Anda di halaman 1dari 61

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Zoltan Kodaly (1882-1967) berasal dari Hungary merupakan tokoh muzik yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kemahiran pendengaran dalaman sebagai salah satu kaedah untuk mengajar muzik (Wikipedia,2008). Menurut Choksy L. (1981), pendengaran dalaman atau dikenali sebagai Inner Hearing merupakan kemahiran yang membenarkan sesorang memikirkan muzik. Kemahiran ini tidak berlaku dengan sendirinya, tetapi mesti diajarkan. Pada tahap termudah, kemahiran ini memerlukan

kanak-kanak menyanyikan satu lagu dengan kuat. Kemudian isyarat akan diberikan, pic tersebut akan diletakkan dalam kepala mereka. Setelah itu isyarat kedua akan ditunjuk. Isyarat ini pula memerlukan kanak-kanak menyanyikan lagu berkenaan semula dengan kuat dan betul picnya. Selain itu, terdapat latihan-latihan lain yang boleh memperkembang kemahiran pendengaran dalaman sesorang ke arah kecemerlangan.

Menurut Khairul Bariah bt. Haroen, Khalijah bt Mohamed., Zaiton bt Mohamad, Zaharah bt Abdul Manap dan Yusri b Hj Hussain(2006) pula, pendengaran dalaman merupakan satu kemahiran yang agak kompleks dan sukar dijelaskan di mana ia melibatkan kemahiran pendengaran atau selalu disebut sebagai kemahiran yang memikirkan sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental atau di dalam kepala seseorang tanpa menyembunyikannya. Falsafah Kodaly menyatakan bahawa pendengarana dalaman memainkan peranan penting dan dapat membantu dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiram muzikal lain seseorang seperti kemahiran nyanyian dan kemahiran permainan alat muzik. Walaupun pendengaran dalaman bukan satu kemahiran yang mudah untuk dikuasai, namun ia boleh di ajar kepada kanak-kanak melalui aktiviti atau teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan supaya mereka mudah menguasainya. Menurut Khairul Bariah bt. Haroen, Khalijah bt. Mohamed, Zaiton bt. Mohamad, Zaharah bt. Abdul Manap dan Yusri b Hj Hussain (2006), antara aktiviti- aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik termasuklah permainan Mesej Rahsia, Meneka Lagu dan Memikir Not Kelima samada ke atas atau ke bawah. Justeru, kemahiran pendengaran dalaman dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran muzikal seperti kemahiran nyanyian. Ini boleh dipupuk di kalangan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan harapan dapat membantu kanak-kanak mempertingkat kemahiran nyanyian solfa mereka. Ini juga dapat memudahkan guru Pendidikan Muzik menjalankan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan kemahiran nyanyian solfa supaya dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan berjayanya.

1.2 Latar Belakang Kajian Semasa pengkaji bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth, pengkaji mendapati bahawa ramai murid Tahap Dua lemah dalam menyanyikan pic solfa dengan tepat dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian solfa sehingga objektif pengajaran dan pembelajaran berkenaan gagal di capai. Oleh sebab itu, pengkaji menjalankan kajian tindakan ini untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dengan mengaplikasi kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa. Menurut Choksy. L , (1981), pendengaran dalaman atau dikenali sebagai Inner Hearing dalam bahasa Inggeris merupakan kemahiran yang membenarkan sesorang memikirkan muzik. Falsafah Kodaly menyatakan bahawa pendengaran dalaman memainkan peranan penting dan dapat membantu dalam memperkembang kemahirankemahiran muzikal lain seseorang seperti kemahiran nyanyian dan kemahiran permainan alat muzik. Melalui aktiviti permainan yang mudah dan menyeronokkan seperti meneka lagu, murid-murid akan mudah menguasai kemahiran pendengaran dalaman. Dengan ada juga penggunaan isyarat tangan Curwen yang didefinisi sebagai bentuk dan pergerakan jari dan tangan untuk menunjukkan pic tinggi rendah suara dalam kaedah Kodaly

tersebut, adalah dipercayai bahwa kemahiran nyanyian solfa murid-murid dapat dipertingkatkan.

1.3 Pernyataan Masalah Sepanjang masa pengkajian sebagai seorang guru Pendidikan Muzik di sekolah, pengkaji telah menghadapi beberapa masalah dalam pengajaran kemahiran nyanyian solfa yang diadakan. Hal ini disebabkan oleh mereka ini tidak dapat menguasai kemahiran nyanyian solfa dengan baik seperti yang pengkaji jangkakan dan harapkan. Oleh itu, pengkaji telah didorong untuk membuat satu pengubahsuain dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa agar murid-murid berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Masalah yang ditimbulkan dalam pembelajaran kemahiran nyanyian solfa golongan murid sememangnya perlu diberi perhatian dan diatasi. Selain itu, fenomena bahawa kekurangan bakat dalam bidang muzik pada masa depan mungkin akan berlaku seandainya masalah ini tidak ditangani dengan lebih awal. Ini telah membimbangkan pengkaji yang masih berkhidmat sebagai seorang guru Pendidikan Muzik di sekolah. Oleh itu, ia adalah sebahagian tanggungjawab pengkaji untuk memikirkan alternatif untuk menyelesaikan masalah terbabit. Sehubungan dengan itu, memandangkan Zoltan Kodaly telah pernah mengemukakan idea bahawa pendengaran dalaman adalah kemahiran yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran muzik seperti nyanyinan semerta pada masa dahulu, pengkaji telah bercadang untuk memupuk kemahiran pendengaran

dalaman di kalangan murid-murid agar ia dapat membantu dalam mempertingkat kemahiran nyanyian solfa yang berkenaan. Di samping itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam minda pengkaji yang turut mendorong pengkaji, yakni adakah pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman di kalangan murid-murid benar-benar dapat mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa? Adakah ia mungkin akan mengelirukan dan mengganggu proses pembelajaran Pendidikan Muzik? Adakah golongan murid dapat menerima aplikasi pendengaran dalaman ini dalam pembelajaran kemahiran nyanyian solfa? Adakah golongan guru Pendidikan Muzik di sekolah-sekolah Malaysia mampu mengaplikasi kemahiran ini dalam mengajar Pendidikan Muzik seperti pengajaran kemahiran nyanyian solfa? Kesemua persoalan ini sememangnya menimbulkan minat pengkaji untuk mencari jawapannya. Pada masa yang sama, pengkaji lebih berazam untuk menjalankan kajian ini. Justeru, oleh sebab kemahiran nyanyian solfa di kalangan murid-murid atau pelajarpelajar yang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Muzik memang penting untuk dipertingkatkan. Maka, satu pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa perlu diadakan supaya mereka ini dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Dengan itu, kajian ini dicadangkan untuk dijalankan demi dapat menyelesaikan masalah yang tercetus ini.

1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. 2. Membanding minat murid-murid terhadap pengajran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan berpandukan isyarat tangan. 1.5 Soalan Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengaplikasi kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan untuk membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Soalan-soalan kajian yang dibentukkan adalah seperti berikut : 1. Adakah pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik? kemahiran pendengaran dalaman

2.

Adakah penggunaan teknik solfa dapat mempertingkatkan minat murid dalam pembelajaran muzik? 6

1.6 Batasan Kajian Kajian ini adalah dijalankan di dalam sebuah kelas murid Tahun Lima Gemilang di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth, di mana pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan adalah teknik pembelajaran baru bagi mereka. Oleh itu, terdapat beberapa batasan kajian yang timbul. Batasan kajian pertama adalah ia dijalankan dengan memfokuskan terhadap nyanyian renj solfa sahaja. Batasan kajian kedua adalah kajian ini dilaksanakan dengan hanya sempat melibatkan murid-murid Tahun Lima di sekolah rendah sebagai sampel kajian. Salah satu lagi batasan kajian ini adalah ia di jalankan dengan cuba melibatkan murid-murid sekolah rendah yang terletak di kawasan bandar selaku sampel kajian. Selain itu, kajian ini dibataskan dengan hanya dilaksanakan di kalangan satu kelas sahaja dan cuma murid-murid sekolah rendah dilibatkan sebagai sampel kajian. Justeru, hasil dapatan kajian ini tidak boleh dibuat sebagai satu generalisasi terhadap semua murid sekolah rendah di Malaysia.

1.7 Definisi Operasional

Pendengaran Dalaman : Kemahiran kaedah Kodaly yang membantu memperkembangkan kemahiran lain-lain dengan melodi atau irama difikirkan di dalam mental sesorang tanpa

menyembunyikannya. Kebolehan yang melibatkan kemahiran pendengaran atau selalu di sebut sebagai kemahiran memikirkan sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental atau di dalam kepala seseorang secara interaksi langsung. (Khairul Bariah bt. Haroen,Khalijah bt. Mohamed,Zaiton bt. Mohamad,Zaharah bt. Abd Manap dan Yusri b. Hj. Hussain, 2006). Kemahiran yang membenarkan seseorang memikirkan muzik dengan ia tidak berlaku dengan tiba-tiba secara sendirinya dan ia mesti di ajarkan (Chosky L. 1981).

