Anda di halaman 1dari 18

www.PanduanMUET.

com

ISI KANDUNGAN Tajuk Pengenalan

Mukasurat 3 3 5 6 7 8 10 11 13 14 16 17

Bagaimana menyampaikan pengucapan umum yang berkesan Teknik pengucapan umum Faedah-faedah yang anda terima melalui pengucapan umum Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berucap Bagaimana berucap dengan baik dan yakin Cara memperbaiki suara anda semasa berucap Latihan memperbaiki mutu suara anda Persediaan menyampaikan ucapan yang tidak dirancang (Impromptu Speech) Panduan memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja Perkara-perkara yang harus dielakkan semasa berkomunikasi Penutup

www.PanduanMUET.com

PENGUCAPAN UMUM 1.0 PENGENALAN Anda dijemput untuk menyampaikan ucapan pada Majlis Persaraan salah seorang kakitangan anda? Anda dijemput memberikan ceramah tentang cara-cara mendidik anak cemerlang di Seminar Keibubapaan anjuran sekolah anak anda belajar? Anda ditugaskan untuk membentang Laporan Kewangan di syarikat tempat anda bekerja? Anda tidak lalu makan dan tidak lena tidur kerana anda tidak biasa memberikan ucapan atau ceramah di khalayak ramai. Degupan jantung anda semakin kuat tatkala hari yang telah ditetapkan semakin hampir. Namun, anda tidak perlu risau. Bukan anda seorang sahaja yang mengalami keadaan sebegini. Masih ramai lagi di luar sana yang risau, panik dan menggelabah jika dijemput memberikan ucapan di khalayak ramai. Cuma bezanya, anda mengambil langkah yang bijak kerana membaca panduan ini. Di harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menyampaikan ucapan pada apa jua keadaan dengan baik dan lancar. 2.0 BAGAIMANA MENYAMPAIKAN PENGUCAPAN UMUM YANG BERKESAN Berikut adalah panduan berguna yang boleh anda praktikkan demi memperbaiki kemahiran pengucapan umum anda dalam usaha memberikan ucapan yang terbaik dan berkesan.
1.

Pastikan ucapan anda mampu menarik perhatian pendengar. Mereka sanggup datang untuk mendengar anda berucap. Oleh itu berikan yang terbaik untuk mereka. Semasa latihan berucap, cuba rakamkan diri anda jika boleh menggunakan kamera rakaman.

www.PanduanMUET.com

Selepas itu kaji kelemahan dalam diri anda dan ketengahkan keistimewaan anda.

2.

Sembunyikan rasa gementar. Tunjukkan pada pendengar, anda sebenarnya tidak gementar (walhal ANDA RASA MACAM NAK PENGSAN...hihi...) kerana mereka tidak dapat membaca perasaan anda ketika itu.

3.

Wujudkan komunikasi dua hala dengan pendengar anda. Jangan anda terus bercakap seorang diri seolah-olah tidak ada pendengar.

4.

Wujudkan eye contact dengan pendengar anda. Ada sesetengah petua yang menyatakan jangan memandang tepat ke arah pendengar anda kerana perbuatan ini akan membuatkan anda panik. Namun petua ini bergantung pada diri anda sendiri. Jika anda selesa tidak memandang tepat ke arah pendengar, jangan lakukan. Buat apa yang anda rasa selesa. Jangan bercakap terlalu cepat Berikan pendengar sedikit ruang untuk mengimbas kembali dan berfikir sejenak selepas anda menyampaikan satu-satu isi. Meninjau lokasi anda akan berucap Sebelum hari anda berucap, berkunjunglah dulu ke lokasi yang telah ditetapkan. Pastikan anda tahu di mana pendengar-pendengar anda duduk, di mana letaknya papan putih, OHP (Overhead Projector) akan dipancarkan dan di mana anda akan berdiri untuk berucap. Pastikan kedudukan kesemua ini sesuai dengan anda. Maklumkan isi kandungan ucapan anda Jangan lupa maklumkan kepada pendengar anda terlebih dahulu isi-isi penting yang akan anda sampaikan (sekiranya ia

5.

6.

