Anda di halaman 1dari 4

KEPERLUAN DAN KEUTAMAAN INDIVIDU: SATU PERSEPSI PERIBADI

1.0

PENDAHULUAN Manusia tidak akan merasa puas apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Kesempurnaan hidup amat diperlukan oleh manusia.Di antara keperluan dan keutamaan yang diperlukan oleh individu, yang mana satu yang lebih diutamakan. Manusia perlukan kehidupan yang sempurna dari berbagai persepsi. Mereka memerlukan rumah untuk berlindung dari hujan dan panas. Kenderaan bukan kemewahan, tetapi adalah keperluan untuk memudahkan perhubungan. Pakaian, makanan dan minuman juga merupakan keperluan asas manusia. Manusia memerlukan semuanya untuk meneruskan interaksi bersama individu lain,

masyarakat malah berinteraksi dengan Pencipta dengan segala kemudahan yang ada. 2.0 PERBINCANGAN Pada awal kehidupan saya di akhir tahun 1960 an, keperluan utama keluarga saya adalah rumah tempat berlindung, pakaian, makanan, minuman dan sedikit wang untuk mendapatkan keperluan tersebut. Tidak timbul bahawa kenderaan merupakan satu keperluan. Saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bapa saya menggunakan basikal untuk menjual getah dan sayur-sayuran untuk mendapatkan sedikit wang bagi memenuhi hasrat kami sekeluarga. Rumah yang ada hanya untuk berlindung, infrastruktur tidak lengkap, tiada elektrik dan air. Pelita minyak tanah dan air perigi digunakan sebagai alternatif kepada bekalan air dan elektrik seperti masa kini. Itupun kehidupan dirasakan terlalu sempurna. Kesempurnaan ini adalah satu anugerah kerana saya merasakan bahawa bapa saya telah berjaya memenuhi keperluan

keluarga.Kenderaan seperti motosikalpun tidak dapat dimiliki kerana tidak mampu dimiliki. Alat komunikasi seperti radio juga tidak dapat dibeli pada masa itu. Kehidupan diteruskan tanpa memerlukan pemangkin kehidupan seperti apa yang saya sebutkan tadi. Zaman telah berubah. Jika dahulu kenderaan adalah satu kemewahan, tapi kini ia merupakan satu keperluan. Adik-adik saya yang lahir pada tahun 1980 an tidak lagi
1

mahu menunggang basikal

membuatkan ayah saya terpaksa membanting tulang

untuk mendapatkan sebuah motosikal bagi menghantar mereka ke sekolah. Kereta dijadikan keperluan apabila adik-adik ini telah memasuki sekolah menengah. Ayah juga telah memiliki sebuah kereta bagi memenuhi keperluan tersebut. Saya yang hidup pada zaman tersebut merasai apa yang dikatakan kesusahan. Apabila melihat ayah dan ibu mengerjakan sawah padi untuk sesuap nasi, menoreh getah saban hari untuk menampung keperluan kehidupan harian. Perasaan empati itu telah diterjemahkan oleh saya apabila berjaya memasuki institusi pengajian tinggi selepas berjaya di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada masa itu ayah mengorbankan keperluan demi keutamaan saya yang mahu meneruskan pengajian. Beliau menjual kebun getah yang menjadi punca pendapatan kami sekeluarga untuk kegunaan pendaftaran memasuki Universiti Pertanian Malaysia. Beliau tidak lagi melihat kebun itu sebagai keperluan keluarga pada masa itu. Apa yang difikirkan pada masa itu bagaimana merealisasikan keperluan pendidikan anaknya yang lebih utama. Beliau melihat pengorbanan tersebut sebagai satu keutamaan demi kehidupan anaknya pada masa hadapan. Untuk meneruskan keperluan harian, mereka telah meminta kebun getah orang lain untuk ditoreh secara sistem pawah. Namun,belum sampai setahun saya di universiti, saya gagal dan diberhentikan.Pada masa itu, harapan menggunung untuk melihat kejayaan anak mereka hancur lebur. Fenomena ini menjadikan saya seorang insan yang peka kepada kehidupan. Terutamanya apabila memikirkan bagaimana ibubapa saya akan meneruskan kehidupan mereka setelah orang kampung mengetahui kegagalan saya pada masa itu. Itulah realiti yang saya lalui. Di antara keperluan dan keutamaan, mana lebih penting. Adakah ia perlu seiring dengan perjalanan kita dalam mengharungi hidup ini. Sekiranya saya menyerah kepada takdir, pada masa itu saya mungkin akan tewas. Sehinggalah saya berjaya memperolehi pekerjaan sebagai kerani di FELDA, barulah ibubapa saya mengetahui bahawa saya sebenarnya telah gagal di universiti. Mereka amat kecewa dengan kegagalan saya hinggakan saya tidak dibenarkan pulang ke kampung. Keperluan saya pada masa itu adalah memenuhi
2