Isyarat Tangan: Bentuk bagi notasi muzikal. (Wicks D.,2009). Bentuk dan pergerakan jari tangan untuk menunjukkan pic tinggi rendah suara (Khairul Bariah bt. Haroen,Khalijah bt. Mohamed,Zaiton bt. Mohamad,Zaharah bt. Abd Manap dan Yusri b. Hj. Hussain, 2006). Kaedah Curwen yang digunakan dalam kaedah Kodaly untuk mengajar pelajar akan cara menyanyikan nada. Setiap isyarat tangan yang berbeza melambangkan nada yang berbeza. Sebagai contohnya, isyarat tangan bagi nada Do adalah menutup genggaman 8

tangan manakala isyarat tangan bagi nada Fa adalah dengan menurunkan ibu jari. Pergerakan tinggi rendah isyarat tangan ada berkaitan dengan nada (Estrella E. ,2009). Kaedah Solfeggio yang dicipta oleh John Curwen pada abad ke-19 dengan jari dan tangan digerakkan mengikuti bentuk tertentu untuk melambangkan solfa (Matthew,2005). Satu cara yang menunjukkan penempatan fizikal bagi sesuatu nada vokal (Thomas L,2009).

Nyanyian Solfa : Kaedah nyanyian pic yang menggunakan sebutan, (Nor Asyikin bt. Hj. Idris dan Mohd Azam b. Hj. Sulung, 2007). Merupakan satu teknik pedagogi solmization untuk mengajar penglihatan-nyanyian yang digelar sebagai slight-singing dalam bahasa Inggeris dengan setiap not dalam skor dinyanyikan berdasarkan satu suku kata yang istimewa, yang di panggil sebagai suku kata solfa. Tujuh suku kata yang sering digunakan dalam latihan ini adalah do,re,mi,fa,so,la dan ti (Wikipedia,2009). Satu nyanyian yang menggunakan suku kata solfa untuk melambangkan not-not skel C major. Ia juga merupakan satu latihan suara yang menyanyikan skel mengikuti suku kata solfa (The Free Dictionary by Farlex, 2009). Satu cara untuk menentukan suku kata bagi nama-nama skel muzikal. Dalam susunan, mereka adalah Do,Re ,Mi, Fa,So,La,Ti dan Do (bagi oktaf). Solfa adalah teknik pedagogi yang dicipta oleh Guido of Arezzo (Knowledge Rush, 2003).
1.8 Kepentingan Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan hasil kajian yang di harap dapat memberi maklumbalas dan maklumat yang berguna kepada penuntut Open University Malaysia (opsyen Muzik) mahupun institusi-institusi perguruan lain di Malaysia mengenai keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dapatan kajian ini juga dapat membekalkan informasi atau maklumat yang penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu untuk mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa golongan murid dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Muzik. Jika ia dikenalpasti berguna dalam membantu proses mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid, maka Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menggalakkan golongan guru Pendidikan Muzik

menggunakan kaedah pengajaran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa. Hasil kajian ini turut diharap dapat dijadikan sebagai rujukan yang penting kepada guru-guru opsyen muzik yang hendak menjalankan kajian berkaitan dengan kemahiran nyanyian solfa di kalangan murid-murid atau pelajar-pelajar yang mempelajari Pendidikan Muzik pada masa hadapan.

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2-1 Pendahuluan

Menurut Choksy L., (1981) inner hearing iaitu pendengaran dalaman yang diperkenalkan oleh Zoltan Kodaly sebagai satu kaedah pengajaran muzik merupakan satu kemahiran yang membenarkan sesorang memikirkan muzik. Ia tidak berlaku dengan tibatiba secara sendirinya tetapi ia mesti diajarkan. Menurut Choksy L. lagi, antara semua kemahiran muzikal, pendengaran dalaman adalah mungkin adalah aspek paling penting yang harus dikuasai. Ini kerana seseorang tidak mungkin akan mampu mengeluarkan

sesuatu bunyi muzikal tanpa memikirkan bunyi berkenaan terlebih dahulu. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses pemikiran bunyi yang merujuk kepada pendengaran seseorang dan ia adalah kemahiran yang boleh di ajar. Kodaly pernah berkata seseorang ahli muzik yang baik mesti dapat dengar apa yang dia lihat dan dia juga pasti dapat melihat akan apa yang dia dengar. Oleh itu,

11

seseorang pelajar muzik perlu dibimbing menguasai kemahiran membaca muzik dengan baik terlebih dahulu , seperti penguasaan bahasa ibunda seseorang pelajar muzik itu. Demi dapat menguasai kemahiran membaca muzik, pendengaran dalaman adalah penting diajarkan dan dikuasai (Kiszely A. dan Kiszely J,1984). Justeru, pendengaran dalaman adalah penting diajarkan di kalangan pelajar muzik. Ini dapat membantu pelajar muzik menguasai kemahiran membaca muzik. Sehubungan dengan itu, kemahiran nyanyia solfa murid-murid dipercayai dapat dipertingkatkan sekiranya pengajaran dan pembelajran kemahiran nyanyian solfa di jalankan dengan adanya pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman. Menurut Wealsh B. (2006), pada masa dahulu di Hungary, Kodaly memang telah berusaha memajukan sistem pendidikan muzik dengan menitikberatkan bahawa kemahiran pendengaran dalaman harus diajarkan terlebih dahulu kepada kanak-kanak yang umurnya muda. Teori beliau mengemukankan bahawa sistem tersebut semestinya dapat memperkukuhkan kemahiran yang di dalam tubuh badan mereka seumpama sifat semulajadi kedua mereka, sekiranya pengalaman muzikal yang melibatkan kemahiran pendengaran dalaman diberikan kepada mereka sejak kecil lagi. Kodaly juga pernah mengemukakan pendapat bahawa seorang ahli muzik yang baik wajar memiliki empat ciri. Antaranya termasuk memiliki pendengaran dalaman yang baik, mempunyai emosi yang sensitif, dan mempunyai teknik yang baik (Kiszely A. & Kisszely J. 1984). Ini

menunjukkan bahawa pendengaran dalaman sememangnya memainkan peranan penting dalam pengajaran muzik mahupun dalam bidang muzik.

12

Daripada sumber literatur berkaitan, didapati bahawa penggunaan kemahiran pendengaran dalaman sememangnya adalah agak meluas lebih-lebih lagi di Hungary dan dalam sistem-sistem Pendidikan Muzik di tempat lain yang menggunakan kaedah Kodaly dan ia sememangnya telah membawa manfaat kepada golongan pendidik muzik untuk mengajar muzik. Dengan kata lain, kemahiran pendengaran dalaman telah memberi sumbangan besar dalam memudahkan pembelajaran muzik terutamanya membantu golongan penuntut atau pelajar muzik dalam nyanyian berdasarkan skor muzik yang di tulis dalam pelbagai skel seperti skel pentatonik, skel major dan skel minor dengan lebih mudah. Sehubungan itu, adalah dipercayai bahawa mereka akan dapat menyanyi melodi atau irama sesuatu karya muzik dengan baik dan lancar tanpa mengambil masa yang panjang sekiranya latihan nyanyian diadakan di kalangan pelajar muzik dalam bidang muzik pada dasarnya dengan latihan-latihan yang memfokuskan pemupukan kemahiran pendengaran dalaman diadakan berterusan secara kerap (Welash B. 2006).

2.2 Kajian Luar Negara Setelah membaca sumber-sumber literatur yang diperolehi, didapati bahawa kepentingan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman dalam pengajaran muzik telah banyak diperbincangkan oleh kerana ia sememangnya telah banyak membawa manfaat di dalam perkembangan bidang muzik sejak dari masa dahulu. Dalam satu perbincangan yang di adakan di The British Kodaly Academy, ahli-ahli muzik yang terlibat telah mengemukakan pendapat-pendapat mereka bahawa kemahiran pendengaran dalaman adalah amat penting dikuasai oleh setiap ahli muzik dan perlu dipupukkan di 13

kalangan pelajar-pelajar muzik kerana secara tidak langsungnya kemahiran pendengaran dalaman dapat membantu dalam memajukan dan memperkembangkan kemahirankemahiranm muzikal golongan ahli muzik dan pelajar-pelajar muzik berkenaan yang lain seperti seperti kemahiran pendengaran, kemahiran oral, kemahiran permainan alat muzik dan kemahiran nyanyian. Oleh itu, kemahiran pendengaran dalaman selalu diperkatakan dan digalakkandi dalam pengajaran subjek Pendidikan Muzik melaui pelaksanaan latihanlatihan nyanyian dan pelbagai latihan gabungan yang lain dengan harapan, lebih banyak pelajar muzik dapat menguasai kemahiran ini untuk menikmati faedah-faedah penggunaan kemahiran ini (Wealsh B. 2006). Atas sebab itu, pengkaji lebih berazam untuk mengaplikasikan kaedah Kodaly ini, iaitu pendengaran dalaman dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa supaya tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dapat dipertingkatkan. Selain itu, pendengaran dalaman dikatakan penting kerana ia merupakan konsep asas yang membolehkan kita mendengar not atau muzik di dalam pemikiran atau di dalam mental kita tanpa perlu memainkan atau menyanyikannya. Sehubungan dengan itu, pembelajaran kemahiran nyanyian sepeti nyanyian semerta dan nyanyian solfa dapat dipermudahkan lagi (Welash B., 2006). Oleh itu, secara tidak langsungnya,

pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman dalam pembelajaran muzik adalah dikatakan sangat penting dan kritikal. Dari segi pengajaran pendengaran dalaman di kalangan kanak-kanak, pada tahap paling mudah, seseorang kanak-kanak dikehendaki menyanyikan sesuatu lagu dengan kuat terdahulu, irama di letakkan di dalam kepala apabila isyarat di berikan. Kemudian kanak14

