Anda di halaman 1dari 65

*B bacang dibungkus tentu baunya keluar juga Maksud: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

badak makan anak Maksud: Membuang anak sendiri. badan bersaudara, emas takkan bersaudara, kasih saudara sama ada Maksud: Walau bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat dipisahkan kerana orang lebih mengutamakan harta benda. badan boleh dimiliki tetapi hatinya tidak Maksud: Walaupun kelihatan lemah atau menjadi hamba kepada orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu. bagai air mencari jenisnya Maksud: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti dan tidak mengenal jerih payak. bagai anak dara sudah berlaki Maksud: Gadis yang tidak malu, pemalas, dan pengotor. bagai anak sepat ketohoran Maksud: Seseorang yang menunjukkan kemalasannya di rumah orang. bagai anjing beranak enam Maksud: Dikatakan kepada perempuan yang menjadi kurus sekali kerana kerap melahirkan anak. bagai anjing melintang denai Maksud : Seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya bagai anjing menyalak di ekor gajah Maksud: Orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa. bagai anjing terpanggang ekor

Maksud: Seseorang yang mendapat kesusahan yang amat dahsyat, sehingga terpaksa he sana ke mari untuk mendapatkan pertolongan. bagai anjing tersepit di pagar Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan akan berkeadaan serba salah. bagai api dengan asap Maksud: Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi. bagai api makan dedak Maksud: Perbuatan jahat yang tidak kelihatan. bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur Maksud: Suami isteri atau persahabatan yang rukun dan saling menolong. bagai aur dengan tebing Maksud: Persahabatan yang rukun dan saling menolong. bagai aur di atas bukit Maksud: Sukar disembunyikan dan mudah dilihat oleh orang. bagai ayam dibawa ke lampuk Maksud: Orang yang tidak pernah menghadiri majlis yang mewah, kehairanan melihatnya. . bagai ayam dimakan tungau Maksud: Orang yang kurus dan pucat lesi kerana berpenyakit. bagai ayam disambar helang Maksud: Mati tanpa sakit. bagai ayam kecundang Maksud: Sangat ketakutan. bagai ayam lepas bertaji

Maksud: Serba salah, hendak dibiarkan berbahaya, hendak ditangkap berbahaya juga. bagai ayam mabuk tahi Maksud: Orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit. bagai barang yang disadur Maksud: Orang yang tidak tahan diuji. bagai belacan dikerat dua Maksud: Mendatangkan aib kepada kedua-dua pihak. bagai ayam mengeram telur Maksud: Keelokan muka seseorang perempuan. bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi Maksud: Orang yang sombong bercakap besar sehingga terdengar ke manamana sedangkan diri dan keluarganya melarat. bagai babi merasa gulai Maksud: Orang yang hendak menyama-nyamai orang besar atau kaya. bagai Belanda minta tanah Maksud: Sudah diberi sedikit, hendak banyak. bagai beliung dengan asahan Maksud: Sangat akrab dan saling memerlukan. bagai belut digetil ekor Maksud: Sangat terkejut dan segera bertindak. bagai belut diregang Maksud: Orang yang tinggi dan kurus. bagai benang dilanda ayam Maksud: Kusut-masai.

bagai berkain tiga hasta Maksud: Tidak cukup; serba tanggung. bagai berkelahi dalam kapuk Maksud: Perihal sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan. bagai berlaki anak semang Maksud: Perempuan yang berkelakuan tidak senonoh. bagai bersahabat dengan ular bisa Maksud: Kalau berkawan dengan orang jahat lambat-laun akan dianiayanya kita. bagai berselimut kain sarung Maksud: Hidup susah yang serba kekurangan. bagai berseru di padang pasir Maksud: Seruan yang tidak diendahkan oleh orang. bagai bersuluh di tengah hari Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi. bagai bersumur di tepi rawa Maksud: Orang yang selalu cemburu. bagai bertanak di kuali Maksud: Bermurah-murahan kesusahan kepada diri sendiri. kepada orang lain sehingga mendatangkan

bagai bertandang ke rumah meranda Maksud: Berkunjung ke rumah orang yang tiada dijamu apa-apa. bagai bertandang ke surau Maksud: Perihal bertandang ke rumah orang yang tidak menghidangkan apa-apa kepada tetamu. bagai bertih digoreng Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus.

bagai beruk kena ipuh Maksud: Menggeliat-geliat kerana kesakitan. bagai berumah di tepi tebing Maksud: Selalu tidak aman hatinya. bagai besi dengan penempa Maksud: Orang yang lemah di bawah kuasa orang yang kuat. bagai bulan penuh di kaki awan Maksud: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya untuk berjalan. bagai bumi dengan langit Maksud: Dua perkara yang sangat berbeza. bagai buntal kembung Maksud: Menjadi sombong. bagai bunyi cempedak jatuh Maksud: Bunyi yang kuat akibat orang gemuk jatuh. bagai bunyi orang dikoyak harimau Maksud: Menjerit kuat-kuat. bagai bunyi perempuan di air Maksud: Sangat bising; riuh-rendah. bagai bunyi perian pecah Maksud: Suara yang buruk, tidak merdu langsung. bagai bunyi siamang kenyang Maksud: Banyak cakap setelah mendapat kesenangan. bagai cekur jeringau di ubun-ubun Maksud: Umur masih terlalu muda tetapi ingin berumah tangga.

bagai cembul dapat tutupnya Maksud: Mendapat sesuatu yang sangat sesuai. bagai cendawan disesah Maksud: Pucat lesi rupanya. bagai cendawan kememeh Maksud: Sangat mudah menangis. bagai cendawan tumbuh selepas hujan Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. bagai cepu dengan tudungnya Maksud: Sesuai benar; sangat cocok. bagai dakwat dengan kertas Maksud: Saling mencintai dan memerlukan. bagai dekan di bawah pangkal buluh Maksud: Seseorang yang pandai menyimpan rahsia. bagai denai gajah lalu Maksud: Kerosakan yang besar. bagai diikat dengan sehasta tali Maksud: Tidak dapat berbuat sekehendak hati. bagai dimandikan dengan air segeluk Maksud: Menerima pertolongan yang tidak bererti. bagai dirahap kain basah Maksud: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar atau melihat sesuatu kejadian yang sedih atau ngeri. bagai disalak anjing bertuah

Maksud: Tidak perlu bertangguh atau permintaan yang perlu dikabulkan (berkaitan dengan anak-anak, yang tidak dapat tidak terpaksa ditunaikan kehendaknya). bagai tuntung jarum dilaga Maksud: Tidak tetap; Lekas berubah atau mudah rosak. bagai dulang dengan tudung saji Maksud: Sesuatu yang berpadanan dari segi sifat dan rupa paras. bagai duri dalam daging Maksud: Hal yang selalu menyusahkan orang. bagai emak mandul baru beranak Maksud: Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat diidamkan. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing Maksud: Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat. bagai gadis julung bersubang Maksud: Angkuh atau terlalu gembira. bagai gadis julung menumbuk Maksud: Sangat rajin dan bersungguh-sungguh. bagai galah dijual Maksud: Sudah habis hartanya kerana berjudi atau sebagainya. bagai galah di tengah arus Maksud: Sangat gementar, keluh-kesah, dan gelisah. bagai garam jatuh ke air Maksud: Ajaran atau nasihat yang mudah diterima dan masuk ke dalam hati. bagai gelegar buluh Maksud: Bercakap besar.

bagai gelombang dua belas Maksud: Kehebatan pendekar ketika menarikan pedang. bagai geluk tinggal di air Maksud: Orang yang melarat yang hanya mengharapkan bantuan orang. bagai gembala diberi keris Maksud: Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya. bagai gergaji bermata dua Maksud: Orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua belah pihak. bagai hantu makan dedak Maksud: Bersungut-sungut dengan tiada sebabnya. bagai harimau beranak muda Maksud: Perihal orang yang sangat bengis; garang. bagai haruan dalam tuar Maksud: Perihal seseorang yang berada dalam kesusahan dan kegelisahan. bagai hela rambut dalam tepung Maksud: Harus berhati-hati ketika mengerjakan sesuatu pekerjaan yang sulit. bagai hempedu lekat di hati Maksud: Hubungan yang sangat erat sehingga sukar diceraikan. bagai hujan jatuh ke pasir Maksud: Pertolongan yang sia-sia. bagai ikan dalam keroncong Maksud: Tidak dapat ditolong lagi. bagai ikan kena tuba Maksud: Banyak orang yang sakit atau mati di dalam sesebuah kampung atau negeri.