7.

www.PanduanMUET.com

pengucapan umum berbentuk pengetahuan). Ini memudahkan pendengar ada untuk menyalin apa-apa isi yang mereka kehendaki. 8. Berjenaka Selitkan kisah-kisah lucu atau pengalaman yang menarik. Biasanya pendengar gemar mendengar kisah-kisah pengalaman anda mahupun orang lain. 9. Gunakan ruang yang ada Bergerak bebas jika boleh. Jika ada ruang dan peluang untuk anda bergerak, teruskanlah. Gunakan seluruh ruang yang anda untuk anda bergerak bebas. 10. Tidak salah jika tersilap Kesilapan. Berbuat silap adalah perkara biasa. Minta maaf dan teruskan memberi ucapan.

3.0 TEKNIK PENGUCAPAN UMUM Berikut disenaraikan pula teknik-teknik yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan RASA GEMENTAR DAN TAKUT anda. 1. SENYUM

Cubalah senyum. Teknik ini ternyata berkesan. Minda anda akan rasa tenang. Ini mampu membuatkan anda rasa selesa dengan keadaan di sekeliling anda. 2. TARIK NAFAS

Lakukan sebelum memulakan ucapan. Teknik ini selalunya berkesan. Jika anda menarik nafas sedalam-dalamnya semasa berucap, anda akan kelihatan pelik. 3. TIADA APA YANG HENDAK DIRISAUKAN

Beritahu diri anda tiada apa yang hendak dirisaukan. Pernah dengar Dont worry, be happy..lagipun apa benda yang anda takutkan sangat tu?
5

www.PanduanMUET.com

4.

RELAKS DAN JANGAN TERLALU KAKU

Jika anda berdiri tegak dan tidak bergerak langsung, semua yang mendengar ucapan anda akan tahu anda sedang menggelabah dan gementar. Jadi, relaks dan berlagak seperti biasa. Longgarkan otototot tubuh anda. 5. BERLATIH MEMBERI UCAPAN

Teknik ini selalunya dapat membantu. Jika anda selalu berlatih dan membuat persediaan awal, ucapan anda pada hari yang ditetapkan akan berjalan lancar. Bagi mendapatkan hasil yang baik, berlatih memberi ucapan sebanyak yang mungkin bila ada peluang. Ini sudah tentu akan meningkatkan keyakinan diri anda. 6. HUBUNGAN DUA HALA

Anda harus wujudkan hubungan dua hala. Pandang pendengar anda, minta respons mereka agar anda tidak dilihat sebagai syok sendiri. 4.0 FAEDAH-FAEDAH YANG ANDA TERIMA MELALUI PENGUCAPAN UMUM Berikut ialah faedah-faedah yang anda akan dapat melalui pengucapan umum: 1. Faedah ke atas diri anda sendiri: peningkatan keyakinan diri kebolehan berkomunikasi dan meluahkan pendapat serta isi hati anda keberkesanan daya pujuk ke atas orang lain peluang-peluang baru kebolehan memimpin keseronokan
6

www.PanduanMUET.com

membaiki kualiti hidup anda 2. Faedah dalam kerjaya anda kenaikan pangkat dalam kerjaya menerima pengiktirafan dari sesiapa saja menghiburkan pendengar anda belajar menjadi pendengar yang baik kebolehan meluahkan pendapat anda dalam acara-acara penting

5.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERUCAP Elakkan perkara-perkara ini semasa berucap. Walaupun perkara ini kecil, ia mampu membuatkan pendengar-pendengar membenci anda: 1. SUARA YANG TENGGELAM- TIMBUL

Ada orang yang bercakap dengan suara kuat di awal ucapan, tetapi semakin lama semakin perlahan suaranya. Ini menyusahkan pendengar kerana mungkin mereka terlepas isi yang anda cuba sampaikan. 2. MEMANDANG KE BAWAH

Memberi ucapan dengan kepala ditundukkan dan mata memandang ke bawah memang menyakitkan hati sesiapa sahaja. Ini mengecewakan pendengar. Mereka tidak dapat menangkap apa yang anda cuba sampaikan. 3. BERBISIK

Berbisik semasa menyampaikan ucapan sebenarnya menyusahkan orang lain. Ini menunjukkan kelemahan anda dan tahap keyakinan diri anda yang rendah.

www.PanduanMUET.com

4.

