terpilih melakonkan cerita rekaan mereka dari mula hingga akhir. Lakonan dibuat secara spontan.

Penutup: Guru menayangkan semla cerita seebenar sehingga akhir

Sebelum mengakhiri pengajaran, guru menayangkan semula cerita di dalam video tersebut dari mula hingga akhir untuk menunjukkan jalan cerita yang sebenarnya.

Guru membuat rumusan dan memberi tugasan

Sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, guru memberi tugasan seperti menulis karangan berbentuk keperihalan, membuat dialog, membuat rumusan atau membuat ringkasan cerita yang telah dipertontonkan.

Anda mungkin juga menyukai