bagai ikan lampam bawah jamban Maksud: Orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan maksiat. bagai ilak bercerai dengan benang Maksud: Bercerai untuk selama-lamanya dan tidak akan bertemu lagi. bagai inai dengan kuku Maksud: Persahabatan yang sangat karib. bagai intan diikat dengan tembaga Maksud: Pasangan yang tidak sepadan. bagai isi dengan kuku Maksud: Perihal persahabatan yang sangat karib. bagai itik berebutkan tembolok Maksud: Perbalahan yang disebabkan oleh perkara yang terlalu kecil atau tidak berharga. bagai itik bertaji Maksud: Orang yang penakut tetapi berlagak berani. bagai itik pulang petang Maksud: Berjalan sangat lambat. bagai jampuk kesiangan hari Maksud: Seseorang yang bingung kerana kehilangan akal bagai jawi belang puntung; didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk Maksud: Dikiaskan kepada orang bodoh yang tidak dapat dibawa berunding. bagai jawi ditarik keluan Maksud: Menurut sahaja. bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan

Maksud: Sebelum melakukan dirundingkan terlebih dahulu. bagai jawi terkurung siang

sesuatu

pekerjaan

perlu

ditimbang

dan

Maksud: Orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. bagai kaca terhempas ke batu Maksud: Sangat sedih atau kecewa. bagai kacang direbus satu Maksud: Terloncat-loncat kesukaan. bagai kacang direndang Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus. bagai kacang tengah dua bulan Maksud: Kanak-kanak yang sedang subur tubuh badan. bagai kain menunjukkan corak bangsanya Maksud: Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya. bagai kambing dalam biduk Maksud: Perihal orang yang dalam ketakutan sehingga tidak tahu untuk berbuat apa-apa. bagai kambing dihela ke air Maksud: Bersungguh-sungguh tidak mahu. bagai kambing dijunjung Maksud: Jerit atau teriak orang yang penakut. bagai kambing dimandikan pagi Maksud: Orang yang malas dan enggan berbuat sesuatu yang disuruh. bagai kambing diseret ke air Maksud: Perihal orang yang sangat keberatan kalau disuruh berbuat sesuatu.

bagai kambing harga dua kupang Maksud: Orang yang tiada nilai diri; tidak senonoh dan keanak-anakan. bagai kambing lepas ke parak Maksud: Dapat memilih apa-apa sahaja kerana berada dalam keadaan mewah. bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh Maksud: Pekerjaan yang bukan sahaja sia-sia, malahan mendatangkan kerugian. bagai kangkung di ulak jamban Maksud: Perkembangan yang sangat cepat. bagai kapak naik cerana Maksud: Tidak kena pada tempatnya. bagai kapak naik pemidangan Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan atau alat. bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus Maksud: Orang yang lemah akan mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. bagai keli kena ketuk Maksud: Bersungut-sungut tidak tentu hujung pangkalnya. bagai kelip-kelip terbang malam Maksud: Rahsia yang sudah diketahui orang. bagai keluang bebar petang Maksud: Berkerumun atau berhimpun beramai-ramai. bagai kepiting batu Maksud: Sangat bakhil atau kedekut. bagai kera dapat canggung Maksud: Tidak renggang-renggang dari tempat menerima bantuan.

bagai kera diberi kaca Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak diketahui kegunaannya. bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu Maksud: Hidup melarat dan miskin. bagai kerbau runcing tanduk Maksud: Orang yang terkenal oleh kejahatannya sehingga orang lain yang berbuat jahat dia juga yang dituduh. bagai kerbau terkejut oleh gong Maksud: Tercengang-cengang kehairanan. bagai keroncor dengan belangkas Maksud: Persahabatan atau percintaan yang sangat mesra dan kasih-mengasihi. bagai kiambang dilempar Maksud: Bersurai seketika dan kemudian berkumpul semula. bagai kilat senja, bagai petir tunggal Maksud: Perihal kepantasan dan kegagahan seorang pahlawan. bagai kinantan hilang taji Maksud: Orang yang bijak, kaya, dan ada pelbagai kelebihan tetapi tidak mendapat penghormatan daripada orang lain. bagai kuau mengigal Maksud: Perihal kehebatan dan kegagahan seseorang. bagai kucing dengan panggang Maksud: Dikatakan kepada lelaki dan perempuan yang selalu berdekatan, lambat-laun akan terjadi perkara sumbang. bagai kucing dibawa lidi Maksud: Sangat ketakutan.

bagai kucing kehilangan anak Maksud: Perihal orang yang hilang akal atau kebingungan. bagai kucing lepas senja Maksud: Berasa senang hati kerana sukar dicari. bagai kucing main daun Maksud: Peri kehebatan seseorang pahlawan. bagai kucing menjemput api Maksud: Sesuatu yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam perusahaan itu hilang atau musnah pula. bagai kucing takut akan balur Maksud: Lelaki yang takut dan malu kepada perempuan. bagai kucing tidur di bantal Maksud: Perihal kehidupan yang senang dan mewah. bagai kumbang putus tali Maksud: Sangat pantas larinya. bagai kunyit dengan kapur Maksud: Perbuatan atau orang yang lekas menjadi serasi atau mudah mesra. bagai lalat mencari puru Maksud: Membuat keuntungan. pekerjaan dengan cepat dan rakus kerana mencari

bagai langau di ekor gajah Maksud: Orang yang menurut kemahuan orang besar atau pandai. bagai lebah menghimpun madu Maksud: Sangat rajin. bagai lengkitan gulai

Maksud: Perihal orang yang ingin menebus kejahatan diri tetapi kebaikan diri pula hilang. bagai lepat dengan daun Maksud: Sesuai atau padan benar. bagai lintah dikerat ekor Maksud: Sesuatu yang dilakukan dengan pantas. bagai lobak di pemerunan Maksud: Perihal kanak-kanak yang subur tubuhnya atau lekas besar. bagai lukah tak penuh oleh air Maksud: Perihal budak yang banyak makan dan tidak tahu kenyang-kenyang. bagai makan buah si malakamo, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapa Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah. bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Maksud: Patuh akan segala perintah. bagaimana cetak, begitulah kuihnya Maksud: Kelakuan anak itu akan menurut didikan ibu bapanya. bagaimana contoh, begitulah kuihnya Maksud: Seorang anak akan menurut sifat orang tuanya. bagaimana ditanam, begitulah dituai Maksud: Setiap kelakuan jahat, kejahatan balasannya. bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu Maksud: Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan maksud yang tersembunyi. bagaimana pohon tidak tumbang dipanah halilintar sebab baluh kulit ada di batangnya

Maksud: Orang yang bersubahat dengan orang jahat akhirnya akan binasa walaupun daripada keturunan orang baik-baik. bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh Maksud: Hairan melihat keturunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. bagai mandi dalam cupak Maksud: Pertolongan yang tidak mencukupi. bagai manik putus pengarang (tali) Maksud: Air mata yang bercucuran. bagai melempar kersik ke buluh Maksud: Pekerjaan yang sia-sia. bagai melihat asam Maksud: Sangat berselera terhadap sesuatu. bagai melihat ulat Maksud: Sangat benci atau meluat melihat sesuatu. bagai melompati pagar tiga hasta; akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi Maksud: Keadaan atau pertolongan yang tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi. bagai melukut di tepi gantang Maksud: Perkara kecil yang tidak mendapat perhatian. bagai melulur bersetonggeng Maksud: Melakukan sesuatu yang sukar kerana malu, takut, atau terpaksa. bagai melulutkan jebat pada kerbau Maksud: Pemberian yang tidak kena pada tempatnya atau tidak memberikan faedah kepada penerima itu. bagai memagar nyiur condong, buahnya jatuh ke laman orang

Maksud: Kita bersungguh-sungguh menjaga sesuatu, tetapi hasilnya diperoleh oleh orang lain. bagai membangunkan ular tidur Maksud: Melakukan pekerjaan yang membahayakan diri sendiri. bagai membelah betung Maksud: Pendirian atau kasih yang berat sebelah. bagai menambah gelang bini Maksud: Pemberian kepada orang yang sudah mempunyai benda yang sama atau yang sudah dimilikinya. bagai menanti laki pulang maling Maksud: Selalu dalam keadaan gelisah. bagai mencari belalang di atas akar Maksud: Mengerjakan pekerjaan yang mustahil atau hampir mustahil untuk berhasil. bagai mencari kutu di dalam ijuk Maksud: Terlalu susah untuk mencari sesuatu atau seseorang. bagai memakai baju sempit Maksud: Perbuatan yang tidak sesuai dengan keadaan diri. bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diluah mati bapa Maksud: Serba salah. bagai menelan mestika embun Maksud: Mendengar nasihat yang baik. bagai menentang matahari Maksud: Melawan pendapat orang yang berkuasa itu akan menyusahkan diri. bagai mengail kucing hanyut Maksud: Perbuatan yang sia-sia.

