Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBHE2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

690305015002002 0137209207 cititcomel@yahoo.com

690305-01-5002

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapatlah saya menyiapkan buku panduan Alam Remaja ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan kebenaran untuk mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam buku panduan ini. Diharapkan semoga buku panduan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan yang bermanfaat kepada para pelajar yang bakal dan dalam peralihan ke alam remaja. Atas segala sokongan dan bimbingan daripada semua pihak sekali lagi diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KANDUNGAN Penghargaan Kandungan Pendahuluan 1.0 Pengenalan 1.1 Maksud Remaja 1.2 Maksud Akil Baligh 1.3 Haid 1.4 Ihtilam 2.0 Aspek Perubahan Selepas Akil Baligh 2.1 Perubahan Fizikal 2.1.1 Perubahan Fizikal Yang Dialami Oleh Remaja Lelaki 2.1.2 Perubahan Fizikal Yang Dialami Oleh Remaja Perempuan 2.2 Perubahan Emosi 2.2.1 Mencari Identiti Sendiri 2.2.2 Perubahan Emosi Remaja Lelaki dan Perempuan 2.3 Perubahan Sosial 2.3.1 Identiti Kendiri 2.3.2 Penerokaan 3.0 4.0 Penjagaan Kesihatan dan Kebersihan Diri 3.1 Penjagaan Kebersihan semasa Haid dan Ihtilam Amalan Gaya Hidup Sihat 4.1 Makanan Seimbang 4.2 Bersenam 4.3 Rehat secukupnya 4.4 Tidak Menyalahgunakan Bahan 5.0 6.0 Soal Selidik Rumusan

MUKA SURAT

1 1 2 2 3 3 3 4 5 5 6 6 7 7 8 9 10 10 11 12 13 13 14 15

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAHULUAN Buku panduan Alam Remaja ini ditulis dan diolah semula berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulisan buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pelajar tahap 2 sekolah rendah memahami dengan lebih mendalam tentang alam remaja yang akan mereka tempuhi. Buku panduan ini meliputi tunjang pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan dan memupuk sikap positif terhadap kehidupan alam remaja serta mengamalkan gaya hidup sihat. Penulisan buku panduan ini dipersembahkan dan diperjelaskan dengan menggunakan gambar yang bertujuan untuk membantu murid memahami teks dengan lebih mudah. Nilai-nilai murni turut diterapkan agar murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Akhir kata, diharapkan buku panduan ini mampu memberikan manfaat dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan yang lengkap sebagai panduan dalam persediaan menghadapi dan memahami isu-isu berkaitan perubahan dan perkembangan selepas akil baligh kepada semua pelajar yang akan menempuhi alam remaja.

ROHAINI BT AMAT 2011

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0

PENGENALAN

Alam remaja merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak sekarang. Pada tanggapan mereka apabila sampai peringkat remaja mereka berupaya melakukan perkara-perkara seperti orang dewasa. Keadaan ini perlu diperbetul agar remaja ini tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat pada masa kini. Mereka perlu diberikan pendedahan tentang gaya hidup yang sihat seorang remaja. Oleh itu pengetahuan yang cukup perlu diberikan kepada mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna. 1.1 MAKSUD REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin(1997), remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik. Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturanperaturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam. 1.2 MAKSUD AKIL BALIGH

Akil baligh merupakan peringkat perubahan semulajadi iaitu dari alam kanak-kanak kepada keremajaan yang dikenal pasti melalui perubahan fizikal dan emosi. Baligh secara bahasa bererti 'sampai' manakala akil datang dari kalimah 'akal'.Jadi gabungan akil dan baligh memberi maksud "akal sudah sampai" atau "kesampaian akal".Pada tahap ini,seorang individu itu sudah dikira sampai atau mampu berfikir dari segi spiritual,mental dan fizikal.Biasanya berlaku kepada remaja berumur 11-15 tahun.Akal mereka mula mendefinasikan sesuatu perkara itu kepada banyak makna. Contohnya : Apabila remaja itu mula berfikir untuk mencuri,dia sendiri akan mencari kebaikan dan keburukan di dalam perbuatannya itu.Kenapa dia berani mencuri? Kerana dia berfikir jika dia terlepas,habuannya adalah sesuatu benda yang dicurinya. Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju. Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri dan menggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani atau ihtilam. 1.3 HAID