kanak itu dikehendaki menyanyikan semula lagu berkenaan dengan betul muziknya apabila isyarat kedua di berikan. Demi mempertingkatkan penguasaan kemahiran pendengaran dalaman dengan lebih bagus lagi, beberapa latihan pendengaran dalaman yang bertahap boleh dijalankan. Contoh latihan pertama adalah nada pertama sesuatu lagu yang telah kanak-kanak tahu diberikan pada permulaannya sementara isyarat tangan bagi solfa lagu berkenaan dibuat. Kanak-kanak itu kemudain disuruh mengecam lagu berkenaan dan menyanyikannya semula (Choksy L. ,1981). Latihan kedua ialah seperti satu tangga nada boleh ditampalkan pada papan tulis dengan susunannya adalah do,re,mi,fa,so,la,ti dan do. Guru akan menunjukkan nada lagu berkenaan pada tangga nada sementara kanak-kanak memikirkan irama lagu itu. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengecam dan menyanyikan lagu dengan perkataan disebutkan. Contoh latihan pengajaran pendengaran dalaman ketiga adalah nada pertama sesuatu lagu rakyat kegemaran kanak-kanak dan meminta kanak-kanak menyanyikan solfa lagu berkenaan kecuali mi dan so dengan hanya boleh memikirkan bunyi-bunyi itu di dalam otak. Selain itu, pendengaran dalaman boleh diajar melalui aktiviti di mana satu melodi sepanjang empat bar yang tidak biasa didengar ditampalkan pada papan tulis. Kemudian, masa yang pendek diperuntukkan kepada kanak-kanak untuk belajar melodi berkenaan. Setelah guru mengalihkan melodi itu, kanak-kanak tersebut diminta untuk belajar melodi berkenaan. Disebabkan aktiviti yang disebutkan tadi berjaya dikenalpasti, maka ia

15

boleh dijadikan rawatan dalam kalangan murid-murid supaya kemahiran nyanyian solfa mereka berjaya dimajukan (Choksy , L . 1981). Menurut Khairul Bahiah Bt Haroen, Khalijah bt Mohamed, Zaiton bt Mohamed, Zaharah bt Abd Manap dan Yusri b. Hj. Hussain (2006), Permainan Mesej Rahsia, Meneka Lagu dan Memikirkan Not ke-5 ke atas atau ke bawah ialah contoh aktiviti pengajaran . Permainan Mesej Rahsia dijalankan dengan guru memberikan sehelai nota mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid pada mulanya, kemudian murid membaca nota tersebut dan menyanyikan secara berbisik kepada guru tersebut . Perkara yang perlu dititikberat ialah guru akan meminta murid membaca latihan atau nyanyian dengan lambat dan senyap sebelum guru memulakan sesi pengajaran . Aktiviti Meneka Lagu merujuk kepada guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala . Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodi tersebut, guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas. Dalam aktiviti ini, murid juga boleh menggantikan tempat guru untuk menjalankan aktiviti ini. Aktiviti Memikirkan Not Ke-5 ke atas atau ke bawah pula dijalankan dengan contoh; satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid- murid akan disuruh menyanyi dua bar yang pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D yang sama dengan Do dan secara automatik nya menyanyikan not B (yang sepatut nya mi ) sebagai la. (Khairul Bahiah bt. Haroen, Khalijah bt Mohamed, Zaiton bt Mohamad, Zaharah bt Abd Manap dan Yusri b. Hj. Hussain, 2006 ).

16

Bagi mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid Pendidikan Muzik dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman, apa yang tidak ditinggalkan ialah isyarat tangan perlu diserapkan disebabkan Kodaly telah menggabungkan isyarat tangan Curwen dalam kaedah pengajaran beliau untuk memudahkan pengajaran muzik. Setiap isyarat tangan yang berbeza melambangkan nada berbeza. Contohnya, isyarat tangan do menutup genggaman tangan, isyarat tangan fa ialah ibu jari diturunkan. Pergerakan tinggi rendah isyarat tangan ada perkaitan dengan nada (Estrella , E. 2009). Isyarat tangan menunjukkan penempatan fizikal bagi satu nada vokal. Contoh , do bawah ditunjukkan bermula bahagian tengah badan, do atas ditunjukkan di depan mata. Pergerakan isyarat tangan dibuat semakin ke atas apabila nada semakin tinggi (Thomas , L . 2009). Setelah meneliti sumber-sumber literatur, kajian memberi fokus kepada kemahiran nyanyian solfa dan kemahiran pendengaran dalaman. Dengan itu, pengkaji memperoleh maklumat dan informasi penting daripada kajian lepas. Maklumat tersebut dijadikan rujukan utama untuk melaksanakan kajian kerana ia memberikan idea yang sangat berguna. Pertamanya, dari segi tinjauan (dalam negara) lepas, terdapat kajian iaitu kemahiran nyanyian semerta yang seumpama kemahiran nyanyian solfa dijadikan fokus utama . Tajuk kajian tersebut ialah, Keberkesanan Isyarat Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Nyanyian Semerta oleh Sagim Suar. Seramai 60 orang guru pelatih lelaki dan perempuan pelbagai kaum di Sarawak sebagai subjek kajian yang merupakan guru pelatih di Maktab Perguruan Rajang yang mengambil Muzik sebagai 17

mata pelajaran elektif dengan kemahiran nyanyian semerta dan isyarat tangan adalah perkara baru bagi mereka . Dalam pelaksanaan kajian itu, sampel-sampel kajian dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan terdiri daripada 28 orang. Kumpulan Eksperimen terdiri daripada 32 orang. Dinyatakan bahawa ujian pra untuk menguji kemahiran nyanyian semerta telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan tersebut. Selepas itu, kumpulan kawalan itu diajar tentang kemahiran nyanyian semerta seperti biasa seperti sebelum kajian berkenaan dijalankan manakala pembelajaran kemahiran semerta berpandukan isyarat tangan diadakan di kalangan ahli kumpulan eksperimen. Tempoh masanya adalah selama enam minggu berturut-turut dengan

jumlahnya dua belas jam digunakan. Kemudian, kedua-dua kumpulan itu diuji sekali lagi dengan ujian pos dijalankan dikalangan mereka dengan instrumen yang digunakan adalah sama dengan instrumen yang digunakan dalam ujian yang lepas. Berdasarkan kajian itu, hasil analisis ANCOVA dengan nilai F-Ratio = 22.94 signifikan pada paras P< .01 menunujukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta yang dibantu dengan isyarat tangan adalah lebih berkesan daripada pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta yang diajar tanpa menggunakan isyarat tanagn. Dengan merujuk kepada kajian berkenaan, apa yang boleh pengkaji dapati adalah penggunaan isyarat tangan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta adalah sememangnya berkesan. Sehubungan dengan itu, satu idea bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman yang berpandukan isyarat tangan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa di kalangan di kalangan muridmurid telah pun timbul dalam otak pengkaji untuk menjadikan ia sebagai satu 18

pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa agar murid-murid pengkaji dapat menguasai kemahiran nyanyian solfa dengan baik. Dari segi tinjauan kajian lepas (luar negara) pula, satu pengajian yang bertajuk The Effects of Distrated Inner Hearing on Sight-Reading pernah dijalankan oleh Clemens Wollner, Emma Halfpenny, Stella Ho dan Kaori Kurosawa pada tahun 2003 dimana mereka merupakan para pelajar di University of Sheffield. Penyelidikan ini telah

melibatkan 20 orang pelajar muzik dengan mereka disuruh menyanyikan dua melodi pada masa berlainan di mana mereka menyanyikan melodi pertama tanpa sebarang gangguan manakala gangguan di berikan apabila mereka menyanyikan melodi kedua. Gangguan tersebut adalah merujuk kepada muzik lain yang dimainkan serentak semasa nyanyian semerta dijalankan. Didapati bahawa keputusan nyanyian semerta pelajar muzik tersebut pada nyanyian kali kedua adalah kurang baik berbanding dengan nyanyian semerta

mereka pada kali pertama. Justeru, hasil penyelidikan ini menyatakan bahawa prestasi nyanyian semerta yang melibatkan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman akan terjejas sekiranya terdapat gangguan misalnya ada muzik lain yang dimainkan pada masa serentak kerana ia menganggu pemikiran seseorang memikirkan melodi di dalam kepala sebelum seseorang itu menyanyikan sesuatu melodi berkenaan (Clemens Wollner, Emma Halfpenny, Stella Ho dan Kaori Kurosawa , 2003). Berdasarkan kajian ini, dapat

disimpulkan bahawa, oleh kerana kajian yang pengkaji jalankan adalah pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran

nyanyian solfa, maka pengkaji akan memastikan tidak ada sebarang gangguan terutamanya gangguan muzik atau bunyi lain wujud dalam rawatan yang akan pengkaji

19

jalankan di kalangan murid-murid pengkaji yang berperanan sebagai sampel kajian pengkaji agar hasil kajian tidak terjejas. Selain itu, satu tesis yang bertajuk The Kodaly Concept for Harp telah menyatakan bahawa pemain-pemain kecapi yang telah menguasai kemahiran pendengaran dalaman dapat membaca skor muzik dengan mudah semasa mereka bermain kecapi. Dengan itu, persembahan permainan kecapi yang berkualtiti tinggi dapat dicapai. Dalam akhir tesis itu, Dr. Brenda S. Mitchell telah membuat rumusan bahawa kaedah Kodaly dapat membantu memperkembangkan kesemua kemahiran muzikal kanak-kanak. Maka kemahiran mereka perlu diperkukuhkan secara keseluruhan (Gaa,E 1999). Daripada

rumusan tesis berkenaan, apa yang telah dapat dikenalpasti adalah pendengaran dalaman sememangnya dapat membantu memperkembangkan kemahiran muzikal lain seseorang pelajar muzik. Secara keseluruhannya, kepentingan pendengaran dalaman yang merupakan kaedah Kodaly memang tidak dapat dinafikan lagi. Ia memang dapat mempermudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran muzikal sehingga kemahiran-kemahiran muzikal sampingan seseorang pelajar muzik dapat diperkembangkan lagi. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini yang bertujuan untuk mengaplikasi kemahiran pendengaran dalaman

berpandukan isyarat tangan untuk membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