bagai mengatai tonggak Maksud: Perihal memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri. bagai mengepal pasir kering Maksud: Sangat susah menyatukan orang yang berlainan fikirannya. bagai menggelikan induk ayam Maksud: Memberanikan orang yang penakut. bagai menghela tali jala Maksud: Melakukan kerugian. sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati supaya tidak

bagai menghitung bulu kambing Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sia-sia. bagai mengira anak ayam akan berjaya. Maksud: Melakukan pekerjaan yang tidak mungkin dapat dikerjakan. bagai mengisi perian bubus Maksud: Pekerjaan yang sia-sia. bagai menjaga intan dicanai Maksud: Kasih sayang yang amat sangat kepada seseorang. bagai menjaring angin Maksud: Melakukan pekerjaan yang sia-sia belaka. bagai menjenguk jerat sial Maksud: Benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa juga melakukannya atau pergi. ke sesuatu tempat sebentar sahaja. bagai menolong orang dikerumuni lebah Maksud: Bersedialah menempuh bahaya apabila menolong orang yang dalam bahaya.

bagai menumbuk padi hampa Maksud: Hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi sebenarnya miskin. bagai menyandang galas tiga, berat tidak seberapa rintangannya yang lebih Maksud: Pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya. bagai menyandang lukah tiga Maksud: Menjalankan kerja yang sukar sungguhpun tidak berat. bagai menyesah kain dapat Maksud: Memakai barang yang dipinjam dengan sekehendak hati. bagai menyurat di atas air Maksud: Membuat kerja yang sia-sia. bagai meramas biji cempedak Maksud: Bersungguh-sungguh untuk mengalahkan atau menghadapi seseorang yang pandai berdolak-dalik. bagai murai dicabut ekor Maksud: Orang yang suka bercakap. bagai nakhoda kasap; hujung hilang pangkal lesap Maksud: Berbelanja mewah dalam perniagaan sehingga mendapat kerugian. bagai nangka masak menyesak sarungnya Maksud: Rupa seseorang yang tembam. bagai ombak purus Maksud: Bunyi suara orang ramai atau deru yang amat menghibakan. bagai padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan kendak Maksud: Suka menolak sesuatu yang baik dan lebih suka akan perkara buruk. bagai pahat dengan penukul

Maksud: Orang yang bekerja hanya apabila disuruh. bagai pahat, tidak ditukul tidak makan Maksud: Orang yang hanya bekerja apabila disuruh. bagai panas mengandung hujan Maksud: Orang yang dalam kesusahan itu tetap nampak kesusahannya walaupun dia ketawa. bagai pancang digoncang arus Maksud: Tidak tegas atau pendirian yang berubah-ubah mengikut mana-mana pengaruh yang kuat. bagai parang buruk, tali sabut tiada lut Maksud: Perihal orang yang lemah, pekerjaan yang ringan pun tidak terdaya dilakukannya. bagai pasir pantai, air timpas dibahagiakan Maksud: Mengutarakan kebenaran diri pada waktu yang sesuai, orang yang sedang marah ditenangkan. bagai pauh dilayang Maksud: Bentuk pipi yang licin dan sangat bagus. bagai pelanduk di dalam cerang Maksud: Gelisah kerana ketakutan. bagai pelita kehabisan minyak Maksud: Tidak berseri-seri lagi. bagai pepatung mandi Maksud: Masa berlaku terlalu pantas. bagai perempuan bunting bertemu idamannya Maksud: Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. bagai perempuan membawa perut

Maksud: Orang yang buncit perutnya. . bagai pimping di lereng Maksud: Orang yang pendiriannya tidak tetap. bagai pintu tidak berpasak, perahu tidak berkemudi Maksud: Sesuatu yang membahayakan, pada bila-bila masa sahaja boleh mendatangkan malapetaka. bagai pucuk dilancar Maksud: Pergerakan yang terlalu cepat. bagai pucuk pisang didiang Maksud: Lemah sekali dan tidak bertenaga kerana sakit dan sebagainya, bagai punggur rebah Maksud: Keadaan orang yang gemuk jatuh. bagai puyu di air jernih Maksud: Senang hidupnya. bagai puyuh laga Maksud: Percakapan yang tidak habis-habis. bagai rabuk dengan api, asal berdekat menyalalah ia Maksud: Dua orang yang tidak perbantahan atau pertengkaran. bagai rambut dibelah tujuh Maksud: Terlalu sedikit atau sangat kecil. bagai rasa batang pisang Maksud: Amat sejuk (badan). bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja Maksud: Perihal orang yang tidak memilih perbuatan atau pekerjaan. boleh berdekatan kerana akan berlaku

bagai rupa orang tak kena beragih Maksud: Rupa masam kerana rugi (ketika membahagi-bahagikan barang-barang syarikat). bagai rupa tokak dibasuh Maksud: Rupa yang sangat buruk. bagai rupa tongkahan Maksud: Rupa yang tidak menarik. bagai sambau di pintu kandang Maksud: Kehidupan yang tidak menentu atau melarat. bagai sambau di tengah jalan Maksud: Kehidupan yang melarat. bagai santan dengan gula Maksud: Sangat sesuai. bagai sayang kaki pada terompah Maksud: Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan dan digunakan ketika perlu sahaja. bagai semut penghimpun melukut Maksud: Orang yang rajin bekerja. bagai serangkak tertimbakan Maksud: Orang yang miring jalannya atau cacat. bagai serdadu pulang baris Maksud: Orang yang kelihatan selalu bergaya tetapi pekerjaannya berat dan berbahaya. bagai siamang kurang kayu Maksud: Berasa susah hati kerana kehabisan barang keperluan harian. bagai si buta pergi bergajah

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia. bagai si jimbam (si jiban) hendak hilir Maksud: Orang yang lembap dalam sesuatu pekerjaan. bagai si kudung mendapat cincin Maksud: Berasa terlalu gembira apabila mendapat sesuatu yang tidak pernah diperoleh tetapi tidak dapat merasai nikmatnya. bagai si kudung pergi berbelut Maksud: Pekerjaan yang sia-sia kerana tiada keupayaan untuk melakukannya. bagai si lumpuh hendak merantau Maksud: Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil. bagai si pekak tertanya-tanya Maksud: Sangat ingin mendengar khabar. bagai sumpit dihentakkan Maksud: Orang yang gemuk dan lembam atau tidak cergas. bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli Maksud: Sangat padan. bagai tabut Keling; di luar berkilat di dalam berongga Maksud: Orang yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi jahat hatinya. bagai tagar di Pulau Sembilan Maksud: Percakapan yang terlalu tinggi dan sombong. bagai tali berkembar empat, bagai tungku sejerangan Maksud: Perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh orang-orang berilmu lagi berakal dan mahir tentulah menjadi sempurna. bagai tanah pelempar balam Maksud: Usaha yang tidak bersungguh-sungguh, jika berhasil bersyukur, jika tidak berhasil tidak mengapa.

bagai tanduk bersendikan gading Maksud: Pasangan yang tidak sepadan. bagai tanduk diberkas Maksud: Sangat susah untuk menyatukan orang yang berlainan fikiran. bagai tangguk lerak dengan bingkainya Maksud: Suami isteri yang tidak pernah bercerai sampai ajalnya. bagai tembilang bagai penggali, bagai yang hilang begitu yang ganti Maksud: Sesuatu yang hilang sama dengan penggantinya. bagai tergelak sedang kematian Maksud: Keadaan yang susah. bagai tekukur mengikut kata Maksud: Anak angkat yang mengikut kata atau diperlakukan sesuka hati oleh ibu bapa angkatnya. . bagai terpijak bara panas Maksud: Menjadi gelisah kerana sesuatu perkara. bagai terung terantuk ke dinding Maksud: Datang berkunjung sekejap sahaja. bagai tidur di atas enjelai Maksud: Sangat gelisah. bagai tidur di atas miang Maksud: Orang yang sangat gelisah kerana banyak perkara sedang difikirkan. bagai tikus membaiki labu Maksud: Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akhirnya akan tambah merosakkan. bagai timun dendang; di luar merah di dalam pahit

Maksud: Mulut manis tetapi hati busuk. bagai tokak lekat di kening Maksud: Malu yang tidak dapat disembunyikan. bagai tulang dalam rongkongan Maksud: Sangat musykil. bagai tunggul dihias Maksud: Rupa yang buruk. bagai tupai bergelut .