Haid ialah darah yang keluar daripada faraj selama beberapa hari pada setiap bulan. Kedatangan haid menunjukkan sistem reproduktif perempuan mula berfungsi. Haid akan dialami seawal umur lapan tahun. Cepat atau lambat seseorang itu mengalami kedatangan haid ditentukan oleh faktor keturunan dan pemakanannya. Pusingan dan tempoh kedatangan haid seseorang perempuan

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 berbeza antara satu sama lain. Biasanya haid dialami sekali dalam sebulan. Tempoh kedatangannya pula antara tiga hari hingga tujuh hari. 1.4 IHTILAM

Ihtilam ialah keluarnya air mani secara tidak disedari semasa seseorang remaja lelaki bermimpikan sesuatu yang memberahikan. Pengalaman ini menandakan sistem reproduktif seseorang lelaki telah mula berfungsi. Umur seseorang remaja lelaki mengalami ihtilam dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitarannya. Ihtilam adalah normal dan tidak menghalang kita daripada meneruskan aktiviti harian seperti bersekolah, bersukan dan beriadah. Selepas mengalami ihtilam, kita akan mengalami perubahan fizikal dan perubahan perasaan akibat tindakan hormon dalam badan. 2.0 ASPEK PERUBAHAN SELEPAS AKIL BALIGH

Zaman remaja merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan-perubahan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Kita perlulah bersedia dan mengetahui perubahan fizikal yang akan berlaku.

2.1

PERUBAHAN FIZIKAL

Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja. Ada perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks. Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian. Saiz otot dan tulang mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu. 3

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada zaman awal remaja, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan dewasa, kaki dan tangan mereka semakin panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang. Perkembangan cepat tersebut akan mengakibatkan remaja berasa janggal.Selain itu, badan dan kulit remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak, akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau.

Perubahan ketinggian remaja perempuan dan lelaki mengikut umur 2.1.1 PERUBAHAN FIZIKAL YANG DIALAMI OLEH REMAJA LELAKI

Dada dan bahu melebar Ketinggian meningkat Tumbuh bulu pubis Tumbuh bulu ketiak Suara menjadi garau

Tumbuh jerawat Otot lengan membesar Bentuk badan berubah Bulu tumbuh di muka dan badan Berat badan bertambah

Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen yang dihasilkan oleh testis. Hormon ini akan menggalakkan pembentukan ciri-ciri sekunder bagi remaja lelaki 4

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti pertumbuhan bulu halus di ketiak dan pubis serta suara berubah menjadi garau. Selain itu, halkum juga akan jelas kelihatan. Rangsangan daripada kelenjar pituitari pula akan menyebabkan perkembangan hormon testoteron.

2.1.2

PERUBAHAN FIZIKAL YANG DIALAMI OLEH REMAJA PEREMPUAN

Ketinggian meningkat

Tumbuh jerawat

Payu dara membesar

Punggung melebar

Tumbuh bulu pubis

Tumbuh bulu ketiak

Suara berubah daripada suara keanak-anakan kepada suara matang

Bentuk badan berubah

Berat badan bertambah

Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan organ-organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesteron. Hormon estrogen akan merangsang pembentukan ciri sekunder bagi remaja perempuan seperti pembesaran payu dara dan punggung menjadi lebar. Rembesan hormon progesteron pula menyebabkan berlakunya haid. 2.2 PERUBAHAN EMOSI

Perubahan fizikal yang pesat semasa meningkat remaja boleh mempengaruhi perasaan kita. Perubahan ini boleh menyebabkan perasaan kita terganggu. Pada ketika ini kita akan mula memikirkan diri kita. Pengeluaran hormon sebelum akil baligh bukan sahaja menghasilkan pertumbuhan fizikal yang jelas dapat dilihat. Ianya juga mencetuskan perkembangan emosi dan 5