20

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikut Model Kurt Lewin yang dihasilkan pada tahun 1946. Menurut Kurt Lewin (1946), kajian tindakan adalah satu kajian perbandingan tentang pelbagai keadaan dan kesan yang berlainan yang berkaitan dengan pelbagai bentuk tindakan sosial dan ia akan memimpin menuju kearah tindakan sosial dengan menggunakan satu kitaran langkah-langkah. Kitaran tersebut adalah merujuk kepada proses kajian yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi (Wilkipedia, 2008). Reka bentuk kajian ini digunakan adalah bertujuan untuk mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyrat tangan, dengan ini dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Reka bentuk kajian ini dapat dijelaskan PERANCAN GAN denagn kitaran dalam rajah 3.1. Rajah 3.1. Model Kurt Lewin (1946) REFLEKSI TINDAKAN

21 PEMERHAT IAN

PERANCAN GAN

3.2 Sampel Kajian Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 29 orang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth di mana mereka adalah wajib mempelajari mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSR. Umur mereka adalah sebelas tahun. Kumpulan murid ini dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka didapati gagal menguasai kemahiran nyanyian solfa dengan baik melalui ujian pra yang pengkaji jalankan terhadap mereka.

3.3 Tinjauan awal Sejak bulan Oktober, pengkaji telah mula membuat kajian. Pengkaji telah mendapati bahawa aspek pengalaman muzikal adalah aspek Pendidikan Muzik yang paling sukar 22

diajar di kalangan murid-murid. Pengkaji telah mendapati kemahiran solfa dikalangan murid-murid yang tidak kukuh dan kerap menunjukkan kelemahan dalam nyanyian pic solfa dengan tepat sehingga onjektif pengajaran dan pembelajaran berkenaan gagal dicapai. Dengan itu, masalah pengajaran yang tercetus tersebut telah mendorong pengkaji menjalankan kajian untuk memperbaiki pengajaran kemahiran nyanyian solfa dengan harapan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dapat dipertingkatkan. Setelah 29 orang murid tahun lima sekolah ini di pilih menjadi sebagai sampel kajian, pengkaji pun telah menjalankan satu ujian pra di kalangan mereka dengan bertujuan menguji tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa mereka sebelum rawatan diberikan. Dalam ujian pra ini, para responden kajian ini dikehendaki menyanyikan solfa berdasarkan satu skor muzik yang mempunyai empat bar dengan meter duaan satu demi satu. Keputusan yang diperolehi melalui ujian pra ini telah dijadikan sebagai data kajian dan ia dianalisisi. Berdasarkan data tersebut, pengkaji mendapati bahawa sebahagian besar dari mereka ini telah memperolehi markah yang rendah. Ini menunujukkan bahawa mereka lemah dalam menguasai kemahiran solfa.

3.4 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan Tindakan dalam kajian ini adalah merujuk kepada rawatan-rawatan yang dijalankan terhadap sekumpulan murid Tahun Lima yang telah dikenal pasti bahawa mereka adalah 23

gagal menguasai kemahiran nyanyian solfa dengan baik pada peringkat tinjauan awal. Rawatan-rawatan tersebut pula adalah merujuk kepada sesi-sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan muzik Tahun Lima yang pengkaji laksanakan di kalangan responden-responden kajian ini di dalam bilik muzik dengan tujuan agar dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan penguasaan kemahiran nyanyian solfa mereka dengan kemahiran isyarat tangan diaplikasikan. Selepas rawatatan-rawatan berkenaan dijalankan, satu pasca yang menguji semula tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa para responden kajian ini dijalankan. Ini bertujuan untuk menyelidik dan mengenal pasti keberkesanan pengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pembelajaran Pendidikan Muzik.

Rajah 3.2. Bentuk perancangan dan pelaksanaan tindakan RAWATAN


Pengaplikasian kemahiran dalaman Penggunaan isyarat tangan Latihan nyanyian solfa Pemerhatian dijalankan

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

24

Rajah 3.2 menerangkan bahawa murid-murid yang berperanan sebagai respondenresponden kajian tindakan ini di mana mereka melibatkan diri dalam rawatan-rawatan ujian pasca. Sepanjang tempoh rawatan, pengkaji sebagai guru yang bertanggung jawab menyalurkan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan kepada semua responden kajian ini agar mereka berupaya menguasai kemahiran pendengaran dalaman pada akhir pelajaran, dengan itu tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa mereka dapat dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, latihan nyanyian solfa banyak diadakan di kalangan sampel kajian supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman ketika menyanyikan sesuatu solfa. Ini membantu mereka memajukan kemahiran nyanyian solfa mereka dengan lebih cepat. Disamping itu, satu pemerhatian yang bertujuan untuk melihat respon sampel kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan. Setelah rawatan tamat dilaksanakan, satu ujian pasca sepertimana yang telah disebut sebelum ini dijalankan. Secara ringkasnya, tindakan-tindakan yang dilaksanakan dalam sesi-sesi pengajaran dan 25

pembelajaran Pendidikan Muzik dengan setiap sesi pengajaran mengambil masa selama tiga puluh minit telah disenaraikan dalam jadual 3.1

Jadual 3.1 Senarai tindakan dalam sesi-sesi rawatan Bil 1 Sesi Rawatan 1 Tindakan -Membuat ulangkaji tentang pergerakan isyarat tangan bagi solfa -Kemahiran nyanyian solfa berpandukan isyarat tangan ikut urutan kesukaran diajarkan : i. so-mi ii. la-so-mi iii. mi-re iv. mi-re-do v. do-re-mi-fa-so-la-ti-do -Kemahiran pendengaran dalaman disalurkan. 2 Rawatan 2 -Pemerhatian dijalankan. -Latihan nyanyian solfa dilaksanakan sebagai ulangkaji. -Aktiviti meneka lagu dijalankan. 3 Rawatan 3 -Menjalankan pemerhatian. -Aktiviti meneka lagu dijalankan. -Aktiviti kumpulan dijalankan 26

-Pemerhatian dijalankan.

Berikut adalah huraian tentang perancangan dan pelaksanaan tindakan.

3.4.1. Sesi Pertama Pada permulaaan sesi ini, pengkaji membuat ulang kaji tentang isyarat tangan solfa di kalangan murid-murid yang terlibat untuk memastikan kesemua mereka masih ingat pergerakan isyarat tangan solfa dan dapat melakukannya dengan betul dan tepat pada arasnya. Seterusnya, kemahiran nyanyian solfa berpandukan isyarat tangan mengikut urutan kesukaran berdasarkan kaedah Kodaly diajarkan kepada murid-murid. Urutan tersebut adalah bermula dengan nyanyian so-mi dan diikuti nyanyian la-so-mi, nyanyian mi-re, nyanyian mi-re-do dan nyanyian do-re-mi-faso-lati-do .

Dalam pengajaran nyanyian solfa tersebut, pengkaji sentiasa tidak lupa memainkan pic pertama setiap nyanyian solfa dengan menggunakan keyboard pada awal untuk membiasakan murid-murid mendengar bunyi pic-pic berkenaan. Kemudiannya, barulah pengkaji membimbing murid-murid menyanyi solfa berkenaan sambil melakukan pergerakan isyarat tangan solfa. Seterusnya, kemahiran pendengaran dalaman mula disalurkan dikalangan murid-murid dengan pengkaji sebagai guru membuat pergerakan isyarat tangan tanpa menyanyi solfa sementara murid-murid diarah memberi tumpuan

27

untuk melihat isyarat tangan solfa yang pengkaji lakukan untuk melihat isyarat tangan solfa yang pengkaji lakukan sambil memikirkan solfa di dalam kepala dengan senyap. Kemudiannya mereka diminta menyanyi balik solfa berkenaan atas bimbingan pengkaji. Latihan nyanyian solfa yang menggunakan kemahiran pendengaran dalaman ini dijalankan berulang kali supaya para murid ini dapat biasakan diri dengan kaedah Kodaly ini. Di samping itu juga, pengkaji membuat pemerhatian terhadap respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa yang mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan di dalamnya.