Maksud: Perihal kehebatan langkah seorang pendekar: bagai ulat nangka terhempas ke batu Maksud: Orang jahat yang tidak berasa serik walaupun ditimpa kesusahan akibat kejahatannya. bagai udang dalam tangguk Maksud: Menggeletek-geletek kerana kesukaan dalam kesukaran. bagai udang tahi di kepala Maksud: Banyak hutangnya. bagai ular dengan orang Maksud: Perihal dua orang bersaudara yang tidak mahu berkenalan. bagai umang-umang Maksud: Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam. bagai unta menyerahkan diri Maksud: Orang yang sangat patuh menurut perintah. bagai uras daun katang-katang Maksud: Perihal orang yang sedang panas hati; hendak berkelahi.

bagai wau putus teraju Maksud: Putus pengharapan atau berserah kepada nasib. bahasa dan bangsa tiada dijual beli Maksud: Hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa walaupun kepada orang atau kaum yang lemah. bahasa menunjukkan bangsa Maksud: Daripada budi bahasa, orang lain dapat menilai diri kita. bahaya tumbuh, sengketa habis Maksud: Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku malapetaka. bahu memikul hati menyokong Maksud: Melakukan sesuatu dengan sukarela. baik berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak Maksud: Semen tara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu. baik jadi ayam betina supaya selamat Maksud: Tidak usah kita mendatangkan mudarat. menunjukkan keberanian kerana kelak akan

baik membawa resmi ayam betina supaya tidak ada bencana Maksud: Lebih baik merendah diri supaya selamat dalam hidup. baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Maksud: Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri, tidak sombong. . bajak patah, banteng terambau Maksud: Mendapat musibah yang bertimpa-timpa. bajak selalu di tanah yang lembut Maksud: Orang lemah selalu menderita dan ditindas.

bajak sudah tersorong ke bencah Maksud: Sudah tidak dapat ditarik kembali. bajak wangkang, makan diangkat Maksud: Orang yang suka kena puji. baju indah dari balai, tiba di rumah menyarungkan Maksud: Hukum yang telah diputuskan dan tidak boleh dibandingkan lagi. bak alu pencungkil duri Maksud: Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan. bak bergendang ke Sirukan, perut kenyang emas boleh Maksud: Keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan. bak bujang jolong berkeris Maksud: Orang yang sombong kerana baru memperoleh kekayaan. bak bujang setahun sudah bertetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kemuliaan atau kekayaan. bak cetus api Maksud: Orang yang terlalu cepat bekerja, berkata, atau bertindak. bak jong berat sebelah Maksud: Pertimbangan atau keputusan yang tidak adil. bak kambing rega serial Maksud: Perihal orang yang tidak senonoh perlakuannya, bercakap ke sana ke sini dengan tidak berfaedah. bak mandi air berkiambang, pelak lepas gatal pun datang Maksud: Benda yang diperoleh mendatangkan kesusahan. meskipun berguna tetapi kemudian

bak menanti orang dahulu, bak melalah orang kemudian

Maksud: Membuat kerja yang sia-sia. bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian Maksud: Murid-murid umumnya akan mencontohi kelakuan guru terutama yang tidak baik. bak orang gombang di lebuh Maksud: Elok di luar sahaja sedangkan di dalam hati tidak sempurna. bak pinang dianduh, putus tali ia berdiri Maksud: Melakukan pekerjaan kerana terpaksa. bak rasa di liang lahad Maksud: Berasa dalam keadaan yang sempit atau keseorangan sewaktu susah, sedih, dan sebagainya. bak rasa kuda pula kukuran Maksud: Perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya. bak rasa ubi pula gadung Maksud: Orang hina merasakan dirinya mulia.

bak tengguli ditukar cuka Maksud: Kejadian bertukar daripada keadaan menggembirakan kepada keadaan yang menyedihkan. bakarlah air ambil abunya Maksud: Benda yang mustahil untuk diperoleh. bakar tak berapi Maksud: Menaruh cinta dengan tidak bersungguh-sungguh. bakar tidak berbau Maksud: Niat jahat yang tersembunyi. bala lalu dibawa singgah

Maksud: Sengaja mencari kesusahan. balam dengan ketitir Maksud: Selalu bertengkar. balam dua sesangkar Maksud: Seorang perempuan dicintai oleh dua lelaki. balik belakang lain bicara Maksud: Mungkir janji. bandar terbuka dagangan murah Maksud: Pekerjaan datang sewaktu badan kita sudah lemah dan tidak berdaya. bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua Maksud: Sudah terlambat. bandot tua makan daun muda Maksud: Lelaki tua beristerikan perempuan muda. bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku daging Maksud: Orang yang dengki dan iri hati apabila melihat kelebihan orang lain. bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru? Maksud: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan dengan alasan yang kecil. bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium juga Maksud: Orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan jahat walaupun tidak dilakukan. bangsa balur liat Maksud: Orang yang degil. bangsa bermuka papan Maksud: Tidak malu.

bangsa telinga nipis Maksud: Orang yang lekas marah. bangsat tidak tahu disukarnya Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan kekurangan dirinya. banyak air sedikit minyak, minyak juga ke atas Maksud: Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang berpangkat. banyak makan garam Maksud: Banyak pengalaman. banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan Maksud: Pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak pandai mengerjakan. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya Maksud: Kegemaran dan kemahuan setiap orang berbeza-beza. bapa borek anak rintik Maksud: Anak itu akan menurut baka atau perangai bapanya. barang di manapun pantat periuk hitam juga Maksud: Orang miskin tetap miskin walau di mana-mana pun dia berada. barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur Maksud: Orang yang berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran. barang siapa yang menggali lubang, dia juga yang terperesuk ke dalamnya Maksud: Barang siapa yang berniat jahat kepada orang lain, maka dia sendiri akan mendapat kecelakaan. barang tergenggam jatuh terlepas Maksud: Sesuatu yang diperoleh lenyap pula (menyatakan malang). barang yang dikata, itulah kota Maksud: Janji hendaklah ditepati.

barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai. Maksud: keinginan yang terlalu tinggi tetapi tiada upaya untuk mencapai. baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang Maksud: Belum cukup umur tetapi hendak berlagak seperti orang tua-tua. baru bertatih sudah hendak berlari Maksud: Membuat pekerjaan yang lebih daripada kesanggupan. baru dianjur sudah bertarung Maksud: Baru dicuba sudah mendapat rintangan. baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya Maksud: Baru sedikit mendapat keuntungan sudah berboros-boros. baru kulit-kulitnya Maksud: Suatu ilmu yang belum begitu mendalam. baru mendapat gading bertuah Maksud: Baru mendapat sesuatu yang berharga. basah kuyup bermandi peluh, tanam padi lalang tumbuh Maksud: Berpenat Lelah tetapi hasil yang diharapkan tidak tercapai. basuh tangan petap abu Maksud: Mengharapkan sesuatu daripada orang yang bakhil tentulah mustahil. batik Semarang, makin dibasuh makin terang Maksud: Perempuan Janda yang lebih cantik dan bergaya daripada zaman gadisnya. batu bulat tak bersanding Maksud: Orang yang kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya hatinya keras dan tidak takut untuk menghadapi sesuatu. batu direbus masakan empuk .

Maksud: Orang yang bodoh itu walau bagaimana diajar sekalipun tetap bodoh juga. batu jatuh ke lubuk Maksud: Hilang lenyap. batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun Maksud: Orang yang hina menjadi mulia kerana berharta dan orang bangsawan menjadi hina kerana tidak berharta. batu pun empuk, jangankan hati manusia Maksud: Perkataan yang lemah lembut dapat menawan hati manusia yang keras. batu yang bergolek tidak ditumbuhi lumut Maksud: Orang yang selalu menukar pekerjaan sukar naik pangkat atau kaya. batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya Maksud: Hati yang keras boleh dilembutkan dengan pujukan atau kata-kata yang halus. bau busuk tidak berbangkai Maksud: Fitnah atau celaan yang tidak beralasan. baunya setahun pelayaran Maksud: Perbandingan kepada sesuatu yang amat busuk. bayan di tangan habis terlepas Maksud: Nasib yang malang. bayang disangka tubuh Maksud: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. dikatakan baunya amat busuk selama setahun pelayaran pun bayang sepanjang badan Maksud: Berpadanan dengan tenaga; yang lahir sama dengan yang batin. beban berat senggulung batu

Maksud: Tanggungan yang sangat berat. beban sudah di pintu Maksud: Beban sudah dekat untuk dibawa (anak perempuan yang sudah patut dipersuamikan). bekas bertarung lagi dikenang, apa pula hubungan nyawa Maksud: Tidak pernah lupa. belah dada lihatlah isi Maksud: Berkata dengan benar. belalang dapat menuai Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disengajakan; ketika melakukan kerja lain mendapat keuntungan itu. belalang telah menjadi helang Maksud: Orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia. belakang lading kalau diasah lama-lama tajam juga Maksud: Orang yang bodoh kalau diajar dengan baik akan pandai juga. belakang parang diasah lagikan tajam Maksud: Walau betapa bodoh pun seseorang itu kalau diajar berulang kali akan menjadi pandai juga. belanga kurang, periuk berlebih-lebih Maksud: Orang yang berhak tidak mengambil berat sedangkan orang yang tidak berkaitan bersusah payah. belukar sudah menjadi rimba Maksud: Kesalahan yang menjadi besar serta sukar dibaiki lagi. belum beranak sudah ditimang Maksud: Keuntungan belum tentu dapat tetapi sudah hidup bersenang-lenang. belum bergigi hendak mengunyah