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

psikologikal. Pada masa ini, emosi dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan emosi ini adalah normal dan sihat walaupun kadang kala kelihatan tidak begitu mudah dilalui. Remaja mula membentuk identiti dirinya sendiri. Perubahan emosi ketika akil baligh perlu berterusan ke arah kematangan emosi orang dewasa. 2.2.1 Mencari Identiti Sendiri

Identiti ialah sifat keseluruhan yang ada pada kita. Identiti dapat memperkenalkan atau membezakan diri kita daripada orang lain. Kadangkala kita akan mudah terpengaruh dengan perlakuan rakan sebaya atau idola kita dalam menentukan identiti diri. Oleh itu kita patut dapat membezakan antara identiti yang baik dengan yang buruk. Remaja perlu memahami dan mengatasi perubahan emosi yang mereka akan hadapi seperti: a) khayalan, idola dan cinta. b) Teman berlainan jantina c) Malu, terlalu memikirkan tentang diri sendiri d) Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain e) Mengenali dan menangani perasaan diri dalam keadaan yang berbeza f) Pengaruh antara minda dan badan g) Aktiviti fizikal yang lasak dan rehat sebagai cara bersantai h) Mengetahui bila dan bagaimana untuk bersetuju dan sebaliknya

2.2.2

Perubahan Emosi Remaja Lelaki dan Perempuan

Perubahan emosi antara remaja lelaki dan perempuan tidak berbeza. Antara perubahan emosi yang dapat dilihat selepas remaja akil baligh adalah : 1. Peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan khayalan di kalangan kebanyakan remaja. Terdapat kesedaran diri tentang seksual yang memuncak. Pengeluaran air mani di kalangan remaja lelaki semasa tidur, dikenali sebagai nocturnal emission atau mimpi basah kerap berlaku ketika ini. Adalah juga normal jika tidak mengalaminya. 2. Remaja lelaki dan perempuan mengalami kebangkitan syahwat dengan hanya melihat atau berdekatan dengan seseorang yang mereka minati. Mereka mungkin tidak memahami pengalaman yang mereka lalui ini merupakan perasaan seksual. 6

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Fantasi atau khayalan seksual selalu berlaku. Remaja lelaki dan perempuan lebih meminati antara satu sama lain semasa akil baligh. Di samping minat terhadap seks dan kerap memikirkannya, adalah juga normal jika remaja tidak memikirkan tentang seks, terutama pada peringkat awal akil baligh. Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi kebanyakan remaja Keadaan tidak selesa dan memikirkan sangat tentang perubahan pada tubuh dan perasaannya mungkin menyebabkan stres (tekanan). Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana perkara kecil kerap berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan ini bukanlah sesuatu yang memalukan. Berkongsi perasaan dan kerisauan dengan keluarga atau rakan-rakan dapat membantu. Mereka lega apabila mendapati rakan-rakan mereka juga mempunyai perasaan dan kerisauan yang sama.

Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian dari perkembangan normal peringkat remaja. Remaja kerap mengalami perubahan kelakuan (dari kematangan kepada kelakuan seperti kanak-kanak). Hubungan dengan ibu bapa mula berubah apabila remaja mula menekankan keinginan untuk bebas, kadang kala menyebabkan masalah dan konflik. 2.3 PERUBAHAN SOSIAL

Zaman remaja adalah zaman yang amat menyeronokkan. Sekiranya remaja mampu mengharungi segala cabaran dengan berbekalkan keazaman dan disiplin diri yang teguh pasti ianya menyeronokkan. Ramai juga remaja yang terpengaruh dan terjerumus dengan gejala yang tidak sihat. Beberapa perubahan sosial yang ketara berlaku pada peringkat awal remaja. 2.3.1 Identiti Kendiri

Remaja lelaki atau perempuan ingin mencari dan membentuk identiti kendiri. Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan ciri-ciri identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka seperti adik beradik ibu bapa, guru dan rakan sebaya. 7

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Usaha untuk membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan corak personaliti mereka di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat. 2.3.2 Penerokaan

Pada peringkat awal remaja, mereka suka menerokai perkara, pengetahuan dan amalan yang baru. Remaja ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu semasa zaman kanakkanaknya. Dalam usaha untuk membentuk identiti kendiri, remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat pada peringkat ini.. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah terikut-ikut atau termakan pujuk rayu rakan sebaya maka mereka akan mudah terlibat dengan tingkahlaku yang tidak sihat dan berisiko. Oleh itu remaja perlu berhati-hati dalam memilih kawan.