3.4.2 Sesi Kedua Dalam sesi ini, latihan solfa yang sama dengan latihan nyanyian solfa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dilaksanakan tetapi skor muzik berlainan digunakan dengan fungsinya adalah sebagai ulangkaji kemahiran nyanyian solfa dikalangan muridmurid berkenaan. Setelah memastikan semua murid dapat melakukannya dengan agak baik, satu aktiviti yang melibatkan kemahiran pendengaran dalaman yang digelar Meneka Lagu dijalankan. Aktiviti Meneka lagu ini dijalankan dengan pengkaji sebagai guru melakukan pergerakan isyarat tangan solfa berdasarkan satu melodi lagu kanak-kanak yang merangkumi pic solfa do-re-mi-fa-so-la-ti-do dari frasa lagu ke frasa lagu sementara murid-murid dikehendaki memerhati pergerakan isyarat tangan solfa pengkaji lalu menyanyikan solfa setiap frasa lagu berkenaan di dalam kepala dengan senyap. Setelah 28

masa yang diberikan kepada mereka untuk merasai melodi setiap frasa lagu berkenaan tamat, pengkaji memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menyanyikan melodi lagu tersebut dalam solfa atau bunyi la dengan setiap orang murid hanya di arah menyanyikan solfa bagi satu frasa lagu. Dengan adanya masa yang lebih, aktiviti Meneka Lagu dilakukan sekali lagi dengan lagu kanak-kanak yang juga terdiri daripada pic solfa do-re-mi-fa-so-la-ti-do yang lain digunakan. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran nyanyian solfa para responden kajian ini dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman dari masa ke semasa. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ini, pengkaji sentiasa membetulkan nyanyian solfa murid supaya meraka dapat menguasai kemahiran pendengaran dalaman dengan lebih baik agar dapat membantu memajukan nyanyian solfa mereka. Dimaklumkan bahawa lagu-lagu kanak-kanak yang digunakan adalah adalah lagu-lagu yang dikenali dan dinyanyikan oleh murid-murid sebelum ini. Dalam tempoh sesi ini, pengkaji terus membuat pemerhatian terhadap respon muridmurid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran solfa yang mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan di dalamnya.

3.4.3 Sesi ketiga Dalam sesi ini pengkaji memperkukuhkan lagi kemahiran pendengaran dalaman murid-murid dengan menjalankan aktiviti meneka lagu yang pernah dilaksanakan dalam sesi pengajaran Pendidikan Muzik kedua tetapi pengkaji menggunakan lagu kanak-kanak 29

yang merangkumi pic solfa do-re-mi-fa-so-la-ti-do yang tidak pernah didedahkan kepada murid-murid sebelum ini. Dengan ini, pengkaji mudah untuk memastikan sama ada mereka telah dapat menguasai kemahiran pendengaran dalaman atau tidak. Sepanjang tempoh sesi ini, pengkaji memberi bimbingan yang sewajarnya kepada mereka untuk menguasai pendengaran dalaman dengan lebih baik supaya mereka turut dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa yang lebih mantap. Seterusnya, murid-murid kelas ini terbahagi kepada enam kumpulan kecil di mana satu pertandingan nyanyian solfa berdasarkan skor melodi lagu kanak-kanak yang baru bagi mereka diadakan. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan nyanyian solfa

secara giliran setelah masa yang diberikan kepada mereka untuk merasai melodi lagu di dalam kepala tamat. Pic pertama setiap melodi lagu akan dimainkan terlebih dahulu dengan menggunakan keyboard sebelum setiap kumpulan mula menyanyikan melodi lagu berkenaan supaya mereka dapat memulakan nyanyian dengan pic pertama yang betul. Pemerhatian terhadap respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

kemahiran nyanyian solfa yang mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan di dalamnya juga pengkaji jalankan dalam sesi ini.

3.5 Instrumen Kajian Dalam menjalankan kajian tindakan ini, satu ujian pra dan satu ujian pasca yang dilaksanakan secara amali di kalangan sekumpulan murid tahun lima telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Ujian pra yang disebutkan adalah hanya mengemukakan satu soalan di mana ia merupakan sebuah skor muzik pendek yang terdiri daripada empat bar 30

dengan meter duaan. Didapati bahawa skor muzik ini merangkumi sepuluh pic bagi solfa do-re-me-fa-so-la-ti-do. Satu markah diberikan kepada murid jika satu pic solfa dibunyikan dengan betul, maka markah maksimum bagi ujian ini adalah adalah sepuluh markah. Ujian pasca yang dijalankan pada peringkat perancangan dan pelaksanaan kajian ini adalah sama dengan ujian pra yang dijalankan pada peringkat tinjauan awal, yakni satu soalan sahaja dikemukakan tetapi skor muzik pendek yang terdiri daripada sepuluh pic bagi solfa do-re-mi-fa-so-la-ti-do adalah berlainan dengan skor muzik yang digunakan dalam ujian pra. Markah maksimum ujian pasca ini juga sepuluh markah sekiranya seorang responden kajian dapat menjawab semuanya dengan betul dan tepat. Disamping itu, satu data pemerhatian berstruktur untuk melihat respon sampel kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan akan pengkaji jalankan. Demi memudahkan proses pemerhatian tersebut, hanya respon murid-murid yang ketara yang akan pengkaji catatkan.

3.5.1 Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrument dalam kajian yang akan dijalankan. Menurut Ghazali (n.d.), pengkaji dapat menguji itemitem yang disediakan sebelum kajian sebenar dijalankan melalui kajian rintis. Kajian rintis ini adalah penting untuk memastikan tahap kebolehpercayaan sesuai digunakan dalam kajian sebenar. Satu kajian rintis dijalankan ke atas sepuluh orang pelajar yang dipilih di kalangan murid tahun 5. Mereka ini adalah pelajar yang tidak telibat dalam kajian sebenar. 31

Keputusan daripada ujian Cronbachs Alpha hasil daripada analisa yang dibuat keatas kajian ini adalah Alpha=0.8 mempunyai kebolehpercayaan yang baik.

3.5.2 Kekesahan Instrumen Instrumen kajian ini adalah terbina daripada dua ujian kemahiran solfa yang menepati tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa murid-murid tahun lima. Mengikut kaedah Kodaly, jeda yang paling mudah dikuasai adalah jeda yang terdapat di antara mi dan so. Jumlah markah maksimum bagi setiap item instrumen kajian ini adalah sepuluh markah. 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.6.1 Kaedah Merekod Data Dalam melaksanakan kajian ini, satu ujian pra dan satu ujian pasca yang bertujuan untuk menguji tahap penguasaan tahap kemahiran nyanyian solfa responden-responden kajian yang terlibat dijalankan secara amali di mana mereka akan diuji seorang demi seorang sementara markah yang diperolehi oleh setiap responden kajian adalah direkod ke dalam 10 lajur dengan setiap lajur mewakili setiap pic solfa dalam skor muzik pendek yang digunakan sebagai instrumen kajian. Sehubungan dengan itu, satu markah diberikan kepada seorang responden kajian sekirannya satu pic solfa dinyanyikan atau dibunyikan dengan betul, maka markah maksimum bagi ujian ini adalah sepuluh markah. Demi memudahkan proses penganalisaan data, markah yang diperolehi oleh setiap responden kajian adalah direkod kedalam baris yang sama.

32

Di samping itu, data pemerhatian dan soal selidik untuk melihat respon sampel kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan akan pengkaji catatkan. Sehubungan dengan itu, kes adalah merujuk kepada respon sampel kajian yang ketara dilihat dalam sesi-sesi yang dijalankan.

3.6.2 Kaedah Analisis Data Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian tindakan ini setelah data dikumpulkan adalah kaedah analisa deskriptif. Terlebih dahulu, kekerapan yang merujuk kepada jumlahnya 29 orang responden kajian yang ditabur kepada kategori-kategori tertentu, kekerapan relatif dan nilainya dalam peratusan ditentukan. Kemudiannya, min data kepada markah keputusan ujian-ujian berkenaan akan dikira mengikut seperti yang digunakan oleh Pasukan Penyelidikan Penilaian Bersepadu Sekolah Bestari 2003 (Ramli Ismail, 2005) Jadual Klasifikasi Skala Mean Mean Kurang dari 1.50 1.51 hingga 2.50 Skala Mean Amat Rendah Rendah 33

2.51 hingga 3.50 3.51 hingga 4.50 Lebih dari 4.51 Jadual 3.1

Sederhana Tinggi Amat Tinggi

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan Bab ini menjelaskan profil responden kajian tindakan ini yang terdiri daripada 29 orang murid di sebuah sekolah rendah di Butterworth. Seterusnya, bab ini turut

membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian tentang (a) pengaplikasian kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

34

Muzik dan (b) respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikasikan kemahiran pendengaran dalaman.

4.2 Profil Responden Kajian tindakan ini telah melibatkan 29 orang murid Melayu Tahun Lima yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth. . Taburan responden telah dinyatakan dalam jadual 4.1. Profil responden kajian

Latar Belakang Etnik Melayu Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Frekuensi

Peratus (%)

9 20 29

31 69 100

35

Jadual 4.1

4.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis terhadap soalan kajian ini akan dilakukan dengan menganalisis markah yang diperolehi oleh murid. Analisis akan dilakukan dengan merujuk kepada skema tafsiran markah yang telah disediakan. Berikut adalah jadual bagi skema tafsiran markah yang telah digunakan.

Jadual Skema Tafsiran Markah

Jadual 4.2 menunjukkan skema tafsiran markah yang digunakan untuk menganalisis markah yang diperolehi oleh murid mengikut gred bagi ujian pra dan ujian pasca.

36

Jadual 4.2

4.2.1 Analisis Ujian Pra

GRED A B C D E

KATEGORI Cemerlang Sederhana Memuaskan Lemah Sangat Lemah

MARKAH 9-10 7-8 5-6 3-4 1-2

Ujian pra adalah ujian yang dijalankan kepada murid sebelum rawatan-rawatan yang menitik beratkan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam mengajar kemahiran nyanyian solfa kepada murid-murid. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat berdasarkan markah ujian ini.

