Anda di halaman 1dari 3

Kementerian Kesihatan Kerjasama Dengan SKMM Pantau Produk Tiruan .

KUALA LUMPUR: Akta Farmasi yang sedang digubal dan menggabungkan lima akta sedia ada memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan menangani masalah lambakan ubat dan produk kosmetik tidak berdaftar dan tiruan, termasuk produk dijual secara online. Akta itu juga memperuntukkan hukuman lebih keras, iaitu penjara minimum setahun dan denda minimum RM200,000, berbanding akta sedia ada yang memperuntukkan hukuman denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu menjual ubat dan kosmetik tiruan dan tidak berdaftar. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Rang UndangUndang Farmasi sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara dan bacaan pertama di Parlimen dijangka akhir tahun ini. Katanya, penggubalan akta lebih tegas itu bertujuan menangani masalah lambakan ubat tiruan dan produk kosmetik tidak berdaftar dengan lebih menyeluruh. Kementerian tidak benar racun berjadual dijual secara online. Kementerian akan bekerjasama dengan SKMM untuk siasatan dan serbuan serta sekat laman web terbabit, katanya kepada Berita Harian. Racun berjadual seperti kebiasaannya terkandung dalam produk melangsing badan dan sildenafil dikawal penggunaannya kerana boleh membawa mudarat kepada pengguna jika diambil tanpa pengawasan doktor. Penggunaan racun berjadual juga mampu menyebabkan penyakit kronik ,termasuk gila jika individu memakan campuran bahan berkenaan tanpa nasihat doktor. Semua ubat dan produk kosmetik perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan untuk dijual dan digunakan pengguna, yang mana ubat racun akan ditandakan huruf A pada hujung nombor pendaftaran (contoh: MAL1999244A) dan hanya boleh diperoleh di klinik atau farmasi, ubat bukan racun (OTC) ditanda X (contoh: MAL199955080X). (dipetik dan diubahsuaikan: Berita Harian 14/04/2012)

1.Petikan di atas menceritakan tentang? a) Lambakkan produk tiruan dan kosmetik. b) Usaha Kementerian Kesihatan berkerjasama dengan SKMM untuk memantau produk Tiruan. c) Penggubalan semula Akta Farmasi. d) Kesan penggunaan racun berjadual .

2. Akta Farmasi yang digubal memperuntukkan hukuman lebih keras kecuali? a) Penjara minimum setahun dan denda minimum RM200,000 b) Denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun. c) Denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. d)Minimum penjara setahun dan denda minimum RM25,000

3. Racun berjadual terkandung di dalam? a) Produk kosmetik. b) Produk melangsingkan badan. c) Sildenafil. d) Produk melangsingkan badan dan sildenafil.

4.Penggubalan semula Akta Farmasi bertujuan untuk? a) Menyekat penjualan ubat-ubatan dan produk kosmetik secara online . b) Menyelesaikan masalah lambakan ubat dan produk kosmetik di pasaran. c) Meminda hukuman yang lebih keras kepada individu yang menjual ubat tiruan dan produk kosmetik tidak berdaftar. d) Menangani masalah lambakan ubat tiruan dan produk kosmetik tidak berdaftar.

5.Terangkan maksud rangkai kata racun berjadual dalam peranggan ketiga, petikan berita di atas? a) Racun terkawal. b) Sildenafil. c) Produk tiruan. d) Ubat tiruan dan kosmetik

6. Pada pendapat anda,mengapakah penjualan ubat dan produk kosmetik tiruan perlu dikawal?

Anda mungkin juga menyukai