3.0

PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN DIRI

Kesihatan diri ialah keadaan sejahtera yang merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Penjagaan kesihatan penting bagi remaja dalam menghadapi perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Remaja yang sihat akan menikmati kehidupan yang baik. Pada peringkat akil baligh kita akan menjadi lebih aktif dan mudah berpeluh. Kita perlu menjaga kebersihan seluruh anggota badan. Menjaga kebersihan diri membantu kita menjadi sihat. Remaja perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan diri. Pembersihan diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan. Amalan ini juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit. Antara amalan kebersihan diri yang patut diamalkan adalah:

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan kebersihan diri yang perlu diamalkan 3.1 Penjagaan Kebersihan Semasa Haid dan Ihtilam

Semasa kedatangan haid, seseorang remaja perempuan perlu mendapatkan panduan tentang cara menguruskan kebersihan diri. Panduan ini boleh diperoleh daripada orang dewasa seperti ibu atau kakak.

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita perlu : Menggunakan tuala wanita untuk menampung haid. Menukarkan tuala itu dengan yang baru mengikut keperluan. Membersihkan kemaluan sebelum menggunakan tuala baru untuk mengelakkan jangkitan. Membersihkan kotoran pada tuala dengan air serta membungkus dan membuang tuala itu ke dalam tong sampah. Elakkan daripada membuangnya ke dalam mangkuk tandas, sama ada di sekolah atau di rumah. Mencuci tangan dengan sabun.

Bagi remaja lelaki, selepas mengalami ihtilam, hendaklah : 4.0 Membersihkan anggota tubuh. Menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian yang bersih.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat merangkumi aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Amalan gaya hidup sihat dapat membantu remaja mengelak daripada sebarang masalah kesihatan dan penyakit. Amalan gaya hidup sihat merangkumi pemakanan seimbang, rehat yang secukupnya,bersenam dan tidak salah guna bahan.

10

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.1

Makanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah antara amalan gaya hidup sihat. Pemakanan sihat bermaksud sajian makanan yang kita ambil mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak serta vitamin dan mineral. Pada peringkat awal remaja, karbohidrat sangan diperlukan kerana ia dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Protein membekalkan nutrien supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna. Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita. Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.

11

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.2

Bersenam

Selain amalan makanan yang sihat, senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Ia merupakan sejenis aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh semua individu tanpa mengira umur, jantina dan pekerjaan. Senaman melibatkan aktiviti formal dan fizikal seperti berjoging, berlari, bersukan, berjalan kaki, berbasikal, berenang,lompat tali, tarian dan sebagainya. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Mereka yang aktif bersenam dengan tetap, mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak aktif . Mereka yang aktif bersenam mampu melibatkan diri sepenuhnya dalam pelbagai jenis aktiviti yang berkualiti walaupun usia telah meningkat. Senamam haruslah dijadikan komponen cara hidup sihat dan dijadikan sebagai sebahagian daripada amalan hidup seharian. Senaman merupakan satu aktiviti yang perlu dirancang, diulang-ulang dan dibentuk mengikut kehendak dan keupayaan individu. Senaman juga membakar tenaga berlebihan untuk membantu anda menjadi cergas dan sihat. Ia mengekalkan berat badan yang sihat. Ia baik untuk jantung dan otot-otot anda, dan ia meningkatkan kelunturan anda. Senaman juga menghasilkan bahan kimia dalam otak yang membolehkan anda berasa gembira. Jadi jika anda perlu rehat seketika daripada pelajaran anda, keluarlah bersenam, bersukan dan berseronok.

