Anda di halaman 1dari 2

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUN 3 MATAPELAJARAN /KELAS TEMA/TAJUK MASA BIL MURID STANDARD PEMBELAJARAN DST TAHUN 3 SAINS

HAYAT 60 MINIT 35 ORANG 2.1.1 Mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. 2.1.2 Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi. 2.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Pada akhir pengajaran diharapkan murid-murid akan dapat: 1. Mengenal pasti dan menamakan jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham berdasarkan gambar yang diberi 2. Menyatakan fungsi tiga jenis gigi tersebut 3. Menulis fungsi tiga jenis gigi tersebut dengan betul

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

KPS AKTIVITI P&P

Memerhatikan, Berkomunikasi

a. Guru menayangkan animasi yang berkaitan sebagai bahan rangsangan. (animasi manusia dan haiwan sedang makan) b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang animasi tersebut. Contoh soalan: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan dari animasi tersebut? Contoh jawapan: Orang sedang mengunyah makanan. Haiwan sedang makan 2. Apakah yang digunakan untuk mengunyah? Contoh jawapan Gigi, mulut c. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Murid dikehendaki mencantumkan keratan gambar tiga jenis gigi. (puzzle) (keratan gambar disediakan mengikut warna yang berlainan) d. Murid diminta menampal keratan gambar yang telah dicantumkan tadi di atas kad manila. e. Wakil setiap kumpulan mempamerkan gambar yang diperoleh di hadapan kelas dan menampalnya di papan hitam. f. Guru meminta murid menamakan gambar yang diperoleh. g. Guru bersoal jawab dengan murid Contoh soalan: a. Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat antara ketiga-tiga gambar tersebut. Contoh jawapan: Bentuk gigi (tajam, bulat, leper)

b. Apakah yang akan berlaku jika manusia dan haiwan tidak mempunyai gigi? h. Guru memperkenalkan kepada murid-murid tiga jenis gigi iaitu gigi taring,gigi kacip dan gigi geraham. i. Murid diminta melihat gigi masing-masing menerusi cermin muka yang disediakan. j. Guru menjalankan demonstrasi dengan meminta dua orang murid melakonkan aksi; a. Makan buah b. Makan ayam goreng. k. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan demonstrasi tersebut. Contoh soalan: a. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahamd untuk memotong buah? b. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ali untuk menyiat daging ayam? c. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahmad dan Ali untuk memecah dan melumatkan makanan? l. Guru menerangkan fungsi bagi setiap jenis gigi. m. Guru memilih tiga orang murid untuk menampal kad yang tertulis fungsi setiap gigi pada gambar yang telah murid perolehi tadi di papan hitam. n. Pengayaan- murid melakarkan tiga jenis gigi yang dipelajari.

EMK

Kreativiti dan inovasi, menghargai gigi

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slide power point, keratan gambar tiga jenis gigi, kad manila, gam, buah epal, ayam goreng.

PENILAIAN P&P

Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menamakan jenis gigi dan fungsi gigi tersebut (lembaran kerja)

REFLEKSI