aspirasi diri iaitu

bagaimana mahu mendapatkan pekerjaan untuk menyara diri dan bagaimana mahu menebus kembali kegagalan saya demi memenuhi cita-cita ibubapa saya. Kedua-dua keperluan itu yang mana lebih utama. Ianya bukan satu perkara yang mudah sebab hidup di kotaraya Kuala Lumpur dengan mendapat gaji yang kecil, RM 370.00 pada tahun 1984,tidak dapat menampung kedua-dua keperluan iaitu pembiayaan pelajaran dan pembiayaan kehidupan harian. Situasi sebenar akan memaparkan keutamaan yang kita inginkan. Secara azali kita akan dapat memilih keutamaan yang kita inginkan. Pilihan yang tepat perlu dilakukan untuk merealisasikan kehendak diri tanpa menghampakan perasaan orang lain. Sandaran kepada usaha dan harapan kepada Yang Maha Esa menjadi pilihan di dalam usaha murni ini. Dengan kelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Teknologi MARA pada tahun 1992 yang dihabiskan secara Kajian Luar Kampus, saya telah merealisasikan impian ibubapa saya yang mahukan saya menjadi pegawai satu masa dahulu apabila menghantar saya memasuki universiti. Walaupun telah mengambil masa yang lama, saya telah berjaya mengembalikan maruah mereka yang malu di atas kegagalan saya pada masa lalu apabila diterima sebagai pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan. Kini, apabila membicarakan di antara kesejahteraan dan keamanan serta kerjaya, yang mana lebih utama,saya menyatakan bahawa kerjaya lebih penting. Dengan menyandang jawatan yang bersesuaian, kita mendapat ganjaran yang membolehkan kita berada di dalam situasi yang selesa dan aman. Keamanan dalam konteks negara Malaysia bermaksud tiada berlaku apa-apa musibah di dalam negara seperti kekacauan, rusuhan kaum dan perkara-perkara yang akan menyebabkan keselamatan negara terancam. Tidak akan berlaku perkara- perkara yang tidak diingini kerana Malaysia berada di dalam suasana politik, ekonomi dan sosial yang stabil. Sebab itulah rakyat bebas bergerak untuk mencari rezeki dengan kerjaya yang bersesuaian. Semasa mengutamakan proses pencarian kerjaya yang lebih baik,saya tidak

menghiraukan apa yang berlaku kepada dunia. Samada ianya berada di dalam stabil atau tidak. Ianya tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada usaha saya untuk mencari kejayaan di dalam pekerjaan. Saya memerlukan pekerjaan yang lebih baik untuk merealisasikan cita-cita ibubapa saya yang ingin melihat kejayaan saya. Bagi saya yang berasal dari keluarga yang miskin, mengharap supaya mendapat pekerjaan yang
3

dapat merubah kehidupan kami. Sebab itu saya kuat menghadapi cabaran di dalam mengendalikan masa untuk kerjaya dan pembelajaran. Usaha yang saya garapkan menampakkan hasil apabila saya telah berjaya menghabiskan Diploma, Ijazah dan kini diperingkat Sarjana dengan cara pengajian jarak jauh. Walaupun demikian hingga kini saya masih gagal memperolehi kerjaya yang setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.Kini saya masih lagi bertugas dengan kelulusan Diploma yang dimiliki pada tahun 1992 walaupun saya berjaya mendapat ijazah pertama pada tahun 2005. Berbeza dengan pandangan rakan kelas ini yang datang dari negara Indonesia, mereka nampaknya bersetuju bahawa keamanan dan kesejahteraan adalah lebih utama. Mereka melihat dari konteks negara mereka yang tidak habis-habis ditimpa malapetaka. Gempa bumi,thunami dan letupan gunung berapi saling silih berganti. Dalam situasi begini, keutamaan merasai dan menjiwai kesejahteraan dan keamanan memang ditunggukan. Kerjaya diperlukan untuk meneruskan kehidupan.Dalam masa yang sama perasaan dan jiwa yang tidak tenteram menghantui mereka. Ini adalah kerana mereka sentiasa berada di dalam situasi kebimbangan yang mendalam. Bimbang tentang apa yang seterusnya akan berlaku kepada negara mereka. Pada masa itu, walaupun kerjaya yang dimiliki begitu terserlah dan mampu menyelesaikan keperluan sosial individu dan keluarga, tetapi tidak bermakna apa-apa apabila mereka tidak dapat membuat jangkaan bila tercetusnya malapetaka yang mengakibatkan kemusnahan sejagat. 3.0 KESIMPULAN Oleh sebab itu,keadaan ini berbeza dengan apa yang kita miliki di Malaysia. Keperluan individu akan berbeza mengikut apa yang lebih utama dimahukan oleh individu itu sendiri. Jika seseorang individu itu dari kalangan keluarga orang yang berada, mereka tidak perlukan lagi kerjaya yang berprestij. Ini adalah kerana mereka mampu mendapat apa sahaja walaupun tiada satu pekerjaan yang baik. Tetapi bagi golongan yang menjalani kehidupan yang sederhana, mereka amat memerlukan pekerjaan yang menjadi pendokong kepada keperluan, keamanan dan kesejahteraan yang diperlukan oleh mereka.