Maksud: Hendak mengerjakan sesuatu tetapi belum cekap lagi. belum bergigi sudah hendak menggigit Maksud: Sudah hendak berkuasa tetapi belum mempunyai kuasa. belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh Maksud: Perkara yang sudah cukup jelas. belum berkuku hendak menggaruk Maksud: Belum berkuasa sudah hendak memerintah. belum bertaji hendak berkokok Maksud: Belum berilmu tetapi sudah hendak mengagungkan diri. belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri Maksud: Hendak berlagak seperti orang tua-tua. belum dipanjat asap kemenyan Maksud: Belum berkahwin. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang Maksud: Orang mudah faham akan maksud walaupun dengan berbahasa isyarat; orang yang arif dan rajin. belum ditumbuk belumlah bengkak Maksud: Belum dilakukan kejahatan, belumlah ada tanda balas. belum duduk sudah berlunjur Maksud: Melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai masanya atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak mengikut tertibnya. belum tahu dimasin garam Maksud: Masih belum berpengalaman. belum tahu dipedas lada Maksud: Masih mentah; belum banyak pengalaman.

belum tahu laba rugi Maksud: Belum tahu akan baik buruk. belum tahu lagi, ayam sedang berlaga Maksud: Belum ada keputusan. belum tegak hendak berlari Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan. belum tentu hilir mudiknya Maksud: Belum mendapat keputusan ten tang sesuatu perkara. belum tentu hitam putihnya Maksud: Belum tentu keputusan tentang sesuatu perkara. belum tentu si upik si buyungnya Maksud: Belum tentu kesudahan atau keputusan tentang sesuatu perkara. belum terbang lalat Maksud: Masih awal pagi. belum tetas sudah dibilang Maksud: Orang yang berangan-angan tentang untung padahal keuntungan belum diperoleh. belut jatuh ke lumpur Maksud: kembali ke tempat asalnya. belut kena ranjau Maksud: Orang yang cerdik kena tipu. bemban bukan terung Maksud: Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan sesuka hati. benang arang orang jangan dipijak Maksud: Rumah tangga orang jangan dicabul.

benci akan mencit seekor, rengkiang disunu Maksud: Benci akan sesuatu yang kecil, dibuang keuntungan yang besar. bengkok batang bengkoklah bayangnya Maksud: Salah ajaran, salahlah ikutannya. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau Maksud: Orang yang baik-baik, walau ke mana-mana pun dia pergi akan baik juga. berair rongkongan Maksud: Mendapat rezeki. beraja di mata, bersultan di hati Maksud: Mengikut nafsu masing-masing. beraja di hati, bersultan di mata Maksud: Mengikut nafsu masing-masing. . berakit-rakit ke hulu, berenang-renang bersenang-senang kemudian ke tepian; bersakit-sakit dahulu,

Maksud: Bersusah payah dahulu supaya senang kemudian. beralang-alang bagai sampah dalam mata Maksud: Suatu penghinaan yang sentiasa di ingatan. beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah Maksud: Tidak menepati janji. beranak kandung beranak tiri; ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. Maksud: Sikap tidak adil. beranak tiada berbidan Maksud: Mendapat susah kerana kebodohan sendiri. berandam sesayak dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang

Maksud: Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi dia sendiri pun gemar melakukannya. berani buat berani tanggung Maksud: Jika berani melakukan pekerjaan yang salah di sisi undang-undang, kita mesti sanggup menerima hukumannya. berani hilang tak hilang, berani mati tak mati Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian. berani kerana benar, takut kerana salah Maksud: Berani bertindak kerana merupakan pihak yang benar. berani menjual berani membeli Maksud: Bukan sahaja pandai menyuruh, bahkan pandai juga membuatnya. berani senduk pengedang, air hangat direnanginya Maksud: Berani yang membuta tuli. berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Maksud: Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu. berapa panjang lunjur, begitulah selimut Maksud: Membuat sesuatu biarlah menurut kemampuan diri sendiri. berapakah tajam pisau parang, tajam lagi mulut manusia Maksud: Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata. berapalah besar dan dalam laut Khalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia Maksud: Hati manusia tidak dapat diduga. berarak ke tebing .

Maksud: Berlumba-lumba melakukan sesuatu yang mendatangkan kecelakaan. berarak tidak berlari

Maksud: Perbuatan yang sama-sama menggembirakan hati dan tidak perlu diburu-burukan. beras terdorong ke Tiku Maksud: Barang yang mesti dijual biarpun tinggi harganya kerana belanja pengangkutan untuk membawanya pulang terlalu mahal. berat beban sedikit dek hati sakit Maksud: Kerja yang dilakukan secara terpaksa biarpun ringan akan terasa berat juga. berat hati beratlah tulang Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan keberatan akan terasa berat. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Kerja yang berat akan menjadi ringan jika dibuat secara muafakat. . berat sepikul, ringan sejinjing Maksud: Bersama-sama dalam suka duka atau mengerjakan sesuatu. berbalik-balik bagai kuda tercirit Maksud: Perkara yang sudah diputuskan kemudian ditimbulkan kembali. berbau bagai embacang Maksud: Sudah terdengar-dengar akan berita atau rahsia tentang perbuatan jahat atau maksud tidak baik. berbaur bagai muntah, bercerai bagai demam Maksud: Orang yang bersaudara itu jika dekat selalu berbantahan tetapi apabila jauh sangat merindui antara satu sama lain. berbaur pangkal perceraian Maksud: Orang yang bersaudara itu kalau hidup bersama sama akan timbul perselisihan. berbenak di empu kaki Maksud: Tiada peduli baik atau jahat.

berbisik kedengaran, berimbau kelampauan Maksud: jarak yang terlalu dekat. berbuat di alang tahun, belayar di luar musim Maksud: Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang bukan pada waktunya tentu tidak mendatangkan hasil. berbuat kerja seperti Ya'jud wa Ma'jud Maksud: Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau sibuk. berbudi bagai pisang lebat Maksud: Berbudi tidak kena pada tempat akan mendatangkan bencana. berbukit di balik pendakian Maksud: Kesusahan yang bersilih ganti. berbuku dalam hati Maksud: Terasa di dalam hati atau rasa tidak puas hati. berbunga sama berbunga, yang lain berbuah, dia tidak Maksud: Mengandung tetapi selalu keguguran. berbunyi batu berbunyilah dia Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. berburu kucing di dapur Maksud: Perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat hubungan haram. bercabang bagai lidah biawak Maksud: Tidak dapat dipercayai kata-katanya. bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang Maksud: Berhati-hati ketika memperkatakan hal orang. bercampur dengan pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak

Maksud: Bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit akan jadi jahat juga. bercerai demam berbaur muntah Maksud: Orang berkeluarga kalau berpisah akan kerinduan tetapi kalau sentiasa bersama berasa bosan. bercerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadi Maksud: Bersekedudukan tanpa nikah. bercintakan geliga di mulut naga Maksud: Mengharapkan sesuatu yang amat sukar. berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit Maksud: Orang yang terlalu marah yang hanya memekik-mekik dan tidak berani bertindak lebih daripada itu. berdiri sama tegak, duduk sama rendah. Maksud: Sama setara. berdiang di abu dingin Maksud: Pertolongan yang tidak berguna atau sia-sia sahaja. berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit Maksud: Cermat dalam mengumpulkan harta. berdua mendatangkan perbantahan Maksud: Kalau ada dua orang dalam sesuatu pekerjaan akan ada perselisihan pendapat. berdua terkunci, bertiga terbuka Maksud: Rahsia hanya dapat disimpan' kalau berdua. berebut temiang hanyut, tangan luka temiang tak dapat Maksud: Orang yang berkelahi sampai cedera kerana merebutkan sesuatu tetapi yang direbutkan itu terlepas. berebut rampas bertanda beti

Maksud: Semua perkara hanya dapat diputuskan apabila cukup bukti. berek-berek laga siang, malam sekelelapan Maksud: Dua kumpulan yang nampak tidak sependapat tetapi sebenarnya sepakat. berendam di tempayan pekasam Maksud: Duduk berleka di rumah perempuan jahat. berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali Maksud: Perihal seseorang yang susah hidupnya; serba kekurangan. berfikiran dusunnya alam ini, belalang disangka helang Maksud: Orang yang terlalu sempit pengetahuannya. bergaduk-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin Maksud: Orang yang suka bercakap sombong tetapi kocek kosong. bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia atau tidak perlu akan diketawakan orang. bergantung di ekor anjing Maksud: Seseorang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang bantuan. bergantung di hujung rambut Maksud: Nasib yang belum tentu. bergantung pada akar lapuk Maksud: Mengharapkan pertolongan atau pergantungan pada orang yang lemah. bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi Maksud: Isteri yang ditinggalkan tanpa diceraikan. bergelanggang di mata orang banyak Maksud: Sudah terang dan nyata sekali.

bergendang paha Maksud: Bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan. berguru kepalang ajar, bagai bunga kem bang tak jadi Maksud: Ilmu yang dituntut tidak sempurna, tidak ada faedahnya. berhakim kepada beruk Maksud: Meminta hukum daripada orang yang tamak. berhati baja, berurat kawat Maksud: Orang yang tabah serta keras hati. beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh Maksud: Orang yang sombong dan bercakap besar itu biasanya kosong kepalanya. beri barang ke tangan kera Maksud: Menyerahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya. berjalan dari pintu belakang Maksud: Tidak mengikut peraturan yang ditentukan; tidak jujur. berjalan jauh banyak dilihat Maksud: Orang yang banyak merantau banyak mendapat pengalaman. berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati. berjalan sampai ke batas, belajar sampai ke pulau Maksud: Hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu sehingga selesai. berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati. berjalan tidak cukup selangkah, berkata tidak cukup sepatah

