Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MIKROTEACHING PENDIDIKAN JASMANI NAMA: KEVIN JOHN JALANI TARIKH: 10. OGOS. 2012 Pada 10. Ogos.

2012 bersamaan hari jumaat, saya dan rakan saya iaitu Kartika telah melaksanakan satu pengajaran mikroteaching bagi subjek pendidikan jasmani bagi tajuk pergerakan gimnastik beirama bagi tema 3 iaitu meringkuk dan melunjur. Ianya adalah dibawah tunjang kemahiran untuk murid tahun 4 KBSR. Masa pengajaran adalah bagi tempoh satu jam (1). Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah kurangnya persediaan saya dan rakan saya dalam sesi tersebut. Ini kerana semasa sesi pengajaran berlangsung kami masih lagi tidak membahagi tugasan kami dengan sama rata. Saya akui bahawa saya kurang bersedia semasa hendak menjalankan sesi pengajaran tersebut. Kami bersama sama mencari maklumat berkenan dengan tajuk yang akan kami ajari pada hari jumaat. Kelemahan yang paling ketara berlaku adalah semasa awal sesi pengajaran tersebut bermula. Arahan yang kurang jelas dan berubah ubah menyebabkan kawalan kelas kami adalah sangat lemah pada hari tersebut. Semasa aktiviti regangan iaitu permaian pukul berapa datuk harimau bermula, saya telah memberi arahan yang salah dan kurang jelas sehingga berlaku perbincangan semasa sesi pengajaran antara saya dan rakan saya tentang konsep permainan tersebut. hal ini menyebabkan saya dan rakan saya telah membuang banyak masa berharga dalam sesi regangan tersebut. Selain itu, ketidaksediaan saya dan rakan saya juga nampak jelas semasa pengendalian mengajar dua pergerakan gimnastik berirama tersebut. Kami masih lagi saling bertolakan untuk siapa yang akan mengajar pergerakan tersebut. hal ini menyebabkan kawalan kelas menjadi tidak terkawal apabila ada segelintir murid menjadi keliru dengan sesi pengajaran kami. Kelemahan seterusnya adalah dari segi memberi arahan kepada murid. Rakan rakan saya mengatakan bahawa saya lebih banyak berkata daripada membuat demonstrasi. Bagi saya ini terjadi kerana kawalan kelas menjadi tidak terkawal dan menyebabkan ada murid yang bercerita semasa saya telah memberi arahan dan semasa saya hendak membuat demo ada murid belum bersedia dan tidak mengambil perhatian semasa saya ingin membuat demonstrasi tersebut. Kelemahan lain adalah dari segi penyedian rancangan pengajaran harian bagi tajuk yang ingi kami ajar. Berlaku banyak kesilapan dari segi ejaan, ketetapan waktu masa mengajar serta kurang mengikuti apa yang telah kami rancangkan. Contohnya

PPISMP SN JAN 2011

adalah meminta murid untuk berkumpul dalam bentuk ladam kuda. Mengikut kepada rancangan pengajaran kami sediakan, kami sebenarnya meminta murid untuk membentuk satu bulatan, namun saya telah meminta murid untuk berkumpul dalam bentuk ladam kuda. Tambahan juga adalah ketetapan masa sesi pengajaran. Saya dan rakan saya telah banyak membuang masa dalam sesi regangan dimana kami telah menggunakan masa lebih daripada 20 minit. Jika mengikut perancangan kami hanya menggunakan masa selama sepuluh minit sahaja. Hal ini terjadi pada peringkat pengajaran yang lain juga dimana kami tidak menggunakan waktu dengan sebaiknya. Kekuatan daripada hasil pengajaran mikroteaching ini ialah saya telah mendapat satu pengalaman yang berguna untuk mengajar sesuatu kelas. Daripada mikroteaching ini saya telah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang mana saya perlu perbaiki untuk persedian mengajar bagi suasana yang sebenar. Pelbagai aspek dan kemahiran perlu diperkembangkan lagi agar suasana dan kawalan kelas adalah baik dan lancar. Kesimpulannya, saya akan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan saya dalam sesi pengajaran mikroteaching ini untuk memastikan bahawa saya bersedia untuk menghadapi situasi yang sebenar nanti di sekolah.

PPISMP SN JAN 2011