MEMBACA

Ada sesetengah pemberi ucapan yang membaca teks. Anda boleh membaca teks tetapi pastikan intonasi dan penyampaian anda bukan seperti anda membaca buku. Elakkan MEMBACA semasa memberi ucapan. 5. SYOK SENDIRI

Ada kalanya pemberi ucapan seperti syok sendiri. Seolah-olah dia bercakap dengan dirinya terutama semasa sesi soal-jawab. Jika ada sesi soal jawab selepas ucapan anda, pastikan semua yang berada dalam dewan itu dapat mendengar soalan yang ditanya. Sebelum anda mula menjawab pastikan anda mengulang semula soalan agar pendengar lain dapat mendengar. 6. DUDUK SEMASA BERUCAP

Ada pemberi ucapan yang duduk semasa menyampaikan ucapan. Jika anda duduk semeja dengan pendengar anda ini tidak mengapa. Namun jika ada 5 ke 6 barisan pendengar yang menghadap anda, pastikan anda berdiri agar mereka yang duduk di belakang dapat mendengar apa yang anda cuba sampaikan. 7. KALI Kadangkala ada sesetengah orang yang menggunakan perkataan sama berulang- ulang seperti perkataan lah, okay, ah, ur, lagipun dan lain-lain lagi. Penggunaan perkataan seperti ini menganggu tumpuan pendengar. Cuba minimumkan penggunaan perkataan seumpama ini. 8. BERUCAP MELEBIHI MASA YANG DITETAPKAN MENGULANG PERKATAAN TERTENTU BERKALI-

Kadangkala kerana terlalu asyik, ada pemberi ucapan yang bercakap terlebih masa. Ikut masa yang telah ditetapkan untuk slot anda. Jangan menyusahkan pihak penganjur.
8

www.PanduanMUET.com

6.0 BAGAIMANA BERUCAP DENGAN BAIK DAN YAKIN Adakah anda berasa malu setiap kali berada bertugas di tempat baru, berpindah ke kawasan perumahan baru atau menghadiri kelas buat pertama kali? Pada hakikatnya pengalaman seperti ini dapat membantu mengatasi perasaan malu anda disamping memperbaiki tahap keyakinan anda semasa memberi ucapan. Langkah-langkah berikut dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan anda semasa memberi ucapan: 1. Belajar berkomunikasi dengan orang ramai

Setiap idea atau pandangan anda tidak semestinya diterima. Penolakan idea anda adalah perkara lumrah dalam bab komunikasi. Berikah sahaja pendapat anda. Ia dapat meningkatkan keberanian anda dan keyakinan diri anda. 2. Berbicara dengan suara jelas dan kuat

Jika anda bercakap dengan suara perlahan, kemungkinan besar orang lain bertanggapan anda seorang yang tidak berani dan kurang keyakinan diri. Jadi, tinggikan suara anda supaya orang lain dapat dengar apa yang anda ingin katakan. Cuma, jangan terlalu kuat, nanti apa pula orang lain akan kata!! 3. Jaga pandangan mata (eye contact) semasa bercakap

Memandang mata seseorang semasa bercakap mempamerkan kesopanan. Ia juga membantu orang lain memikirkan apa yang anda cuba sampaikan. 4. Puji diri anda setiap hari

Ini sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri anda. Bila bangun dari tidur, lihat cermin dan puji diri anda. Katakan anda seorang yang hebat, kacak dan seumpamanya.

www.PanduanMUET.com

Tips
1.

Jangan panik bila anda tersilap. Tidak ada manusia yang sempurna. Kesilapan itu perkara biasa semasa berucap. Jika membuat silap, tarik nafas, tenangkan fikiran dan sambung ucapan anda dengan berani. Cuba dan cuba lagi! Sekiranya anda seorang yang PEMALU anda perlu paksa diri anda. Jangan terus diamkan diri sekiranya anda mahu berjaya sebagai pemberi ucapan/ pemidato yang disegani. Jangan simpan idea dan pendapat anda dalam diri anda. Keluarkan idea dan pendapat tersebut. Jika anda kurang keyakinan diri, bayangkan yang anda seorang sahaja PAKAR dalam topik berkenaan. Sebarkan kepakaran dan ilmu anda itu kepada orang lain. Terlalu yakin pada diri anda juga tidak elok kerana ia akan menjadikan anda sombong dan bongkak dimana anda akan rasakan idea dan pandangan anda adalah YANG TERBAIK. Hati-hati, jangan biarkan tahap keyakinan anda jadi terlalu tinggi.