Maksud: Memberi keterangan atau menguruskan sesuatu yang berulang tanpa jemu. berjanjang naik, bertangga turun Maksud: Menurut peraturan biasa; mengikut darjat dan kedudukan masingmasing. berjual pisang kepada monyet Maksud: Berjual dengan memberi hutang. berjumpa dengan putih, terlesi sangat Maksud: Tidak berasa puas akan sesuatu yang telah diperoleh. berkain tidak cukup sebelit pinggang Maksud: Sangat miskin. berkata-kata dengan lutut Maksud: Bercakap dengan orang yang bodoh. berkata peliharakan lidah Maksud: Hendaklah beringat-ingat ketika mengeluarkan kata kata. berkaul kepada keramat Maksud: Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. berkayuh sambil bertimba Maksud: Dapat menyelesaikan dua atau tiga pekerjaan secara serentak. berkelahi dengan orang tak berambut Maksud: Berkelahi dengan orang yang rendah tarafnya atau tidak sempurna akalnya. berkelahi dalam mimpi Maksud: Sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh. berkelahi di ekor alahan

Maksud: Memperdebatkan perkara kecil atau yang sudah selesai. berkelahi seperti labah-labah dalam gelas Maksud: Perkelahian yang hebat di tempat yang sempit. berkemudi di haluan, bergilir ke buritan Maksud: Perihal orang yang menurut suruhan atau arahan isteri, anak-anak, atau orang bawahannya. berkemudi ke rusuk Maksud: Perihal orang yang menurut kehendak isteri atau anak atau orang bawahannya. berkeras tidak berkeris Maksud: Bertindak keras tetapi tidak berupaya untuk mempertahankan diri. berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang Maksud: Orang miskin berlagak seperti orang kaya. berkering air liur Maksud: Perundingan yang membuang waktu; nasihat yang sia-sia. berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak Maksud: Orang yang bernasib malang. Walaupun dia meniru orang lain, namun nasibnya tetap malang. berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak Maksud: Orang bijaksana itu apabila mendengar orang bercakap dia dapat menilai bohong atau tidak, dan berilmu atau kosong. berketak dulu sebelum bertelur Maksud: Bersukaria dahulu sedangkan sesuatu yang diharapkan belum tiba lagi. berketak ayam dalam telur Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan apa-apa turut merundingkan perkara yang tidak diketahuinya itu. berketiak ular

Maksud: Berpanjangan tiada kesudahan. berketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar Maksud: Mengemukakan keterangan lanjut sesudah perkara tersebut selesai diputuskan. berkocak tanda tak penuh Maksud: Orang yang suka bercakap itu menandakan pengetahuannya cetek. berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup bawah kelingking Maksud: Bercakap besar di belakang tetapi terus mengaku kalah apabila berhadapan. berkuah air mata Maksud: Selalu menderita dan susah. berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek Maksud: Persahabatan yang sangat karib. berkuak pedang, membelah buluh Maksud: Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan. berkubu sebelum alah Maksud: Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan. belayar atas angin Maksud: Berbuat sesuatu dengan perbelanjaan orang lain dahulu. belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua Maksud: Segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih berpengalaman. belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai Maksud: Sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang ahli supaya selamat. belayar menentang menuju pulau Maksud: Sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya.

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Maksud: Sekali melakukan pekerjaan; dua tiga maksud tercapai. berlidah di lidah orang Maksud: Menurut sahaja kata orang. berlindung di balik telunjuk Maksud: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan. berludah api Maksud: Mengeluarkan kata-kata kesat kerana terlalu marah. berlurah di balik pendakian Maksud: Ada kehendak yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan, dan sebagainya. bermain air basah, bermain api letup Maksud: Setiap perkara yang dilakukan akan ada akibat atau kesannya. bermain di belakang kelir Maksud: Memimpin secara diam-diam. bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya Maksud: sendiri. Berkawan . dengan orang yang bodoh tentu menyusahkan diri

bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali Maksud: Tidak menaruh perhatian kepada perkara yang dilihat atau didengar. bermayang-mayang sayang tidak menjadi mumbang Maksud: Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anak itu mati. . bermimpi di siang hari Maksud: Angan-angan yang tidak akan tercapai.

bermimpi mendapat emas takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung Maksud: Sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja, tidak usah dipanjang-panjangkan. berminyak biar lecah Maksud: Melakukan sesuatu biar bersungguh-sungguh. berminyak biar licin Maksud: Setiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sehingga selesai. berminyak tak licin Maksud: Kerja yang dibuat separuh jalan. bermuka dua Maksud: Orang yang tidak dapat dipercayai. bermulut di mulut orang Maksud: Selalu menurut kata orang. bernafas keluar badan Maksud: Lebih percaya akan pendapat orang daripada pendapat sendiri. berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Maksud: Mengerjakan sesuatu dengan tidak merugikan; membuat pekerjaan yang sia-sia. berniaga di hujung lidah Maksud: Orang pandai yang tidak jujur dan suka menipu. beroja berpegang ekor Maksud: Kepercayaan yang setengah hati atau tidak memberi kebebasan penuh. beroleh hidung panjang Maksud: Mendapat malu. mengetahui caranya akan

beroleh lumpur di tempat kering Maksud: Beroleh kesusahan dengan tidak disangka-sangka. beroleh sehasta hendak sedepa Maksud: Diberi sedikit lalu hendak minta banyak. berpadang luas beralam lapang Maksud: Orang yang sangat penyabar dan berfikiran terbuka. berpahat dalam baris, berkata dalam pusaka Maksud: Mengerjakan sesuatu mengikut peraturannya supaya selamat. berpantang mati sebelum ajal Maksud: Tidak akan mati sebelum tiba waktunya. berpantang si tegang dibawa mengetul Maksud: Orang keras kepala tiada dapat mendengar kata atau nasihat. berpatah arang berkerat rotan Maksud: Perselisihan atau perpisahan yang tidak mungkin dapat diperbaik lagi. berpaut sehasta tali Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati. berpaut tidak bertali Maksud: Belum putus perkaranya, belum diberi surat cerai. berperang bermalaikat, bersabung berjuara Maksud: Kita berusaha tetapi Tuhan yang menentukan berjaya atau tidak. berpesan berturuti, harap ada, percaya tidak Maksud: Tidak percaya sepenuhnya. berpindah di balik papan Maksud: Meninggal dunia.

berputih mata Maksud: Berhiba hati menanggung rindu kerana kekasih diambil orang. berputik dulu sebelum berbunga, buahnya jarang dimakan beruk Maksud: Perempuan yang hamil sebelum berkahwin. bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga Maksud: Kalau bercampur dengan orang yang mahir, lama-lama akan tahu juga walaupun sedikit. bersaksi ke lutut Maksud: Menjadikan sanak saudara atau sahabat sebagai saksi. bersandar ke lemang hangat Maksud: Berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya. bersatu teguh, bercerai roboh Maksud: Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan kalau berpecah belah, negara akan hancur. bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang Maksud: Orang miskin yang berlagak seperti orang-orang kaya. bersawah sepiring tidak, akan tempat sepasin bertanya Maksud: Miskin yang amat sangat. berseleleran bagai getah di lalang Maksud: Percakapan atau perbincangan yang tidak berkesudahan dan tidak berperaturan. berserah berkabilan Maksud: Tidak mempercayai orang yang diamanahkan untuk menyampaikan sesuatu. bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tidak lalu Maksud: Berpura-pura melawan meskipun kesanggupan sudah tiada lagi.

