Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS SEMPENA PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

# Diminta semua rakan pelajar untuk mengambil tempat masing-masing dan senyap kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat pagi, dan Salam Satu Malaysia Yang berusaha, Puan Hajah Nailah Binti Hj.Mustapha, Pengetua SMK Likas , yang dihormati, Ustazah Shofrizah Washlaini Binti Mohd.Iyen, Penolong kanan 1, Puan Hajah Fazilah Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Suarno Suradi, Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Judy Barbara, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Guru-guru serta rakan-rakan pelajar sekalian.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. # Diminta semua guru dan rakan pelajar untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat.

(Nyanyian Lagu Negaraku). ( Terima kasih )

Hadirin yang dihormati, Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara .bacaan doa.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin Negeri Sabah aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa, Kita mulakan aturcara pertama. Dengan itu, majlis menjemput Saudara Nazmi Bin Tajuddin selaku ketua program bulan kemerdekaan bagi menyampaikan sepatah kata.

Majlis mempersilakan.. (Ucapan). Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nazmi Tajuddin atas ucapan yang sungguh bermakna sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tenung benang menjadi sari, Di atas papan batang jerami, Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Nailah Binti Hj.Mustapha untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Bagi Tahun 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. (Ucapan). Majlis mengucapakn ribuan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia Sempena bulan kemerdekaan. ..tayangan. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, tayangan multimedia itu tadi telah disediakan oleh AJK Tingkatan 6 dan ia berkenaan dengan aktiviti yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Seterusnya, majlis menjemput..bagi mengiringi .untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan monolog : Saguhati 1. Supirman ( 3BK) Saguhati 2. Rezven ( 1GS) Saguhati 3. Mansyur Sarifuddin ( 4CK) Saguhati 4. Angelina ( 3AF)

Ketiga : Noor Azwan ( 4CK ) markah : 81 % Kedua : Mohd Khozairi ( 3BA) markah : 91 % Johan : Nazreen ( 6R2 ) markah : 92 %

Bagi pertandingan Puisi : Saguhati 1. Shafiee ( 3CG) Saguhati 2. Redoni ( 3AF) Saguhati 3. Awang Khairi Jamaluddin ( 4BK) Ketiga : Nor Haliza ( 3BA ) markah : 60 % Kedua : Asmah Samad ( 5BK ) markah : 66 % Johan : Abduh Waren ( 6A1 ) markah : 85 %

Untuk membuka tirai persembahan pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput pemenang pertandingan monolog dan puisi untuk membuat persembahan. Dipersilakan saudara Nazren bagi mempersembahkan monolog. ..(persembahan) (Terima kasih) Dipersilakan saudara Abduh Waren bagi mempersembahkan puisi. ..(persembahan) (Terima kasih) Majlis diteruskan lagi dengan menjemput bagi mengiringi..untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan membuat kad raya : Saguhati 1. Nurhidayah Abdul Siteh ( 4AF ) Saguhati 2. Mohd Hisamudin ( 4CG ) Saguhati 3. Supirman Kadir ( 3BK )

Saguhati 4. Devonnie ( 4BK ) Ketiga : Norfaeza Suaman ( 4BK ) Kedua : Asriyanti Mokhtar ( 3AF) Johan : Nurhatika Wira ( 3CG ) Bagi pertandingan fotografi terdapat dua kategori, iaitu fotografi bertemakan kemerdekaan dan fotografi bertemakan hari raya. Bagi kategori fotografi kemerdekaan : Saguhati 1. Nazmi ( 6R2) Saguhati 2. Mohd.Khair ( 4BA) Saguhati 3. Mawardi ( 4BA) Saguhati 4. Syafiq Jeepry ( 5BA ) Ketiga : Nur Amira ( 3CG) Kedua : Faizul Surim ( 5AF) Johan : Nazren ( 6R2 )

Bagi kategori fotografi Hari Raya : Saguhati 1. Abduh Waren ( 6A1) Saguhati 2. Nur Arif Affendi ( 5CG) Saguhati 3. Syafiq Jeepry ( 5BA ) Saguhati 4. Nurfarahin ( 3AF) Ketiga : Syarifah Nor Zakina ( 5CG) Kedua : Sabrina ( 4CG ) Johan : Nurul Nellisa ( 1AF )

Majlis diserikan lagi dengan menjemput pelajar sidang petang untuk menyampaikan persembahan puisidra.

Majlis mempersilakan. .persembahan Terima kasih atas persembahan yang menarik itu tadi. Hadirin sekalian, Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan. Untuk mengiringi.bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi pertandingan blog : Saguhati 1. Saguhati 2. Saguhati 3. Ketiga : Kedua : Johan : Kini tiba saat yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman pertandingan keceriaan kelas. Tempat ke-3 dimenangi oleh kelas 5 Arif Tempat ke-2 dimenangi oleh 4 Arif Dan Johan pertandingan keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2012 Ialah kelas 3 Arif Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan pesembahan dari kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan puisi lagu. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu patriotik dan lagu puisi. Marilah sama-sama kita menghayati persembahan mereka. ..persembahan. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar itu tadi.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga di lain masa kita berjumpa lagi. Kita tangguh majlis kita pada pagi ini dengan tasbih kaffarah dan Surah al-asr. Sekian terima kasih.