2.

3.

4.

7.0 CARA MEMPERBAIKI SUARA ANDA SEMASA BERUCAP 1. Kenalpasti bilik ceramah

Pastikan anda selesa di bilik ceramah/tempat dimana anda bakal berucap. Sampai awal dari masa yang ditetapkan. Berjalan-jalan di kawasan anda sepatutnya berucap, berlatih mengguna mikrofon dan sebarang alat bantuan tambahan (OHP, komputer, slide) dapat membantu menghilangkan panik serta memberi keselesaan kepada anda untuk bersuara dengan lebih jelas dan berucap dengan terancang. 2. Kenali pendengar anda

Sambut mereka semasa mereka tiba. Lebih mudah untuk anda berucap dengan pendengar yang anda sudah kenali berbanding dengan pendengar yang anda tidak kenali.
10

www.PanduanMUET.com

3.

Dalami topik/tajuk yang ingin disampaikan

Tambahkan ilmu mengenai topik/tajuk yang ingin anda sampaikan. Jika anda kurang ilmu pengetahuan tentang topik/tajuk, anda akan menjadi panik dan mudah menggelabah. 4. Relaks

Kurangkan rasa gementar dan takut dengan melakukan senaman ringan sebelum memberi ucapan. Tarik nafas sedalam-dalamnya. 5. Bayangkan diri anda memberi ucapan

Bayangkan diri anda sedang memberi ucapan dengan lancar, suara yang jelas dan menyakinkan. Jika anda bayangkan terlebih dahulu anda berjaya memberi ucapan, maka selalunya ucapan yang bakal anda sampaikan juga akan berjaya. 6. Semua orang ingin anda berjaya

Tiada sesiapa pun mahukan anda gagal. Pendengar inginkan ucapan anda menarik, memberansangkan, bermaklumat dan menghiburkan. 7. Jangan tunjukkan kelemahan anda

Jangan memulakan ucapan dengan memaklumkan kepada pendengar tentang kelemahan anda seperti anda takut memberi ucapan atau anda mudah menggelabah kerana ini akan menarik perhatian pendengar untuk mengesan kelemahan anda. Maka, diam dan jangan beritahu pendengar tentang sebarang kelemahan anda. 8. Tukarkan kegelisahan anda kepada tenaga yang positif

Manfaatkan kegelisahan anda dengan menukarkannya kepada tenaga positif yang maksima dan mampu meningkatkan kualiti ucapan yang bakal anda sampaikan.

11

www.PanduanMUET.com

9.

Menambah pengalaman

Pengalaman membina keyakinan diri yang merupakan kunci kejayaan pengucapan umum anda. 8.0 LATIHAN MEMPERBAIKI MUTU SUARA ANDA Latihan ini boleh anda lakukan sendiri dari masa ke semasa. 1. Selaraskan nada suara anda

Selidik sama ada suara anda kuat atau perlahan. Semasa berucap, tanya pendengar anda sama ada suara anda kuat atau sebaliknya. Cuba bercakap dengan nada suara yang sama di sepanjang anda berucap. 2. Seragamkan kelajuan anda berucap

Ini berkaitan dengan pernafasan anda. Jika anda bernafas dengan cepat, ada kemungkinan anda akan berucap dengan pantas. Jika ini berlaku, pendengar sukar untuk menangkap butiran ucapan anda. Jika terlalu lambat pula, pendengar akan menjadi bosan dengan ucapan anda. Rakamkan suara anda dan kaji sama ada anda perlu mengubah tahap kelajuan ucapan anda. 3. Menyebut perkataan dengan betul

Betulkan sebutan anda dengan membuka mulut mengikut perkataan yang anda sebutkan. Ini memudahkan anda untuk bersuara dan menyebut perkataan - perkataan dalam ucapan anda dengan jelas dan lancar. 4. Sentiasa berlatih

Berlatih memberi ucapan sebelum hari yang ditetapkan. Tentukan di mana anda akan berhenti untuk menarik nafas. Tandakan dalam nota ucapan anda.

12

www.PanduanMUET.com

5.