bersesak-sesak bagai ular tidur Maksud: Peri orang yang kesempitan kerana ditagih hutang dan sebagainya. bersesalan bagai batak lari Maksud: Apabila berlaku sesuatu bencana dalam satu kumpulan, pelbagai pihak dalam kumpulan tersebut saling menyalahkan. bersesapan belukar Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna. bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang Maksud: Membetulkan diri sendiri dulu 'sebelum membetulkan orang lain. bersilat kepada si buta Maksud: Menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak dapat menghargai. bersimalang bersimujur Maksud: Untung-untungan; mengadu untung. bersisih antah dengan beras Maksud: Berasingan orang kaya daripada orang miskin. bersukat darah baruku beri Maksud: Biar mati daripada menyerah begitu sahaja. bersukat darah, bertimbang daging Maksud: Melawan sampai mati. bersunting bunga keduduk; berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah Maksud: Suami isteri yang tidak sama darjat keturunannya. bersuris bagai pasir, berbau bagai bacang Maksud: Kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan. bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing Maksud: Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

bertambah gemuk tubuh babi itu, semakin kedi matanya Maksud: Orang miskin yang beroleh kekayaan akan mementingkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan orang lain lagi. bertambah semakin kurang Maksud: Kawan yang datang bukan untuk membantu, tetapi menambah kesusahan. bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai Maksud: Mencari lawan biarlah orang yang sepadan dengan kita. bertampuk bertangkai Maksud: Ada bukti yang kuat dan kukuh. bertanam tebu di bibir Maksud: Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuja bertanam tebu di bibir, bertanam halia di hati Maksud: Mulut manis, hati jahat. bertandang membawa lapik Maksud: Berkunjung ke rumah orang tetapi membawa bekalan sendiri. bertanjak baru bertinjau Maksud: Berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim. bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai Maksud: Berbuat sesuatu biarlah ada usul periksa agar sampai matlamat. berteduh di bawah betung Maksud: Mendapat pertolongan yang tidak memadai. bertegang (bersitegang) urat leher, bertegang (bersitegang) buku lidah Maksud: Tiada yang mahu mengaku kalah dalam perdebatan.

berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah Maksud: Setelah dialami barulah diinsafi. bertelau-telau bagai panas di belukar Maksud: Hukuman atau adat yang tidak sama rata. bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang Maksud: Perselisihan yang berlaku antara dua saudara menyebabkan orang lain yang mendapat keuntungan. bertelingkah bagai antan di lesung Maksud: Dua orang atau lebih melakukan pekerjaan yang sama, jika berlaku perselisihan faham atau berkecil hati maka akan rosak atau tergendalalah pekerjaan itu. bertemu baji dengan matan Maksud: Kuat sama kuat, berani sama berani. bertemu beliung dengan ruyung Maksud: Kuat sama kuat atau berani sama berani. bertemu birah dengan keladi Maksud: Pertemuan antara lelaki dengan perempuan yang sama jahatnya. bertemu bukit di tepi telaga Maksud: Mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. bertemu buku dengan ruas Maksud: Sangat sesuai. bertemu mura dengan tedung Maksud: Sama pandai atau sama gagah. bertemu teras dengan beliungnya Maksud: Dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; bertemu dengan lawan yang sepadan.

bertenun sampai ke bunjainya Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna. bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga Maksud: Cinta dan kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak. bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi Maksud: Tidak mungkin percintaan atau perbalahan terjadi kalau daripada sebelah pihak sahaja. berteras keluar bagai pimping Maksud: Tampak di luar sahaja bagus atau kaya tetapi sebenarnya melarat. bertilamkan pasir Maksud: Tidak mempunyai tempat tinggal, tidur di merata-rata tempat. bertimbang tunai Maksud: Menjawab dengan tepat. bertitah lalu, sembah berlaku Maksud: Jika kita menuruti kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya juga. bertitik ditampung, meresap dipalit Maksud: Pemberian atau penghasilan meskipun sedikit akan diterima juga. bertongkat jarum Maksud: Sesuatu yang mustahil diperoleh (ejekan). bertongkat senduk (tempurung) Maksud: Orang yang sudah terlalu tua. bertongkat tebu Maksud: Berjalan bersama-sama isteri atau kekasih. bertukar beruk dengan cicak

Maksud: Menukar sesuatu yang lama dengan yang baru, padahal sama juga buruknya. bertukar beruk dengan cigak Maksud: Tidak ada apa-apa perbezaan, sama saja halnya. bertukar jiwa dengan semangat Maksud: Sedang berkasih-kasihan. bertunggul ditarah, kesat diempelas Maksud: Perselisihan sudah diselesaikan dengan seadil-adilnya. bertunggul pemarasan Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna. bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali Maksud: Orang hina dan miskin hendak menyerupai orang kaya dan mulia. bertungkus lumus biar di dapur, sifatkan telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, kelak ayam datang melumpur Maksud: Perselisihan sesama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak Maksud: Sudah berantara atau berjarak antara saudara; keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. berudang di sebalik batu Maksud: Ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan melalui mulut atau perbuatan. beruk jumpa pisang masak setandan Maksud: Orang tamak yang memperoleh keuntungan besar dengan mudah. berulat mata melihat Maksud: Sangat benci atau meluat apabila melihat sesuatu. berunding dengan tunggul

Maksud: Bertanya atau memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri, tidak menjawab, membantah, atau mengiakan. berunding dengan tungkahan Maksud: Berbincang dengan orang yang hanya berdiam diri tanpa menjawab, membantah, atau mengiakan. berunyai-unyai bak hujan pagi Maksud: Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjangpanjangan. besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan Maksud: Tiap-tiap orang mulia dan berkuasa pada tempatnya masing-masing. besar-besar istana raja; kecil-kecil rumah sendiri Maksud: Walaupun hidup senang di rumah orang, namun lebih selesa di rumah sendiri. besar diambak; tinggi disanjung Maksud: Mendapat kebesaran dan ketinggian kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah. besar gunung dipandang, kecil hutang disandang Maksud: Hutang itu meskipun sedikit, berat bagi orang yang menanggungnya. besar hendak melanda, panjang hendak melindih Maksud: Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. besar kayu, besar dahannya Maksud: Apabila banyak penghasilan, banyak pula perbelanjaannya. besar pasak daripada tiang Maksud: Belanja lebih besar daripada pendapatan. besar periuk besarlah keraknya Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya. besar senggulung daripada beban

Maksud: Besar belanja daripada pendapatan. besi baik tiada berkarat Maksud: Budi yang baik atau perbuatan yang terpuji tidak mudah dilupakan. besi bak diringgiti Maksud: Perihal sesuatu yang sudah baik namun diperbaik lagi. besi ditempa selagi panas Maksud: Berusaha selagi badan masih kuat atau mampu. besi lemah tidak patah Maksud: Pada zahirnya nampak lemah tetapi sukar dipengaruhi. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Maksud: Betapa susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, berat lagi kesusahan orang yang menanggungnya. betapa pun lurus paku, hujungnya berkelok juga Maksud: Seseorang kelakuannya. betik sudah gentas Maksud: Tidak dapat menghasilkan apa-apa. betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang Maksud: Orang bujang atau anak dagang yang bebas tanpa sebarang ikatan. betung ditanam aur tumbuh Maksud: Diharapkan mendapat yang baik tetapi mendapat yang kurang baik. biang menanti tembus Maksud: Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biar alah sabung, asal menang sorak Maksud: Biar harta habis, asal hati puas. yang berhati jahat walaupun baik perkataan dan

biar berputih tulang, jangan berputih mata Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik dirampas orang. biar bertitik jangan tumpah Maksud: Biar habis sedikit, jangan habis semuanya. biar-biar naik ke mata Maksud: Jangan dilalaikan sesuatu yang akan membahayakan diri sendiri. biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati Maksud: Biarlah miskin tetapi mempunyai budi bahasa yang halus. biar dahi berluluk, asal tanduk mengena Maksud: Biar bersusah payah asalkan maksud tercapai. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak Maksud: Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri, lebih baik daripada dipecat. biar kurang garang asal lebih gaya Maksud: Menunjuk-nunjuk diri sekalipun penakut. biar lambat asal selamat Maksud: Membuat kerja biarlah cermat dan berhati-hati. biar luka di dada, jangan luka di belakang Maksud: Biar alah kerana melawan daripada alah kerana melarikan diri. biar mati berkapankan kain cindai daripada berkain kadut Maksud: Lebih baik mati mulia daripada hidup menanggung malu. biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma Maksud: Meskipun sama-sama jahat tetapi biarlah mati dalam kebaikan dan kemuliaan, jangan mati di tempat hina. biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam

Maksud: Biarlah melakukan sesuatu yang kurang martabat asalkan mendapat rezeki yang halal. biar merangkak jangan menjalar Maksud: Biarlah melarat sedikit jangan benar-benar melarat. biar miring asalkan jangan terlungkup Maksud: Biar rugi sedikit, asalkan tidak semua sekali. biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya Maksud: Kebijaksanaan itu akan lebih juga daripada kekayaan. biar nasi terbuang, jangan periuk pecah Maksud: Biar anak mati, asal ibunya selamat ketika bersalin. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Maksud: Betul-betul menyimpan rahsia. biar pecah perut, bumi merekah Maksud: Tidak mahu melakukan sesuatu. biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga Maksud: Pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah. biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain Maksud: Walaupun bersaudara kandung, namun nasib mereka berbeza. biar rebah jangan roboh Maksud: Biar sakit asalkan jangan rugi. biar salah kain, jangan salah mulut Maksud: Berhati-hati mengeluarkan kata supaya tidak menyinggung perasaan orang. biar senget jangan tertiarap Maksud: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

biar sipi asal jangan tepat Maksud: Biar rugi sedikit, asal jangan rugi banyak. biar ular mati dan kayu jangan patah Maksud: Binasakan musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri. biawak kudung masuk kampung Maksud: Pencuri yang dikenali oleh orang ramai. bibir saya bukan di retak panas Maksud: Perkataan saya bukanlah sia-sia atau dusta (benar seperti yang diramalkan). bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga Maksud: Kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar. biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju Maksud: Pekerjaan yang dilakukan tanpa kepandaian, payah untuk berhasil. biduk lalu kiambang bertaut Maksud: Orang yang bersaudara atau bersubahat, berkelahi seketika kemudian berbaik semula. biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai Maksud: Perusahaan yang bankrap, ketuanya mati, pekerjanya kucar-kacir. biduk satu nakhoda dua Maksud: Satu pekerjaan mempunyai dua orang ketua. biduk tiris menanti karam Maksud: Sudah tidak tertolong lagi. biduk upih pengayuh bilah Maksud: Tidak berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan. bila kucing tak bergigi, tikus pun melompat tinggi