Jadual Pencapaian Ujian Pra

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

A (9-10)

Cemerlang

6.90

6.90

6.90

37

C (5-6) D (3-4) E (1-2) Total

Memuaskan Lemah Sangat Lemah

7 12 8 29

24.14 41.38 27.59 100.00

24.14 41.38 27.59 100.00

41.38 27.59 100

Jadual 4.3 Jadual 4.3 menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Berdasarkan jadual di atas, seramai 2 orang murid yang mendapat Gred A iaitu 6.90%, 7 orang murid mendapat Gred C iaitu 24.14%, 12 orang murid mendapat Gred D iaitu 41.38% dan 8 murid mendapat Gred E iaitu 27.59%. Tidak ada murid yang memperolehi Gred B. 4.2.2 Analisis Ujian Pasca Ujian pasca adalah ujian yang diberikan kepada murid selepas rawatan-rawatan yang menitik beratkan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam mengajar kemahiran nyanyian solfa kepada murid-murid. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat berdasarkan markah ujian ini. Jadual Pencapaian Ujian Pasca

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

A (9-10) B (7-8)

Cemerlang Sederhana

11 9

37.93 31.03

37.93 31.03

37.93 24.14 38

C (5-6) D (3-4) Total

Memuaskan Lemah

8 1 29

27.59 3.45 100.00

27.59 3.45 100.00

6.9 100

Jadual 4.4 Jadual 4.4 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pasca yang dijalankan. Ia jelas menunjukkan satu perbezaan yang besar berbanding ujian pra sebelum ini. Berdasarkan jadual di atas, seramai 11 orang murid mendapat Gred A iaitu 37.93%, 9 orang murid mendapat Gred B iaitu 31.03%, 8 orang murid mendapat Gred C iaitu 27.59% dan 1 orang murid mendapat Gred D iaitu 3.45%. Walau bagaimanapun tiada murid yang mendapat Gred E iaitu dalam kategori yang sangat lemah. 4.2.3 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca Perbandingan pencapaian ujian pra dan pencapaian ujian pasca adalah bertujuan untuk melihat perubahan pencapaian dikalangan murid-murid. Berikut merupakan analisis bagi perbandingan tersebut. Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca
Gred Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E Jumlah Kategori Cemerlang Memuaskan Sederhana Lemah Sangat Lemah Markah 9-10 7-8 5-6 3-4 1-2 Ujian pra Frequency Percent 2 0 7 12 8 29 6.9 0 24.14 41.38 27.59 100 Ujian Pasca Frequency Percent 11 9 8 1 0 29 37.93 31.03 27.59 3.45 0 100 Peratus Peningkatan Frequency Percent 9 9 1 -11 -8 31.03 31.03 3.45 -37.93 -27.59

Jadual 4.5 39

Jadual 4.5 menunjukkan bandingan peratus peningkatan ujian pra dan ujian pasca. Peratus diambil berdasarkan kepada peratus murid yang menerima pencapaian Gred A sehingga E iaitu dari kategori Cemerlang sehingga Sangat Lemah. Peratus peningkatan ujian pasca untuk Gred A dan B adalah sebanyak 31.03%. Kedua-dua gred ini adalah peratus yang paling tinggi menunjukkan peningkatan berbanding ujian pra. Peningkatan untuk Gred C adalah sebanyak 3.45%. Manakala satu keputusan yang positif diperoleh apabila terdapat penurunan peratus bagi murid yang mendapat Gred D dan E iaitu sebanyak 34.48% penurunan untuk Gred D manakala 27.59% penurunan untuk Gred E.

4.2.4 Perbandingan pencapaian mengikut individu

Jadual pencapaian mengikut individu Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 Ujian Pra 4 4 2 5 3 5 3 Ujian Pasca 5 9 7 5 5 8 7 Perbezaan 1 5 5 0 2 3 4 % 25 125 250 0 67 60 133 40

R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R17 R18 R19 R20 R21 R22 R23 R24 R25 R26 R27 R28 R29

9 6 1 4 3 1 1 2 1 3 6 5 3 3 10 1 6 3 4 5 1 4 Peratus keseluruhan

9 7 6 6 9 6 7 9 5 9 9 7 8 8 10 10 10 5 7 7 9 9

0 1 5 2 6 5 6 7 4 6 3 4 5 5 0 9 4 2 3 2 8 5

0 17 500 50 200 500 600 350 400 200 34 80 17 300 0 900 67 67 75 40 800 125 206

Jadual 4.6 41

Jadual 4.6 menunjukkan perbezaan pencapaian mengikut individu berdasarkan pencapaian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kesemua responden menunjukkan perbezaan yang positif iaitu peningkatan dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra. Oleh itu, dapat disimpulakan bahawa hasil dapatan ini telah menjawab kepada persoalan kajian bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

4.2.5 Min, sisihan piawai dan jumlah markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Berikut merupakan jadual yang menunjukkan min dan jumlah markah keseluruhan antara ujian pra dan ujian pasca.
Min dan jumlah markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra (Markah)

Ujian Pasca (Markah)

Responden Min Sisihan piawai Jumlah

29 3.79 0.413 110

29 7.38 1.826 214

42

Jadual 4.7 Jadual 4.7 menunjukkan min dan jumlah markah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Min untuk Ujian Pra ialah 3.79 manakala min Ujian Pasca ialah 7.38. Jumlah perbezaan min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 3.59. Jumlah keseluruhan markah yang diperoleh murid-murid dalam Ujian Pra ialah 110 manakala ujian Pasca ialah 214. Perbezaan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah sebanyak 104 yang menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 94.5%. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 0.413 ini menunjukkan bahawa taburan merkah murid adalah berpusat berdekatan dengan nilai min, ini membawa maksud markah murid adalah rendah. Sisihan piawai untuk ujian pasca adalah 1.826 sedikit tinggi daripada sisihan piawai ujian pra. Oleh itu kita dapat melihat peningkatan dan taburan markah murid dari ujian pra hingga ujian pasca. Dapatan ini telah menjawab kepada persoalan kajian bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

4.4 Dapatan Analisa Persoalan Kedua Kajian Analisa dapatan soal selidik dibuat untuk mengenal pasti adakah pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat menarik minat murid serta membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. 43

4.5 Dapatan Kajian Soal Selidik Selepas Rawatan Selepas rawatan dijalankan, murid-murid dikehendaki untuk menjawab satu set soal selidik yang dijalankan kepada setiap murid. Dapatan data soal selidik yang dijalankan ditunjukkan pada Jadual 4.7. Jadual menunjukkan kekerapan, peratusan dan mean untuk setiap solan yang terdapat pada borang soal selidik. Jadual ini juga menunjukkan tahap kekuatan atau kelemahan mengikut klasifikasi skala mean.

Rumusan Kekerapan dan Mean Soal Selidik Selepas Rawatan 1 2 F F % % 3 F % 4 13.8 4 F % 20 69.0 9 31.0 5 17.2 3 10.3 4 13.8 20 69.0 22 75.9 25 86.2 2 6.8 29 100 27 93.2 5 F % 5 17.2 20 69.0 4 13.8 4 13.8

No. 1 2

Item Saya meminati isyarat tangan solfa. Cara guru mengajar isyarat tangan solfa adalah memuaskan dan menarik minat saya. Isyarat tangan solfa dapat membantu meningkatkan tahap nyanyian saya. Isyarat tangan solfa adalah untuk mereka yang lemah dalam aktiviti nyanyian. Isyarat tangan solfa dapat membantu saya lebih yakin dalam aktiviti nyanyian. Isyarat tangan solfa memberi keseronokan untuk saya dalam aktiviti pendidikan muzik. Isyarat tangan solfa dapat memberi peluang kepada saya memperolehi kepuasan diri.

Mean 4.03 4.69

Tahap Tinggi Sangat Tinggi Tinggi Tinggi

3 4

3.97 4.03

3.86

Tinggi

4.93

Sangat Tinggi Tinggi

4.00

44

Isyarat tangan solfa menyediakan peluang untuk saya meluahkan perasaan dan menjadikan saya lebih kreatif. Isyarat tangan solfa adalah berguna bagi menyelesaikan masalah dalam nyanyian. Isyarat tangan solfa telah menarik minat saya. Mean Keseluruhan Jadual 4.8

5 17.2

18 62.1

6 20.7

4.03

Tinggi

21 72.4

8 27.6 29 100

3.28

Sederhana Sangat Tinggi Tinggi

10

5.00

4.182

Merujuk kepada Jadual 4.8, didapati seramai 4 atau 13.8% murid yang sederhana setuju, 20 atau 69.0 murid yang setuju dan 3 atau 17.2% murid yang sangat setuju dengan soalan 1 pada soal selidik. Untuk soalan 2, seramai 9 atau 31% murid yang setuju dan 20 atau 69% murid yang sangat setuju. Seramai 5 atau 17.2% murid yang sederhana setuju, 20 atau 69% murid yang setuju dan 4 atau 13.8% murid yang sangat setuju dengan soalan 3 pada soal selidik. Manakala untuk soalan 4 pada soal selidik, seramai 3 atau 10.3% murid yang sederhana setuju, 22 atau 75.9% murid yang setuju dan 4 atau 13.8% yang sangat setuju. Soalan 5 pula merekodkan seramai 4 atau 13.8% murid yang sederhana setuju dan 25 atau 86.2% murid yang setuju. Seramai 2 atau 6.8% murid yang setuju dan 27 atau 93.2% yang setuju dengan soalan 6 yang diajukan kepada murid. Untuk soalan 7, kesemua 29 atau 100% murid menjawab setuju. Manakala untuk soalan 8, seramai 5 atau 17.2% murid yang sederhana setuju, 18 atau 62.1% murid yang setuju dan 6 atau 20.7%murid yang sangat setuju. Untuk soalan 9, seramai 21 atau 72.4% murid yang sederhana setuju dan 8 atau 27.6% murid yang setuju pada soala selidik. Soalan terakhir iaitu soalan 10, kesemua 29 atau 100% murid menjawab sangat setuju. 45

Analisa mean menunjukkan soalan 2, 6 dan 10 berada pada tahap amat tinggi dimana mean soalan-soalan ini lebih tinggi daripada 4.51. soalan 1,3,4,5,7,8 dan pula berada pada tahap tinggi iaitu dengan mean antara 3.20 hingga 4.50 sementara soalan no 9 berada dalam tahap sederhana dengan meannya 3.28.