Postur tubuh anda

Berdiri tegak dapat membantu pernafasan dan sekaligus membolehkan anda berkata-kata dengan mudah tanpa tersekat-sekat. 6. Rakaman

Rakamkan suara anda berulang kali dan kenalpasti nada mana yang sesuai anda gunakan. 7. Latihan pernafasan

Tarik nafas sedalam-dalamnya dan ketika menghembus nafas keluar kira sehingga 10. Tinggikan nada suara anda sedikit demi sedikit mengikut nombor yang anda kira. Semakin banyak semakin kuat suara anda. Semasa mengira gunakan suara dari abdomen anda.

9.0 PERSEDIAAN MENYAMPAIKAN UCAPAN YANG TIDAK DIRANCANG (IMPROMPTU SPEECH) Kadangkala anda dijemput untuk menyampaikan ucapan secara tiba-tiba alaala bidan terjun. Anda dijemput untuk berucap tanpa sebarang persediaan contohnya semasa mesyuarat atau perjumpaan dengan klien. Jadi apakah yang perlu anda lakukan? Jangan risau teruskan membaca. Perkara yang anda perlu buat: Latihan menyebut perkataan Mengawal perasaan marah Pengetahuan tentang sesuatu topik Keyakinan diri

13

www.PanduanMUET.com

1.

Latihan menyebut perkataan

Semasa bercakap pastikan setiap perkataan yang anda ucapkan itu jelas dan sebutannya terang. Elakkan daripada mengulum/menyimpan perkataan dalam mulut anda. Buka mulut anda dengan luas supaya mendengar dapat mendengar perkataan yang anda ingin ucapkan. Elakkan daripada mengulangi perkataan yang sama seperti lah, ok, er, ah. Elakkan juga menggunakan perkataan yang tidak sopan. 2. Berlatih berucap dengan tenang dan pastikan anda berpengetahuan tentang sesuatu topik Cuba kawal perasaan marah anda. Jika anda orang yang membuatkan anda marah, tenangkan diri. Kawal rasa marah anda itu. Sekiranya anda marah, tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memberikan tindakbalas. Anda juga harus mengira satu hingga tiga sebelum bertindak. Menarik nafas dapat menyalurkan oksigen ke dalam otak anda dan mampu meredakan tahap kemarahan anda. 3. Sentiasa bersedia dan belajar

Anda harus sentiasa bersedia dan mahir dengan topik-topik tertentu jika menghadiri mana-mana majlis, mesyuarat atau perjumpaan. Anda perlu melakukan sedikit bacaan tentang satu-satu topik. Ini sebagai persediaan sekiranya anda dipanggil untuk berucap secara tiba- tiba tanpa perancangan. Sekiranya anda kurang selesa nyatakan sahaja yang pengalaman anda tentang topik itu tidak mendalam dan hanya mampu menyentuh serba-sedikit sahaja mengenainya. 4. Meningkatkan keyakinan diri

Keyakinan diri akan datang dengan sendirinya melalui persediaan, latihan dan pengetahuan tentang satu-satu topik. Akhir sekali, tidak salah jika anda menolak jemputan untuk memberi ucapan yang tidak dirancang. Minta maaf dan maklumkan yang anda tidak bersedia. Namun jika anda menolak jemputan memberi ucapan
14

www.PanduanMUET.com

dimana anda telah dimaklumkan lebih awal, penolakan anda boleh dianggap tidak sopan. Ini mampu mengugat kredibiliti anda dan orang lain akan mempunyai tanggapan negatif terhadap anda. 10.0 PANDUAN MEMULAKAN PERBUALAN DENGAN SESIAPA SAHAJA Kebolehan berkomunikasi memerlukan latihan. Ini bermakna anda harus berlatih dan berlatih sehingga anda mahir. Namun ia tidak serumit yang anda sangkakan. Bercakap bukannya susah sangat. BUKA MULUT...CAKAP, itu sahaja. Tips-tips di bawah ini dapat membantu anda berkomunikasi dengan baik dengan sesiapa saja. Semakin mahir anda berkomunikasi, semakin bagus dan berkualiti pengucapan umum anda. 1. Pentingnya pandangan pertama

Senyum dan ajukan soalan. Pastikan anda tidak bertanya soalan dengan jawapan berbentuk YA/TIDAK dan dengar betul-betul apa yang sahabat baru anda katakan. Pastikan juga ada eye contact dan berbudi bahasa sebaik mungkin.