Maksud: Apabila orang yang ditakuti telah hilang kuasa, orang-orang yang lemah mula berkuasa. bila pula biawak duduk Maksud: Sesuatu yang mustahil untuk terjadi. bila sudah merah; kapur salahkan kunyit, kunyit salahkan kapur Maksud: Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini, masing masing salahmenyalahkan. binatang tahan palu, manusia tahan kias Maksud: Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan sindiran atau kiasan. bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti Maksud: Orang yang bodoh tetapi tidak mahu mengikut nasihat orang. bintang bertabur bolehkah sama dengan bulan yang satu Maksud: Tempat menambah kasih sayang tidak dapat dicari ganti walaupun ban yak penggantinya. bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar arang di mukanya Maksud: Menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari. bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas Maksud: Orang yang bodoh sekalipun tahu untuk memilih yang baik untuk dirinya. bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru Maksud: Kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi. bomoh mencari orang sakit Maksud: Orang menawarkan pertolongan tanpa diminta. bongkok baru betul Maksud: Angkuh atau sombong kerana baru beroleh kekayaan atau pangkat.

bongkok dek menganyam, silap (sesat) mengelarai Maksud: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan, tetapi masih juga membuat kesilapan. bongkok kail nak mengena Maksud: Tipu muslihat itu adalah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri. buah kedumpung, di luar berisi di dalam kosong Maksud: Orang yang sombong banyak cakapnya. buah masak merah belum tentu manis rasanya Maksud: Orang yang elok rupanya belum tentu perangainya baik. buah masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin Maksud: Tidak terdaya untuk mencapai yang dicita-citakan. buah yang manis berulat di dalamnya Maksud: Mulut yang manis tetapi mempunyai maksud jahat. buaian diayun anak dicubit Maksud: Berbuat baik untuk melindungi perbuatan jahat. buang bunga ke jirat Maksud: Berbudi pertolongan. kepada seseorang yang tidak memerlukan budi atau

buang daun keladi, berselimut daun birah Maksud: Menceraikan isteri yang jahat tetapi kemudian berkahwin pula dengan perempuan yang lebih jahat. buang yang keruh, ambil yang jernih Maksud: Lupakan sesuatu peristiwa atau pengalaman yang tidak menyenangkan dan mulakan penghidupan yang baru. buat baik berpada-pada, buah jahat jangan sekali Maksud: Melakukan kebaikan janganlah berlebih-lebih tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dilakukan.

buat kerja seperti Mat Jujai Maksud: Orang yang selalu meninggalkan pekerjaan sehingga terbengkalai. buat nasi tambah Maksud: Penambah pendapatan yang ada. buaya setanjung makan tak habis Maksud: Sindiran kepada orang yang terlalu gemuk. bujuk lepas dari bubu Maksud: Dengan cepat menghilang setelah terlepas daripada kesengsaraan. bujur lalu, lintang patah Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. buka kulit, ambil isi Maksud: Perundingan secara berterus terang dan tidak berkias-kias lagi. buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati Maksud: Perkara yang tidak bersangkut paut dengan kita dapatlah dilihat dan didengar tetapi tidak perlu dicampuri. bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya Maksud: Khabar yang diambil bukanlah khabar angin kerana berasal daripada sumber yang sebenar. bukan budak-budak makan pisang Maksud: Bukan orang yang dapat dipermain-mainkan atau diperdayakan. bukan diretak panas Maksud: Bukan sia-sia atau dusta sesuatu telahan. bukan kudis dibuat pekung Maksud: Bukan kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. bukan masak durian, masak manggis

Maksud: Perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki. bukannya bersuluh batang pisang, bersuluhkan bulan matahari Maksud: Kejahatan yang sudah terang dan nyata sekali. bukit jadi paya, paya jadi bukit Maksud: Orang yang kaya dan mulia menjadi miskin dan hina, begitulah sebaliknya. bukitlah tinggi, lurahlah dalam Maksud: Orang yang telah tua dan tidak mampu ke sana ke sini seperti dulu lagi; teramat tua dan daif. . bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud: Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang. bukit sudah menjadi busut Maksud: Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya. bulan mengambang dikandung awan Maksud: Lelaki yang merindui perempuan yang sudah diambil oleh orang lain. bulan naik matahari naik Maksud: Mendapat untung dan bahagia dari kiri dan kanan. bulan terang paksa baik; payang ke laut, biduk pun ke laut juga Maksud: Ketika negara makmur, rakyat berlumba-lumba mencari keuntungan. Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya Maksud: Sama-sama kuat, kalah menang bergantung pada nasib. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat Maksud: Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat. . bulat bersegi, bersanding melukai Maksud: Orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai.

bulat boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan Maksud: Benar-benar sudah muafakat. bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. bunga bukan sekaki, kumbang bukan seekor Maksud: Perempuan atau lelaki itu bukan seorang sahaja di dunia. . bunga dipersunting, perdunya ditendang Maksud: isteri disayangi tetapi mentua dibenci; seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. bunga dipersunting sudahnya akan layu Maksud: Sesuatu itu dikasihi ketika masih baru, apabila sudah lama atau buruk akan dibuang. bunga dipetik, perdunya diberaki Maksud: Suka akan hak orang tetapi orang itu dibenci. bunga disunting, perdu disepak buang Maksud: Perihal anak menantu yang membenci mentuanya. bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur Maksud: Setiap manusia akan mati tidak kira tua atau muda. bunga kembang berbalik kuncup Maksud: Mula-mula ingin menurut atau setuju, kemudian ingkar. bunga kembang menanti layu Maksud: Kecantikan itu tidak kekal. bunga raya kembang pagi Maksud: Muka yang merah padam kerana terlalu marah. bunga tengah kembang di taman, baunya semerbak ke mana-mana Maksud: Kecantikan seorang gadis yang telah tersebar ke mana-mana.

bunga yang harum itu ada durinya Maksud: Sesuatu yang indah itu ada pengawalnya. bunga yang layu balik kembang Maksud: Tatkala ternyata. kebenaran kepada seseorang yang tertuduh. bungkal genap menahan cuba, emas sebaik menahan uji Maksud: Keutamaan sifat seseorang dapat dicuba atau diuji. buntat hendak jadi gemala Maksud: Orang kecil hendak menjadi orang besar. buruk bak embacang Maksud: Pengetahuan atau akal bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupanya. buruk-buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga Maksud: Orang yang baik itu walaupun miskin, namanya disebut juga. buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat Maksud: kejadian buruk dan perundingan dan kata sepakat. pekerjaan baik dapat diselesaikan dengan

buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang Maksud: Kerugian ditanggung bersama tetapi keuntungan dikaut seorang diri. buruk muka cermin dibelah Maksud: Tidak mahu menerima kenyataan tentang kesalahan sendiri dengan melemparkan kepada orang lain. buruk perahu buruk pangkalan Maksud: Enggan melihat atau mengunjungi rumah bekas isteri atau bekas suami. buruk tak tahu akan hinanya Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri.

burung boleh lupa akan getah tetapi getah tidak lupakan burung Maksud: Orang yang berhutang dapat melupakan pemiutang, tetapi pemiutang tidak akan lupa kepada penghutang. burung terbang dipipiskan lada Maksud: Belum tentu diperoleh sesuatu yang dicita-citakan tetapi sudah dirancang dan dibuat persediaan untuk itu. burung yang liar dilepaskan, khabar yang mustahil didengarkan Maksud: jangan percaya akan khabar yang tidak diketahui kesahihannya. busuk berbau, jatuh berdebuk Maksud: Kalau melakukan kesalahan atau perkara yang tidak baik, akhirnya akan diketahui orang juga. busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang Maksud: Kalau saudara-mara melakukan kesalahan akan dicari jalan untuk membersihkan namanya tetapi kalau orang lain dibiarkan begitu sahaja. busuk tak tahu dibaunya. Maksud: Tidak insaf akan kekurangan dirinya. busut juga ditimbun anai-anai Maksud: Orang kaya juga yang akan bertambah kaya. buta baru celik Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kekayaan atau kesenangan atau pangkat dengan tidak disangka-sangka.