Bagi analisa keseluruhan Mean Soal Selidik, nilai mean berada pada tahap tinggi iaitu sebanyak 4.182. Dapatan ini telah menjawab kepada persoalan kajian bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat menarik minat serta membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

4.6 Dapatan kajian 4.6.1 Soalan Kajian 1 Adakah pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan muzik? Dalam ujian pra, responden kajian telah memperoleh sejumlah 110 markah manakala sejumlah 214 markah telah dicapai oleh mereka dalam ujian pasca yang

dijalankan. Sehubungan dengan itu, min markah pencapaian ujian pasca adalah 7.38. Dengan berdasarkan analisis pencapaian markah responden-responden kajian dalam ujian 46

pra dan ujian pasca yang bertujuan untuk menguji tahap kemahiran nyanyian solfa mereka yang dijalankan sebelum dan selepas rawatan-rawatan secara keseluruhan, didapati bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid. Ini kerana perbezaan min markah antara keputusan ujian pra dan keputusan ujian pasca, iaitu 3.59 telah menyatakan bahawa pencapaian markah ujian pasca responden-responden kajian adalah lebih baik daripada pencapaian markah ujian pra mereka selepas rawatanrawatan yang menitik-beratkan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam mengajar kemahiran nyanyian solfa mereka diperuntukan. Pengkaji sebagai pengkaji telah mengesan bahawa kemahiran nyanyian solfa muridmurid sememangnya semakin hari bertambah maju setelah mereka menerima rawatanrawatan berkenaan. Tambahan pula dengan sikap mereka yang bersungguh-sungguh untuk membuat latihan nyanyian yang diberi ketika dan setelah mengikuti rawatan-rawatan berkenaan, oleh itu kemahiran nyanyian solfa mereka berjaya semakin dipertingkatkan lagi sehingga mereka berupaya mencapai keputusan yang lebih baik dalam ujian pasca jika dibandingkan dengan keputusan dalam ujian pra. Justeru itu, pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik telah menjawap persoalan satu.

4.6.2 Soalan Kajian 2 47

Apakah respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran dalaman?

Data Pemerhatian

Sesi

Nota Pemerhatian Kes 1 : Murid-murid memberi tumpuan dan kerjasama dalam membuat ulangkaji tentang pergerakan isyarat tangan solfa do, re, mi, fa, so, la, ti dan do Kes 2 : Murid-murid terus memberi tumpuan dan kerjasama dalam pembelajaran nyanyian solfa berpandukan isyarat tangan mengikut urutan kesukaran yang ditentukan. Kes 3 : Murid-murid menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan yang baru bagi mereka. Kes 4 : Ramai murid berebut peluang untuk mencuba menyanyi semula solfa setelah pengkaji sebagai guru membuat pergerakan isyarat tangan solfa tanpa menyanyikan solfa dengan

Rawatan 1

48

mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman. Kes 5 : Terdapat segelintir murid menunjukkan kurang minat terhadap aktiviti pengajaran yang diadakan dengan mereka mendiamkan diri sahaja.

Rawatan 2

Kes 1 : Kebanyakkan murid nampak berminat terhadap aktiviti meneka lagu di mana mereka berebut peluang untuk menyanyi balik melodi frasa lagu setelah masa diberi kepada mereka merasai melodi berkenaan tamat. Kes 2 : Masih terdapat beberapa murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti meneka lagu yang dijalankan dengan mereka mendiamkan diri sahaja. Kes 3 : Terdapat murid-murid menunjukkan muka kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk menyanyi balik melodi frasa lagu disebabkan masa tidak mencukupi. Kes 5 : Terdapat murid-murid memberitahu bahawa mereka gemar akan aktiviti meneka lagu yang dijalankan kerana ia menyeronokkan

Rawatan 3

Kes 1 : Mereka menunjukkan muka gembira di awal sesi rawatan apapila diberitahu aktiviti meneka lagu akan dijalankan. Kes 2 : Semakin banyak murid memberanikan diri dan yakin untuk menyanyi balik melodi frasa lagu yang dikehendaki. Kes 3 : Ramai murid berebut peluang untuk menyanyi balik melodi 49

frasa lagu tanpa putus asa walaupun ada dikalangan mereka gagal menyanyi semula melodi frasa lagu dengan betul pada awalnya.

Kes 4 : Semua ahli kumpulan sentiasa memberi kerjasama sesama ahli kumpulan dalam aktiviti kumpulan di mana setiap

kumpulan diminta mempersembahkan nyanyian solfa secara giliran setelah masa yang diberikan kepada mereka untuk merasai melodi lagu di dalam kepala tamat. Kes 5 : Sebahagian besar murid memberitahu pengkaji bahawa mereka sangat gemar akan aktiviti meneka lagu yang dijalankan. Jadual 4.8

Dengan merujuk kepada data pemerhatian, didapati bahawa sesi rawatan pertama dijalankan, dari awal murid-murid telah memberi tumpuan dan kerjasama dalam aktivitiaktiviti yang telah dijalankan seperti ulangkaji tentang pergerakan isyarat tangan solfa do, re mi, fa, so, la, ti dan do dan nyanyian solafa berpandukan isyarat tangan yang baru bagi murid-murid disalurkan kepada mereka, ramai daripada mereka telah memberi respon yang baik dengan mereka berebut peluang untuk cuba menyanyi balik solfa tertentu setelah pengkaji sebagai guru membuat pergerakan isyarat tangan solfa tanpa menyanyi solfa. Ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kaedah Kodaly ini telah menarik minat mereka. 50

Walau bagaimanapun, apa yang dapat diperhatikan lagi adalah terdapat segelintir murid menunjukkan kurang minat terhadap aktiviti pengajaran yang diadakan dengan mereka mendiamkan diri sahaja. Ini kemungkinan besar mereka kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan tentang nyanyian solfa disebabkan mereka masih belum membiasakan diri dengan pengaplikasian kaedah pengajaran ini. Dalam sesi rawatan kedua pula, ketika aktiviti meneka lagu dijalankan, kebanyakan murid menunjukkan minat terhadapnya dengan mereka berebut peluang untuk menyanyikan balik melodi frasa-frasa lagu setelah masa diberi kepada mereka merasai melodi berkenaan tamat. Ada yang kecewa disebabkan tidak dipilih untuk menyanyikan semula solfa. Selain itu, murid meminta pengkaji meneruskan aktiviti meneka lagu walaupun masa sesi rawatan kedua telah tamat sementara ada yang memberitahu pengkaji bahawa mereka gemar akan aktiviti meneka lagu yang dijalankan kerana ia sangat menyeronokkan. Ini bermakna bahawa mereka memang berminat terhadap aktiviti pengajaran yang mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman. Di samping itu, masih terdapat beberapa orang murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti meneka lagu yang dijalankan dengan berdiam diri sahaja. Sebenarnya , dalam sessi rawatan ketiga, murid-murid telah menunjukkan muka gembira di awal seesi rawatan. Apabila diberitahu aktiviti meneka lagu akan dijalankan. Sepanjang sesi tersebut, semakin ramai murid telah memberanikan diri dan yakin untuk menyanyi balik melodi frasa lagu yang dikehendaki. Didapati bahawa mereka masih berebut peluang untuk cuba menyanyi balik melodi frasa lagu tanpa putus asa walaupun 51

ada yang daripada mereka telah gagal menyanyi balik melodi frasa lagu dengan betul pada awalnya. Semasa pertandingan berkenaan dijalankan, semua ahli kumpulan sentiasa memberi kerjasama sesama ahli kumpulan supaya dapat menyanyikan solfa lagu kanakkanak dengan betul. Pada akhir sesi tersebut, sebahagian besar murid memberitahu

pengkaji bahawa mereka sangat gemar akan aktiviti pengajaran yang dijalankan. Secara keseluruhannya, respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman

berpandukan isyarat tangan telah mencapai tahap tinggi dan menjawab persoalan yang telah dikemukakan.

4.7 Rumusan Bab ini telah menjelaskan profil responden kajian dan membentangkan dapatan kajian tentang pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dan respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan.

52

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian tindakan ini telah dibentangkan dalam bab lalu, iaitu bab keempat. Bab ini pula berperanan sebagai penutup tirai dimana

rumusan hasil kajian akan diberikan, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian dan membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian serta menjalankan kajian lanjutan.

5.2 Rumusan Hasil Kajian Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Ini 53

kerana pencapaian ujian pasca responden-responden kajian telah dipertingkatkan jika berbanding dengan pencapaian markah ujian pra mereka,di mana terdapat perbezaan antara min markah keputusan ujian pra, 3.79 (3.800) dengan min markah keputusan ujian pasca,7.38 (7.4) , iaitu 3.59 (3.6). Di samping itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa respon minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan melalui soal selidik telah mencapai tahap tinggi dengan min keseluruhan ialah, 4.182..

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Hasil kajian ini telah menunujukkan bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Ini menyatakan bahawa murid-murid lebih mudah menguasai kemahiran nyayian solfa sekiranya pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dikalangan mereka dilaksanakan dengan mengaplikasi kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan. Ia juga adalah amat penting dipupuk di kalangan pelajar muzik kerana secara tidak langsung, kemahiran pendengaran kemahiran dalaman dapat membantu yang lain memajukan seperti dan

memperkembangkan

muzikal

mereka

kemahiran

pendengaran, kemahiran oral, kemahiran permainan alat muzik dan kemahiran nyanyian. Oleh itu, pendengaran dalaman di galakkan diajar dalam pendidikan muzik melalui pelaksanaan latihan-latihan nyanyian dengan harapan lebih banyak pelajar muzik dapat menguasai kemahiran ini demi menikmati faedah-faedah penggunaan kemahiran ini. 54

Sehubungan dengan itu, seseorang pelajar muzik dapat menyanyikan melodi atau irama sesuatu karya muzik dengan baik dan lancar tanpa mengambil masa yang panjang sekiranya latihan nyanyian solfa dengan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman banyak diadakan. Disamping itu, falsafah Kodaly telah pun menyatakan bahawa pendengaran dalaman harus dikuasai oleh pelajar muzik dengan baik seumpama sifat semulajadi kedua mereka. Dengan itu kemahiran muzikal lain boleh diperkembangkan dengan lebih mudah. Menurut Chosky,L (1981), pendengaran dalaman merupakan kemahiran muzikal yang paling penting utnutk dikuasai. Jika tidak, seseorang adalah tidak mampu untuk mengeluarkan sesuatu bunyi muzikal tanpa memikirkan bunyi berkenaan terlebih dahulu. Justeru itu, pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan yang telah dikenalpasti dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid digalakkan diadakan dalam pengajaran dan pembelajran pendidikan muzik di sekolah. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan telah mencapai tahap baik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman telah berjaya menarik minat muridmurid untuk terus mengikuti sesuatu pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Dengan itu, tahap penguasaan kemahiran nyanyian solfa mereka berjaya dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan aktiviti meneka lagu yang menitikberatkan pengapklikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan yang 55

dijalankan dalam sessi-sessi rawatan adalah menyeronokkan sehingga berjaya menimbulkan minat dan motivasi murid-murid dalam pembelajaran kemahiran nyanyian solfa disamping mereka memberi respon yang baik ketika melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Secara tidak langsung, ini telah mendorong mereka agar berupaya menguasai kemahiran nyanyian solfa dengan lebih baik. Justeru itu, kaedah Kodaly ini adalah sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di kalangan golongan murid.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian Kajian tindakan ini mendapatai bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembeljaran pendidikan muzik. Disamping itu, respon sebahagian besar murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahairan pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan telah mencapai tahap baik.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

56

Dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Ini bermakna bahawa tahap penguasaan kemahiran muzikal murid-murid seperti kemahiran nyanyian solfa sememangnya dapat dipertingkatkan dengan kaedah Kodaly digunakan. Maka, dipercayai bahawa prestasi pendidikan muzik murid-murid di sekolahsekolah dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa sekiranya kaedah Kodaly yang telah dikenalpasti berkesan diaplikasikan dalam pengajaran pendidikan muzik. Sehubungan itu, jika tindakan ini dilaksanakan di sekolah-sekolah, lebih ramai murid yang berbakat dalam bidang muzik pasti dapat dicungkil dan diketengahkan. Secara tidak langsung, bidang muzik di Malaysia boleh menuju kearah yang lebih cemerlang. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa murid-murid telah memberi respon yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa yan

gmengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan di dalamnya telah membuktikan bahawa aktiviti-aktiviti kaedah Pengajaran Kodaly seperti meneka lagu adalah menyeronokkan dan mencabar sehingga murid-murid tertarik dengan aktiviti berkenaan dan sanggup meneruskan pembelajaran pendidikan muzik dengan mempunyai motivasi yang tinggi. Di samping itu, suasana pembelajaran pendidikan muzik yang mernyeronokksn dan ceria juga dapat diwujudkan. Ini mengelakkan murid-murid berasa bosan dalan kelas sebaliknya bersemangat mengikuti sesuatu pembelajran pendidikan muzik sehingga keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dapat dicapai. Secara 57

keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik yang menyerapkan Kaedah Kodaly adalah digalakkan dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Implikasi Dapatan Kajian Kajian ini memberi kesan kepada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan negara. Diantara pihak yang terlibat ialah guru-guru Muzik, panitia Muzik, pihak sekolah, pusat perkembangan kurikulum dan kementerian pelajaran Malaysia. Dengan kajian ini guru Muzik dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan dapat menyusun strategi yang padu dalam proses pengajaran di dalam kelas.

5.5.1 Kesan Kepada Guru Dan Panitia Muzik Kajian ini dapat membantu guru-guru Muzik bersama sama dengan panitia untuk membuat perancangan dalam program panitia bagi meningkatkan minat murid-murid dalam matapelajaran Muzik. Ini akan memberi kesan yang amat berguna dan bernilai kepada pembangunan mata pelajaran Muzik. Guru-guru juga perlu positif dan

mempunyai bakat dan minat yang tinggi dalam mempertengahkan kaedah pendengaran dalaman kepada murid untuk mengcungkil minat sebenar mereka. Ini kerana murid-murid akan mengikuti apa saja yang guru sampaikan kerana guru merupakan model yang sebenar kepada murid.Mereka akan mengikuti apa saja yang disampaikan oleh guru. Oleh itu sekiranya guru-guru berubah dan memperkenalkan kaedah yang baru ini maka tiada lagi masalah nyanyian yang dihadapi oleh murid-murid. 58

5.5.2 Kesan kepada Bahagian Pendidikan Guru Bahagian pendidikan guru adalah perlu memastikan guru-guru yang dilatih mempunyai minat yang cukup mendalam dalam bidang yang diceburi serta memastikan mereka ini dilatih dan didedahkan kaedah dengan secukupnya. Mereka merupakan

penyambung warisan kepada generasi guru-guru yang sedia ada.Guru-guru yang baru ini perlulah diberi pendahan berkaitan dengan kaedah pengajaran Muzik ini kerana dengan latihan yang secukupnya dan tepat akan dapat melahirkan murid-murid yang gemilang dalam pengajaran Muzik.

5.5.3 Kesan Kepada Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat perkembangan kurikulum dan kementerian pelajaran Malaysia haruslah merancang agar buku teks dan latihan guru-guru diberikan agar sejajar dengan arus peredaran masa . Ia juga dapat membantu dan menyediakan buku teks dan kaedah pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah oleh itu ibu bapa dan penjaga perlu mengubah corak pembelajaran di rumah suapaya seiring dengan pembelajaran Muzik di sekolah ini kerana ramai ibu bapa pada masa ini mempunyai kemahiran dalam bidang Muzik . Dengan itu mereka perlu menggunakan kemahiran yang ada supaya anak-anak mereka berminat dalam pembelajaran Muzik 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

59

Kajian ini telah dijalankan dengan terdapat beberapa batasan kajiannya. Dengan merujuk kepada batasan kajian ini, beberapa kajian lanjutan dicadangkan untuk dijalankan . Pertamanya oleh sebab kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun 5 disebuah sekolah rendah sebagai sampel kajian. Dengan itu satu kajian lanjutan dicadangkan seupaya dapat melibatkan murid-murid tahun 4 dan tahun 6 di sekolah rendah yang mengikuti pembelajaran kemahiran nyanyian solfa yang dipercayai mampu mempelajari kemahiran pendengaran dalaman untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Ini bertujuan untuk mengenalpasti lagi keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa murid-murid. Selain itu, disebabkan kajian yang dijalankan ini cuma melibatkan murid-murid sekolah rendah yang terletak di kawasan bandar selaku sampel kajian, maka kajian lanjutan dicadangkan melibatkan murid-murid sekolah rendah yang berada di kawasan luar bandar sebagai sampel kajian agar keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa dikalangan murid yang tinggal di luar bandar dapat dikenal pasti. Di samping itu, respon mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan turut diperhatikan dan dicatatkan . Oleh kerana kajian ini hanya melibakan murid-murid sekolah rendah sebagai sampel kajian, maka satu lagi kajian lanjutan yang juga bertujuan untuk mengenalpasti 60

keberkesanan pengaplikasian kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyanyian solfa, pelajar pendidikan muzik dicadangkan supaya melibatkan golongan pelajar yang turut belajar kemahiran nyanyian solfa di sekolah menegah mahupun golongan guru pelatih yang beropsyen muzik di institut perguruan sebagai sampel kajian. Respon mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian solfa dengan mengaplikasikan kemahiran pendengaran dalaman berpandukan isyarat tangan juga wajar diambil untuk diselidiki.

5.7 Rumusan Bab ini telah memberikan rumusan hasil kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian, dan mencadangan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian tindakan ini hanya merupakan kajian awal tentang pengaplikasian kemahiran pendengaran

dalaman berpandukan isyarat tangan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran nyayian solfa dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Maka kajian lanjutan yang lebih terperinci dan tepat serta jitu dikehendaki dilakasanakan demi memantapkan lagi dapatan kajian tentang kemahiran pengajaran ini.

61

Anda mungkin juga menyukai