Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SABK MAAHAD EHYAK DINIAH ISLAMIAH KG.

GAJAH 2012 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Daun pelepah daun kelapa, Kelapa tua kelapa matang, Awal bismillah pembuka bicara, Pemanis kata selamat datang. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih junjung dibuat hantaran, Hadirin hadiat selamat datang, Majlis penutupan bulan kemerdekaan. Yang Berbahagia, Pengetua Yang Berusaha Barisan Penolong Kanan Yang Dihormati Barisan Guru Dan Yang Dikasihi Murid-murid SABK MEDI. Alhamdulillah, dapat kita berkumpul di dataran SABK MEDI yang ini dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Peringkat SABK MEDI bagi tahun 2012. Untuk makluman hadirin hadirat, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SABK MEDI telah bermula dan dirasmikan pada hb Ogos 2012 yang lalu. Dari Kedah puspa ku mohon, Puspa dipilis buat azimat, Tangan ditadah doa dipohon, Semoga majlis mendapat berkat. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz....................................untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil ustaz .............................. atas bacaan doa tadi, majlis kta akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Majlis hari ini dimulakan dengan Persembahan Deklamasi Sajak yang akan disampaikan oleh pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak kategori Melayu anjuran.................................., saudari .................................................. dengan sajak yang bertajuk .................................................. Marilah samasama kita menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ( Persembahan Sajak) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari ............................. murid tingkatan ........... persembahan deklamasi sajak itu tadi. Untuk makluman,.

Seterusnya majlis dengan diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia, Ustaz Izzuddin bin Hj Mohd Fakhruddin Pengetua SABK MEDI untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan peringkat SABK MEDI bagi tahun 2012. dengan segala hormatnya dipersilakan. ( Ucapan Pengetua) Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, untuk menyampaikan ucapan yang seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan peringkat SABK MEDI 2012. Bagi menyempurnakan Majlis Pemyampaian Hadiah dan Cenderamata kepada peserta-perseta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat SABK MEDI dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang BerusahaUstaz Mohd Nazri bin Mokhtar Penolong Kanan Pentadbiran untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Ustaz Izzuddin bin Hj Mohd Fakhruddin Pengetua SABK MEDI untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Penyampaian Hadiah dan Cenderahati) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Ustaz Izzuddin bin Hj Mohd Fakhruddin Pengetua SABK MEDI atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya majlis penutup Sambutan Kemerdekaan di teruskan dengan GIMIK Penutup yang akan dipersembahkan khas oleh barisan ketua badan Uniform sekolah SABK MEDI. (persembahan gimik penutup) Terima kasih kepada barisan ketua badan uniform sekolah diatas GIMIK itu tadi. Seterusnya, tibalah kita ke kemuncak Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan SABK MEDI 2012. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri dan bersama kita nyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Lagu Perwira dengan iringan muzik. ( Nyanyian 2 Buah Lagu) Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar itu tadi. Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang di rumpun buluh, Bukan sembah sebarang sembah, Sembah menyusun jari sepuluh. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SABK MEDI yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABK MEDI pada hari ini. Biarlah sambutan sahaja yang berakhir di sini tapi kita terus tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa, di mana jua hingga ke akhir hayat. Biar sehingga titisan darah terakhir, kemerdekaan tanah air ini perlu dikekalkan, jangan biar ia tergadai. Untuk itu saya, Fardidza binti ............... Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutup sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABK MEDI memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak sengaja. Sekian.