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara aktiviti senaman yang boleh dilakukan 12

4.3

Rehat Secukupnya

Rehat ialah satu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal , mental atau pun aktiviti ringan. Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Pada peringkat awal remaja, tidak kira remaja lelaki atau pun remaja perempuan aktif melakukan aktiviti harian. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalani kehidupan seharian. 4.4 Tidak Menyalahgunakan Bahan

Penyalahgunaan bahan ialah perbuatan menggunakan bahan tidak mengikut fungsi sebenar bahan tersebut atau pengambilannya secara berlebihan. Antara bahan yang disalahgunakan termasuklah ubat, racun, alkohol dan dadah. Pada peringkat awal remaja, mereka mudah terpengaruh dan suka mencuba sesuatu yang baru dan kadangkala tidak memikirkan baik buruknya. Remaja perlu tahu kesan-kesan daripada penyalahgunaan bahan seperti bahaya dadah dan merokok. Pengetahuan yang mencukupi dan panduan daripada orang dewasa terutamanya ibu bapa adalah sangat penting. Berfikir sebelum bertindak.

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 5.0 SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini dibuat untuk melihat sejauh mana remaja dapat menjalani kehidupan awal remaja mereka dengan sihat.

APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini. Tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Soalan Adakah anda makan makanan seimbang dan sihat. Adakah anda bersenam tiga kali seminggu secara tetap. Adakah anda mendapat tidur dan rehat secukupnya. Adakah anda telah membuat persediaan untuk menempuhi alam remaja Adakah anda mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga. Pernahkah anda menggambil dadah. Pernahkan anda merokok. Adakah anda seringkali rasa tertekan Adakah anda pernah melakukan hubungan seks . Adakah anda pernah memandu laju/berlumba haram. Ya . . . . . . . . . . Tidak . . . . . . . . . .

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14

6.0

RUMUSAN

Secara literalnya, perkembangan zaman remaja seseorang individu banyak memberi kesan kepada corak kehidupan individu tersebut di masa akan datang. Perkembangan- perkembangan dari segi emosi, mental, jasmani dan budaya remaja banyak di pengaruhi oleh faktor sekeliling. Jadi, jika seseorang remaja itu memilih faktor negatif dalam corak kehidupannya, maka, sukarlah untuk remaja tersebut meneruskan kemandiriannya dalam masyarakat. Dan begitulah juga sebaliknya jika remaja tersebut memilih corak kehidupan yang positif sebagai pemacu kehidupannya. Remaja perlu faham mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja. Belajar dan bertanya dengan orang yang lebih dewasa mengenai alam remaja. berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga dan hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda. Hiasilah diri anda dengan nilai-nilai murni dan dekatilah diri anda dengan agama agar terhindar daripada gejala-gejala yang negatif. Hormati menghormati antara satu sama lain dalam keluarga dapat meningkatkan keharmonian rumahtangga. Apabila institusi keluarga kukuh anak-anak yang baru melangkah kealam remaja perlu dibimbing dan diberi panduan secukupnya agar remaja ini akan menjadi seorang remaja yang sempurna.

(2 787 patah perkataan)

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 APENDIKS RUJUKAN 1 Abd. Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin,(1997), Psikologi Pendidikan 1 :Pertum buhan dan Perkembangan. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd. 2 Albeny Josiyn Panting,Pises Busu, (2010), Modul Kesihatan Diri dan Keluarga,Meteor Doc.Sdn.Bhd. 3 Boon Pong Ying & Ragbir Kaur,(1998). Psikologi 1 (semester 1). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd 4 Borhanuddin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman & Hamizon Hamid,(2006), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 5 Dzulkifli Ismail,Jamaliyah Ahmad & Yahya Abdul Jalil,(2005),Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4,Dewan Bahasa dan Pustaka. 6 Dzulkifli Ismail,Jamaliyah Ahmad & Aris Fazil Hj Ujang,(2007),Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6,Dewan Bahasa dan Pustaka. 7 Zalina Ismail, (1999), Panduan Kesihatan Gadis Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

http://arthologyx.blogspot.com/2010/05/mumayiz-dan-akil-baligh.html\ http://groups.google.com/group/ukm_psikologi/web/perkembangan-fizikal-remaja http://www.lookpdf.net/pdf/buku+panduan+akil+baligh

HBHE2203 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai