Anda di halaman 1dari 2

Pandangan mengenai Laskar pelangi.

(Sharifah Bt saad, PISMP Prasekolah)

Tayangan movie laskar pelangi sangat menyentuh hati saya. Saya rasa sesiapa pun warga pendidik yang berjiwa pendidik akan rasa tersentuh apabila melihat ketabahan beberapa guru untuk meneruskan perjalanan sebuah sekolah yang sudah usang dan tidak mempunyai murid. Cerita terjadi di Desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitong Timur. Pada masa itu sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jika tidak mencapai murid baru seramai 10 orang murid. Ketika itu baru 9 orang murid yang yang menghadiri majlis pembukaan, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, iaitu guru besar sekolah tersebut mahu mengumumkan penutupan sekolah tersebut, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.Mulai dari sanalah dimulai cerita mereka. Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana AKiong yang malah cengar-cengir ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, cikgu Mus.Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes oleh Kucai, Kejadian penemuan bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikal 80 km pulang pergi dari rumahnya ke sekolah. Mereka yang digelar Laskar Pelangi nama yang diberikan cikgu Muslimah kerana mereka suka melihat keindahan pelangi mereka sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Salah satunya adalah kemenangan manis pada karnival 17 Ogos, dan kebijaksanaan luar biasa Lintang yang menentang dan mengalahkan Drs.Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal, dan menang dalam pertandingan pintar cerdas cermat. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein cilik itu berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Cerita ini bermula dengan ketabahan seorang guru iaitu cikgu muslimah yang bertegas untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan untuk anak-anak melayu di kawasan tersebut. Dengan adanya sikap guru yang bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak ini, maka bakat-bakat murid-murid dapat diserlahkan. Sesungguhnya tuhan telah menciptakan manusia dengan pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini perlu dikesan, digilap dan diasah. Melalui pendidikanlah kecerdasan ini dapat dikembangkan. Menerusi pendidikan, cikgu muslimah dapat mengembangkan potensi anak-anak Laskar pelangi ini. Sikap guru yang perihatin, bersungguh-sungguh, sabar,dan cekal membuahkan hasil apabila kejayaan-demi kejayaan yang dicapai oleh murid-muridnya. Kejayaan ini yang dapat mengubah nasib anak-anak penduduk di kawasan tersebut.