2.

Mendengar

Mendengar merupakan bahagian penting dalam komunikasi. Komunikasi tidak akan bermakna jika pendengar terlalu sibuk mengatur ayat seterusnya. Tumpukan perhatian terhadap apa yang sedang sahabat anda katakan. Sekali sekala, berikan sepatah dua kata agar dia merasakan anda pendengar yang baik. 3. Cari minat sahabat baru anda itu

15

www.PanduanMUET.com

Lakukan kajian sedikit tentang seseorang yang bakal anda temui itu. Memberi pujian boleh dijadikan langkah pertama memulakan komunikasi. Sesiapa saja pasti berasa gembira mendapat pujian yang tulus dan ikhlas. 4. Bertanya soalan

Apa minat mereka? Apa hobi mereka? Apa yang pernah mereka lakukan? Cari minat atau hobi mereka yang anda dapati menarik. Tanyakan soalan dengan cara sopan dan beradab. Ingat, anda tentu mempunyai sebab tersendiri mengapa anda berminat untuk berbual dengan orang terbabit. Maka, teruskan bertanya minat atau hobi orang tersebut. 5. Lupakan diri anda seketika

Pada hakikatnya adalah lebih mudah bagi anda meminati seseorang daripada menunggu orang lain minat pada anda. Untuk berjaya dalam komunikasi, jangan asyik memikirkan tentang diri anda sendiri dan tanggapan orang lain terhadap anda. Oleh itu, mulakan langkah pertama iaitu perkenalkan diri anda, berjabat tangan, lupakan dulu diri anda dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada orang yang berdiri di hadapan anda. 6. Belajar Kemahiran Mendengar

Sebahagian kemahiran komunikasi ialah membuat orang lain tahu yang anda sedang mendengar apa yang mereka katakan. Pastikan ada eye contact. Sesekali anggukkan kepala anda, katakan Ya atau apaapa saja perkataan yang menunjukkan anda sedang memberikan perhatian kepada apa yang mereka sedang katakan. 7. Kenalpasti bila perbualan tamat

Perbualan yang menarik pasti akan tamat/berhenti bila tiba masanya. Berjabatlah tangan dan maklumkan kepada sahabat anda itu anda gembira dapat berbual dengannya. Mengakhiri perbualan secara

16

www.PanduanMUET.com

positif meninggalkan kesan positif. Mungkin sahabat anda ini akan berbual lagi dengan anda di lain kali. 11.0 PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SEMASA BERKOMUNIKASI 1. Pilih soalan yang sesuai ditanya

Pastikan anda tidak bertanyakan soalan yang terlalu peribadi seperti gaji bulanan, jumlah wang simpanan, dsb. 2. Ikhlas seikhlasnya

Pujian memang digalakkan tapi pastikan pujian itu tidak lebih-lebih kerana ia akan menunjukkan yang anda sebenarnya tidak ikhlas memberi pujian. 3. Elakkan isu sensitif

Jangan berbual tentang perkara yang sensitif seperti agama dan politik kecuali anda cukup kenal dengan sahabat anda itu. 4. Elakkan dari berselisih pendapat

Anda tidak perlu bersetuju dengan apa sahaja yang orang lain katakan. Tapi anda tidak perlu memaklumkan kepadanya mengapa anda tidak setuju dengan pendapat yang dia berikan. Tukar topik perbincangan sekiranya perlu untuk mengelakkan perselisihan.

5.

Tunggu giliran anda

Bersabar dan tunggu sehingga sahabat anda habis memberikan pendapatnya. Selepas dia habis bercakap, barulah anda berikan pendapat anda pula tentang isu yang dibincangkan.

17

www.PanduanMUET.com

12.0 PENUTUP Pengucapan umum yang baik dan berkesan perlukan latihan berucap dari masa ke semasa. Anda harus berani mengambil peluang yang anda untuk memahirkan diri agar kemahiran ini berjaya anda kuasai. Diharap segala panduan dan tips yang telah diberikan dapat membantu anda memberi ucapan yang berkesan dan baik. Anda juga harus rajin membaca dan mencari teknik-teknik pengucapan umum yang lain agar ilmu pengucapan umum anda bertambah.

-TAMAT-

18