Anda di halaman 1dari 2

CATATAN SEORANG GURU (ii)

Seorang pujangga pernah menukil cheritera, Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta... Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Kata orang, Dialah kandil kemerlap pada malam gelita Diala purnama berkaca dalam cerah cahaya Dialah dian yang membakar diri Dialah memberi tanpa meminta balasnya budi Dialah menghulur tanpa diketahui tangan kirinya Dialah anak jati yang bersemangat tinggi Dia, guru itu Saban hari, kerjanya mengajar tulis, baca, kira Di situ, anak-anak mengenal erti huruf dan suku kata Di situ, anak-anak mengerti makna kata dan gunanya Di situ, anak-anak memahami erti, ilmu itu apa? Wajah hatinya sebersih wajah nabi. Hari ini kuajar mengenal huruf agar esok nanti mengenal kata, Hari ini kau kenal makna esok nanti kau tahu bual bicara, Hari ini seorang guru mencatat cerita hidupnya dalam diari kecil sahaja esok nanti catatanya menjadi riwayat seorang Perdana Menteri. Dialah, guru itu Dialah yang melukis dengan berus cinta dan kanvas putihnya Dialah yang mencorak garis, kotak, bulat, bujur dan segala bentuknya Dialah yang menghias bunga, daun, ranting dan segala bentuk pohonnya Dialah, guru itu Hari ini masih mengajar di situ dan saban pagi muridnya memanggilnya, guru Dialah nanti orang panggil guru meski jalannya bertongkat kayu Dialah nanti orang panggil guru meski nanti hanya tinggal nisannya yang kaku.

Rasulullah dalam sirah Ahli politik mahupun diplomatik, negarawan mahupun sasterawan cendekiawan mahupun sukarelawan, mustahil ada lagi pesuruh Allah selepas Muhammad ibnu Aminah rasul penyudah pembersih aqidah. Quran dan Muhammad bagai sinonim rangkai kalamul-Lah teras nubuwwah mempiawai hamba pilihan al-Amin. Nadwahnya menjangkau dunia akhirat Kunfayakun-Mu demi terakhir umat. Kau wahyukan baginda fadhilat Quran, Kau mukjizatkan baginda tertinggi darjat, Kau nobatkan baginda teratas martabat. Kau tuskan baginda penyelamat umat, Kau muliakan baginda israk mikraj,

Kau sahsiahkan baginda terbaik sifat, - mulia berakhlak bijaksana beradab siddiq amanah tabligh fatonah. Sebarang manusiawi dan insaninya perkataan perbuatan juga ceritera, adalah hadis penyuluh syariat selepas Quran terbesar mukjizat. Pembina lakaran madaniyyah penyubur kesejahteraan sejagat. Suatu kerangka hadhariyyah pengukuh pembangunan hayat. Tiada selain ini Muhammad kecuali seorang rasul-Mu Tuhan. Kau anugerahkan Quran mukjizat hatta ke sidrah al-muntaha Kau bawanya untuk mengembara. Tiada Muslim walaupun di mana kecuali tepu yakin akan benarnya: Kuakui tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah Demikian hamba kekasih-Mu Tuhanku.

Anda mungkin juga menyukai